The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juwariah Ibrahim, 2020-04-13 10:48:10

NOTA DAN LATIHAN PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA DARI ANTOLOGI SEJADAH RINDU. LATIHAN BM SPM PKP TARIKH : 13 APRIL 2020 (ISNIN)

Burung Terbang Dipipiskan Lada

1

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

2

ANTOLOGI SEJADAH RINDU :
PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

A. SINOPSIS

Raja Siam mendapat tahu tentang negeri Melaka sebagai sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar
Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya.
Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.

Berita Siam hendak menyerang Melaka diketahui oleh Sultan Muzaffar. Baginda menitahkan semua
rakyat lelaki dihimpunkan di Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang
bersama-sama dengan keluarga mereka. Tujuannya supaya mereka berperang dengan bersungguh-
sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak
mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

Ada seorang orang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan mengadu kepada Sultan bahawa Tun Perak
menganiayainya. Sultan menitahkan Tun Perak supaya mengadap. Tun Perak berkata dia bertugas untuk
negara dan tahu tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak meminta sultan memecatnya jika
percaya akan fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan jawaban Tun Perak lalu melantiknya
sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi
pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.

Apabila ada dua orang pembesar, rakyat Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak kepada Paduka
Raja dan sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermuafakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan berdukacita dan bercadang mendamaikan mereka
berdua.

Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara
Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka
Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Rajamenjadi Bendahara.

Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah tersebut iaitu Paduka Raja dan Seri
Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

Siam menyerang Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka Raja mengetuai pertahanan
Melaka untuk menentang Siam. Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang
sudah sampai berhampiran Batu Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu bertindak melanggar banyak perahu
Siam hingga Siam kalah. Tindakan Tun Umar itu menyebabkan tentera Siam berasa sangat hairan.

Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya dinyalakan api pada pokok kayu bakau,
nyirih dan tumpu api-api. Cahaya api itu menggambarkan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang
berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam
dan tidak jadi menyerang Melaka.

Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di
Siam, Paduka Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau Pandan bermohon untuk untuk menyerang Melaka
dan dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan serta perahu yang sangat banyak bilangannya.

Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)
iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke Siam sambil
mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu
mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda
iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu
anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi. Contoh : Tun Perak menyuruh orang lelaki dari
Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk
mengalahkan Siam.

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

3

C. PERSOALAN

PERSOALAN PERISTIWA

Kebijaksanaan Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara
Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan
menggunakan akal dan Seri Nara Diraja.

strategi untuk

menyelesaikan masalah

Perpecahan dalam Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam
kalangan pemimpin keadaan bahaya.

akan membinasakan Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak
untuk mengalahkan askar Siam.
negara
Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh
Bersiap siaga dengan Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari
ancaman musuh Melaka.

Kepentingan ilmu dalam Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang
kehidupan menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi
jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana
Keberanian menteri.
menghadapi cabaran
Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan
Taat setia kepada Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan
pemimpin maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK PERWATAKAN PERISTIWA
Tun Perak bijaksana
mengarahkan lelaki Kelang membawa anak
SULTAN MUZAFFAR baik hati isteri ketika menentang Siam
SYAH
berani menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan
sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
berpengaruh
memimpin askar Melaka menentang askar
mementingkan Siam yang hendak menyerang Melaka.
keharmonian
Melaka beliau mempunyai pengikut yang
prihatin menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri
Nara diraja.
bijaksana
berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan
Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.

meraikan askarnya yang menang dengan

pemberian hadiah pakaian persalinan.

mendamaikan pembesarnya dengan

mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun

Kudu.

tidak terburu- tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak
buru
difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk

menceritakan keadaan yang sebenarnya.

menghargai memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi
rakyatnya
Arab yang telah membunuh Cau Pandan.

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

4

E. LATAR

a. Latar tempat:
 Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
 Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
 Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
 Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
 Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

b. Latar masa

 Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
 Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42

tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
 Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan

gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI PERISTIWA
NILAI
Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada pokok kayu
Kebijaksanaan bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga cahaya
api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga
Baik hati menakutkan askar Siam.
Bersatu padu
Keikhlasan Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
Keberanian
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang
Pengorbanan askar Siam.
Berilmu pengetahuan
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas
untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan
kuat.

Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya
hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui
kegagalan

Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi
mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga
mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka
dengan hanya menghalakan panahnya ke Siam.

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

5

G. PENGAJARAN

Pengajaran Peristiwa
Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera
Kita mestilah berani Siam.
menghadapi ancaman
musuh demi negara. Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik
antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda
Kita mestilah bijak mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara
Tun Perak telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua
menggunakan strategi pembesar dan membawa kepada keharmonian neger Melaka.

untuk menyelesaikan

masalah.

Kita mestilah ikhlas apabila Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja

melakukan sesuatu sebgai Bendahara Melaka.

perbuatan.

Kita mestilah sanggup Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan
isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
bekorban untuk Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik
dengan Tun Perak.
memperoleh kebaikan.

Kita mestilah bersatu padu Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat

supaya negara menjadi dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka

kuat dan maju. menghadapi ancaman Siam.

Kita mestilah menghargai Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
jasa dan usaha yang telah
Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi
dilakukan oleh orang lain untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari
jauh demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat.
kepada kita.

Kita hendaklah

menggunakan ilmu

pengetahuan untuk

melakukan tindakan yang

betul.

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

6

Sumber pautan :

http://bmspm.net/menukomsast52016.htm

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

7

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar
Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi
orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri
Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat
dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan
dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan
perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya
tidak muafakat sama orang besar."

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.

Maka titah Sultan Muzaffar Syah. "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?"
Maka sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku."
Maka titah baginda, "Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?"
Maka sembahnya, "Mohon patik tuanku."
Maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” Maka
sembahnya, "Mohon patik, tuanku.
Maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?"
Maka sembahnya, "Mohon patik, tuanku.
Maka beberapa anak orang besar- besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada
Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, "Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara
Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?"
Maka sembahnya, "Daulat, tuanku”.

(Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu

Kementerian Pendidikan Malaysia)

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

8

i) Berikan maksud senantiasa beringgit? [2 markah]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

ii) Apakah yang terjadi setelah Sultan Muzaffar Syah melantik Paduka Raja menjadi orang besar?
[3 markah]

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu bermuafakat antara satu sama lain?
[4 markah]

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM

9

Titipan doa mengiringi perjalanan menimba ilmu semua murid
kesayangan cikgu untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.

Cikgu Juwariah Binti Ibrahim
SMK Seksyen 9, Shah Alam

SUMBER NOTA: MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
LATIHAN DISEDIAKAN OLEH: CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM


Click to View FlipBook Version