The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosa Melayu Tradisional(Cerita Mitos dan Cerita Legenda)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Syadiyah, 2022-09-14 05:32:51

BMMB3193 TUTO M6(2)

Prosa Melayu Tradisional(Cerita Mitos dan Cerita Legenda)

INSTITUTU PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL
HALIM
SUNGAI PETANI
KEDAH

PENGANTAR KESUSASTERAAN

MELAYU (BMMB3193)

MOHAMAD WIZRAN NOOR BIN NASIR
NUR AFRINA AQILAH BINTI MOHD AZAM

NIK NUR SYADIYAH BINTI NIK RAHIM
NUR ALYAA NASUHA BINTI MOHD NASIR
NUR AYUNI AKHMAL BINTI MOHD RIDZUAN

NUR AYUNI BINTI SAUFI



Prosa Melayu Tradisional(Cerita Mitos dan Cerita Legenda)

Cerita Mitos

Pengenalan
Fungsi cerita mitos

Pengenalan

Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar
berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah
dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul
raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan
menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana

ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai
hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita

tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

Pengenalan

-Cerita mitos bersifat suci dan dikaitkan dengan kepercayaan
masyarakat pemiliknya
-Cerita mitos mengisahkan tentang asal usul mulanya terjadi
sesuatu yang dikaitkan dengan ketuhanan iaitu pencipta
-Cerita ini dianggap dongeng selepas kedatangan agama
islam
-Cerita mitos ini bersifat animisme suatu masa dahulu

Pengenalan

Menurut Bascom mitos adalah cerita prosa rakyat yang
menceritakan kisah dewa dan dewi di dunia yang lain
seperti syurga di masa yang lalu tetapi cerita ini
dipercayai benar-benar wujud oleh penganutnya. Cerita ini
juga berkisarkan tentang tempat kejadian, alam semesta,
para dewa dan dewi, adat istiadat dan dongeng suci.
Menurut Ahimsa-Putra mitos adalah satu cerita yang
pelik iaitu ceita yang mempunyai maksud yang susah
untuk difahami serta diterima kesahihan cerita tersebut
disebabkan cerita yang diceritakan itu bersifat tidak logik

Pengenalan

Mengikut kepada pandangan Levi-Strauss pula adalah
cerita mitos ini merupakan warisan suatu bentuk cerita
yang disampaikan secara tradisi lisan yang berkisarkan
tentang dewa-dewa, manusia pertama, haiwan, dan
sebagainya.
Mengikut Cremers pula mitos adalah cerita suci yang
berbentuk simbol dengan jalan penceritaannya yang
merupakan peristiwa nyata dan juga imaginasi berkaitan
dengan asal usul serta perubahan yang berlaku pada
alam semsesta dan duni, para dewa dewi, kekuatan sifat
manusia, pahlawan dan masyarakat.

Pengenalan

Pengertian mitos menurut William A. Haviland pula
adalah cerita mitos ini adalah cerita bersiri yang
menceritakan tentang tentang permasalahan yang
berlaku di akhir kehidupan manusia.
Pengertian mitos menurut Webster’s Dictionary adalah
mitos ini merupakan perumpamaan atau karya yang
keberadaannya hanya sebagai gambaran ilusi yang tidak
dapat dibuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh.

Fungsi cerita mitos pegangan kepada masyarakat
setempat
mengembangkan simbol-
simbol yang penuh makna dan menceritakan asal usul
raja- raja dan nama
juga menjelaskan fenomena tempat
lingkungan yang dihadapi.

sarana pendidikan yang
paling efektif

Cerita Lagenda

Pengenalan
Fungsi cerita lagenda

Pengenalan

Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986),
legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan
keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh
manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar
memang hidup dalam sejarah umpamanya. Seterusnya, tokoh-
tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-
tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan

agama.

Pengenalan

Cerita legenda dikenali sebagai dongengan sejarah, kerana
cerita ini selalunya mengenai seseorang tokoh terkenal pada
sesuatu tempat dan dipercayai pernah hidup dan wujud
dalam catatan sejarah.
Terdapat beberapa kajian yang cuba mengkaji kebenaran
kewujudan tokoh legenda dengan mengaitkan beberapa
kawasan yang menarik dan wujud hingga sekarang.
Tokoh legenda pula merupakan tokoh pahlawan yang tidak
ada tandingannya dan menjadi kebanggaan masyarakat
setempat.
Tokoh legenda bersifat istimewa kerana mempunyai
kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci.

Pengenalan

Legenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak
dianggap suci. Tokohnya terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat

luar biasa. Legenda memiliki unsur tokok tambah daripada cerita
sebenar. Legenda merupakan peranti komunikasi lisan bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah. Latar masa atau sejarah tidak semestinya masa
lampau, tetapi masih ada hubungannya dengan masa lampau. Terdapat
kesan atau tanda seperti kubur, binaan dan bentuk bumi. Ada kaitannya
dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramatnya
seperti perigi Hang Tuah. Tokoh atau tempatnya dipercayai mempunyai
sifat luar biasa. Legenda dianggap sebagai sejarah kolektif dan bersifat

universal, iaitu boleh juga terjadi di tempat lain seperti cerita Si
Tanggang.

Fungsi cerita lagenda Melahirkan semangat
patriotisme dan rasa sayang
Pengekalan norma dan kepada bangsa dan negara
sistem masyarakat
Menyampaikan nilai
Memuji serta menunjukkan didaktik
kekuatan fizikal dan mental
Merupakan gambaran
orang-orang Melayu masyarakat

Membina rasa hormat Berfungsi menceritakan
kepada tokoh salasilah raja-raja

Menguatkan keyakinan
orang Melayu terhadap

agama Islam.

Sekian

Terima kasih


Click to View FlipBook Version