The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTARI ISRAK DAN MIKRAJ 2021, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mas Nasrul, 2021-03-09 22:42:15

DOKUMENTARI ISRAK DAN MIKRAJ

DOKUMENTARI ISRAK DAN MIKRAJ 2021, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

Smk Tunku Abdul Rahman, 05150 Alor Setar, Kedah

DOKUMENTARI PERISTIWA

ISRAK DAN MIKRAJ

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH, AL-ZAHRAWI, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR

KEDAH.

SEJARAH PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1. PERISTIWA AWAL

 Israk dan Mikraj (‫ )اسراء دان معراج‬Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun
ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang
selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini
bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun
sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

 Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa
saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal
dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling
batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

 Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-
Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan
peristiwa ini.

 “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

 Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi
Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar.

 Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil
Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini manakala Mikraj
bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

 Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini,
semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok
Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan
solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti
di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina.

 Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya
ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan
minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai
minumannya.

 Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak)
dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu
dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf
dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis
wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa
kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di
perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

 Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi
Musa dan Nabi Isa.

 Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana
menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat
dari Allah bagi Muhammad yang tidak pernah dilakukan
oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang
diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya
sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada
Muhammad.

PENGAJARAN PERISTIWA
ISRAK DAN MIKRAJ

 Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan
Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh
harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan
apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah,
seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun,
pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah,
mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan
keangkuhan Firaun.

* Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada
Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan
keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat
itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar
perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya
enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah
adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

* Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah
apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui
dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan
Tuhan kamu adalah Allah.”

 Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung
lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun,
iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk
membunuh Masyitah. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api
sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya
dilontar seorang demi seorang.

 Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus,
Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana
terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar
biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan
menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan
keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan
Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

 “Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan
keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh
manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga
Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana
mempertahankan akidah sehingga mati”



LAIN-LAIN PENGAJARAN

 Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa
wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang
digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah
perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

 Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan
lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas
dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka
menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

LAIN-LAIN PENGAJARAN

 Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun
dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang
boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk
dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin
suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan
nifas.

 Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri
manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang
berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

LAIN-LAIN PENGAJARAN

 Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri
sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat
Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan
sangat suka berdusta.

 Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan
beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui
duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan
memfitnah orang lain.

 Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan
kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga
yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati.

SUMBER RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Israk_dan_Mikraj
 https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/03/22/isra-mikraj

JANGAN LUPA UNTUK MENGISI Iqnilam Setelah selesai SEKIAN, TERIMA KASIH
pembacaan anda di link berikut untuk mengisi iQNILAM

https://iqnilam.moe.gov.my/*

Bagi murid yang tidak boleh mengakses iq-Nilam,
boleh kongsikan bahan bacaan anda di link google form
ini ya

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScmn-
uy8N7UyZhgkdVrfWf25n78pZqUKjyPu4hdBd4JYJL6pA/vie
wform?usp=sf_link

Bagi GURU, boleh kongsikan bahan bacaan anda di
link google form ini ya

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenHLdxmw
5csq9Ys-Ras6K0wBMnsPT-

JuKj_3nrHauWUTIUvQ/viewform?usp=sf_link


Click to View FlipBook Version