1
2 ISI KANDUNGAN Pengenalan 3 Modul 1 Pelajaran 13: Islam Agama Fitrah 4-11 Rancangan Pengajaran Inkuiri Falsafah 6-8 Cadangan Bahan Rangsangan 9-10 Cadangan Lampiran Penilaian 11 Modul 2 Pelajaran 14: Akidah Islam 12-19 Rancangan Pengajaran Inkuiri Falsafah 14-16 Cadangan Bahan Rangsangan 17-18 Cadangan Lampiran Penilaian 19 Modul 3 Pelajaran 15: Beriman Kepada Allah 20-27 Rancangan Pengajaran Inkuiri Falsafah 22-24 Cadangan Bahan Rangsangan 25-26 Cadangan Lampiran Penilaian 27 Modul 4 Pelajaran 16: Al Khaliq dan Al Musawwir 28-35 Rancangan Pengajaran Inkuiri Falsafah 30-32 Cadangan Bahan Rangsangan 33-34 Cadangan Lampiran Penilaian 35 Penutup 36
3 PENGENALAN Program pedagogi hikmah ini diperkenalkan oleh Prof Dr Rosnani Hashim daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia mula diperkenalkan selepas Prof Dr Rosnani tamat latihan daripada Matthew Lipman, Pengasas P4C. Pedagogi ini kemudian diperkenalkan pada tahun 2006 dengan penubuhan Philosopical Inquiry in Education di Kuliyyah Pendidikan UlA dan kemudiannya menjadi Centre of Teaching Thinking pada tahun 2011. Program ini diadaptasi daripada program P4C Lipman iaitu novel dan kurikulum serta adaptasi daripada program P4C Australia iaitu pentaksiran dan latihan guru. Program ini mengetengahkan ilmu pengetahuan dari sudut pandang dunia dan nilai-nilai Islam. Karya ceritanya berlatar belakangkan al-Quran, Sunnah, Islam dan Malaysia. Antara matmalat pedagogi hikmah adalah bagi membantu murid-murid supaya menjadi individu yang lebih berfikir, meneliti, bertimbang rasa dan munasabah. memahami al-Quran dan Hadis secara tepat iaitu mendapatkan hikmah sebagai panduan hidup. Selain itu, ia mampu melatih murid berkemahiran membuat perbandingan, menerangkan/mengisahkan dan mengenali kesamaran, kemahiran membuat perbandingan dengan standard, membuat penakrifan/definisi, mengenali susunan / aturan masa mengikut urutan. kemahiran bekerja dengan model, kiasan, metafora dan perumpamaan, berhujah mengikut peraturan. kemahiran pengelasan/klasifikasi, membezakan makna perkataan / frasa, matlamat akhir/cara dan bahagian keseluruhan cerita. Oleh itu, modul kumpulan 2 ini mengandungi bidang Akidah bermula dari pelajaran yang ke-13 hingga ke-16 iaitu Islam Agama Fitrah, akidah Islam, beriman kepada Allah dan al Khaliq dan al Musawwir bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1. Aktiviti-aktiviti pedagogi hikmah yang dilaksanakan dalam modul ini merangkumi seluruh bidang akidah dan berdasarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Setiap unit disertakan aktiviti PAK21 sebagai latihan dan rangsangan kepada murid-murid. Modul ini juga disedikan untuk membantu murid-murid agar boleh belajar dengan lebih berkesan, mampu untuk menjana idea dan berfikiran aras tinggi.
4
5 Idea Utama 1. Agama Islam sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah SWT. 2. Allah merupakan tuhan yang maha berkuasa serta menjadi pelindung kepada semua umat manusia di muka bumi. 3. Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah mengaku kebenaran tauhid bahawa Allah itu maha Esa. Kemahiran Berfikir 1. Membezakan kepelbagaian agama dan bangsa di muka bumi 2. Menganalisis bukti Islam merupakan agama yang sebenar. 3. Memahami terjemahan ayat 30 surah Al-Rum Soalan Panduan 1. Antara agama Islam Yahudi dan Nasrani yang manakah agama menjadi fitrah manusia? 2. Mengapakah Allah menguji manusia dengan wujudnya pelbagai agama di atas muka bumi ini? 3. Apakah yang kamu faham dari terjemahan ayat 3 surah AlRum? ISLAM AGAMA FITRAH
6 Rancangan Pengajaran Kaedah Inkuiri Falsafah Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tingkatan : 1 Masa : 1 jam Topik : Islam Agama Fitrah Tarikh : APA BAGAIMANA Bahan Perangsang Guru memperlihatkan video Islam Agama fitrah https://youtu.be/UlxXq2rUf1w • Guru menunjukkan video berkaitan Islam merupakan Agama fitrah di skin hadapan kelas. • Guru mengemukan soalan kepada murid berdasarkan video tersebut. • Guru mengaitkan jawapan murid dengan surah yang diajar. Jalur Inkuiri Menyatakan maksud agama Islam sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah SWT. Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menyatakan maksud Islam agama fitrah sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah SWT. 2. Mengemukakan dalil naqli dan aqli bahawa Allah yang layak disembah yang mencipta manusia dalam keadaan bersedia secara semulajadi menurut agama Allah SWT. PERKEMBANGAN PENGAJARAN Set Induksi (5 minit) • Guru memperlihatkan video Islam Agama fitrah https://youtu.be/UlxXq2rUf1w • Guru menunjukkan video berkaitan Islam merupakan Agama fitrah di skin hadapan kelas.
7 • Guru mengemukan soalan kepada murid berdasarkan video tersebut. • Guru mengaitkan jawapan murd dengan surah yang diajar. Perkembangan 1 (20 minit) Jalur Inkuiri 1. Memilih beberapa orang murid membacakan di hadapan kelas tentang maksud Islam agama fitrah 2. Selain agama Islam, senaraikan contoh selain daripada agama Islam. 3. Membaca terjemahan ayat 5 surah Al Maidah pada tafsir Al Quran masing-masing AKTIVITI: Permainan bisik-bisik. • Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ketua dan akan diberikan nota. • Setiap ketua ahli kumpulan perlu menghafal nota yang tertera di atas kertas. • Ketua kumpulan balik ke kumpulan masin-masing dam mulam berbisik tentang apa yang telah mereka baca sebentar tadi. • Guru memanggil murid terakhir untuk memberitahu apa maklumat yang didapati. • Kumpulan yang memberi penjelasan yang tepat dan betul akan diberikan hadiah. Menyusun Soalan Murid Fokus kepada jalur inkuiri diatas Guru memerhatikan kumpulan yang terbaik Perkembangan 2 (20 minit) Perbincangan • Murid diminta duduk ditempat masing-masing. • Guru menyediakan teks untuk dibaca bagi setiap murid. • Guru memulakan murid di sebelah kanan membaca teks setiap satu atau dua ayat. • Setelah membaca keseluruhan teks, guru meminta semua murid mengemukan soalan yang mana jawapan tidak berada di dalam teks. • Murid yang dapat membina soalan akan dicatat nama di sebelah soalan. • Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid mengikut urutan • Guru hanya sebagai fasilitator dan memprovokasi perbincangan. Penilaian dan Penutup • Guru memberikan soalan dalam aplikasi Canva
8 (15 minit) • Guru membuat rumusan dan kesimpulan. Refleksi ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Ulasan ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
9 CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 3 Setelah jam loceng berdering menandakan waktu rehat, Ali, Pavitra dan Lim bersama-sama menuju ke kantin sekolah.Mereka membeli makanan dan duduk di satu meja makan bersama. Ketika makan, Lim bertankan kepada Ali kenapa beliau beragama Islam, sedangkan mereka semua beragama hindu dan budha. Ali terdiam kaku setelah rakannya menanyakan soalan tersebut kepada beliau. Setelah habis makan jam loceng. Ali dan rakan-rakannya pulang ke kelas menyambung pelajaran seterusnya. Setelah tamat daripada sekolah. Ali pulang ke sekolah dijemput oleh ibu dan adik kesanyangannya di hadapan sekolah. Ali menuju kepada ibunya yang menunggu di dalam kereta. Ali menyaut “ibuuuuu… adikkkkk.” Ibu melambai tangan lalu menghulurkan tangan, Ali mencium tangan ibunya lalu berkata “Ibu dan adik dah lama sampai ke? Ali lapar nak makan masakan ibu.” Ibu menjawab, “ya ke? Kesian anak ibu, hari ni ibu masak sup tulang dan sayur campur kegemaran kamu berdua, nanti kita makan Bersama ya.” Mereka berdua bersorak gembira di dalam kereta. Dalam perjalanan sampai ke rumah. Ali menceritakan rakan-rakannya di sekolah kepada ibu dan adiknya. Ali berkata, “ibu, tad ikat sekolah kawan Ali, Lim tanya Ali, kenapa Ali agama Islam, kenapa Ali bukan agama budha dan hindu.” Balas ibu,Ali, “semua manusia awalnya dilahirkan secara fitrah semulajadi menyembah Allah adalah tuhan yang Esa. Islam adalah agama yang sebenar” jawab ibu. Sambung ibu, “Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak dari segi budaya dan agama mereka antara menjadi agama Islam agama kita berpegang sekarang, Nasrani iaitu agama Kristian dan Yahudi. Oleh kerana ibu ayah dilahirkan dan dididik dalam agama Islam maka secara tidak langsung Ali dan Adik juga kami didik kamu berdua dengan agama dan ajaran Islam. Akan tetapi ada juga yang dilahirkan bukan beragama Islam mereka memeluk agama Islam setelah menyedari agama Islam merupakan agama yang sebenar.” Tambah ibu “kita perlulah berasa bersyukur dan beruntung kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam agama Islam.
10 Kita tidak boleh mengutuk dan membenci orang yang berlainan agama malah perlulah kita berdoa supaya mereka menuju kejalan yang benar serta membantu untuk menyebarkan agama Islam kepada mereka agar menuju ke jalan yang benar. Ianya bukan mudah akan tetapi sangat dituntut dan diredhai oleh Allah.” Jelas ibu. Balas Ali, “oowwh bergitu ke ibu, Alhamdulillah, bersukurnya Ali dilahirkan dalam agama Islam. In Sya Allah bila Ali dah besar, Ali nak jadi Ustaz nak bantu rakan-rakan Ali yang bukan beragama Islam memeluk Islam.” Balas ibu, “bagus anak ibu ni. Semoga Allah kabulkan doa Ali menjadi anak yang soleh. SOALAN PANDUAN Soalan dalam teks 1. Siapakah nama rakan-rakan yang menemani Ali ketika rehat di kantin sekolah? 2. Apakah soalan yang ditanya oleh rakan-rakan Ali di sekolah pada waktu rehat? 3. Adakah agama Islam merupakan agama sebenar ang patut dipatuhi oleh manusia? 4. Mengapakah Ali beragama Islam sedangkan rakan-rakannya beragama lain? 5. Apakah nama lain bagi agama Nasrani? 6. Siapakah yang mengambil Ali selepas tamat dan selesai waktu persekolahan? Soalan tiada dalam teks 1. Adakah yang memeluk agama selain agama Islam akan masuk kedalam neraka? 2. Siapakah yang mencipta selain daripada agama Islam? 3. Siapakah nama dan berapakah umur Adik Ali? 4. Apakah hukuman Allah bagi mereka yang memeluk selain daripada agama Islam? 5. Apakah perasaan ibu setelah jumpa Ali pulang ke sekolah? 6. Mengapakah Ali mencium tangan ibunya selepas pulang ke sekolah?
11 CADANGAN LAMPIRAN PENILAIAN Link : https://www.canva.com/design/DAFoIFeTcVw/eSn5GHSnCiCzBS2Tx5qcqA/view Scan QR Code untuk mendapatkan link latihan
12
13 Idea Utama 1. Percaya terhadap kewujudan, keesaan dan kekuasaaan tuhan dengan mentauhidkan Allah SWT. 2. Sumber akidah yang sebenar ialah al-Quran dan hadis nabi Muhammad SAW. 3. Melaksanakan amalan, upacara dan adat-istiadat yang selari dengan akidah Islam Kemahiran Berfikir 1. Membezakan antara akidah yang salah dan yang benar. 2. Menganalisis langkah yang perlu dilakukan untuk memantapkan akidah di dalam diri. 3. Memahami terjemahan ayat 1-4 surah Al Ikhlas Soalan Panduan 1. Apakah perbezaan akidah yang salah dan yang benar ? 2. Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memantapkan akidah di dalam diri? 3. Apakah yang kamu faham dari terjemahan ayat 1-4 surah Al Ikhlas? AKIDAH ISLAM
14 Rancangan Pengajaran Kaedah Inkuiri Falsafah Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tingkatan : 1 Masa : 1 jam Topik : Akidah Islam Tarikh : APA BAGAIMANA Bahan Perangsang Guru memperlihatkan video pembelajaran Akidah Islam https://youtu.be/ieRZhzY1cu4 • Guru menunjukkan video pengetahuan berkaitan Akidah Islam di skin hadapan kelas. • Guru mengemukan soalan kepada murid berdasarkan video tersebut. • Guru mengaitkan jawapan murid dengan surah yang diajar. Jalur Inkuiri Menyatakan maksud akidah Islam keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan perkara-perkara ghaib. Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menyatakan maksud akidah Islam keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan perkara-perkara ghaib. 2. Mengemukakan dalil naqli dan aqli bahawa Allah yang Maha Esa tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu un yang setara dengannya. PERKEMBANGAN PENGAJARAN Set Induksi (5 minit) • Guru memperlihatkan video pembelajaran Akidah Islam https://youtu.be/ieRZhzY1cu4 • Guru menunjukkan video pengetahuan berkaitan akidah Islam di skin hadapan kelas. • Guru mengemukan soalan kepada murid berdasarkan video tersebut. • Guru mengaitkan jawapan murid dengan surah yang diajar.
15 Perkembangan 1 (20 minit) Jalur Inkuiri 1. Memilih beberapa orang murid untuk mengeluarkan beberapa isu akidah yang berlaku di Malaysia. 2. Mengemukakan cara penyelesaian menangani isu akidah. 3. Membaca terjemahan ayat 8 surah Ali Imran pada tafsir Al Quran masing-masing. AKTIVITI: Permainan sambung ayat dengan pen magik. • Guru meminta semua murid memejamkan mata masing masing sementara guru akan memilih seorang murid secara rawak dan memberikan pen magik. • Murid pertama yang memegang pen magik itu akan memulakan ayat pertama menulis karangan bercerita dan seterusnya memilih murid yang lain untuk menyambung karangan. • Murid lain tidak dibenarkan membantu pelajar yang memegang pen magik semasa menulis ayat. • Guru boleh menamatkan permainan bila-bila sahaja dan membincangkan penulisan karangan tersebut. Menyusun Soalan Murid Fokus kepada jalur inkuiri diatas Guru memerhatikan kumpulan yang terbaik Perkembangan 2 (20 minit) Perbincangan • Murid diminta duduk ditempat masing-masing. • Guru menyediakan teks untuk dibaca bagi setiap murid. Guru melilih murid secara selang-seli untuk membaca teks setiap satu atau dua ayat. • Setelah membaca keseluruhan teks, guru meminta semua murid mengemukan soalan yang mana jawapan tidak berada di dalam teks. • Murid yang dapat membina soalan akan dicatat nama di sebelah soalan. • Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid mengikut urutan • Guru hanya sebagai fasilitator dan memprovokasi perbincangan. Penilaian dan Penutup (15 minit) • Guru memberikan soalan dalam aplikasi Google Form. • Guru membuat rumusan dan kesimpulan.
16 Refleksi ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Ulasan ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
17 CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 3 Pada waktu petang, atuk Kadir dan nenek Suteh duduk di kerusi malas sambal melihat 4 orang cucu-cucunya bermain di halaman rumah. Cucu-cucunya bernama Ahmad, Nazuan, Shafiq dan Sufian bermain olok-olok seraya Ahmad berkata, “aku jadi tuhan tanah, Nazuan jadi tuhan air, Shafiq jadi tuhan api dan Sufian jadi tuhan angin. Kita main kuasa siapa paling kuat. Kemudian atuk memanggil keempat emapt cucunya, “Cucu-cucu atuk semuanya mari sini, atuk nak cakap sesuatu”. Kesemua cucunya terheran-heran kerana atuk memanggil mereka. Setelah semua menghampiri atuknya lalu atuk berkata, wahai cucu-cucuku, atuk gembira melihat kamu semua bermain akan tetapi cara permainan kamu itu kurang bagus. Tadi atuk ada terdengar kamu bermain tuhan-tuhan kan. Tuhan ni tak boleh buat main-main, berdosa tau boleh merosakkan akidah Islam dalam diri kita hingga mengundang murtad. Ujar atuk”. Ahmad menjawab, “ooo…. ya ke atuk? Kami main-main je atuk tak kan boleh lari akidah”. Sambung Nazuan, “rilek la atuk. Allah tahu apa yang kita buat.” Nenek membalas “sesungguhnya Islam hanyalah satu dan tunggal yang bersumberkan daripada Allah SWT, diturunkan kepada seluruh umat manusia dalam sepanjang sejarah. Sejak Nabi Adam AS hinggalah ke zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW tanpa ada perubahan atau perkembangan. Demikianlah ciri-ciri keistimewaan akidah Islam. Akidah adalah keyakinan dan kepercayaan mendalam yang lahir dari hati manusia berdasarkan kepada ilmu dan sumber yang sahih serta menjadi pegangan hidup dengan melaksanakan rukun-rukun iman tanpa sebarang syak, ragu-ragu dan tanpa sebarang paksaan.” Jadi kita tak boleh sewenangwenangnya bermain dengan agama”, kata nenek. Atuk menambah “akidah yang tulen pasti akan melahirkan peribadi dan akhlak yang mulia hasil pancaran iman yang sempurna. Perlu ditegaskan bahawa masyarakat Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah diharamkan dan dilarang berpegang dengan fahaman dan ajaran sesat serta perlu disekat daripada disebarkan. Setiap orang Islam yang terbabit dengan ajaran sesat hendaklah segera bertaubat.” Jawab Shafiq, kalua bergitu kami minta ampun dan bertaubat kepada Allah dengan kelakuan dan perbuatan kami ini”. Semua cucu-cucu atuk menyambung, “Aaaamiiiin”, sambal menadah tangan.
18 SOALAN PANDUAN Soalan dalam teks 1. Siapakah nama keempat-empat cucu-cucu atuk Kadir dan nenek Suteh? 2. Mengapakah atuk memanggil keempat-empat cucunya dating kehadapannya? 3. Sejak zaman bila manusia perlu beriman bahawa Allah itu tunggal dan satu? 4. Apakah faham dan ajaran yang di larang bagi seluruh umat Islam? 5. Bagaimanakah melahirkan peribadi dan akhlak yang mulia? 6. Apakah punca merosakkan akidah Islam dalam diri manusia? Soalan tiada dalam teks 1. Apakah hukuman bagi orang yang mempersendakan dan bermain-main dengan tuhan? 2. Apakah perasaan atuk dan nenek setelah melihat cucu-cucunya bertaubat? 3. Mengapakah atuk dan nenek tidak bermain Bersama-sama cucu-cucunya? 4. Fahaman apakah yang menyesatkan akidah umat Islam selain Sunnah wa Al Jamaah? 5. Berapakh umur kesemua cucu atuk Kadir dan nenek Suteh? 6. Dimanakah kedua ibu bapa kesemua cucu-cucu atuk dan nenek?
19 CADANGAN LAMPIRAN PENILAIAN Link : https://forms.gle/VBaC5JTzvTPGC5q47 Scan QR Code untuk mendapatkan link latihan
20
21 Idea Utama 1. Yakin dan percaya bahawa Allah Pencipta dan Pentadbir alam 2. Beriman kepada Allah adalah rukun iman yang pertama 3. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah 4. Seluruh alam semesta tunduk dan patuh kepada Allah Kemahiran Berfikir 1. Menganalisis ciri ciri sistem solar dan bumi berdasarkan bahan perangsang 2. Memerhatikan ciptaan Allah yang lain di muka bumi 3. Memahami terjemahan ayat 17 surah Al Maidah Soalan Panduan 1. Apakah yang dapat diperhatikan daripada sistem solar dan bumi? 2. Adakah kamu berasa takjub dengan keindahan alam semulajadi di bumi ini? 3. Apakah bukti bahawa Allah yang menciptakan alam ini? 4. Apakah yang kamu faham dari terjemahan ayat 17 surah Al Maidah? BERIMAN KEPADA ALLAH
22 Rancangan Pengajaran Kaedah Inkuiri Falsafah Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tingkatan : 1 Masa : 1 jam Topik : Beriman Kepada Allah Tarikh : APA BAGAIMANA Bahan Perangsang Guru membawa replika sistem solar dan glob • Guru meletakkan replika sistem solar dan glob di bahagian tengah kelas di atas meja • Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka dapat perhatikan daripada kedua dua bahan tersebut Jalur Inkuiri Menyatakan maksud beriman kepada Allah yang Maha Pencipta,Pemilik dan Pentadbir alam dan yang Berhak Disembah Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 3. Menyatakan maksud beriman kepada Allah yang Maha Pencipta,Pemilik dan Pentadbir alam dan yang Berhak Disembah 4. Mengemukakan dalil naqli dan aqli bahawa Allah Maha Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam dan yang Berhak Disembah PERKEMBANGAN PENGAJARAN Set Induksi (5 minit) • Guru membawa replika sistem solar dan glob • Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka dapat perhatikan daripada • Guru meminta murid lain menyatakan apa yang mereka dapat perhatikan daripada kedua dua bahan tersebut
23 kedua dua bahan tersebut • Guru bertanya siapakah yang menciptakan alam ini? Perkembangan 1 (20 minit) Jalur Inkuiri 4. Memilih beberapa orang murid membacakan di hadapan kelas tentang maksud beriman kepada Allah 5. Selain sistem solar dan bumi, senaraikan contoh lain ciptaan Allah di alam ini. 6. Membaca terjemahan ayat 17 surah Al Maidah pada tafsir Al Quran masing masing AKTIVITI:Pertandingan Bercerita dan Permainan Kotak Beracun. • Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan teks. • Guru mengadakan pertandingan bercerita berdasarkan teks tersebut. Setiap ahli kumpulan perlu membaca teks tersebut dalam nada bercerita. • Murid bagi setiap kumpulan perlu membaca dan memahami teks tersebut. • Kumpulan yang membaca menggunakan nada terbaik akan diberikan hadiah. Menyusun Soalan Murid Fokus kepada jalur inkuiri diatas Guru memerhatikan kumpulan yang terbaik Perkembangan 2 (20 minit) Perbincangan • Murid diminta duduk ditempat masingmasing. • Guru menyediakan 1 kotak dan muzik. • Murid akan mengedarkan kotak tersebut kepada rakan-rakan yang lain diiringi muzik. • Apabila muzik berhenti, murid perlu mengemukakan soalan berdasarkan teks bercerita tadi. • Murid yang dapat membina soalan akan diberikan hadiah dan berehat daripada permainan. • Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid mengikut urutan • Guru hanya sebagai fasilitator dan memprovokasi perbincangan. Penilaian dan Penutup (15 minit) • Guru memberikan soalan dalam aplikasi Quizzizz • Guru membuat rumusan dan kesimpulan. Refleksi
24 ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Ulasan ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
25 CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 3 Pada suatu malam yang tenang, seorang ayah dan anak perempuannya berehat sambil berbaring di laman rumah yang lapang di atas rumput. “Ayah best lah tadi kita jalan jalan dekat bandar, semua bangunan cantik cantik. Siapa yang cipta rekabentuk bangunan tu ayah? Mesti dia kreatif macam kawan adik yang pandai lukis lukis tu, semua benda dia boleh lukis, mesti bangunan ni dia lukis dulu kan ayah sebelum dibina?” “Ye adik semua pereka bentuk bangunan tu memang kreatif tapi ada yang lagi kreatif dan ciptaan dia lagi cantik dari semua bangunan tu”. “Apa dia ayah?” “Ciptaan Dia yang adik dengan ayah tengah tengok sekarang nil ah”. “Apa dia ayah? Mana ada apa apa bangunan kat langit tu.”. “Cuba adik tengok betul betul apa yang bersinar kat langit tu.” “Bintang dan bulan ayah.” “Haa pandai…adik tau tak siapa yang ciptakan?” “Tau ayah. Allah yang cipta semua tu, ustazah ada bagitau dalam kelas.” “Ha pandai anak ayah.” Mereka sambung melihat keindahan langit tanpa berkata apa apa... beberapa minit kemudian… “Ayah, adik ngantuk lah” “Ayah pun tiba tiba rasa ngantuk.”…. Tiba tiba: ayah kita ada kat mana ni? Kenapa ada banyak planet ni kat sekeliling kita? Eh ayah kat sana tu cerah lah bentuk macam matahari. Wahh bulan tu selalu nampak dari jauh sekarang ada kat depan mata kita. Banyaknyaa bintang!. Subhanallah cantiknya ayah. Ye adik kita sekarang ada dalam kapal angkasa ni, adik kan suka tengok benda benda yang cantik. Sebab adik dapat no 1 dalam kelas ayah bawa adik jalan jalan naik kapal angkasa. Wahh terima kasih ayah, sayang ayah. Beberapa ketika kemudian… Ayah nak tanya boleh tak sesuatu tu wujud tapi takde siapa yang cipta dia, tiba tiba dia ada sendiri kat situ. Mestilah kena ada orang yang cipta dia ayah, tak logik kalau tiba tiba dia muncul. Semua bangunan tu pun ada pekerja yang bina dia, takkan tiba tiba bangunan tu ada
26 kat situ. Ya betul, sama juga macam semua yang kita nampak ni, tapi ciptaan ni lagi hebat, semua planet termasuk bumi ada di tempatnya tanpa ada tiang dan tanah pun. Sudah tentulah penciptanya lagi hebat, Pencipta tu siapa adik? Allah yang cipta dan aturkan semua ni ayah. Bagus adik. Tiba tiba kapal angkasa yang dinaiki bergoncang dengan kuat. Adik dan ayah hilang kawalan dan rasa bergoncang goncang. Tiba tiba mereka mendengar suara seorang perempuan. Abang adik kenapa tidur kat luar ni ha kan sejuk nanti demam mak juga yang susah. Mereka berdua terjaga dari tidur, lalu bangun dan berpandangan sesama sendiri lalu kedua dua nya tersenyum tanpa berkata apa apa. Mereka berdua masuk ke dalam rumah untuk menyambung mimpi mimpi yang indah. SOALAN PANDUAN Soalan dalam teks 1. Siapakah yang lebih kreatif berbanding pereka bentuk bangunan? 2. Apakah yang diperhatikan oleh ayah dan adik di langit? 3. Adakah peristiwa di kapal angkasa benar benar terjadi ataupun mimpi? 4. Apakah lukisan yang boleh dilukis oleh kawan adik? 5. Bolehkah sesuatu wujud secara semulajadi tanpa ada yang menciptakannya? 6. Siapakah yang menyedarkan adik dan ayah dari tidur? Soalan tiada dalam teks 1. Di manakah terletaknya bangunan bangunan cantik yang dilihat oleh adik? 2. Siapakah yang merekabentuk bangunan tersebut? 3. Berapakah umur adik? 4. Mengapakah alam ini boleh berada di tempatnya tanpa sokongan tiang mahupun tapak? 5. Apakah yang akan terjadi sekiranya semua planet berlanggar sesama sendiri? 6. Mengapakah ayah dan adik saling tersenyum setelah terjaga dari tidur?
27 CADANGAN LAMPIRAN PENILAIAN Link: https://quizizz.com/join?gc=82713769 Scan QR Code untuk mendapatkan link kuiz
28
29 Idea Utama 1. Makhluk Allah diciptakan dengan rupa bentuk yang berbeza beza 2. Allah ciptakan pelbagai bangsa supaya manusia dapat saling kenal mengenal antara satu sama lain 3. Menyayangi dan menghargai haiwan dan tumbuhan yang diciptakan Allah untuk pelbagai fungsi Kemahiran Berfikir 1. Membezakan kepelbagaian ciptaan Allah di muka bumi 2. Menganalisis keunikan setiap makhluk yang diciptakan 3. Memahami terjemahan ayat 24 surah Al Hasyr Soalan Panduan 1. Antara 99 nama nama Allah, yang manakah membawa maksud Maha Pencipta dan Maha Pembentuk pelbagai rupa? 2. Mengapakah Allah mencipta pelbagai rupa manusia di muka bumi ini? 3. Apakah yang kamu faham dari terjemahan ayat 24 surah Al Hasyr? AL KHALIQ & AL MUSAWWIR
30 Rancangan Pengajaran Kaedah Inkuiri Falsafah Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tingkatan : 1 Masa : 1 jam Topik : Al Khaliq dan Al Musawwir Tarikh : APA BAGAIMANA Bahan Perangsang Guru membawa satu poster yang mengandungi gambar kepelbagaian manusia yang berbeza warna kulit dari seluruh dunia serta gambar pelbagai jenis haiwan serta tumbuhan • Guru melekatkan gambar gambar tersebut di papan putih • Guru meminta murid memerhatikan satu persamaan tersirat gambar gambar tersebut serta memberi salah satu nama nama Allah yang bermaksud Maha Pencipta dan Maha Pembentuk pelbagai rupa Jalur Inkuiri Menyatakan maksud beriman kepada Allah yang Maha Pencipta,Pemilik dan Pentadbir alam dan yang Berhak Disembah Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menyatakan maksud nama Allah Al Khaliq dan Al Musawwir 2. Mengemukakan dalil naqli dan aqli nama Allah Al Khaliq dan Al Musawwir.
31 PERKEMBANGAN PENGAJARAN Set Induksi (5 minit) Guru membawa satu poster yang mengandungi gambar kepelbagaian manusia yang berbeza warna kulit dari seluruh dunia serta gambar pelbagai jenis haiwan serta tumbuhan. • Guru melekatkan gambar gambar tersebut di papan putih • Guru meminta murid memerhatikan satu persamaan tersirat gambar gambar tersebut serta memberi salah satu nama nama Allah yang bermaksud Maha Pencipta dan Maha Pembentuk pelbagai rupa Perkembangan 1 (10 minit) Jalur Inkuiri 1. Murid memberi jawapan tentang nama nama Allah yang bermaksud Maha Pencipta dan Maha Pembentuk pelbagai rupa 2. Murid diminta membaca terjemahan ayat 24 surah Al Hasyr pada tafsir Al Quran masing masing 3. Guru bertanya murid sama ada pernah berjumpa atau mempunyai kawan yang berbeza bangsa, warna kulit dan negara. AKTIVITI: Pertandingan Lakonan Berdasarkan Teks • Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta menentukan pelakon untuk watak watak dalam teks yang diberikan guru. • Semua ahli kumpulan mesti diberikan peranan untuk menjayakan situasi dalam teks • Murid bagi setiap kumpulan perlu membaca dan memahami teks tersebut kemudian melakonkan cerita tersebut di hadapan kelas • Murid tidak perlu menghafaz dialog dan bebas mengutarakan apa apa dialog yang bersesuaian dengan teks tersebut. • Kumpulan yang melakonkan watak dan dialog terbaik akan diberikan hadiah oleh guru Menyusun Soalan Murid Fokus kepada jalur inkuiri diatas Guru memilih soalan yang hendak dijawab. Perkembangan 2 (25 minit) Perbincangan AKTIVITI: Undi Nama • Setiap ahli kumpulan yang menang boleh mencabut undi nama ahli kumpulan lain yang disediakan oleh guru dalam bentuk gulungan kertas. • Murid yang terpilih perlu mengemukakan soalan berdasarkan teks bercerita tadi. • Murid yang dapat membina soalan akan menyumbangkan markah kumpulan dan kumpulan dengan markah tertinggi akan mendapat hadiah • Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid mengikut urutan
32 • Guru hanya sebagai fasilitator dan memprovokasi perbincangan Penilaian dan Penutup • Guru memberikan soalan dalam aplikasi Kahoot • Guru membuat rumusan dan kesimpulan. Refleksi ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Ulasan ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
33 CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 4 Di sebuah hutan tebal, seorang pemburu berkulit sawo matang bernama Ali telah tersesat jauh ke dalam hutan ketika ingin memburu rusa secara berseorangan. Dia merasa sangat cemas kerana hari semakin gelap. Tiba tiba dia terdengar suara manusia sedang bercakap, rupa rupanya ada dua orang asing juga telah tersesat kerana tidak berjumpa jalan keluar. Seorang berkulit putih kemerah merahan bernama John dan seorang lagi berwajah sangat gelap bernama Billy. Ali berasa terkejut kerana kulit mereka berlainan dari kulitnya. Ali tidak pernah berjumpa dengan orang lain yang berlainan warna kulit dengannya kerana dia tidak pernah keluar dari kampungnya yang sangat terpencil di tepi pantai. Walaubagaimanapun, dia berasa bersyukur kerana mereka memahami pertuturannya. “Awak berdua ni berasal dari mana?”. “Oh saya dari negara bersalji” kata John dan “saya pula dari negara padang pasir” kata Billy. Mereka pun berusaha untuk mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Sepanjang perjalanan, pelbagai haiwan yang telah ditemui mereka yang tidak pernah dikenali oleh John dan Billy kerana itu adalah pertama kali mereka masuk ke hutan. Tiba tiba, datang seekor harimau ingin menerkam mereka kerana sudah lama tidak makan daging manusia. Mereka berlari lintang pukang menyelamatkan diri. Tiba tiba harimau itu tidak kelihatan lagi kerana seorang penyelamat berwajah arab telah menghalau harimau tersebut. Rupa rupanya dia telah tersesat di dalam hutan lebih lama dari tiga orang tersebut. Mereka sudah berasa seronok tinggal di dalam hutan kerana hubungan mereka sangat akrab seperti keluarga. Pada suatu malam, lelaki berwajah arab itu berkata: “Allah Maha Berkuasa kerana menemukan kita di sini. Allah juga Maha Pencipta kerana Dia telah menciptakan pelbagai tumbuhan dan haiwan yang boleh kita makan. Paling penting Allah bersifat Maha Pembentuk Pelbagai rupa kerana menciptakan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit supaya kita boleh berkenalan antara satu sama lain dan mengenali budaya dan tempat asal masing masing.”
34 “Walaupun berlainan bangsa dan warna kulit kita boleh menjadi sahabat karib tanpa bersikap prejudis terhadap satu sama lain”. Ali tersedar dari pemikirannya yang sempit kerana selama ini dia menganggap bahawa hanya ada satu bangsa sepertinya sahaja di dunia ini. John dan Billy pula teruja kerana dapat mengenali pelbagai haiwan yang tidak pernah dikenalinya di dalam hutan tersebut. Keesokan paginya, lelaki penyelamat itu tidak lagi ada bersama mereka. SOALAN PANDUAN Soalan dalam teks 1. Adakah John dan Billy memahami bahasa yang dituturkan oleh Ali? 2. Mengapakah Allah menciptakan pelbagai rupa bentuk makhluk di muka bumi ini? 3. Apakah maksud Al Khaliq dan Al Musawwir? 4. Mengapakah Ali beranggapan bahawa tiada bangsa lain di dunia ini? 5. Siapakah yang menyelamatkan mereka ketika haiwan buas menyerang? 6. Mengapakah John dan Billy tidak pernah mengenal pelbagai haiwan yang berada di dalam hutan? Soalan tiada dalam teks 1. Kemanakah lelaki berwajah arab itu menghilang? 2. Adakah Ali, John dan Billy berjaya keluar dari hutan tebal tersebut? 3. Mengapakah lelaki berwajah arab menasihati Ali, John dan Billy? 4. Adakah nama nama Allah Al Khaliq dan Al Musawwir sama dengan manusia yang mahir mencipta dan mereka bentuk sesuatu di dunia ini? 5. Mengapakah kebanyakan manusia bersikap prejudis terhadap kaum yang lebih lemah dan rendah daripadanya? 6. Selain kepelbagaian rupa manusia, haiwan dan tumbuhan, apakah lagi bukti bahawa Allah bersifat Al Khaliq dan Al Musawwir?
35 CADANGAN LAMPIRAN PENILAIAN Link: https://kahoot.it/challenge/01320911?challenge-id=e7b3e3a1-4f4b-44ea-90c7- 2347c2a49900_1686119873153 Scan QR Code untuk mendapatkan link kuiz
36 PENUTUP Berdasarkan susunan dan huraian modul diatas dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan pedagogi hikmah merupakan salah satu inisatif untuk membantu dan memudahkan guru-guru dalam melengkapkan Rancangan Pengajaran Guru (RPH) mata pelajaran pendidikan Islam. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan murid-murid secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Akhir sekali dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Harapan penulis bagi modul ini mampu memberi manfaat kepada semua pengguna dan memudahkan segala urusan guru-guru pada masa kini dan akan datang.
37