Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 2 Bingkai Pasang
tali dan
Gambar lekatkan
1
Saiz A4 = 8.27×11.7 inci
Bott2led 1½ inci
Plant Gulung
Saiz A4 = 8.27×11.7 inci
1½ inci Gulung
Saiz A4 = 8.27×11.7 inci
1.
Alat
PTaontodnag1k½akinonctsaiektiampensagtiukuntyasaAiz A4 sebanyak 2 keping G- am dan 1½ inci
dan B.
susun
Perkusi2. Pada Kotak B, gariskan 1 1/2 inci daripada setiap sisi kotak dan potong.
3. Gunakan kertas terpakai (kertas majalah, surat khabar) dan dipotong
mengikut ukuran yang dikehendaki. Gam dan
susun 5 inci
4. Gulung kertas tersebut dan g1a½minkcai n dihujungnya.
3 4 Gam dan
Warnakan lekatkan
1½ inci 5 inci
5 inci Warnakan
Gulung
Saiz A4 = 8.27×11.7 inci
1½ inci
51
Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
5 61½ inci
Gam dan 5 inci Warnakan
susun
Tampal gambar Pasang
pada muka tali dan
belakang lekatkan
kertas A
Pasang
5. Susun dan gamkan gulungan kertas di 7 Tampatal lgi daamnbar
sekeliling bingkai gambar (Kotak B). 8
pleakdaatkmanuka
6. Warnakan bingkai gambar tersebut belakang
menggunakan warna air dan kertas A
keringGkaulunn.gWarnakan Pasang
7. Pasangkan tali pada Kotak A. tali dan
lekatkan
8. Tampal gambar yang dikehendaki.
9. Lekatkan bingkai gambar (Kotak B)
pada Kotak A.
10. Bingkai gambar telah siap dan boleh
Gdaispumsaudnmanerkan.
Gulung
10 Gantung 9 Gam dan
sebagai lekatkan
Gam daWn arnakan
susun hiasan Gantung
sebagai
Pasang
tali dan hiasan
lekatkan
Tampal gambar
Gam dan pada muka
lekatkan belakang
Gam dankertas A
lekatkan
Warnakan
52
Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah Plant
Lampiran 3 Alat
Batu Kecil Perkusi
Kekacang
Alat perkusi daripada tin (maracas)
1. Masukkan pelbagai bahan seperti pasir,
batu, kekacang (kuantiti yang berbeza)
ke dalam tin.
2. Tampal penutup tin dengan pita pelekat.
3. Balut tin dengan kertas warna dan hiaskan.
4. Goncang tin untuk menghasilkan pelbagai
bunyi.
Alat perkusi daripada botol
1. Isikan air ke dalam botol kaca
dengan aras yang berbeza.
2. Masukkan ke dalam kotak yang
telah dilubangkan.
3. Ketuk botol bagi menghasilkan
bunyi.
53
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
UNIT 9: KITAR SEMULA SISA PEPEJAL DI TEMPAT
AWAM
9.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menamakan tempat-tempat awam.
ii. Menyebut jenis sisa pepejal di tempat awam.
iii. Membezakan sisa pepejal yang boleh dibuang dan tidak boleh dibuang
ke dalam tong kitar semula.
9.2 Bahan Bantu Mengajar
Gambar/ tayangan video tempat awam, komputer, radio, cakera padat,
pensel, pensel warna, kad manila, gunting, penebuk lubang, tali, pen marker.
9.3 Aktiviti
Aktiviti 1: Kenali Tempat Awam
i. Guru mempamerkan gambar/ menayang video tentang kawasan
di perhentian bas, taman permainan dan pusat membeli belah
(Lampiran 1, 2 dan 3).
ii. Berdasarkan gambar/ tayangan video guru bersoal jawab dengan murid
bagi menjelaskan jenis-jenis tempat awam yang ada di sekitar tempat
tinggal.
Contoh soalan :
• Apakah yang kamu lihat pada gambar?
• Siapakah yang pernah pergi ke tempat seperti dalam gambar?
• Apakah yang kamu buat di situ?
• Apakah nama tempat itu?
iii. Guru menerangkan maksud tempat awam kepada murid.
54
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Aktiviti 2 : Mari Mengenal Bahan Kitar Semula
i. Guru mempamerkan gambar seperti di Lampiran 4.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh Soalan:
• Apakah jenis sisa pepejal yang terdapat di taman permainan?
• Sebutkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula.
• Sebutkan sisa pepejal yang tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar
semula.
• Mengapakah sisa pepejal ini tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar
semula?
iii. Murid melakukan aktiviti (Lampiran 5).
9.4 Nota
i. Kitar semula ialah proses menghasilkan produk baharu daripada bahan
kitar semula.
ii. Sisa makanan, daun-daun, ranting-ranting kecil boleh dikitar semula
dengan kaedah kompos untuk menghasilkan baja.
iii. Maksud tempat awam ialah kawasan yang terbuka kepada umum.
iv. Secara umumnya, tong kitar semula yang diletakkan di tempat awam
dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
• Tong berwarna biru untuk kertas
• Tong berwarna coklat untuk kaca
• Tong berwarna jingga untuk tin dan plastik
55
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Lampiran 1
56
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Lampiran 2
57
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Lampiran 3
58
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Lampiran 4
59
Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam
Lampiran 5
Bulatkan sisa pepejal yang tidak boleh dibuang ke dalam tong
kitar semula.
60
Unit 10: Kitar Semula Kertas
UNIT 10: KITAR SEMULA KERTAS
10.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menamakan jenis-jenis kertas
ii. Membincangkan proses kitar semula kertas
10.2 Bahan Bantu Mengajar
Kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah, kotak, lima
buah bekas, carta alir, enam kad imbas proses kitar semula kertas.
10.3 Aktiviti
Aktiviti 1: Mengenal Jenis-jenis Kertas
i. Guru melonggokkan dan memperkenalkan pelbagai jenis kertas yang
terdiri daripada kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas
majalah, kotak/kadbod, dan penyata/resit.
ii. Murid diminta menyebut jenis-jenis kertas iaitu kertas putih, kertas
warna, kertas surat khabar, kertas majalah dan kotak.
iii. Guru menyediakan lima buah bekas yang dilabelkan dengan gambar
dan perkataan kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas
majalah dan kotak.
iv Guru membimbing murid untuk meletakkan jenis-jenis kertas yang telah
dilonggokkan ( kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas
majalah dan kotak) mengikut jenis-jenis kertas ke dalam lima buah bekas
yang telah disediakan.
v. Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh soalan :
• Mengapakah kita perlu mengasingkan semula kertas?
• Pada pendapat kamu bagaimanakah cara mengurangkan
penggunaan kertas di rumah, sekolah dan tempat awam?
vi. Murid melakukan aktiviti suai gambar (Lampiran 1).
61
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Aktiviti 2 : Susun dan Tampal
i. Guru memberi penerangan cara kertas dikitar semula melalui
tayangan video/ carta kitar semula (Lampiran 2).
ii. Guru menyediakan lapan keping kad imbasan yang mengandungi
gambar proses kitar semula kertas (Lampiran 3).
iii. Beberapa orang murid diminta menampalkan kad imbasan mengikut
turutan proses dengan betul.
iv. Murid menyanyikan lagu bersama-sama mengikut melodi
“Old Mac Donald Had A Farm”.
Dari Pokok Jadi Kertas
Dari mana asal kertas
Darilah pokok
Kertas diproses di kilang
Jadikan kotak
Kertas diproses di kilang
Jadi majalah
Kertas diproses di kilang
Jadi surat khabar
Boleh dijual boleh dijual
Boleh dapat wang
Wang banyak wang banyak
Penuhkan tabung
62
Unit 10: Kitar Semula Kertas
10.4 Nota
i. Asal usul kertas.
Kertas terhasil daripada pokok.
ii. Langkah-langkah kertas dikitar semula.
• Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar semula.
• Pengasingan kertas dengan bahan-bahan lain (klip kertas, benang,
tali, plastik dan sebagainya).
• Kertas dicampur dengan air untuk dihancurkan bagi menghasilkan
pulpa.
• Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk membentuk kertas baharu.
• Kertas baharu diproses untuk menghasilkan produk baharu.
• Pelbagai produk baharu daripada kertas.
iii. Kepentingan Kitar Semula Terhadap Alam Sekitar
• Sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan menghasilkan air
larut resap (leachate) dan gas metana (methane) yang boleh
mencemarkan alam sekitar. Kitar semula dapat membantu
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
• Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan
terhadap bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak
dapat disimpan dan dikekalkan.
• Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada
bahan mentah. Kitar semula memerlukan sedikit tenaga secara tidak
langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemeliharaan dan
pemuliharan alam semula jadi.
iv. Kepentingan Terhadap Manusia
• Secara keseluruhan, kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan
negara kerana aktiviti menghasilkan produk daripada bahan kitar
semula lebih rendah daripada menggunakan bahan mentah.
• Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan
menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan
daripada sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara
untuk generasi akan datang.
63
Lampiran 1 Unit 10: Kitar Semula Kertas
Suaikan gambar dengan perkataan yang betul Kotak
Surat
khabar
Majalah
Beg
kertas
Kertas
putih
64
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Lampiran 2 Proses Kitar Semula Kertas
12
3
1. Kertas yang telah diguna dikumpulkan. 4
2. Kertas dibuang ke dalam tong kitar semula. 5
3. Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar
semula.
4. Pengasingan kertas dengan bahan-bahan
lain (klip kertas, benang, tali, plastik dan
sebagainya).
5. Kertas dicampur dengan air untuk
dihancurkan bagi menghasilkan pulpa.
6. Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk
membentuk kertas baharu.
7. Kertas baharu diproses untuk menghasilkan
produk baharu.
8. Pelbagai produk baharu daripada kertas.
8
6
7
65
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Lampiran 3
Kumpulkan kertas yang telah
digunakan.
Kertas dibuang ke dalam tong kitar semula.
66
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar semula.
Pengasingan kertas dengan bahan-bahan lain
(klip kertas, benang, tali, plastik dan sebagainya).
67
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Kertas dicampur dengan air untuk
dihancurkan bagi menghasilkan pulpa.
Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk membentuk kertas baharu.
68
Unit 10: Kitar Semula Kertas
Kertas baharu diproses untuk menghasilkan produk baharu.
Pelbagai produk baharu daripada kertas
69
Unit 11: Kitar Semula Plastik
UNIT 11: KITAR SEMULA PLASTIK
11.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Mengenal pasti peralatan yang diperbuat daripada plastik.
ii. Mengaplikasikan proses awal kitar semula barangan plastik.
11.2 Bahan Bantu Mengajar
Tayangan video (pembuangan sisa pepejal), buku skrap (kertas lukisan),
gam, gunting, peralatan plastik, majalah, akhbar.
11.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Kenali Plastik
i. Guru menayangkan tayangan video/ gambar pembuangan peralatan
plastik.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang peralatan yang diperbuat
daripada plastik.
iii. Murid diminta mengenal pasti peralatan dalam kelas yang diperbuat
daripada plastik.
Contoh soalan:
• Namakan peralatan yang diperbuat daripada plastik.
• Apakah kegunaan peralatan plastik tersebut?
• Apakah peralatan plastik yang sering dibuang?
• Di manakah peralatan plastik itu dibuang?
• Apakah yang perlu kita lakukan supaya peralatan plastik ini tidak
dibuang?
Aktiviti 2 : Kumpul, Asing dan Bersih
i. Guru meminta murid mengumpul peralatan plastik yang tidak digunakan
dari rumah dan dibawa ke sekolah.
ii. Guru membimbing murid untuk membersihkan peralatan plastik
(membuang label, mencuci dan mengeringkan).
iii. Peralatan plastik yang telah dibersih diserahkan kepada pembeli
untuk dihantar ke kilang bagi proses kitar semula.
70
Unit 11: Kitar Semula Plastik
iv. Guru membimbing murid untuk menghasilkan carta alir proses yang telah
dijalankan (Lampiran 1).
v. Murid membuat rumusan tentang proses kitar semula plastik yang tidak
digunakan.
11.4 Nota
i. Peralatan plastik yang boleh dikitar semula ialah beg plastik, botol
minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan
botol vitamin.
ii. Contoh peralatan plastik yang tidak boleh dikitar semula ialah bekas
cat, bekas bahan toksik dan peralatan makmal.
iii. Proses kitar semula bekas plastik.
• Mengumpul peralatan plastik yang tidak digunakan.
• Bersihkan peralatan plastik dengan membuang label, mencuci dan
mengeringkan.
• Menyerah/ menjual peralatan plastik di pusat pengumpulan untuk
dihantar ke kilang bagi proses kitar semula.
71
Lampiran 1 Unit 11: Kitar Semula Plastik
Kumpul, Asing dan Bersih 2
1
Mengumpul peralatan plastik Bersihkan peralatan plastik dengan
yang tidak digunakan. membuang label, mencuci dan
mengeringkan.
3
Menyerah/ menjual peralatan
plastik di pusat pengumpulan
untuk dihantar kilang bagi proses
kitar semula.
72
Unit 12: Kitar Semula Kaca
UNIT 12: KITAR SEMULA KACA
12.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan kaca yang boleh dikitar semula.
ii. Membezakan antara kaca yang boleh dikitar semula dengan yang tidak
boleh dikitar semula.
iii. Merumus proses kitar semula kaca.
12.2 Bahan Bantu Mengajar
Lembaran kerja, kad imbasan, bahan yang boleh dikitar semula dan yang
tidak boleh dikitar semula, carta kitar semula kaca.
12.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Mengenal Jenis-jenis Kaca
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang barang-barang kaca yang
terdapat di kelas prasekolah dan di rumah.
ii. Guru menerangkan kepada murid kaca yang boleh dikitar semula dan
kaca yang tidak boleh dikitar semula.
Contoh kaca yang boleh dikitar semula :
• Botol kicap, botol jem, botol ubat, botol sos, botol minuman, botol
minyak wangi.
Contoh kaca yang tidak boleh dikitar semula :
• Mentol, pinggan, cawan, mangkuk dan kaca (yang telah pecah).
iii. Guru mengemukakan soalan kepada murid :
• Nyatakan jenis-jenis kaca yang boleh dikitar semula.
• Nyatakan jenis-jenis kaca yang tidak boleh dikitar semula.
• Mengapakah mentol tidak boleh dikitar semula?
vi. Murid diminta melaksanakan aktiviti (Lampiran 1).
73
Unit 12: Kitar Semula Kaca
Aktiviti 2 : Cara Kitar Semula Kaca
i. Guru memberi penerangan mengenai cara kitar semula kaca melalui
carta alir (Lampiran 2).
ii. Guru mengedarkan kad imbasan gambar cara kitar semula kaca dan
kad nombor kepada murid (Lampiran 3).
iii. Murid diminta memadankan kad imbasan gambar cara kitar semula
kaca dan kad nombor mengikut turutan dengan betul.
iv. Murid diminta merumuskan proses kitar semula kaca.
v. Guru mengemukakan soalan kepada murid :
• Adakah sisa kaca berbahaya? Mengapa?
• Apakah yang kamu buat pada bekas botol kicap?
12.4 Nota
i. Kaca yang boleh dikitar semula.
Umumnya kaca yang boleh dikitar semula adalah kaca botol minuman,
sos dan kicap. Komposisi bagi kaca yang boleh dikitar semula adalah
terdiri daripada 100% kaca silika.
ii. Kaca yang tidak boleh dikitar semula
Terdapat sesetengah jenis kaca tidak boleh dikitar semula. Antara jenis
kaca yang tidak boleh dikitar semula adalah seramik, kristal, kaca mentol
dan cermin tingkap. Kaca-kaca tersebut tidak boleh dikitar semula kerana
kandungan kacanya telah dicampur dengan bahan lain yang tidak
sesuai untuk proses kitar semula.
iii. Cara Kitar Semula Kaca
• Kumpul botol kaca yang telah habis isinya/ kosong.
• Masukkan botol kaca ke dalam tong kitar semula.
• Botol kaca tersebut dihantar ke pusat kitar semula.
• Botol kaca dihancurkan.
• Serpihan kaca dicairkan dan dihantar ke mesin pengacuan untuk
membentuk produk kaca baharu.
74
Unit 12: Kitar Semula Kaca
Lampiran 1
Kaca yang Boleh Dikitar Semula.
Warnakan gambar kaca yang boleh dikitar semula dan nyatakan bilangannya.
Jumlah: ..........................
75
Lampiran 2 Unit 12: Kitar Semula Kaca
Carta Alir Kitar Semula Kaca 2 Botol kaca dimasukkan ke dalam
Botol kaca yang telah tong kitar semula
1 dikosongkan, dibersihkan
dan dikeringkan
3 Botol kaca tersebut dikumpul untuk
dihantar ke pusat kitar semula
Kaca dihancurkan
4 menjadi kepingan
kecil
Kaca yang dihancurkan akan
5 dicairkan dengan suhu yang
tinggi
Kaca yang telah dicairkan
6 dimasukkan ke mesin pengacuan
untuk membentuk botol kaca
yang baharu
76
Unit 12: Kitar Semula Kaca
Lampiran 3
Susunkan kad mengikut aturan yang betul berdasarkan nombor yang diberi.
12345
77
Unit 12: Kitar Semula Kaca
78
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
UNIT 13: KITAR SEMULA TIN ALUMINIUM
13.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan tin yang boleh dikitar semula.
ii. Membezakan antara tin yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh
dikitar semula.
iii. Menyatakan cara kitar semula tin.
iv. Mengaplikasikan proses awal kitar semula tin.
13.2 Bahan Bantu Mengajar
Pelbagai jenis tin, pelbagai jenis bahan plastik, lembaran kerja, majalah,
katalog, akhbar, gunting, gam, kertas manila, klip video, alat pengetuk yang
diperbuat daripada kayu dan kad imbasan cara kitar semula tin di kilang.
13.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Mengenal Tin
i. Guru menunjukkan pelbagai jenis tin (tin susu, tin minuman, tin penyembur
serangga dan tin cat) dan bersoal jawab dengan murid.
Contoh soalan :
• Apakah kandungan tin?
• Di manakah tin-tin ini disimpan di rumah?
• Bolehkah bekas tin-tin tersebut dikitar semula? Bagaimana?
• Mengapa sesetengah tin tidak boleh dikitar semula?
ii. Murid diberi katalog, majalah, akhbar dan diminta mencari gambar tin.
iii. Murid menggunting gambar tersebut dan mengasingkannya kepada
dua kategori iaitu:
• Gambar tin yang boleh dikitar semula.
• Gambar tin yang tidak boleh dikitar semula (pastikan aspek
keselamatan diambil kira semasa menggunting).
iv. Murid menampal dan melabelkan gambar-gambar tersebut pada kertas
manila.
79
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
Aktiviti 2 : Cara Kitar Semula Tin
i. Guru menayangkan carta alir cara kitar semula tin di kilang dan bersoal
jawab dengan murid (Lampiran 1).
Contoh soalan:
• Ceritakan cara kitar semula tin.
• Bagaimana kamu boleh melibatkan diri dalam proses kitar semula tin?
• Adakah kamu menyimpan tin-tin tersebut di rumah dan mengapa?
• Nyatakan produk baharu dihasilkan daripada tin yang dikitar semula.
Aktiviti 3 : Eksplorasi
i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
ii. Setiap kumpulan akan melalui lima stesen dan melakukan aktiviti yang
telah ditetapkan berdasarkan gambar dan arahan pada kad.
iii. Perincian aktiviti bagi setiap stesen adalah seperti berikut.
Stesen 1
Murid mengasingkan sisa pepejal daripada tin.
80
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
Stesen 2
Murid mengasingkan tin yang boleh dikitar semula dan tidak boleh
dikitar semula ke dalam kotak.
Stesen 3
Murid mengemekkan tin minuman dengan menggunakan alat pengetuk
(aspek keselamatan perlu diutamakan).
81
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
Stesen 4
Murid menyusun semula gambar proses kitar semula tin di kilang mengikut
urutan (Lampiran 2).
82
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
13.4 Nota
i. Jenis tin yang boleh dikitar semula :
Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan
tin bekas makanan.
ii. Jenis tin yang tidak boleh dikitar semula :
Semua tin yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti tin
penyembur cat, racun serangga dan toksik.
iii. Langkah-langkah yang boleh dilakukan sebelum tin dihantar ke
pusat pengumpulan kitar semula :
• Kenal pasti tin yang boleh dikitar semula
• Buangkan sisa kotoran daripada tin
• Tanggalkan label pada tin
• Bilas dan keringkan tin
• Kemekkan tin
iv. Cara kitar semula yang berlaku di kilang
• Tin dimampatkan kepada saiz yang lebih kecil
• Dileburkan pada suhu yang tinggi
• Dibentuk menjadi kepingan logam
• Produk baharu dihasilkan (tin minuman dan tin makanan)
83
Lampiran 1 Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
Carta Alir Kitar Semula Tin di Kilang 1 Tin yang boleh
dikitar semula
2Tin dimampatkan dikumpulkan
4 Tin dileburkan
Tin dibentuk 3 pada suhu yang
menjadi kepingan tinggi
5 Produk baharu
dihasilkan(tin minuman
dan makanan)
84
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
Lampiran 2
Susunkan kad mengikut aturan yang betul berdasarkan nombor yang diberi.
12345
85
Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium
86
Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
UNIT 14: AMALAN MENJAGA KEBERSIHAN ALAM
SEKITAR
14.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyatakan maksud alam sekitar.
ii. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
iii. Mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar.
14.2 Bahan Bantu Mengajar
Cakera padat, pemain cakera padat atau komputer, peralatan gotong-
royong (tong sampah dan plastik sampah), lembaran kerja, video klip
pencemaran alam sekitar dan lagu yang bersesuaian.
14.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Eksplorasi Alam Sekitar
i. Murid diminta menutup mata dan diperdengarkan dengan rakaman bunyi
alam sekitar seperti air mengalir, kicauan burung, deruan ombak, deruan
angin, pelbagai suara haiwan.
* Guru boleh mendapatkan sumber rujukan bunyi haiwan dilaman
www.youtube.com
ii. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan bunyi tersebut dan
menerangkan maksud alam sekitar.
• Apakah bunyi yang kamu dengar?
• Di manakah bunyi tersebut boleh didengar?
• Apakah perasaan kamu apabila mendengar bunyi tersebut?
• Murid diminta meniru bunyi tersebut secara individu dan berkumpulan.
87
Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Aktiviti 2 : Mari Bergotong-royong
i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan
aktiviti gotong-royong seperti menanam pokok bunga, mencabut rumput,
menyapu, mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah.
ii. Setelah aktiviti dijalankan, guru bersoal jawab dengan murid tentang
amalan menjaga kebersihan alam sekitar.
• Apakah aktiviti yang telah kamu lakukan?
• Pernahkah kamu melakukan aktiviti tersebut sebelum ini?
Bila dan di mana?
• Mengapa kamu perlu melakukan aktiviti tersebut?
iii. Aktiviti pengukuhan dijalankan melalui lembaran kerja (Lampiran 1).
88
Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Aktiviti 3 : Sayangi Persekitaran Kita
i. Guru mempamerkan gambar persekitaran yang kotor di kawasan tempat
tinggal, tepi pantai dan tempat awam seperti di stesen bas dan pasar.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipamerkan:
• Apakah yang kamu lihat?
• Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya tempat tersebut
dibiarkan kotor.
• Apakah yang akan kamu lakukan jika tempat tinggal kamu kotor?
iii. Murid diminta berbincang tentang kepentingan menjaga kebersihan
persekitaran.
89
Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Lampiran 1
Tandakan (√) bagi amalan yang baik dan (X) bagi amalan yang boleh
mencemarkan kebersihan alam sekitar.
Buang sampah merata-rata Mengutip sampah
Bergotong-royong Membuang bekas minuman di
pantai
Buang sampah ke Tidak membuang sampah ke
dalam tong sampah dalam tong sampah
90
GLOSARI
Bil. Istilah Makna/ Maksud
1. Alat Perkusi Alat perkusi adalah alatan muzikal yang dibunyikan melalui
ketukan atau pukulan oleh pemukul.
2. Guna Semula Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula
Sisa Pepejal barangan yang tidak dikehendaki sama ada secara
konvensional (mengguna semula beg plastik yang sama
berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan menggunakan
kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis).
3. Kitar Semula Kitar semula sisa pepejal ialah proses memungut dan
Sisa Pepejal mengasingkan bahan kitar semula bagi tujuan menghasilkan
produk baharu.
4. Pengurangan Pengurangan sisa pepejal bermaksud pencegahan/
Sisa Pepejal pengurangan sisa atau pengurangan sumber dalam konteks
penggunaan dan pembuangan barang- barang dikurangkan.
5. Polisterin Polimer termoplastik yang jernih serta tegar, mudah dibentuk
(dengan dicairkan) dan digunakan sebagai bekas makanan,
bekas minuman dan sebagainya.
6. Proses Beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yang dilakukan
untuk menghasilkan sesuatu yang dikehendaki.
7. Pulpa Sejenis gentian yang diperoleh daripada (pokok) kayu dan
digunakan untuk membuat kertas.
8. Pusat Kitar Pusat kitar semula merupakan sebuah tempat yang disediakan
Semula oleh pihak berwajib untuk penduduk menghantar bahan kitar
semula dari rumah.
9. Seramik Bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah
liat seperti kepingan lantai, tembikar, pinggan dan lain-lain.
10. Sisa Pepejal Sisa pepejal merupakan bahan yang tidak dikehendaki kerana
sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak. Sisa pepejal juga
dikenali sebagai sampah.
91
JAWAPAN
92
SEKALUNG PENGHARGAAN
Perbadanan Pengurusan Sisa Kementerian Pendidikan
Pepejal dan Pembersihan Awam Malaysia
(SWCorp)
• Puan Hjh Norashikin binti Hashim
• Cik Sumatra A/P Appavoo • Encik Mohd Azahar bin Madar
• Encik Mohamad Safri bin Abdul Rahman • Puan Regina A/P Joseph Cyril
• Tuan Hj Ismail bin Mohamed • Puan Harlina binti Mohamad
• Encik Ruzaimi bin Mahmod • Cik Nor Amilia binti Amerudin
• Cik Cecilia Lahong Mering • Puan Rusni binti Che Adnan
• Cik Nik Azalina binti Nik Anuwa • Puan Jamilah binti Idris
• Puan Siti Maria Ulfah binti Abdul Salam • Puan Norzaini binti Yang
• Encik Mohamad Fadzil bin Abdul Rahim • Puan Hashimah binti Amran
• Encik Mohd Halim bin Hashim • Puan Marlina binti Mohamed
• Puan Hazliza binti Muhammad • Encik Mohd Saidi bin Embong
• Puan Zurida binti Ainuddin • Puan Noor Suhaila binti Wan Ibrahim
• Encik Mohd Azrul bin Azmi • Puan Azilawati binti Abu Bakar
• Encik Zulkifli bin Mohamad • Puan Zakiah binti Mat Rabee
• Puan Nadirah binti Syed Nazar Hussein Shah • Encik Mat Shaari bin Abu Hassan
• Cik Nadzatul Shima binti Ab Ghani • Encik Rosli bin Ishak
• Cik Nurul Nabilah binti Mat Nasir • Puan Nor Azizah binti Mohd Nor
• Encik Mohd Shakir bin Jusoh • Encik Shanmuga Velu A/L Subramaniam
• Encik Mohd Fadzli bin Salleh • Puan Wong Shok Chee
• Puan Siti Haja binti Muhammad
Jabatan Kemajuan Masyarakat • Puan Musleha binti Mohd. Ghozali
(KEMAS) • Puan Siti Zuhana binti Hj Sungip
• Puan Puspa Devi A/P Munisamy
• Puan Hasnah binti Hafzi
• Puan Nora binti Tambi Jabatan Perpaduan Negara
• Puan Rosiah binti Ajis dan Integrasi Nasional (JPNIN)
• Puan Rahimah binti Abd Halim
• Puan Azizah binti Hussain
• Puan Nor Manja binti Mohamed
93292