Tugasan 2: Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi dalam Pelbagai Sumber Nama: MUAZ NAZMI BIN MOHD NAZAN Kumpulan: PT1S2-9 Nama Pensyarah: Dr. Amat Tarop Bin Sumo
ISU KESALAHAN BAHASA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB ISU KESALAHAN BAHASA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB Gambar di sebelah menunjukkan tangkap layar daripada aplikasi instagram yang menunjukkan kesalahan ejaan penggunaan kata pinjaman bahasa Arab.Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Hal ini demikian kerana dalam bahasa melayu tiada bunyi tersebut. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf lambang bagi bunyi dalam tulisan juga tidak wujud. Maka, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d. Oleh itu perkataan ramadhan dalam gambar tersebut perlu dieja dengan ejaan yang betul iaitu ramadan.
ISU PERCAMPURAN KOD ISU PERCAMPURAN KOD Gambar di sebelah menunjukkan tangkap layar daripada aplikasi instagram yang menunjukkan percampuran kod antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.Gambar Menunjukkan sebuah akaun pempengaruh media sosial yang terkemuka iaitu Khairul Aming menggunakan perkataan seperti restock (stok semula) dan link (pautan).
ISU PENGGUNAAN KATA NAMA KHAS ISU PENGGUNAAN KATA NAMA KHAS Gambar di sebelah menunjukkan sebuah gambar yang diambil dari sebuah kotak rokok.Pada kotak rokok tersebut ia menunjukkan penggunaan huruf besar yang tidak sesuai pada ayat “Rokok Penyebab Keguguran Janin ” kerana perkataan tersebut tidak menunjukkan pada apa-apa kata nama khas.
ISU PENGGUNAAN DIALEK Dialek merupakan bahasa yang digunakan oleh suatu kelompok daerah atau masyarakat yang berbeza daripada bahasa standard (Kamus dewan, 2005).Berdasarkan gambar tersebut, pencipta konten tersebut menulis kapsyen menggunakan dialek kelantan iaitu “kito nyo mudoh siyey kokre sabiktu kito sokmo dipergunokei” yang bermaksud “kita mudah kasihan dekat orang sebabtu kita mudah dipergunakan ”.
ISU PENGGUNAAN BAHASA SLANGA ISU PENGGUNAAN BAHASA SLANGA Bahasa Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Slanga sering dijumpai di kawasan kosa kata yang merujuk kepada perkara yang dianggap tabu. Ia sering digunakan untuk mengenal pasti seorang rakan dan walaupun ia mungkin biasa di kalangan orang muda, ia juga digunakan oleh semua peringkat umur dan kumpulan sosial.Berdasarkan gambar di sebelah ia menunjukkan penggunaan bahasa slanga oleh pengguna media sosial yang bernama Chiro iaitu dia menggunakan perkataan kantoi yang bermaksud terbongkar.
ISU PENGGUNAAN KATA MAJMUK ISU PENGGUNAAN KATA MAJMUK Gambar di sebelah menunjukkan cara ejaan kata majmuk mantap yang salah.Hal ini kerana pada papan tanda tersebut kata majmuk dieja secara jauh , ejaan sebenar kata majmuk yang telah mantap akan dieja secara rapat iaitu tanggungjawab.
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.Berdasarkan gambar di sebelah kata sendi nama dieja rapat dengan perkataan dalam.Ejaan yang betul ialah “ke dalam ” ISU PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA ISU PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
ISU PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF ISU PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF Perkataan baru merujuk kepada masa atau waktu, iaitu belum berapa lama lagi, sesudah, tidak lama sebelum ini dan lain-lain lagi yang bermaksud serupa dengannya manakala baharu bermaksud sesuatu yang tidak buruk, tidak lama, belum pernah atau belum lama terpakai kerana dijaga atau dipelihara dengan baik.Kata ‘baharu ’ digunakan untuk menzahirkan sifat atau adjektif..Berdasarkan gambar di sebelah penulis menggunakan perkataan baru yang tidak sesuai dan perlu diganti dengan perkataan baharu yang memberi maksud yang sesuai kerana merujuk kepada benda. baru baharu
Gambar di sebelah menunjukkan teks ucapan perdana menteri Malaysia berkaitan pakej ransangan ekonomi.Pada teks tersebut dapat dilihat perkataan “Kerajaan ” merupakan kesalahan tanda baca yang melibatkan penggunaan huruf besar pada kata nama am.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah “kerajaan ” ISU PENGGUNAAN KATA NAMA AM ISU PENGGUNAAN KATA NAMA AM
Gambar di sebelah menunjukkan tangkap layar daripada aplikasi instagram yang menunjukkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan.Penjodoh bilangan helai sesuai digunakan untuk sesuatu bahan yang yang nipis dan lebar.Oleh sebab itu, penjodoh bilangan yang sesuai bagi epal ialah biji kerana biji sesuai untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya. ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN
TERIMA KASIH