The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamskpj, 2021-06-15 13:49:17

Karom Adam Muammar 15DPB20F2021

Karom Adam Muammar 15DPB20F2021

NAMA:ADAM MUAMMAR BIN
AHMAD ZALIZAM
NO PENDAFTARAN:15DPB20F2021

PENGENALAN

• Karom dikatakan berasal dari India. Di
peringkat awal permainan karom yang hampir
sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun
dahulu di zaman Makam Tua Abyssinian.Ada
yang mengatakan karom telah direka cipta
oleh Maharajah Indiatetapi asal usul
permainan karom tidak diketahui secara jelas.
Tetapi ramai percayapermainan ini mula
dimainkan di British.

• Apa yang ketahui lebih sedekad lalu karom
telah dimainkan oleh orang-orang India
bersama keluarga di rumah dan di masa
lapang. Bila mereka dewasa permainan ini
terus dikembangkan menjadi sebahagian
aktiviti harian dan diterima oleh pelbagai
peringkat masyarakat. Bagaimana pun
pelbagai versi karom yangdimainkan di dunia
Timur Arab termasuk Saudi Arabia, Kuwait dan
Yemen, Tengah Asia dari Turkmenistan hingga
Afghanistan dan dari timur seperti Cina,
Malaysia,Singapura dan Indonesia.

• Dalam awal tahun 60an, karom telah mula
bertapak di kebanyakkan rumah dan kelab
sukan. Perhijrahan pendatang dari Asia ke
negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat
juga merupakan salah satu punca karom turut
berkembang sehingga ke Belanda, Jerman
dan Itali.

• Pertandingan karom secara rasminya telah
bermula pada tahun 1935 di Sri Lanka, dan
pada tahun 1958 India dan Sri Lanka telah
mengujudkan persatuan kelab karom dan
menganjurkan pertandingan. Tahun 1956 India
telah mula mencari pemain di seluruh India
untuk pasukan terbaiknya. Pertandingan
karom pertama telah bermula pada sekitar
tahun 1960an di antara India dan Sri
Lanka.Pertandingan peringkat kebangsaaan
juga diadakan di Pakistan,
Bangladesh,Afghanistan dan Maldive.

• Sehinggalah pada tahun 1988, satu kongres
telah dibuat dan PersatuanKarom
Antarabangsa telah dibentuk dan diluluskan
pertubuhannya serta memperkenalkan
undang-undang karom antarabangsa yang
pertama. Manakala di Malaysia wujudnya,
Persatuan Karom Malaysia (Malaysia Carrom
Association) atau lebih dikenali sebagai
KAROMAS dan merupakan badan yang
diktiraf.

CARA BERMAIN

Permainan karom mempunyai cara bermain yang
tersendiri. Diantara cara
yang popular selalu digunakan ialah:

• Pemain akan memasukkan buah carom
kedalam mana-mana lubang yg

terdapat di setiap sudut papan permainan
sebelum pihak lawan.

• Giliran akan berterusan, sekiranya dapat
memasukkan buah carom kedalam

lubang.

• Manakala bilangan pemain pula adalah
seperti berikut :

➢ 2 pemain : duduk bertentangan antara satu
sama lain

➢ 3 pemain : bermain utk mata (tanpa mengira
warna)

➢ 4 pemain : pemain yang duduk bertentangan
antara satu sama lain jadi satu

pasukan. (satu pasukan utk buah putih &satu
pasukan lagi utk buah hitam)

Cara kiraan mata:

Buah Hitam : 1 mata

Buah Kuning / Putih : 2 mata

Buah Merah : 5 mata

Main Lesen.
Terdapat satu cara bermain karom yang
dinamakan Main Lesen. Cara
permainan lesen ini ialah :

➢ Pemain mestilah memasukkan dahulu buah
kuning, kemudian barulah perlu

memasukkan buah hitam. Sekiranya buah hitam
tidak berjaya dimasukkan,
buah kuning perlulah diletakkan kembali di tengah
papan main.

➢ Selepas berjaya memasukkan buah kuning
dan hitam, barulah pemain boleh

menruskan permainan dengan memasukkan buah
yang berbaki.
➢ Pemain mestilah meninggalkan buah merah

sebagai yang terakhir.

SYARAT-SYARAT
PERMAINAN

Penentuan Mula

Untuk menentukan siapa yg membuat pemecahan
buah terlebih dahulu, duit syiling akan
dilambungkan atau cara lain yg difikirkan sesuai.

Proses yg sama akan dilakukan jika
perlawanan penentuan berlaku.

Permainan Biji Karom Hitam/Putih/Merah

Pemain yg dibenarkan membuat pemecahan
pertama akan menggunakan biji karom berwarna
putih, manakala lawannya menggunakan biji karom
berwarna hitam.
Pada mana-mana set 1,

2 atau 3 biji karom merah tidak akan digunakan dan
akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas
pemecahan pertama dilakukan.
Pada pusingan kedua, pihak lawan akan membuat
pemecahan seterusnya menggunakan biji
karom berwarna putih. Jika permainan berterusan
kepada rubber set, undian semula akan
dibuat untuk menentukan pemain yg akan
memulakan pemecahan menggunakan biji karom

• Kedudukan Pemain

Dalam acara perseorangan, pemain hendaklah
duduk bertentangan dan dlm acara beregu pula
pemain dari pasukan yang sama hendaklah duduk
bertentangan. Tempat duduk hendaklah
bertukar dipusingan kedua & perlawanan
penentuan. Dalam permainan beregu, pemain
menukar tempat duduknya mengikut sebelah
kanan.

Denda
Kehilangan giliran dan denda sebiji karom yg akan
diletakkan dipusat bulatan dalam keadaan
berikut:

(i) Pemukul (striker) masuk ke dalam lubang

(ii) Memukul biji karom di dalam keadaan tidak
boleh dipukul secara terus iaitu yg terletak di
atas garis panah/bulatan bulan di bawah garisan
pemukul pemain yg mengambil giliran.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version