The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syukrizaki1991, 2019-01-21 05:51:43

Panduan Admin Frog VLE 2017

Panduan Admin Frog VLE 2017

PANDUAN
ADMIN

FROGVLE 2017

BAHAGIAN
TEKNOLOGI
PENDIDIKAN

NEGERI
JOHOR

PANDUAN MODUL
INTERAKTIF

PERKARA SIMBOL/
KEKUNCI
1. Pergi ke muka surat
seterusnya

2. Muka surat sebelum
ini

3. Kembali ke menu
utama/isi kandungan

4. Muat turun modul /
cetak modul

ISI
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Siapa Admin Frog ? 1

2. Tanggungjawab dan peranan 2

3. Kemahiran dan skil 3

4.Tugasan Admin di sekolah 4
4.1 Mengedarkan Id dan kata laluan pada 5-7
semua pengguna.
4.2 Melatih guru2 dan murid2 di sekolah 8
4.3 Mengurus akaun Frog sekolah 9
( administrator )
4.4 Mengurus dashboard sekolah 10
4.5 Menjadi pakar rujuk dan jurulatih 11
utama di sekolah
4.6 Menjadi motivator dan tauladan di 12
sekolah

5.Kalendar admin / carta gantt / perancangan 13-17
strategik.

ISI
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
18
6.Tugasan hakiki admin di dalam akaun frog
di sekolah : 19-20

6.1 Mengeluarkan / muat turun 21-24
keseluruhan data pengguna ( setiap
bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod
dan rujukan.

6.2 Menyemak pengguna2 di dalam Frog
VLE sekolah ( enabled/disabled user ).
Seeloknya setiap bulan.

7. Tugasan mengikut masa dan kedaan : 25
7.1 Melakukan proses muat naik data 26-28
apdm ( setiap awal tahun
persekolahan ) bagi tujuan
penyelarasan data2 murid.
7.2 Melakukan proses transfer out ( user
berpindah keluar / berhenti sekolah )

ISI
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
29-31
7.3 Melakukan proses transfer in ( user 32-34
berpindah masuk )
35-37
7.4 Melaksanakan prosedur
enabled/disabled user ( user tamat
perkhidmatan / tamat persekolahan )

8. Cadangan aktiviti-aktiviti bagi peningkatan
penggunaan frog di sekolah :
8.1 Anugerah Khas Frog VLE
8.2 Minggu / Bulan Frog
8.3 Minggu / Bulan Panitia melalui frog

Siapa Admin
Frog ?

1. Siapa Admin
Frog ?

Bermula dari tahun 2012 dan selaras dengan projek 1
Bestarinet, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula
memperkenalkan Frog VLE. Frog VLE adalah pelantar
pembelajaran maya yang menyokong penuh pembelajaran
secara interaktif di atas talian 1bestarinet yang dibekalkan oleh
pihak YTL . Pihak Frogasia ditugaskan untuk mengurus dan
mengelolakan pelantar ini dengan kerjasama beberapa
bahagian di dalam kementerian pendidikan. Antaranya ialah
Bahagian Teknologi Pendidikan . Jurulatih utama bagi pelantar
pembelajaran maya Frog VLE adalah terdiri daripada
pegawai-pegawai teknologi pendidikan yang berkhidmat di
Bahagian Teknologi Pendidikan , Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri dan juga Pusat Kegiatan Guru.

Admin Frog VLE adalah individu yang
bertanggungjawab secara penuh berkaitan pelaksanaan ,
latihan dan tadbir urus Frog VLE di sekolah. Admin dilantik
di kalangan guru-guru yang mahir di dalam bidang ICT .
Namun begitu, pelantikan admin di sekolah adalah di bawah
kuasa dan bidang tugas pentadbir ( Guru Besar dan Pengetua
). Tidak mengambil kira guru tersebut adalah guru ICT
mahupun Guru Penyelaras Bestari, pihak pentadbir layak
melantik sesiapa sahaja guru yang dirasakan bersesuaian
untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai admin.

1

Tanggungjawab
dan peranan

2. Tanggungjawab
dan peranan

1. Bertindak sebagai pengurus
program-program berkaitan penggunaan,
peningkatan Frog VLE diperingkat sekolah.

2. Memastikan setiap pengguna Frog VLE di
sekolah ( Guru, ibu bapa,murid ) mendapat
ID dan kata laluan.

3. Memastikan setiap pengguna terlatih dan
mahir menggunakan pelantar pembelajaran
maya Frog VLE di sekolah.

4. Menjadi jurulatih kepada program-program
dan siri latihan penggunaan Frog VLE di
sekolah.

5. Menjadi pakar rujuk level 1 kepada segala
permasalahan yang berkaitan dengan
penggunaan Frog VLE di sekolah.

2

Kemahiran
dan skil

3. Kemahiran
dan skil

Setiap admin yang telah dilantik oleh pentadbir
semestinya perlu meningkatkan skil dan
kemahiran pada diri sendiri. Antaranya ialah :
1. Kemahiran pedagogi dan kejurulatihan yang

baik .
2. Kemahiran sosial dan kemahiran

berinteraksi.
3. Kemahiran membimbing dan melatih.
4. Kemahiran ICT dan administrator.
5. Kemahiran menggunakan Frog VLE (

sebagai admin, guru, pelajar dan ibu bapa )

3

Tugasan Admin
di sekolah

4. Tugasan Admin
di sekolah

Terdapat beberapa tugasan penting yang perlu
dilaksanakan oleh seorang admin Frog VLE di
sekolah. Admin perlu :
4.1 Mengedarkan Id dan kata laluan pada

semua pengguna.
4.2 Melatih guru-guru dan murid-murid di sekolah
4.3 Mengurus akaun Frog sekolah

( administrator )
4.4 Mengurus dashboard sekolah
4.5 Menjadi pakar rujuk dan jurulatih utama di

sekolah
4.6 Menjadi motivator dan tauladan di sekolah

4

4.1 Mengedarkan Id dan kata
laluan pada semua
pengguna.

Pengedaran ID dan kata laluan bagi Frog VLE adalah
WAJIB tanpa perlu mengira pengguna itu log masuk atau
tidak. Berikut adalah tatacara proses kerja bagi tugasan ini :
1. Log masuk dengan akaun admin anda :

5

2. Klik pada frogdrive :

3. Lihat pada bahagian kiri paparan, klik Application :

4. Cari User dan klik dua kali :

5. Paparan User murid akan muncul, untuk muat turun
keseluruhan data pengguna ( menggunakan format CSV
dan boleh dibuka dengan perisian MS Excel ). Klik Export
dan salin kata laluan. Buka fail tadi dengan kata laluan,
maklumat setiap pengguna ada pada tab yang berbeza.

6. Cetak maklumat tersebut bagi tujuan pengedaran ID dan
kata laluan.

6

Terdapat beberapa kaedah pengedaran yang
sesuai untuk dilaksanakan. Berikut adalah
beberapa contoh yang boleh dilaksanakan :
● Mencetak kad ID untuk murid dan guru
● Melalui surat rasmi kepada ibu bapa dan

diedarkan semasa Mesyuarat PIBG.
● Mencetak keseluruhan ID dan ditampalkan di

dalam kelas bagi rujukan murid.

7

4.2 Melatih guru-guru dan
murid-murid di sekolah

Tanggungjawab admin untuk melatih setiap pengguna di
sekolah ( murid , guru dan ibu bapa ) adalah sangat
diperlukan bagi memastikan setiap pengguna mahir dengan
penggunaan Frog VLE di sekolah. Hal ini akan menjamin
keberkesanan dan kejayaan sekolah dalam membudayakan
pelantar pembelajaran secara maya . Beberapa kaedah dan
teknik latihan boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan
kemampuan para peserta. Antaranya dicadangkan :

1. Latihan bersiri secara berkala
2. Peserta latihan dipecahkan kepada

kumpulan-kumpulan kecil.
3. Peserta dikumpulkan mengikut beberapa kriteria dan

faktor ( kemampuan , usia , kemahiran menggunakan
komputer dan melayari internet )
4. Melantik beberapa orang guru pembantu yang
berkemahiran di dalam penggunaan Frog VLE.
5. Mewujudkan kumpulan murid yang boleh membimbing
rakan-rakan mereka sendiri.
6. Menjemput Jurulatih Utama Frog VLE bagi siri-siri
latihan tertentu.

8

4.3 Mengurus akaun Frog
sekolah ( administrator )

Akaun bagi administrator Frog VLE mempunyai beberapa
ciri yang berlainan sekiranya dibandingkan dengan
mana-mana akaun pengguna yang lain ( guru, murid dan
ibu bapa ). Ciri-ciri ini bertujuan bagi admin melaksanakan
tanggungjawabnya seperti :

1. Mengeluarkan / muat turun keseluruhan data pengguna
( setiap bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod dan
rujukan.

2. Menyemak pengguna-pengguna di dalam Frog VLE
sekolah ( enabled/disabled user ). Seeloknya setiap
bulan.

3. Menyemak dan membuat analisa penggunaan frog di
sekolah ( data analitik ).

4. Mengemaskini dashboard sekolah ( aktiviti sekolah ,
hebahan dan forum sekolah ).

5. Melakukan proses muat naik data apdm ( setiap awal
tahun persekolahan ) bagi tujuan penyelarasan
data-data murid.

6. Melakukan proses transfer out ( user berpindah keluar /
berhenti sekolah )

7. Melakukan proses transfer in ( user berpindah masuk )
8. Melaksanakan prosedur enabled/disabled user ( user

tamat perkhidmatan / tamat persekolahan )

9

4.4 Mengurus dashboard
sekolah

Dashboard sekolah merupakan portal sekolah yang rasmi
melalui Frog VLE. Paparan Dashboard sekolah adalah
terbuka dan boleh dilihat oleh semua pengguna ( guru,
murid dan ibu bapa ) . Dashboard sekolah adalah sangat
penting untuk dikemaskini oleh admin kerana di sini adalah
tempat di mana setiap pengguna Frog VLE di dalam
sekolah boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan
penting berkaitan persekolahan, pentadbiran dan
maklumat-maklumat am yang lain seperti jadual
persekolahan, peperiksaan, peraturan sekolah dan lain-lain.
Antara cadangan perkara yang boleh di paparkan di dalam
dashboard sekolah adalah :

1. Logo sekolah , visi dan misi sekolah
2. Piagam pelanggan
3. Lagu sekolah ( lirik dan audio )
4. Gambar-gambar sekolah, aktiviti dan program yang

telah dilaksanakan ( terkini )
5. Peraturan sekolah, jadual waktu persekolahan, jadual

kelas tambahan, jadual peperiksaan
6. Takwim sekolah

* ADMIN BOLEH BEKERJASAMA DENGAN GURU DAN
PENTADBIR BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT SEPERTI
DI ATAS.

10

4.5 Menjadi pakar rujuk dan
jurulatih utama di
sekolah

Peranan admin yang paling utama di sekolah adalah
menjadi jurulatih seterusnya pakar rujuk kepada
pengguna-pengguna lain di sekolah. Justeru itu, adalah
sangat penting untuk admin sentiasa memastikan setiap
ilmu dan kemahiran penggunaan Frog VLE sentiasa
dikemaskini dari masa ke semasa. Di samping itu, admin
juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
ICT terkini bagi kerja-kerja Trouble shooting sekiranya
diperlukan. Sekiranya sekolah menggunakan Chromebook
bersama peralatan yang dibekalkan, adalah wajib untuk
admin mengetahui secara menyeluruh bagaimana
Chromelab berfungsi dan beroperasi. Admin disarankan
untuk selalu menghubungi Jurulatih Utama diperingkat
daerah untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran terkini
berkaitan penggunaan Frog VLE di sekolah. Selain itu,
admin perlu sentiasa menghubungi Helpdesk Frogasia
sekiranya menghadapi sebarang kesulitan semasa
menggunakan Frog VLE.

11

4.6 Menjadi motivator dan
tauladan di sekolah

Bagi memastikan setiap pengguna di sekolah ( terutamanya
guru ) menggunakan Frog VLE dengan sebaik mungkin,
admin juga perlu menunjukkan kesungguhan dan minat
yang tinggi dalam menggunakan Frog VLE di sekolah.
Admin juga adalah seorang guru ( memegang dua akaun
yang berbeza ). Oleh hal yang demikian, admin perlu
memainkan 2 peranan yang berbeza sebagai admin dan
juga sebagai guru. Guru yang menjadi admin wajib
memperlihatkan contoh dan tauladan yang baik semasa
melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna biasa (
guru ). Jika admin tidak dapat menunjukkan contoh yang
baik, bagaimana pula guru lain dapat mengikut jejak
langkah admin ? Admin juga perlu bijak mengawal keadaan
dan sentiasa bersabar dengan segala macam kerenah dan
cabaran semasa menguruskan Frog VLE. Dengan
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, admin mampu
memikul dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan
sangat baik.

12

Kalendar admin
/ carta gantt /
perancangan

strategik

5.Kalendar admin /
carta gantt /
perancangan
strategik.

Menjadi seorang admin memerlukan
perancangan tugasan yang lebih sistematik dan
teratur. Disarankan kepada admin untuk
merancang :
1. Kalendar admin ( mengandungi takwim dan

perancangan aktiviti )
2. Carta Gantt
3. Perancangan Strategik ( Kredit buat SK

Sungai Lesong )

13

Contoh Kalendar / Takwim
Admin Frog VLE

14

Contoh Carta Gantt Frog
VLE

15

Contoh Perancangan Strategik Frog
VLE

16

Contoh Perancangan Strategik Frog
VLE

17

Tugasan hakiki
admin di dalam
akaun frog di

sekolah

6.Tugasan hakiki
admin di dalam
akaun frog di

sekolah

Admin melaksanakan tanggungjawab di bawah
setiap bulan bagi memastikan Frog VLE sekolah
sentiasa dikemaskini :

6.1 Mengeluarkan / muat turun
keseluruhan data pengguna ( setiap
bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod
dan rujukan.

6.2 Menyemak pengguna-pengguna di dalam
Frog VLE sekolah ( enabled/disabled user ).
Seeloknya setiap bulan.

6.3 Menyemak dan membuat analisa
penggunaan frog di sekolah ( data
analitik ).

6.4 Mengemaskini dashboard sekolah (
aktiviti sekolah, hebahan dan forum
sekolah ).

18

6.1 Mengeluarkan / muat
turun keseluruhan data
pengguna ( setiap bulan )
dan difailkan bagi tujuan
rekod dan rujukan.

ID dan kata laluan bagi Frog VLE adalah SULIT bagi setiap
pengguna. Masalah lupa ID dan kata laluan adalah hal
biasa yang terjadi. Untuk memudahkan admin, admin perlu
memuat turun data keseluruhan pengguna dan disimpan di
tempat yang selamat . Berikut adalah proses kerja :
1. Log masuk dengan akaun admin anda :

19

2. Klik pada frogdrive :

3. Lihat pada bahagian kiri paparan, klik Application :

4. Cari User dan klik dua kali :

5. Paparan user murid akan muncul, untuk muat turun
keseluruhan data pengguna ( menggunakan format CSV
dan boleh dibuka dengan perisian MS Excel ). Klik
Export dan salin kata laluan. Buka fail tadi dengan kata
laluan, maklumat setiap pengguna ada pada tab yang
berbeza.

6. Cetak maklumat tersebut untuk di simpan di dalam fail.

20

6.2 Menyemak
pengguna-pengguna di dalam
Frog VLE sekolah

Perpindahan, pertukaran dan pencen adalah hal biasa yang
terjadi di dalam sesebuah institusi. Begitu juga dengan
sekolah. Admin perlu melakukan beberapa prosedur bagi
hal sebegini. Antaranya ialah:

1. Disable User = Proses ini penting supaya pengguna
yang tidak lagi berkhidmat / berada di
dalam komuniti sekolah tidak boleh log
masuk lagi ke akaun Frog VLE sekolah.

2. Enabled User = Proses sebaliknya jika terdapat
pengguna baru yang berpindah masuk (
guru dan murid ). NAMUN, PROSES INI
HANYA BOLEH DILAKSANAKAN
SEKIRANYA PROSEDUR TRANSFER
IN TELAH DILAKSANAKAN TERLEBIH
DAHULU.

3. Transfer Out = Mengeluarkan pengguna bagi kes
perpindahan keluar.

4. Transfer In = Memasukkan pengguna yang terapung
bagi kes perpindahan masuk ( sekolah
lama telah transfer out )

21

Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk DISABLED/
ENABLE USER :
1. Log masuk sebagai admin .
2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:

3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada
Applications:

4. Cari User dan klik dua kali :

5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas,
pilih pengguna ( samaada guru atau murid ):

.

22

6. Lihat paparan Students list atau Teachers list, pada
bahagian paling kiri terdapat kotak-kotak kecil. Tandakan
kotak kecil ( pengguna yang akan dipilih ). Anda boleh
memilih seberapa banyak pengguna.

7.Setelah semua pengguna terbabit dipilih, klik pada butang
Enable/Disable:

8. Anda boleh memilih samaada untuk Enable atau Disable
pengguna yang anda telah pilih sebelum ini:

23

9. Klik submit bagi prosedur akhir proses Enable atau
Disable pengguna di dalam Frog VLE.

10. Tunggu sehingga proses di atas selesai.

*PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA DI DISABLE
SECARA AUTOMATIKNYA TIDAK LAGI BOLEH LOG
MASUK KE DALAM AKAUN Frog VLE SEKOLAH ANDA.

24

Tugasan
mengikut masa

dan keadaan

7.1 Panduan Video ( Muat
naik data APDM ke
dalam Frog VLE )

Panduan video : Kredit untuk En Mohd Fadzil Bin Abd Hanid , Pegawai Teknologi
Pendidikan PKG Bandar Baru Uda.

25

7.2 Melakukan proses
transfer out ( user
Berpindah keluar )

Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk Transfer
Out User :
1. Log masuk sebagai admin .
2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:

3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada
Applications:

4. Cari “User” dan klik dua kali :

.

26

5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas,
pilih pengguna ( samada guru atau murid ):

6. Pilih user yang ingin dikeluarkan. Paparan contoh di
bawah adalah bagi seorang guru ( prosedur kerja bagi
mengeluarkan murid juga adalah sama ). Tandakan user
yang ingin dikeluarkan seperti rajah di bawah :

7. Klik Transfer Out
8. Pilih Yes bagi meneruskan proses Transfer Out

27

9. Proses kerja telah berjaya

Guru yang telah berjaya dikeluarkan TIDAK lagi boleh
mengakses ke dalam akaun Frog VLE sekolah. Admin di
sekolah baru boleh melaksanakan prosedur Transfer In ID
guru terbabit ke dalam akaun sekolah yang baru.

28

7.3 Melakukan proses
transfer in ( user
berpindah masuk )

Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk Transfer In
User :
1. Log masuk sebagai admin .
2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:

3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada
Applications:

4. Cari User dan klik dua kali :

.

29

5. Pilih tab Transfer :

6. Paparan seperti di bawah akan di pamerkan sekiranya
anda telah berjaya ke bahagian tab Transfer

Action : Terdapat beberapa pilihan kerja antaranya Transfer
In , Transfer Out dan Transfer Out Request.
Add More Rows : Sekiranya ingin melakukan kerja terhadap
beberapa ID @ pengguna secara serentak.
YES ID / NRIC : Anda perlu memasukkan salah satu
maklumat ini untuk memasukkan ID ke dalam akaun Frog
VLE sekolah.

30

Verify All : Untuk memastikan kesahihan data ID
Save All : Untuk menyimpan semua kerja yang telah
ditetapkan
7. Langkah kerja Transfer In :

1. Tetapkan Action kepada Transfer In
2. Masukkan YES ID atau Nombor Kad Pengenalan
3. Jika ingin melakukan prosedur Transfer In lebih

kepada satu user , pilih Add More Rows dan ulang
langkah 1 dan 2.
4. Klik Verify All.
5. Setelah memastikan kesahihan data, pilih Save All.
Tunggu sehingga proses selesai.

31

7.4 Melaksanakan
prosedur
enabled/disabled user

Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk DISABLED/
ENABLE USER :
1. Log masuk sebagai admin .
2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:

3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada
Applications:

.

32

4. Cari User dan klik dua kali :
5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas,

pilih pengguna ( samada guru atau murid ):

33

6. Lihat paparan Students list atau Teachers list, pada
bahagian paling kiri terdapat kotak-kotak kecil. Tandakan
kotak kecil ( pengguna yang akan dipilih ). Anda boleh
memilih seberapa banyak pengguna.

7.Setelah semua pengguna terbabit dipilih, klik pada butang
Enable/Disable:

8. Anda boleh memilih samaada untuk Enable atau Disable
pengguna yang anda telah pilih sebelum ini:

34

9. Klik submit bagi prosedur akhir proses Enable atau
Disable pengguna di dalam Frog VLE.

10. Tunggu sehingga proses di atas selesai.

*PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA DI DISABLE
SECARA AUTOMATIKNYA TIDAK LAGI BOLEH LOG
MASUK KE DALAM AKAUN Frog VLE SEKOLAH ANDA.

35

Cadangan
aktiviti bagi
peningkatan
penggunaan
frog di sekolah

8. Cadangan aktiviti bagi
peningkatan penggunaan
frog di sekolah

8.1 Anugerah Khas Frog VLE
- Log masuk tertinggi pelajar
- Log masuk tertinggi guru
- Penghasilan laman terbanyak
- Kelas paling aktif
- Ibu bapa paling aktif
- Panitia / bidang / unit paling aktif

8.2 Minggu / Bulan Frog
- Kuiz mingguan
- Mesyuarat / perbincangan melalui Forum di dalam Frog
VLE
- Acara / pertandingan melalui Frog VLE
- Pelancaran program Frog VLE

8.3 Minggu / Bulan Panitia melalui frog
- Kuiz melalui Frog VLE
- Pembudayaan PDP melalui Frog VLE

36

Anugerah Khas
Frog VLE SK
KG Baru Rasau
Kerteh.

37


Click to View FlipBook Version