The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 FKIK3013-KONSEP MEMILIH JODOH DAN PEMINANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nayli19-893, 2023-07-19 00:00:19

TUGASAN 1 FKIK3013-KONSEP MEMILIH JODOH DAN PEMINANGAN

TUGASAN 1 FKIK3013-KONSEP MEMILIH JODOH DAN PEMINANGAN

i FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM (TUGASAN 1) Nama : NUR NAYLI AISYAH BINTI ZAINOL Angka Giliran : 2020112350083 Program : PISMP SEM 6 Ambilan : JUN 2020 Unit : BAHASA MELAYU 4 Nama Pensyarah : DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN Tarikh Hantar : 17 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 17 JULAI 2022 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 17 JULAI 2022


i PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus FKIK3013 iaitu kursus Fiqh Kekeluargaan Islam ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kursus ini, Dr. Ahmad Ridwan Bin Osman yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Banyak bimbingan dan tunjuk ajar dengan penerangan yang sempurna telah beliau beri kepada saya dan rakan-rakan dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti yang diminta. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada saya sangat berguna dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik. Sekian, terima kasih.


ii Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 50%) Isu perkahwinan hari ini sering dipaparkan dalam media massa. Isu pemilihan jodoh, wang hantaran, kenduri kahwin dan pergolakan rumahtangga sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita. Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mewartakan undang-undang keluarga Islam melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan bagi menangani isu-isu tersebut Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan penulisan laporan dengan mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. Maklumat boleh diperolehi secara kolaborasi dengan Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah serta Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia. (KPPB) Panjang laporan ialah 1500 patah perkataan. Tugasan ini adalah secara individu dan tajuk-tajuk seperti pada Lampiran A.


iii ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENGHARGAAN I PETIKAN SOALAN II ISI KANDUNGAN III TUGASAN 1: 1.0 PENGENALAN 1 2.0 ASAS PEMILIHAN JODOH MENGIKUT SYARIAT ISLAM 1-4 3.0 PEMINANGAN DALAM SYARIAT ISLAM 4-7 4.0 PENUTUP 7 RUJUKAN 8-9


1 KONSEP MEMILIH JODOH DAN PEMINANGAN DALAM PERKAHWINAN MENURUT SYARIAT ISLAM 1.0 Pengenalan Perkahwinan merupakan satu institusi yang signifikan dan diberkati oleh Allah SWT dalam menjadi tonggak keluarga yang stabil dan bahagia. Menurut Jabatan Kemajuan Islam (2008), langkah persediaan perkahwinan bermula dengan pemilihan jodoh, peminangan dan seterusnya pernikahan. Hal ini menunjukkan persediaan awal yang penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan adalah dengan melakukan pemilihan jodoh dan peminangan. Pemilihan jodoh dan peminangan ini perlulah berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Islam adalah kaedah pemilihan terbaik sebagai usaha untuk memastikan rumahtangga yang dibina mendapat keredaan Allah SWT. 2.0 Asas Pemilihan Jodoh mengikut syariat Islam 2.1 Konsep Pemilihan Jodoh Islam memandang urusan perkahwinan itu sebagai urusan yang sangat penting. Oleh itu, Islam menggariskan kaedah tertentu dalam pemilihan pasangan bagi menjamin rumah tangga yang bahagia (lihat Sahih Sunan Abi Daud, No: 2082). Melalui pemilihan jodoh ini, setiap calon dapat memberikan penilaian dan membuat pertimbangan yang teliti mengenai calon suami atau isteri untuk membuat keputusan tentang kesesuaian pasangan yang akan mereka nikahi. Justeru, pengabaian terhadap kaedah ini boleh menyebabkan mudarat yang besar pada masa hadapan terutamanya terhadap golongan wanita. Oleh itu, garis panduan mengenai cara-cara memilih pasangan yang baik dalam Islam berlandaskan dalil Al-Quran dan hadis ini dapat mengurangkan keskes penceraian ini boleh dikurangkan jika pasangan yang ingin berkahwin mengambil berat mengenai asas pemilihan jodoh ini. 2.2 Kriteria Pemilihan Calon Suami dan Isteri mengikut syariat Islam. KRITERIA PEMILIHAN JODOH Berpegang teguh terhadap Ajaran Islam Akhlak yang baik Mempunyai harta Kecantikan Keturunan yang baik Sekufu


2 2.2.1 Berpegang teguh terhadap Ajaran Islam Menurut Mastori (2022), agama dianggap sebagai faktor terpenting dalam memilih jodoh dalam Islam. Dengan kata lain perkara utama dalam pemilihan jodoh adalah akidah pasangan. Islam amat mewajibkan pasangan suami isteri berkongsi amalan dan pegangan agama yang sama iaitu Islam. Ajaran Islam membimbing umat Islam dalam semua aspek kehidupan termasuklah perkahwinan. Maka, agama akan menjadi panduan dalam mengemudi bahtera rumah tangga dalam pembentukan nilai, akhlak dan pandangan dunia seseorang (Chamdi, 2020). Maka kepercayaan dan amalan agama yang sama dalam hubungan suami isteri penting untuk memastikan keharmonian, keserasian, dan pertumbuhan rohani. Oleh itu, pemilihan pasangan yang berkongsi nilai agama yang sama dipercayai dapat menyumbang kepada perkahwinan yang berjaya dan diberkati dalam Islam. 2.2.2 Akhlak yang baik Dalam memilih pasangan hidup, Islam menggalakkan budi pekerti dan ketakwaan terhadap Allah menjadi kayu ukur. Misalnya, dalam pemilihan bakal isteri, isteri yang solehah ini seharusnya dititikberatkan kerana kebahagiaan seorang suami selepas bertakwa kepada Allah adalah memiliki isteri yang solehah (Baharin, 2021). Apabila memandang, ia menenangkan, bila berpergian dia menjaga maruah dirinya. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: َحةُ ةُ ال َّصاِل َ َمْرأ ْ دْنيَا ال ال ُّ ِ َو َخْي ُر َمتَاع َمتَاعٌ دْنيَا ال ُّ Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim no :715). Selain itu, calon suami mestilah dinilai dari segi akhlaknya. Calon suami yang hendak dikahwini juga hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dan mempunyai sifat yang mulia. Dalam erti kata yang lain, beliau mestilah mengamalkan nilai–nilai yang dianjurkan oleh ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya. Ungkapan “beragama” di sini tidaklah bermaksud seseorang itu semestinya berlatar belakang agama semata-mata, namun beragamanya seseorang itu ialah dengan menjadikan ajaran Islam sebagai teras kehidupannya seperti menjaga ibadah wajib dan mengaplikasikan cara hidup Islam yang baik seperti mentaati ibu bapa, menjaga hakhak jiran dan lain-lain di samping meninggalkan larangan-larangan Allah SWT (Walid Mohd Said, 2018).


3 Diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: ”Sekiranya datang kepada kamu seorang yang kamu reda agama dan akhlaknya (dengan tujuan meminang) maka hendaklah kamu mengahwininya dan sekiranya tidak dilakukan maka akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat” (Riwayat Imam al-Tirmidhi) Hadis ini menekankan kepentingan mendahulukan agama berbanding sifatsifat dangkal yang lain. Keutamaan agama harus menjadi pertimbangan utama apabila memilih pasangan.. Oleh itu, akhlak dan budi pekerti seorang pasangan amat penting. 2.2.3 Pasangan yang Sekufu Sekufu merujuk kepada kesesuaian atau keserasian antara suami isteri dalam pelbagai aspek, seperti agama, status sosial, keturunan, dan kebebasan (Paryadi, 2015). Majoriti ulama percaya bahawa sekufu merangkumi agama, keturunan, kemerdekaan (bukan hamba), dan pekerjaan. Hal ini demikian kerana keserasian membantu dalam memupuk persefahaman, komunikasi, dan sokongan bersama dalam perkahwinan. Sekiranya pasangan suami isteri tidak sekufu dikhuatiri menyebabkan timbul perasaan tidak senang terhadap pasangan kerana perbezaan nilai dalam dirinya. Tujuan sosial sekufu antara suami dan isteri adalah untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Islam menentang pasangan yang tidak sekufu, namun sekufu dianggap sebagai jaminan keredaan perkahwinan dan keharmonian hubungan antara suami isteri. 2.2.4 Pasangan yang berharta Kemampuan seseorang lelaki dalam menyara keluarga tidak dipandang enteng dalam Islam. Malah, seseorang wanita berhak menolak pinangan lelaki yang dilihatnya tidak mampu menyara kehidupannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah didatangi oleh seorang wanita bernama Fatimah binti Qais bertanyakan pandangan baginda tentang dua lelaki yang meminangnya iaitu Mu’awiyah bin Abi Sufian dan Abu Jahm, endengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Abu Jahm seorang kurang tegas dalam berpendirian manakala Mu’awiyah pula seorang miskin yang tidak berharta. Sebaiknya kamu berkahwin dengan Usamah (Aminuddin Basir, 2010).


4 Kisah tersebut menjelaskan bahawa kemampuan dan harta wajar dipertimbangkan sekiranya seseorang itu mempunyai pilihan calon suami. Di samping itu, sumber pendapatan calon suami mahupun isteri mestilah dari sumber yang hala dan tidak syubhah kerana ia akan menjadi darah daging keluarga kelak. Sikap tidak boros dalam pengurusan kewangan turut diambil kira dalam aspek ini. 2.2.5 Keturunan Keturunan yang baik bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia. 2.2.6 Kecantikannya Sebagai seorang manusia, fitrahnya sukakan perkara yang cantik sama ada manusia mahupun benda-benda material. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan dalam memilih pasangan hidup dengan menilai rupanya kerana. Walaubagaimanapun ini bukan bermaksud pasangan yang dipilih perlulah cantik seperti model atau “handsome” tetapi biarlah yang sedap mata memandang kerana kecantikan seseorang berbeza pada setiap mata yang memandang. Namun begitu Rasullah SAW menekankan untuk tidak menjadikan cantik fizikal sebagai pertimbangan utama. Beliau bersabda : “Janganlah engkau menikahi wanita karena parasnya yang cantik kerana bisa saja paras yang cantik menjadikannya sengsara. Jangan pula menikahi karena hartanya kerana hartanya bisa menjadi lupa daratan, tetapi nikahilah kerana agama dan akhlaknya….”. (HR Ibnu Majah). 3.0 Peminangan mengikut syariat Islam 3.1 Konsep Peminangan dalam Islam Mengikut istilah syarak, Wahbah Az-Zuhaili (2011) menyatakan bahawa peminangan adalah perbuatan menzahirkan keinginan untuk mengahwini seseorang wanita yang tertentu, dan wanita tersebut menyampaikan hasrat tersebut kepada walinya. Pemberitahuan ini sama ada disampaikan secara terus daripada lelaki tersebut atau melalui perantaraan keluarganya. Apabila lamaran ini dipersetujui oleh wanita atau keluarganya dengan syarat tiada halangan syarak atau kalangan keluarga, maka telah sempurnalah lamaran antara kedua-dua pihak. Syarak mengizinkan peminangan


5 bersandarkan nas al-Quran, al-sunnah, ijmak dan uruf.. Hal ini kerana menurut Abdurrahman Ghazali (2010), peminangan adalah langkah awal sebelum perkahwinan, disyariatkan sebelum adanya ikatan suami isteri agar apabila pernikahan dijalankan adalah berlandaskan penelitian dan pengetahuan pasangan sendiri. 3.2 Bentuk Peminangan 3.2.1 Peminangan Zahir Lafaz peminangan secara berterus-terang atau lafaz soreh menggunakan perkataan meminang atau melamar wanita yang ingin dikahwininya. Hal ini boleh dilakukan dengan mengajukan kepada wali perempuan sebagai orang tengah. Peminangan ini perlulah mengambil kira larangan syarak 3.2.2 Peminangan Kiasan Peminangan secara kiasan perbuatan melamar seseorang secara kiasan atau sindiran seperti penggunaan perkataan “menyunting” dalam menyampaikan hasrat. Boleh diajukan kepada wali perempuan atau orang tengah sebagai perantara. Jenis peminangan ini adalah untuk wanita yang berada di dalam tempoh idah talak bain dan balu kematian suami. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu. Wanita ini haram untuk dipinang secara zahir selama mana wanita ini berada di dalam tempoh idah. Namun, pinangan secara kiasan adalah dibenarkan berdasarkan ayat al-Quran: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Surah al-Baqarah (235) 3.3 Syarat-syarat Peminangan dalam Islam 3.3.1 Perempuan hendak dipinang bukan isteri kepada lelaki lain. Wanita yang masih berkahwin haram dipinang dengan lelaki lain kerana dia adalah hak milik mutlak suaminya. Terputus hubungan antara pasangan suami isteri hanya selepas dia diceraikan atau bercerai mati atau tamat idahnya. Isteri dilarang menunjukkan minat terhadap lelaki lain. Lelaki dilarang menunjukkan minat terhadap wanita yang sudah berkahwin untuk mengelakkan sebarang fitnah


6 Sebagai contoh, wujudnya situasi lelaki yang menjalinkan hubungan dengan pasangan orang lain sering menyatakan kesanggupan untuk menerima 'kekasih' mereka sebagai isteri jika dia bercerai dengan suaminya. Ungkapan itu juga membawa maksud sebagai ‘meminang’. Hal ini mungkin menjadi dorongan kepada wanita untuk memfailkan perceraian daripada pasangannya supaya dia boleh berkahwin dengan pasangannya. Perkara ini sangat ditentang dalam agama Islam selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.” 3.3.2 Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Larangan peminangan lelaki terhadap tunangan orang ada dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim). Hal ini kerana, meminang wanita yang sudah menjadi tunangan orang adalah penganiayaan kerana seperti merampas hak orang lain. Perbuatan tersebut akan merosakkan hubungan persaudaraan, mengundang perasaan marah, membuahkan rasa dendam, menggamit perasaan benci dan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). 3.3.3 Perempuan yang hendak dipinang bukan dalam tempoh idah. Idah bermaksud tempoh masa seorang isteri selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan seorang wanita berkahwin semula. Masa idah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya. Dalam tempoh idah wanita tidak dibenarkan berkahwin kerana jika dia ditalakkan dengan talak rajie (talak satu dan dua), maka suaminya boleh merujuk bekas isterinya pada bila-bila masa selagi tempoh idahnya belum tamat. Buktinya dalam surah Al-Baqarah ayat 228, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 228,


7 : “............Dan para suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), dalam masa itu, jika mereka nin berbaik semula.......” (Surah al-Baqarah, ayat 228). 3.3.3 Perempuan hendak dipinang mestilah sah nikah atau bukan mahram Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara keduaduanya diharamkan nikah. Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudarasaudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32). 3.4 Cara Peminangan dalam Islam yang betul Oleh itu, dalam Islam kaedah meminang ialah berjumpa dengan wali atau orang tengah keluarga perempuan. Lamaran melalui wali ini adalah perkara yang diajar di dalam Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga maruah kedua-dua pihak dan memberi masa yang cukup kepada wanita itu untuk mempertimbangkan cadangan peminangan tersebut. Makam budaya meminang di hadapan khalayak ramai adalah tidak wajar, kerana ia dilihat dipengaruhi oleh budaya barat. Selain itu, kita tidak dapat menentukan keadaan mental dan emosi wanita pada masa itu. Ini seolah-olah meletakkan keputusan penting dalam kehidupan seseorang dalam asa yang singkat walhal keputusan untuk berkahwin kekal selama-lamanya. Maka dalam Islam, setiap orang mempunyai peluang untuk membuat keputusan peribadi sebelum menerima lamaran. 4.0 Penutup Natijahnya, sebelum memasuki alam perkahwinan, persiapan awal seperti pemilihan jodoh dan peminangan penting dalam menentukan pasangan hidup yang tepat terhadap diri seseorang. Oleh itu, lelaki dan wanita mestilah lebih teliti dan berhati-hati dalam pemilihan pasangan. Ini disebabkan hakikat bahawa perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berasaskan keuntungan semata-mata, sebaliknya "ikatan sosial" yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan, seperti ikatan rohani, cinta, ketenangan jiwa, keperluan biologi, keturunan, hak, tanggungjawab, dan sebagainya. Pemahaman yang baik tentang konsep ini akan membantu umat Islam dalam melayari proses perkahwinan mengikut prinsip Islam.


8 RUJUKAN Abu Malik Usamah Kamal. (2019). Panduan Lengkap Nikah dari “A’’ sampai ‘’Z’’. Pustaka Ibnu Katsir Ahmad Zarkasih, Lc. 2019. “Menakar Kufu Dalam Memilih Jodoh.” Rumah Fiqih Publishing, Arrahman, B. C. (2019). Konsep Pertunangan Sebagai Pendahuluan Perkawinan Perspektif Hukum Islam (Doctoral dissertation, IAIN Metro). Awang, A. B., & Mahdie, I. (2018). Peminangan atau Melamar, dan Akibatnya Menurut Hukum Islam Serta Undang-Undang Islam di Indonesia. Fikiran Masyarakat, 6(2), 77-82. Baharin (6 Disember, 2021). Sebaik-baik perhiasan. Website UTM. https://people.utm.my/baharinmesir/sebaik-baik-perhiasan/ Chamdi, M. N. (2020). Keluarga Sakînah Dan Problematikanya Dalam Rumah Tangga. Syariati: Jurnal Studi Al-Qur'an dan Hukum, 6(01), 89-100. Darussalam, A. (2018). Peminangan Dalam Islam (Perspektif Hadis Nabi SAW). Tahdis: Jurnal Kajian Ilmu Al-Hadis, 9(2). Haji Mohd Saleh Haji Ahmad. (2009). Perkahwinan dan Penceraian dalam Islam. Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd. Husein Muhammad Yusuf. (2014). Jodoh: Memilih Jodoh dan Meminang dalam Islam Edisi Baru. Gema Insani Tebal. Jabatan Kemajuan Islam .(2008).Panduan Pengurusan Nikah di Malaysia. https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_pengurusan_nikah.pdf Mastori, M., Masykur, A., & Arifin, Z. (2022). Kiat Memilih Jodoh Dalam Islam (Analisis Pemikiran Dakwah Kh Zainudin Mz). Orasi: Jurnal Dakwah Dan Komunikasi, 13(2), 147-161. Muhammad Mustafa Al-Jibaly. (2014). Meraih Cinta & Kasih Sayang Perkahwinan dan Pernikahan Menurut Islam. Dakwah Corner Publications. Paryadi, P. (2015). Memilih Jodoh Dalam Islam. Waratsah: Jurnal Ilmu-ilmu Keislaman dan Sosiolinguistik, 1(1). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (25 Februari, 2021). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 550: Hukum Melamar Wanita Secara Terbuka Di Depan Khalayak Ramai.


9 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4674-irsyad-al-fatwasiri-ke-550-hukum-melamar-wanita-secara-terbuka-di-depan-khalayak-ramai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (7 April, 2019). Al-Kafi #1192: Ciri-Ciri Wanita Solehah Dan Kelebihannya. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3270-al-kafi1192-ciri-ciri-wanita-solehah-dan-kelebihannya Syiekh Abu Abdullah Abd al-Salam ‘Allusy. (2010). Ibanah Al-Ahkamsyarah Bulugh Al- Maram (Jilid Ketiga) (Aminudin Basir @ Ahmad Nor Hasanuddin H.M. Fauzi). Al Hidayah Publication Kuala Lumpur. Tarmudi, Z., Tarmuji, R., & Abd Malik, N. A. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal Of Mathematical Sciences, 8(1), 139-155. Walid Mohd Said , Jamilin, A. K. B., & Hassan, S. N. B. S. (2018). Mencari jodoh: Motivasi dari teladan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kaunseling. Zuhri, A., Syukri, S., & Handayani, T. (2021). Konsep Khitbah (Peminangan) Dalam Perspektif Hadis Rasulullah.


Click to View FlipBook Version