Buku Kajian Terkini tentang Penyelidikan dalam Pengajian Bahasa Melayu merupakan himpunan 68 artikel hasil kajian yang dijalankan oleh 68 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2021 di IPGM Kampus Raja Melewar.
Buku ini merupakan koleksi artikel ilmiah yang meneliti pelbagai aspek penyelidikan dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu. la membincangkan dimensi-dimensi yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, memberikan pandangan mengenai amalan pedagogi, pembangunan kurikulum, dan pengintegrasian teknologi moden dalam pengajaran bahasa. Kompilasi ini bertujuan untuk meneroka cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pendidik, terutamanya dalam memupuk literasi, kefahaman, dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan pelajar dalam Bahasa Melayu.