The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN SRITI IBNU UMAR SESI 2023/24

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nana Nurfa, 2023-03-11 00:14:31

BUKU PANDUAN SRITI IBNU UMAR SESI 2023/24

BUKU PANDUAN SRITI IBNU UMAR SESI 2023/24

Keywords: BUKU PANDUAN SRITI,BUKU PANDUAN SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM SRITI IBNU UMAR PADANG SERAI, KEDAH BUKU PANDUAN SRITI IBNU UMAR NAMA : TAHUN :


Butiran Peribadi Murid Nama penuh : No. My kid : Tarikh Lahir : Nama Ibubapa / Penjaga : Almat Rumah : No. Telefon Rumah : No. Telefon Bimbit : Tahun : Keturunan : Agama : No. Daftar Sekolah : PERHATIAN Murid mesti membawa Buku Panduan Peraturan Sekolah ini dalam kocek atau beg setiap masa untuk rujukan dan juga pengenalan anda sebagai murid sekolah ini. 2


PENGAKUAN/ IKRAR MURID Bahawa saya No. K/P telah pun membaca, memahami dan meneliti kandungan buku Panduan Peraturan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Umar, Padang Serai. Dengan ini, saya berjanji dan berikrar akan mematuhi segala peraturan sekolah dan segala arahan dari masa ke semasa baik secara lisan mahupun secara bertulis yang telah ditetapkan selama saya berada di sekolah ini. Di atas segala keingkaran saya, saya sedia menerima segala hukuman walau dibuang sekolah sekalipun. Di hadapan saksi T. Tangan Murid T. Tangan ibu bapa/penjaga Perhatian: Sila baca dengan teliti lafaz ikrar sebelum menurunkan tandatangan. 3


PENGAKUAN IBU/ BAPA/ PENJAGA Saya No. K/P ibu/ bapa/ penjaga kepada murid berjanji akan menjelaskan segala bayaran yuran sekolah yang akan dikenakan dalam tempoh anak/ jagaan saya belajar di sekolah ini. Saya juga akan memantau tingkah laku anak saya di sekolah dengan merujuk Rekod Salah Laku yang dilakukan oleh anak saya dari masa ke semasa. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak Guru Besar atau wakilnya untuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bersabit dengan kesalahan/ salah laku yang dilakukan oleh anak/ jagaan saya sepanjang tempoh beliau belajar di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Umar, Padang Serai. T. Tangan ibu bapa/penjaga Tarikh : ______________ Perhatian: Sila baca dengan teliti lafaz ikrar sebelum menurunkan tandatangan. 4


FALSAFAH PENDIDIKAN SRITI Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu Muslim sebagai hamba Allah SWT dan khalifahNya untuk melahirkan insan rabbani (soleh) dan seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani berpaksikan prinsip tauhid dan berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. VISI “Melahirkan Generasi Soleh Pintar, Rabbani dan Murabbi” MISI Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif. OBJEKTIF ➢ Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia. ➢ Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah PASTI. ➢ Mendidikan generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul. ➢ Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang. 5


LAGU RASMI SRITI SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman Taati Allah di mana jua Amalan soleh sepanjang masa Ilmu digali sematlah di dada Tekad Murabbi daulatkan agama Quran dan Sunnah teras pegangan Pedoman kami sepanjang zaman Akhlak mulia jadikan amalan Membimbing ummah tuju kejayaan Allahurabbuna Ar-Rasul imamuna Al-Quran dusturuna Al-Jihadusabiluna SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman SRITI cemerlang. 6


SEKOLAH SRITI IBNU UMAR, PADANG SERAI BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH PENDAHULUAN 1. Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan di dalam Education (School Discipline) Regulation 1959, Seksyen 4 dan 6, maka saya, Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Umar, Padang Serai dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan mulai tahun 2018 dan dikemaskini pada tahun 2023 ke atas semua murid Sekolah SRITI Ibnu Umar. 2. Peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah bagi sekolah SRITI Ibnu Umar. 3. Mana-mana murid atau kumpulan murid yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin. 4. Peraturan dalam buku ini boleh dimansuh, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan ke dalamnya. Dari masa ke semasa undang-undang kecil juga dibuat dan dikuatkuasakan PENGUATKUASA Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah ini. KUASA MENGHUKUM Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru diberi kuasa oleh Guru Besar. 7


Buku Peraturan ini telah dikemaskini pada 11 Mac 2023 PERATURAN SEKOLAH AM: Peraturan-peraturan sekolah ini disediakan sebagai panduan untuk murid-murid dan pihak sekolah mewujudkan keadaan disiplin yang baik, sekolah yang harmoni di samping menimbulkan keadaan bersatu padu, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Dari masa ke semasa, peraturan-peraturan ini mungkin memerlukan pindaan. Lain-lain peraturan secara lisan atau tulisan yang tidak disenaraikan oleh peraturan sekolah perlu juga dipatuhi oleh murid-murid. 1. PERIBADI 1.1. Setiap murid dikehendaki mematuhi undang-undang sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah dan pengawas, melaporkan kepada guru disiplin berkenaan rakan-rakan yang melanggar undang-undang sekolah. 1.2. Sentiasa berusaha dalam pelajaran dan meninggikan serta menjaga nama baik sekolah. 1.3. Sentiasa berdisiplin, bersopan-santun, menghormati semua guru dan murid sekolah serta mewujudkan perasaan baik sangka dan amanah sesama rakan. 1.4. Setiap murid dikehendaki menghormati pelawat dan ibu bapa yang datang ke sekolah dan memberi pertolongan kepada mereka dengan menunjukkan laluan ke pejabat, bilik Guru Besar atau Penolong Kanan. 8


1.5. Sentiasa melindungi harta benda sekolah dan menjaga kebersihan. Sampah-sarap yang bertaburan dimasukkan ke dalam bakul sampah, lampu dan paip air terbuka ditutupkan serta alat perkakas yang terbiar diserahkan kepada pejabat. 1.6. Sesuatu kemalangan yang berlaku ke atas diri dan rakan-rakan di kawasan sekolah mestilah segera dilaporkan kepada Guru Bertugas Mingguan / Penolong Kanan / Guru Besar. 1.7. Jangan menggunakan alamat sekolah untuk surat peribadi. Surat yang dialamatkan ke sekolah pihak sekolah, berkuasa membukanya, sekiranya disyaki sesuatu yang tidak baik atau tidak diingini. 1.8. Jangan mengganggu pekerja-pekerja terutama semasa mereka sedang bekerja. 1.9. Sekiranya berjumpa barang-barang berharga atau wang bukan hak sendiri serahkan dengan segera kepada guru bertugas atau Guru Disiplin. 1.10. Yuran sekolah hendaklah dijelaskan seperti yang ditetapkan pada hari pertama masuk sekolah. Setiap pembayaran mesti mendapatkan resit. Kecuain membayar boleh menyebabkan Sijil Berhenti dan Sijil Peperiksaan ditahan. 1.11. Murid dikehendaki berkelakuan seperti seorang murid, berkeperibadian baik serta tidak menyakiti dan mempermainkan pihak sekolah, guru dan rakan dari segi perbuatan, percakapan atau tingkah laku. 9


2. KEHADIRAN 2.1. Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.30 pagi. Waktu persekolahan bermula dari pukul 7.30 pagi. Semua murid hendaklah bersedia untuk sesi perhimpunan pagi. 2.2. Murid diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah di tempat perhimpunan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah pada setiap hari Ahad. Kedatangan kehadiran ke sekolah akan diambil. 2.3. Semasa bersekolah murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan. 2.4. Murid dikehendaki sentiasa berada di dalam kelas dan di tempat sendiri semasa guru mengajar dan mengikuti pelajaran yang diajar dengan sepenuhnya seperti di dalam jadual waktu kelas masing-masing. 2.5. Semasa pelajaran dijalankan, tidak dibenarkan murid-murid keluar dari kelas tanpa sebab dan kebenaran daripada guru yang mengajar. Murid yang dibenarkan keluar mesti menyematkan atau menggantung KAD KEBENARAN KELUAR pada leher. Jika tidak ada kad, murid itu dianggap ponteng kelas. 2.6. Ibu bapa / penjaga atau sesiapa jua pun tidak dibenarkan menerima murid tanpa kebenaran daripada Guru Besar. Begitu juga murid-murid dilarang berjumpa dengan sesiapa jua pun yang datang ke sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar. 2.7. Setiap hari hadir ke sekolah mestilah membawa peralatan yang mencukupi dan lengkap. Buku perlu dibawa mengikut jadual waktu kelas. 10


2.8. Semasa berada di dalam kelas, hendaklah memberi perhatian kepada pengajaran guru dan tidak mengganggu rakan. 2.9. Kerja-kerja rumah yang diarahkan oleh guru mesti dibuat dengan sempurna sebelum hadir ke sekolah. 2.10. Semasa rehat dan sebelum sekolah bermula dilarang berkeliaran di sepanjang koridor dan bangunan kelas. 2.11. Lima minit sebelum kelas berakhir, kelas mestilah dalam keadaan kemas dan bersih di bawah kelolaan guru yang mengajar pada waktu tersebut. 2.12. Masa rehat dan sebelum pelajaran bermula tidak dibenarkan murid-murid tinggal di dalam kelas, kecuali yang menjalankan tugas yang ditetapkan. 2.13. Setiap murid yang tidak hadir ke sekolah perlu menyerahkan surat akuan doktor atau surat penjaga menyatakan sebab tidak hadir kepada guru kelas dengan segera. Murid yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki hadir bersama ibu bapa/ penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar. 2.14. Murid-murid tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab akan dihubungi oleh guru kelas dengan surat untuk mendapatkan penjelasan secara bertulis daripada ibu bapa/ penjaga. 2.15. Murid yang tidak hadir ke sekolah akan diberi surat amaran seperti berikut: 11


2.16. Semasa ke sekolah atau pulang dari sekolah tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab atau keluar dari kawasan sekolah. Murid perlu maklumkan kepada guru bertugas mingguan apabila ibu bapa/ penjaga datang ambil. 2.17. Murid hendaklah sentiasa menepati masa/ mengikuti/ menyertai sebarang kegiatan sekolah. Sekiranya tidak hadir tanpa sebab, murid tersebut boleh diambil tindakan disiplin. 2.18. Semua murid wajib solat Dhuha, Zohor dan Asar secara berjemaah setiap hari. 3. KEKEMASAN 3.1. PAKAIAN MURID LELAKI 3.1.1. Memakai pakaian rasmi sekolah SRITI lelaki dan pengawas. BAJU a) Pada setiap hari Ahad dan Selasa, murid memakai kemeja berwarna krim, lengan pendek, berbutang putih dan dijahit dengan benang putih atau krim. Vest berwarna maroon bagi Pengawas SRITI Ibnu Umar. b) Baju hendaklah dibiarkan ke luar seluar setiap masa. c) Singlet (baju dalam) berwarna putih sahaja dibenarkan dan tidak terdapat sebarang gambar atau tulisan padanya. d) Pada setiap hari Isnin dan Rabu, murid memakai baju sukan SRITI. e) Pada setiap hari Khamis, murid memakai jubah SRITI. 12


SELUAR a) Murid diwajibkan memakai seluar panjang berwarna hitam. Labuh seluar tidak menutupi tumit kasut atau singkat ke paras buku lali. b) Lebar kaki seluar tidak boleh kurang dari 40 cm dan tidak boleh lebih dari 45 cm. Seluar fesyen kaki kembang dan kaki sempit tidak dibenarkan. c) Seluar jeans dalam semua bentuk ala jeans poket bertampal atau menyerupainya tidak dibenarkan. d) Seluar mestilah longgar (tidak ketat). KASUT DAN STOKIN a) Kasut kanvas atau kolik berwarna hitam sahaja. b) Kasut yang mengandungi stripe adalah tidak dibenarkan. c) Stokin mestilah berwarna hitam, tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. TALI PINGGANG a) Seluar yang mempunyai bekas tali pinggang hendaklah memakai tali pinggang. b) Lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm termasuk kepala tali pinggang. c) Kepala tali pinggang hendaklah berbentuk biasa. Tidak dibenarkan sebarang pindaan dibuat. d) Tali pinggang hendaklah berwarna gelap (hitam atau biru tua). 13


LENCANA TANDA NAMA a) Semua murid mesti memakai lencana dan tanda nama sekolah semasa memakai pakaian rasmi sekolah. KOPIAH a) Kopiah wajib dipakai sepanjang sesi persekolahan. b) Pengecualian diberikan ketika menjalankan aktiviti luar kelas seperti aktiviti ko-kurikulum dan PJK sahaja. c) Kopiah yang dibenarkan adalah kopiah SRITI sahaja. PAKAIAN AM a) Pemakaian cermin mata mestilah atas nasihat doktor. b) Bingkai cermin mata tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil atau terlalu berfesyen. c) Cermin tidak berwarna sahaja dibenarkan. 14


LAMPIRAN 15


PAKAIAN SUKAN LELAKI (HARI ISNIN DAN RABU) PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (HARI KHAMIS) 16


3.2. MURID PEREMPUAN 3.2.1. Memakai pakaian rasmi sekolah SRITI perempuan dan pengawas. BAJU a) Pada setiap hari Ahad dan Selasa, kemeja berwarna krim, lengan panjang dan dijahit dengan benang berwarna putih atau krim. Vest berwarna maroon bagi pengawas SRITI Ibnu Umar. b) Baju tidak terlalu labuh atau terlalu singkat, kira-kira paras lutut. c) Material baju jenis licin dan kemas. d) Hendaklah sentiasa longgar. Baju ketat tidak dibenarkan. e) Tangan baju bercekak dengan ketebalan 1 inci setengah dan sentiasa dibutangkan. f) Pada setiap hari Isnin dan Rabu, murid memakai baju sukan SRITI. g) Pada setiap hari Khamis, murid memakai jubah SRITI. KAIN a) Kain berwarna hitam. Labuh kain tidak menutupi tumit kasut atau singkat ke aras buku lali. b) Kain yang ketat atau terbelah tepi tidak dibenarkan. c) Tidak dibenarkan memakai kain dalam (yang seumpama dengannya) tetapi digantikan dengan memakai seluar track suit atau slack longgar. KASUT DAN STOKIN a) Syarat-syarat sama seperti murid lelaki. 17


KAIN TUDUNG, SKAF DAN SARUNG LENGAN a) Tudung berwarna krim tudung SRITI. b) Berbentuk mini telekung berpotongan bundar. c) Labuh melebihi paras siku. d) Skaf dan sarung lengan hendaklah berwarna hitam, LENCANA TANDA NAMA a) Syarat-syarat sama seperti murid lelaki. 18


LAMPIRAN 19


PAKAIAN SUKAN PEREMPUAN (HARI ISNIN DAN RABU) PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (HARI KHAMIS) 20


3.3. PAKAIAN SEMASAAKTIVITI KOKURIKULUM a) Bagi murid lelaki, baju sukan SRITI. Bagi murid perempuan, baju sukan SRITI (labuh paras lutut) yang ditetapkan oleh pihak sekolah. b) Seluar panjang sukan berwarna gelap (hitam atau biru tua). c) Kasut sekolah berwarna hitam yang sesuai. 21


3.4. RAMBUT a) Murid lelaki dilarang berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: Di belakang : Rambut jatuh melebihi garis di bawah cuping telinga. Di hadapan : Rambut menutupi garis tengah dahi Di sisi : Rambut melebihi kedua-dua telinga dan sideburn melebihi garis tengah hidung. Di atas : Rambut lebih panjang 5cm panjang. b) Fesyen berambut rap iaitu fesyen rambut pendek di tepi dan panjang di tengah, rambut berfesyen skinhead, rambut botak tidak dibenarkan dan mana-mana fesyen yang tidak menepati nilai-nilai Islam. 22


3.5. TATATERTIB BERPAKAIAN a) Semua murid dikehendaki memakai pakaian yang menutup aurat sepanjang masa. b) Semua pakaian yang menunjukkan fesyen als groovy, rugged, rock dan sebagainya yang tidak sesuai dengan nilai-nilai keislaman adalah dilarang c) Murid lelaki dilarang memiliki atau memakai:- - Seluar jeans dalam semua bentuk/ ala jeans/ poket bertampal. - Seluar yang berkaki besar atau sempit. - Tali pinggang besar, gelang, rantai, subang, dan cincin. - Kasut selain dari kasut sekolah (kasut kanvas/ kulit hitam) d) Murid perempuan tidak dibenarkan memiliki atau memakai- - Mini skirt dan midi. - Seluar jeans dalam semua bentuk/ala jeans/ poket bertampal - Semua pakaian yang ketat, jarang dan tidak berlengan/berlengan pendek. - Semua jenis barang kemas termasuk Brooch (Kerongsang), dan alat solek. Perhiasan yang diperbuat daripada perak, manik, benang dan lain-lain juga tidak dibenarkan.. e) Pakaian pada waktu-waktu biasa atau waktu bebas murid hendaklah berpakaian menutup aurat dan kemas. Baju-T tidak berkolar adalah dilarang memakainya f) Tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah dengan pakaian seragam. Jika ini berlaku mesti dilaporkan dengan segera kepada pengawas bertugas atau guru disiplin. Murid yang memakai selipar tidak dibenarkan memasuki kelas. g) Tidak dibenarkan memakai baju sejuk sweater sekiranya cuaca tidak sejuk. 23


h) Murid perempuan diwajibkan membawa dan memakai telekung (berserta kain) setiap kali solat berjemaah. i) Dilarang memakai solekan ke sekolah, semasa memakai pakaian seragam sekolah atau semasa mewakili sekolah. Dilarang mencabut bulu kening, menyimpan kuku panjang serta mewarnainya. 4. TATATERTIB BILIK DARJAH a) Murid hendaklah bangun dan memberi hormat (salam) ketika guru/ Guru Besar/ pelawat masuk dan keluar dari bilik darjah. b) Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih. Satu jadual tugas hendaklah disediakan, dipamerkan dan dipatuhi. c) Ketua kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas dan juga alat-alat kelengkapan mencukupi. d) Murid yang bertugas dikehendaki menyempurnakan tugasnya pada waktu pagi sebelum perhimpunan. Pengawas akan mengawasi kesempurnaan kerja- kerja ini pada waktu yang sama. e) Selepas sekolah bakul sampah hendaklah dikosongkan serta diterbalikkan. f) Murid-murid dilarang:- - Merosakkan dan menconteng barang-barang dalam bilik darjah. - Menggunakan kerusi dan meja guru. - Mengubah kedudukan dan lain-lain tanpa kebenaran guru kelas. - Membuat bising, mengganggu ketenteraman dan tidur di dalam kelas. - Berada di dalam bilik darjah ketika qailullah, solat berjemaah, program berlangsung dan selepas waktu persekolahan kecuali mereka yang bertugas dan mendapat kebenaran guru. 24


- Berada di dalam bilik darjah dengan pintu tertutup walaupun tinggal seorang diri di dalamnya. g) Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas. h) Murid yang hendak keluar ke tandas atau keluar berjumpa guru/murid lain pada waktu belajar dikehendaki mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar (dibenarkan dalam keadaan terdesak dan mustahak sahaja dengan memperolehi KAD KEBENARAN KELUAR). i) Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa pertukaran mata pelajaran. Kebenaran untuk keluar mestilah didapati dari guru mata pelajaran dengan memperolehi KAD KEBENARAN KELUAR. j) Tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Guru, Makmal Sains, Makmal IT, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Pusat Sumber, Bilik Gerakan, Bilik SPBT. Bilik UUP, Bilik Kaunseling, Stor Sukan dan Stor Fizikal tanpa kebenaran guru dan kehadiran guru di dalamnya. k) Semasa ketiadaan guru, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas. l) Lampu dan kipas hendaklah sentiasa ditutup selepas menggunakannya. 5. MAKAN PAGI DAN TENGAH HARI a) Murid akan makan dan minum di dalam bilik darjah dengan kawalan dan pantauan guru serta pengawas. b) Semua murid dikehendaki membawa dua bekas makanan bersama sudu, garfu dan tisu basah serta botol air setiap hari. c) Semua murid diwajibkan makan atau mengambil makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. 25


d) Perkakasan makanan perlu dicuci di rumah. Tidak dibenarkan mencuci di tandas atau di sekolah. 6. LALU LINTAS SEKOLAH a) Laluan ENEX (masuk dan keluar) murid adalah di bawah (bahagian belakang dapur). b) Ibu bapa/ penjaga yang datang mengambil anak hendaklah parking dibawah dan menunggu anak di laluan ENEX sekolah. c) Ibu bapa/ penjaga yang mengambil anak hendaklah mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan melancarkan trafik. 7. TANDAS a) Pelajar mestilah menggunakan tandas mengikut jantina masing-masing seperti ditetapkan. b) Kebersihan tandas mestilah dijaga. Jangan menconteng dinding tandas dan merosakkan peralatan di dalamnya. c) Tandas yang telah digunakan mestilah ditarik balik pamnya dengan cermat dan paip air ditutup semula setelah digunakan. d) Jangan membuang kertas, pembalut makanan, sampah dan tuala wanita ke dalam tandas terutama di tempat pembuangan najis. Gunakan tong sampah yang telah disediakan untuk membuang kertas/ tuala wanita dan lain-lain. e) Jangan membuat bising, bertolak-tolak semasa berada di dalam tandas. Keluar dari tandas secepat mungkin setelah selesai qada’ hajat. 26


8. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) a) Murid yang menghilangkan buku teks pinjaman tanpa menggantikannya tidak akan diberi pinjaman pada tahun berikutnya. Sijil dan Surat Berhenti Sekolah akan ditahan. b) Murid boleh meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas waktu persekolahan. Sekiranya murid terjumpa buku teks di mana-mana sahaja hendaklah menyerahkan kepada guru SPBT/ Penolong Kanan atau pejabat. c) Murid yang akan bertukar ke sekolah lain akan membawa bersama buku teks yang dipinjam begitu juga yang berpindah ke Sekolah SRITI Ibnu Umar juga akan membawa buku teks dari sekolah lama. d) Semua buku perlu dibalut dengan plastik lutsinar. e) Setiap murid perlu menulis nama dan kelas di setiap buku pinjaman tersebut. f) Murid dilarang menconteng buku pinjaman dan perlu menjaganya dengan baik. g) Sekiranya murid didapati gagal membalut buku teks akan dikenakan bayaran denda untuk setiap buku yang tidak dibalut dan diminta membalutnya segera. Plastik dan peralatan berkenaan akan disediakan oleh pihak guru SPBT. 9. HARTA BENDA SEKOLAH a) Murid tidak dibenarkan menggunakan bangunan dan alat-alat sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. Murid juga tidak dibenarkan memegang sebarang kunci sekolah. Kerosakan alat-alat hendaklah dilaporkan kepada guru Kelas. b) Murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja atau tidak sengaja dikehendaki membayar ganti ruginya 27


mengikut nilai yang ditetapkan oleh Guru Besar. Jika sesuatu kerosakan itu tidak dapat dikesan pembuatnya. semua murid yang bertanggungjawab dalam tingkatan itu dikehendaki membayar ganti ruginya. c) Murid dilarang menggunakan alat-alat sukan yang berbahaya seperti cakera lembing, dan peluru tanpa pengawasan guru. d) Murid tidak dibenarkan membawa keluar atau memindahkan kerusi meja dari bilik darjah tanpa kebenaran guru atau pihak sekolah. e) Dilarang menggaris, menconteng dan merosakkan harta benda sekolah. 10. AKTIVITI SEKOLAH a) Semua murid dikehendaki menghadiri/mengambil bahagian dalam semua aktiviti/program yang dijalankan oleh pihak sekolah. b) Sekiranya tidak dapat hadir ke sesuatu program sekolah/aktiviti kokurikulum mestilah memberitahu guru yang berkenaan dengan segera secara lisan dan juga secara bertulis (surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh ibu bapa). c) Murid yang menghidap penyakit dan mendapat surat daripada doktor kerajaan dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. d) Hanya persatuan yang telah mendapat kebenaran daripada Guru Besar yang boleh dijalankan di sekolah. e) Pakaian untuk program sekolah/aktiviti kokurikulum mestilah mematuhi arahan guru yang berkaitan dengan program/aktiviti berkenaan. f) Sebarang aktiviti mesyuarat/lawatan/rombongan murid tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran Guru Besar. 28


g) Semua surat-menyurat mengenai aktiviti program/ lawatan mestilah dibuat dengan kelulusan Guru Besar melalui guru yang berkenaan dan PK HEM. 11. AKTIVITI LUAR SEKOLAH a) Murid dilarang melibatkan diri dalam persatuan luar terutama persatuan/ pertubuhan haram/ politik dan sebagainya. b) Murid dilarang menyertai atau mewakili mana-mana majlis pertandingan yang bukan dianjurkan oleh pihak sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar. c) Murid tidak dibenarkan menganjurkan sebarang kegiatan dengan menggunakan nama sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar. d) Murid juga tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam majlis sosial yang bertentangan dengan nilai keislaman seperti menari di khalayak ramai, memasuki peraduan ratu cantik atau yang seumpama dengannya. 12. ORANG LUAR a) Ibu Bapa/ Penjaga yang ingin berjumpa dengan anak-anak mereka pada waktu persekolahan hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dan tidak dibenarkan terus ke kelas. b) Murid tidak dibenarkan membawa pelawat atau berjumpa dengan mereka pada masa sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 29


13. BARANG-BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH a) Alat tajam/ pensel blade/ blade cutter b) Handphone pager c) Video games d) Daun terup/ magic game cards e) Radio/ kaset/ walkman/ cd/ ved/ mp3/ mp4 f) Komputer riba/ Kamera/ camcorder g) Rokok/ vape/ pemetik api/ mercun/ mancis h) Chewing gum i) Makanan ringan (junk food) j) Liquid paper/ Correction tape k) Topi l) Pouch Bag m)Gitar n) Cat o) Alat Solek (gincu, bedak kompak, cermin dan sebagainya) p) Alat-alat perhiasan (rantai/ gelang/ cincin/ kerongsang) q) Majalah/ novel/ komik dan apa-apa jenis bahan bacaan yang tidak berbentuk ilmiah. r) Skate board/ roller skate/ roller blade. s) Smart watch. t) Alat/barang/bahan lain yang tiada kena-mengena atau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. u) Alat/barang/bahan yang boleh mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran atau membahayakan orang lain atau merosakkan harta benda sekolah. v) Alatan elektrik seperti kipas, pembakar roti dan lain-lain. 30


AMARAN: Alat / barang / bahan terlarang di atas akan dirampas sekiranya dibawa ke sekolah sama ada semasa waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Anda juga boleh dikenakan hukuman berat mengikut kategori kesalahan. Barang-barang yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa/ penjaga sendiri dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 14. KUASA GURU BESAR Guru Besar adalah bertanggungjawab berkenaan disiplin sekolah. Beliau berkuasa dan boleh menurunkan kuasanya kepada guru lain untuk memberi hukuman ke atas murid yang didapati melanggar peraturan dan undang- undang sekolah. Jika perkara ini memerlukan siasatan lanjut, Guru Besar boleh mengarahkan Lembaga Disiplin untuk berbuat demikian. 31


Click to View FlipBook Version