UNIT PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS. 10/22/2021 1
SUMBER RUJUKAN : BAHAGIAN SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN KPM.
LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM
• ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan
gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca
• Mula dilaksana pada 1999, melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 :
Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
• Objektif program NILAM ialah menjadikan membaca
sebagai satu budaya dalam kalangan murid sekolah
• Membina tabiat membaca dan kemahiran maklumat dalam
kalangan murid.
PROGRAM NILAM
Program NILAM telah bermula sejak 1999. Program ini
merupakan satu strategi menanam minat membaca
secara terancang dalam kalangan murid supaya terbina
tabiat dan budaya membaca dan menjadikan ia aktiviti
berterusan sepanjang hayat.
Fokus bacaan – buku fiksyen, buku bukan fiksyen dan
pelbagai bahan bacaan lain termasuk bahan bacaan
digital
Menulis rumusan
Aktiviti-aktiviti gerakan membaca – memupuk minat
membaca dalam kalangan murid
OBJEKTIF
Melestarikan amalan membaca dalam kalangan murid-
murid di Malaysia
Memastikan penglibatan murid dalam pelaksanaan
kempen galakan membaca (NILAM) secara berterusan
Mengekalkan momentum budaya membaca yang
berkualiti dalam kalangan murid untuk menyokong
proses pengajaran dan pembelajaran
Memupuk sikap suka membaca dan menarik minat murid
kepada konsep pencarian ilmu sepanjang hayat.
Menjadi panduan kepada sekolah dalam menghasilkan
kepelbagaian pendekatan dan aktiviti sama ada di
dalam atau di luar kelas selari dengan Program Dekad
Membaca Kebangsaan 2021-2030