The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nureen Batrisyia, 2023-02-21 11:45:18

PB1_Nureen0044_BMB_Seloka_Pak_Pandir

PUISI TRADISIONAL (SELOKA PAK PANDIR)

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU DISEDIAKAAN OL EH: NURE EN BATRISYIA BINTI MOHAMMAD KE LAS: BM B BMMB 1104 NAMA PENSYARAH: PN. HJH. ROZIAH BINTI HJ. RAML I


PENGHARGAAN BERSYUKUR KE ATAS HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIA-NYA YANG DIANUGERAHKAN DAPAT SAYA MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN PENUH JAYANYA. PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MENDEDIKASIKAN UCAPAN PENGHARGAAN INI KEPADA PENSYARAH YANG DIHORMATI, PN. HJH. ROZIAH BINTI HJ. RAMLI KERANA DENGAN TUNJUK AJAR SERTA BIMBINGAN DARIPADA BELIAU TELAH MEMBUKA RUANG UNTUK SAYA JAYAKAN TUGASAN BERIKUT. SELAIN ITU SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA IBU BAPA SAYA YANG MEMBERI SAYA PEMUDAH CARA UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI. MEREKA SEMEMANGNYA TELAH MEMBERIKAN SAYA SEGALA KEMUDAHAN DAN SOKONGAN MORAL YANG TIDAK TERHINGGA SEHINGGA SAYA BERJAYA MENGHABISKAN TUGASAN INI. SETERUSNYA, SAYA TURUT INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN KHUSUSNYA RAKAN SEKELAS SAYA KERANA TELAH BANYAK MEMBANTU DENGAN MEMBERI PENDAPAT DAN PERINGATAN TERHADAP SETIAP APA YANG SAYA TELAH ALPA SEPANJANG MENJALANKAN TUGASAN INI. MEREKA JUGA TELAH MEMBANTU SAYA DENGAN MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN YANG SAYA UTARAKAN KEPADA MEREKA. AKHIR MADAH, SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU SEBALIKNYA DALAM PEMBIKINAN TUGASAN SAYA INI. TERIMA KASIH.


PENGENALAN Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Secara umumnya, puisi sebenarnya tidak terdiri daripada ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Lazimnya, puisi tradisonal merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibacakan pembaca akan merasakan rentaknya. Puisi merupakan karya bercorak bukan naratif. Karya bukan naratif merupakan hasil sastera yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang jika dibandingkan dengan kesusasteraan naratif. Kesusasteraan bukan naratif lahir dalam bentuk puisi. Puisi tradisional muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk. Puisi ini dikatakan cerminan masyarakat Melayu lama kerana menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Puisi tradisional mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat dengan bentuk dan pola tertentu. Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. Puisi merupakan karangan berangkap dan mempunyai kalimat yang tidak terbatas. Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa. Penggunaan bahasa dalam puisi padat dan mempunyai makna yang mendalam dan berkesan. Penghasilan puisi memerlukan penglibatan emosi seperti perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan suku kata yang tertentu


Istilah kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. kata dasat sas- bermasud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk manakala -tra merujuk kepada alat. Justeru itu, sastra merupakan alat untuk mengajar. Awalan su- bermaksud baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an pula membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertuis, bernilai seni serta dengan maksud memberikan panduan dan pengajaran (Prof Dr Hashim Awang). KESUSASTERAAN MELAYU


KESUSASTERAAN MELAYU SECARA KESE LURUHANNYA: Dapat disimpulakn, bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata indah, memberi mesej dam menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu.


Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU TAKRI F : Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Sita Hajar Abdul Aziz (2011) berkata, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang membawa maksud huruf atau buku indah.


PROSA TRADISIONAL Tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya Mempunyai gaya yang sederhana Mempunyai ciri lazim yang tidak berubah mengikut masa PROSA MODEN Karya sastera yang dihasilkan selepas tahun 1800M. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan salah satu pengkarya sastera Melayu Moden. JENIS DAN BENTUK


PUISI TRADISIONAL Genre sastera terawal Masyarakat Eropah menghasilkan puisi berjudul Iliad dan Odyssey Masyarakat Hindu : Mahabharata JENIS DAN BENTUK PUISI MODEN Sajak merupakan satu-satunya genre dalam puisi moden


SASTRA RAKYAT (LISAN) Menurut Zaidan et al . (2000: 182) sas tra l i san murupakan ungkapan dari mulut ke mulut has i l kebudayaan l i san dalam masyarakat tradi s ional yang i s inya dapat di sejajar kan dengan sas tra tul i san dalam masyarakat moden. Dengan kata lain, sas tra yang di w ari s kan secara l i san. Naratif Bukan naratif - mitos , legenda dan cerita rakyat - pui s i rakyat SASTERA RAKYAT TERBAHAGI KEPADA DUA: PROSA TRADISIONAL


Cerita yang dianggap benarbenar terjadi dan dianggap suci oleh masyarakat yang mendukungnya . CONTOH; Kisah Tasik Cini MITOS I. II. III. Sastera Rakyat L EGENDA CERITA RAKYAT NARATI F : Cerita yang dianggap benarbenar terjadi tetapi tidak dianggap suci. CONTOH: Si Tanggang, Cerita yang tidak dianggap benar-benar terjadi. Merupakan sumber hiburan dan mengandungi moral atau sindiran. CONTOH: Hikayat Malim Dewa


CERPEN (CERITA PENDEK) III. I. II. PROSA MODEN NOVE L DRAMA KARYA SASTERA YANG DIHASI LKAN SE L EPAS TAHUN 1800M.


PANTUN III. I. II. IV. PUISI TRADISIONAL GURINDAM SYAIR SE LOKA Pui s i t r idi s ional terbahagi kepada empat iaitu:


PUISI MODEN Pui s i moden hanya mempunyaI satu genre iaitu: SAJAK I.


ALAT PENDIDIKAN I. II. FUNGSI SASTERA MELAYU Pengalaman pengarang yang diadun dengan unsurunsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Hal ini dapat meembina insaniah dalam kehidupan manusia. KRITIKAN SOSIAL Rakaman kehidupan yang menggali dan menyenglongkar kehidupan manusia daripada pelbagai demensi dan sudut pandangan Sesuatu yang berlaku dalam kehidupan dan realiti kehidupan


III. IV. FUNGSI SASTERA MELAYU DAKWAH HIBURAN Ciri-ciri penting yang membentuk pandangan satera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqi'iyyah (realistik) yang mendalami dan menilik sesuatu sebagaimana adanya Menekankan peranan membimbing dan mendidik. Melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun Menjadikan karya sastera yang diterima dan diminati masyarakat


MANISFESTASI AKALBUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL PEMIKIRAN Proses menggunakan minda untuk mencari maknadan memahami sesuatudengan menerokaipelbagai kemungkinanideadan membuatpertimbangan yang wajarbagi membuat keputusan PERTUTURAN Dapatdilihat melalui kesantunaniaituhalus budibahasa atau "berbudipekerti"dan berusaha menghindari konflik antarapenutur danpendengardalam proses komunikasi


MANISFESTASI AKALBUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL PERLAKUAN Menurut Kamus Dewan(1984), perlakuandapatditakrifkan sebagaiperbuata. Dalam kehidupanseharian,dapat dikategorikan masyarakat yangkayadengantingkah lakuyangberhemahdanbaik GAYA HIDUP Gayahidupbermksudcara tertentuseseorangindividu menjalani kehidupan.Dalam konteksgayahidupini, akal budidapatdilihatdalam kehidupanseharianiaitu kepercayaan, adat istiadat, keseniandanpengalamannilainilai murni.


SELOKA PUISI TRADISIONAL SELOKA PAK PANDIR


SELOKA KONSEP Istilah 'seloka' berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu 'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk yang tertentu dari segi rangkap, jumlah baris serta sama ada mempunyai irama atau tidak Seloka mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka lebih kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, ejekan dan sindiran. Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk dijadikan sebagai pengajaran.


Merupakan puisi bebas (tidak terikat) Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan Tidak mempunyai pembayang Bilangan baris setiap rangkap tidak tetap Jumlah perkataan dalam setiap baris tidak tetap Jumlah suku kata setiap baris tidak tetap Rima akhirnya dalam setiap rangkap tidak tetap 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. CIRI/ BENTUK SELOKA


JENIS SELOKA 1 Seloka sindiran Seloka mengejek 2 Seloka menempelak 3 Seloka nasihat 4 Seloka pengajaran 5 Seloka khayal 6 Seloka gurau senda 7


FUNGSI SELOKA SECARA UMUM Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahi rkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasus ilaan. Digunakan untuk mengkr itik sebarang per lakuan negative anggota masyarakat. Fungs i amat bergantung kepada i s inya :- =untuk menyindi r seseorang =untuk mengejek seseorang =untuk menempelak seseorang =untuk melahi rkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manus ia =untuk sumber pengajaran dan panduan kepada seseorang =sebagai alat kawalan sos ial /protes sos ial


CONTOH SELOKA SELOKA PAK PANDIR https://youtu.be/e-31495KiGY


Pandai-pandai wahai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. Silap-silap menabur budi Awak rugi orang yang untung SELOKA PAK PANDIR


MAKSUD SELOKA PAK PAND se P n a d k ir P i a te n r d b i i r a m r d e a n n gu t t id a a m k a d k i a b n er o i r p a e n r g ha a t s i i a n n g s t e e w ta a p ja i a rn n y a a k . IR Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana kepercayaanya terhadap cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinya pun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti. Sebenarnya, Pak Pandir ditipu tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.


TEMA YANG TERKANDUNG DI DALAM SELOKA TEMA Tema seloka ini ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang akan merugikan diri sendiri.


PERSOALAN YANG TERKANDUNG DI DALAM SELOKA Persoalan-persoalan lain seloka ini ialah: kebodohan merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kebolehan diri sendiri, watak dungu masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang belum tentu benarnya, dan utamakanlah anggota keluarga sendiri sebelum memberi layanan istemewa kepada orang lain. PERSOALAN


i . Janganlah k ita melakukan per kara yang s ia-s ia. i i .Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri di ketepi kan. i i i .Amal kan s i kap w aras dalam kehidupan. iv.Kita hendak lah berhati-hati keti ka melakukan sesuatu pekerjaan. v. Jangan mudah terpedaya dengan janj i-janj i mani s orang yang tidak k ita kenal i . NILAI DAN PENGAJARAN


Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir. Contohnya ayat “Anak dipi jak dagang di j inj ing” (R1 B2) . Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabai kan anaknya sendiri malah menyak itinya sebagaimana dalam per kataan " anak dipi jak ". Manakala pihak yang tidak ber kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan bai k sebagimana per kataan "dagang di j inj ing ". Sikap mengutamakan orang lain.


Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir. Contohnya ayat “hartanya habi s badan tergadai” (R1 B4) . Gambaran ini menunjuk kan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungk inan bel iau seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpak sa menggadai kan hartanya. Malah kemungk inan yang lebih besar ialah bel iau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang berjudi selalunya mel ibat kan harta. J i ka kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpak sa di serahkan kepada pihak yang menang. Har tanya telah habis kerana tergadai.


Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir. Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. J i ka Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana bel iau tidak sedar, maka dia telah membiar kan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjuk kan baha w a Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu bel iau tidak mampu memperbai k i kelemahan dirinya sendiri . Tak sedar kelemahan di r i sendi r i.


Selain itu, satira dalam seloka boleh menjadi jenaka atau serius dan mungk in mengandungi elemen yang lain seperti keseronokan, ketenangan, fantas i dan impian. Hal ini bertujuan untuk memak s imakan pehamanan dan makna yang hendak di sampai kan kepada seluruh lapi san masyarakat terutamanya kanak-kanak . Di samping itu, penciptaan seloka ini telah menjadi buk ti ni lai yang w ujud dalam masyarakat Melayu, iaitu ni lai kesopanan. Ini kerana penciptaan seloka sebagai medium untuk menyampai kan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu yang menggambar kan s i kap masyarakat Melayu yang mengambi l berat keharmonian dan ketidakcekapan k riti kan dan pendapat. Rentetan itu secara keseluruhan, sekuel itu merujuk kepada k i sah jenaka yang pernah ter kenal dalam masyarakat seperti k i sah Pak Kaduk , Pak Pandir, Lebai Malang dan k i sah Emak Si Randang. Tujuannya adalah untuk melepas kan perasaan berperang masyarakat seperti tokoh-tokoh itu. Seloka biasanya mengandungi bahasa yang ceritanya berpus ing dan bergerak , ber sungguhsungguh menyindir dan selalu tajam serta boleh seperti mengejek dan mengandungi perasaan rendah diri . Fungs i jelas seloka untuk mendidi k dan memberi pengajaran dengan k riti kan dan satira terhadap i su yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Semua k riti kan dan s indiran yang diberi kan di jelas kan untuk mengelak kan perasaan ter s inggung individu yang ditujukan. MENDIDIK FUNGSI SELOKA PAK PANDIR


Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir : AKAL BUDI DALAM SELOKA Individu yang bersikap mengutamakan orang lain Menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sewajarnya ialah mendahulukann keluarga terdekat dan bukannya orang luar yang tiada talian darah. buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya sebaigaimana dalam frasa ' anak dipijak' .


Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir : AKAL BUDI DALAM SELOKA Individu yang tidak pandai mengurus hartanya Baris 'hartanya habis tergadai' menunjukkan Pak Pandir tidak pandai menguruskan hartanya. Berkemungkinan beliau seorang yang boros, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Ada kemungkinan juga belia seorang yang suka berjudi. Kita seharusnya bijak mentadbir harta atau kita terpaksa menanggung hutang dan kerugian.


1. Masyarakat yang ter lalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas ber fiki r . Semua ker ja per lu dibantu oleh pihak lain. 2. Akibat ter lalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka ter ikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan ker ja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran s ikap mereka yang tidak mampu berdikar i. 3. Masyarakat yang suka cakap besar . Ibarat per lakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghas ilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan s ingkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa. 4. Sikap masyarakat yang malas . Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara ber sungguh-sungguh. Segala ker ja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhi rnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa has il GAMBARAN MASYARAKAT


Sebagai kesimpulannya, puisi tradisional pada masa kini semakin berubah mengikut arus peredaran zaman. Penggunaan bahasa klasik tidak lagi digunapakai pada masa kini, kerana telah digantikan dengan bahasa moden yang lebih senang difahami masyarakat masa kini. Masyarakat sekarang tidak ramai memahami dan mengguna bahasa klasik. Sebagai contoh, santap yang membawa maksud makan, beradu yang membawa maksud tidur dan bersiram yang membawa maksud mandi. Selain itu, ciri-ciri isu yang diketengahkan dalam puisi tradisional tidak sama seperti isu yang yang diketengahkan dalam puisi moden. Isu dalam puisi tradisional memfokuskan untuk ditujukan kepada masyarakat setempat. Manakala isu dalam puisi moden berfokuskan kepada isu global dan untuk dihayati oleh masyarakat sejagat. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi puisi tradisional semakin berubah corak penulisannya dalam dunia yang semakin moden ini KESIMPULAN


SUMBER RUJUKAN Azman Rahmat et al., (2022) Pengenalan Kesusasteraan & kebudayaan Melayu.Pustaka Al-Ehsan A. Samad Ahmad, 1974. Sejarah Kesusasteraan Melayu I dan Il. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Zaba), 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abd. Aziz. (2011) Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd Hashim Awang. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version