TAMADUN AWAL DUNIA
SEJARAH TINGKATAN 1
NURUL ASMIDA BINTI MOHAMAD SAID
147518
LOKASI TAMADUN AWAL DUNIA
ISI KANDUNGAN
1. TAMADUN
MESOPOTAMIA
2. TAMADUN MESIR 3. TAMADUN INDUS
PURBA 4. TAMADUN HUANG
HE
TAMADUN
MESOPOTAMIA
Merupakan tamadun terawal di dunia.
Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud tanah di antara dua
batang sungai.
KEDUDUKAN
Terletak di kawasan lembah sungai
(Sungai Tigris dan Sungai Euphrates).
KERANGKA MASA
Bermula dari era Neolitik iaitu 5000
SM hingga 700 SM.
Wilayah Mesopotamia berkembang
sebagai pusat tamadun awal sekitar
tahun 3500 SM.
Kemunculan Kerajaan Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldea & Asyria.
Tamadun Mesopotamia bermula di Sumeria.
Orang Sumeria membina petempatan dan menjalankan kegiatan
pertanian.
Turut membina sistem pengairan untuk mengawal pengaliran air sungai.
Perkembangan dalam aktiviti pertanian telah menghasilkan sumber
makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang
semakin bertambah.
Penambahan penduduk telah mengembangkan kawasan petempatan yang
akhirnya membentuk negara kota.
Negara kota terbentuk di sepanjang sungai seperti negara kota Assur,
Mari, Ur dan Uruk.
TAMADUN
MESIR PURBA
Terletak di Lembah Sungai Nil (sungai terpanjang di dunia).
Tinggalan terkenal oleh tamadun Mesir Purba ialah Piramid dan
Patung Firaun.
Mesir dianggap sebagai hadiah dari Sungai Nil
kerana :
banjir setiap tahun dengan membawa lumpur
yang subur untuk pertanian
Menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan
Membekalkan sumber makanan dan ikan.
Limpahan air dari Sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir
telah menukar bentuk muka bumi Mesir Purba kepada tanah yang
subur untuk pertanian dan petempatan manusia.
3 TAHAP PEMERINTAHAN
TAHAP 1 : KERAJAAN PURBA
Petempatan awal bermula pada tahun 5000SM ;
bermula sebagai kampung petani.
Kerajaan Utara : terletak di hilir Sg. Nil melibatkan
kawasan Lembah Sungai Nil, suhu lebih sejuk berbanding
dengan di selatan.
Kerajaan Selatan : terletak di hulu Sg. Nil, kawasan yang
terbentang luas berhadapan dengan padang pasir
Raja Mannes satukan dua kerajaan - Kerajaan Hilir
Lembah Nil & Kerajaan Hulu Sungai. (3100 SM)
Membuka Kota Memphis sebagai pusat pemerintahan.
3 TAHAP PEMERINTAHAN
TAHAP II : KERAJAAN PERTENGAHAN
Bermula sekitar tahun 2100 SM - 1 650 SM.
Perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
Pemerintahan meluas hingga ke selatan Sg. Nil.
Ibu kota : Thebes
Pemerintah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan
jalan sungai.
Kerajaan mengadakan perdagangan dengan Nubia (terletak di
bahagian selatan Mesir)
Raja Mesir menghantar tentera sebagai perlindungan kepada para
pedagang dari ancaman penjahat.
Kekuatan raja telah membawa kepada kestabilan dan kemakmuran
ekonomi kerajaan.
3 TAHAP PEMERINTAHAN
TAHAP III : KERAJAAN BARU
Muncul selepas golongan bangsawan memerintah
Mesir.
Pemerintahnya digelar Firaun.
Membentuk pasukan tentera yang kuat bagi
mematahkan serangan luar.
Firaun terkenal : Ramses
Ramses telah membina banyak monumen terkenal
yang berupa berhala.
Zaman kejatuhan kerajaan baru bermula ketika Ramses II
memerintah (1279 SM - 1213 SM)
TAMADUN
INDUS
Terletak di lembah Sungai Indus (bahagian Barat Laut dan
Utara India)
Dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan,
Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan
Gujerat di bahagian tenggara.
Bermula pada tahun 2500 SM
Terdapat penduduk yang hidup nomad - membentuk petempatan
kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus.
Mempunyai dua musim ekstrim (musim hujan dan musim kering)
Kedua-dua musim membawa kepada kemusnahan tanaman
(hujan-banjir, kering-kemarau)
Memulakan penanaman gandum, barli dan kapas
Industri kapas pakaian dan permaidani
Dua bandar terancang dibina :
Mohenjo-Daro, Harappa
Kemajuan dalam sistem paip dan
pembentungan yang canggih
Kemusnahan bandar disebabkan
gempa bumi dan banjir
Serangan orang Aryan telah
mempercepat keruntuhanTamadun
Indus.
TAMADUN
HUANG HE
KEDUDUKAN
Dibina antara Sungai Huang He (utara China) dengan
Sungai Yangtze (bahagian tengah negara China)
Juga dikenali sebagai Sungai Kuning kerana berlumpur
kekuningan dan subur
Kedudukan geografi tamadun Huang He terpencil
berbanding tamadun yang lain.
PEMBINAAN TAMADUN
Bermula pada tahun 4000 SM
Membina petempatan di sepanjang Sungai Huang He
Menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, berburu, memungut hasil hutan.
Penghasilan sumber makanan hanya untuk keperluan sendiri dan tidak
melakukan aktiviti perdagangan dengan masyarakat luar
Penduduk menghadapi banjir (limpahan air Sg. Huang He telah menenggelamkan
kawasan perkampungan)
KERAJAAN AWAL
Kerajaan Xia : 2205 SM - 1766 SM
Kerajaan Shang : 1766 SM - 1050 SM
Kerajaan Zhou : 1050 SM - 256 SM
Perkembangan petempatan kerajaan awal telah membentuk
beberapa buah bandar.
Bandar awal yang terbentuk - Anyang (pusat
pemerintahan)
Aktiviti utama tamadun selain pertanian ; membuat
tembikar, membina kapal, menghasilkan sutera, sulaman dan
ukiran
Kemajuan aktiviti pertanian membawa kepada penghasilan
peralatan pertanian berasaskan kayu dan logam.
GGAAMMEE
OONN
latihan
IMBAS QR KOD UNTUK BERMAIN DAN MENJAWAB
SOALAN
PERMAINAN CEPAT CARI
ARAHAN :
Cari 18 perkataan yang
terdapat dalam rajah
permainan kata dalam
tempoh 5 minit.
LATIHAN TAMADUN AWAL DUNIA
ARAHAN :
Imbas QR Kod dan jawab
semua soalan.
SELAMAT
MAJU JAYA