The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI
KERJA KURSUS BMMB 1074

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulizzahkamsidi7, 2021-11-17 05:10:59

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI
KERJA KURSUS BMMB 1074

Keywords: PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,NURUL IZZAH KAMSIDI

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER PPISMP 1 TAHUN 2021

NAMA PELAJAR: NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI

ANGKA GILIRAN: 2021142310046

NOMBOR KAD PENGENALAN: 031205050362

KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 2

KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1074
NAMA PENSYARAH: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BONG KOI SIN

TARIKH HANTAR: 15 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-

Maklum Balas Daripada

Pensyarah Individu

Kumpulan

Kuliah Tanda Tangan Tarikh

Markah Selepas Moderasi
Markah dalam 100 %

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
NO. MARKAH
TUGASAN Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3

1

2

3

4

JUMLAH

1.0 Pengenalan

Kemunculan bahasa Melayu, iaitu berdasarkan penemuan bukti sejarah
seperti prasasti dapat mengesan bentuk bahasa Melayu dari aspek fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata dan sebagainya tetapi setiap penemuan
tersebut mempunyai keadaan yang terbatas (Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari
Moain, 2006).

2.0 Sejarah perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu

Berdasarkan Hashim Musa (seperti yang dinyatakan dalam Jurnal Dewan
Bahasa Mac 1992:205) bahawa tulisan adalah lambing yang bercorakkan coretan
atau loretan bagi bahasa. Bahasa secara amnya ialah bunyi ujaran yang dikeluarkan
oleh organ pertuturan manusia iaitu menerusi arbitari melambangkan ertinya dan
diaplikasikan oleh sebuah komuniti bahasa untuk berhubung.

2.1 Sistem tulisan Palava

Tulisan Palava digunakan dalam bahasa Melayu Kuno yang muncul di Asia
Tenggara seperti di Sumatera Selatan, Champa, Ligor dan di Pulau Jawa. Banyak
penemuan dan bukti yang telah dijumpai daripada kemunculan tulisan Palava iaitu
tulisan bahasa Melayu Kuno. Antara contoh penemuan prasasti yang mempunyai
tulisan Palava ialah Prasasti Kota Kapor di Pulau Bangka, di Sumatera Selatan yang
bertarikh pada abad ke 7 Masihi dan di beberapa tempat yang ain seperti Talang
Tuwo, Karang Berahi, Kedukan Bukit, Sungai Marangin, Palas Pasemah dan di
mana-mana Kawasan yang terdapat di Sumatera (Amat Juhari Moain, 1996).

Tommy Lucas80 (2021), menjelaskan bahawa tulisan Palava terbahagi kepada dua iaitu:

i. Palava Awal yang ditulis bersaiz besar
ii. Palava kemudian yang ditulis sama tinggi, ditulis di antara dua garis lurus dan tidak

menekankan ekor yang terjulur ke bawah garisan.

Asmah Omar (2015), terdapat bukti-bukti penemuan tulisan Palava yang ditemukan pada
batu bersurat iaitu:

i. Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang ditemukan pada 684 Masihi.
Tulisan Palava yang berasal dari India Selatan ditemui yang mengisahkan tentang
keinginan raja dan 20,000 tentera mendapatkan kuasa sakti untuk kesejahteraan
Srivijaya.

ii. Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang yang ditemukan pada tahun 684 Masihi.
Tulisan Palava yang berasal dari India Selatan iaitu mengisahkan tentang Hasrat
Raja Jayanasa yang membina sebuah taman untuk kebahagiaan makhluk.

iii. Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka yang ditemukan pada 686 Masihi. Tulisan
Palava yang ditemukan mengandungi 10 baris ayat yang tertulis berkenaan seruan
dewa dan makhluk tinggi bagi melindungi kerajaan Srivijaya.

iv. Batu Bersurat Karang Berahi, Meringiin Jambi yang ditemukan pada 686 Masihi.
Mengandungi aksara Palava yang mempunyai kesamaan petikan dengan Batu
Bersurat Kota Kapur.

2.2 Sistem tulisan Kawi

Berdasarkan Carian di Wikipedia, Sistem tulisan Kawi merupakan sistem
tulisan yang terawal di Nusantara. Tulisan ini juga, merupakan penggerak pemula
bagi aksara-aksara yang lain seperti tulisan Jawa (Hanacaraka), aksara Bali, Tulisan
Rencong dan aksara Sunda.

Ciri-ciri aksara Kawi ialah:

i. Huruf Kawi ini, mewakili atau memaperkan sebutan bunyi vokal suku kata yang boleh
diubah berdasarkan pengaplikasian tanda baca tertentu.

ii. Tulisan yang ditulis di antara kata-kata lengkap tanpa menulisnya secara jarak.

iii. Kira-kira aksara ini mempunyai 47 huruf.

2.3 Sistem Tulisan Jawi

2.3.1 Asal-usul tulisan Jawi

Sebelum kedatangan Islam di tanah Melayu iaitu menerusi perdagangan
hubungan antara bangsa Arab dan Melayu sudah bermula. Agama islam merupakan
pegangan orang Melayu yang menyebabkan hubungan antara orang Arab dan orang
Melayu semakin erat. Bangsa Arab yang bermukim di tanah Melayu hadir untuk
berdagang dan ada juga yang datang untuk berdakwah (Hamdan Adbul Rahman,
2018).

Menurut Mohd Alwee Yusoff (1998), kehadiran agama dalam kehidupan
komuniti adalah menerusi bahasa dan sastera dengan mengaplikasikan tulisan Jawi.
Pegenalan penggunaan abjad tulisan Arab menjadi tulisan Melayu yang
diperkenalkan oleh Islam telah dikenali sebagai tuisan Jawi.

2.3.2 Perkembangan tulisan Jawi

Perkembangan Tulisan Jawi bermula sejak 1400 tahun yang lalu apabila
pedagang dan pendakwah ke tanah Melayu. Huruf-huruf Hijaiyah al-Quran dan
pertambahan huruf baharu seperti ga, cha dan nya telah diadaptasikan kerana telah
sebati dengan orang Melayu untuk menyesuaikan sebutan lidah orang Melayu
(Rasyidah Ibrahim et al., 2019).

Menurut teori Kang Kyoung Seok (seperti yang dinyatakan dalam Faisal @
Ahmad Faisal Abdul Hamid & Faizuri Abdul Latif), system ejaan Arab digunakan
sepenuhnya pada tahap pertama. Terdapat tiga peringkat perubahan tulisan Jawi
iaitu:

i. Perubahan pertama
Tasydid masih diaplikasikan dalam tulisan Jawi tetapai tanda-tanda baris
dihilangkan.

ii. Perubahan kedua
-Sesekali tanda-tanda baris atau tasydid masih digunakan walaupun telah
dihapuskan.
-Vokal pada suku kata kedua iaitu elemen-elemen Melayu telah muncul. Terdapat
abjad-abjad yang ada pada vokal suku kata kedua seperti alif, wau dan ya.

iii. Perubahan ketiga

Terdapat kehadiran lambang-lambang vokal pada suku kata terakhir. Selain
itu,terdapat perkataan-perkataan tertentu telah berkembang dengan pantas sehingga
pada tahap terakhir. Hal ini disebabkan, wujudnya hukum-hukum atau kaedah yang

dilaksanakan oleh sarjana-sarjana yang ternama menyebabkan perkataan tersebut
terikat.

Jadual 1: Contoh Perkembangan Perkataan Tulisan Jawi

Sumber: Kang Kyeong Seok (1986), Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu

2.4 Sistem Ejaan Za’ba

2.4.1 Karya peninggalan Za’ba

Menurut Makmur Haji Harun & Muhammad Bukhari Lubis (2014),Pendeta Za’ba atau
nama aslinya ialah Zainal Abidin bin Ahmad merupakan penulis Melayu yang terawal
menyumbangkan pelbagai karya tulisan, iaitu: Pelita bahasa Melayu penggal I (1940)

i. Pelita bahasa Melayu penggal II
ii. Pelita bahasa Melayu penggal III
iii. Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi
iv. Rahsia tulisan Jawi (1931)

Menurut Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif (2014),
penggunaan kaedah Jawi Za’ba, terdapat dua bahagian sistem ejaan iaitu:

i. Ejaan pada perkataan asal
ii. Ejaan pada perkataan bertambah

Ejaan pada perkataan asal

Terdapat lapan bahagian yang dapat dipecahkan iaitu:

i. Ejaan dua bunyi sejenis
ii. Ejaan dua bunyi berlainan
iii. Ejaan bunyi di atas berpadu
iv. Ejaan bunyi berkait,
v. Alif, wau ya saksi bertemu dengan alif
vi. Wau dan ya yang bukan saksi
vii. Ejaan tua
viii. Perkataan yang dipinjaman daripada perkataan Arab dan memakai jenis tanda

Ejaan pada perkataan bertambah

Terdapat tiga bahagian yang dipecahkan iaitu:

i. Penambah di pangkal
ii. Penambah di hujung
iii. Penambah di pangkal dan di hujung

Diftong pada ejaan Za’ba
Diftong ditakrifkan gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata

akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Menurut Kamus Dewan, Istilah
diftong dinyatakan bahawa memberi maksud yang sama dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi
Bahasa Melayu iaitu kedudukan diftang boleh berada pada awal kata, tengah kata dan akhir
kata. Berbeza pula dengan diftong pada sistem Ejaan Rumi atau Ejaan Jawi menerusi
penyusunan Za’ba yang tidak membezakan ejaannya dalam sistem Ejaan Jawi (Abdul Jalil
Haji Anuar, 2006).
Berdasarkan rajah di bawah yang menyentuh bunyi diftong ai dan au pada bahagian hujung,
iaitu:

Rajah 2: Senarai susunan sistem Ejaan Jawi oleh Pendeta Za’ba.

Sumber: Berita Harian (2006), Pedoman Ejaan Jawi.
Penjelasan ejaan Jawi Za’ba berdasarkan Rajah 2:

i. Diftong yang berakhir dengan ai dan huruf i akan diletakkan huruf ya.
ii. Diftong yang berakhir dengan au dan huruf u akan diletakkan huruf wau.

2.5 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Menurut Mohd Daim Daipi (1991), meyatakan selesai pembentangan dua kertas
kerja yang dibentangkan oleh Angkatan Sasterwan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya Sistem Ejaan Kongres (1957) telah dicapai di Kongres Persuratan
dan Bahasa Melayu Malaya III di Singapura bertarikh 16 hingga 21 September pada tahun
1956.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu II di Seremban memutuskan untuk
menerima ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi bahasa Melayu pada 1 dan 2 Januari 1954
selepas kajian yang panjang iaitu sejak keputusan Kongres I pada tahun 1952 dahulu.
Keputusan daripada perbincangan kertas cadangan ASAS 50 dan PBMUM telah berjaya
mempersetujui system Ejaan Kongres. Sistem baru yang dipersetujui ini merupakan
sepenuhnya kata putus yang diterima oleh Kongres 1956.

Keputusan yang telah diterima, adalah:

i. Rangkap konsonan

ch digambarkan dengan c
ng digambarkan dengan n

ii. Penerapan tiga huruf diftong iaitu aw, ay dan oy untuk menggantikan diftong au,
ai dan oi.

2.6 Pedoman ejaan rumi bahasa Melayu
Heterogen aspek telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia ketika menetap dan mengesahkan ejaan kata-kata
pinjaman umum merujuk daripada Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia iaitu secara
rasminya telah diisytiharkan secara serentak pada bulan Ogos 1972 dengan perasmian
yang dilaksanakan di Indonesia (Ahmad Awang, 1981).

Terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam pedoman umum ejaan rumi bahasa
Melayu. Antaranya ialah pennggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, tanda baca
dan penulisan unsur serapan.

1. Penggunaan abjad
i. Terdapat 26 huruf yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu
ii. Terdiri daripada huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u.
iii. Huruf e terbahagi kepada dua versi iaitu e pepet dan e taling.
iv. Penggunaan huruf diftong yang dilambangkan sebagai gabungan dua huruf
vokal seperti ai, au dan oi yang disebut menjadi bunyi geluncuran.
v. Terdapat 21 huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu iaitu b, c, d, f, g, h,
j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y dan z.
vi. Gabungan huruf konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu terdiri
daripada lima gabungan huruf konsonan seperti gh, kh, ng, ny dan sy.

2. Penulisan huruf
i. Huruf besar yang digunakan pada awal ayat.

Contohnya:

Apa maksudmu?
Dia mengantuk.

ii. Huruf besar menjadi huruf pertama petikan langsung.

Contohnya:

Adik bertanya, “Bilakah kita pulang?”
Kata ibu, “Dia akan berangkat.”

iii. Huruf besar menjadi huruf pertama kata atau pembentukan kata-kata
bercorakkan ungkapan menerusi kepada Allah, nama kitab yang diwahyukan-
Nya dan nama sesuatu pegangan.

Contohnya:

Allah
Al-Quran

iv. Gelaran kehormatan, keturunan da keagamaan yang diikuti nama orang akan
menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama.

Contohnya:

Nabi Ibrahim
Haji Muhammad Ali

v. Penggunaan huruf besar pada nama jawatan dan pangkat yang tidak diikuti
nama orang.

vi. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama pada nama orang.
vii. Penggunaan huruf besar pada huruf pertama nama bangsa, suku bangsa

dan bahasa.
viii. Penggunaan huruf besar pada tahun, bulan, hari, hari raya dan peristiwa

sejarah.
ix. Penggunaan huruf besar sebagai kata nama khas yang berkaitan geografi.
x. Penggunaan huruf besar pada sesuatu badan, Lembaga pemerintah,

ketatanegaraan dan nama dokumen rasmi kecuali unsur seperti dan.
xi. Penggunaan huruf besar pada nam buku, majalah, surat khabar dan tajuk

karangan kecuali partikel seperti di, ke, dari dan lain-lain.

3. Penulisan kata

i. Kata dasar
Kata dasar ditulis secara terpisah

Contohnya:

Buku itu tebal sekali.
Kedai kain penuh sesak.

ii. Kata turunan
Terdapat imbuhan awalan, akhiran dan sisipan ditulis secara serangkai dengan
kata dasarnya.

Contohnya:

Melihat
gerigi

3.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan pascamerdeka.

3.1 Konsep Bahasa Melayu Moden

Kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris menyebabkan tercetusnya
Bahasa Melayu Moden pada abad ke-19.

Karya karangan Munsyi Abdullah dikatakan debagai permulaan zaman bahasa
Melayu Moden.

3.2 Sumbangan tokoh-tokoh asing

Sir Richard Olaf Winstedt

a. Beliau memegang jawatan sebagai pengkaji dan pentadbir colonial
b. Nazir di sekolah-sekolah Perak pada tahun 1902.
c. Beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Pendidikan, neheri-negeri selat dan

negeri-negeri bersekutu.
d. Beliau melaksanakan penyelidikan dengan mendalami budaya dan bahasa.
e. Sumbangan beliau dalam penulisan dalam bidang bahasa, iaitu:

-A Practical Modern Malay-English Dictionary pada tahun 1952.
-An Unabridge English-Malay Dictionary pada tahun 1958
-Dictionary of Colloquial Malay pada tahun 1959
-Colloquial Malay: A Simple Grammar with Conversations pada tahun 1920
-Malay Grammar pada tahun 1927

Richard James Wilkinson

a. Memegang jawatan sebagai pentadbiran colonial pada tahun 1889
b. Sumbangan beliau dalam penulisan buku dalam bidang bahasa, iaitu:

-A Malay-English Dictionary 91901)- Kamus Dwibahasa yang terawal pada abad
Ke-20.
-Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903)
-Ejaan Wilkinson (1895) – sistem ejaan yang digunakan di semua sekolah umum.

Oman Theodore Dussek

a. Beliau pernah memegang jawatan sebagai guru di Sekolah Tinggi Melaka pada
tahun 1912.

b. Memegang jawatan sebagai pengetua di Maktab Latihan Guru Melayu Melaka pada
tahun 1914.

c. Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pengarah Pelajaran.
d. Memegang jawatan sebagai Pengetua di Sultan Idris Trainning College (SITC) pada

tahun 1922.
e. Sumbangan penulisan buku dalam bidag bangsa, iaitu:

-Kitab Pelita Mengarang Bersama dengan Muhammad Hashim bin Haji Taib pada
tahun 1923.
-Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 serta Kitab Hisab I-IV pada tahun 1926
-Kitab Ilmu Geometri pada tahun 1930
-Melawat ke Eropah Tengah pada tahun 1935.
Practical Modern Malay: An Introduction to the Colloquial Language Malay Readers
pada tahun 1949.

William Marsden
a. Beliau mendalami bahasa Melayu semasa berkhidmat di Sumatera Barat.
b. Menjadi orang pertama yang menemukan dan menyenaraikan kosa kata bahasa-
bahasa dari Madagascar le Marquess.
c. Menjadi orang pertama yang memperkenalkan pola keselarasan vokal bagi
perkataan bahasa Melayu.
d. Sumbangan penulisan buku dalam bidang bahasa:

-A Dictionary of the Malayan Language pada tahun 1812.
-A Grammar of the Malayan Language pada tahun 1824.

3.3 Sumbangan tokoh-tokoh tempatan

Abdullah Munsyi
a. Sebagai tenaga pengajar Pendidikan islam kepada askar-askar Melayu
b. Beliau merupakan penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles.
c. Diangkat sebagai Bapa Sastera Moden.
d. Sumbangan penulisann buku dalam bidang bahasa, iaitu:

-Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pada tahun 1838.
-Ceretera Kapal Asap pada tahun 1834.
-Syair Singapura Terbakar pada tahun 1847.
-Hikayat Abdullah pada tahun 1849.

Raja Ali Haji

a. Beliau merupakan ulama, ahli sejarah, pujangga Melayu-Bugis dan tokoh bahasa.
b. Sumbangan penulisan buku dalam bidang bahasa:

-Salasilah Melayu dan Rugis pada tahun 1890.
-Tuhfat al-Nafis pada tahun 1865.
-Bustanul-Katibin pada tahun 1850.
-Gurindam dua belas.
-Syair Suluh Pegawai.
-Syair Sultan Abdul Muluk.

Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman.

a. Beliau merupakan juruwang, Pejabat Perbendaharaan, Istana Besar Johor pada
tahun 1898.

b. Beliau dilantik sebagai setiausaha sulit oleh DYMM Sultan Ibrahim pada tahun 1910
sehingga 1952.

c. Beliau menubuhkan Pakatan Belajar-Mengajar Penetahuan Bahasa di Johor Bahru
pada tahun 1888.

d. Sumbangan penulisan buku dalam bidang bahasa, iaitu:

-Buku Katan (1936)- kamus yang ditulis tulisan jawi.
-Jalan Bahasa Melayu (1937)- buku tatabahasa
-Perkataan-perkataan Berangkap (1939)
-Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (1939)
-Tanda-tanda bagi Perhentian (1940)
-Buku Ketetapan Ejaan Melayu(1941)

Zainal bin Ahmad atau Za’ba

a. Pernah menjadi guru bahasa Melayu di English College, Johor Baharu pada 1916.
b. Menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1918.
c. Menjadi guru di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924.
d. Pernah menjadi pensyarah kanan di Universiti Malaya, Singapura.
e. Sumbangan penulisan buku dalam bidang bahasa, iaitu:

-Chanal Bachaan (1924).
-Ilmu Bahasa Melayu Penggal I dan II (1926)
-Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929.
-Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1934.
-Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1940)
-Pelita Bahasa Melayu Penggal II (1946).
-Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1949)
-Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi pada tahun 1949.

3.4 Peranan Pejabat Karang Mengarang
Pengasasnya ialah O. T. Dussek.
Tujuan penubuhan Pejabat Karang Mengarang ialah:

a. Menerbitkan buku-buku untuk sekolah Melayu
b. Menerbitkan bahan-bahan bacaan untuk komuniti Melayu amnya.
c. Menerbitkan jurnal bergambar.
d. Mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung.

3.5 Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa.
a. Tahun ditubuhkan iala pada 1888
b. Pengasas: Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad
Ibrahim Munsyi.
c. Perancangan-perancangan Pakatan Belajar-Mengajar, ialah:

-Tulisan Jawi dipilih sebagai tulisan rasmi bahasa Meayu.
-Ejaan Jawi diseragamkan dan distandardkan.
-Menyusun buku Jalan Bahasa Melayu, tatabahasa bahasa Melayu, Buku Katan,
buku Peribahasa dan imbuhan dalam bahasa Melayu.

d. Fungsi Pakatan Belajar-Mengajar ialah;

-Dijadikan perhimpunan belajar-mengajar
-Siasat-menyiasat tentang pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu.

3.6 Peranan ASAS 50

Pengasasan ASAS 50 ditubuhkan di Singapura pada tarikh 6 Ogos, 1950,
dalam melestarikan tradisi komuniti yang berliku dan persatuan yang muncul serta
hilang dalam pelbagai tempat di Semenanjung sejak 1880 untuk mempromosi dan
mengutuhkan matlamat bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri (Hendrik M.J.
Maier, 1996).

Konsep perjuangan ‘Seni untuk masyarakat’ atau ‘Seni untuk rakyat’ diterapkan
dalam ASAS 50. Berdasarkan penerapan konsep ini, terdapat matlamat penubuhan
ASAS 50, iaitu:

a. Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan serta kebudayaan
Melayu.

b. Hak-hak ahli dan pengarang dilindungi.
c. Mengimplimentasikan pembaharuan dalam sastera tanpa menghapuskan yang

lama.
3.7 Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan.

3.7.1 Laporan Fenn-Wu (1951)

Menurut Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011), Laporan Fenn-Wu (1951) Laporan
Fenn-Wu, 1951 terhasil kerana wujudnya desakan daripada masyarakat Cina yang
merasakan kedudukan mereka tergugat.

a. Tujuan penghasilan Laporan Fenn-Wu ialah untuk mempertahankan kedudukan
Pendidikan komuniti Cina.

3.7.2 Laporan Razak (1956)

a. Laporan ini dikuatkuasakan dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman
Talib 1960 yang membentuk pemantapan system Pendidikan kebangsaan di
Malaysia.

b. Laporan Razak, 1956 menjadi penggerak dalam mencorak dan memupuk perpaduan
negara.

3.8 Pengenalan bahasa Melayu moden

3.8.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Terdapat lima matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu:

a. Memajukan dan memperbanyakkan bahasa Melayu atau Bahasa kebangsaan.
b. Membangunkan bakat dalam aspek kesusasteraan dan difokuskan pada elemen

bahasa kebangsaan.
c. Melaksanakan pencetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk-

bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa Melayu serta pelbagai bahasa.
d. Ejaan dan bunyi diseragamkan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa

Melayu.
e. Kamus bahasa kebangsaan disusun dan diterbitkan.

4.0 Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu

Cabaran Bahasa Melayu bermula pada abad ke-16 apabila penjajah mula bertapak
di tanah Melayu. Dasar penjajah yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa utama
mengakibatkan Melayu kehilangan identiti. (seperti dinyatakan dalam Ibrahim Majdi
Mohamad Kamil & Maliati Mohamad, 2020). Terdapat enam aspek cabaran Bahasa Melayu,
iaitu:

4.1 Pendidikan

Taraf Bahasa Melayu masih disamakan dengan Bahasa Inggeris dalam sistem
sekolah menengah dan peringkat universiti. Hal ini demikian kerana pernyataan dari Fasal
152 Perlembagaan 1957 menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Inggeris akan ditentukan
oleh parlimen selama sepuluh tahun selepas kemerdekaan yang mengukuhkan lagi
kedudukan Bahasa Inggeris.

Cabaran seterusnya, ialah bilangan guru dan buku-buku teks yang sedikit
melambatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa penghantar di sekolah.

Penubuhan sekolah Melayu dilengahkan oleh pihak kerajaan menyebabkan guru-
guru Melayu risau jika kerajaan akan menuruti tuntutan yang diberikan oleh kaum Cina dan
India. (Sharifah Darmia Sharif Adam, 2013).

Penerimaan reaksi buruk Dasar Pelajaran Razak daripada kaum bukan melayu.
Pada tahun 1960, kaum bukan melayu mengatakan dasar tersebut menguntungkan kaum
Melayu dan merugikan kaum lain. (Sharifah Darmia Sharif Adam, 2013).

4.2 Pentadbiran Kerajaan

Cabaran Bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan ialah apabila sesetengah
orang yang tidak yakin dengan kebolehan diri dalam menggantikan Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Melayu. Contohnya, dalam persidangan mahkamah seorang hakim yang tidak mahir
dalam Bahasa Melayu sudah tentu tidak berkeyakinan dalam mengaplikasikannya (Syed
Hussein Alatas, 1991).

Cabaran seterusnya ialah, para pemimpin dan kerajaan tidak tegas dalam
memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu iaitu pegeawai-pegawai pentadbiran yang
masih menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat kerana ketiadaan
kerana Melayu (Sharifah Darmia Sharif Adam, 2013)

4.3 Kerancuan Bahasa di media sosial

Media sosial yang kerap digunakan seperti ‘Whatsapp’, ‘Instagram’, ‘Twitter’ dan lain-
lain. Penggunaan bahasa rancu iaitu bahasa Melayu yang salah dari segi aspek ejaan,
pemilihan kata dan struktur ayat seperti bahasa singkatan. (Zainal Abiddin Masleh, 2020).
Contohnya, perkataan aku menjadi “aq” dan sebagainya. Hal ini menunjukkan cabaran
bahasa melayu yang dihadapi pada era digital amat merisaukan kerana telah mencemarkan
bahasa melayu.

Menerusi Utusan Malaysia (2021), Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa
dan Pustaka, Datuk Dr. Awang Sariyan meluahkan kerisauan tentang corak bahasa yang
digunakan oleh masyarakat. Penggunaan bahasa rancu di media sosial atau tidak teratur
dapat dikesan dalam dua aspek, iaitu:

a. Bahasa yang tidak berteraskan aturan bahasa yang baik dalam penggunaan
tatabahasa, ejaan dan pilihan kata.

b. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai iaitu berkaitan kesantunan bahasa.

4.4 Pencampuran kod

Menurut Nik Safiah Karim (1990), pencemaran berlaku pada peringkat formal kepada
bahasa Melayu apabila pencampuran kod digunakan. Berdasarkan pendapat Abdullah
Hassan (2007), pencampuran kod merupakan bahasa yang telah dicampur aduk oleh
penutur bahasa Melayu. Sebagai contoh, campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

4.5 Slanga

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga ditakrifkan sebagai kata-kata yang
tidak termasuk dalam bahasa baku.

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran,
kehadiran media sosial memberi pengaruh yang agak besar dalam aspek berbahasa. Beliau
memberikan saranan bahawa penggunaan bahasa baku di dalam media sosial tidak
memberi kesan yang buruk bahkan dapat menarik minat individu lain dalam pengaplikasian
yang baik. Beliau juga menyatakan, penggunaan bahasa slanga agak tidak sihat dari segi
bahasa tetapi tidak mengapa jika menggunakan slanga dalam harian kerana dalam lisan
harian semestinya akan menggunakan dialek. (Utusan Malaysia, 2021)

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat terulung dan sebagai
komuniti Malaysia kita perlulah menghargai bahasa Kebangsaan iaitu seiring dengan cogan
kata “Bahasa Jiwa Bangsa”. Perkembangan bahasa Melayu yang telah diraih melengkapkan
lagi system bahasa Melayu ke peringkat yang lebih efisien dan hal ini akan membantu
meningkatkan kemajuan bahasa Melayu di pentas yang global sama ada dalam aspek
ekonomi, pendidikan dan isu sosial. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menjaga dan
memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa memaparkan identiti seseorang individu.

Senarai Rujukan
Abdul Jalil Anuar. (2006, July 19). Diftong: Perbezaan Ejaan Jawi Kini dan Ejaan Jawi Za‘ba.

Berita Harian. http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4jul6.pdf
Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu (1st ed.).

Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.
Ahmad Awang. (1981). Peraturan mengeja kata-kata Pinjaman Umum Dalam Ejaan Rumi

Baru Bahasa Malaysia. Pendidik Dan Pendidikan, 3(1).
Ahmad Fadhullah Adnan. (2021, May 20). Bahasa Slanga Cemar Imej Bahasa Melayu.

Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-slanga-
cemar-imej-bahasa-melayu/
Aksara Kawi. (n.d.). Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Retrieved November 13, 2021, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Aksara_Kawi
Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Omar. (2015). Kampar dalam Geolinguistik dan Geobudaya Melayu. Jurnal Bahasa,
15(2), 201–218. http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4264/1396
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, & Faizuri Abdul Latif. (2014). Sejarah Perkembangan
Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal Al-Tamaddun, 9(2),
1–15.
Hamdan Abdul Rahman. (2018). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi (2 ed.). Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hendrik M.J. Maier. (1996). A Chew of Sugarcane Ahmad Kotot’sHikagatpercintaan kasih
kemudaan". Journal of Southeast Asian Studies, 34(3).
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, & Maliati Mohamad. (2020). CACabaran Pemerkasaan
Bahasa Melayu dalam Usaha Mencapai Negara Bangsa di Malaysia. Asian People
Journal, 3(2), 181–191. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.152
Kamus Dewan (ed. Ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=slanga&d=175768&

Lucas, T. [TOMMY LUCAS80]. (2021, August 4). Bahasa Melayu Kuno - Bahasa Melayu
STPM Semester 1 [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=UX4EK7RfVsw

Makmur Haji Harun dan Muhammad Bukhari Lubis. (2014). Pengajaran Tulisan Jawi
Kaedah Za’ba dan Matlob (r.h): Satu Kajian Perbandingan. Kertas Kerja
dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Pendidikan UPI-UPSI Anjuran UPI
Bandung – Indonesia dan UPSI Perak – Malaysia, 25 Jun 2014.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran,
dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA, 4(1), 33–48.

Mohd Alwee Yusoff. (1998). Pengaruh Islam terhadap teks Melayu dan undang-undang

Melayu. Jurnal Syariah 6(1): 97-108.
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. Sekata,

9(1), 28–48. https://repository.nie.edu.sg/

Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi Abdul Kadir, & Huda Afiqah Hashim.
(2019). PemerkasaanTulisan Jawi Dahulu dan Kini. International Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences, 2(1), 29–37.
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/44/44

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan
dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957–1966. Procedia –
Social and Behavioral Sciences, 134, 305–315. https://www.sciencedirect.com/

Syed Hussein Alatas. (1981). ``Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” dalam Di
sekitar persoalan bahasa Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.




Click to View FlipBook Version