The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xiiaoblur97, 2021-01-18 12:07:39

E-Majalah Kumpulan 6

Majalah Tugasan 3

E
D
I INSTITUSI
S
I

2 MALAYSIA 2021

KETAHUI

RAHSIA

TARIKAN

UNIVERSITI DI RIMBA HIJAU

Gaya hidup sihat Fasiliti di UUM bantu
pelajar UUM mudahkan OKU
untuk belajar
Aktiviti-aktiviti sukan
untuk para pelajar Aneka hidangan lazat
kekalkan gaya hidup
sihat. Makanan menjadi tumpuan
mahasiwa universiti

Tinta Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur

ke hadrat Illahi dengan izin-Nya, e-majalah

Universiti Utara Malaysia dapat diterbitkan

sekali lagi. Terlebih dahulu saya ingin Ketua Editor :
Yasmin Nadhirah
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

rakan-rakan yang telah memberikan

kepercayaan kepada saya untuk memegang Harapan saya agar pembaca e-
majalah Institusi Malaysia
jawatan sebagai Ketua Editor. Ucapan terima berpuas hati dengan hasil yang
telah diterbitkan ini dan dapat
kasih ini juga turut ditujukan kepada rakan- menjadikan e-majalah ini sebagai
rujukan semasa berada di alam
rakan sidang redaksi yang telah memberi universiti.

bantuan dan kerjasama yang baik dalam

penghasilan e-majalah Institusi Malaysia ini.

Berkat kerjasama dan kegigihan semua individu

yang terlibat, akhirnya e-majalah Institusi

Malaysia telah dapat diterbitkan. Akhir kata, saya mewakili pihak

sidang redaksi yang lain ingin

Sebagai ahli sidang redaksi, peluang sebegini merakamkan setinggi-tinggi
membantu saya untuk mempelajari pelbagai
perkara terutamanya hal-hal berkaitan penghargaan kepada pihak yang

penerbitan e-majalah. Saya dan ahli sidang terlibat secara langsung atau
redaksi yang lain juga dapat mengembangkan
lagi ilmu pengetahuan berkaitan suntingan dan tidak langsung dalam usaha
rekaan grafik dalam sesebuah majalah.
Pengalaman yang diperoleh ini amat bermakna menerbitkan e-majalah ini. Tidak
kepada kami sebagai inspirasi untuk kegunaan
masa hadapan. dilupakan, penghargaan ini turut

ditujukan kepada rakan pelajar

khususnya jawatankuasa sidang

redaksi yang banyak

memberikan idea kreatif bagi

menghasilkan e-majalah yang

Pada kali ini, penerbitan e-majalah universiti berkualiti. Saya juga ingin
dilihat lebih menarik kerana mempamerkan
tarikan-tarikan yang ada di dalam Universiti memohon maaf atas segala
Utara Malaysia. Segala kenikmatan pelajar
menggunakan kemudahan telah dilakarkan kekhilafan yang berlaku
dalam e-majalah Institusi Malaysia.
sepanjang penerbitan e-majalah

ini dijalankan. Sekian, terima

kasih.

KANDUNGAN

FASILITI UUM

Kemudahan dan fasiliti ekslusif yang
disediakan kepada pelajar di Universiti
Utara Malaysia menjadikan ia sebagai

0 4tarikan utama sebagai sebuah institusi
pendidikan di Malaysia.

HIDANGAN MAHASISWA

Hidangan lazat dan enak menjadi tumpuan para
pelajar dalam rutin harian mereka.

BERITA KAMPUS

1 3Keadaan semasa di dalam kampus

memberi impak positif kepada imej
Universiti Utara Malaysia.

1 6 KATA-KATA PUITIS
Keindahan universiti dapat dilakarkan
1 7melalui kata-kata puitis
19 IKLAN TERKINI

Promosi terkini yang ditawarkan daripada
universiti kepada pelajar mahupun orang
awam.

Kanak- | FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

kanak

sebagai INTERNATIONAL "UUMIS, sekolah
SCHOOL antarabangsa pertama
tumpuan di negeri Kedah yang

telah membawa

kurikulum

antarabangsa yang

sebenar sebagai

pendedahan awal

kanak-kanak”
AKTIVITI
Disediakan oleh Yasmin Nadhirah
UUMIS juga menyediakan aktiviti kokurikulum
Bukan sahaja fasiliti bagi pelajar universiti
disediakan, malah kanak-kanak turut diberi kepada para pelajar antaranya adalah kelas

berenang, menunggang kuda, dan golf. Selain itu,

perhatian. Universiti Utara Malaysia International kelab-kelab seperti matematik, sains, drama dan lain-
School atau lebih dikenali sebagai UUMIS yang lain diwujudkan bagi menarik minat pelajar.
ditubuhkan sejak 2015 merupakan sekolah
antarabangsa pertama yang bertapak di dalam TENAGA PENGAJAR

kampus universiti. Pengetua bagi sekolah ini ialah Tenaga pengajar UUMIS terdiri daripada guru

Mr Andre Claassens. antarabangsa yang mempunyai pengalaman dalam

International General Ceritificate Secondary

KEMUDAHAN Education (IGCSE). Pengajaran dan pembelajaran di
UUMIS berkonsepkan “fun learning” manakala
UUMIS menyediakan kemudahan yang kondusif bahasa pertuturan sepenuhnya dalam Bahasa

kepada para pelajar iaitu kelas yang berhawa Inggeris.

dingin, makmal komputer, makmal sains,

perpustakaan mini dan kapasiti kelas tidak

melebih 20 orang.

YURAN PENGAJIAN

UUMIS menawarkan yuran pengajian per semester
yang berpatutan. Selain itu, bagi pelajar
warganegara Malaysia, mereka yang layak akan
disediakan peperiksaan UPSR.

UUMIS menawarkan pendidikan
berteraskan sylabus antarabangsa
daripada Cambridge Education pada
peringkat sekolah rendah dan sekolah

menengah.

Universiti Utara Malaysia campus, Sisiran
Sintok 1, 06050 Changlun, Kedah

+604-924 1552 | https://uumis.edu.my/

4

Disediakan oleh Yasmin Nadhirah | FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Pusat beli-belah di
dalam universiti?

Varsity Mall merupakan inisiatif pihak universiti bagi

memberi kemudahan dari segi keperluan pelajar
memandangkan lokasi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang
terletak jauh dari pusat bandar. Pusat beli-belah yang
diwujudkan sejak 2017 ini mempunyai pelbagai kemudahan
antaranya kedai mesin fotostat, pejabat pos laju, kedai jualan
baju dan tudung, dan pelbagai lagi. Vmart iaitu kedai barangan
runcit menjadi tumpuan utama. Antara kelainan di UUM adalah ia
mempunyai pusat beli-belah tersendiri di dalam kawasan
kampus.

KAFE RICHIAMO COFFEE DOBI DAN FOODCOURT
Richiamo coffee merupakan kafe yang tidak Antara tempat yang sering kali menjadi tumpuan ramai
janggal bagi pelajar kerana minuman- lebih-lebih lagi pada hujung minggu adalah dobi
minumannya yang enak. Kafe yang mengikut manakala foodcourt pada hari biasa. Para pelajar yang
trend masa kini dengan suasana yang eksklusif sibuk dalam urusan harian mempunyai masa yang padat
dan selesa itu dijadikan tempat lepak para pelajar untuk menguruskan diri. Oleh hal yang demikian, dobi
selain tempat perbincangan aktiviti layan diri yang beroperasi 24 jam dan makanan yang
berkumpulan. Tambahan pula, makanan dijual di foodcourt menjadi pilihan pelajar kerana dapat
sampingan seperti kek dan roti turut dijual menjimatkan masa mereka.
bersesuaian dengan kehendak pelajar.

PUSAT HIBURAN KAROEKE DAN ARCADE
Pusat hiburan seperti Arcade dan tempat untuk
berkaroeke tidak terkecuali menjadi tumpuan
para pelajar. Selain untuk mendapatkan hiburan,
permainan-permainan yang disediakan ini juga
menarik minat pelajar kerana secara tidak
lansung mereka bermain dan dapat
menghilangkan stress yang dialami.

5

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH NURNAJIHAH

Syurga Ilmu Buat Si Ulat Buku

Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM (PSB UUM) adalah sebuah
perpustakaan akademik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Julai
1984 seiring dengan penubuhan universiti oleh pihak Kerajaan pada
tahun 1984. Pada awal penubuhannya, ia telah ditempatkan di
kampus sementara di Jitra, Kedah dan telah berpindah ke bangunan
sekarang pada selepas pembinaan kampus induk di Sintok siap
sepenuhnya pada Sempetmber 1990.
Informasi tambahan, perpustakaan telah dijenamakan kepada nama
Almarhumah Sultanah Kedah, KDYMM Tuanku Hajjah Bahiyah binti
Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan telah dirasmikan pada 21
September 1999 oleh Almarhum Sultan Kedah, KDYMM Al-Sultan
Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Lebih dari 1.2 juta bahan bacaan telah disediakan di dalam
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM dan proses sirkulasi bahan
turut mencapai lebih dari 100 000 pada setiap tahun. Bahan bacaan
berbentuk digital dalam pelbagai bidang turut disumbangkan
kepada PSB UUM.
Kepelbagaian koleksi bahan bacaan yang terdapat di PSB UUM
sesuai digunakan untuk para pelajar menambah ilmu serta mencari
bahan rujukan bagi menyiapkan kerja kursus atau penulisan ilmiah
mereka. Para pelajar tidak perlu risau akan bekalan bahan rujukan
yang tidak mencukupi atau tidak disediakan mengikut kursus yang
mereka ambil di UUM.
Terdapat sebuah cafe di hadapan pintu masuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang menjadi tumpuan para
pelajar dan pensyarah serta staf-staf perpustakaan untuk berehat seketika dari kesibukan bekerja dan mencari
ilmu di perpustakaan. Sebuah cafe yang dikenali sebagai Managers Coffee menyediakan pelbagai hidangan yang
enak seperti sandwich telur, spagetti bolognese dan aneka pilihan minum sejuk dan panas. Suasananya yang
tenang berjaya menarik para pelanggan untuk singgah dan menikmati hidangan yang lazat.

6

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH NURNAJIHAH

Shuttle Bas Memudahkan
Pergerakan Para Pelajar

UNIC GROUP OF COMPANIES (UGC) Jadual perjalanan bas pada hari biasa adalah setiap
ditubuhkan pada tahun 1996 merupakan salah setengah jam di mana setiap bas akan menunggu dan
sebuah syarikat yang paling progresif di Utara mula bergerak dari satu inasis ke inasis yang lain untuk
Malaysia. Terdapat 7 syarikat bersubsidi mengambil para pelajar dan dihantar ke hentian bas di
dibawah UGC yang mana salah sebuah syarikat dewan kuliah 3, dewan kuliah 6 atau dimana sahaja di
tersebut menguruskan pengangkutan bagi dalam kawasan kampus.
pelajar di UUM yang di kenali sebagai UNIC
Leisure Transtour Sdn Bhd. UGC merupakan Setiap hujung minggu, shuttle bas akan bergerak setiap
syarikat yang menjalankan bisnes berasaskan satu jam untuk mengambil dan menghantar para pelajar
pengangkutan yang mana tertumpu kepada ke destinasi pilihan seperti Varsity Mall, kampus luar,
sevis bas. Pusat Kesihatan, Pusat Sukan, Perpustakaan dan
sebagainya. Shuttle bas ini juga menyediakan
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan perkhidmatan membawa para pelajar keluar kampus
salah satu pengguna servis bas yang pada setiap hari Rabu untuk ke Pasar Malam di Changlun
disediakan oleh UNIC Leisure Transtour Sdn (PMC) dan C-Mart.
Bhd. Shuttle bas digunakan untuk
memudahkan pergerakan para pelajar untuk ke Kemudahan pengangkutan yang selesa ini sedikit
kelas atau ke mana sahaja didalam kawasan sebanyak telah membantu memudahkan pergerakan
kampus. Beberapa buah bas diagihkan para pelajar didalam mahupun luar kampus. Mereka
mengikut laluan yang ada di dalam UUM komited dalam memberikan servis yang terbaik buat para
bermula dari laluan A sehingga laluan D. pelajar termasuklah ketika sebarang program dijalankan
sehingga lewat malam. Mereka tetap setia menjalankan
tanggungjawab mereka untuk mengambil dan
menghantar para pelajar dengan selamat.

7

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Gaya hidup sihat pelajar UUM

SUKAN DAN REKREASI

Disediakan oleh Ong Jia Ying

UUM adalah universiti yang penuh dengan fasiliti sukan dan rekreasi bagi tujuan
menggalakkan pelajar mengadakan aktiviti sukan kerana ‘badan cergas otak cerdas’.
Pelbagai aktiviti sukan boleh dilakukan di Pusat Sukan seperti sukan renang, badminton,
futsal, bola tampar dan sebagainya. Selain itu, UUM juga menyediakan banyak jenis
aktiviti rekreasi yang unik dan menarik. Contohnya Go Kart, golf dan kayak. Bukan itu
sahaja, Pusat Ekuin juga telah disediakan dalam UUM untuk memberi peluang kepada
pelajar mencuba aktiviti menunggang kuda. Dengan adanya fasiliti yang disediakan, UUM
dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan aktif selain berjaya dalam bidang akedemik.
Beberapa jenis fasiliti sukan dan rekreasi selain pusat sukan iaitu litar Go-Kart, lapangan
sasar memanah dan kolam renang. (Gambar dari UUM View dan Laman Web UUM)

UUM menyediakan Pusat Sukan kepada
pelajar untuk menjalankan pelbagai sukan
seperti gelanggang bola tampar,
gelanggang skuasy, kolam renang yang
bersaiz olympic, GYM, bilik sauna, basikal
tendem, stadium bola sepak dan
sebagainya.

Litar Go-Kart UUM adalah litar yang
pertama dibina di dalam kampus Malaysia.
Semua pelajar boleh menyertai go kart
dengan caj bayaran dikenakan sebanyak
RM5 manakala RM30 bagi orang luar iaitu
dengan 5 pusingan litar.

Selain itu, UUM juga menyediakan
lapangan sasar memanah kepada pelajar

dan juga ahli kelab memanah untuk
menjalankan aktiviti atau pertandingan di
sana. Pelajar biasa akan dikenakan caj
bayaran sebanyak RM5. Terdapat banyak
kebaikan diperoleh daripada memanah
iaitu dari segi kesihatan fizikal dan mental.
Sukan memanah dapat meningkatkan
tahap fokus dan boleh membantu pelajar
melatih mata dan tangan agar sentiasa
aktif.

UUM juga menyediakan kolam renang
yang bersaiz olimpik di dalam pusat
sukan. Sukan renang mempunyai banyak
kebaikan seperti membantu kesihatan
paru-paru, mengurangkan tekanan, dan
sebagai senaman untuk seluruh badan.
Waktu operasi aktiviti kolam renang pusat
sukan adalah pada Ahad sehingga
Khamis.

8

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Auditorium Termegah
Di Rimba Hijau

Disediakan oleh Sia Chew Yett

Terdapat sebanyak tiga buah auditorium berhawa dingin di UUM. Antaranya termasuklah Dewan Muadzam
Shah (DMAS), Dewan Tan Sri Othman (DTSO), dan juga Dewan Bukit Kachi. Ketiga-tiga auditorium berhawa
dingin ini pastinya tidak asing bagi mahasiswa dan mahasiswi UUM. Banyak aktiviti dan program telah
diadakan di ketiga-tiga auditorium berhawa dingin ini terutamanya Dewan Muadzam Shah (DMAS), iaitu
dewan utama.

Dewan Muadzam Shah (DMAS)

Dewan Muadzam Shah atau dikenali sebagai DMAS, merupakan dewan paling besar yang terletak di dalam
kampus dan dikelilingi alam semula jadi yang cantik dan kehijauan. Banyak program dan aktiviti diadakan di
DMAS kerana ruangnya yang sangat luas selain mempunyai alatan audio, sistem pencahayaan yang lengkap
serta kemudahan penghawa dingin yang menyejukkan ruang di dalamnya. Majlis konvokesyen bagi setiap
tahun akan diadakan secara lansung di DMAS dan para graduan akan menerima sijil tamat pembelajaran
ijazah sarjana muda mereka di atas pentas DMAS.

Keselesaan pelajar dalam majlis konvokesyen menjadi Setiap tahun, majlis angkat sumpah pelajar
keutamaan universiti kerana merupakan salah satu saat baharu akan diadakan di DMAS
yang paling penting dan bermakna sebagai satu memandangkan ruang yang boleh
kebanggaan dalam kehidupan para pelajar setelah memenuhi seramai 4000 sehingga 5000
bersungguh-sungguh menghabiskan masa selama 3 tahun orang bagi setiap sesi. Peperiksaan akhir
sehingga 4 tahun demi mendapatkan segulung ijazah. tahun juga akan diadakan di DMAS kerana
Selain itu, program seperti minggu suai kenal bagi sesi kapasiti yang boleh menampung seramai
pengambilan baru mahasiswa dan mahasiswi UUM juga 700 calon peperiksaan serta sebanyak 700
akan diadakan di DMAS. Para pelajar baharu akan kerusi dan meja. Para calon kebiasaannya
dikumpulkan dan diberi taklimat berkaitan universiti di sini. akan memakai jaket semasa menduduki
Maklumat tersebut termasuk aktiviti kokurikulum, sistem peperiksaan berikutan penghawa dingin
pembelajaran dan perkara penting yang perlu ditahui yang sangat sejuk dan dingin walaupun
semasa berada di dalam bilik mahupun di dewan kuliah ruang di dalam dewan itu luas.
gugusan.

9

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Ilmu Pelita Hidup

Dewan Kuliah Gugusan (DKG)

Dewan Kuliah Gugusan atau panggilan Para pelajar boleh menambahkan ilmu
singkatan sebagai DKG, merupakan pengetahuan dengan kemudahan yang
sempurna dan juga suasana dewan kuliah
tempat para mahasiswa dan mahasiswi yang selesa dan dingin. Ruang bagi setiap
UUM menimba ilmu pengetahuan dan dewan kuliah gugusan adalah berbeza.
pembelajaran. Terdapat 7 buah DKG di Sebagai contoh, DKG 2/1 dan DKG 2/2
UUM dan salah satu daripadanya terletak merupakan dewan kuliah yang besar
di luar kampus manakala enam buah lagi berbanding dengan DKG 2/ 3 dan lain-lain.
terletak di dalam kampus. Dewan kuliah Subjek pelajaran yang akan diadakan di DKG
gugusan diberikan nama mengikut yang besar kebanyakkan adalah teras
nombor iaitu bermula dari dewan kuliah universiti seperti pengantar pengurusan atau
gugusan 1 sehingga dewan kuliah hubungan etnik. Pelajar yang berbeza dari
gugusan 7. Setiap dewan kuliah gugusan segi bidang juga akan belajar di DKG masing-
dipenuhi alatan teknologi dan siber masing. Contohnya, pelajar yang mengambil
termasuklah projektor, komputer riba, bidang perniagaan kebanyakkan dewan
papan putih, dan juga tempat duduk yang kuliah mereka adalah DKG 1, DKG 2, ataupun
selesa. DKG 3. Bagi pelajar yang mengambil bidang
teknologi maklumat atau multimedia
kebanyakkan kuliah mereka akan diadakan di
DKG 4. Dewan kuliah gugusan yang besar
akan menjadi tempat peperiksaan akhir
tahun untuk memuatkan jumlah calon yang
ramai dan tempat peperiksaan.

10

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Ruangan Ilmu Sambil Santai

STUDENT LOUNGE

Student lounge merupakan tempat tumpuan para
mahasiswa dan mahasiswi untuk merehatkan
minda mereka atau tempat untuk mengadakan
pertemuan bersama rakan yang tinggal di inasis
lain. Student lounge disediakan di semua inasis
UUM dan juga berhampiran dewan kuliah gugusan.
Bagi pelajar yang mempunyai masa lapang
sebelum waktu kuliah, mereka akan melawat ke
student lounge yang berada di sekeliling dewan
kuliah. Mereka lebih gemar melawat ke student
lounge sebelum kuliah walhal mereka tidak perlu
berada dalam keadaan yang panas dan berpeluh.

Tambahan pula, jika pelajar tersebut ingin
menggunakan masa lapang untuk pulang ke inasis,
hal ini akan mengambil masa yang agak lama
kerana bas yang agak terhad dan berkemungkinan
tidak ada ketika waktu itu. Oleh itu, student lounge
akan menjadi pilihan pelajar untuk dituju sebelum
waktu kuliah seterusnya. Selain itu, pelajar boleh
menonton televisyen dan menggunakan komputer
yang disediakan untuk melayari internet atau
menyiapkan tugasan pelajaran. Di samping itu,
student lounge yang dipasangkan penghawa
dingin untuk menyejukkan para pelajar daripada
cuaca panas dan memberi suasana selesa
menyebabkan pelajar datang ke sutudent lounge
untuk dijadikan tempat mengulang kaji pelajaran
dan perbincangan kumpulan tugasan.

11

| FASILITI UUM |
INSTITUSI MALAYSIA

Santai Damai Bersama Keluarga

EDC Hotel

EDC hotel dan resort terletak di Sintok, Kedah dan ia berhampiran dengan dewan kuliah
gugusan 7 UUM yang berada di luar kampus. EDC hotel dan resort menyediakan kemudahan
penginapan yang baik dan berbaloi. Antara kemudahan penginapan ini adalah restoran,
kaunter penerimaan tetamu 24 jam, perkhidmatan bilik, kolam renang serta WiFi percuma
kepada semua pelanggan.

Setiap bilik dilengkapi bilik mandi peribadi
dan peralatan mandi yang percuma. EDC
hotel dan resorts mempunyai persekitaran
yang indah dan nyaman. Para pelajar boleh
menyewa dewan yang berada di EDC hotel
untuk menjalankan apa jua program.
Kebiasaannya, kursus protokol dan etika
sosial pada setiap tahun akan diadakan di
EDC hotel dan resorts .

Musim puncak bagi EDC hotel dan resort
adalah pada bulan pengambilan pelajar bari
UUM. Ramai pelawat akan memilih EDC hotel
dan resort sebagai tempat penginapan
kerana berdekatan dengan kampus UUM.
Pelawat dapat menggunakan kemudahan
dan fasiliti yang disediakan untuk menikmati
cuti mereka. Restoran yang menawarkan
hidangan enak serta kolam renang yang
cantik dan indah dapat memberikan suasana
yang santai untuk berekreasi. Bilik yang
ditawarkan juga luas dan selesa untuk seisi
keluarga. Walaupun lokasi EDC hotel dan
resort terletak di luar bandar, namun
kemudahan yang disediakan adalah
setanding dengan hotel-hotel lain yang
berada di bandar.

12

| HIDANGAN MAHASISWA |
INSTITUSI MALAYSIA

CHICKEN
CHOP ALUMNI
JUNCTION
UUM

Alumni Junction UUM merupakan
tempat persinggahan pelajar UUM
sama ada selepas waktu kuliah
ataupun pada waktu jurang
perantaraan kelas kuliah seterusnya.
Hal ini kerana alumni junction UUM
menjual pelbagai hidangan yang lazat
dan enak. Terdapat beberapa gerai
jualan di sana namun antara
makanan yang paling disukai dan
digemari ramai adalah chicken chop.
Pada waktu puncak, pelajar yang
ingin membeli chicken chop ini
terpaksa beratur panjang untuk
menunggu giliran mereka membuat
pesanan. Saiz hidangan chicken chop
ini cukup besar dan mengenyangkan.
Antara pakej hidangan yang
ditawarkan termasuklah sebahagian
daripada ayam sama ada paha
ataupun dada ayam, sedikit kentang
goreng, dan juga coleslaw manakala
tambahan spaghetti bagi pakej
selainnya. Harga bagi satu set chicken
chop ini juga berpatutan iaitu RM6
dan RM8.

13

| HIDANGAN MAHASISWA |
INSTITUSI MALAYSIA

ABC PUSAT ISLAM UUM

Pusat islam UUM merupakan pusat lokasi di masjid
UUM. Ia mempunyai ruangan seminar bagi pelajar
untuk menjalankan aktiviti atau program-program
tertentu. Selain pelajar yang beragama Islam,
pelajar lain juga turut melawat ke pusat islam
kerana terdapat penjual ABC di dalamnya. Cuaca
di UUM agak panas terutamanya pada waktu
tengah hari. Oleh itu, hidangan ABC Pusat Islam
menjadi tumpuan bagi pelajar UUM.

Terdapat pelbagai perisa ditawarkan
di gerai ini. Antara pencuci mulut
yang sering mendapat perhatian

oleh pelajar adalah “ABC Mangga
Special” dan “ABC Oreo Special”.
Harga yang ditawarkan juga
berpatutan iaitu serendah RM3.50.
Bahan-bahan yang disediakan
adalah segar dan berkualiti tinggi.
Kebanyakan pelajar akan memilih
ABC Mangga kerana mangga yang
disediakan adalah segar dan manis.
Pelajar dialu-akukan untuk datang
ke ABC Pusat Islam untuk menikmati
pelbagai jenis pencuci mulut yang
dijual di situ.

14

| HIDANGAN MAHASISWA |
INSTITUSI MALAYSIA

MEE SIAM KAFE HANTU

Terdapat banyak kafe di dalam kampus yang menjual pelbagai hidangan yang enak dan
lazat. Antara yang mendapat sambutan adalah kafe hantu. Ia dikenali sebagai kafe hantu
kerana dikelilingi pokok-pokok yang teduh menyebabkan cahaya matahari tidak boleh
bersinar secara langsung dan ini menyebabkan suasana di kafe hantu kelihatan suram.
Antara makanan yang disukai ramai di kafe hantu adalah mee siam. Pada waktu puncak,
pelajar sanggup beratur panjang menunggu giliran mereka untuk membeli mee siam.
Ketika tiba giliran mereka, pelajar hanya perlu membuat pesanan dan peniaga itu akan
terus menyediakan mee siam mereka dalam masa yang singkat iaitu lebih kurang 2 hingga
3 minit sahaja. Walaupun pelajar terpaksa beratur dengan masa yang agak lama, namun
mereka rela mengorbankan masa mereka untuk beratur demi menjamu makanan ini. Ramai
pelajar tertarik akan makan mee siam ini kerana harganya yang berpatutan dan berbaloi
serta waktu yang diambil peniaga untuk menyediakan mee siam adalah sangat cepat dan
pantas. Hal ini amat penting terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai masa yang
cukup untuk makan tengah hari kerana tergesa-gesa masuk ke kelas.

15

| BERITA KAMPUS |
INSTITUSI MALAYSIA

Disediakan oleh Yasmin Nadhirah
Sintok : Status Syed Izzudin Mokhtar, 27,,
sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak
pernah menjadi punca untuk rasa terpinggir
apatah lagi untuk menghalangnya daripada
meneruskan minat untuk mencapai kejayaan
dalam bidang pendidikan.

Malah, graduan Sarjana Pendidikan Moral
kelahiran Georgetown, Penang itu
mengungkap rasa syukur kerana diterima
masuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM)
berikutan pelbagai fasiliti disediakan khusus
untuk golongan OKU sepertinya.

Fasiliti di UUM bantu
mudahkan OKU
untuk belajar

Syed Izzudin Mokhtar yang dilahirkan dengan kecacatan pada kaki kanan merupakan antara
2,136 graduan yang menerima ijazah sarjana melalui sesi hari ketiga Majlis Konvokesyen UUM
ke-31 yang disampaikan Procanselornya, Tan Sri Osman Aroff dan Naib Canselornya, Prof Datuk
Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

"Paling penting, saya
bersyukur dengan keprihatinan
UUM yang menyediakan fasiliti
dan kemudahan lengkap bagi

golongan OKU seperti saya,
termasuklah kemudahan

pengangkutan bas untuk ke
kelas"

-Syed Izzudin Mokhtar

16

| KATA-KATA PUITIS |
INSTITUSI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH ONG JIA YING

UNIVERSITIKU

Pada peniupan angin tentang harapan,
Saya lagukan cita-cita dan kekuatan,
Supaya capai pada punca kejayaan,
Untuk teruskan perjalanan kehidupan.

Kerana ingin mencapai kejayaan,
Kerana ingin mencapai awan,
Saya belajar di Universiti yang paling utara sekali,
Bersungguh-sungguh untuk lulus setiap kali.

Unversitiku sangat cantik dan indah,
Dikelilingi dengan kemudahan yang menyeluruh,
Penuh dengan flora dan fauna,
Tidak sama dengan universiti biasa.

UUM adalah universiti yang aku cintakan,
Adalah tempat penuh kenangan dengan kawan,
Semasa dan selepas tamat pengajian,
Sentiasa akan dirindukan.

17

| KATA-KATA PUITIS |
INSTITUSI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH NURNAJIHAH

CINTA
Apa itu cinta? Satu perasaan yang sangat sinonim dengan kehidupan dan manusia. Wujudnya rasa
cinta ini mampu menerbitkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Kerana cinta manusia
mampu mengecapi nikmat bahagia kerana cinta juga manusia kecewa. Tetapi adakah cinta itu
terhad hanya dari seorang manusia kepada manusia yang lain.

Tidak. Cinta itu luas. Tetap saling berkait dengan kehidupan manusia tetapi kepada siapa dan apa
itu yang
berbeza.

CINTA KEPADA ALLAH.

Satu perasaan yang indah dan paling istimewa buat diri kita hambanya. Mencari cinta dan
keredhaan dariNya menjadi tunggak utama kepada kebahagiaan buat kita umat manusia di dunia
dan di akhirat. Cinta dan kasihNya kepada kita adalah penawar bagi kesedihan, kesakitan dan
kesengsaraan kita. Menunaikan printah Allah SWT adalah cara kita hambanya menunjukkan rasa
cinta kita kepadaNya. Untuk hidup dan
menikmati kehidupan kita didunia, kita memerlukan Allah SWT untuk segala keperluan hidup kita.

“Cinta pada dunia, maka dunia akan pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cintailah Allah
kerana
Dialah yang kekal abadi” -unknown

CINTA KEPADA ILMU.

Ilmu itu luas dan pelbagai. Kita mampu menikmati pelbagai cabang ilmu tetapi tidaklah kita
mampu menguasai semua ilmu. Pun begitu, segalanya bergantung kepada usaha dan keinginan
seseorang untuk mencari, menggali sesuatu ilmu. Mereka yang dahagakan ilmu melalui pahit
manis, jerih perih perjalanan mengaji ilmu sehingga ke menara gading.

“Ilmu itu pelita hidup” ini jelas menyatakan bahawa ilmu ini adalah elemen penting buat kehidupan
seseorang manusia. Dengan ilmu kita mampu memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik dan
meningkatkan taraf hidup. Dengan ilmu juga kita boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan
negara.

Manusia memandang tinggi mereka yang berilmu. Manusia berilmu juga tidak mudak dimanipulasi
oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan. Pentingnya ilmu untuk menjamin kehidupan kita.

“Tuntulah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi
perhiasanmu.” – Luqman Al-Hakim.

18

| IKLAN TERKINI |
INSTITUSI MALAYSIA

IKLAN

UUM + EDC HOTEL + FASILITI

19

| IKLAN TERKINI |
INSTITUSI MALAYSIA

IKLAN

UUM + EDUTOURISM + FASILITI

20

ILMU,
BUDI,
BAKTI.

Institusi Malaysia,
Lihatkan Keistimewaan
Universiti Utara Malaysia.

UNIVERSITI
UTARA
MALAYSIA
https://www.facebook.com/universitiutaramalaysia/
http://www.uum.edu.my/
https://www.instagram.com/uumofficial/?hl=en


Click to View FlipBook Version