The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by happy_786b, 2021-09-03 07:42:59

LALUAN PENDIDIKAN SELEPAS SPM

MEMBACA JAMBATAN ILMU

LALUAN
PENDIDIKAN
SELEPAS SPM

~ Lampiran ini adalah beberapa panduan untuk
pelajar selepas SPM. Bacaan lanjut juga boleh

diperolehi daripada sumber media lain yang sahih ~

ANTARA PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN IALAH:

- TEMPOH PENGAJIAN – peringkat sijil, Tingkatan 6, Diploma,
Asasi, Matrikulasi dan lain-lain.

- KELAYAKAN – Buatlah permohonan berdasarkan kelayakan.
Pastikan yang dimohon melepasi syarat am dan syarat khas.

- KEWANGAN – segala bentuk yuran , penginapan, makan minum
dan keperluan pembelajaran.
Bentuk bantuan kewangan : pinjaman PTPTN, pinjaman PTPK,
biasiswa, MARA dan sebagainya. Lihatlah kemampuan keluarga
dan pelajar perlu menitikberatkan jumlah kos pinjaman yang
perlu dibayar balik pada masa akan datang jika melibatkan
pinjaman pendidikan. Pinjaman dan biasiswa ini juga adakalanya
tidak membiayai keseluruhan yuran yang dikenakan oleh IPT, ia
harus ditampung juga oleh ibu bapa.

- KURSUS DIPOHON MEMILIKI AKREDETASI MQA : boleh rujuk di
laman sesawang : mqa.gov.my

- MEMAHAMI KURSUS YANG DIAMBIL : Pelajar perlu mengetahui
lebih mendalam kursus yang dipohon. Ini kerana terdapat
perbezaan besar pengisian pembelajaran bagi nama kursus yang
hampir sama. Sila ambil berat isu ini.

- KEBOLEHPASARAN BEKERJA : Kursus yang diambil menjurus
kepada minat kerjaya dan jelas tentang peluang pekerjaan.
Namun harus diingatkan, bahawa pada masa sekarang, terdapat
juga individu yang bekerja tidak sama seperti kursus yang
diambil di IPT, juga boleh berjaya dalam lapangan kerjayanya.

- RAYUAN : Seandainya permohonan tidak berjaya, jangan
berputus asa, sila buat rayuan dalam tempoh yang diberikan.
Pada waktu ini, pelajar perlu matang dalam memberi komitmen
untuk masa depan diri. Sentiasa semak emel sendiri (simpan id
dan password dengan cermat), SMS, melayari laman web
berkaitan agar tidak terlepas tarikh penting.

- TIDAK IKUT RAKAN – Mungkin rakan minat kursus tersebut
tetapi kita tidak minat. Kita ikut rakan memohon kursus yang
sama. Akhirnya, sepanjang pembelajaran kita tidak dapat fokus
dengan baik. Ini membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit.
Setiap orang ada potensi masing-masing untuk berjaya.

- KURSUS SELAIN DARIPADA UPU: Selain kursus di UPU, terdapat
juga banyak kursus lain di luar. Pelajar harus bijak dan berhati-
hati menilai beberapa aspek seperti dinyatakan di atas. Dengar
dan fahami dahulu penjelasan IPTS dengan baik. Jangan takut
bertanya kepada institusi yang menawarkan kursus tersebut
terutama aspek yang melibatkan kewangan (beberapa bentuk
yuran). Ikutlah kemampuan keluarga masing-masing.

TINGKATAN 6

1. Tingkatan 6 adalah tawaran, bukan permohonan.
2. Tarikh semakan tawaran ke Tingkatan 6 akan dimaklumkan dari

semasa ke semasa oleh kaunselor, guru-guru & media massa.
3. Tempoh pembelajaran 3 Semester (peperiksaan pada setiap

semester) 4 SUBJEK + MUET
4. Tidak terikat dengan uniform sekolah.
5. Yuran pembelajaran jauh lebih murah.
6. Sijil STPM membuka peluang kerjaya di sektor awam dan

swasta.
7. Sijil STPM diiktiraf oleh University Og Cambridge, Sijil setaraf

dengan A-Level dan diterima oleh universiti serata dunia.
8. Laluan ke peringkat IJAZAH.

JOM MASUK PUSAT TINGKATAN 6
SMK TUANKU MUHAMMAD, KUALA PILAH

NO TEL SEKOLAH : 06-4811030

SUBEK DITAWARKAN :
WAJIB : PENGAJIAN AM, MUET (SIJIL BERASINGAN)
PILIHAN (AKAN MENGIKUT PAKEJ KELAS) : BAHASA MELAYU, SEJARAH,
EKONOMI, PENGAJIAN PERNIAGAAN, PERAKAUNAN, SAINS SUKAN, SENI
VISUAL
***************************************************************
Sila layari fb: fb.me/tmsnation.2
Sila layari instagram : tms_nation

*80% orang pelajar berjaya mendapat tempat di
Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

PENDAFTARAN CALON ULANGAN SPM

1. KPM berhasrat untuk memberikan peluang kepada calon yang
telah menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak berjaya
mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan atau gagal.

2. Pendaftaran dibuat atas talian sahaja.

3. Bagi sesi Jun, hanya menawarkan maksima 3 kertas iaitu Bahasa
Melayu, Sejarah dan Matematik. Tarikh buka pendaftaran : 17
Mei 2021 dan tarikh tutup: 18 Jun 2021.
Layari: http://sppat2.moe.gov.my/cp/spmu/epIndex.asp

4. Bagi sesi November menawarkan subjek SPM dan diadakan pada
tarikh yang sama seperti calon sekolah SPM 2021. Tarikh buka
pendaftaran : 17 Mei 2021 dan tarikh tutup: 18 Jun 2021.
Layari: http://sppat2.moe.gov.my/cp/spm/cpIndex.asp

5. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan dan
sila layari Portal Rasmi KPM atau Lembaga Peperiksaan Malaysia
untuk mendapatkan maklumat pendaftaran yang rasmi dan
tepat.

6. Sila ikut panduan yang diberikan di laman sesawang tersebut.
Sentiasa semak tarikh, lengkapkan borang dengan cermat dan
teliti. Pastikan anda prihatin kepada tarikh menduduki
peperiksaan. Hadir awal dengan kelengkapan alat tulis dan
dokumen diri.
BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM
MEMPERBAIKI KEPUTUSAN SPM ANDA.
SEMOGA BERJAYA.

MATRIKULASI

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM
bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun
2020 akan dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021.
Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan
pembelian nombor PIN

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi
menerima surat tawaran dalam tempoh dua puluh satu (21)
hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar.Keputusan
permohonan dijangka akan diumumkan pada minggu ke-2
bulan Julai.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan boleh
diemailkan kepada [email protected] atau
hubungi 03-8884 4083/4042.
Subscribe Youtube Channel:Jom Masuk Matriks

Pelajar / Ibu Bapa boleh layari laman sesawang berikut:

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-
menengah/matrikulasi

UPU

1. Sebarang persoalan, boleh merujuk di FAQ UPUOnline.
2. Sebarang aduan, pertanyaan & maklumat berkaitan UPU boleh dibuat

menerusi UPUPocket.
3. Dimuat turun di telefon pintar menerusi Google Play Store dan Apple

App Store.
4. Pemohon boleh buat semakan : kelayakan, ePanduan, status

permohonan UPU, keputusan permohonan, rayuan dan rujukan tarikh
penting.
5. Sentiasa merujuk laman web tersebut dari semasa ke semasa.

KEPADA SEMUA PELAJAR:

a) Senaraikan kursus-kursus yang kamu layak daripada UPU di satu kertas.
Pastikan tulis kod kursus dan nama IPT untuk rujukan anda.

b) Pastikan semua permohonan kamu melepas syarat am dan syarat khas.
Jika kamu mohon tidak melepasi syarat, sistem akan automatik menolak
permohonan kursus kamu itu.

c) Selagi boleh, penuhkan ruang permohonan kursus mengikut kelayakan
dan minat.

d) Isikan di bahagian atas kelayakan yang terbaik anda untuk kursus itu.
e) Jangan mohon kursus yang anda tidak faham. Buat kajian mendalam

tentang nama-nama kursus yang anda pilih sebelum key in muktamad.
f) JANGAN MELEPASI TARIKH AKHIR HANTAR PERMOHONAN. SENTIASA

SEMAK EMEL, SMS DAN LAMAN WEB UPU.
g) Jika permohonan gagal (kursus yang melepasi syarat SPM), buatlah

rayuan. Kerana ramai pelajar berjaya ke IPT dengan permohonan rayuan.
h) Pelajar/ Ibu Bapa boleh layari facebook : Mustaffa Abdullah (Perunding

Hala Tuju Pendidikan). Boleh muat turun E-book Percuma PANDUAN
PEMILIHAN PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM 2020 :
http://bit.ly/panduanpemilihanprogrampengajian
Boleh juga ke laman sesawang youtube beliau :
https://youtu.be/mZ7uowBU_ig - Panduan Pemilihan Program Mustaffa
Abdullah

APA YANG ADA DALAM UPU?

UPU menyatukan banyak laluan pendidikan
bermula peringkat sijil, diploma pelbagai Institusi

& Asasi

1. ASASI (UM, UKM, UIA, UITM, UPM, UPNM,
UNIMAS, UMS, UUM)

2. DIPLOMA UA (20 UNIVERSITI AWAM)

3. DIPLOMA POLITEKNIK ( PRIMIER /KONVENSIONAL
/METRO)

4. KOLEJ KOMUNITI

5. ILKA
i. INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA
DAN SUKAN (ILKBS)

• INST KEMAHIRAN TINGGI BELIA
NEGARA (IKTBN)

• INST KEMAHIRAN BELIA NEGARA
(IKBN)

• AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF
(AKBG)

ii. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA
MANUSIA (ILJTM)
• PUSAT LATIHAN TEKLNOLOGI TINGGI
(ADTEC)
• INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA
(JMTI)
• INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

iii. BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN
PERTANIAN (BLKP)

iv. MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
• INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
• KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
(KKTM)
• MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE
(MJII)

*KAUNSELOR TELAH MEMBUAT EDARAN HANDOUT KEPADA SEMUA
PELAJAR SEMASA TAMAT PEPERIKSAAN SPM 2020, PADA BULAN MAC 2021.
DALAM TAKLIMAT RINGKAS ITU, PELAJAR DIMINTA UNTUK MENDAFTAR
UPU ONLINE SUPAYA DATA PELAJAR TELAH ADA DALAM SISTEM. INI KERANA
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH SINGKAT PADA WAKTU ITU. PELAJAR
JUGA SENANTIASA DIINGATKAN DALAM GRUP WHATSAPP.

*HANYA PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR UPU ONLINE SAHAJA YANG
BOLEH MEMOHON DAN MENYEMAK KEMBALI KURSUS DI ATAS, SEBELUM
HANTAR MUKTAMAD SEHINGGA TARIKH TUTUP.

*Seandainya ada permohoan secara terus daripada institusi tertentu,
kaunselor akan maklumkan dalam grup whatsapp kelas.

MARA

Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat adalah:
1. Kolej Profesional MARA
2. UniKL
3. German-Malaysian Institute (GMI)
4. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
5. Kolej MARA
6. Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
7. Kolej KETENGAH International College (MKIC)
8. Giatmara

Untuk program dan syarat kelayakan, boleh layari laman sesawang:
https://apponline.mara.gov.my/upimonline/services.html

Untuk memohon, boleh layari laman sesawang ini:
https://apponline.mara.gov.my/spupim/
atau menaip - SPUPIM 2021

*Pelajar diminta untuk membaca dengan teliti berhubung kursus
yang ditawarkan. Sila prihatin terhadap tarikh-tarikh penting, id
dan password permohonan.

BIASISWA

Makluman ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar.
Kepada pelajar yang layak, sila ambil berat mengenai tarikh-tarikh
penting, syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan.

TOP 10 BIASISWA JUN 2021 |

BIASISWA LEPASAN SPM/ STPM/ DIPLOMA/ DEGREE/
MASTER/ PHD YANG MASIH DI BUKA UNTUK
PERMOHONAN . https://www.biasiswamalaysia.com

1. BIASISWA TESP 2021 TAJAAN MARA http://bit.ly/Tajaan-MARA-TESP
2. The Star Education Fund Scholarship

http://bit.ly/TheStar-Scholarship-Fund
3. IOI Group Scholarship (Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng)

http://bit.ly/IOI-Scholarship
4. Panasonic Scholarship http://bit.ly/Panasonic-Scholarship
5. BANTUAN SARADIRI MAHASISWA & BANTUAN KECEMASAN

http://bit.ly/Bantuan-Saradiri-Mahasiswa
6. CIMB Asean Scholarship http://bit.ly/BiasiswaCIMB-Asean
7. Gamuda Scholarship http://bit.ly/BiasiswaGamuda
8. Biasiswa MBAM Education Fund

http://bit.ly/MBAM-Scholarship
9. YAYASAN BANK RAKYAT - PPBU

http://bit.ly/YayasanBankRakyat-PPBU
10.Shell Malaysia Scholarship

http://bit.ly/Biasiswa-ShellMalaysia

Telegram Rasmi : http://t.me/BiasiswaMalaysia
Untuk Senarai Penuh Biasiswa https://www.biasiswamalaysia.com

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AWAM MALAYSIA (SPA9)

(BERDASARKAN SITUASI PANDEMIK COVID 19, PELAJAR PERLU MEMASTIKAN
DARI SEMASA KE SEMASA BERKENAAN TARIKH PERMOHONAN DIBUKA,
TARIKH TEMUDUGA, TARIKH UJIAN BERTULIS. SENTIASA MENYEMAK LAMAN
SESAWANG BERKENAAN.)

LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Anda boleh semak syarat kelayakan SPM, kadar elaun yang diberikan setiap
bulan, tempat belajar, permulaan gaji selepas belajar, cara bertugas,
penempatan di laman sesawang ini. Sila baca dengan teliti.

https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan

DIPLOMA SIJIL
- Latihan Jururawat - Latihan Pembantu Kesihatan
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan
Persekitaran
- Latihan Juru X-Ray Pergigian
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara

Kerja
- Latihan Jurupulih Perubatan

Fisioterapi
- Latihan Juruteknologi Makmal

Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juruterapi Pergigian

Permohonan boleh dibuat di laman sesawang: https://spa9.spa.gov.my/login
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Berikan maklumat yang tepat.
Kemudian pilih Latihan Separa Perubatan.

- Terdapat beberapa permohonan pekerjaan melalui
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selepas SPM. Anda
boleh melayari laman sesawang ini :

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-

lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil

- Selain daripada itu, anda juga perlulah sentiasa
menyemak bagi permohonan Polis Diraja Malaysia,
Angkatan Tetera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja
Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Kastam,
Imigresen, Bomba dan sebagainya. Ini kerana tarikh
temuduga berbeza. Makluman juga akan disampaikan
dalam grup whatsapp kelas masing-masing jika
terdapat sebaran iklan pengambilan baru.

DARI KAUNSRELOR SMK TUANKU MUHAMMAD

1. Pelajar dikehendaki sentiasa berada dalam grup
whtasapp kelas bagi memudahkan wakil kelas untuk
membuat sebaran mengenai laluan pendidikan dan
permohonan kerjaya selepas SPM.

KELAS WAKIL KELAS
5A Alisya, Hidayah
5B Asnawi, Izz Zayanti
5C Amin, Alif
5D Sufiah
5E Syahrul

2. Makluman akan disampaikan dari semasa ke semasa
sepanjang tahun ini hingga awal tahun hadapan.

3. Pelajar juga boleh menghubungi kaunselor bagi
sebarang pertanyaan yang berkaitan.

SETIAP ORANG ADA POTENSI MASING-MASING
SETIAP ORANG BERHAK BERJAYA DALAM LAPANGAN MEREKA
TERSENDIRI
KEJAYAAN ITU SUBJEKTIF DAN TANPA BATASAN
KEJAYAAN ITU MELALUI PELBAGAI BENTUK PENGALAMAN
SEMOGA PELAJAR MENJADI ORANG YANG BERGUNA KEPADA
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Click to View FlipBook Version