SEKOLAH KEBANGSAAN AJIL
21800 AJIL,HULU TERENGGANU
Tel:Pejabat :09-6861059
Fax : 09-6861022
Email:[email protected],my
___________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT GURU KALI 2 SESI 2022/2023
TARIKH : 17 MEI 2022
MASA : 1.40 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
PENGERUSI MESYUARAT: CIKGU SUHAIMI BIN SAID
KEHADIRAN :
1.Cikgu Suhaimi bin Said Guru -Besar SK AJIL
2. Cikgu Nur Lianna bt.Abdullah-GPK 1
3. Cikgu Faridah bt.Mamat- GPK hem
4. Cikgu Mohd Hisyam b Abdullah- GPK ko kurikulum
5. Cikgu Hisyamuddin b.Abd.Ghani.- GPK PPKI
6.Cikgu Fakhrul Hisyam b. Abdul Rahman
7.Cikgu Muhammad Izuddin b.Bedahari
8.Cikgu Mohd Asri b.Said
9.Ustaz Mohd Khairuddin b.Salleh
10.Cikgu Mohd Irwadi b.Mansor
11.Cikgu Latif b.Ismail
12.Cikgu Alawiah bt.Othman
13.Ustazah Sarina bt.Salim
14.Cikgu Dayang Delima bt.Salleh
15.Cikgu Fatehah bt.Samad
16.Ustazah Hasliza bt.Abdullah
17.Ustazah Sharifah Mimi Hariana bt.S.A.Rahman
18.Ustazah Nik Nur Salinawati bt. Azmi
19.Cikgu Tengku Nor Farihah bt.Tengku Ambak
20.Cikgu Nor Afiza bt.Ariffin
21.Cikgu Norhadiana bt.Abd. Hadi
22.Cikgu Rosniza bt.Daud
23.Cikgu Nur Amanina bt.Mohd Noor
24.Cikgu Siti Nobaini bt.Mamat
25.Cikgu Wan Faridah bt.WanAwang
26.Ustazah Zainab bt. Zakaria
27.Ustazah Zaridah bt.Yahya
28.Ustazah Zarina bt.Abu Bakar
29.Cikgu Zarina bt.Muda
30.Ustaz Ruslan b.Abdul Aziz
1
31.Cikgu Mardiah bt.Embong
32.Cikgu Mohd Rosli b.Hussin
33.Cikgu Faridah Azlina bt.Chik
34.Cikgu Syamilah bt.Wahab
35.Cikgu Mohd Shafie b.Harun
36.Cikgu Hanisah bt.Hamzah
37.Ustazah Arbaayah bt.Saad
38.Puan Norfazliyatun bt.Abdul Ghani
39.Puan Norazizah bt.Tahar
40.puan Norazila Aida Wati bt. Muhammad Salleh
41.Puan Marina bt.Yusof
42.Puan Safinah bt.Wan Harun
43.Puan Noraniza bt.Misran
44.Puan Nurul Isnaini bt.A.Ghani
45.Ustazah Ayati bt.Sulong-pencatat minit
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Cikgu Ahmad Aidi Faizi b. Mohd Nor-CRK
2.Cikgu Nur Nazihah bt.Abd.Karim-CRK
3.Cikgu Khuzaida bt.Mohamad Nor-MC
4.Cikgu Asmat bt. Salim-Dengan kebenaran Guru Besar
1.UCAPAN PENGERUSI -CIKGU SUHAIMI BIN SAID (GURU BESAR)
1.1 Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya
dapat bersama-sama mengadakan mesyuarat kali 2 sesi 2022/2023.
1.2 Beliau memberi peringatan tentang tindakan guru.
1.3 Penulisan minit mesyuarat hendaklah meletakkan nama pencatat minit
pada turutan terakhir.
1.4 Beliau juga mengingatkan bahawa fail rasmi @ fail induk tidak boleh
boleh dibawa keluar dari pejabat.
Makluman : Semua guru
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit mesyuarat telah disahkan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
2
4. POST MOTERM
4.1 Sambutan Hari Guru 16 Mei 2022
Cikgu Latif meminta supaya semua guru memberi kerjasama supaya dapat
melancarkan setiap aktiviti yang dijalankan.
Cikgu Fakhrul mencadangkan supaya dibuat selepas waktu rehat.
Ustazah Zarina mencadangkan supaya melibatkan semua murid dalam
aktiviti.
Cikgu menyatakan terdapat murid yang membeli di kantin di luar waktu rehat.
4.2 Majlis Hari Raya 12 Mei 2022
Cikgu Alawiyah menyatakan semua guru telah diberi tugas untuk menjayakan
majlis Hari Raya.
4.3 Majlis Persaraan Ustazah Donesa 19 Mei 2022
Cikgu Suhaimi menyatakan sambutan dan majlis sangat meriah dan
memaklumkan bahawa Ustazah Donesa merasa sangat dihargai.Semua guru
dan yang menjayakan majlis sangat teruja.
4.4 Jamuan Perpisahan pada Sabtu 21 Mei 2022
Cikgu Suhaimi mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran
semua yang hadir meraikan majlis.
Makluman : Semua guru
5. JADUAL WAKTU BARU
5.1 Cikgu Nor Lianna memaklumkan jadual baru yang diubah adalah
jadual Pendidikan Islam iaitu mengurangkan waktu kolaborasi Quran dari 3
orang kepada 2 orang berikutan tiada pengganti Ustazah Donesa yang
berpencen.
5.2 Waktu balik juga berubah berikutan jadual pdp bermula jam 8.00 pagi.
Tahap 1-Ahad 1.30 petang
Isnin-Khamis 1.00 petang
Tahap 2-Ahad-Rabu 1.30 petang
Khamis 1.00 petang
5.3 Aktiviti Nilam setiap Selasa telah dirancang setiap panitia dan
dikelolakan oleh 2 panitia setiap minggu.
5.4 PLC akan dijalankan pada hari Khamis.
3
5.5 Cikgu Suhaimi meminta guru bertugas mencatat dalam buku laporan
bertugas.Beliau juga guru memperhatikan murid yang balik lewat dan
sentiasa peka dengan setiap apa yang berlaku.
5.6 Guru bertugas mingguan harus duduk di belakang pentadbir pada
perhimpunan mingguan.Semua guru berada di atas pentas.Murid diurus oleh
Pembantu Pengurusan Murid.
5.7 Aktiviti senamrobik setiap pagi Rabu.Semua guru perlu berada di
hadapan murid atau atas pentas.Istruktur juga digalakkan supaya
bergilir.Guru perlu berada di hadapan murid di setiap aktiviti yang dijalan
supaya tidak ketinggalan.semua majlis harus ada kerjasama,supaya nampak
meriah.
“kekitaan yang erat,tiada berat”
Sentiasa menepati waktu dalam majlis rasmi.Punch kad pagi sebelum 7.30
pagi dan balik selepas 1.46 petang.
5.8 Murid-murid juga tidak dibenarkan membeli makanan di luar pagar
sekolah.
5.9 Aktiviti setiap pagi jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi seperti berikut:-
Ahad -Perhimpunan Mingguan
Isnin -Hafazan
Selasa-Program Nilam
Rabu -Senamrobik
Khamis-Bacaan Yasin
5.10 Papan Kenyataan hendaklah diletakkan maklumat terkini.
5.11 Laporan kerosakan hendaklah disertakan gambar disusun 4 keping
dalam 1 muka surat,termasuk kerosakan dalam bilik guru.
5.12 Latihan merentas desa.Sepanjang aktiviti hendaklah mengingatkan
murid supaya membawa air dan hanya murid yang sihat dan ada surat
kebenaran dari ibubapa sahaja dibenarkan terlibat.
5.13 Cikgu Suhaimi memaklumkan akan ada penambahbaikan di dewan
sekolah iaitu membesarkan pentas.Menyediakan speaker box di dewan .
Makluman : Semua guru
Tindakan :guru terlibat.
4
6. TS 25
6.10 Cikgu Suhaimi juga menyatakan tentang pembikinan video korporat
sekolah yang akan diuruskan oleh Cikgu Irwadi.
6.11 Pemakaian tali leher merah dan kemeja putih bagi guru lelaki dan
tudung merah bagi cikgu perempuan pada setiap Ahad.
Tindakan :Cikgu Irwadi .
Tindakan :Semua guru .
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Pesanan Pengarah Pendidikan Terengganu pada 17 Mei 2022.”Bicara
Profesionalisme”
7.1.1 Kerja kiata sebagai ibadah,jangan sampai orang lain
tanggung.Jika tidak tahu maka perlu belajar dan laksanakan sebaik
mungkin.
7.1.2 komitmen semua pihak dalam menjayakan agenda sekolah
adalah kejayaan semua.
7.1.3 Jadual waktu makmal komputer bagi semua kelas kerana
terdapat banyak peralatan baru,murid juga belajar komputer bukan
hanya di sekolah tapi di mana sahaja.
7.2 Guru-guru juga perlu memegang jawatan di sekolah supaya selaras
dengan gred jawatan yang disandang.
7.3 Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca 2022.Cikgu Syamilah
telah merancang aktiviti sepanjang majlis berlangsung.
7.4 RMT.Murid RMT sepatutnya makan pada waktu rehat,tetapi jika
datang awal murid boleh makan watu pagi.Guru bertugas perlu mengingatkan
murid supaya makan kerana didapati ada murid yang tidak mengambil
makanan mereka.
Makluman :semua guru
Tindakan :guru terlibat.
8. PENUTUP
Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 3.50
petang.
5
Disediakan oleh: Disemak oleh:
___________________ ________________
(AYATI BINTI SULONG) (SUHAIMI BIN SAID)
Pencatat minit Mesyuarat Guru Guru Besar
SK Ajil.
Tarikh :26 Mei 2022
6