The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JOM BACA BUKU, 2021-04-14 20:30:51

Haiwan Misteri

Haiwan Misteri

SK DATUK HAJI BAGINDA
MERLIMAU MELAKA.

Artikel 1

Sumber:
FB JOHN MOHAMED

SILA CATATKAN DALAM FAIL NILAM

Tajuk Artikel 1 : Kraken Sotong Gergasi

Kraken satu nama yang tidak asing bagi kebanyakan masyarakat, rata rata orang
mengetahui kisah lagenda sotong gergasi yang dikatakan suka menyerang kapal-
kapal yang sedang berlayar di lautan yang luas. Namun begitu apakah sains
disebalik misteri lagenda Kraken yang berusia ratusan tahun ini?

Raksasa laut ini ditakuti oleh ramai pelayar disebabkan oleh sotong ini kelihatan
seperti pulau dan menarik minat pelayar untuk mendekati 'pulau' tersebut. Kisah
Kraken ini pernah dicatatkan oleh seorang raja Norway yang bernama Sverre
pada tahun 1180. Selalunya bila sebut lagenda atau sebarang kisah sebegini,
tentunya mereka sebenarnya melihat satu perkara yang benar-benar terjadi
didepan mata dan dari situ sebuah cerita mula muncul berkenaan Kraken ini.

Lagenda Norse dari Norway ini menamakan raksasa tersebut sebagai Kraken,
krake dalam bahasa Norway bermaksud sotong. Kraken ni sangat besar, ada yang
mengatakan kraken ni lebih panjang dari 10 buah kapal, dari situlah pelayar dari
jauh akan nampak keadaan Kraken yang timbul kelihatan seperti sebuah pulau.

Pelayar yang dirinya tertipu kemungkinan besar telah mendekati 'umpan' kraken
tersebut. Ada yang menceritakan kalau kawasan lautan tiba tiba mengeluarkan
buih dan ikan timbul dipermukaan air, itu bermakna kraken akan timbul bila bila
masa.

Seorang Bishop yang bernama Erik Pontoppidan telah menulis secara terperinci
dalam bukunya yang bertajuk The Natural History of Norway pada sekitar tahun
1750an. Dalam buku tersebut dia menceritakan bagaimana kraken ni makan
sebegitu banyak ikan.

Masyarakat ketika itu merasakan kehadiran sotong besar ini menganggu dan
menakutkan mereka untuk ke laut samada berlayar atau menangkap ikan. Sekitar
tahun 1853 seekor sotong besar telah terdampar di pantai Denmark, sotong itu
kemudiannya dikenali sebagai Architeuthis dux.

Sotong gergasi ini sebenarnya telah lama berada di lautan yang sangat dalam,
ketika itu manusia telah meneroka segenap pelusuk dunia melalui daratan dan
lautan tapi tidak dibawah laut yang tersangat dalam.

Kehadiran sotong tersebut menguatkan lagi cerita lagenda Norway yang
sememangnya popular di kalangan pelayar. Architeuthis dux ini boleh membesar
sehingga 13 meter dan sesetengah daripadanya dikatakan boleh mencapai 20
meter panjang.

Sotong jenis ini hidup dibawah lautan dalam yang gelap, kajian mendapati sotong
yang mempunyai berat hampir 220 kilogram ini boleh ditemui pada kedalaman
800 meter, kalau sotong jenis ini mampu membesar sebegitu rupa, tidak hairanlah
keadaan zaman dulu kala kalau pelayar menceritakan tentang sotong yang besar
menangkap kapal atau bot mereka.

Kajian mendapati sotong ni akan menangkap ikan paus, hasil kajian dari paus
yang terdampar mereka mendapati terdapat kesan tentacle pada badan ikan paus
tersebut. Ini menunjukkan bahawa sotong tersebut mampu untuk makan ikan
paus yang agak besar.

Tidak hairanlah sampai sekarang hanya 5 peratus sahaja lautan yang telah
diterokai oleh manusia, masih ada 95 peratus kawasan yang tidak diketahui jenis
atau spesis apa yang sedang hidup dibawah sana.

Tajuk Artikel 2 : Sarcosuchus

Sarcosuchus merupakan satu nama bagi sejenis buaya yang
hidup sekitar 133 juta tahun dahulu di kawasan Afrika dan
Amerika Selatan. Buaya ini boleh mencapai berat 4.3 tan
dan boleh membesar sehingga 9.5 meter panjang.

Rangka haiwan ini pertama kali dijumpai apabila sepasukan
paleontologi Perancis yang diketuai oleh Albert-FĂ©lix de
Lapparent membuat kajian di kawasan gurun Sahara sekitar
tahun 1946 hingga 1969.

Pada 1964, pasukan dari Perancis juga telah menemui fossil
Sarcosuchus yang hampir lengkap di kawasan yang
bernama Gadoufaoua terletak dalam negara Niger.

Tajuk Artikel 3 : Titanoboa

Titanoboa merupakan sejenis ular besar yang telah pupus, ular ini hidup
lebih kurang 60 juta tahun dahulu di kawasan La Guajira, Colombia.
Nama saintifik bagi ular ini ialah Titanoboa cerrejonensis.

Sepasukan saintis yang diketuai oleh Jonathan Bloch dari Universiti
Florida menjumpai 28 rangka tulang ular ini pada tahun 2009 dalam
lombong arang batu yang terletak di La Guajira.

Panjang ular ini dikatakan mencecah sehingga 13 meter manakala berat
ular ini dianggarkan sekitar 1135 kilogram, ular ini dikatakan lebih suka
untuk tinggal dikawasan yang berair dan menghabiskan masanya
didalam air seperti ular Anaconda.

Tajuk Artikel 4 : Euspinolia Militaris

Euspinolia militaris merupakan sejenis tebuan yang
boleh dijumpai di hutan negara Chile dan Argentina.
Hanya spesis betina yang tidak mempunyai sayap
dan haiwan ini lebih dikenali sebagai Panda Ant
kerana warna yang seakan-akan seekor panda.
Tebuan jenis ini pertama kali dijumpai pada tahun
1938 di dalam hutan negara Chile, haiwan ni juga
boleh membesar sehingga 8 milimeter panjang.

Tajuk Artikel 5 : Markhor

Sejenis kambing yang dikenali sebagai markhor atau nama saintifiknya
Capra falconeri mempunyai tanduk yang unik. Kambing ini boleh
dijumpai di sekitar kawasan asia tengah, banjaran karakoram dan juga
kawasan pergunungan Himalaya.

Markhor ini merupakan haiwan kebangsaan bagi negara Pakistan.
Perkataan Markhor membawa maksud pemakan ular yang diambil dari
bahasa Parsi kerana terdapat satu lagenda yang menceritakan
kambing ini makan ular dan dari situ tanduknya menyerupai ular yang
sedang melingkar.

Haiwan ini boleh mencapai berat sehingga 110 kilogram dan
kebiasaannya akan dijumpai pada paras ketinggian antara 600 hingga
3600 meter. Markhor ni mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 13
tahun

Tajuk Artikel 6 : Brookesia

Brookesia micra merupakan sejenis chameleons yang paling
kecil didunia, berukuran kira-kira 29 milimeter. Haiwan ni
hanya terdapat di kepulauan Nosy Hara yang terletak di
Antsiranana, Madagascar.

Pasukan saintis menemui spesies ini semasa membuat
kajian pada tahun 2003 sehingga 2007, haiwan ni sangat
sukar untuk dikesan disebabkan oleh saiz yang terlalu kecil,
haiwan disifatkan sebagai antara yang terancam di sana.

Tajuk Artikel 7 : Uroplatus Phantasticus

Uroplatus phantasticus merupakan nama saintifik bagi sejenis
cicak tokek yang ada di negara Madagascar. Seekor tokek
jenis ini akan membesar sehingga 90 milimeter panjang akan
keluar pada waktu malam untuk mencari serangga.
Mempunyai jangka hayat hidup selama 4 tahun, tokek ni juga
boleh menyamar sebagai daun untuk memburu mangsanya di
dalam hutan. Cicak ini tidak mempunyai kelopak mata, jadi
cicak ni akan guna lidahnya yang panjang untuk
membersihkan debu atau kotoran pada bahagian mata.

Tajuk Artikel 8: Caretta

Satu spesis penyu yang
dikenali sebagai Caretta.
Caretta mampu menahan
nafas selama 10 jam
semasa berada di dalam
laut. Kalau dibandingkan
dengan manusia, seorang
manusia biasa hanya
mampu boleh menahan
nafas selama 4 minit
sahaja.

Seorang manusia yang

melatih diri untuk

menyelam boleh

menahan nafas selama

24 minit seperti seorang

lelaki bernama Aleix

Segura Vendrell yang

juga pemegang rekod

dunia.

Penyu jenis ini boleh
mencapai berat 130
kilogram, malah ada yang
dijumpai mencapai berat
sehingga 450 kilogram,
selain itu juga penyu ini
mempunyai jangka hayat
sehingga 67 tahun.

Tajuk Artikel 9: Sardinops Sagax

Pada bulan Jun hingga Julai setiap tahun, satu penghijrahan besar-
besaran berlaku yang melibatkan ikan sardin. Berbilion bilion ikan
sardin dari jenis Sardinops sagax akan bergerak dalam kumpulan
yang amat besar .

Ikan ini akan bergerak dari tebing Agulhas yang terletak di Afrika
sehingga ke negara Mozambique dengan mengikut arus lautan yang
sejuk. Ikan sardin dikatakan lebih suka air laut yang sejuk iaitu
bersuhu antara 20 hingga 14 darjah celcius.

Ikan sardin dari Afrika selatan ini berada dalam kumpulan yang boleh
mencecah sejauh 7 kilometer panjang dan selebar 1.5 kilometer lebar.
Walaubagaimanapun, saintis masih lagi membuat kajian lanjut
mengenai perkara ini, terdapat teori-teori yang saling tidak kena
dengan faktor kenapa ikan sardin membuat penghijrahan besar-
besaran.

Tajuk Artikel 10: Malayan Colugo

Nama saintifik haiwan viral
ni ialah Galeopterus
variegatus atau lebih
dikenali sebagai Malayan
Colugo boleh dijumpai di
kebanyakan negara Asia
tenggara. Haiwan ni makan
buah dan juga serangga,
boleh mencapai berat
sekitar 1.3 kilogram.

Haiwan yang aktif pada
waktu malam ni boleh
meluncur sejauh 100 meter
dari pokok yang tinggi untuk
mencari makanan. Kulitnya
yang kelihatan seperti
layang layang dikenali
sebagai patagium yang
membantu haiwan ini untuk
meluncur.

Panduan Catatan Nilam.

1. Judul atau tajuk cerita. (Boleh tulis untuk ke semua tajuk
cerita)

2. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Artikel ini merupakan bahan
bukan buku)

3. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Artikel ini di dalam Bahasa
Melayu)

4. Tuliskan 1 untuk ke semua tajuk cerita.
5. Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan anak-anak ialah

mengeja, bercerita semula atau mencari makna perkataan.
(Aktiviti dipilih mengikut kesesuaian tahap penguasaan
murid).

Selamat Membaca.
Terima kasih.

Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19


Click to View FlipBook Version
Previous Book
MyPortfolio
Next Book
DSKP KSSR Semakan 2017 PMz Tahun 3