UNIT 6
OLAHRAGA
ASAS
PJPK Tingkatan 3 KSSM PJ
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk UluTiram, Johor
LARI
B E R PA G A R
LARI BERPAGAR
• Lari berpagar memerlukan
seorang murid untuk
berlari dan melepasi
halangan yang dikenali
sebagai pagar.
• Pagar ini diletak pada jarak
dan ketinggian yang telah
ditetapkan mengikut
kategori pertandingan.
• Semua murid mesti berlari
dalam lorong masing-
masing
LARI BERPAGAR
• Larian akan dibatalkan
sekiranya murid
menjatuhkan pagar dengan
sengaja atau kaki
belakangnya melepasi pagar
dari sisi (di luar pagar).
• Lari berpagar melibatkan
fasa larian, fasa lonjakan,
fasa melepasi pagar dan fasa
mendarat.
FASA LARIAN
• Pada fasa larian, murid berusaha untuk mencapai
kelajuan optimum semasa tiba ke pagar pertama.
• Murid menegakkan badan dengan lebih cepat
daripada atlet lari pecut.
FASA LONJAKAN
• Semasa fasa ini, murid akan berusaha untuk
mendapatkan trajektori yang
meminimumkan ketinggian melepasi pagar.
FASA MELEPASI
PAGAR (KAKI
H A DA PA N )
• Dalam fasa ini, tujuan
utama murid adalah
untuk mengoptimumkan
condongan ke hadapan
dan meminimumkan
masa di udara.
• Condongan badan ke
hadapan disesuaikan
mengikut ketinggian
pagar.
FASA MELEPASI
PAGAR (KAKI
BELAKANG)
• Peranan kaki belakang
semasa fasa lepas adalah
untuk meminimumkan
ketinggian melepasi pagar
dan bersedia untuk
mendarat dengan cepat.
• Semasa melepasi pagar,
kaki belakang ditarik ke sisi
badan dengan paha hampir
selari dengan pagar.
FASA MENDARAT
• Semasa mendarat, seorang
murid perlu bersedia untuk
membuat transisi kepada
lari pecut dengan serta-
merta
L O M PAT
KIJANG
LOMPAT KIJANG
• Acara lompat kijang memerlukan
seorang murid melakukan tiga jenis
lonjakan sebelum mendarat di
kawasan mendarat.
• Ketiga-tiga jenis lonjakan berbeza
lakuan.
• Lonjakan pertama atau melonjak
(hop) dilakukan dengan lonjakan
sebelah kaki dan mendarat dengan
kaki yang sama.
• Lonjakan kedua atau melangkah
(step) dilakukan dengan melonjak
sebelah kaki dan mendarat dengan
kaki yang satu lagi.
LOMPAT KIJANG
• Lonjakan ketiga atau
melompat (jump) dilakukan
dengan melonjak sebelah
kaki dan mendarat di
kawasan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki.
• Lompat kijang melibatkan
fasa lari landas, fasa
melonjak, fasa melangkah
dan fasa melompat.
FASA LARI LANDAS
• Jarak lari landas bergantung pada keupayaan atlet.
• Atlet muda biasanya mengambil 10 hingga 15 langkah.
• Teknik larian sama seperti lari pecut.
• Kekerapan langkah ditambah pada penghujung larian sementara halaju larian
ditingkatkan sepanjang larian.
FASA MELONJAK
• Fasa melonjak meliputi hampir 1/3 jarak
lompatan yang melibatkan aksi melonjak
dan mendarat dengan kaki yang sama.
FASA MELANGKAH
• Objektif fasa ini adalah untuk
menyamakan dengan jangka
masa fasa melonjak dan
mencapai ketinggian lonjakan.
• Fasa melangkah meliputi hampir
1/3 jarak lompatan dan
melibatkan melonjak dan
mendarat dengan kaki yang
berlainan.
FASA MELOMPAT
• Fasa ini adalah untuk
melonjak pada sudut
lonjakan yang optimum.
• Fasa melompat meliputi
hampir 1/3 jarak lompatan
dan melibatkan aksi
melonjak dengan sebelah
kaki dan mendarat dengan
kedua-dua kaki.
L E M PA R
CAKERA
LEMPAR CAKERA
• Lempar cakera ialah salah satu acara
balingan dalam olahraga.
• Murid dikehendaki melempar cakera
dari dalam sebuah bulatan yang
berukur lilit 2.5 meter.
• Lemparan yang sah ialah lemparan
yang mendarat dalam sektor balingan
dan atlet hanya meninggalkan bulatan
lemparan melalui bahagian belakang
setelah cakera mendarat.
LEMPAR CAKERA
• Cakera dilempar dari bulatan yang terletak
dalam sangkar.
• Fasa-fasa dalam melempar cakera ialah
fasa persediaan, fasa kedudukan kuasa, fasa
lemparan dan fasa pemulihan.
• Faktor yang membantu anda untuk
mendapat lemparan yang lebih jauh ialah
ketinggian, sudut dan halaju pelepasan.
SANGKAR
LEMPAR
CAKERA.
CARA MEMEGANG 1
CARA MEMEGANG 2
FASA PERSEDIAAN
FASA
KEDUDUKAN
KUASA
FASA LEMPARAN
FASA
PEMULIHAN
TAMAT