The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Folio PSV bertajuk Seni Ragam Hias ( Alat Permainan Rakyat) Tingkatan 2 dibuat untuk rujukan pelajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ejarafeeq, 2021-01-27 06:23:05

Folio PSV: Seni Ragam Hias Tingkatan 2/2021

Folio PSV bertajuk Seni Ragam Hias ( Alat Permainan Rakyat) Tingkatan 2 dibuat untuk rujukan pelajar.

FOLIO
PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN 2 / 2021

SENI RAGAM HIAS
ALAT PERMAINAN RAKYAT

[ WAU ]

DISEDIAKAN OLEH :
PN. NORHAFIZAH BT MOHD SAMSIRI

KELAS :
2 OPTIMIS

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Pengenalan Wau …….02…….
Biodata Adiguru …….03…….
Maklumat Adiguru …….04…….
Hasil Karya Adiguru …….05…….
Pembuatan Wau Bulan …….06…….

Langkah Pembuatan …….07…….
Wau Bulan

Seni Ragam Hias Wau …….08…….

Penutup …….09…….

01
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

PENGENALAN

~ PERMAINAN WAU ~

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak
beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat
dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah
Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa
permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini
berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang
permainan wau.

Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama
bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi
satu permainan tradisi selepas musim menuai.

Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira
ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah
mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.

Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika
meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar
adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan
kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

02
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

BIODATA ADIGURU

NAMA : ENCIK SHAFIE BIN JUSOH

TARIKH LAHIR : 6 SEPTEMBER 1947

TAHAP PENDIDIKAN : DARJAH 3

BIDANG YANG DICEBURI : KRAF WAU

TAHUN MULA BERGIAT AKTIF : 1973

TAHUN LANTIKAN ADIGURU : 2006

ALAMAT : LOT 799 KAMPUNG PAUH

BADANG, 15350 KOTA BHARU, KELANTAN

03
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

MAKLUMAT ADIGURU

~ SHAFIE BIN JUSOH ~

Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia
10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang dan berhenti sekolah
ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara
sobekan melalui pemerhatian sendiri. Ibu bapanya turut memberi dorongan terhadap minat beliau.

Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau
secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu
serta Kompleks Kota Bharu. Beliau mula menerima tempahan dari pelancong luar negara apabila
dua orang pelancong menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium ketika berusia 22 tahun.
Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari
beliau. Ketika berusia 30 tahun, beliau mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-
syarikat besar serta jabatan kerajaan. Satu keistimewaan beliau ialah sikapnya yang amat merendah
diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau.

04
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

HASIL KARYA ADIGURU

Terkenal dalam dunia seni kraf

Shafie yang kini berusia 74 tahun sudah diiktiraf sebagai pakar
dalam dunia seni kraf pembuatan wau dan permainan rakyat itu
telah “menerbangkan” beliau ke banyak negara iaitu Amerika
Syarikat, Perancis, Jerman, Maldives, Australia, China dan yang
terbaru Turki (2016).

Menurut Shafie yang pernah menjadi duta
Penerbangan Malaysia (MAS), kemahiran beliau
adalah dalam membuat perhiasan dan wau naik (wau
yang diterbangkan) untuk pertandingan dan telah
banyak meraih kemenangan sama ada peringkat
kebangsaan atau antarabangsa.

Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah

Pasir Gudang Kite Festival International Guests

anjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan

peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan

Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta

pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri

Kelantan. Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

05

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

PEMBUATAN WAU BULAN

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang,
kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian
utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk
menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah
satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan
kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja
yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang
belakang.

Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan
bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang
dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi
sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap.
Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak
berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-
bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya
di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.

Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan

diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut

berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan

mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan

angin ketika diterbangkan. 06

Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

LANGKAH PEMBUATAN WAU BULAN

07
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

SENI RAGAM HIAS WAU BULAN

Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada
bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian
ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan
yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz
yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa
adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.

Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau
tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi
menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan
warna yang terang dan corak yang lebih besar
menjadi pilihan. Wau Bulan dikatakan telah bermula
pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut
legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama
Dewa Muda.

Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda
dikatakan merupakan peta daerah yang telah
dikuasainya

Wau bulan dengan elemen bunga dan daun

08
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

SENI RAGAM HIAS WAU BULAN

Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya
adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan
dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu
sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan
wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan
ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan

dinding.

Motif-motif tumbuh-tumbuhan yang biasa
digunakan adalah berasal dari putik bunga,
bunga kembang, dan buah. Penggunaan warna
dan penyerlahan unit pada silat juga dapat
menonjolkan ciri-ciri keindahan pada panel
ukiran. Nilai estetik dalam sebuah ukiran
diambil kira pada keindahan ukiran, konsep,
komposisi, pemilihan bahan, teknik dan
kemasan.

09 Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri

Folio PSV : Seni Ragam Hias Tingkatan 2

PENUTUP

Alat permainan rakyat iaitu wau merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi
unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang
terdapat pada wau tersebut.

Seni ragam hias atau corak yang terdapat pada wau mempunyai nilai astetik yang
tersendiri dan penuh dengan hasil seni halus. Ketelitian dan ketekunan amat diperlukan
dalam menghasilkan seni ragam hias wau. Konsep dan olahan idea pada motif ukiran
juga diperlukan dalam menambah nilai sebuah penghasilan berseni dalam karya ukiran
seni ragam hias.

Kesimpulannya, kita haruslah mengetahui, mengenali, menjaga dan belajar tentang
permainan tradisional yang antara salah satunya adalah alat permainan wau supaya
khazanah negara tidak hilang dek arus kemodenan.

10
Disediakan oleh : Pn. Norhafizah bt. Mohd Samsiri


Click to View FlipBook Version