The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah Fred, 2020-02-06 02:55:28

Tinta Sakura (eBuletin MJII) 2019

eBuletin MJII 2019

BULETIN 2019EDISI JANUARI – DISEMBER 2019
Tinta Sakura

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
Lawatan Kerja Delegasi Bengkel I-Works
Lawatan Kerja oleh SFAM ke MJII
Lawatan Kerja MJII ke Aerodyne
Lawatan 3i Communication Services Sdn Bhd ke MJII
Lawatan Kerja ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Lawatan Kerja ke CEDEC
Lawatan Kerja ke Silterra Malaysia Sdn Bhd
Lawatan Penanda Aras MQS dari UniKL MFI
Lawatan Penanda Aras MQS dari MRSM Serting
Lawatan Penanda Aras 5S dari PBT Pengerang, Johor
Lawatan Penanda Aras STRIM dari Kolej MARA Banting

Perbincangan bersama MPAJ untuk Projek Inovasi
Perbincangan bersama Wakil Fakulti Kejuruteraan, UNMC
Majlis Tandatangan Surat Hasrat
Perbincangan Kolaborasi bersama Symmid Corporation SB
Kolaborasi bersama Sek Men Jalan 4 Bangi
Perbincangan bersama Syarikat FESTECH
Program Kembara Selangor Lestari MJII

Mikrotik Academy
Labview Academy
NanoMITE Centre of Excellence

Program Pembasmian Denggi
Gotong-Royong SRAI Pekan Beranang
Gotong-Royong Membersihkan Masjid Khariah Lenggeng, NS
Kaizen for the Future – Kg Sungai Tiang
Shidou Camp – SMK Cheras, KL
Khidmat Masyarakat di SK Kampung Rinching dan Kolej Vokasional Sepang
Program Penyerahan Waqaf Al Quran di Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah

Slot Do-It (Dimensi Berorientasikan Inovasi dan Teknologi) RTM
Siaran Selamat Pagi Malaysia “RFID Trackker Motorcycle”
Segmen Bernama Radio “ Temubual TVET MARA”
Segmen Bernama Radio “Temubual Remaja Pencetus Inspirasi”
Siaran Selamat Pagi Malaysia “Kebudayaan Jepun di TVET MARA”
Segmen Nasional.fm “ Seni Silat di Kalangan Belia”

Majlis Mandi Minyak PSSGMK MJII
MJII Mathematics Mini Convention 2019
Program Memasak Bubur Lambuk
Iftar Perdan
Majlis Khatam Al-Quran
Sumbangan Hari Raya
Program Havoc Bizz Day
Tanoshi Katsudou Day
MJII Career Day
MJII Educational Trip to Japan
Kejohanan Silat Olahraga Terbuka Kebangsaan

Penyerahan Persijilan APACC
Konvensyen Team Excellence

Pelajar MJII Wakili Malaysia dalam E-Games
Kejohanan Silat Terbuka IPT Pendekar Se-Abad XI
Kejohanan Silat Pemilihan PESAKA Daerah Hulu Langat
Kejuaraan Silat Olahraga Piala Puan Sri Raja Azizah
Kejohanan Kejuaraan Silat Antarabangsa & Silat Seni Asli Terbuka



Tinta Sakura

MJII menerima Lawatan kerja YB Sivarasa Rasiah, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan
Luar Bandar (KPLB) ke MJII Beranang pada 09 Januari 2019. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Yg
Berbahagia Dato' Azhar bin Abdul Manaf selaku Ketua Pengarah MARA, Tn. Hj. Mahzan bin Teh,
Pengarah BKT, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan ahli
pengurusan MARA. Deligasi lawatan kerja ini juga telah dibawa melawat ke Narita Gallery, Robotic
Lab serta beberapa Pusat Kecermerlangan yang terdapat di MJII seperti Nanomite Centre of
Excellent dan LabView Academy.

1

Tinta Sakura

MJII telah menerima lawatan Kerja oleh Delegasi Bengkel I-works Practioners pada 21 Ogos
2019 yang disertai oleh wakil daripada British Council Malaysia dan wakil-wakil daripada
Britain, India, Ghana dan South Africa serta wakil daripada KKTM Masjid Tanah dan Bahagian
Kemahiran dan Teknikal. Tujuan utama adalah bagi mempelajari program yang ditawarkan

dan melihat fasiliti MJII di samping melihat kebudayaan Jepun di MJII.

2

Tinta Sakura

13 Disember 2019 - Lawatan Kerja oleh Deligasi (CTEVT) and Sakchyamta
Project, Nepal seramai 11 orang yang diketuai oleh Mr. Mahesh Bhattarai,
Pengarah (Bahagian Khidmat Pengurusan CTEVT) yang disertai juga oleh
wakil daripada Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) ke MARA-Japan
Industrial Institute. Tujuan utama adalah bagi mempelajari program yang
ditawarkan oleh MARA/BKT, mempelajari sistem pembelajaran yang
digunapakai dan melihat fasiliti MJII di samping melihat kebudayaan Jepun
di MJII dan aktiviti ko-kurikulum iaitu Kejohanan Silat Olahraga Terbuka
Kebangsaan 2019 yang berlansung di MJII pada ketika itu.

3

Tinta Sakura

22 Julai 2019 - Lawatan kerja oleh SFAM yang
terdiri daripada MIMOS Semiconductor (M) Sdn
Bhd (MSSB), ON Semiconductor Malaysia Sdn
Bhd dan Malaysian Investment Development
Authority (MIDA) (Subsidari kepada Go Auto
Group) ke MJII bagi mempelajari program yang
ditawarkan dan melihat fasiliti MJII
terutamanya fasiliti Cleanroom di bawah
seliaan Jabatan Mikroelektronik.
Pihak MJII akan memohon sebagai ahli
bersekutu di dalam SFAM sebagai satu
usahasama membangunkan perindustrian
semikonduktor dan nanoteknologi serta juga
dalam menubuhkan satu lagi Pusat
Kecemerlangan Industri (IcoE) di MJII iaitu
NanoMiTe @ MJII.

23 Mei 2019 - Seramai 10 orang wakil daripada MJII telah membuat lawatan kerja ke Aerodyne
Group bagi melihat fasiliti dan membincangkan peluang-peluang kolaborasi dan usaha sama di
antara MJII dan pihak Aerodyne Group. Aerodyne Group merupakan syarikat antarabangsa yang
memberikan perkhidmatan solusi kejuruteraan berteraskan teknologi dron.

4

Tinta Sakura

4 April 2019 - Perbincangan Mengenai

Program Jalinan Kerjasama Antara

Jabatan Data Transmisi & Rangkaian

dari MJII bersama Jabatan Teknologi

Maklumat & Komunikasi dan Jabatan

Elektrik & Elektronik dari Kolej

Vokasional Port Dickson bertujuan

mengenalpasti bentuk program

kerjasama yang boleh dilaksanakan

serta perkenalan mengenai

pertubuhan Akademi Mikrotik di MJII

dan khidmat yang boleh ditawarkan

oleh akademi ini kepada pihak Kolej

Vokasional Port Dickson.

3 April 2019 - Lawatan 3i Communications Services
Sdn Bhd ke MJII oleh Wakil daripada 3i
Communications Services Sdn Bhd, En Mohd Nazir A
Rahman telah membuat lawatan ke MJII bagi
mempelajari lebih lanjut mengenai program-
program yang ditawarkan serta fasiliti di MJII
terutamanya dari Jabatan Tranmisi Data &
Rangkaian.

17 April 2019 - Lawatan Kerja ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping bagi melihat
fasiliti dan dan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan kolaborasi dan perlaksanaan
usaha sama di antara MJII dan pihak Bahagian Kejuteraan Mikroelektronik ADTEC Taiping.

5

Tinta Sakura

18 April 2019 - Seramai 8 orang wakil daripada MJII telah membuat lawatan kerja ke CEDEC
bagi melihat fasiliti dan dan membincangkan peluang-peluang kolaborasi dan usaha sama di
antara MJII dan pihak CEDEC melibatkan kerjasama dalam pengkongsian fasiliti dan kepakaran
terutamanya dalam reka bentuk dan susun atur litar bersepadu (IC).

18 April 2019 - Lawatan Kerja ke Silterra Malaysia Sdn Bhd, Kulim untuk melihat fasiliti dan
membincangkan peluang-peluang kolaborasi dan usaha sama di antara MJII dan pihak Silterra
Malaysia Sdn Bhd. yang merupakan syarikat semikonduktor dimiliki oleh Khazanah Nasional
adalah ditubuhkan sebagai projek kepentingan nasional yang strategik untuk mempromosikan
pembuatan semikonduktor.

6

Tinta Sakura

MJII telah menerima lawatan penanda aras MQS daripada 25 orang staff dan pelajar dari UniKL
MFI pada 24 April 2019. Lawatan ini bertujuan sebagai persediaan dan rujukan perlaksanaan
Persijilan MQS oleh UniKL MFI kelak. Lawatan ke perpustakaan, asrama dan cafe telah diadakan
bagi menjelaskan tatacara audit yang dijalankan di MJII. Diharapkan informasi yang dikongsi oleh
pihak MJII dapat membantu pihak UniKL MFI bagi memperoleh persijilan MQS.

20 Disember 2019 - Seramai 20
orang staf MRSM Serting yang
terdiri daripada ahli pengurursan
iaitu 2 orang Timbalan Pengetua
dan JK MQS MRSM Serting telah
terlibat dalam lawatan ini. Antara
tujuan lawatan ini adalah untuk
melihat pelaksanaan MQS yg
dijalankan di MJII serta memberi
pendedahan dan pengalaman
kepada mereka.

7

Tinta Sakura

MJII telah menerima satu lawatan penandaarasan 5S dari PBT Pengerang, Johor pada 10 Julai
2019. Ia merupakan persiapan audit 5S yang mereka akan hadapi pada bulan Oktober 2019.
Taklimat oleh pengarah, sesi perkongsian 5S dan lawatan sekitar MJII telah dilakukan.

Lawatan Penanda Aras Strim
oleh Kolej MARA Banting pada 17
Jan 2019
MJII telah menerima lawatan
penanda aras STRIM daripada 6
orang staff Kolej MARA Banting.
Lawatan ini bertujuan sebagai
persediaan dan rujukan
perlaksanaan Persijilan STRIM
oleh Kolej MARA Banting kelak.

8

&

9

Tinta Sakura

3 Jan 2019 - Wakil dari
Jabatan Kesihatan, Alam
Sekitar dan Penjaja , MPAJ
iaitu Mohd Faridz bin
Mokhtar telah membuat
lawatan kerja ke MJII bagi
membincangkan dengan
lebih lanjut berkenaan salah
satu projek inovasi MJII.
MPAJ bercadang bagi
mengadakan Penyelidikan
Bersama (Joint Research)
dalam membangun Mesin
Fogging Mobil serta
bercadang membangunkan
projek lain-lain bersama
MJII.

Perbincangan bersama wakil daripada Fakulti Kejuruteran, UNMC yang
terdiri daripada Prof. Dr. Haider, Dr Bell, Dr Nanda dan Dr Anandan untuk
membincangkan status Pemetaan Matapelajaran dan Memorandum
Persefahaman (MoU) di antara MJII dan UNMC telah diadakan pada 16 Jan
2019. Selain itu, potensi kolaborasi lain seperti jalinan kerjasama di antara
majlis perwakilan pelajar (MPP), perkongsian fasiliti dan kepakaran serta
program lain-lain turut dibincangkan.

Majlis Tandatangan Surat Hasrat antara MJII dan AR Football Academy (ARFA)
pada 29 Januari 2019. Majlis ini diadakan selaras dengan hasrat MJII dan
ARFA untuk mengukuhkan jalinan kerjasama diantara kedua-dua pihak.
Lapan (8) perkara telah dipersetujui untuk kerjasama yang pastinya akan
memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, antara yang utama ARFA boleh
memohon menyewa fasiliti dengan kadar caj tertentu manakala MJII boleh
mendapat kepakaran kejurulatihan dan konsultansi bagi menganjurkan
sukan bola sepak. Kerjasama ini juga adalah sebagai memenuhi
tanggungjawab sosial korporat MJII.

Mesyuarat Perbincangan Kolaborasi bersama Symmid
Corporation SB pada 30 Jan 2019 bersama wakil daripada
Fakulti Kejuruteran, UNMC yang terdiri daripada Mr Ahmed
Saad (CEO), Mr Timmy (VP of Operational) Mr Ken Hoo (VP
of Sales & Marketing) bagi membincangkan potensi
kerjasama di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam
bidang IC Design dan Layout.

10

Tinta Sakura

Kolaborasi Antara MJII dengan Sekolah Menengah Jalan 4 Bangi dijalankan pada 23 April
di mana pihak Sekolah Menengah Jalan 4 telah memohon kepakaran pihak MJII untuk
membangunkan robot F.A.R.M (fertilizing agriculture robot machine) ke 2 pertandingan
iaitu "International of young scientist 22-23 April 2019 dan"Begin challenge UM" 24 April
2019. Alhamdulillah, Team Inovasi STEM JESS mendapat 2 Gold, 2 Silver dan 3 Bronze
dalam International Conference of Young Scientists (ICYS) 2019

Perbincangan MJII bersama Syarikat FESTECH 11 April 2019 bertujuan
untuk menubuhkan Industrial Centre of Excellent(ICoE) Robotic di MJII.
Perbincangan merangkumi kerjasama dan pertukaran kepakaran
antara kedua pihak bagi merealisasikan hasrat MJII bagi penubuhan

.sebuah lagi ICoE di MJII Beranang

11

Tinta Sakura

PROGRAM
KEMBARA
SELANGOR
LESTARI MJII

(KSLM)

19 Okt 2019

Program kembara Selangor Lestari MJII (KSLM) yang dianjurkan ini merupakan program anjuran MJII dan Team
Selangor (di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Program ini bertujuan untuk membersihkan 10 buah tandas awam yang terletak di sekitar Hulu Langat. Dalam
pada itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada semua peserta dan orang ramai tentang
tanggungjawab menjaga kebersihan kemudahan awam adalah tanggungjawab bersama.

12



Tinta Sakura

MJII merupakan satu-satunya Pusat MikroTik yang diiktiraf di
kalangan institusi MARA (IPMa) yang menawarkan kursus
sistem rangkaian menggunakan platform MikroTik
(RouterBoard) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Ia telah menjadi teknologi penting dan pembangunan kursus
akademik bagi MJII, selaras dengan objektif MARA. Akademi ini
juga menyokong kerajaan dalam membangunkan pekerja
mahir dan sumber manusia dalam bidang Sains, teknologi,
Kejuruteraan dan mathmetics (STEM).

14

Tinta Sakura

PENINGKATAN KEMAHIRAN L
A
C T
S I
R H
A
N

PROFESIONAL
(MTCNA)

15

Tinta Sakura

MARA- Japan Industrial Institute (MJII) membuat satu langkah ke
hadapan, dalam memperkasakan pembangunan kurikulum dan
sukatan pelajaran dengan menggabungkan teknologi terkini dan
industri selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa.
Sehubungan dengan itu, MJII mengambil inisiatif untuk menjadi
Pusat Kecemerlangan (CoE) melalui penubuhan LabVIEW
Academy.

Program LabVIEW Academy menyediakan institusi akademik
dengan pakej kurikulum yang menyokong kedua-dua kursus kredit
dan. Non-kredit. LabVIEW Academy merupakan platform untuk
sesiapa sahaja bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
perisian LabVIEW melalui sebuah institusi akademik sepanjang
semester. Selepas menamatkan program ini , pelajar mempunyai
pengetahuan dan kemahiran menggunakan alat-alat serta peluang
untuk menduduki peperiksaan Certified LabVIEW Associate
Developer (CLAD) / National Instrument (NI) Badging.

16

Tinta Sakura

Jan Permohonan Feb Mendapat Apr MOU
2014 penubuhan 2017 kelulusan 2017 signing
LabVIEW academy
Majlis 05 06
ke BKT MARA Aug
2 orang pensyarah 2017
04
mendapat
persijilan CLAD

01 02 03

Pemurniaan Sep Mendapat Mar 3 orang
silibus 2016 kelulusan 2017 pensyarah
kursus mendapat
Majlis persijilan
Bersama MARA
National CLAD
Instrument

Terdapat banyak manfaat yang diperolehi menerusi penubuhan
LabVIEW Academy antaranya adalah dapat melengkapkan pelajar
untuk akses kepada alat standard industri yang boleh digunakan
dalam kelas, makmal, dan lain-lain. Selain itu juga, melalui
pengiktirafan LabVIEW Academy, institusi akan menerima
pengiktirafan secara rasmi daripada (National Instuments) ni.com
kerana menjadi LabVIEW Academy yang mana membolehkan
institusi untuk mendapat akses kepada kurikulum LabVIEW Teras 1
dan 2 yang dikhaskan untuk kepentingan industri di samping program
LabVIEW Academy ini hanya boleh dikendalikan oleh pendidik
Profesional (Certified Trainer) yang mempunyai pengalaman dan sijil
CLAD yang disahkan.

Manakala manfaat bagi pelajar pula , pelajar dilengkapkan dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk belajar mengaturcara dan
aplikasi perisian LabVIEW. Secara tidak langsung , ia dapat memberi
nilai tambah kepada resume mereka dengan kelayakan Sijil CLAD
yang diiktiraf oleh industri dan para penyelidik.Melalui LabVIEW
Academy, institusi dan pelajar dapat mengembangkan rangkaian
mereka (social network) yang menghubungkan dengan komuniti
pelajar-pelajar, fakulti/institusi dan golongan profesional lain yang
menggunakan aplikasi LabVIEW.

17

Tinta Sakura

Cleanroom 1000 (ISO-6) MJII telah siap dibina pada
tahun 2016. Dilengkapi dengan kemudahan yang
canggih, ia telah berjaya digunakan untuk faedah pelajar
MJII dengan memberikan mereka latihan praktikal yang
sangat baik dalam mikro-elektronik dan Nanoteknologi.

Ia telah menjadi teknologi penting dan pembangunan
kursus akademik bagi MJII, selaras dengan objektif
MARA dan kerajaan dalam membangunkan pekerja
mahir dan sumber manusia dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Makmal Cleanroom pada masa ini direka untuk kursus
Integradted Circuit (IC) khusus kepada empat bahagian:

• IC Design and Layout
• IC Fabrication and Process
• IC Assembly and Packing Process
• IC Measurement and Fault Analysis

18

Tinta Sakura

NanoMITE Centre of Excellence MJII juga menyediakan perkhidmatan atas permintaan
seperti berikut :
• Nano-coatings
• Microfabrication
• Training & Workshop
• Basic and advanced Cleanroom Course

• Menyediakan kursus latihan lanjutan di dalam Micro-nanofabrication, Packaging
Assembly dan failure analysis untuk pelajar dan penyelidik.

• Memastikan penyediaan latihan dan kepakaran sumber manusia dalam
mengendalikan kemudahan makmal Cleanroom dan alam sekitar.

• Untuk menggalakkan penyelidikan dan kolaborasi bersama industrI yang
melibatkan Mikroelektronik, Nanoteknologi dan teknologi Cleanroom.

19



Tinta Sakura

Tarikh : 19 Februari 2019
Tempat : Masjid Rinching Hulu
Anjuran : Kesatria MJII, Qariyah
Masjid Rinching Hulu dan NGO
Team Selangor

Tarikh : 16 Mac 2019

Tempat : SRAI Pekan Beranang
Anjuran : Kesatria MJII, PIBG dan

guru SRAI Pekan Beranang.

Tarikh : 24 Mac 2019
Tempat : Masjid Khairiah Lenggeng, Negeri Sembilan
Anjuran :Ahli Jawatankuasa Masjid Khairiah Lenggeng
dan pelajar MJII

21

Tinta Sakura

KAIZEN FOR THE FUTURE – KG SUNGAI TIANG

23 – 24 MAC 2019 Program khidmat masyarakat ‘Kaizen for the future’ dijalankan
selama 2 hari ini merupakan program yang dirancang oleh pelajar kelab kesatria MJII
yang diketuai oleh Sdr Lukman dan telah mendapat kerjasama dari pihak JAKOA
Jerantut serta pihak JKKOA Sg. Tiang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang
tempoh 2 hari berkampung di sana. Antaranya adalah program gotong royong
membuat laluan jungle trekking dan penanaman pokok di pusat rekreasi Kg Sungai
Tiang. Selain itu, turut diadakan program rewang bagi menyediakan juadah makan
malam dan makan tengah hari untuk penduduk Kg Sungai Tiang bertujuan
mengeratkan hubungan ukhwah sesama pelajar dan penduduk kampung. Pada hari
kedua, aktiviti dimulakan dangan program senaman taiso bersama kanak-kanak orang
asli. Seterusnya bengkel membuat sushi dan juga sukaneka dijalankan. Para peserta
juga mengajar dan bermain dengan kanak-kanak orang asli tentang "Fun english".
Program yang berlangsung ini amat baik kerana dapat mendedahkan pelajar tentang
kehidupan orang asli serta melatih pelajar mengendalikan program. Selain itu, para
pelajar juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan komunikasi.

5 – 6 APRIL 2019 Program khidmat masyarakat ‘Shidou Camp’ diadakan di SMK Cheras,
Kuala Lumpur. Program anjuran pelajar MJII dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar
dengan aktiviti khidmat masyarakat.

SHIDOU CAMP – SMK CHERAS, KL

22

Tinta Sakura

KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN DKC DI
SK KAMPUNG RINCHING

22 April 2019 - Program khidmat masyarakat ini dianjurkan oleh

Jabatan Electronics Measurement & Control (DKC) untuk mengajar
murid-murid di SK Kampung Rinching dalam subjek Sains tahun 5 bagi
topik litar sesiri dan selari. Program ini bertujuan bagi membantu murid-
murid ini dalam memahami konsep dan aplikasi litar sesiri dan selari.
Seramai 4 orang pensyarah daripada subjek Electrical Circuit beserta 12
orang pelajar dari kelas Subarashi DKC telah membangunkan terlebih
dahulu 12 kit pembelajaran sesiri dan selari untuk diberikan kepada
pihak sekolah sebagai alat bantu mengajar untuk murid-murid. Semasa
perlaksanaan pembelajaran, seramai 10 orang pensyarah/staff dan dua
orang pelajar daripada jabatan DKC telah memberi tunjuk ajar dan
demonstrasi kepada murid-murid di dalam penggunaan litar
pembelajaran ini. Murid-murid diberikan masa menjalani latihan amali

secara berkumpulan dan penilaian untuk pengukuran
pemahaman.

KHIDMAT MASYARAKAT UNIT
PENTADBIRAN

22 April 2019 - Pengagihan sumbangan hari raya

dalam bentuk barangan keperluan dan wang hasil
daripada kutipan dari orang ramai telah diagihkan
kepada beberapa individu dan organisasi yang
memerlukan di sekitar Beranang. Semoga dengan
sumbangan ini dapat meringankan beban bagi
menyambut kedatangan Syawal.

KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN
DKR DI KOLEJ VOKASIONAL
SEPANG

17 Julai 2019 - Program khidmat masyarakat ini

lanjutan daripada program jalinan kerjasama antara MJII
dan Kolej Vokasional Sepang yang mana Mikrotik
Akademi menawarkan khidmat penambahbaikan

infrastruktur internet dalam memantapkan
capaian internet di KV Sepang dengan
pemasangan WiFi & LAN di bilik guru, makmal
dan kelas dengan kerjasama dengan
pensyarah dan pelajar dari Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi KV Sepang.

23

Tinta Sakura

KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN
PENGAJIAN AM

17 Ogos 2019 - Satu bengkel MUET (modul 800/4) telah
dikelolakan oleh pelajar (Anis Zahirah, DKR), Unit Bahasa
Inggeris & Pn Norhidayah (Unit Pengajian Islam) bagi
membantu pelajar-pelajar MJII yang ingin menduduki
peperiksaan MUET. Program ini diadakan secara percuma dan
seramai 13 orang pelajar telah hadir ke bengkel ini.

PROGRAM PENYERAHAN WAQAF AL QURAN MJII DI MAAHAD TAHFIZ
TARBIAH AL UMMAH BATU KURAU PERAK

23 Disember 2019 -
Jawatankuasa CSR MJII telah
merangka Program Waqaf Al-
Quran MJII untuk membantu
pelajar tahfiz dan sekolah
agama yang memerlukan Al-
quran. Program Waqaf Al-Quran
telah mula berjalan pada bulan
Ramadhan yang lalu dan
berakhir pada bulan julai 2019.
Seramai 120 orang pelajar
Maahad Tahfiz Tarbiah Al
Ummah (Maahad TVET) telah
dipilih sebagai penerima Waqaf
Al-Quran.

JABATAN DKR DI KOLEJ
VOKASIONAL SEPANG

KHIDMAT MASYARAKAT
KESATRIA (STREET
DAKWAH)

31 Disember 2019 - Jawatankuasa CSR
Kesatria telah bekerjasama dengan Program
Street Dakwah anjuran Jais dengan Masjid
Rinching. Program Street Dakwah bermula jam
1030 malam iaitu selepas solat isyak di Surau

MJII dimulai dengan sesi penerangan oleh pihak Masjid Rinching dan kemudian bergerak ke Dataran Mohd Said
untuk melaksanakan Program Street Dakwah. Seramai 35 orang pelajar dari kesatria telah hadir dalam
menjayakan aktiviti khidmat masyarakat ini..

24



Tinta Sakura

19 APRIL 2019

Satu penggambaran telah dijalankan oleh pihak RTM menerusi slot Do-It (Dimensi Berorientasikan Inovasi
dan Teknologi) telah diadakan untuk mengenalpasti 1 teknologi @ projek inovasi pelajar dan pensyarah MJII
yang boleh diketengahkan untuk memberi impak positif terhadap TVET MARA sekaligus mempromosikan
MJII ke masyarakat luar dan industri.

5 ogos 2019

Siaran Selamat Pagi Malaysia mengenai bual
bicara pensyarah dan pelajar MJII menghasilkan
inovasi ‘RFID Tracker Motorcycle’.

26

Tinta Sakura

24 OKTOBER 2019

Segmen Jom Dengarkan dari Bernama Radio telah
menjemput tetamu MJII bagi temubual TVET MARA. Tetamu
yang dijemput Pengarah MJII, Pn. Hjh Zarinah Zarinah dan
Pelajar MJII, saudara Mohamad Nazif Bin Mohammad Sobri.

TEMUBUAL REMAJA PENCETUS INSPIRASI – BERNAMA RADIO

10 DISEMBER 2019

Saudara Muhammad Syubli dan saudari Anisah Mardhiyyah merupakan pelajar MJII dan juga
wakil pelajar ke Vietnam di jemput menjadi tetamu di Bernama Radio bagi membicarakan topik
‘Remaja Pencetus Inspirasi’.

27

Tinta Sakura

15 DISEMBER 2019

Kumpulan Chikara No Faita telah dijemput menjadi tetamu dalam Segmen ‘Selamat Pagi
Malaysia’ di RTM bagi berkongsi maklumat tentang amalan "Kebudayaan Jepun di TVET
MARA“.

16 DISEMBER 2019

Segmen ‘Nak Tanya Apa’ telah menjemput wakil MJII iaitu En. Mohd Asiq Hamdi, pensyarah MJII,
Saudari Aina Batrisyia Mohamad Alias dan Muhammad Azeem Mahdi, pelajar MJII bagi
membicarakan topik “Seni silat di kalangan belia”. Mereka turut berkongsi pengalaman serta
penglibatan dalam dunia seni silat.

28

PENGANJURAN
PROGRAM
DAN

AKTIVITI PELAJAR

Tinta Sakura

9 MAC 2019

Majlis Mandi Minyak yang diadakan adalah
program kerjasama Kelab Silat PSSGM
Kebangsaan MJII, Kelab Pencak Silat MJII, Majlis
Gurulatih Negeri Selangor(MGLN) dan Majlis
Lembaga Adat Negeri Selangor (MLAN) diketuai
oleh Saudara Muhammad Syahril Adib bin
Mohd Shaharuddin selaku Pengarah program.
Program ini mendapat sambutan yang
menggalakkan dengan penyertaan 150 orang
pesilat daripada 8 cawangan (12 gelanggang).
Majlis turut dihadiri oleh Dato' Adiwijaya Bin
Abdullah (YDP Kebangsaan), En. Hamzah Bin
Tajuddin

(Timbalan YDP Negeri Selangor merangkap Pengerusi Majlis Lembaga Adat Negeri Selangor), Tuan Haji
Rasol bin Hj Abdul Ghani (Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor)
dan En. Muhammad Hanafi Bin Jalalludin (Ahli Majlis, MPKJ). Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian
sandang yang membawa gelaran Mahkota Cula Pelangi kepada Pn. Hajah Zarinah binti Idrus, sandang
Mahkota bintang pelangi kepada En. Mohd Azkamal bin Hj Muhaini dan sandang Seri Pelangi kepada En.
Mohd Asiq bin Hamdi. Majlis ini mendapat tajaan dan sumbangan daripada PSS Unit Matematik MJII telah
mengadakan Mini Konvensyen Matematik melibatkan kesemua pelajar semester 1,2 Dan 3.
Pembentangan yang dibuat oleh pelajar adalah berkenaan aplikasi matematik dalam pelbagai bidang GM
MJII, Fusion Stunt Studio, Western Grill MJ, Restoran Uncle Din's Biryani House dan syarikat serta orang
persendirian.

1-2 April 2019

Unit Matematik MJII telah mengadakan Mini Konvensyen Matematik
melibatkan kesemua pelajar semester 1,2 dan 3. Perbentangan yang
dibuat oleh pelajar adalah berkenaan aplikasi Matematik dalam pelbagai
bidang. Program ini juga merupakan pendekatan alternatif bagi menilai
kemahiran dan sahsiah pelajar secara langsung. Sekaligus, membentuk
keberanian pelajar dalam menyampaikan ilmu yang telah difahami.

30

Tinta Sakura

16 Mei 2019 - Program gotong royong memasak bubur lambuk ini melibatkan staf dan pelajar sem 1 MJII dari
pukul 8pg hingga 5 ptg bertempat di Cafeteria MJII. Sebanyak 1200 bungkus bubur lambuk yang telah siap
dimasak telah diedarkan semasa jamuan Iftar Perdana pada hari yang sama.

24 Mei 2019 - Majlis Khatam al-quran ini dijalankan bagi
meraikan pelajar dan staf yang mengambil bahagian dalam
program Tadarrus al-quran disepanjang bulan Ramadhan 1440H.

16 Mei 2019 - Program Majlis Iftar 3 Jun 2019 – Agihan sumbangan diberikan ke rumah Penjagaan
Perdana MJII kali ini yang diadakan Orang tua Norhasanah, Beranang, Golongan Asnaf Pangsapuri
bertujuan untuk mengeratkan hubungan Mutiara, Beranang dan Pusat Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Beranang.
silatrurrahim antara staf dan pelajar MJII
bagi meraikan Ramadhan bersama-

sama.

31

Tinta Sakura

16 JULAI 2019

18 JULAI 2019

TANOSHI KATSUDOU DAY

21 OGOS 2019

32

Tinta Sakura

MJII EDUCATIONAL TRIP TO JAPAN 2019

22 - 27 Nov 2019

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar MJII tentang budaya masyarakat Jepun
sebenar, melihat dan mempelajari teknologi dalam industri Jepun, mempelajari sejarah negara
Jepun serta melakukan aktiviti kemasyarakatan (CSR). Secara ringkasnya, lawatan educational ini
menggabungkan elemen budaya, tradisi, teknologi, industri, sejarah dan aktiviti CSR. Lawatan ke
kilang kereta Subaru dan aktiviti CSR pengumpulan sampah 'gomi hiroi' merupakan aktiviti utama
yang memberi impak yg penting dlm lawatan educational ini.

33

Tinta Sakura

KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA TERBUKA KEBANGSAAN 2019

12-15 DISEMBER 2019

Kejohanan silat ini disertai oleh 29 pasukan dari seluruh negara yang melibatkan 400 peserta.
Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini melibatkan 5 kategori yang dipertandingkan iaitu
Tunas Harapan, Pra Dini, Dini, Pra Remaja dan Jemputan IPMa. Saudara Izzul Fahmi merupakan
Pengarah Program Kejohanan dan dibantu oleh Jawatankuasa dari Kelab Pencak Silat MJII.
Pasukan MJII yang dibimbing oleh Cikgu Asyraf Bazli dan Sensei Asiq Hamdi telah dinobatkan
sebagai Juara Keseluruhan bagi kategori Jemputan IPMa dengan memenangi 13 pingat emas, 6
pingat perak dan 6 pingat gangsa. Pesilat puteri MJII iaitu Saudari Alia Husna dinobatkan sebagai
Pesilat Puteri Terbaik bagi kategori Jemputan IPMa. Pasukan MJII Junior Faita yang disertai oleh
10 orang anak-anak staf MJII yang berusia 5 - 15 tahun pula memenangi Juara Keseluruhan bagi
kategori Tunas Harapan. Kejohanan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pelapis pesilat
negara pada masa akan datang. Kejohanan ini juga bakal dijadikan sebagai acara tahunan.

34



Tinta Sakura

4 MARCH 2019

Majlis Penyerahan Sijil APACC kepada Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Hjh
Zarinah Binti Idrus oleh Presiden Asia Pacific Accreditation Certification and Commission
(APACC), Dr Ramhari Lamichanne. Penyerahan sijil ini bersempena penganugerahan “GOLD
Level Accreditation Status” menerusi penilaian audit APACC pada tahun 2018. Presiden APACC
turut dibawa melawat ke fasiliti MJII. Tahniah kepada warga kerja MJII yang telah bertungkus-
lumus menjayakan audit APACC pada 2018.

Kumpulan Quartz melalui Lean
Management Committee telah mengorak
langkah untuk menyertai Konvensyen
Team Excellence peringkat Regional iaitu
RTEx wilayah Tengah yang diadakan di
Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Masih mengekalkan projek yang sama

iaitu SUFO2.0, Kumpulan Quartz juga

telah melakukan beberapa

penambahbaikan. Diwakili oleh 4 orang

pensyarah MJII, Kumpulan Quartz telah

berjaya merangkul Emas pertama team

pada konvensyen kali ini. Konvensyen ini

turut disertai oleh 112 Team Excellence

dari pelbagai bidang seluruh negara.

36



Tinta Sakura

11 APRIL 2019 PELAJAR MJII WAKILI MALAYSIA DALAM E-GAMES

Pelajar MJII Ahmad Danial Haiqal Bin Abdul
Rahman akan mewakili Malaysia dalam
pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019
yang akan berlangsung di Shanghai, China pada
1 Mei - 2 Jun 2019 bersama pasukan beliau VIP

Squad. Beliau adalah pelajar
Bidang Robotik & Automasi
MJII dalam semester 3.
Selepas berhempas pulas
selama empat minggu
bertarung dalam liga Asia
Tenggara PUBG Mobile Club

Open (PMCO) Fall Split di Shanghai, China, dua
pasukan Malaysia, ViP Squad dan Yoodo Gank
berjaya melayakkan diri ke saringan seterusnya
iaitu kejohanan Asia Tenggara di Bangkok,
Thailand pada 2 - 3 November 2019.

6 – 9 Nov 2019 18 Ogos 2019

1 GOLD 4 SILVER 3 BRONZE 3GOLD 2 SILVER 3 BRONZE
Kejohanan Silat Terbuka IPT Pendekar Se-
Abad XI & Jemputan Antarabangsa 2019 Kejohanan Silat Pemilihan PESAKA Daerah
Hulu Langat
12 Nov 2019
25-30 Nov 2019

3 BRONZE 3 BRONZE

Kejuaraan Silat Olahraga Piala Puan Sri Raja Kejohanan Kejuaraan Silat Antarabangsa &

Azizah. Silat Seni Asli Terbuka

38

MARA-Japan Industrial Institute
Lot 2333 Jalan Kajang-Seremban,
43700 Beranang
@MJIIBeranang


Click to View FlipBook Version