The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah Fred, 2020-10-29 22:07:33

Buku Panduan Pelajar MJII BERANANG

Buku Panduan Pelajar MJII BERANANG

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

3.4 Program

Program Diploma Kejuruteraan ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada
bidang-bidang pengkhususan seperti:
 Mikroelektronik
 Sistem Terbenam
 Robotik & Automasi
 Transmisi Data & Rangkaian
 Pengukuran Elektronik & Kawalan
Di sepanjang tempoh pembelajaran, para pelajar akan mengikuti kuliah,
melaksanakan tugasan, mengikuti lawatan ke industri, melaksanakan kerja-
kerja amali, menyiapkan Projek Akhir dan menjalani latihan di industri.

3.4.1 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (MIKROELEKTRONIK)
MQA/FA 1060

Keterangan program

Program diploma kejuruteraan ini berkaitan dengan pengecilan
komponen elektronik. Ia menumpukan kepada rekabentuk, pengujian
litar mikro atau litar bersepadu (IC). IC digunakan dengan meluas di
dalam komputer, peralatan telekomunikasi, produk audio-video dan
produk elektronik lain.
Bidang kejuruteraan ini menyediakan permintaan yang tinggi terhadap
pereka litar dan ruang yang diperlukan di dalam bidang nanoteknologi
dan bidang yang berkaitan dengan pembuatan dan pemasangan
komponen elektronik, jualan, rekabentuk, pembanguna produk,
pengujian dan perkhidmatan.
Program ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:
 IC Layout Techniques
 IC Fabrication Process
 IC Assembly and Packaging Process
 IC Measurement and Failure Analysis

47

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Struktur Kurikulum COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
WEEK
YEAR SEM NO CODE
5
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 3 4
Discipline Core 2 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 3
Common Core 2 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals 3 2
Compulsory 2
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 2
Compulsory 2
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 28
1 Compulsory 1 2
18 2
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 2 3
6 Discipline Core 1 4
Discipline Core 2 4
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 5
Common Core 2 5
7 DUE10062 English For Communication 3 30
Compulsory 3 58
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 18
36 HOUR /
1 WEEK

9 DFV20113 Analogue Electronic 1 5
5
10 DFV21123 Electrical Technology 5
5
11 DFV20133 C Programming 4
2
12 DFV20143 Physics 3
2 29
5
13 DUM20132 Engineering Mathematics 2 5
5
14 DUJ21013 Japanese Language 2 3
2
15 DUY21041 Co-Curriculum 2 2
2
TOTAL 24
53
YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT
3 Discipline Core HOUR /
1 DFM30113 IC Design Discipline Core 3 WEEK
2 DFV30123 Feedback Control System Discipline Core 3
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 2
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 18 17
2 DFM40113 IC Fabrication Process Discipline Core 3
8 Discipline Core 3 17
DFV40113 Programmable Logic Controller Discipline Core 3
Common Core 2
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System 2
Compulsory 2
10 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2
4 17
35
11 DUB51052 Digital Enterprise

12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT
3
5 1 DFM50113 IC Assembly and Packaging Process Discipline Core 3
3 2 DFM50123 IC Failure Analysis Discipline Core 4
3 DFV51144 Final Year Project Discipline Core
4 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory
DUN30052 Murni Compulsory 12
10
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 22

TOTAL

48

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

3.4.2 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA &
RANGKAIAN) MQA/FA 1059

Keterangan program

Program diploma kejuruteraan ini menawarkan kursus asas berkaitan
prinsip komunikasi dalam sistem analog dan digital. Selain itu, pelajar
juga didedahkan dengan pelbagai jenis rangkaian komunikasi serta
pelbagai medium penghantaran isyarat data. Prinsip serta asas sistem
komunikasi mudah alih juga diperkenalkan seiring dengan kemajuan
dalam teknologi komunikasi mudah alih, seperti 1G, 2G (GSM) dan 3G
(CDMA200).

Bidang kejuruteraan ini menawarkan peluang kerjaya yang sangat luas
dam industri telekomunikasi serta teknologi maklumat di samping
menceburi bidang keusahawanan.

Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:

 RF and Microwave

 Mobile Communications

 Basic Networking

 Data Transmission and Network Protocols

 Fibre Optic Communiation Technology

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 3
Discipline Core 2 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 4
Common Core 2 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals 3 3
Compulsory 5
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 2
Compulsory 2
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1 Compulsory 1 2
18 28
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 2 2
6 Discipline Core 1 2
Discipline Core 2 3
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 4
Common Core 2 4
7 DUE10062 English For Communication 3 5
Compulsory 3 5
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 18 30
36 58
1

9 DFV20113 Analogue Electronic 1

10 DFV21123 Electrical Technology

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

49

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFN30113 Data Communication and Network Discipline Core 3
2 DFV30133 Communcation Principles Discipline Core 3 5
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 18 3
2 8 DFN40112 Fibre Optic Communication Technology Discipline Core 2 29
Discipline Core 3 3
9 DFN41123 Basic Networking Discipline Core 3 5
Common Core 2 5
10 DFV40153 Microcontroller and Embeded System 2 3
Compulsory 2 2
11 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 16 2
34 22
12 DUB51052 Digital Enterprise 51

13 DUA20042 Pengajian Malaysia

14 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFN51113 Advanced Networking Discipline Core 3
3 2 DFN50123 RF and Microwave Discipline Core 3 5
3 DFN50133 Mobile Communication Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory 2
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10 22
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 25 22

TOTAL

50 3.4.3 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (ROBOTIK &
AUTOMASI) MQA/FA 1062

Keterangan program

Program diploma kejuruteraan ini akan melengkapkan pelajar dengan
kebolehan dalam bidang automasi terutama yang melibatkan sistem
robotik. Pelajar akan dapat mempelajari teknik merekabantuk, menguji
dan menyelia rekabentuk sistem robotik, sistem hidraulik & pneumatik
dalam industri pembuatan.

Bidang Kejuruteraan ini menawarkan peluang kerjaya yang sangat luas
terutamanya di sektor industri di samping peluang menceburi bidang
keusahawan.

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
 Robotics
 Industrial Automation
 Pneumatic and Hydraulic
 Cyber Factory System
Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 3
Discipline Core 2 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 4
Common Core 2 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals 3 3
Compulsory 5
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 2
Compulsory 2
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1 Compulsory 1 2
18 28
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 2 2
6 Discipline Core 1 2
Discipline Core 2 3
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 4
Common Core 2 4
7 DUE10062 English For Communication 3 5
Compulsory 3 5
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 18 30
36 58
1

9 DFV20113 Analogue Electronic 1

10 DFV21123 Electrical Technology

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFV30133 Communcation Principles Discipline Core 3
2 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
3 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
4 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
5 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
6 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 15 3
7 DFR40113 Robotics Discipline Core 3 24
2 Discipline Core 3 5
Discipline Core 3 5
8 DFV40143 Programmable Logic Control System Common Core 2 5
2 3
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Compulsory 2 2
Compulsory 2 2
10 DFV40162 Project Proposal 17 2
4 32 24
48
11 DUB51052 Digital Enterprise

12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

51

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFR51113 Industrial Automation Discipline Core 3
3 2 DFR50123 Pneumatic and Hydraulic Discipline Core 3 5
3 DFR50113 Cyber Factory System Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory 2
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10 22
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 25 22

TOTAL

3.4.4 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (SISTEM TERBENAM)
MQA/FA 1061

Keterangan program

Program diploma kejuruteraan ini memberi penekanan dan penumpuan
terhadap pembangunan aplikasi iaitu alai yang mempunyai kombinasi
perisian dan perkakasan yang direka bagi menjalankan fungsi yang
spesifik berdasarkan kehendak pengguna.

Bidang kejuruteraan ini memainkan peranan yang penting di dalam
industri yang berasaskan pemprosesan elektronik seperti
‘microcontroller’ dan ‘smart devices’ yang digunakan secara meluas di
dalam bidang telekomunikasi, perubatan, automatif, ‘plant control’ dan
‘consumer electronic’.

Progam ini menawarkan modul pengkhususan seperti:

 Real Time Operating System

 Wireless Embedded Devices

 Object Oriented Programming

 Embedded System Communication

52

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 3
Discipline Core 2 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 4
Common Core 2 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals 3 3
Compulsory 5
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 2
Compulsory 2
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1 Compulsory 1 2
18 28
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 2 2
6 Discipline Core 1 2
Discipline Core 2 3
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 4
Common Core 2 4
7 DUE10062 English For Communication 3 5
Compulsory 3 5
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 18 30
36 58
1

9 DFV20113 Analogue Electronic 1

10 DFV21123 Electrical Technology

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFE30112 Communcation Principles Discipline Core 3
2 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
3 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
4 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
5 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
6 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 15 3
7 DFE40113 Wireless Embeded Devices Discipline Core 3 24
2 Discipline Core 3 5
Discipline Core 3 5
8 DFV40143 Programmable Logic Control System Common Core 2 5
2 3
9 DFV40153 Microcontroller and Embeded System Compulsory 2 2
Compulsory 2 2
10 DFV40162 Project Proposal 17 2
4 32 24
48
11 DUB51052 Digital Enterprise

12 DUA20042 Pengajian Malaysia

13 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

53

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFE50113 Real Time Operating System Discipline Core 3
3 2 DFE50123 Embeded System Communication Discipline Core 3 5
3 DFE50133 Object Oriented Programming Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory 2
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10 22
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 25 22

TOTAL

3.4.5 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PENGUKURAN
ELEKTRONIK & KAWALAN) MQA/FA 1063

Keterangan program

Program diploma kejuruteraan ini memberikan pengetahuan teknikal
dan kemahiran dalam sistem kawalan, pengesanan dan aktuator,
pemilihan peralatan, pemasangan, pentaulihan, pengujian,
penyelenggaraan, pengaturcaraan dan pengendalian PLC, DCS,
SCADA dan Virtual Instrument System.

Bidang kejuruteraan ini memainkan peranan penting dalam industri
dan sistem pengukuran termasuk pengesan dan aktuator yang baynak
digunakan dalam pembuatan automasi termasuk industri utility, ‘Oil &
Gas” dan banyak lagi.

Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:

 Process Control

 Industrial Automation

 Data Acquisition and Control

 Industrial Process Instrumentation

 Virtual Instrument System

54

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Struktur Kurikulum

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
WEEK
1 DFV10113 Electrical Circuits Discipline Core 3
Discipline Core 2 5
2 DFV10112 Electronics Workshop Discipline Core 3 4
Common Core 2 5
3 DFV10113 Digital Electronics Fundamentals 3 3
Compulsory 5
4 DUM10122 Engineering Mathematics 1 Compulsory 2 2
Compulsory 2
5 DUJ10013 Japanese Language 1 Compulsory 2 2
1 Compulsory 1 2
18 28
DUS10062 Penghayatan Akidah Discipline Core 2 2
6 Discipline Core 1 2
Discipline Core 2 3
DUN10062 Asas Pengajian Moral Common Core 2 4
Common Core 2 4
7 DUE10062 English For Communication 3 5
Compulsory 3 5
8 DUY10031 Co-Curriculum I Compulsory 18 30
36 58
1

9 DFV20113 Analogue Electronic 1

10 DFV21123 Electrical Technology

11 DFV20133 C Programming

12 DFV20143 Physics
2

13 DUM20132 Engineering Mathematics 2

14 DUJ21013 Japanese Language 2

15 DUY21041 Co-Curriculum 2

TOTAL

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 Discipline Core WEEK
1 DFC30112 Virtual Instrument System Discipline Core 2
2 DFV30123 Feedback Control System Discipline Core 3 4
3 DFV30143 Measurement and Instrumentation Discipline Core 3 5
4 DFV31153 Analogue Electronic 2 Discipline Core 3 5
5 DFV30162 Engineering Workshop Common Core 2 5
6 DUB40042 Start-Up Enterprise Common Core 2 4
7 DUM31162 Mathematics For Electrical Engineering 2 2
Discipline Core 17 3
2 8 DFC40113 Data Acquisation System Discipline Core 3 28
Discipline Core 3 5
9 DFV40143 Programmable Logic Control System Discipline Core 3 5
Common Core 2 5
10 DFV40153 Microcontroller and Embeded System 2 3
Compulsory 2 2
11 DFV40162 Project Proposal Compulsory 2 2
4 17 2
32 24
12 DUB51052 Digital Enterprise 48

13 DUA20042 Pengajian Malaysia

14 DUE20052 English For Career Development

TOTAL

55

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

YEAR SEM NO CODE COURSE CLASSIFICATION CREDIT HOUR /
3 WEEK
5 1 DFC51113 Industrial Control System Discipline Core 3
3 2 DFC51123 Process Control Discipline Core 3 5
3 DFC40133 Industrial Process and Instrumentation Discipline Core 4 5
4 DFV51144 Final Year Project Discipline Core 5
5 DUS30052 Syariah & Kehidupan 2 5
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Compulsory 2
DUN30052 Murni Compulsory 15 2
10 22
5 DLT60050 Industrial Training 10
6 25 22

TOTAL

56

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.0 P E R A T U R A N D A N T A T A T E R T I B

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

4.1 Peraturan

4.1.1 Pemakaian Peraturan Tatatertib

4.1.1.1 Peraturan Tatatertib ini hendaklah terpakai kepada semua
Pelajar di sepanjang tempoh latihan. Tindakan tatatertib boleh
diambil terhadap mana-mana Pelajar yang melanggar mana-
mana peraturan dalam Peraturan Tatatertib.

4.1.1.2 Dalam keadaan di mana kelakuan dan tatatertib Pelajar adalah
juga dikawal oleh undang-undang bertulis yang lain, maka
peruntukan dalam Peraturan Tatatertib hendaklah dipakai
dengan tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-
undang bertulis yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

4.1.2 Buku Rujukan Peraturan Tatatertib

4.1.1.3 Buku Peraturan Tatatertib (Pindaan 2013) menjadi buku
rujukan tambahan yang wajib dirujuk mengenai beberapa
perihal peraturan-peraturan yang disyaratkan semasa
pengajian.

4.1.1.4 Selain daripada buku rujukan tambahan ini, pelajar juga
tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan
oleh pengurusan MJII dari masa ke semasa.

4.2 Tatakelakuan

4.2.1 Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan Tatatertib
terhadap mana-mana Pelajar yang melanggar mana-mana satu
daripada peruntukan-peruntukan tatakelakuan ini.

4.2.2 Berkelakuan dengan apa cara yang boleh menyebabkan Latihan dan
pembelajaran kemahiran terjejas.

4.2.1 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menjatuhkan reputasi
Negara, MARA, Institusi, Agensi Latihan atau Pelajar.

57

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.2.3 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap latihan kemahiran MARA, Institusi
atau Agensi Latihan.

4.2.4 Tidak jujur atau berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh
ditafsirkan sebagai tidak jujur.

4.2.5 Tidak bertanggungjawab atau berkelakuan dengan apa cara yang
boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab.

4.2.6 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan
latihan atau pentadbiran Institusi atau Agensi Latihan.

4.2.7 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh
ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

4.2.8 Ingkar atau gagal mematuhi apa-apa kehendak atau mana-mana
syarat yang terkandung di dalam Surat Perjanjian.

4.2.9 Membuat, menyimpan atau menggunakan sebarang bentuk barangan
yang boleh dikategorikan sebagai senjata merbahaya, senjata api dan
bahan letupan.

4.2.10 Memiliki, memelihara atau menyimpan haiwan peliharaan atau haiwan
liar, serangga atau unggas yang berbisa dan berbahaya.

4.2.11 Membuat, memiliki, mengawal, menjaga atau menyimpan apa-apa
jenis bahan yang dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia
yang dilarang oleh Kerajaan selain daripada ubat yang dihalalkan atau
dibenarkan oleh Kerajaan.

4.2.12 Memberi, membekal, mengedar, menawarkan atau bercadang hendak
memberi, membekal, mengada atau menawarkan apa-apa jenis bahan
yang dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yang
dilarang oleh Kerajaan.

4.2.13 Memakan, meminum, menghisap, menyedut apa-apa jenis bahan yang
dianggap dadah atau racun atau bahan kimia atau pun memasukkan
ke dalam badan dengan jalan suntikan atau dengan apa-apa cara lain
yang seumpamanya.

4.2.14 Berada di bawah pengaruh atau mempunyai kesan apa-apa jenis
bahan yang dianggap dadah atau bahan kimia yang dilarang.

4.2.15 Menghalang mana-mana pelajar yang disyaki terlibat dengan
penyalahgunaan dadah atau racun atau bahan kimia untuk menjalani
pemeriksaan doktor atas arahan Pengawal Pusat.

58

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.2.16 Menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedar apa-apa
dokumen di dalam atau di luar Institusi kecuali setelah mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat, tertakluk kepada apa-
apa sekatan, had atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

4.2.17 Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menganjurkan atau
memanggil satu-satu perhimpunan di dalam atau di luar kawasan
Institusi tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengawal Pusat.

4.2.18 Membuat atau menyebabkan membuat, mengibar, mempamer,
menunjuk, memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu bendera, panji-
panji, pelekat, poster, lambang atau lain-lain alat yang boleh
menggalakkan sebarang kekacauan, keingkaran atau melanggar
peraturan tatatertib.

4.2.19 Memiliki, menjaga, mengawal atau menggunakan sesuatu alat
pembesar suara, pelaung atau lain-lain alat yang seumpamanya
melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengawal
Pusat tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syarat sebagaimana
yang difikirkan perlu atau sesuai.

4.2.20 Menyebar atau mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan
denganAkidah Islam, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam,
Jabatan Agama Islam atau Pihak Berkuasa Agama Islam atau
manamana Undang-Undang Bertulis.

4.2.21 Melakukan atau terlibat dalam apa-apa perbuatan yang boleh dianggap
tidak bermoral, sumbang, lucah atau maksiat yang bertentangan
dengan Syariat Islam di dalam atau di luar premis Institusi.

4.2.22 Memiliki, merakam, menjaga, menyimpan atau mengedar, menayang
atau menonton apa-apa bahan dianggap lucah di dalam atau di luar
premis Institusi.

4.2.23 Membawa, menyimpan, menjaga, memiliki, meminum atau mengedar
apa-apa jenis minuman keras atau yang memabukkan atau arak di
dalam atau di luar premis Institusi.

4.2.24 Mengada, mengurus atau menjalankan, menyertai atau menyaksi apa-
apa kegiatan perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar
premis Institusi sama ada secara persendirian atau berkumpulan.

4.2.25 Berkelakuan atau berbahasa lisan atau isyarat dengan cara yang
dianggap sebagai tidak sopan terhadap staf, pelajar, pelawat dan
pekerja lain yang bertugas di institusi.

4.2.26 Memasuki tempat atau kawasan larangan Institusi kecuali dengan
mendapat kebenaran khas daripada Pengawal Pusat.

59

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.2.27 Menghalang atau mengganggu Pengawal Pusat atau mereka yang diberi
kuasa daripada menjalankan tugas dan kewajipan serta tanggungjawab.

4.2.28 Menahan atau menghalang atau mempengaruhi manamana Pelajar
supaya tidak menghadiri sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali atau
mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah yang dijalankan oleh
atau di bawah arahan Institusi.

4.2.29 Menggerak, menghasut atau menyertai pemboikotan atau permulauan
sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali, peperiksaan ujian atau lain-lain
aktiviti yang sah yang dijalankan oleh atau di bawah arahan Institusi atau
Agensi Latihan.

4.2.30 Membuat apa-apa bantahan sama ada secara lisan, bertulis atau dengan
apa-apa cara lain terhadap kemasukan seseorang, sesuatu badan atau
kumpulan orang ke dalam Institusi atau Agensi Latihan atau terhadap
penyingkiran Pelajar kerana tindakan tatatertib.

4.2.31 Memiliki, menjaga, menyimpan, membawa, mengedar, menjual atau
menghisap apa jua jenis rokok di dalam kawasan Institusi.

4.2.32 Mengganggu atau menggendalakan aktiviti-aktiviti pengajaran,
pembelajaran, kuliah, kerja-kerja amali, urusan pentadbiran atau apa-apa
aktiviti yang dijalankan atau diarahkan Pengawal Pusat atau pihak
berkuasa Institusi.

4.2.33 Melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan atau aktiviti yang tidak mendapat
kelulusan Pengawal Pusat.

4.2.34 Melakukan perbuatan atau dengan apa cara jua merosakkan kemudahan
atau harta yang dimiliki Institusi atau individu lain.

4.2.35 Berpakaian tidak sesuai, tidak senonoh, berambut panjang bagi lelaki dan
memakai apa-apa hiasan diri/badan yang tidak sesuai semasa berada di
dalam premis Institusi.

4.2.36 Tidak memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan
Pemakaian Pelajar KKTM/IKM semasa kuliah, latihan atau masa-masa
yang ditetapkan kecuali mendapat kebenaran Pengawal Pusat.

4.2.37 Tidak membawa atau tidak memakai Kad Pelajar Institusi atau Agensi
Latihan semasa berada di dalam premis Institusi atau Agensi Latihan.

4.2.38 Melakukan apa-apa jua bentuk deraan, memeras ugut, memaksa,
menganiaya, memukul, mencederakan atau lain-lain bentuk paksaan atau
menjatuhkan maruah sesama Pelajar, kakitangan Institusi atau orang
awam.

60

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.2.39 Dilarang melibatkan diri sama ada menubuh, mengambil bahagian atau
menjadi ahli dalam mana-mana perkumpulan atau pertubuhan yang tidak
dibenarkan.

4.2.40 Menanam sifat kedaerahan, kenegerian, puak-puak atau kumpulan-
kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam Institusi
atau Agensi Latihan.

4.2.41 Membuat atau menyebar fitnah dengan suatu tuduhan tertentu melalui apa
cara sekali pun dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa
tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi Pelajar, staf Institusi atau
orang awam, MARA atau Institusi.

4.2.42 Mencaci, mencerca, menghina atau sebarang bentuk perlakuan yang
melampau mempersenda terhadap Pelajar atau staf Institusi.

4.2.43 Mencuri harta benda atau wang milik Pelajar atau Institusi atau staf Institusi
atau orang awam.

4.2.44 Menggunakan telefon bimbit sewaktu kuliah atau latihan.
4.2.45 Memandu atau membawa masuk kenderaan atau sebarang jenis kenaikan

ke dalam kawasan Institusi tanpa kebenaran.

4.3 Garis Panduan Hukuman

Garis Panduan Hukuman adalah merupakan satu panduan hukuman yang
dicadangkan dan boleh dikenakan ke atas Pelajar yang didapati bersalah di
bawah Peraturan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA. Bagaimanapun jika
didapati hukuman lain yang bersesuaian dan boleh memberi kesan yang positif
kepada Pelajar mengikut budi bicara Jawatankuasa Tatatertib (JKT), Lembaga
Tatatertib (Lembaga Rayuan Tatatertib) LT(LRT) KKTM/IKM maka ianya boleh
digunapakai.

4.4 Peraturan Pakaian Pelajar

Pelajar hendaklah mematuhi garis panduan pakaian yang telah ditetapkan
seperti di gambarajah berikutnya. Peraturan ini adalah tertakluk kepada
pindaan dan penguatkuasaan peraturan pakaian pelajar oleh pihak
pengurusan MJII dari semasa ke semasa.

61

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.5 Sistem Merit Pelajar (SMP)

4.5.1 Sistem Merit Pelajar (SMP) MJII merupakan sistem yang merekod
sumbangan pelajar terhadap penglibatan aktiviti dalam dan luar MJII
serta merekodkan kesalahan terhadap pelanggaran disiplin yang
ditetapkan. Sistem ini menjana markah dari segi peanambahan dan
penolakan bergantung kepada penglibatandan tingkahlaku pelajar.
Sistem Merit Pelajar (SMP) telah diluluskan pelaksanaannya dalam

62

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Surat Edaran Dalaman MJII BIL 06/2019 (Pelaksanaan Sistem Merit
Pelajar) dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

SMP diperkenalkan dengan objektif berikut:

a) Menangani masalah disiplin pelajar di kolej dan kediaman.
b) Meningkatkan tahap kebersihan di dalam bilik dan persekitaran

kediaman pelajar.
c) Menggalakkan pelajar aktif menyertai pelbagai aktiviti,

pertandingan dan penglibatan di dalam dan luar kolej.
d) Memupuk sifat kepimpinan berkualiti dan sahsiah yang holistik.

4.5.2 Kaedah Perkiraan Markah

a) Pelajar perlu mendapat skor sebanyak 90% untuk melayakkan

mendapat tempat di asrama pada semester berikutnya.

b) Pelajar akan mendapat merit sekiranya melaksanakan tugas atau

aktiviti yang memberi impak positif kepada diri dan kolej. Antara

kriteria-kriteria untuk mendapatkan merit ialah kepimpinan dalam

kolej kediaman, menghadiri aktiviti surau, kehadiran taiso/majlis

bacaan yasin, penglibatan dalamkepimpinan

persatuan/kelab/aktiviti lain dan penglibatan aktif dalam

persatuan/kelab/aktiviti lain.

c) Sebaliknya, pelajar akan menerima demerit sekiranya didapati bilik

kediaman yang didiami sekarang tidak berada dalam keadaan

memuaskan.

d) Semasa pemantauan dibuat, penolakan markah (demerit) dibuat

terhadap kesalahan berat terlebih dahulu dan diikuti dengan

kesalahan sederhana dan ringan. (Rujuk JADUAL 17)

e) Felo akan menggunakan Slip sistem merit demerit (JADUAL 18)

bagi menjalankan tugas pemeriksaan/pemantauan di bilik asrama.

4.5.3 Sistem Demerit

a) Penolakan merit (demerit) akan diberikan kepada pelajar yang
melanggar peraturan kediaman asrama.

b) Jenis-jenis kesalahan adalah berdasarkan Jadual 17 di bawah.

63

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

c) Tindakan akan di ambil mengikut jumlah markah yang dicapai oleh
pelajar dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang
melakukan sebarang jenis kesalahan berat dengan serta merta.

JADUAL 17: Markah demerit mengikut kategori
Jenis-Jenis Kesalahan

(A) Kesalahan ringan
1) Tidak mengikut susun atur perabot (katil & almari) yang asal.
2) Membiarkan bekas makanan & minuman bersepah.
3) Membuat bising dan mengganggu ketenteraman penghuni lain.
4) Membuang sampah dan mengotorkan kawasan kediaman.
5) Kasut, selipar dan stokin yang berselerak di depan pintu bilik.
6) Tidak meletakkan pakaian kotor pada tempat yang sepatutnya.
7) Menyangkut pakaian di tempat yang tidak sepatutnya.
8) Langsir kotor.
9) Kipas kotor dan tidak dicuci.
10) Tilam dan bantal tidak bersarung , kotor atau koyak
dan sebagainya.

(B) Kesalahan Sederhana
1) Meletak/membaiki kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.
2) Membeli, menyimpan atau menghisap rokok.
3) Merosakkan katil, almari pakaian dan almari kasut.
4) Membazir air dan elektrik kediaman.
5) Tombol pintu rosak.
6) Menukar bilik tanpa kebenaran.
7) Memasak di dalam bilik dan kawasan kediaman.
8) Membawa barangan elektrik yang tidak dibenarkan.
9) Menggunakan ubat nyamuk jenis lingkaran, lilin dan pelita yang boleh
menyebabkan kebakaran.
10) Memelihara atau memiliki apa sahaja jenis haiwan di kawasan
kediaman.
dan sebagainya.

64

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

(C) Kesalahan berat
1) Pintu bilik rosak/pecah.
2) Menyalahguna pemadam api.
3) Membuat kebakaran kecil di dalam/luar bilik.
4) Menconteng dinding atau menampal gambar-gambar yang tidak
sepatutnya.
5) Merosakkan dinding kediaman.
6) Menumpangkan orang luar menginap di bilik.
7) Membuat penyambungan / pendawaian secara haram.
dan sebagainya

4.5.4 Tindakan
a) Di akhir semester, para pelajar akan dijumlahkan mata melalui
SMP. Jumlah skor akan dimaklumkan dari masa ke samasa.
b) Pelajar yang mendapat jumlah peratus 90% ke bawah akan
dikeluarkan dari kediaman pada semester berikutnya dan hanya
boleh dipertimbangkan untuk mendaftar kediaman pelajar selepas
satu (1) semester.
c) Pelajar yang melakukan kesalahan berat pelajar berkenaan akan
dikeluarkan serta-merta dari kolej kediaman pelajar.

65

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang
Jadual 18 : Slip Sistem Merit Demerit

SISTEM MERIT DEMERIT PELAJAR NO SLIP: ___________

NAMA: NO. BILIK: _____________
_____________________ NO.
KENDERAAN:_______________
NO.
IC:______________________ Jumlah markah

NO.
MATRIK: ________________
DEMERIT

Markah/Point Catatan

Tarikh:
Masa:
Tandatangan Penguatkuasa:

66

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.6 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

Peraturan Kediaman Pelajar adalah tertaluk kepada peraturan yang telah
digariskan oleh Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA kepada para pelajar
kolej. Beberapa peraturan telah dimasukkan dalam peraturan sedia ada bagi
mengikut kesesuaian peraturan MJII Beranang.

4.6.1 Penempatan kediaman pelajar / Bilik

i. Penempatan pelajar di dalam kediaman pelajar akan ditentukan
oleh Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

ii. Pelajar tidak dibenarkan berpindah bilik tanpa kebenaran Pihak
Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

iii. Pelajar dilarang membawa mana-mana individu/pelawat masuk ke
kediaman pelajar KECUALI dengan kebenaran Pihak Pengurusan
Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

4.6.2 Kebersihan Bilik

i. Bilik mestilah sentiasa kemas, bersih dan teratur.
ii. Buku dan alatan hendaklah disusun dengan kemas.
iii. Sampah hendaklah dibuang di tong sampah.
iv. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
v. Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian.
vi. Barang-barang yang tidak digunakan seperti beg dan kotak

hendaklah disimpan di dalam stor / tempat yang ditentukan.
vii. Dilarang meletakkan sebarang alatan / barangan di tingkap.
viii. Kasut hendaklah disimpan di rak kasut.

4.6.2 Pakaian

i. Pelajar mestilah sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat,
bersopan serta tidak menjolok mata. Seluar pendek, berkoyak atau
berlubang, mini skirt, baju atau seluar ketat, baju yang
menampakkan pusat atau tidak berlengan atau kain berbelah
adalah dilarang dipakai di dalam atau di luar MJII.

67

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

ii. Pelajar tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek, kain
sarung ketika berada di luar kawasan kediaman pelajar MJII.

4.6.3 Pergaulan Sosial

i. Pergaulan sesama pelajar terutama diantara lelaki dengan
perempuan mestilah mengikut batas-batas hukum Islam serta
peraturan yang ditetapkan oleh MJII Beranang sama ada di dalam
atau di luar kediaman MJII.

ii. Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam atau di luar
kediaman dengan pelajar atau bukan pelajar yang bukan mahram.

4.6.4 Kelengkapan Dan Peralatan

i. Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala
peralatan tanpa kelulusan Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar.

ii. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi
kemudahan yang disediakan seperti sick bay, student center, bilik
riadah, bilik air dan tandas.

iii. Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan
secara haram pada mana-mana bahagian kediaman pelajar atau
sebarang alat-alat elektrik.

iv. Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh
pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib.

4.6.5 Waktu Keluar Kediaman Pelajar

i. Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan kediaman pelajar
selepas pukul 12.00 malam.

ii. Waktu keluar / masuk kediaman ditentukan oleh Pengurusan MJII
Beranang.
Siswa : hingga jam 11:00 malam
Siswi : hingga jam 9:00 malam

iii. Kad kediaman pelajar hendaklah digunakan dengan sempurna
setiap kali pelajar hendak keluar / masuk kawasan MJII.

68

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

4.6.6 Kenderaan

i. Pelajar dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan
MJII Beranang.

ii. Hanya pelajar yang mempunyai kebenaran dari Pengarah sahaja
dibenar menggunakan kenderaan di dalam kawasan MJII.

iii. Pelekat kenderaan boleh didapati / dibeli daripada Pihak
Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo.

iv. Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang telah
diperuntukan untuk pelajar sahaja.

v. Pelajar juga tidak boleh meletakkan kenderaan di lain-lain tempat
meletak kenderaan.

vi. Pelajar tidak boleh meletakkan kenderaan di mana ia akan
menghalang atau menyusah atau membahayakan kenderaan atau
orang lain.

4.6.7 Peralatan Elektrik

i. “Water-heater” dan cerek elektrik bukan automatik tidak dibenarkan
penggunaannya di kediaman pelajar.

ii. Peralatan memasak seperti dapur elektrik, dapur gas mudah alih,
dan lain-lain tidak dibenarkan penggunaannya di kediaman pelajar.

iii. Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar / Ketua Felo berhak
merampas mana-mana peralatan elektrik yang digunakan oleh
pelajar yang gagal mematuhi Undang-undang serta syarat-syarat
yang telah ditetapkan.

iv. Merujuk kepada para 8.3, peralatan yang dirampas tidak akan
dikembalikan tertakluk kepada kelulusan Pengurusan MJII.

4.6.8 Pulang Kecemasan

i. Ibu bapa / penjaga hendaklah membuat permohonan pulang
kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah / Timbalan
Pengarah KPHP / Ketua Felo.

ii. Ibu bapa / penjaga / wakil hendaklah datang mengambil pelajar di
MJII. Pelajar tidak dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah

69

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang
keselamatan telah disempurnakan dan mendapat keizinan
daripada ibu bapa / penjaga.

4.6.9 Keluar Ke Klinik
i. Melaporkan kepada Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar jika
dalam waktu pejabat dan felo bertugas selepas waktu pejabat.
ii. Mendapat rawatan di Pusat Kesihatan dengan dihantar oleh
pemandu atau felo bertugas.

4.6.10 Roll Call
i. Roll Call akan dilakukan pada bila-bila masa yang perlu oleh Ketua
Felo sahaja.
ii. Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang telah ditentukan.
iii. Kegagalan hadir ke roll call boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4.6.11 Prosedur Pelawat
i. Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat daripada keluarga atau
saudara mara sahaja.
ii. Pelawat mestilah melapor diri dan mengisi maklumat di dalam buku
pelawat dan seterusnya mendapatkan pas pelawat daripada
pengawal keselamatan.
iii. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman pelajar.

70

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

5.0 K H I D M A T P E N G U R U S A N D A N
K E M U DA H A N

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE
5.1 Akademik

Terdiri dari TIGA (3) unit yang mempunyai fungsi masing-masing tetapi saling
berhubungan dalam memastikan perjalanan bidang akademik MJII
BERANANG berjalan lancar:

71

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang
5.2 Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar

72

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang
5.3 Kemudahan dalam Kampus
Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di MJII Beranang untuk
keperluan dan kegunaan pelajar. Antaranya termasuklah:
 Perpustakaan
 Asrama Putera dan Puteri
 Kemudahan Internet (Wifi)
 Koperasi
 Dewan Serba Guna
 Padang Bola Sepak / Ragbi
 Perkhidmatan Dobi
 Surau
 Gelanggang Takraw / Badminton / Bola Tampar
 Gimnasium
 Kafeteria
 Bilik Sakit
 Pengangkutan

73

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

74

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

5.4 Perpustakaan

5.4.1 Waktu operasi Perpustakaan adalah :

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Isnin - Rabu akan di panjangkan operasi dari pukul 8.00 - 10.00
malam

5.4.2 Keahlian perpustakaan

- Pelajar MJII Beranang
- Pensyarah MJII Beranang
- Kakitangan MJII Beranang
- Orang perseorangan yang disahkan pengarah

5.4.3 Waktu Pekhidmatan perpustakaan

Hari Waktu buka Tutup

Isnin—Khamis 8.00 pg - 5.00 ptg -
Isnin—Rabu 8.00 mlm - 10.00 mlm

Jumaat 8.00 pg - 5.00 ptg 12.15 tengahari
- 2.45 petang

* Sabtu, Ahad dan hari kelepasan umum : TUTUP

5.4.4 Perkhidmatan PSP Shizuoka

i. Pinjaman

Setiap staf dan pelajar MJII akan didaftarkan sebagai ahli
Perpustakaan MJII.

Tempoh Pinjaman

Pelajar Pensyarah Kakitangan
Pentadbiran

Buku Rak Terbuka 3 minggu 4 minggu 4 minggu
Majalah
Bahan Rujukan 7 hari 7 hari 7 hari
Bahan Media
Buku untuk tujuan 1 hari 1 hari 1 hari
P&P
Denda (RM) 4 hari 7 hari 7 hari

- 1 semester -
0.10 / hari 0.20 / hari 0.20 / hari

75

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

ii. Pembaharuan
Pengguna boleh memperbaharui pinjaman bahan sekiranya bahan
tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan bahan
yang telah melewati tarikh pemulangan dan pembahruan kali kedua
mestilah dilakukan di Kaunter Sirkulasi

iii. Tempahan
Tempahan bahan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi. Bahan yang
ditempah akan disimpan di kaunter sirkulasi selama 7 hari, dan
akan diberikan kepada penempah lain atau disusun kembali di rak
sekiranya tidak dituntut

iv. Pinjaman antara perpustakaan
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna yang berdaftar.
Permintaan akan diproses dalam masa 2 minggu. Borang pinjaman
boleh didapti di kaunter sirkulasi. Tertakluk pada terma & syarat

v. Pertanyaan rujukan dan pencarian maklumat
Pengguna boleh mengemukakan pertanyaan melalui telefon, e-
mail, surat atau datang terus ke kaunter sirkulasi.

5.4.5 Kemudahan

 OPAC
 Ruang Bacaan terbuka
 Bilik perbincangan
 Karel
 Bilik video konferen
 Makmal Komputer
 Bilik simpanan beg

5.4.6 Dasar dan Peraturan Perpustakaan
Peminjaman dan Pemulangan

Pelajar dan kakitangan MJII merupakan ahli Perpustakaan Shizuoka
secara automatik yang boleh meminjam bahan perpustakaan. Individu
luar boleh menggunakan perpustakaan tetapi tidak boleh meminjam
bahan perpustakaan kecuali individu yang telah diberikan
keistimewaan khas pinjaman.

Ahli perpustakaan hendaklah mengemukakan kad pelajar / kad
kakitangan untuk meminjam bahan perpustakaan.

76

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Bahan pinjaman hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik di
kaunter perpustakaan.

Tempoh Pinjaman Tempoh Pinjaman

Ruang Tebuka Pelajar Sensei Staf
Majalah
Red Spot 3 minggu Pentadbiran
Audio Visual (4 unit)
Bahan Pengajaran 7 hari 4 minggu 4 minggu
dan Pembelajaran (1 unit)
5 jam (4 unit) (4 unit)
(1 unit)
5 hari 7 hari 7 hari
(4 unit)
- (1 unit) (1 unit)

1 hari 1 hari

(1 unit) (1 unit)

7 hari 7 hari

(4 unit) (4 unit)

1 Semester -

(4 unit)

Pemulangan Bahan Pinjaman

 Peminjam hendaklah bertanggungjawab memulangkan bahan
pinjaman pada tarikh yang ditetapkan. Notis peringatan akan
dikeluarkan sekiranya peminjam gagal memulangkan buku pada
tarikh yang ditetapkan.

 Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang
ditetapkan akan diberikan Surat Peringatan Pertama (7 hari selepas
tarikh pemulangan), Surat Peringatan ke-2 (14 hari selepas tarikh
pemulangan) dan Surat Peringatan ke-3 (21 hari selepas tarikh
pemulangan)

 Perpustakaan Shizuoka berhak untuk menyekat pinjaman buku dan
perkhidmatan lain kepada peminjam yang gagal mengembalikan
buku pinjaman setelah surat peringatan dikeluarkan.

 Skrol/transkrip pelajar akan ditahan sekiranya pelajar gagal
memulangkan bahan pinjaman sehingga tamat pengajian.

Kehilangan Bahan Pinjaman

Peminjam hendaklah memaklumkan kepada Perpustakaan Shizuoka
dengan kadar segera sekiranya bahan pinjaman hilang sebelum surat
peringatan dikeluarkan.

Pembaharuan Tempoh Pinjaman

Bahan pinjaman boleh diperbaharui tempoh pinjaman sebanyak tiga (3)
kali berturut-turut. Selepas itu, bahan pinjaman hendaklah dipulangkan.

77

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

Penggantian Bahan Pinjaman Yang Rosak / Hilang

Peminjam hendaklah melaporkan kehilangan / kerosakan bahan
pinjaman di kaunter perpustakaan. Tempoh dua (2) minggu diberikan
kepada peminjam untuk mencari / menggantikan bahan pinjaman yang
rosak / hilang.

BAHAN SUBSTITUT / DENDA CATATAN
Buku
SUBSTITUT BAHAN DENDA Buku berkulit keras
tidak boleh digantikan
Edisi : Sama / Yang Terkini Harga semasa dengan buku berkulit
lembut.
buku

5.5 Kemudahan Sekitar Kampus

5.5.1 Terletak berhampiran Pekan Semenyih iaitu kira-kira 10 kilometer dari
kampus.

5.5.2 Kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi dengan kemudahan
jaringan lebuh raya iaitu 5 kilometer dari Plaza tol LEKAS.

5.5.3 Antara kemudahan di kawasan berhampiran MJII Beranang adalah
seperti:

78

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

79

BUKU PANDUAN PELAJAR | MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

80


Click to View FlipBook Version