BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
KUMPULAN C
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK:
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: FRASA NAMA
DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
D20181082533
NAMA D20181082502
NATASYA BALQIS BINTI ZAINUDIN D20181082506
MAJIDAH BINTI CHE OMAR D20181082517
OZIE FITRI AINA BINTI MASIDI
NAZURA BINTI MOHD SABERI
PENSYARAH: EN. MOHD RA’IN SHAARI
AT05 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 2019/2020
i
SENARAI KANDUNGAN
BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi 1
3.0 Unsur Frasa Nama 2
4.0 Binaan Frasa Nama 6
5.0 Susunan Unsur Frasa Nama 9
6.0 Frasa Nama Am 15
7.0 Frasa Nama Khas 19
8.0 Frasa Ganti Nama 24
Rujukan
1
1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan bidang peringkat yang seterusnya dalam susunan binaan selepas morfologi.
Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2016), sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Dalam erti kata lain, sintaksis adalah ilmu yang
mengkaji tempat-tempat kosong dalam sesebuah ayat dan menyemak semula sama ada ayat
tersebut tepat atau sebaliknya. Unsur bahasa yang dikaji dalam bidang sintaksis adalah
merangkumi frasa, klausa dan juga ayat.
Namun begitu, dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada bidang sintaksis
yang terdiri daripada frasa sahaja. Frasa adalah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
satu perkataan yang mampu untuk diperluas untuk menjadi unit yang lebih besar. Dalam bahasa
Melayu, frasa terbahagi kepada empat bahagian iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan
juga frasa sendi nama. Frasa yang akan dibincangkan dalam modul ini adalah mengenai frasa
nama.
Antara ciri frasa nama adalah kata nama dijadikan sebagai intinya, wujud bersendirian,
wujud bersama dengan sederetan penerang iaitu sesudah atau sebelumnya. Akhir sekali, frasa
nama berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Modulini akan menerangkan mengenai
unsur frasa nama, binaan frasa nama, dan susunan frasa nama. Frasa nama pula boleh terdiri
daripada kata nama am, kata nama khas dan juga kata ganti nama diri. Kesemua ini mempunyai
fungsinya yang tersendiri dalam pembinaan frasa dan ayat.
2.0 Definisi
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2019), frasa adalah binaan yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya satu perkataan yang mampu untuk diperluas untuk menjadi unit yang lebih besar.
Menurut Tatabahasa Dewan (2015), frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu yang boleh
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu
konstituen dalam binaan ayat. Secara ringkasnya, frasa nama merupakan panggilan yang
digunakan kepada manusia, haiwan, perkara yang abstrak dan juga benda. Frasa nama boleh wujud
berdasarkan satu perkataan sahaja ataupun lebih daripada itu.
2
3.0 Unsur Frasa Nama
3.1 Pendahuluan
Frasa nama mempunyai kata nama sebagai inti. Bagi membentuk frasa nama, sekurang-
kurangnya satu kata nama diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya menjadi inti frasa. Unsur
frasa nama lain, yang bukan inti frasa nama boleh digunakan atau digugurkan. Unsur yang
membentuk frasa nama ada enam dan tidak semestinya semuanya boleh digunakan secara
serentak. Antara unsur-unsur ini, kata inti adalah unsur yang wajib hadir dalam frasa nama,
sama ada serentak atau secara pilihan. Unsur-unsur ini disusun dalam frasa menurut
rentetan seperti berikut:
Bilangan Penjodoh Gelaran Kata Nama Penerang Penentu
Bilangan Inti
3.1.1 Kata Nama
Dalam frasa nama, kata nama menjadi inti frasa nama dan wajib hadir dalam binaan
frasa nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau dua kata nama. Namun, ada juga
kata kerja dan kata adjektif yang berfungsi sebagai inti kata nama.
3.1.2 Kata Bilangan
Kata bilangan adalah salah satu daripada unsur frasa nama. Kata bilangan boleh
hadir secara pilihan, boleh ada dan boleh tiada.
3.1.3 Gelaran
Gelaran juga adalah unsur pilihan frasa nama.
3.1.4 Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan juga boleh menjadi unsur frasa nama.
3
3.1.5 Penerang
Frasa nama juga boleh diisi dengan penerang.
3.1.6 Penentu
Kata penentu dalam bahasa Melayu adalah ini dan itu. Kata penentu juga boleh
hadir dalam frasa nama sebagai pilihan. Penentu hadir selepas kata nama.
3.2 Formula
(Bil) + (Penj Bil) + (Gel) + KN + (Pen) + (Pent)
3.3 Contoh
KUALA LUMPUR: Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana
merangkumi semua sektor dijangka diumumkan akhir bulan ini, demikian kata Menteri
Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
(Sumber: Berita Harian 2 Mei 2020)
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz = Formula FN (Gel + KN)
KOTA BHARU: “Tinggal dua ekor saja ikan selayang untuk makan kami malam ini,
esok lusa tak tahu mana lagi nak cari,” rintih Emilia Abdullah dari Kampung Tok Ku,
Sering, di sini.
(Sumber: Berita Harian 8 Apr 2020)
Dua ekor saja ikan selayang untuk makan kami malam ini = Formula FN (Bil + Penj Bil +
KN + Pen + Pent)
4
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memaklumkan seorang anggota pasukan
keselamatan itu telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19, lapor agensi berita
nasional.
(Sumber: Malaysia Kini 5 Apr 2020)
Seorang anggota pasukan keselamatan itu = Formula FN (Penj Bil + KN + Pen + Pent)
3.4 Aktiviti
Guru akan membekalkan teks dan mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti unsur frasa
nama dalam cerpen pendek.
3.5 Latihan
1. Nyatakan jenis unsur frasa nama yang berhuruf condong di bawah:
i. Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan semua Jemaah Menteri tetap
menjalankan tugas dan kerja masing-masing walaupun Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini bagi mengawal penularan COVID-
19. (Berita Harian Online, 25 April 2020)
ii. Platform e-dagang, Shopee mengadakan Kempen Raya Bersama Shopee untuk
memenuhi keperluan orang ramai untuk persiapan Ramadan dan Syawal.
(Berita Harian Online, 30 April 2020)
iii. Pakej itu akan mencukupi untuk membantu PKS dan usahawan mikro jika
pemulihan berlaku pada separuh kedua tahun ini. (Berita Harian Online, 27
March 2020)
iv. Tiada siapa sangka deretan rumah kedai usang di Jalan Skudai, Batu 10, Johor
Bahru, salah satunya menjadi tempat berteduh empat beranak. (Harian Metro
Online, 9 Mei 2020)
v. Malah di beberapa lokasi juga, BH turut merakamkan suasana orang ramai
berkumpul antara tiga hingga enam orang tanpa menjaga jarak. (Berita Harian
Online, 30 April 2020)
5
vi. Walaupun dianggap cabaran besar, dia dapat mengharungi peranan itu. (Berita
Harian Online, 28 Januari 2020)
2. Bina lima frasa nama dengan mengisi jadual yang disediakan:
Bilangan Penjodoh Gelaran Kata Penerang Penentu
Bilangan Nama Inti
6
4.0 Binaan Frasa Nama
4.1 Pendahuluan
Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih. Frasa nama yang terbentuk
daripada dua atau lebih mengandungi dua unsur, iaitu berfungsi sebagai kata nama inti dan
yang satu lagi berfungsi sebagai penerang. Inti ialah unsur yang menjadi fokus dalam frasa
nama. Penerang pula menerangkan kata nama inti.
4.2 Formula KN + KN KN + Pen Pen +KN
KN
Pen + KN + Pen (Pen) + KN + (KN) +
(Pen)
4.3 Contoh
KEPALA BATAS: Seorang wanita dari Kampung Permatang Bertam di sini,
memanfaatkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diterima suaminya, untuk
membeli peralatan bagi memajukan perniagaan pes cili serba guna diusahakannya.
(Sumber: Berita Harian 7 Mei 2020)
Seorang wanita dari Kampung Permatang Bertam = Formula FN (Pen + KN + Pen)
Peralatan = Formula FN (KN)
Perniagaan Pes Cili = Formula FN (KN + Pen)
7
Langkah itu disambut baik bukan sahaja pelajar dan guru, malah turut disokong ibu
bapa yang menganggapnya sebagai keadilan kepada pelajar untuk lebih bersedia
menduduki peperiksaan awam berkenaan dalam keadaan paling selesa.
(Sumber: Berita Harian 21 Apr 2020)
Pelajar = Formula FN (KN)
Guru = Formula FN (KN)
Ibu Bapa = Formula FN (KN + KN)
Peperiksaan Awam = Formula FN (KN + Pen)
Kementerian itu berkata, pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira keupayaan
kepemimpinan, pengalaman dan sumbangan mereka kepada rakyat dan mendapat
persetujuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
(Sumber: Berita Harian 1 Mei 2020)
Perdana Menteri = Formula FN (Pen + KN)
4.4 Aktiviti
Guru akan mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti binaan frasa nama dalam filem
animasi pendek.
https://youtu.be/IP3h8kZlruo
4.5 Latihan
Namakan jenis frasa nama berikut dengan tepat:
1. Saudara kandung : ………………………………….
2. Ibu pejabat negeri : ………………………………….
3. Pengangkutan darat : ………………………………….
4. Guru sekolah : ………………………………….
5. Baju Melayu : ………………………………….
8
6. Ibu bapa : ………………………………….
7. Pinggan mangkuk : ………………………………….
8. Perdana Menteri : ………………………………….
9. Kereta baru : ………………………………….
10. Tubuh badan : ………………………………….
9
5.0 Susunan Unsur Frasa Nama
5.1.1 Hukum D-M
Frasa nama dibina menurut Hukum D-M. Hukum D-M bermaksud bahawa frasa nama
itu terbina dengan mematuhi susunan perkataan “yang diterangkan mendahului yang
menerangkan”. Dalam bahasa Melayu, apabila frasa namanya terbentuk daripada dua
unsur atau lebih, maka perkataan yang diterangkan (iaitu D) terletak di depan perkataan
yang menerangkan (iaitu M), atau perkataan yang menerangkan terletak di belakang
perkataan yang diterangkan, iaitu D-M.
(D)iterangkan (M)enerangkan
Guru Sekolah
Darat
Pengangkutan
Anggota Keselamatan
Kereta Ayah
Buku Nipis
5.1.2 Kekecualian Hukum D-M
Walaupun secara umumnya, dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan mestilah
hadir di hadapan unsur yang menerangkan, namun, ada kekecualiannya.
1. Kekecualian dalam kata nama khas dan jawatan
Kekecualian kepada kata nama jawatan atau kata nama khas, seperti:
• Ketua Hakim
• Timbalan Perdana Menteri
• Ketua Menteri
• Naib Canselor
• Ibu Pejabat
2. Kata nama bilangan
10
Kata bilangan berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh hadir di hadapan
kata nama inti, seperti:
• Tiga ekor buaya
• Sekumpulan pekerja
• Beberapa buah buku
• Kedua-dua ibu bapa
3. Kata panggilan
Kata nama panggilan dan gelaran juga menjadi unsur frasa nama yang hadir
sebelum kata nama inti, seperti:
• Tun Abdul Razak
• Profesor Zahari
• Datuk Panglima Hang Tuah
• Puan Siti Fatimah
• Tunku Aminah
5.1.3 Bilangan Penerang dalam Frasa Nama
Dalam binaan frasa nama, inti boleh menerima penerang lebih daripada satu. Namun,
kehadiran penerang-penerang itu mestilah mematuhi peraturan-peraturannya.
5.2 Formula Penerang (M) + Diterangkan (D)
(D)iterangkan + (M)enerangkan
KN + Pen + (Pen) + (Pen) + (Pen)
11
5.3 Contoh
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), Datuk Dr Paul Selvaraj, berkata pasukan audit itu yang harus diwujudkan
oleh pengendali pengangkutan awam hendaklah bergerak secara proaktif agar punca
masalah dapat dikesan segera dan penyelesaian dapat dilakukan dengan pantas.
(Sumber: Berita Harian 8 Jan 2020)
Ketua Pegawai Eksekutif = Formula FN (M+D)
Datuk Dr Paul Selvaraj = Formula FN (M+D)
Pasukan audit = Formula FN (D+M)
Pengangkutan awam = Formula FN (D+M)
Insiden itu berlaku apabila kereta Newman merempuh dinding dan menyebabkan ia
melayang di udara sebelum terbalik dan dilanggar oleh kereta d i belakangnya, hanya
beberapa meter dari garisan penamat. Beribu-ribu penonton terkejut melihat insiden
itu yang berlaku dalam sekelip mata.
(Sumber: Berita Harian 18 Feb 2020)
Kereta Newman = Formula FN (D+M)
Beberapa meter = Formula FN (M+D)
Beribu-ribu penonton = Formula FN (M+D)
SINGAPURA: Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 741 kes jangkitan
COVID-19 hari ini menjadikan jumlah terbaru sebanyak 20,939 kes. Kementerian
Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan hanya 11 kes membabitkan rakyat
Singapura atau Penduduk Tetap, manakala majoriti kes membabitkan pekerja asing
yang ditempatkan di asrama.
(Sumber: Berita Harian 7 Mei 2020)
741 kes = Formula FN (M+D)
Pekerja asing = Formula FN (D+M)
12
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, menawarkan jaminan
RM120,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dengan syarat tambahan
dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali.
(Sumber: Berita Harian 13 Jan 2020)
Timbalan Pendakwa Raya = Formula FN (M+D)
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia = Formula (KN + Pen + Pen + Pen +
Pen)
5.4 Aktiviti
Guru akan mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti unsur frasa nama dalam akhbar
harian.
5.5 Latihan
1. Kenal pasti frasa nama yang terdapat dalam teks di bawah. Gariskan frasa nama
tersebut:
Pomeroy berpendapat situasi sosial yang unik di negara dengan populasi 10.3 juta itu
juga menjadi antara faktor yang membantu menjadikan pelaksanaan perintah kerajaan
berhubung Covid-19 menjadi lebih mudah. Lebih separuh daripada isi rumahnya
dikatakan seorang, menjadikan lebih mudah untuk penduduk mematuhi penjarakan
sosial.
Selain itu, rakyat Sweden antara paling ramai berbanding penduduk di negara Eropah
lain, yang bekerja dari rumah. Ini diperkuat dengan akses Internet yang berkelajuan
tinggi, menyebabkan lebih mudah untuk individu bekerja secara produktif meskipun
berada di rumah.
Pada masa sama, keberkesanan langkah menangani penularan Covid -19 di negara itu
juga sebahagian besarnya disumbangkan oleh disiplin penduduknya. Jika kerajaan lain
13
terpaksa mengenakan hukuman penjara dan denda tinggi bagi individu ingkar perintah
berkurung dan penjarakan sosial, rakyatnya pula tidak dikenakan apa-apa penalti jika
melanggar perintah kawalan. Ia bergantung sepenuhnya kepada kesedaran dan
tanggungjawab individu. (Harian Metro Online, 9 Mei 2020)
2. Berdasarkan teks di bawah, kenal pasti sama ada unsur yang terdapat dalam frasa nama
tersebut unsur yang diterangkan (D) atau unsur yang menerangkan (M). Isikan jawapan
anda dalam jadual yang disediakan:
Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan
akan mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi
kepada normal baharu pada masa depan, pasca penularan wabak Covid-19 adalah tepat
pada masanya. Bagi penulis, antara hikmah di sebalik musibah wabak ini ia dilihat
membantu mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat.
Proses pendigitalan dalam tiga komponen penting iaitu, kerajaan (e-kerajaan),
pendidikan (e-pendidikan) dan perniagaan (e-dagang) dilihat sedang berkembang
dengan begitu pesat di negara kita terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan ancaman wabak Covid-19 ini.
Dalam sektor kerajaan misalnya, PKP membolehkan anggota perkhidmatan awam
membudayakan konsep bekerja dari rumah.
Ironinya, konsep ini masih baharu untuk kita, namun kita lihat penjawat awam segera
mengadaptasi dan menyesuaikan diri sehingga semua urusan penting kerajaan dan
perkhidmatan kepada rakyat terus berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan
walaupun pejabat terpaksa ditutup. (Harian Metro Online, 7 Mei 2020)
14
Frasa Nama
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
Frasa Nama
Penerang (M) Diterangkan (D)
3. Berdasarkan frasa nama yang berhuruf condong di bawah, isi tempat kosong dalam
jadual yang diberi dengan binaan frasa nama yang betul:
i. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai kanan Kementerian Pendidikan
Negara.
ii. Iskandar sedang mencari Kamus Dewan Edisi Keempat itu di merata tempat.
iii. Kereta kuning baru ayah itu masih hilang semenjak dari semalam.
iv. Salah seorang pelajar Sekolah Menengah Taman Impian telah dimasukkan ke
dalam hospital akibat keracunan makanan.
Frasa Nama
Inti Penerang Penerang Penerang Penerang
15
6.0 Frasa Nama Am
Frasa nama am ialah frasa yang umum sifatnya. Ianya ditulis dengan huruf kecil jika di
pangkal ayat kecuali jika ditulis di awal ayat. Frasa nama am dipecahkan kepada beberapa
subgolongan seperti berikut:
6.1 Definisi
6.1.1 Frasa Nama Am Hidup
Frasa nama am hidup merujuk kepada sesuatu yang bernyawa. Frasa nama am hidup
boleh dibahagikan kepada frasa nama am hidup manusia dan frasa nama am hidup
bukan manusia.
6.1.2 Frasa Nama Am Tak Hidup
Frasa nama am tak hidup merujuk kepada semua nama kecuali nama manusia,
binatang, dan tumbuh-tumbuhan, sama ada konkrit ataupun abstrak. Frasa nama am
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu frasa nama am tak hidup institusi dan frasa nama
am tak hidup bukan institusi.
FRASA NAMA AM
Hidup Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia Institusi Bukan Institusi
Abstrak Konkrit
Berbilang Tak Berbilang
16
6.2 Formula
FRASA NAMA AM HIDUP
M- Manusia
H- Haiwan
T- Tumbuh-tumbuhan
FRASA NAMA AM TAK HIDUP
Institusi
• perbadanan/organisasi/pertubuhan kelolaan manusia
Bukan Institusi
• bersifat konkrit
• abstrak berbilang (boleh disertai kata bilangan di depannya.
6.3 Contoh
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di
Muadzam Shah, dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung
halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.
(Sumber: Berita Harian 14 Mei 2020)
RANTAU PANJANG: Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa,
begitulah pengorbanan seorang bapa berusia 80 tahun yang sanggup menjaga anak
lelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan sejak lebih 20 tahun lalu.
(Sumber: Berita Harian 12 Mei 2020)
17
GUA MUSANG: Ketika orang lain nyenyak tidur, penduduk Kampung Tanah Puteh
dan Kampung Lepan Jaya, dekat sini, terpaksa bekerja keras membersihkan lumpur
akibat dilanda banjir kilat awal pagi tadi. Hujan lebat tiga jam sejak jam 11 malam
menyebabkan 30 rumah di dua kampung yang terletak di kawasan rendah
berhampiran berhampiran anak sungai dinaiki air sehingga paras pinggang bermula
jam 1.30 pagi.
(Sumber: Berita Harian 11 Mei 2020)
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya
membataskan masyarakat dalam banyak perkara. Namun dalam mendepani situasi
itu, tidak bermakna proses pembelajaran dan pengajaran juga menjadi terbatas.
Keadaan itu terbukti apabila pembelajaran secara maya kendalian Universiti
Teknologi MARA (UiTM) menerusi Massive Open Online Courses (MOOC) kini
mencecah lebih 170,000 pelajar dengan aktif menawarkan 538 kursus dalam
pelbagai bidang secara sepanjang hayat, sepenuh masa mahupun separuh masa dan
kursus jangka pendek.
(Sumber: Berita Harian 22 Apr 2020)
6.4 Aktiviti
Berdasarkan buku cerita yang dibaca, para pelajar diminta untuk
mengenal pasti dan klasifikasikan frasa nama am mengikut jenis.
6.5 Latihan
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan.
Atlet pen perpustakaan sekolah kucing
ketua cuaca doktor laut kampung
18
1. Kementerian Kesihatan menyarankan semua orang untuk minum air yang secukupnya
kerana keadaan yang tidak menentu.
2. handalan itu telah memecahkan rekod acara lontar peluru yang
bertahan selama 10 tahun.
3. Jihan membeli sebatang untuk diberikan kepada Cikgu Nazura
sempena Hari Guru.
4. Adik berasa gembira kerana ayah menghadiahkan seekor kerana lulus
dalam peperiksaan.
5. Balqis sekeluarga tidak dapat pulang ke halaman pada cuti
perayaan kali ini.
6. Semua terpaksa ditutup bagi memutuskan rangkaian wabakCovid-
19 yang sedang melanda pada tahun ini.
7. Kamal telah menempah tiket percutian ke Phuket kerana memiliki pemandangan
yang cantik.
8. Kerjaya seorang merupakan pekerjaan mulia kerana dapat membantu
semua orang.
9. Nabilah sering ke untuk mengulang kaji pelajaran sebelum
menghadapi peperiksaan akhir.
10. Setiap kelas mestilah memikul tanggungjawab semasa ketiadaan guru di
dalam kelas.
19
7.0 Frasa Nama Khas
Frasa nama khas adalah frasa yang merujuk kepada sesuatu yang khusus. Frasa nama khas
perlulah ditulis dengan huruf besar pada awal setiap perkataan kerana ianya merujuk
kepada nama-nama khas.
7.1 Definisi
7.1.1 Frasa Nama Khas Hidup
Frasa nama khas hidup merujuk kepada sesuatu yang bernyawa. Frasa nama khas
hidup boleh dibahagikan kepada frasa nama khas hidup manusia dan frasa nama khas
hidup bukan manusia.
7.1.2 Frasa Nama Khas Tak Hidup
Frasa nama khas tak hidup merujuk kepada semua nama kecuali nama manusia,
binatang, dan tumbuh-tumbuhan, sama ada konkrit ataupun abstrak.
20
FRASA NAMA
KHAS
FRASA NAMA FRASA NAMA
KHAS HIDUP KHAS TAK HIDUP
MANUSIA BUKAN MANUSIA Benda: Honda
(nama khusus bagi (nama khusus yang
diberikan kepada Bangsa: Melayu
seseorang) makhluk yang bukan
Negeri dan negara:
CONTOH: manusia) Kedah, Arab Saudi
Nazura
Dr. Natasha CONTOH: Tempat: Kampung
Datin Ozie Nama malaikat: Pinang
Kapten Majidah Jibrail
Nama haiwan: Sang Institusi:Kementerian
Kancil Pendidikan Malaysia
Nama Tumbuhan:
Aloevera Undang-undang/ akta:
Akta Pelajaran 1961
Agama: Islam
Gelaran: Yang
Berbahagia
7.2 Formula FRASA NAMA KHAS TAK HIDUP
FRASA NAMA KHAS HIDUP • Nama bagi sesuatu yang tidak
• Nama bagi sesuatu yang bernyawa.
bernyawa.
(M) & (BM)
21
7.3 Contoh
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini
mengumumkan empat pengerusi baharu di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat
(MARA) berkuat kuasa 15 Mei 2020.
Dalam kenyataannya hari ini, KPLB menamakan Datuk Dr Roziah Omar sebagai
Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd, Mazlan Othman bagi MARA Liner
Sdn Bhd, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya bagi Asia AeroTechnic Sdn Bhd
dan Shaik Rizal Sulaiman sebagai Pengerusi Harta Prima Realties Sdn Bhd.
(Sumber: Berita Harian 13 Mei 2020)
“Serentak itu, aktiviti pengeluaran di kilang PROTON Tanjung Malim dan Shah
Alam juga akan dihentikan dalam usaha untuk membantu mengawal penyebaran
COVID-19,” katanya.
(Sumber: Berita Harian 18 Mac 2020)
Gerun suluh mata Pak Belang
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
RAWANG: Seorang warga emas berdepan saat cemas apabila `bertentang mata’
dipercayai dengan seekor harimau belang berhampiran rumahnya di Jalan
Angkasa, Batu Arang, dekat sini, Khamis lalu.
(Sumber: Berita Harian 18 Mac 2020)
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon, berkata, pihaknya tidak
mempunyai halangan untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan
meskipun individu itu sebelum ini sudah dibantu.
(Sumber: Berita Harian 13 Mei 2020)
22
7.3 Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang Wordwall untuk menjawab kuiz
berkaitan dengan frasa nama khas.
Link: https://wordwall.net/play/2934/130/865
7.4 Latihan
Sila kenal pasti dan gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat tersebut.
1. Amira dan rakan-rakannya bermain di hadapan halaman rumah.
2. Anak Mak Su sekarang ini sudah bergelar sebagai seorang Profesor Ahmad.
3. Pacuan empat roda yang berjenama Honda itu terbabas akibat jalan raya yang agak
licin.
4. Metarrhizium merupakan sejenis tumbuhan kulat.
5. Universiti Malaya merupakan di antara universiti yang tertua di Malaysia.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. merupakan seorang pendidik yang begitu disayangi oleh murid -murid di
sekolah kerana sifatnya yang penyayang.
A. Ayah
B. Cikgu Hamdan
C. Kapten Ali
D. Prosefor Halina
2. Harimau merupakan seekor haiwan liar yang diberikan gelaran sebagai ……………..
.
23
A. Tompok
B. Sang Bedal
C. Sang Kancil
D. Pak Belang
3. Mohd melanjutkan pelajarannya ke peringkat menara gading iaitu di ……………. .
A. Universiti Pendidikan Sultan Idris
B. Kementerian Pendidikan Malaysia
C. Parlimen Malaysia
D. Media Prima Berhad
4. Ibu membeli perkakas elektrik yang berjenama …………… .
A. Toyota
B. Panasonic
C. Honda
D. Channel
5. Lawatan ke..................... dapat membantu para pelajar untuk mengetahui khazanah-
khazanah dan warisan negara yang wujud pada zaman dahulu.
A. Masjid Negara
B. Taman Negara
C. Zoo Negara
D. Muzium Negara
24
8.0 FRASA GANTI NAMA
Frasa yang menjadi pengganti bagi sesuatu benda, perkara atau manusia.
8.1 Frasa Ganti Nama Tunjuk
8.1.1 Definisi
Frasa ganti nama tunjuk menunjukkan sesuatu perkara, benda atau tempat.
8.1.2 Formula
Umum = itu/ini
Tempat = situ/sana/sini
8.1.3 Contoh
Selain itu, baginda turut menarik perhatian dengan bertitah walaupun sekatan
dilakukan di seluruh dunia termasuk PKP di negara ini yang menimbulkan
pelbagai kerumitan, namun ia memberi kesan positif terhadap kualiti alam
sekitar dengan penurunan gas rumah hijau, suhu serta air sungai yang semakin
jernih.
(Sumber diubahsuai: Berita Harian 12 Mei 2020)
“Selain itu, bagi golongan dewasa yang menginginkan ruang privasi untuk
membaca atau belajar, di sini ada ruang seperti kapsul di bahagian tepi yang
selesa untuk mereka. Selain itu, kemudahan tempat mengecas juga disediakan
berhampirannya,” katanya. Ketika berkunjung ke sana, penulis paling tertarik
apabila berada di ruang remaja kerana di situ.
(Sumber: MyMetro 8 Feb 2020)
25
8.1.4 Aktiviti
Murid diminta untuk membuka link video yang disediakan di bawah dan
mengenal pasti 3 frasa ganti nama tunjuk yang terdapat dalam video
tersebut.
Link: https://www.youtube.com/watch?v=Lkmcbyzu0fo
8.1.5 Latihan
Murid diminta untuk bulatkan jawapan yang betul bagi frasa ganti nama tunjuk
di bawah.
1. Diari (itu/sana) kepunyaan saya.
2. Rumah Hafi kelihatan sunyi setelah mereka berpindah. Di
(itu/situ)bermulanya pertemuan saya dan Hafi.
3. Kumar perlu ke bilik disiplin untuk melaporkan pergaduhan yang berlaku.
Dia segera ke (sana/ini).
4. Rakyat Malaysia perlu akur perintah pemerintah negara. Oleh (ini/itu),
mereka perlu kekal duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian Covid-19.
5. Di mana bumi dipijak, di (sini/situ) langit dijunjung.
6. “Hamba bersedia melawan lanun-lanun (sana/itu),” kata laksamana Hang
Tuah kepada Tun Perak.
7. Kazim penat setelah menoreh getah. Dia segera mencari kawasan yang
redup untuk duduk di (situ/sini).
8. Istanbul merupakan tempat kesukaan kami sekawan. Kami mahu ke
(sana/sini) suatu hari nanti.
9. Rumah berwarna biru (ini/sini) merupakan rumah Zati.
10. Kucing (itu/situ) kelihatan basah kuyup.
26
8.2 Frasa Ganti Nama Diri
8.2.1 Definisi
Frasa ganti nama diri menggantikan sesuatu benda, perkara atau manusia.
8.2.2 Formula
Hal = begini/begitu
Tanya = siapa, apa, mana
Orang
> aku, saya, hamba, beta, patik, kita, kamu
> awak, aku, kamu, anda, tuan, puan,encik, saudara, saudari
3 > dia, nya, beliau, baginda, mereka
8.2.3 Contoh
Kata mereka kepada saya, ayatnya berbunyi begini, “Wahai anakku, Marco
(nama keluarga) Socrates (nama pemain pujaan di kelab), ayah dengan ini,
mengisytiharkan di hadapan semua yang ada di sini pada hari ini, bahawa kamu
adalah seorang, contoh; Paulista, Corinthiano, Palmeiras, dan Santos”. Sempat
saya bertanya kepada jurulatih mengapa mereka begitu serius di atas padang?
Jawapannya ialah mereka sedang berebut tempat kesebelasan utama.
(Sumber: Berita Harian 8 Jan 2020)
27
Tiada siapa dapat menduga bahawa pada 2020 manusia di seluruh dunia perlu
berhadapan dengan satu ujian yang sangat dahsyat ini. Kesimpulannya,
persoalan yang perlu setiap individu tanyakan kepada diri mereka ialah, adakah
tragedi pandemik ini berjaya membawa diri kita untuk berubah dan menjadi
individu yang lebih baik?
(Sumber diubahsuai: Berita Harian 17 Apr 2020)
8.2.4 Aktiviti
Murid diminta untuk membuka permainan Kahoot dengan menjawab kuiz
yang disediakan dengan memasukkan kod permainan Kahoot dibawah.
Kod: 02587737
8.2.5 Latihan
Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan frasa ganti nama diri
di bawah.
dia aku kamu siapa apa
begini begitu mana kita baginda
1.
2.
3.
4.
5.
28
6.
7.
8.
9.
10.
8.3 Frasa Ganti Nama Tak Tentu
8.3.1 Definisi
Frasa ganti nama tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu yang terbit dari frasa ganti nama diri tanya yang diulang.
8.3.2 Formula
mana =
2x bila =
2x siapa =
2x
8.3.3 Contoh
"Saya sangat ragu-ragu mengenai prestasi semasa tanpa beraksi dalam mana-
mana kejohanan." Pemain nombor tiga dunia, Karolina Pliskova dan pasangan
kembarnya, Kristyna berada di ranking 69, turut dijadualkan beraksi.
(Sumber: MyMetro 11 Mei 2020)
29
8.3.4 Aktiviti
Murid dikehendaki membuka link Edmodo dibawah bagi mengenal pasti serta
menyenaraikan frasa ganti nama tak tentu pasa kertas kosong.
Link: 5eba59f5bcccd.site123.me
8.3.5 Latihan
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
1. Saya pun tidak tahu .
2. boleh datang ke sini.
3. Sarah boleh datang pada masa
RUJUKAN
(2016). Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman.(2006). Sintaksis siri
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Batu Caves, Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad khair Mohd Nor, Raminah Hj.Sabran, Nawi Ismail, dan Ton Ibrahim. (2014). Tatabahasa
asas (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Penerbitan Salam Sendirian Berhad dan Persatuan
Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Asmah Hj Omar. (1986). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, & Farid M. Onn. (2015).
Tatabahasa dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.