BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
KUMPULAN B
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK:
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA PINJAMAN
NAMA DISEDIAKAN OLEH: PROGRAM
NO. MATRIK
NAZURA BINTI MOHD SABERI D20181082517 AT05 ISMP BAHASA
D20181082506 MELAYU
OZIE FITRI AINA BINTI MASIDI D20181082562
D20181082341 AT05 ISMP BAHASA
VOO MUI TING MELAYU
ZULAIKHA ELYANIE BINTI MOHD AT05 ISMP BAHASA
NOOR MELAYU
AT01 ISMP
KESUSASTERAAN
MELAYU
PENSYARAH: EN. MOHD RA’IN SHAARI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 2019/2020
SENARAI KANDUNGAN i
BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1
1.0 Pengenalan 1
2
2.0 Konsep 9
12
3.0 Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit 19
28
4.0 Kata Pinjaman Bahasa Arab
5.0 Kata Pinjaman Bahasa Inggeris-Latin
6.0 Kata Pinjaman Bahasa Tamil
7.0 Kata Pinjaman Bahasa Cina
Rujukan
1
1.0 Pengenalan
Peminjaman bahasa disebabkan oleh berlakunya pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa
yang lain. Hal ini berlaku disebabkan oleh sesuatu bahasa itu mengalami kekurangan kosa kata
untuk digunakan dalam pertuturan harian. Bahasa yang berpengaruh tinggi akan bertembung
dengan bahasa lain yang kurang berpengaruh untuk saling melengkapi. Peminjaman sesuatu
kata atau bahasa tidak akan menjejaskan dan mengurangkan bahasa yang dipinjam tersebut.
Peminjaman berlaku adalah mengikut keperluan dan kehendak bagi sesuatu bahasa itu.
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh kosa kata daripada bahasa asing sejak abad
ke-7 iaitu pada zaman bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu yang bersifat dinamik
menjadikannya dapat menerima kemasukan kata pinjaman daripada pelbagai bahasa. Oleh hal
yang demikian, terdapat pelbagai kata pinjaman yang telah diambil dan diserap kerana bahasa
Melayu mudah menerima pengaruh-pengaruh asing. Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu
terus berkembang dengan pesat selari dengan peredaran zaman dan juga keperluan semasa.
Bermula pada abad ke-7, berlakunya peminjaman kata daripada bahasa Sanskrit yang
telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, pada abad ke-13 iaitu dengan kedatangan
Islam, bahasa Arab telah mula masuk ke dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu, bahasa
Melayu juga menerima pengaruh kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, Portugis, Belanda,
Cina, dan juga Tamil.
2.0 Konsep
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2016), kosa kata adalah keseluruhan kata di dalam
sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Peminjaman bahasa pula merupakan satu proses
meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Menurut Heah
(1989) pula, peminjaman merupakan satu proses pengambilan dan penggunaan unsur-unsur
daripada satu bahasa yang lain dalam konteks yang lain. Jadi, secara umumnya, kata pinjaman
adalah kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing dan seterusnya digunakan ke dalam
bahasa Melayu.
2
3.0 KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRIT
3.1 Kosa Kata Bahasa Sanskrit yang diserap ke dalam Bahasa Melayu
Formula
Bidang Kosa kata bahasa Sanskrit yang dipinjam ke
dalam bahasa Melayu
Abstrak Asmara, bencana, cinta, sentosa, dirgahayu,
gembira, jasa, guna, dusta, usaha
Agama dan falsafah Syurga, agama, bidadari, dewa, budi, puasa, sakit,
sengsara, pahala, neraka
Alam semula jadi Angkasa, udara, bumi, bayu, gua, cahaya, nyala,
samudera, ombak, suria, tanah
Bunga dan tumbuh-tumbuhan Amra, angsana, cempaka, melati, penaga, melur,
teratai, seroja
Haiwan dan margastua Angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta
Negara dan hubungan kekerabatan Raja, permaisuri, menteri, pengawal
Contoh
"Ia termasuk 300 kg rumput napier dan makanan tambahan lain sehari yang perlu
disediakan untuk tiga gajah betina yang berfungsi sebagai antara daya penarik utama
Zoo Melaka, selain harimau, singa, 10 buaya dan tiga zirafah," katanya.
(Sumber: Berita Harian 3 Mei 2020)
DUNGUN: Seorang daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk
Bidara, di sini Jumaat lalu, ditemukan mati lemas pada kira-kira 7.30 pagi ini.
Katanya, jenazah anaknya itu akan dikafankan dan disolatkan di Hospital Dungun
sebelum dibawa ke Kemaman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Geliga, dekat sini.
(Sumber: Berita Harian 19 Jan 2020)
3
IPOH: Perak kini negeri bebas daripada kes aktif COVID-19 selepas dua pesakit
terakhir yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sembuh dan
dibenarkan keluar semalam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ini menjadikan
kesemua 247 pesakit positif COVID-19 yang direkodkan di negeri ini telah pulih
daripada wabak berkenaan.
(Sumber: Berita Harian 30 Apr 2020)
Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang wordwall untuk menjawab soalan
berkaitan dengan kosa kata bahasa Sanskrit yang diserap ke dalam bahasa Melayu.
Link: https://wordwall.net/play/2073/644/719
Latihan
Bina sebuah ayat dengan menggunakan kosa kata pinjaman di bawah tanpa menambah
imbuhan.
gembira pengawal udara sakit ombak
1.
2.
3.
4
4.
5.
3.2 Imbuhan Awalan dan Imbuhan Akhiran Bahasa Sanskrit yang diserap ke dalam
Bahasa Melayu
Formula
IMBUHAN PINJAMAN CONTOH
AWALAN maha- maharaja, mahasiawa, maha agung
tata- tatatertib, tatabahasa, tatacara
pra- prakata, prauniversiti, prasarana
swa- swadaya, swatenaga, swasta
tuna- tunakarya, tunawisma, tunaanggota
eka- ekabahasa, ekamatra, ekanada
dwi- dwifungsi, dwibahasa
tri- tribulan, triwindu
panca- pancaindera, pancasila
pasca- pascasiswazah, pascamerdeka, pascakolonial
IMBUHAN PINJAMAN CONTOH
AWALAN -wan hartawan, jelitawan, angkasawan
-man seniman, budiman
-wati seniwati, sukarelawati, angkasawati
-nita biduanita, karyawanita
5
Contoh
KUALA LUMPUR: Mengagumi keperibadian Perdana Menteri interim, Tun Dr
Mahathir Mohamad, penyanyi Sufian Suhaimi mencipta puisi untuk negarawan itu
dalam buku puisi sulung, Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi.
(Sumber: Berita Harian 27 Feb 2020)
JOHOR BAHRU: Usahawan yang juga pengasas Jalen Sdn Bhd, Datuk Ab Jalil Long
meninggal dunia jam 3.55 petang ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.
(Sumber: Berita Harian 18 Feb2020)
DALAM era serba moden, peranan mahasiswa lebih komprehensif. Mahasiswa sering
dijadikan ‘bayangan’ untuk melihat pemimpin masa hadapan.
(Sumber: Berita Harian 6 Feb 2020)
Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang wordwall untuk mengenal pasti
maksud imbuhan bahasa Sankrit yang digunakan ke dalam bahasa Melayu.
Link: https://wordwall.net/play/2075/990/117
Latihan
Pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan soalan objektif di bawah.
1. Sekolah itu mempunyai ………. yang cukup lengkap dan canggih.
A. prauniversiti
B. prasarana
6
C. prasaran
D. prasyarat
2. Cikgu Mawar sedang mengajar tentang …….. bahasa Melayu kepada para pelajarnya.
A. tatabahasa
B. tatanama
C. tatakerja
D. tatatertib
3. Ahmad selalu menyertai program komuniti dan menjadi ……… untuk membantu insan-
insan yang memerlukan kemudahan.
A. hartawan
B. sukarelawan
C. angkasawan
D. sejarahwan
4. ………. P. Ramlee telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam karya-karya seni
suatu ketika dahulu.
A. Seniman
B. Seniwati
C. Karyawan
D. Budiman
5. Orang kaya di Kampung Pisang itu seorang yang ……….. kerana dia selalu bersedekah di
masjid dan surau sekitar kampung itu.
7
A. budiman
B. hartawan
C. karyawan
D. ilmuwan
6. Buku terbitan baharu itu mengeluarkan edisi ………. iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris untuk memudahkan pelajar memahaminya.
A. dwifungsi
B. dwibahasa
C. dwitahunan
D. dwiguna
7. Pasukan …………. SMK Tunku Putra telah berjaya memberikan persembahan yang
memukau dan menarik sekali.
A. pacaragam
B. pancawarna
C. pancaindera
D. pancaroba
8. Suara…….. itu sungguh jelas apabila beliau mengumumkan ketibaan Yang Berhormat
dalam sebuah majlis.
A. juruhebah
B. juruacara
C. jurutera
D. jurubahasa
8
9. Sikap ………. terhadap jiran tetangga menyebabkan Encik Ramli tidak
A. prakata
B. prasangka
C. prejudis
D. prasyarat
10. Tindakan …… akan dikenakan kepada sesiapa sahaja pekerja yang melanggar peraturan
syraikat.
A. tatasusila
B. tatacara
C. tatatertib
D. tatanegara
9
4.0 KATA PINJAMAN BAHASA ARAB
Formula
Pengaruh Arab Contoh
Bunyi /dh/ /dz/ /f/ /gh/ /kh/ /q/ /sy/ /th/ /z/
Imbuhan -ah -at -wi -i -iah -in
Contoh
4.1 Pengaruh Bahasa Arab terhadap Imbuhan Bahasa Melayu
PUTRAJAYA: Celoteh yang bersahaja dengan disulami nasihat yang berguna sentiasa
menjadi ingatan orang ramai kepada pendakwah Datuk Ismail Kamus. Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,
berkata kehadiran Allahyarham sentiasa dinantikan umat Islam setiap kali Forum
Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.
"Walaupun kelihatan uzur, arwah tetap bersemangat menggagahkan diri untuk
bersama pada malam itu. "Kita kehilangan seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-
benar memahami denyut nadi ummah dan semoga Allah SWT memberi ketabahan
kepada keluarga Allahyarham," kata dalam kenyataan di Facebook.
(Sumber: Berita Harian 8 Mei 2020)
4.2 Pengaruh Bahasa Arab terhadap Bunyi Bahasa Melayu
MAKKAH: Kekosongan menyelubungi Masjidil Haram di mana kehadiran pada solat
Jumaat semalam terjejas ekoran langkah untuk membendung COVID-19. Khatib dalam
khutbahnya berharap agar penularan COVID-19 akan menemui penghujungnya selain
menyokong pendirian Kerajaan Arab Saudi terhadap larangan mengerjakan umrah
tahun ini. "Ya Allah, kami mohon perlindungan-Mu daripada jangkitan wabak ini," kata
Sheikh Abdullah Awad al-Juhani tanpa menamakan COVID-19 secara jelas. "Tindakan
kerajaan melarang untuk mengerjakan umrah untuk membendung penularan wabak,
selari dengan syariat," katanya.
10
Ketika hanya ribuan menghadiri khutbah itu, solat Jumaat kebiasaannya akan disertai
ratusan ribu umat Islam. "Saya berasa aneh dan mengalami kesukaran ketika dalam
perjalanan ke Masjidil Haram, terasa seperti ada kekurangan di Kaabah," kata seorang
warga Mesir yang mendiami di Makkah selama enam tahun dan enggan dikenali
(Sumber: Berita Harian 7 Mac2020)
4.3 Pengaruh Bahasa Arab terhadap Kosa Kata Bahasa Melayu
KUBANG PASU: "Saya tak sangka akan diberi kepercayaan membaca sendiri khutbah
nikah dan doa selamat pernikahan sendiri, walaupun terkejut tapi Alhamdulillah
semuanya berjalan lancar," kata Mohd 'Athaillah Abdul Majid.
Mohd Athaillah, 25, yang juga kepada Mudir Am Maahad Tarbiah Islamiah, Derang,
Pokok Sena, berkata beliau dan isteri sepakat melangsungkan akad nikah di Pejabat
Agama Daerah Kubang Pasu hari ini, selepas majlis mereka pada 3 April lalu,
ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya dinikahkan sendiri oleh bapa mentua sambil disaksikan pegawai pejabat agama,
bagi saya aturan Allah ini sangat indah.
(Sumber: Berita Harian 7 Mei 2020)
Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang video yang disediakan di bawah dan
mengenal pasti lima perkataan bahasa Melayu yang mempunyai kata pinjaman Arab
sama ada dari aspek bunyi, imbuhan atau kosa kata.
Link: https://www.youtube.com/watch?v=gw80byO7ZG4
11
Latihan
Sila isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan bahasa Melayu yang mempunyai
pengaruh Arab dari aspek imbuhan.
1. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah mengamalkan sikap rajin membaca terutamanya
buku-buku ………………….. (ilmu).
2. Pengacara majlis menjemput para ………………….. (hadir) untuk duduk bersama
sepanjang majlis dijalankan.
3. Semoga rumah tangga yang dibina akan kekal ………………….. (abad) hingga selama-
lamanya.
4. Permintaan terhadap jubah wanita dan pakaian ………………….. (muslim) mendapat
sambutan yang hangat.
5. Pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Hidup banyak didedahkan dengan tugasan
yang berkaitan dengan ………………….. (amal).
12
5.0 KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS –LATIN
5.1 Proses Pembentukan Imbuhan Awalan dan Akhiran Kata Pinjaman Bahasa Inggeris
Latin ke dalam Bahasa Melayu
Formula
IMBUHAN PINJAMAN CONTOH
AWALAN anti- antibiotik, antipenjajah, antikerajaan
pro- probarat, prokerajaaan
auto- automatik, autograph, autonomi
supra- supranasional, supragolongan
sub subbidang, subkategori, subgolongan
poli polisemi, poliklinik
pra pramerdeka
IMBUHAN PINJAMAN CONTOH
AKHIRAN -isme nasionalisme, sosialisme, idealisme
-ik fonemik, fonetik, saintifik, logistik
-si klasfikasi, revolusi, potensi
-al klinikal, kritikal, praktikal
-is ekonomis, praktis, pragmatis
Contoh
KUALA LUMPUR: Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan
yang dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat
kuasa mulai 1 April ini.
(Sumber: Berita Harian 24 Mac 2020)
13
SINGAPURA - Singapura memerintahkan sebuah laman web antikerajaan di
Facebook untuk memberi amaran kepada pembacanya bahawa ia sering menyiarkan
berita palsu.
(Sumber: Sinar Harian 15 Feb 2020)
Membina dan menyatakan pendirian bernas dapat meleraikan kekusutan dihadapi
masyarakat. Bersikap profesional dalam menangani persoalan dan isu nasional.
Tanggungjawab itu perlu dipikul semua mahasiswa dengan amanah dan ikhlas.
Untuk membentuk tamadun manusia disegani, kita perlu memperbaiki dan
meningkatkan kualiti generasi muda. Mahasiswa juga golongan muda yang
mempunyai idealisme, boleh membantu mempercepatkan proses ini.
(Sumber: Berita Harian 6 Feb 2020)
Aktiviti
Pelajar akan diberikan sehelai kertas A4 yang mengandungi soalan berkaitan imbuhan
awalan kata pinjaman bahasa Inggeris-Latin.
\ Latihan
Jawab soalan objektif tersebut dengan jawapan yang sesuai.
1. Pekerja-pekerja telah mengadakan satu rusuhan di sebuah syarikat kerjaanakibat bayaran
gaji mereka telah tertunggak dengan menggunakan slogan ……………..
A. Prokerajaan
B. Antikerajaan
C. Promajikan
14
2. Logik Matematik merupakan ………….. Matematik yang berkait rapat dengan sains
komputer dan logik falsafah.
A. Subbidang
B. Subtopik
C. Subgolongan
3. Semangat ………….. haruslah sentiasa dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia yang
mempunyai berbilang kaum.
A. Nasionalism
B. Nasionali-sme
C. Nasionalisme
4. Bidang…………. adalah bidang pengurusan aliran sumber seperti bahan mentah, ubat-
ubatan dan lain-lain.
A. Logistik
B. Logist-ik
C. Logikal
5.2 Proses Pembentukan Awalan yang Diserap sebagai Kata Pinjaman (bukan imbuhan)
Formula
Kata pinjaman hetero- heterogen, heterograft
(bukan imbuhan) heksa- heksagon
hidro- hidrologi. hidrograf
homo- homopolimer
hiper- hiperaktif, hiperparasit
infra- infrastruktur
inter- intervokal
intra- intrablok. intrasel
kilo- kilogram, kilometre. kilowatt
15
makro- makroiklim
mikro- mikrosel, mikrokimia
mili- milimeter, milligram
tele- televisyen, telegraf
Contoh
Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata projek infrastruktur besar lain yang akan
menyokong ekonomi Malaysia termasuklah pembangunan Bandar Malaysia dengan
nilai pembangunan kasar RM140 bilion dan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450
juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30.
(Sumber: Malaysia Kini 11 Jan 2020)
Taiping: Lebih 20 kilogram dadah jenis heroin dengan anggaran nilai RM264000
dirampas sususlan penahanan dua lelaki disekatan jalan raya sewaktu penugasan Ops
Covid-19 di Jalan Kuala Kangsar-Taiping disini, Jumaat lalu.
(Sumber: Berita Harian 13 Apr 2020)
Aktiviti
Pelajar diminta untuk menjawab lima soalan yang akan diberikan melalui kuiz dalam
bentuk Kahoot berdasarkan kata pinjaman bahasa Inggeris-Latin.
Link: https://create.kahoot.it/share/enter-kahoot-title/45824b17-287b-43ce-94c7-
678d6a4d38d4
16
Latihan
Isi tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.
Kilogram Televisyen Hiperaktif
1. Amin dan ahli keluarganya sedang menonton …………… untuk mengetahui berita
terkini.
2. Kanak-kanak yang sangat aktif apabila bermain dan sentiasa bertenaga diakatakan
………….. .
3. Sofia telah dipesan oleh ibunya untuk membeli tiga ………….. gula dan tepung.
5.3 Pengaruh Bahasa Inggeris-Latin dalam Aspek Pinjaman Kosa Kata ke dalam
Bahasa Melayu
Formula
Kosa Kata Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Police Polis
Bus Bas
Ice-cream Aiskrim
Doctor Doktor
Class Kelas
Contoh
GEOGETOWN: Seorang doktor ditahan polis selepas disyaki terbabit sekurang-
kurangya 22 kes pecah rumah dan curi di kondominium didiaminya sejak enam tahun
yang lalu dalam serbuan di Gurney Park, di sini Khamis lalu.
(Sumber: Berita Harian 28 Apr 2020)
17
Aktiviti
Pelajar diminta melakukan aktiviti secara berpasangan dengan menyediakan kertas A4
untuk membuat dua ayat berbeza bagi perkataan yang sama berkaitan dengan kosa kata
pinjaman bahasa Inggeris-Latin.
Latihan
Bina satu ayat dengan menggunakan kosa kata di bawah tanpa menambah imbuhan.
1. Polis 2. Kelas 3. Aiskrim 4. Bas
1.
2.
3.
4.
5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris-Latin dalam Aspek Pinjaman Peribahasa
Formula
Bahasa Inggeris Pinjaman Peribahasa
Honeymoon Bahasa Melayu
Work load
Bulan madu
Beban kerja
18
Where there’s a will there’s a way Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Book worm Ulat buku
Black and white Hitam putih
Contoh
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi BH
mengesahkan belum menerima sebarang jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri.
“Belum (ada jawapan)...tiada hitam putih dari PMO (Pejabat Perdana Menteri),”
katanya menerusi WhatsApp.
(Sumber: Harian Metro 3 Mac 2020)
Aktiviti
Pelajar akan dipilih secara rawak untuk menjawab tentang maksud peribahasa yang
ditanyakan oleh guru dengan pantas.
Latihan
Isi tempat kosong dengan peribahasa pinjaman Bahasa Inggeris-Latin yang sesuai.
1. Milah dan Adni sangat suka membaca buku. Mereka sentiasa pergi bersama ke
pustakaan untuk membaca buku.
2. Zarul mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi juruterbang maka beliau belajar
bersungguh-sungguh.
3. Zamir disuruh oleh majikannya untuk menguruskan kerja yang tertangguh akibat cuti
tanpa gaji.
19
6.0 KATA PINJAMAN BAHASA TAMIL
6.1 Proses Perubahan Bentuk Kata Pinjaman Bahasa Tamil ke Bahasa Melayu
6.1.1 Pengguguran Konsonan
Formula
Bil. Jenis Pengguguran Konsonan Bahasa Tamil Bahasa Melayu
-sederhana
1. Pada Akhir Kata -čaataaranam -segala
-čakalam -saudara
-čakootaran -sama
-čamam -kerana
-gembira
-kaaranam -kepala
-muka
-kampiiram -dana
-derma
-kapaalam
-mukam
-taanam
-tarumam
Contoh
Axelsen yang juga bekas juara dunia selepas perlawanan mengakui tidak terkejut
dengan peningkatan prestasi Zii Jia dan menyifatkan dia bernasib baik berjaya
memenangi aksi berkenaan sekali gus mara ke pentas final.
"Saya cuba untuk kekal fokus dan melakukan yang apa sepatutnya. Dia (Zii Jia)
bermain dengan baik dan menjadikan perlawanan lebih sukar. Saya gembira kerana
berjaya untuk kekal tenang dan bernasib baik di hujung perlawanan kerana kami
berdua mempunyai peluang yang sama bagi memenangi perlawanan,” kata Axelsen.
(Sumber diubah suai: Berita Harian 16 Mac 2020)
20
“Mangsa yang marah bertindak memukul suspek dengan kayu dan tiga beradik itu
kembali dan melepaskan tembakan ke arah mangsa menggunakan senapang patah,”
katanya.Stanley berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dipohon esok dan
kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan
membunuh.Sementara itu, beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan di
bahagian muka, kepala serta dan badan kini dalam keadaan stabil selepas menjalani
pembedahan malam tadi.
(Sumber: MyMetro 16 Mac 2020)
Menurut Barak, kilang berkenaan berupaya menghasilkan 1,000 paket roti sehari atau
kira-kira 100 kilogram (kg) doh.
“Operasi kilang ini menggunakan dana hasil derma pelbagai pihak. Kami
membelanjakan kira-kira AS$700 (RM2,877) untuk segala bahan mentah seperti
tepung gandum dan yis, bagi memproses 1,200 paket roti setiap hari.
(Sumber: Harian Metro 16 Jan 2020)
Joe yang melangsungkan pertunangan dengan Nurin Marini Ramlan atau Nini Marini
mengalah dengan cadangan ibunya, Aishah Ali.
“Saya memang nak buat sederhana saja, tapi ibu mahu buat di lokasi besar kerana
ramai kawan-kawannya nak datang.
“Saudara mara juga teruja dan tumpang gembira dengan perkahwinan ini. Katanya,
apa salahnya buat satu majlis yang boleh merapatkan lagi hubungan kedua-dua belah
keluarga serta boleh dihadiri ramai orang,” katanya.
(Sumber diubahsuai: MyMetro 6 Feb 2020)
Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang Quizzzis kemudian memasukkan kod
47045740 untuk mengenal pasti kata pinjaman Bahasa Tamil yang mengalami
pengguguran konsonan.
21
Latihan
Sila isi tempat kosong di bawah dengan kata pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu
yang mengalami pengguguran konsonan pada akhir kata.
1. Program Kesukarelawan yang diadakan telah menggunakan Kebajikan
Persatuan serta mengadakan kutipan untuk disumbangkan kepada
Pertubuhan Anak Yatim.
2. Suasana pada hari raya kelihatan meriah disamping dapat merapatkan
hubungan silaturrahim sesama Islam.
3. Ali merupakan seorang yang keras sama keras seperti .
4. Keluarga Aminah mengamalkan kehidupan secara sahaja namun, mereka
mempunyai nilai kasih sayang yang mencukupi.
5. Kulit Ali mengalami luka kecil dia jatuh dari basikal.
6.1.2 Pengguguran Vokal
Formula Bahasa Tamil Bahasa Melayu
Bil. Jenis Pengguguran Vokal -akkaa -kakak
1. Pada Awal Kata -il ampu -lembut
-varukkam -warga
2. Pada Tengah Kata -upamaanam -umpama
-vanitai -wanita
3. Pada Akhir Kata -kattu -ikat
-kooyil -kuil
4. Separuh Vokal -rakačiyam -rahsia
22
Contoh
Katanya, penguasaan warga asing terhadap aktiviti perniagaan di dua pasar borong itu
amat tidak baik untuk negara disamping menekan pekebun-pekebun yang terpaksa
menjual harga murah kepada mereka.“Tiada lagi kompromi terhadap masalah seperti
ini kerana ia umpama barah yang mampu merebak ke seluruh negara jika terus
dibiarkan, “katanya.
(Sumber: MyMetro 8 Feb 2020)
Jika ada sekali pun, mereka lebih senang bersanggul ikat sebagaimana popular
digayakan kebanyakan selebriti Korea dalam filem lakonan mereka.Boleh digayakan
sendiri, El Manda berkata, dandanan jenis sanggul ini sesuai untuk wanita yang
menggayakan busana tradisi, moden, santai mahupun kasual.
(Sumber: MyMetro 8 Feb 2020)
“Dia berkawan rapat dengan kami sekeluarga sejak dua tahun lalu. Asalnya dia bekerja
sebagai pembantu untuk perniagaan katering kakak saya. Kami terpedaya dengan
perwatakannya yang lemah lembut, tak banyak cakap dan ringan tulang.
(Sumber: MyMetro 12 Jan 2020)
MISTERI megalit gergasi sehingga 800 tan dengan binaan tiga kuil dan sebuah masjid
di bandar purba yang terletak di utara Lubnan masih belum dapat dirungkai pakar
sejarah.Kota Baalbek menyimpan seribu satu rahsia keajaiban dunia apabila struktur
binaan dengan batuan gergasi itu dianggarkan wujud 10,000 tahun dulu.
(Sumber: MyMetro 21 Feb 2020)
23
Aktiviti
Murid diminta tampil ke hadapan kelas untuk membina ayat berdasarkan contoh kata
pinjaman bahasa Tamil.
Latihan
Sila bina ayat dengan menggunakan kata pinjaman bahasa Tamil yang disediakan di dalam
kotak tersebut.
Kakak Ikat Kuil Lembut Warga
Umpama Rahsia Wanita
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
6.1.3 Penyisipan Konsonan 24
Formula
Bahasa Melayu
Bil. Jenis Penyisipan Konsonan Bahasa Tamil -dalam
1. Pada awal kata -kalam -beras
-ariči -baldi
2. Pada tengah kata -vaal i -mahligai
-maal ikai -kelompok
3. Pada akhir kata -kulumpu -berat
-porai
Contoh
Mengulas lagu Mahligai Dusta, Syafiq berkata lagu dan lirik ciptaannya itu dihasilkan
berdasarkan kisah hidupnya. Sejak dikongsi dalam laman Youtube, November lalu,
lagu Mahligai Dusta meraih hampir 180,000 jumlah tontonan.
(Sumber: Berita Harian 25 Jan 2020)
KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap nasib keluarga yang ditimpa musibah, Yayasan
MRCB, semalam menyerahkan 300 pek bantuan bencana alam kepada Pasukan
Penyelamat dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET).Pek bantuan
berkenaan antara lain berisi selimut, tuala mandi, baldi, selipar, pemotong kuku, kit
pembersihan, pek tisu, sabun, berus dan ubat gigi.Pengerusi Yayasan MRCB, Datin
Jasmine Abdullah Heng, berkata ia bertujuan meringankan beban kelompok yang
terbabit, khususnya apabila berlaku bencana seperti banjir.
(Sumber: Berita Harian 22 Jan 2020)
25
Mohd Noor berkata, Surau Al-Qudwah yang dibina dengan hasil titik peluh dan
sumbangan kariah sendiri, tanpa bantuan wakil rakyat mahupun kerajaan itu sudah
menjadi tumpuan golongan asnaf mendapatkan bekalan keperluan asas.“Dan selalunya
mereka yang datang ambil bantuan bukan sahaja penduduk sekitar sini, malah ada juga
yang dari jauh, Kundang, Sungai Buloh, Rawang dan pelbagai bangsa.“Gerobok rezeki
ini boleh menempatkan sehingga 10 kampit berasberat 10 kilogram, susu, minyak
masak, sos cili, kicap dan bermacam lagi.
(Sumber: MyMetro 15 Mac 2020)
Aktiviti
Murid diminta mencari beberapa kertas A4 yang mengandungi perkataan pinjaman
bahasa Tamil di sekitar kelas
Latihan
Murid diminta untuk membina ayat dengan menggunakan gabungan dua contoh kata pinjaman
bahasa Tamil.
mahligai,dalam baldi,berat beras,kelompok
1.
2.
3.
6.1.4 Penyisipan Vokal 26
Formula
Bahasa Melayu
Bil. Jenis Penyisipan Vokal Bahasa Tamil -ikat
1. Pada awal kata -kattu -niaga
2. Pada tengah kata -vanikam -kali
3. Pada akhir kata -kaal
Contoh
Menurutnya, sebagai usahawan kecil sepenuh masa, dia tidak mahu PKP menjadi alasan
untuk tidak meneruskan perniagaannya."Setiap kali Ramadan, saya antara peniaga tetap
yang menjual kuih muih di Bazar Ramadan Medan Niaga di Satok, tetapi kali ini kami
tidak lagi berpeluang berniaga di tempat terbuka.
(Sumber: MyMetro 26 Apr 2020)
Aktiviti
Murid diminta untuk membuka laman sesawang Site123 pada pautaun yang disediakan
bagi mengenal pasti kata dalam bahasa Melayu yang mengalami penyisipan vokal bagi
kata pinjaman bahasa Tamil.
Latihan
Sila isi tempat kosong di bawah dengan dengan penyisipan vokal kata pinjaman Bahasa
Tamil dalam Bahasa Melayu.
ikat kali niaga
1. Pak Abu meminta pekerjanya untuk tali itu pada pokok.
27
2. Buat pertama Aina dikenakan tindakan disiplin di sekolah.
3. Urusan semasa Hari Sukan Sekolah perlu meminta kebenaran guru yang
bertanggungjawab soal berniaga.
28
7.0 KATA PINJAMAN BAHASA CINA
7.1 Bidang Kata Pinjaman Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu
Formula
Bil. Bidang Bahasa Cina Bahasa Melayu
1. Sayur, Buah, Makanan -koe tiau -kue tiau
-lai tsi -laici
2. Peralatan -kai lan -kailan
3. Budaya -te-ko -teko
-angpo -angpau
-tsap go bin -chap goh mei
Contoh
Koleksi syiling emas dengan pelbagai corak ini adalah kali pertama diperkenalkan dan
ia dijual pada harga RM98 saja dalam usaha memberi kepelbagaian kepada masyarakat
Cina untuk memberi angpau pada Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.
(Sumber: Berita Harian 21 Jan 2020)
Sepanjang tempoh itu, selain anggur, Marzuki turut mengusahakan pelbagai jenis
tanaman antaranya kailan, kucai, timun, rock melon, cili, asparagus, bayam brazil dan
laici.
(Sumber: Berita Harian 5Apr 2020)
Pugiyana berkata, antara barang antik yang menjadi kegilaan utama ialah teko yang
dihiasi dengan lukisan bunga ros yang paling mahal dibelinya berharga
RM350.Katanya, biarpun terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan
barangan antik terbabit, dia berasa puas apabila dapat memilikinya.
(Sumber: Berita Harian 16 Feb 2020)
29
Aktiviti
Murid diminta untuk melukis perkataan pinjaman bahasa Cina pada kerta A4 putih yang
telah disediakan oleh guru dalam bentuk ilustrasi.
Latihan
Tukarkan kata pinjaman Bahasa Cina yang bergaris dibawah dengan ejaan dalam Bahasa
Melayu.
1. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting untuk kaum Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar Cina. Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarahi ahli
keluarga. Angpo diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang
telah kahwin. 15 belas hari selepas Tahun Baru Cina, perayaan tersebut ditamatkan dengan
perayaan Tsap Go Bin.
2. Pelbagai versi char keo tiau telah dicipta yang merupakan makanan budaya Cina. Terdapat
juga kai lan dicampurkan dalam makanan tersebut agar cara pemakanan lebih sihat dengan
adanya sayur.
3. Ayah menghadiahkan te-ko dari Bandung kepada ibu. Ibu amat menyukainya dan
membancuh air lai tsi kegemaran ayah untuk dihidangkan seisi keluarga.
Rujukan
(2016). Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood. (1983). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: Satu tinjauan
terhadap buku teks tingkatan 4 dan 5 (Bahagian I-III). Jurnal Persatuan Linguistik
Malaysia, 1, 1.
Nik Safiah Karim (1996). Unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, & Farid M. Onn. (2015).
Tatabahasa dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Mohmed & Selvarani Subramuniam. (2015). Kata pinjaman bahasa Tamil dalam
bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad. Kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu: Suatu huraian fonologi.
Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/31742023/KATA_PINJAMAN_BAHASA_CINA_DALA
M_BAHASA_MELAYU_SUATU_HURAIAN_FONOLOGl_1
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/648028/mayat-pertama-pelajar-psmza-
ditemui
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/683560/perak-bebas-kes-aktif-covid-
19-mb-perak
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686491/ismail-kamus-pendakwah-
diingati
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/649110/yayasan-mrcb-serah-300-pek-
bantuan-bencana-alam
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/655984/miliki-2500-koleksi-barangan-
antik
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/686195/pkp-pengantin-sendiri-baca-
khutbah-nikah
https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2020/02/656848/pengasas-kicap-jalen-
meninggal-dunia
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/03/662969/kehadiran-solat-jumaat-di-masjidil-
haram-terjejas
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/01/649910/penggali-kubur-bergelar-
penyanyi
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/659757/sufian-suhaimi-cipta-puisi-
untuk-tun-m
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2020/05/684549/cabaran-getir-dalam-
kurungan
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2020/02/653005/mahasiswa-nadi-
penggerak-masyarakat-bertamadun
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2020/03/665680/zii-jia-tunggu-masa-je
https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2020/01/648559/koleksi-syiling-emas-habib-
sempena-tahun-baharu-cina
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/310564/amp
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/582624/amp
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/610363/amp
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/676639/amp
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/684203/amp
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/83305/amp
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/02/546795/1001-rahsia-keajaiban
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/535725/aman-palestin-agih-14000-roti-di-
enam-kem-metrotv
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/554922/hantar-derma-guna-foodpanda
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/555240/tikus-ditangkap
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/571425/peniaga-kecil-sesuaikan-diri-norma-
baharu-metrotv
https://www.hmetro.com.my/rap/2020/02/542030/joe-flizzow-mengalah-demi-ibu