Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 0
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 MAKLUMAT DIRI 2 2 WATIKAH PERLANTIKAN 3 3 DARI MEJA GURU BESAR 4 4 KOMPONEN PENGURUSAN SEKOLAH & PENTADBIRAN 6-60 5 KOMPONEN PENGURUSAN KURIKULUM 61-93 6 KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 94-117 7 KOMPONEN PENGURUSAN SUKAN & KOKURIKULUM 118-134 9 TAKWIM 135-148 10 CATATAN “ ”
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 2 MAKLUMAT DIRI 1 BUTIRAN PERIBADI 1.1 Nama Seperti Dalam Kad Pengenalan : 1.2 No. Kad Pengenalan : Jantina : 1.3 Tarikh Lahir : 1.4 Taraf Perkahwinan : 1.5 Nama Waris Terdekat : Hubungan : 1.6 Alamat Rumah : 1.7 No Telefon : H/P : 1.8 Emel : 2 BUTIRAN PERKHIDMATAN 2.1 Nombor Fail Peribadi JPN : 2.2 Tarikh Lantikan Pertama : Gred Hakiki : 2.3 Tarikh Pengesahan Lantikan Pertama : 2.4 Tarikh Lantikan Ke Jawatan Hakiki Sekarang : 2.5 Tarikh Pengesahan Ke Jawatan Hakiki Sekarang : 2.6 Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Sekarang : 2.7 Tarikh Pengesahan Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Sekarang : 2.8 Gelaran Jawatan Sekarang : 2.9 Tarikh Bersara :
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 3 Rujukan Kami : Rujukan Tuan : Tarikh : 10 Februari 2025 Semua Guru Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Tuan/Puan, WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SESI PERSEKOLAHAN 2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dengan ini dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan-jawatan seperti tercatat dalam Buku Pengurusan Sekolah 2025. 3. Jawatan, Amanah dan tanggungjawab dalam Buku Pengurusan Sekolah ini boleh diubah atau ditambah oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa. 4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan menerima pelantikan ini. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan penuh dedikasi berkuatkuasa dari 17 Februari 2025 sehingga tamat sesi persekolahan 2025. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, HASLINA BINTI ABDULLAH Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Hulu Selangor Kod Sekolah : BBA5018 Email : [email protected] Tel : 05-454 3326 SEKOLAH KEBANGSAAN GESIR TENGAH HULU SELANGOR 44020 KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 4 DARI MEJA GURU BESAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiae Wal Mursaliin, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihi Wa Sahbihie Ajma’iin. Salam Malaysia Madani Salam JPN Selangor Terbilang. Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul Salam PPD Hulu Selangor Sehati Mengungguli Prestasi Salam SEGEST Gemilang Terbilang Bersyukur kita ke hadrat Allah swt, dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama dalam sesi persekolahan 2025 Selaras dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 - 2025, warga SEGEST akan terus komited dengan hasrat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dan bertindak sebagai pemacu dan peneraju pendidikan berterusan. Warga SEGEST akan bersama-sama mengorak langkah dengan penuh semangat bagi menghadapi sesi persekolahan 2025 yang pasti penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai asas pengukuhan sistem pendidikan negara. Ia merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan FPK, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menitik beratkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan generasi yang menguasai Kemahiran AI atau dikenali dengan kecerdasan buatan. Beberapa komponen penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. iaitu 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, dan 11 Anjakan amat perlu terus difahami dalam merealisasikan dan melahirkan ciri-ciri murid abad ke 21. SEGEST juga bersedia untuk meyambut dan melaksanakan 7 teras utama Kementerian Pendidikan Maysia. Teras ke 2 dinyatakan Konsep Karamah Insaniah iaitu konsep menyatukan antara segmen Rukun Negara dengan FPK. Karamah Insaniah secara tidak langsung mengangkat maruah dan harga diri (human dignity) setiap orang anak didik dalam konteks FPK. Kemahiran karamah insaniah merujuk kepada kemahiran yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kemahiran interpersonal.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 5 Ia diperkasakan melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Ia mencakupi kemahiran seperti keberanian, ketabahan, kesabaran, keterampilan berkomunikasi, kepimpinan, kerjasama, kreativiti dan lain-lain lagi. Ia juga adalah konsep penting dalam Islam dan nilainilai ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain. SKPM Kualiti@Sekolah akan terus diamalkan dan dijadikan panduan dan rujukan untuk memenuhi matlamat dan objektif di sekolah ini sebagai showcase, selaras dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Transformasi Pendidikan pula akan dilaksanakan secara berterusan di sekolah ini. Ini sejajar dengan pemilihan sekolah mengikuti Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kohot 7. SEGEST sudah pun melaksanakan Modul 1 hingga 8. Moga ia akan dibudayakan dengan komitmen berterusan semua pihak. Adalah menjadi harapan saya agar semangat dan sikap kebersamaan dan sokongan berterusan daripada semua peringkat iaitu Peneraju Sekolah, Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pekerja swasta (PKK & KBK), PIBG, Kumpulan Sokongan Ibubapa (KISB), Alumni, Komuniti , Agensi Kerajaan serta Swasta akan terus menyumbang kepada pencapaian aspirasi bagi melonjakkan Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid seiring dengan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2025 Akhir kata, “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA”. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt dan yg buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Wabilah hi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum wbt. Sekian terima kasih. #SEGEST Terbaik HASLINA BINTI ABDULLAH Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Hulu Selangor
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 6
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 7 KOMPONEN PENGURUSAN SEKOLAH DAN PENTADBIRAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2. Alamat Sekolah : Kg Gesir Tengah, 44020 Kuala Kubu Bharu 3. Kod Sekolah : BBA5018 4. Lokasi/Kategori : Bandar 5. Daerah/PPD : Hulu Selangor 6. Mukim : No. Lot 2874 Hulu Bernam 7. Jenis Bantuan : PCG (Per Capita Grant) 8. Gred : B 9. Keluasan Tanah : 19071 meter persegi (4 ekar 2 Rood) 10. Sesi : 1 (Pagi) 11. Bilangan Guru : 18 orang 12. Bilangan AKP : 4 orang 13. Enrolmen Murid : 143 orang (Perdana : 119, Prasekolah : 24) 14. Bilangan Kelas : 8 buah 15. No Telefon : 05-454 3326 16. Emel Sekolah : [email protected] 17. Laman Blog Sekolah : http://skgesirtengah.blogspot.my
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 8 SEJARAH SEKOLAH Terletak dalam daerah Hulu Selangor, di Negeri Selangor Darul Ehsan. Nama Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah disesuaikan dengan nama di mana sekolah ini berada iaitu di Kampung Gesir Tengah. Sekolah mula beruperasi pada tahun 1968.Terletak di atas tapak seluas 19071 meter persegi (4 ekar 2 Rood) di tanah No. Lot 2874 Mukim Hulu Bernam. Sebelum adanya sekolah ini, penduduk kampung menghantar anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Sg. Selisek, Hulu Selangor. Sekolah ini terletak di tepi jalanraya yang terletak di antara pekan Tanjong Malim dengan FELDA Gedangsa. Jauh dari pekan Tanjong Malim lebih kurang 17 km. Bekalan Air paip telah ada untuk kemudahan murid-murid. Mempunyai seorang tukang kebun sekolah yang telah dilantik pada 1 hb. Februari, 1969. Mulai 26 hb. Ogos, hingga 31 hb. Disember, 1968 ialah Cikgu Kasim Bin Singah menjadi peneraju sebagai Pemangku Guru Besar. Beliau bertukar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek. Namun mulai 1 hb. Januari 1969, Cikgu Abdul Latif Bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sabak Bernam, mengambil alih sebagai Guru Besar. Pada asalnya sekolah hanya mempunyai satu blok bangunan, kantin dan tandas. Pada 1978 sebuah lagi bangunan dibina atas pertambahan murid. Pada 1999 atas sumbangan YAB Menteri Besar Selangor ketika itu, sebuah lagi bangunan telah dibina menjadikan kesemuanya tiga blok bangunan. Semua pertambahan kemudahan fizikal ini adalah atas keperluan pertambahan murid. Mengikut arus perkembangan keperluan semasa, pada masa ini terdapat tiga blok bangunan sekolah yang menempatkan bilik-bilik darjah, bilik sains, bilik operasi buku teks, pusat sumber dan bilik kemahiran hidup disamping sebuah bangunan surau sekolah, pondok pengawal dan sebuah bangunan Prasekolah yang siap pembinaannya pada akhir tahun 2007. Pada akhir September 2009 telah dimulakan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan pentadbiran yang telah mula digunakan pada April 2011.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 9 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara SLOGAN JPN SELANGOR “Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Sentiasa Berkualiti Dan Terus Unggul” SLOGAN PPD HULU SELANGOR “Sehati Mengungguli Prestasi” SLOGAN SEKOLAH “Gemilang Terbilang” SEGEST : Terbaik (Cetusan Idea : Pn Che Aishah binti Abd Rahman-2024)
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 10 MATLAMAT • Mendidik murid menjadi manusia yang berilmu dan bersahsiah terpuji. • Memastikan murid, guru dan kakitangan sekolah sentiasa berusaha dan bersikap positif sebagai insan yang berakhlak mulia. • Menerapkan nilai-nilai murni bagi mewujudkan sahsiah terpuji. • Memastikan warga sekolah sentiasa memberikan perkhidmatan dengan jujur dan rasa penuh tanggungjawab. • Mempertingkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan insan seimbang dari segi rohani, jasmani dan sahsiah. PIAGAM SEKOLAH • Bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam membantu dengan penuh tanggungjawab di samping mendidik untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, sahsiah dan intelek. • Melaksanakan persekitaran yang mapan dan berkualiti bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif untuk menjamin peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum. • Memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap dan pantas melalui kepimpinan yang berkesan dan budaya penyayang. IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; • Bekerja dengan penuh tanggungjawab; • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan • Berpegang teguh kepada ajaran agama. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 11 IKRAR GURU MALAYSIA Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara LAGU GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera Puteri Negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukunegara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai, tetap kami tunaikan Lagu dan senikata: HASHIM AHMAD
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 12 LENCANA SEKOLAH Lencana ini mempunyai warna asas iaitu BIRU, MERAH dan KUNING. LIMA BUCU melambangkan murid sekolah ini berpegang teguh kepada RUKUN ISLAM dan mengamalkan prinsip RUKUN NEGARA. WARNA BIRU melambangkan negara kita mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama yang sentiasa hidup aman damai dan saling hormat menghormati serta mempunyai semangat perpaduan jitu. WARNA KUNING melambangkan negara berdaulat dan merdeka di bawah pemerintahan sultan dan raja. WARNA MERAH melambangkan keberanian dan kekuatan serta semangat ingin terus maju selaras dengan wawasan negara. OBOR melambangkan ilmu yang dituntut menjadi penyuluh kepada kehidupan untuk mengejar kemajuan. BULAN DAN BINTANG melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara kita. BUKU melambangkan ilmu yang dituntut di sekolah. LAGU SEKOLAH SK Gesir Tengah Sekolah Kami Sekolah Yang Kami Sanjungi Padamu Guru Kami Hormati Mendidik Peribadi Mulia Pelajar Berwawasan Pelajar Gigih Jadi Amalan Bersemangat Waja Berhati Mulia Sk Gesir Tengah Sekolah Kami Sekolah Yang Kami Sanjungi Ilmu Suluh Hidup Pegangan Kami Terus Ke Puncak Jaya Lagu Sekolah Sekarang Telah Diubah Suai Dari Versi Yang Asal Tahun 1968
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 13 SENARAI PENTADBIR SK GESIR TENGAH (sejak tahun 1968) SENARAI GURU BESAR SK GESIR TENGAH SENARAI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK GESIR TENGAH BIL NAMA MULA SEHINGGA 1. En.Emir Hamzah bin Kordi 2009 2014 2. Pn Norziah binti Abdullah 2014 2017 3. En Sobri bin Che Pak 2018 sekarang SENARAI GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK GESIR TENGAH BIL NAMA MULA SEHINGGA 1. Pn Norziah binti Abdullah 2009 2014 2. En. Zulkifli bin Siron 2014 2017 3. En. Sobri bin Che Pak 2017 2018 4. En. Kharol Zamal bin Husain 2018 2023 5. Pn. Azizah binti Yahya@Rasid 2023 sekarang SENARAI GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK GESIR TENGAH BIL NAMA MULA SEHINGGA 1. En. Kasim bin Singah 1968 1968 2. En. Abdul Latif bin Abdullah 1969 1979 3. En. Mohd Shariff bin Mohd Sir 1979 1980 4. En. Kasim bin Ismail 1980 1985 5. En. Mustafa Alfandi bin Abdul Hakim 1986 1992 6. En. Suhaimi bin Ramly 1992 1994 7. En. Othman bin Sulaiman 1994 1996 8. En. Saberi bin Mohd Yusof 1996 1998 9. En. Mohd Hassin bin Masiman 1998 2001 10. Pn. Norlia binti Shukri 2001 2005 11. Pn. Selemah binti Mohd Salim 2005 2006 12. En. Mohd Rusli bin Hussain 2006 2014 13. En. Abdul Rahman bin Abdullah 2014 2016 14. En. Abdul Razak bin Abdul Rashid 2016 2019 15. En. Mohamad Kosnan bin Sadri 2019 2024 16. Pn. Haslina binti Abdullah 2024 Sekarang BIL NAMA MULA SEHINGGA 1. En. Razak bin Ishak 2009 2014 2. En. Kharol Zamal bin Husain 2014 2017 3. Pn. Noor Fauziah binti Mat Ghaus 2018 2023 4. En. Mohamad Farid bin Zulkeple 2023 2023 5. Pn. Fatimah binti Mat Ali 2024 sekarang
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 14 SENARAI GURU DAN AKP SK GESIR TENGAH BIL NAMA JAWATAN GRED OPSYEN LANTIKAN PERTAMA SAH LANTIKAN TARIKH SKGT NO TEL T/LAHIR 1 Haslina binti Abdullah GURU BESAR DG10 Pengajian Melayu 01.07.1996 01.07.1999 21.10.2024 0136232198 22.07.1974 2 Sobri bin Che Pak PKP DG10 Prasekolah/ Muzik 10.11.2000 01.11.2002 08.07.2017 0165901541 18.08.1975 3 Azizah binti Yahya @Rasid PK HEM DG10 Prasekolah/ P.Melayu 01.01.1994 01.01.1997 03.04.2023 0133748665 09.01.1971 4 Fatimah binti Mat Ali PK KOKURIKULM DG10 Sains 02.01.2009 02.01.2010 09.07.2024 0126106405 07.10.1983 5 Aniza binti Mohamed Esa SU HEM DG12 Pend. Prasekolah 01.03.1993 01.03.1996 16.05.2007 0123236072 22.05.1970 6 Azliza binti Ishak GPM DG10 Reka Bentuk Teknologi 03.01.2011 06.07.2012 04.06.2024 0124146482 16.04.1982 6 Mohd Uzaini bin Mat Jusoh SU Kokurikulum DG12 Pengajian Inggeris 03.01.2007 03.01.2008 01.09.2010 0176905571 19.01.1981 7 Khairullah bin Anuar Ketua Panitia DG10 Peng B Arab 20.01.2014 14.08.2015 16.06.2014 01128382487 09.04.1987 8 Suzanariah binti Shamsuddin Ketua Panitia DG12 Pengajian Inggeris 01.01.1994 01.01.1997 01.04.2015 0122921682 24.01.1971 9 Mahfuzah binti Mahmud Guru SPBT DG10 P.Islam / B.Arab 21.10.2011 21.10.2012 16.11.2015 0122393270 25.12.1981 10 Nurulashikin binti Ahmad Shafie Prasekolah DG10 Prasekolah/ Muzik 01.07.2013 01.07.2014 18.07.2016 0136562911 23.02.1989 11 Nurfarah Adrina binti Habib G Pemulihan DG9 Pemulihan / Mate 28.12.2023 belum 28/12/2023 0136165886 05.10.1999 12 Che Aishah binti Abd Rahman Ketua Panitia DG12 Pendidkan Islam 01.08.1997 01.08.2000 17.12.2018 0134853119 31.10.1973 13 Zafirah binti Rahmat Ketua Panitia DG9 Pengajian Moral 28.12.2023 belum 28/12/2023 0124844071 15.01.1985 14 Fadhilah bintiHanafi Guru Kaunseling DG9 Pendidikan Islam 01.03.2022 18.03.2023 01.03.2022 0145207903 19.02.1989 16 Nurul Aida binti Mohd Norani Guru Data DG10 Matematik 16.04.2008 16.12.2010 28.03.2022 0193310227 19.07.1982 17 Mohamad Izzat bin Marzuki SU Sukan DG9 PJPK 25.07.2022 belum 25.07.2022 0174434103 19.03.1992 18 Wan Nor Humairah binti Wan Haizan Guru RMT DG9 Bahasa Melayu 13.02.2025 belum 13.02.2025 01165305006 08.09.2000 19 Mohd Muhaimin bin Muhaiyadi Pembantu Tadbir N22 19.11.2009 22.02.2012 07.01.2019 0176230215 06.10.1984 20 Nur Afiqq binti Rahman PPM N22 26.04.2010 08.07.2011 26.04.2010 0177012376 04.10.1986 21 Noraini binti Baharudin PPM N22 28.02.2011 28.02.2012 28.02.2011 0194268983 28.08.1987 22 Mohd Hanif bin Yusof Pem. Operasi N11 03.11.2008 15.04.2010 07.01.2019 01110894942 30.10.1975
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 15 PENCAPAIAN 2024 KURIKULUM 2024 HALA TUJU DAN FOKUS 2025 BIL PERKARA KPI KURIKULUM 1. % Menguasai Tahap Minimum (MTM) 2025 95.00% 2. % Murid tahap 2 memperoleh sekurang-kurangnya TP 4 bagi subjek teras 90.00% 3. % Murid boleh membaca murid tahun 2 - 6 95.00% 4. % Murid mendapat sekurang-kurang TP 4 dalam mata pelajaran Matematik Sains 80.00% 75.00% 5. % Murid menguasai 3M Tahun 3 Tahun 3 Tahun 6 100.00% 100.00% 6. % Murid Khatam Al- Quran 100% ” BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1. PLC 100% peringkat daerah 2. SPLKPM 5 HARI MINIMUM SEMUA STAFF 3. PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM SKGT 5 TERBAIK DAERAH BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1. PBD BERTERUSAN SPPB SELESAI SEBELUM 15 JUN 2. UJIAN AKHIR TAHUN SPPB SELESAI SEBELUM 15 JAN 2025 3. JQAF CAPAI 95% KHATAM QURAN 4. PELAPORAN DP SELESAI SEBELUM
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 16 HALA TUJU DAN FOKUS 2025 BIL PERKARA KPI SUKAN & PERMAINAN 1 Sepak Takraw Tempat Ketiga Daerah 2 Ping Pong Tempat Ketiga Daerah BIL KOAKADEMIK PERKARA KPI 1 Bahas Melayu Deklamasi Puisi Ketiga Bercerita Ketiga 2 Agama Islam MQSS-Hafazan Ketiga FKISS-Khat Ketiga 3 Bahas Inggeris Storry Telling Ketiga Scrabble Ketiga BIL PERKARA KPI HAL EHWAL MURID 1 Laporan Amalan Baik (SSDM) 90% 2 Laporan Salah Laku Disiplin (SSDM) 1.0% 4 Purata Kehadiran Murid Setahun 90% 6 Keselamatan Sekolah 100% BIL PERKARA KPI UNIT BERUNIFORM 1 Pengakap (Perkhemahan) 2 Penyertaan Peringkat daerah 2 PPIM (Hari Puteri) Tempat Kelima 3 TKRS (Ujian Kenaikan Pangkat Naik Pangkat) 2 Koperal
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 17 TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 (KOHORT 7) Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025. LATAR BELAKANG Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM. Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 2.1. Kepimpinan : Memantapkan kepimpinan sekolah. 2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran; Memaksimumkan potensi guru dan murid peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). 2.3. Penglibatan Komuniti; Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP); 3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan 3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. KONSEP PROGRAM SEKOLAH 25 (TS25) Usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna. c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi. e. Komitmen komuniti yang padu.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 18 Elemen Kemenjadian Murid: Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025. Elemen Sekolah Berkualiti: Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 1. 3 GELOMBANG 2. 5 ASPIRASI SISTEM 3. 6 ASPIRASI MURID 3. 9 BIDANG KEUTAMAAN 4. 11 ANJAKAN 5. 47 INISIATIF 3 GELOMBANG • GELOMBANG 1 (2013 – 2015) Mengukuhkan asas sedia ada • GELOMBANG 2 (2016 – 2020) Meningkatkan Pelaksanaan inisiatif • GELOMBANG 3 (2020 – 2025) Menilai dan menyatukan inisiatif 5 ASPIRASI SISTEM
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 19 5 ASPIRASI MURID 9 BIDANG KEUTAMAAN • MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN • MENINGKATKAN • KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH. • MENINGKATKAN KUALITI SEKOLAH. • MENINGKATKAN KUALITI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN. • MENINGKATKAN PENGUASAAN PELBAGAI BAHASA. • MENGUKUHKAN PENGLIBATAN IBU BAPA, SEKTOR SWASTA DAN MASYARAKAT SEBAGAI RAKAN KONGSI DALAM PENDIDIKAN. • MENINGKATKAN KESEDIAAN MURID UNTUK MEREBUT PELUANG DALAM PENDIDIKAN TINGGI DAN PASARAN KERJA. • MEMPERBAIKI KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN SUMBER. • MEMBINA KEMAMPUAN SERTA KEUPAYAAN SISTEM PENYAMPAIAN PENDIDIKAN 11 ANJAKAN
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 20
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 21
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 22 DASAR JAMINAN KUALITI SEKOLAH SK Gesir Tengah komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Penilaian SKPM Kualiti @ Sekolah dengan meningkatkan keberkesanan secara berterusan MODEL SKPM KUALITI @ SEKOLAH KEKUATAN KAMI • Murid dan Lokaliti • Guru • Kualiti Pdp • Staf Bukan Guru • Prasaranan Akademik • Prasarana Sukan dan Kokurikulum • Sokongan Ibubapa, Komuniti dan Pihak Swasta PENGURUSAN KAMI Mengurus sekolah berpandukan: Standard 1: Meningkatkan Tahap Kepimpinan dan Hala tuju sekolah dalam menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan perkongsian tanggungjawab dalam meningkatkan kualiti mutu kerja, kualiti pengurusan, menggalakkan pemupukan budaya belajar serta kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah demi mencapai visi, misi dan hala tuju sekolah. Standard 2: Peningkatan Pencapaian Pengurusan Organisasi dalam mengurus sumber manusia, kemudahan prasarana, pengurusan data dan sumber maklumat serta menambahbaik program pemuafakatan strategic / PIBK dalam memberi sokongan komuniti kepada pembangunan sekolah. Standard 3: Menambahbaik pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid dalam meningkatkan ; a) Kualiti Pdpc, prestasi murid dan mengurus pentaksiran untuk mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid. b) Kualiti pengurusan Kelab sukan permainan, unit beruniform dan kelab dan persatuan bagi memastikan penglibatan menyeluruh murid dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan watak murid serta mengurus pentaksiran pencapaian dengan betul. c) Kualiti pelaksanaan HEM, disiplin murid, memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid disediakan lengkap. Serta memastikan 100% murid mendapat perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Kerjaya, Pembangunan Diri Murid dan Motivasi melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah. Standard 4: Meningkatkan standard penguasaan Pdpc bagi mengukuhkan pembelajaran murid, keberkesanan pdpc, pemahaman murid, pengurusan kelas yang cekap serta meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru. Standard 5: Meningkatkan prestasi pencapaian kemenjadian murid dalam akademik – pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran atau Gred Purata Sekolah dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Ujian Setengah Tahun, PBD, kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 23 PENCAPAIAN KAMI A) Kemenjadian Murid • Akademik • Kokurikulum • Sahsiah B) Pencapaian Guru • Anugerah/Pensijilan dan lain-lain C) Pencapaian Sekolah • Pencapaian/Kemenangan
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 24 PANDUAN AM 1. PERINTAH AM Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan. 2. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH 2.1 Guru dan Anggota kumpulan Pelaksana (AKP) hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan. 2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah 2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, dan Objektif Sekolah. • Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah. • Perlu meletakkan kepentingan murid dan sekolah melebihi kepentingan peribadi semasa bertugas. • Semua guru adalah guru disiplin dan semua guru adalah guru kaunseling. 3. WAKTU HADIR / WAKTU PULANG 3.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.20 pagi setiap hari sebelum waktu persekolahan dan merekod sendiri waktu sampai dan waktu pulang di pejabat. 3.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar/Guru Penolong Kanan Pentadbiran secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab- sebab yang munasabah. 3.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali kecemasan. 3.5 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bertugas mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa. 3.6 Guru pulang pada pukul 1.40. 3.7 Guru pulang selepas murid pulang untuk elakkan kesesakan. 3.8 Guru dan anggota Pelaksana (AKP) perlu tunjukkan teladan yang baik. 4. KELUAR WAKTU BERTUGAS 4.1 Pada waktu persekolahan/kerja, guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan (jika ketiadaan GB) 4.2 Guru dan AKP dikehendaki 4.2.1 mengisi Permohonan Keluar Pejabat di aplikasi HRMIS 2.0 4.2.2 mengisi Borang Permohonan Keluar Pejabat 2 salinan. 1 salinan diserah ke pejabat dan 1 salinan untuk ditandatangani oleh pegawai di tempat tujuan unruk pengesahan kehadiran dan diserahkan semula ke pejabat untuk rekod. 4.3 Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah. 4.4 Pergerakan hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 25 5. MELAKUKAN KERJA LUAR Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‟D‟ seperti:- 5.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. 5.2 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat dan tidak menjejaskan sebagai penjawat awam. 5.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 6. DISIPLIN GURU 6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja. 6.1.1 Bertanggungjawab mecapai KPI pencapaian akademik dan pendidikan murid. 6.1.2 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan. 6.1.3 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid-murid hendaklah sentiasa dijaga. 6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 6.2.1 Menepati masa. 6.2.2 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna. 6.2.3 Guru ganti mestilah terima dengan rela hati dan penuh semangat setiakawan memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan. 6.2.4 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar atau memberi komen di media sosial. 6.2.5 Segala masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan. 6.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah. 6.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak. 6.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah. 6.3.3 Bersikap tegas terhadap murid tetapi tidak melakukan dendaan yang melanngar peraturan. 6.3.4 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pendidikan adalah dilarang. 6.4 Waktu tidak mengajar (Free Period) 6.4.1 Bukan’free’ mutlak tetapi ‘non-teaching period’ 6.4.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan BBM, buat rujukan atau menulis persediaan mengajar. 6.4.3 Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah murid dan PdPc.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 26 7. CUTI 7.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 7.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 7.2.1. Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar, (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3. Tahun 2005) diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam Pekeliling perkhidmatan Bilangan 8 tahun 2017 YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2022 pada 30 Ogos 2022 telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju dengan tambahan 5 hari CRK bagi PPP yang menikmati kemudahan CRK dan telah berkhidmat melebihi 1O tahun menjadikan jumlah CRK mereka kepada 15 hari setahun. 7.2.2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 7.2.3. Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak Menjejaskan keberkesanan pengurusan pengoperasian sekolah. 7.2.4. Mesti dipohon dengan persetujuan daripada Guru Besar. • Permohonan hendaklah dibuat secara bersemuka atau panggilan telefon seandainya kecemasan • Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari berkerja sebelum tarikh bercuti, kecuali kes-kes kecemasan 7.2.5. Isi HRMIS setelah mendapat kebenaran Guru Besar 7.2.6. Maklumkan kepada GPK Pentadbiran untuk tujuan menyokong permohonan tersebut • CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. • GURU BESAR BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU. 7.2.7. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 7.3 Cuti Sakit 7.3.1. Sila rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43 / 34 Jld.3 (24) bertarikh 18 Februari 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSN) Ceraian SR.5.4.5 (Peraturan Berkaitan Penerimaan Cuti Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit) 7.3.2. Pemakaian peraturan penerimaan sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam tahun kalendar berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 27 7.3.3. Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. 7.3.4. Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar. Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. 7.3.5. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang ada dan sekiranya telah digunakan dan pegawai masih tidak sihat, pegawai boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji hingga 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji hingga 90 hari (Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji) dengan perakuan Lembaga Perubatan. Peruntukan ini adalah sepertimana terkandung dalam Perintah Am 22 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan pindaannya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. 7.3.6. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan tradisional dan komplementari seperti akupunktur, homeopathy, perubatan tradisional Melayu/ Cina/ India dan sebagainya tidak boleh diterima bagi tujuan permohonan cuti sakit swasta kerana tidak memenuhi takrifan Sijil Sakit di bawah Perintah Am 1 (ix) Bab C Tahun 1974. Selain itu, sijil sakit daripada rawatan tradisional dan komplementari tidak termasuk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. 7.3.7. Jabatan hendaklah membuat semakan sewajarnya ke atas kesahihan sijil sakit swasta yang dikemukakan oleh pegawai. Tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu. 7.3.8. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 7.4 Cuti Keluar Negara 7.4.1. Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan PPD. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewatlewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 7.4.2. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 7.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin 7.5.1. Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 7.5.2. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 7.6 Cuti Tanpa Rekod 7.6.1. Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan, dengan kelulusan JPNS.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 28 7.6.2. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 7.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 7.7.1. Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung serta ibu dan bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 7.7.2. Cuti hendaklah dilaporkan dalam ‘SKGT Pergerakan Staf’ mengikut format yang ditetapkan 8. PAKAIAN 8.1. Rujukan : SPI Bil 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah. 8.2. Guru dan AKP hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat. Semua jenis pakaian `jeans` tidak dibenarkan. 8.3. Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 8.4. Guru dan AKP lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai 8.5. Semua guru dan AKP lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 8.6. Semua guru dan AKP memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. 8.7. Guru Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 8.7.1. Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 8.7.2. Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 8.7.3. Guru yang tidak terlibat dengan Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan memakai pakaian sukan kecuali dengan kebenaran guru besar. 8.8. Guru lelaki dan AKP digalakan berpakaian Baju Melayu lengkap pada hari Jumaat. Pemakaian capal dibenarkan dengan pakaian baju Melayu lengkap bersampin. 9. TANDA NAMA Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari bekerja, hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah. 10. TUGAS GURU 10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 29 10.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD /JPNi atau sekolah lain, hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar. 10.3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dalam masa tiga hari. 10.4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah, hendaklah menjalankan ”In-House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya. 10.5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk murid dan memaklumkan kepada Ketua Panitia/Penolong Kanan. 11. REKOD PENGAJARAN HARIAN (RPH & eRPH) 11.1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan fail RPH/ buku RPH jika menggunakan fail erph/ buku RPH 11.2. Penulisan dalam fail RPH/buku RPH/eRPH hendaklah mengikut format yang sudah ditetapkan. 11.3. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap samada di fail RPH/ buku RPH/eRPH 11.4. Fail RPH/ buku RPH/eRPH hendaklah dilengkapkan dan dihantar kepada Guru Besar setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani. eRPH dihantar memalaui tapak yang disediakan dalam aplikasi Google Classroom 11.5. Guru yang bercuti, fail RPH /buku RPH hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti. 11.6. Setiap akhir tahun persekolahan, fail RPH/ buku RPH/eRPH hendaklah dilengkapkan dan diserahkan ke pejabat sekolah. 12. SURAT MENYURAT 12.1. Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar kecuali jika beliau sedang bercuti dan sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan. 12.2. Surat-surat yang diterima oleh sekolah, dan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan segera. 12.3. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 12.4. Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:- a. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. b. Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk disediakan surat litup/iringan (covering) dan hantar segera ke pihak yang berkenaan 3 hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima amaran/surat peringatan daripada pihak berkenaan.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 30 13. KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja masa tamat. 14. PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR 14.1. Semasa mengajar, guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan. 14.2. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Pergerakan, perlakuan dan disiplin murid hendaklah dikawal supaya pembelajaran dapat dijalankan sepenuhnya tanpa gangguan. 15. BUKU LATIHAN MURID 15.1. Murid-murid menggunakan buku latihan yang hanya dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang dipersetujui oleh guru yang mengajar. 15.2. Guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. 15.3. Guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangani 16. LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA 16.1. Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin. 16.2. Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan dan keupayaan murid. 16.3. Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan satu-satu buku latihan murid- murid lebih dari satu minggu di bilik darjah. 17. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 17.1. Guru dan AKP perlu menjalinkan hubungan peribadi secara profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata supaya wujud perasaan kekitaandalam organisasi. 17.2. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 17.3. Dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan kemesraan dan keseronokan semasa bertugas. 18. GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH 18.1. Guru-guru, AKP dan kakitangan sokongan sekolah dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan suri teladan kepada murid-murid. 18.2. Sekolah adalah kawasan larangan merokok.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 31 19. KUNCI 19.1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah. 19.2. Guru dan Kakitangan yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran Guru Besar. 19.3. Sewaktu cuti persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat sekolah. 20. INSTRUMEN WAYS PPDHS Persekitaran Kelas • Kebersihan dan Keceriaan Kelas • Jadual Waktu Kelas • Papan Kenyataan / Sudut Ilmu • Objektif Pembelajaran Ditulis Pada Papan Tulis • Peraturan Kelas • Susun Atur Meja • Hasil Kerja Murid Dipamerkan • Papan Ganjaran. • Penggunaan Kad Trafic Light Guru • Keberadaan Guru • eRPH/RPH Disediakan • Penampilan Guru • Komunikasi Dua Hala • Suara Guru Jelas • Guru Menggunakan Bahasa Yang Sesuai • Buku Latihan Murid Disemak Guru • Guru Menggunakan BBM • Kawalan Kelas • Sosial Media 21. TEMPAT MELETAK KENDERAAN 21.1. Semua warga sekolah hendaklah meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan. 21.2. Tempat meletak kenderaan khas ‘Pelawat’ dan ‘OKU’ hanya untuk pelawat dan OKU sahaja kecuali kecemasan. 21.3. Dilarang meletak kenderaan sehingga menghalang laluan kenderaan lain. 21.4. Dilarang meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan kecuali kecemasan. 21.5. Keselamatan kenderaan adalah tanggungjawab masing-masing “ ”
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 32 PERINCIAN TUGAS GURU KELAS RUJUKAN i. Buku Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah - Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah. Unit Disiplin 1994 ii. Surat Pekeliling Bilangan 6 Tahun 1995 : Menangani Masalah Ponteng di Sekolah iii. Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2019 : Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018 : Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah 1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid. 2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. 3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti: a. Surat Amaran Pertama pada hari ketiga (3) tidak hadir berturut-turut atau pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut. b. Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturut-turut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut. c. Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut. d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturutturut. 4. Memaklumkan kepada guru admin APDM sekolah untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan. 5. Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB dan PPD terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan membantu mengurus pertukaran murid. 7. Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid. 8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan. 9. Menyemak jadual waktu rasmi kelas masing-masing dan memaklumkan murid. 10. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 11. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain. 12. Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar Kemasukan Murid/sistem yang berkuat kuasa sekarang. 13. Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran: a. Rekod Prestasi Murid b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Rekod Kesihatan Murid. c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik 14. Mengisi borang pengesahan calon bagi kelas-kelas peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 15. Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 16. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiaptiap hari persekolahan. 17. Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. 18. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 33 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN 1. Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah. 2. Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik ditutup sebelum meninggalkan kelas. 3. Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah- sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi persekolahan. 4. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu). 5. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 6. Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin. 7. Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi murid tersebut. 8. Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital. 9. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat. 10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah. 11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah: a. Rumusan guru tidak hadir b. Rumusan murid sakit dan murid pulang awal c. Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian d. Laporan pemerhatian guru bertugas e. Hal-hal lain 12. Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 13. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. 14. Perhimpunan a. Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan b. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan c. Memastikan murid telah beratur dengan kemas d. Memastikan perhimpunan rasmi dijalankan mengikut aturcara: • Nyanyian lagu rasmi Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah • Bacaan doa • Bacaan Ikrar • Ucapan Guru Bertugas • Laporan Pengumuman / Pelancaran program • Ucapan Pentadbir ”
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 34 SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERHIDMATAN Rujukan i. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005: Menyokong Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) ii. Garis Panduan Sistem Pengurusan Latihan KPM dalam SPLKPM, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014 iii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2019 : Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Awam Bil 3/2019: Skim Latihan dalam Perkhidmatan dalam Negeri. 1. Memastikan semua maklumat guru dan AKP dalam SPLKPM yang diperoleh dari data eOperasi betul. 2. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat sekolah dalam SPLKPM melalui Modul SULDP. 3. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLKPM kepada semua guru. 4. Memastikan semua guru mengisi Instrumen Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis - TNA) melalui Modul Individu. 5. Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD. 6. Mengurus, menyemak dan menyokong Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian. 7. Memantau, merekodkan dan mengemukakan laporan pelaksanaan serta perbelanjaan latihan secara sistematik: a. Laporan dikemukakan pada awal bulan Julai dan Disember setiap tahun. b. Latihan menggunakan peruntukan sedia ada. 8. Membuat penilaian keberkesanan latihan. 9. Mengemaskinikan senarai warga kerja dan maklumat latihan yang diperlukan dalam sistem pengurusan latihan. 10. Memastikan setiap pegawai mengemukakan sijil/dokumen/laporan kursus bagi tujuan pengesahan kehadiran. 11. Memantau prestasi kehadiran latihan menerusi sistem pengurusan latihan. 12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. GURU BIMBINGAN LANTIKAN DALAMAN Rujukan i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1996: Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa 1. Portfolio Guru Bimbingan Lantikan Dalaman (GBLD (PR07)) diwujudkan di sekolah yang mempunyai enrolmen kurang daripada 350 orang murid bagi melaksanakan tugas Guru Bimbingan (HR22). 2. Tugas GBLD (PR07) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Bimbingan (HR22) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP. 3. Waktu mengajar GBLD (PR07) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 4. Tugas yang dilaksanakan oleh GBLD (PR07) boleh dirujuk pada tugas Guru Bimbingan (HR22). “ ” –
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 35 GURU DATA Rujukan i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7/2018: Pelantikan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. 2. Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh (7) jam seminggu untuk tugas pengurusan data sekolah. 3. Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS) 4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah selaras dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 5. Melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat Modul Pengurusan Sekolah (MPS), mengikuti kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah. 6. Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online. 7. Membantu pihak pengurusan sekolah menganalisis data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 8. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. ” –
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 36 FOKUS KEMENJADIAN MURID KAREKTOR MURID SK GESIR TENGAH • Berkretampilan • Komunikasi Berkesan • Amalan Gaya Hidup Sihat • Bermasyarakat dan bermuafakat • Beridentiti • Berani • Berakhlak Mulia • BerIntelek • Amalan Kelestarian • Amalan Kerohanian BUDAYA MURID SK GESIR TENGAH WAKTU PAGI/TENGAH HARI • Hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi hingga 1.30 petang setiap hari. • Berkumpul di Dataran Perhimpunan. • Hari Isnin Perhimpunan Rasmi diadakan di dewan sekolah • Aktiviti panitia dijalankan setiap hari perhimpunan pagi • Hari Jumaat Bacaan Yasin. • Bergerak ke kelas dalam barisan dengan kawalan guru waktu pertama. WAKTU PEMBELAJARAN • Sentiasa berada dalam kelas dan mengikuti PdPc mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan dan dalam suasana Pendidikan Abad ke21. • Keluar kelas hanya dengan kebenaran guru dan memakai Kad Kebenaran Keluar. • Tidak dibenarkan ke tandas (kecuali kecemasan) sewaktu PdPc sedang berlangsung. • Pergerakan ke Bilik Khas dalam keadaan terkawal dan bergerak dalam barisan. • Memberi/menjawab salam guru dan mengucapkan terima kasih. • Sentiasa memberi perhatian dan respon kepada PdPc yang disampaikan oleh guru. WAKTU REHAT • Makan dan minum hanya di kantin sahaja. • Peralatan makan dan minum diletakkan dalam bekas yang disediakan • Jaga kebersihan kantin. • Urus diri di tandas sebelum masuk ke kelas. • Bila loceng dibunyikan, naik dan beratur di luar kelas. WAKTU BALIK • Kemas dan susun atur kelas serta tutup suis kipas dan lampu 5 minit sebelum balik. • Beratur di luar kelas dan ucapkan Terima Kasih / salam kepada guru. • Bergerak turun mengikut giliran dan tangga yang yang ditetapkan.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 37
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 38
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 39 CUTI UMUM 2025 TARIKH HARI CUTI 1 Jan 2025 Rabu Tahun Baru 29-30 Jan 2025 Rabu & Khamis Tahun Baru Cina 11 Februari 2025 Selasa Hari Thaipusam 18 Mac 2025 Selasa Hari Nuzul Al-Quran 31 Mac -1 April 2025 Isnin & Selasa Hari Raya Aidilfitri 1 Mei 2025 Isnin Hari Pekerja 12 Mei 2025 Isnin Hari Wesak 2 Jun 2025 Isnin Hari Keputeraan YDP Agong 7 Jun 2025 Sabtu Hari Raya Aidiladha 27 Jun 2025 Jumaat Awal Muharam 31 Ogos 2025 Ahad Hari Kebangsaan 1 September 2025 Isnin Cuti Hari Kebangsaan 5 September 2025 Jumaat Maulidur Rasul 16 September 2025 Selasa Hari Malaysia 20 Oktober 2025 Isnin Hari Deepavali 11 Disember 2025 Khamis Hari Keputeraan Sultan Selangor 25 Disember 2025 Khamis Hari Krismas
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 40
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 41
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 42
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 43
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 44
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 45
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 46 SEKOLAH KEBANGSAAN GESIR TENGAH CARTA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN SEKOLAH 2025
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 47 JADUAL BERTUGAS MINGGUAN 2025 KUMP MINGGU TARIKH AHLI KUMPULAN TAJUK UCAPAN 1 1 6 11 16 21 26 31 36 41 17/2 24/3 28/4 9/6 14/7 18/8 29/9 3/11 8/12 Pn. Aniza (K) Pn. Zafirah En. Mohamad Izzat 1. Mematuhi Peraturan Sekolah 2. Azam Dan Cita-cita 3. Bahaya Makanan Segera 4. Kepentingan Bahasa Inggeris 5. Amalan Di Bulan Ramadhan 6. Menggunakan ICT dengan Bijak 7. Hargai Buku Teks 8. Makanan untuk Kecerdasan Akal 2 2 7 12 17 22 27 32 37 42 24/2 31/3 5/5 16/6 21/7 25/8 6/10 10/11 15/12 Pn. Suzanariah(K) Pn Che Aishah Cik Nurfarah Adrina 1. Pentingnya Aktiviti Kokurikulum 2. Pengurusan Masa 3. Amalan Menjaga Kebersihan 4. Tabiat Menabung 5. Adab Berhari Raya 6. Hormati jiran 7. Jasa ibu bapa 8. Adab Ketika Makan 3 3 8 13 18 23 28 33 38 3/3 7/4 12/5 23/6 28/7 1/9 13/10 17/11 En Khairullah(K) Pn. Mahfuzah Pn. Fadhilah 1. Budaya Membaca 2. Syukur 3. Amanah 4. Hormati dan hargai guru 5. Amalam Menabung 6. Tokoh Islam -Ibnu Sina 7. Bahaya Rokok Dan Dadah 8. Ciri-Ciri Sekolah Selamat 4 4 9 14 19 24 29 34 39 10/3 14/4 19/5 30/6 4/8 8/9 20/10 24/11 Pn Azliza (K) Pn Nurul Aida Cik Wan Nor Humairah 1. Manfaat Unit Beruniform 2. Tolong Menolong 3. Usaha tangga kejayaan 4. Hargai Guru 5. Fadhilat Membaca Al-Quran 6. Semangat patriotisme 7. Adab Berpakaian 8. Kenali Malaysia 5 5 10 15 20 25 30 35 40 17/3 21/4 26/5 7/7 11/8 22/9 27/10 1/12 En. Mohd Uzaini(K) Pn. Nurul Ashikin 1. Jauhi vandalisme 2. Mengenang Budi 3. Amalan Di Bulan Ramadhan 4. Patuhi Undang Jalanraya 5. Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w 6. Hargai Masa 7. Hargai Diri Sendiri
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 48 JADUAL BERTUGAS GURU PANITIA 2025 “ ” HARI MASA PANITIA GURU BERTUGAS ISNIN 7.20 – 7.30 pagi PERHIMPUNAN Guru Bertugas Mingguan SELASA BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS ANIZA BINTI MOHAMED ESA MOHAMAD IZZAT BIN MARZUKI SUZANARIAH BINTI SHAMSUDDIN MOHD UZAINI BIN MAT JUSOH WAN NOR HUMAIRAH BINTI WAN HAIZAN RABU MATEMATIK NURUL AIDA BINTI MOHD NORANI AZLIZA BINTI ISHAK KHAMIS SAINS ZAFIRAH BINTI RAHMAT FATIMAH BINTI MAT ALI JUMAAT PENDIDIKAN ISLAM (BACAAN YASIN) KHAIRULLAH BIN ANUAR CHE AISHAH BINTI ABD RAHMAN MAHFUZAH BINTI MAHMUD FADHILAH BINTI HANAFI
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah 2025 49 JADUAL UCAPAN MINGGUAN 2025 MINGGU TARIKH PENTADBIR BERTUGAS MP1 17/2 Guru Besar MP2 24/2 PK Pentadbiran MP3 3/3 PK HEM MP4 10/3 PK Kokurikulum MP5 17/3 Guru Besar MP6 24/3 PK Pentadbiran MP7 31/3 PK HEM MP8 7/4 PK Kokurikulum MP9 14/4 Guru Besar MP10 21/4 PK Pentadbiran MP11 28/4 PK HEM MP12 5/5 PK Kokurikulum MP13 12/5 Guru Besar MP14 19/5 PK Pentadbiran MP15 26/5 PK HEM MP16 9/6 PK Kokurikulum MP17 16/6 Guru Besar MP18 23/6 PK Pentadbiran MP19 30/6 PK HEM MP20 7/7 PK Kokurikulum MP21 14/7 Guru Besar MP22 21/7 PK Pentadbiran MP23 28/7 PK HEM MP24 4/8 PK Kokurikulum MP25 11/8 Guru Besar MP26 18/8 PK Pentadbiran MP27 25/8 PK HEM MP28 1/9 PK Kokurikulum MP29 8/9 Guru Besar MP30 22/9 PK Pentadbiran MP31 29/9 PK HEM MP32 6/10 PK Kokurikulum MP33 13/10 PK HEM MP34 20/10 Guru Besar MP35 27/10 PK Pentadbiran MP36 3/11 PK HEM MP37 10/11 PK Kokurikulum MP38 17/11 Guru Besar MP39 24/11 PK Pentadbiran MP40 1/12 PK HEM MP41 8/12 PK Kokurikulum MP42 15/12 Guru Besar