The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farzanaafryna29, 2023-05-18 11:07:56

K6_TEKNOLOGI IVF_

K6_TEKNOLOGI IVF_

MPU23053 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM E-FOLIO TAJUK: TEKNOLOGI IVF PENSYARAH KURSUS: PUAN SERI KARTINI BINTI JURAMI COURSE SECTION: DKA2C AHLI KUMPULAN: NAMA NO MATRIKS NUR AINA FATIERA BINTI ZAKUAN 01DKA22F1087 AINA NAJWA BINTI MOHD RAFI 01DKA22F1087 WAN NURUL HIDAYAH AISYAHBNTI WAN ADNAN 01DKA22F1089 AFRINA FARZANA BINTI KASMAN 01DKA22F1109


ISI KANDUNGAN NO PERKARA 1. Pendahuluan 2. Latar belakang teknologi IVF a.Sejarah b.Fungsi 3. Prinsip Syariah 4. Maqasid Syariah 5. Prinsip Etika Islam 6. Kaedah Fiqh 7. Cadangan Penambahbaikan 8. Kesimpulan 9. Rujukan 12. Agihan Tugasan kumpulan


PENGENALAN IVF IVF ialah persenyawaan in vitro yang membawa maksud kepada persenyawaan di kaca iaitu lebih dikenali sebagai bayi tabung uji. Ia salah satu teknologi buatan manusia yang dapat membantu reproduktif bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah dari segi mendapatkan zuriat. IVF dapat membantu pasangan yang sudah lama berkahwin atau mempunyai masalah kesuburan dan ingin mendapatkan zuriat sendiri. Proses ini dilakukan dengan melakukan persenyawaan di antara ovum milik si isteri dan sperma milik si suami. Ovum dan sperma itu akan diambil dan dibawa ke makmal untuk tujuan persenyawaan. Persenyawaan itu akan menghasilkan embrio dan setelah itu, embrio itu akan diletakkan ke dalam rahim wanita. Bayi tabung uji pertama ialah Louise Brown pada tahun 1973. Setelah keberkesanan ini terhasil, kaedah ini mula berkembang ke serata dunia sehingga ia muncul di Malaysia. Pelbagai jenis persoalan yang timbul apabila kaedah ini muncul di dalam kalangan masyarakat beragama islam. Adakah teknologi IVF ini diperbolehkan dari segi agama islam dan mengapa islam memperbolehkan kaedah ini? Jawwapannya akan kami kupaskan di dalam e-folio ini.


LATAR BELAKANG TEKNOLOGI IVF a. Sejarah Kajian ini telah dimulai sejak tahun 1909. Pada tahun 1965, seorang saintis bernama Robert Edward dari British telah berjaya mensenyawakan ovum dengan menggunakan kaedah in- vitro dengan kerjasama Howard dan Georgeanna Jones yang berkhidmat di dalam bidang IVF di Amerika. Edwards bekerjasama dengan pakar sakit puan bagi menjayakan persenyawaan in vitro ke atas manusia di Oldham,England ,Patrick Steptoe. Steptoe memperkenalkan teknik pembedahan laparoskopi di abdomen manusia untuk membolehkan pengambilan ovum dilakukan. Pada tahun 1975, Edward dan Steptoe telah berjaya membuat kehamilan di luar rahim melalui teknik yang dipraktikkan iaitu IVF, namun kehamilan itu mengalami keguguran. Pada tahun 1977, pesakit Steptoe bernama Lesley Brown yang mengalami masalah kegagalan fungsi tiub fallopio telah menjalani pembedahan untuk mengambil ovumnya atau oosit. Hasil dari persenyawaan ovum itu telah menghasilkan lapan sel embrio dan ia dimasukkan ke dalam rahim Lesley selepas dua hari persenyawaan dilakukan. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila Lesley telah disahkan hamil dan ini merupakan bayi tabung uji yang pertama diciptakan. Bayi tabung uji pertama dilahirkan pada 25 Julai 1978 dan diberi nama Louise Joy Brown. b. Fungsi


IVF diciptakan bertujuan untuk membantu pasangan yang mengalami masalah dalam mendapatkan zuriat. Dengan IVF, pasangan suami isteri mampu berusaha untuk mendapatkan zuriat dari darah dagingnya sendiri. Ini berlaku apabila suami atau isteri mengalami masalah kesuburan, isteri tidak lagi muda dan ingin memilik anak dan ini IVF juga boleh dilakukan apabila sperma seorang lelaki kurang daripada jumlah normalnya. c. Kelebihan IVF Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan kandungan dan kadar kelahiran di kalangan pesakit IVF adalah bergantung kepada umur ibu. Umur yang optima untuk menjalani rawatan ini adalah pada umur 23 hingga 42 tahun. Peratusan pesakit yang berjaya hamil melalui prosedur IVF adalah tinggi bagi yang berumur 35 tahun ke bawah dengan 35 hingga 45 % kejayaan. Peratusan kejayaan ini akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia wanita tersebut. Kadar kelahiran bagi pasangan yang masih muda dengan usia 21 tahun dan ke bawah, adalah dari 30 hingga 35 %. Bagi mereka yang lebih berusia seperti 37 tahun, kadar kelahiran dicatatkan ialah 20 hingga 27.4 % manakala bagi mereka yang berusia 48 tahun, hampir tiada kelahiran bayi dapat dicatatkan.


PRINSIP SYARIAH Syariah berasal daripada perkataan 'syarak' yang bermaksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Syariah dari aspek istilah pula ialah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. RABBANIYYAH (KETUHANAN) Antara prinsip syariah yang boleh dikaitkan dengan kaedah IVF ialah rabbaniyyah. Hal ini dikatakan demikian kerana, syariat islam dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Setiap perancangannya adalah rancangan yang terbaik buat setiap umatnya. Teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambah keimanan kepada Allah SWT. Contohnya, dengan adanya teknologi ini, manusia berusaha untuk membantu pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin untuk memiliki anak. Dengan ini, kita dapat memupuk rasa sabar dalam diri kita untuk menunggu keputusan dan kita akan banyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berdoa supaya ianya berjalan lancar. MAQASID SYARIAH Maqasid syariah merupakan matlamat atau tujuan yang hendak dicapai disebalik pensyariatan sesuatu hukum syarak terhadap manusia sama ada umum atau khusus. Anak merupakan anugerah daripada Ilahi. Mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga kerana ia dapat meneruskan kelangsungan nasab keturunan.


MEMELIHARA AGAMA Antara maqasid syariah yang dapat dikaitkan dengan kaedah IVF ialah memelihara agama. Hal ini dikatakan demikian kerana peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai kesucian agama serta pelaksanaannya. Elemen yang boleh menggugat kesucian agama ialah tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan atau mempersoalkan tentang rezeki atau ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Contohnya, pasangan suami isteri yang membuat IVF dan proses tersebut tidak berjaya. Dengan itu pasangan tersebut akan menimbulkan persoalan tentang kenapa Allah tidak memberikan mereka zuriat. Jadi, kaedah IVF ini dapat membuatkan seseorang itu untuk berasa bersyukur dan bersangka baik terhadap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT jika mereka tidak dapat memilikinya. MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN Yang kedua, maqasid yang dapat dikaitkan dengan kaedah IVF ialah memelihara maruah & keturunan. Hal ini dikatakan demikian kerana syariat islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, apabila sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin dan tidak mempunyai anak datang beraya kerumah jiran-jiran atau kerumah saudara-mara atau sebagainya sempena menyambut bulan syawal, mereka akan sering disoal tentang anak. Jadi, ini adalah contoh yang sering berlaku terhadap pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Selain itu juga, dengan masalah sebegini, pasanagan tersebut boleh mengalami masalah tekanan perasaan dalam hidupnya. Jadi, dengan melakukan kaedah IVF ini untuk mendapatkan anak, ia dapat memelihara maruah pasangan tersebut serta dapat menambahkan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga dengan kehadirannya seorang anak. Dengan itu juga, tanggungjawab suami isteri adalah untuk mendidik keturunannya iaitu anak-anaknya dengan ajaran agama yang sempurna dan mendidik mereka dengan baik semasa mereka sedang membesar.


ETIKA ISLAM Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia. Antara prinsip etika dalam Islam yang boleh dikaitkan dalam kaedah IVF ikhlas dan niat yang baik. Hal ini kerana teknologi IVF dapat memberikan kebaikan kepada manusia kerana memperbanyakkan umat islam. Dengan niat yang betul boleh menjamin kejayaan sesuatu amalan seterusnya menjamin kualitinya, contohnya suami istri yang mempunyai masalah dalam mendapatkan anak boleh mencuba kaedah IVF. Selain itu, kaedah ini juga telah dibenarkan dalam islam. Sesuatu teknologi yang baik dan memberi manfaat kepada orng lain diperbolehkan dalam Islam. Ini juga kerana, dalam Islam amalan yang bermanfaat tetap mendapat ganjaran daripada Allah selagi mana barang tersebut wujud dan digunakan oleh orang ramai.


KAEDAH FIQH Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan Kaedah fiqh membawa maksud prinsip dan kefahaman dan ini bermaksud prinsip kefahaman tentang islam dan hukum-hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Ia dapat membantu manusia khususnya para saintis dalam penyelesaian persoalan yang melibatkan isu-isu sains, teknologi dan kejuruteraan. Kesukaran atau kesempitan yang dialami oleh manusia melampaui kebiasaan bagi kehidupan normal. Kesusahan atau kesukaran tidak boleh dijadikan alasan untuk berputus asa dan seharusnya sebagai manusia kita harus sentiasa berusaha supaya hidup kita mempunyai perjuangan. Sukar untuk mendapatkan zuriat bukanlah suatu hal yang manusia mampu mengawalnya. Ini semua bergantung kepada kehendak Allah SWT dalam memberi rezeki-Nya. Namun sebagai manusia kita haruslah sentiasa berusaha. Kesukaran yang muncul menyebabkan tercetusnya idea para saintis untuk mencipta kaedah IVF. Ia bertujuan untuk memudahkan manusia untuk menyelesaikan masalah kehamilan dalam kalangan manusia. Teknologi ini dapat membantu dan memudahkan manusia. Dengan kaedah fiqh ini para ilmuwan islam membenarkan teknologi IVF digunakan di dalam kalangan islam. Ini kerana ia tidak melanggar apa- apa hukum yang ditetapkan oleh islam.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KAEDAH IVF. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan beberapa perkara mengenai bayi tabung uji dan bersetuju memutuskan: 1) Rawatan IVF menggunakan benih suami yang disenyawakan secara terhormat adalah sah dari bukan pasangan yang sah, maka bayi tabung berkenaan adalah tidak sah. 2) Benih yang dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan islam dikira sebagai cara terhormat. 3) Anak yang dilahirkan melalui proses tabung uji berhak menerima harta pusaka keluarga dan menjadi wali. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan yang boleh kami simpulkan daripada hasil kajian yang kami dapati ialah Teknologi IVF atau dikenali sebagai bayi tabung uji ini ia adalah satu pilihan yang sukar untuk dibuat. Jika sudah tiada lagi rawatan lain dan pasangan suami isteri betul-betul ingin mengandungkan anak sendiri, maka ini sajalah kaedah yang perlu dilakukan apa jua sekalipun. Namun kos yang akan menjadi beban untuk membesarkan cahaya mata selama 20 tahun yang akan datang, pasangan suami isteri mungkin perlu mempertimbangkan pilihan lain. Salah satunya mengambil anak angkat. Kehadiran seorang anak angkat boleh menjadi sebahagian daripada keluarga bahagia dan pasangan ingin bina bersama.


RUJUKAN https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/549996/kadar-kehamilan-catat-32-peratusmenerusi-ivf http://www.myhealth.gov.my/bayi-tabung-uji-ivf/ https://my.theasianparent.com/bayi-tabung-uji NAMA AGIHAN TUGASAN NUR AINA FATIERA BINTI ZAKUAN Etika islam AINA NAJWA BINTI MOHD RAFI Prinsip Syariah Maqasid Syariah WAN NURUL HIDAYAH AISYAHBNTI WAN ADNAN Cadangan penambahbaikan Kesimpulan AFRINA FARZANA BINTI KASMAN Pengenalan Kaedah fiqh


Click to View FlipBook Version