1
1 _________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SKOT(2)100-9/4/1(37) Tarikh : 26 Jun 2023 Ibu bapa/Penjaga Ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru SK Othman Talib (2) Tuan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK OTHMAN TALIB (2) KALI KE – 31/2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG sekolah ini akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 3 Julai 2023 (Isnin) Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Gemilang SKOT 2 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat ini untuk berbincang mengenai pencapaian dan kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ” Saya yang menjalankan tugas, (WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS ) Setiausaha PIBG SK Othman Talib (2) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2) 17030 PASIR MAS KELANTAN TEL/FAX : 09-7183969
2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2) 17030 PASIR MAS KELANTAN. ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 31/2023 2.30 petang : Pendaftaran 3.00 petang : Bacaan doa : Persembahan Nyanyian : Demonstrasi Amalan 5R SKOT 2 : Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’. : Ucapan alu-aluan oleh YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari (YDP PIBG & Ahli Parlimen Pasir Mas) : Ucapan perasmian oleh En Mohd Zamakhsyari bin Mohd Nawawi (Timbalan PPD Sektor Perancangan, PPD Pasir Mas) : Cabutan bertuah. 4.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG dimulakan. : Cabutan bertuah.
3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAN OTHMAN TALIB (2) 17030 PASIR MAS, KELANTAN TEL / FAX : 09-7183969 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2) KALI KE-31/2023 TARIKH : 3 JULAI 2023 (ISNIN) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SK OTHMAN TALIB 2 AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi AGENDA 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu AGENDA 3 : Perkara-perkara Berbangkit AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2022 AGENDA 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 AGENDA 6 : Membentang, Membahas dan Menerima Usul AGENDA 7 : Hal-hal lain AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan
4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2) 17030 PASIR MAS, KELANTAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30/2022 Tarikh : 27 Jun 2022 (Isnin). Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Gemilang, SK Othman Talib 2 Perasmian oleh : Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari Ahli Parlimen Pasir Mas Kehadiran : 335 orang. 1. Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Othman Talib (2) (Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’) 1. Yang dihormati Ustaz Su Azhar bin Abdullah iaitu Pengetua SABK Padang Embun selaku wakil kepada YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, wakil PPD Pasir Mas Bahagian Pendidikan Khas, En Hasmadi bin Mahmad@Mohammed, guru-guru penolong kanan, Ajk PIBG, guru-guru dan ibu bapa. 2. Mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan bersyukur kerana dapat bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30/2022. 3. Bersyukur dapat bersama-sama para ibu bapa pada hari ini untuk berbincang dan memberi pandangan demi kecemerlangan anak-anak dan semoga akan memperoleh hasil yang baik. 4. Terima kasih kepada Ustaz Su Azhar bin Abdullah yang dapat melapangkan masa untuk bersama ibu bapa. 5. Bersyukur dan berterima kasih kepada YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari kerana pada tahun 2021 telah bersetuju menjadi YDP PIBG sekolah ini. Beliau sangat komited sepanjang menjadi YDP PIBG sekolah ini. Banyak kemudahan dan prasarana yang disumbangkan kepada sekolah ini. 6. YDP merupakan seorang yang minat akan budaya IT. Oleh itu telah diterapkan budaya IT di sekolah ini yang telah mewujudkan team TV sekolah, team robotik dan team inovasi. 7. Team robotik dan team inovasi telah menjadi johan di peringkat negeri. Pada tahun lepas, team robotik telah telah mendapat penghargaan di peringkat negeri dan kebangsaan.
5 8. Kursus telah diberi selama dua hari kepada murid-murid yang terlibat dengan team tv sekolah tentang cara-cara merakam, mengedit video dan lain-lain lagi. Murid- murid ini sangat berbakat. Terdapat seramai 28 orang murid terlibat dalam ketiga- tiga team ini. 9. Pada tahun ini tiada peperiksaan UPSR. Oleh itu penilaian murid telah dilakukan berdasarkan penilaian bilik darjah. Untuk membezakan penilaian murid, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum. 10. Berharap semua ibu bapa dapat mendekati pihak sekolah untuk memberikan ideaidea yang bernas. 11. Pada minggu hadapan akan diadakan Hari Sukan Tahunan Sekolah. Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan cara menolong menghias khemah rumah sukan anak masing-masing. Acara untuk ibu bapa juga akan diadakan seperti acara larian dan tarik tali. Selain itu, ibu bapa juga boleh datang ke kelas anak masing-masing untuk membantu menghias kelas. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. 2. Ucapan Perasmian oleh wakil YDP PIBG (Yang Berusaha Ustaz Su Azhar bin Abdullah) 1. Yang Berusaha En. Zukri Suzita bin Yaso’, Guru Besar SK Othman Talib (2), En Hasmadi bin Mahmad@Mohammed selaku wakil PPD Pasir Mas, guru-guru Penolong Kanan, Ajk PIBG dan para ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30/2022. 2. Bersyukur kerana dapat bersama-sama ibu bapa di dalam majlis yang sangat penting. 3. Mewakili bagi pihak YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari dan menyampaikan salam daripada YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari yang tidak dapat hadir kerana menghadiri Majlis Mesra Anak-anak Pasir Mas di Gombak. 4. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir ke majlis ini untuk membincangkan cara-cara untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Gunakanlah peluang ini untuk memberi idea-idea yang bernas. 5. Anak-anak merupakan amanah buat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. 6. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak berakhlak mulia dengan menerapkan ilmu-ilmu agama yang lengkap seperti solat berjemaah dan mendengar ceramah agama.
6 7. YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari berpesan supaya bersama-sama membangunkan negara ini dan mengenang jasa-jasa dan pengorbanan semua pihak yang terlibat. 8. Akhir sekali merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30/2022 AGENDA DAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK OTHMAN TALIB 2 KALI KE-30/2022 Agenda 1 : Ucapan Pengerusi 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan umul kitab. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang yang mesyuarat kali ini bagi menunaikan tangggugjawab sebagai ahli PIBG. 1.3 Beliau mahu melihat kecemerlangan sekolah ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 1.4 Mengalu-alukan sumbangan dan sokongan ibu bapa serta masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan di sekolah ini. 1.5 Cadangan-cadangan dan idea-idea yang membina juga diperlukan untuk menambahbaik program-program yang telah dirancang. Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-29/2021 2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-29/2021. 2.2 En. Amran bin Yusuf mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-29/2021 disahkan. 2.3 Disokong oleh En. Ibrahim bin Osman.. Agenda 3 : Perkara Berbangkit Tiada. Agenda 4 : Laporan Tahunan PIBG 4.1 Setiausaha membentang Laporan Tahunan PIBG bagi sesi 2021. 4.2 En. Zuri bin Mohd Adam mencadangkan Laporan PIBG disahkan. 4.3 Disokong oleh En. Wan Nasron bin Wan Abdullah.
7 Agenda 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2021 5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan akaun 1 (Bank Islam) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Baki akhir sebanyak RM4,606.31. 5.2 Penyata kewangan akaun 2 (Bank Rakyat) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Baki akhir sebanyak RM9,965.35. 5.3 Bendahari juga membentangkan perincian berbelanjaan sumbangan YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari sebanyak RM10,000.00 pada 21 Januari 2021 dan RM22,000.00 pada 9 Februari 2022. 5.4 Pn. Suriwati bt. Aminudin mencadangkan penyata kewangan ini diterima dan disahkan. 5.5 Disokong oleh Pn. Zalina bt. Abdul Rahman Agenda 6 : Membentang, Menerima dan Membahas Usul Tahun 2022 6.1 Usul 1 : Mengadakan sudut bacaan di dalam bilik darjah dan di kantin untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid. Usul oleh : Pn. Siti Nor bt. Abdullah. Usul 2 : Mewujudkan program mentor mentee untuk membimbing rakan sebaya yang kurang cemerlang. Usul oleh : En. Hafizulman bin Halim. Usul 3 : Perjumpaan ibu bapa dan guru untuk membincangkan kecemerlangan akedamik anak-anak didik. Usul oleh : Pn. Hasni bt Che Hassan. Usul 4 : Sumbangan PIBG dan kecemerlangan murid Tahun 2022 sebanyak RM25.00 bagi setiap orang murid. Usul oleh : Tn. Hj. Wan Rosdi bin Wan Hamat. Usul 5 : Mencadangkan PIBG melantik 2 orang Timbalan Yang Dipertua dan 2 orang Naib Yang dipertua PIBG. Usul oleh : En. Wan Ab. Aziz bin Wan Abas. Majlis sebulat suara bersetuju dan menerima usul-usul ini.
8 Agenda 7 : Pemilihan dan AJK PIBG 2023/2024 7.1 AJK PIBG sebelum ini telah dibubarkan. 7.2 Pemilihan telah dijalankan dan majlis sebulat suara bersetuju memilih dan melantik Timbalan Yang Dipertua I - En. Amran bin Yusoff Timbalan Yang Dipertua II - En. Syahrul Amir bin Ahmad Naib Yang Dipertua I - En. Mohamad Khairul Hafiz bin Mohd Anuar Naib Yang Dipertua II - En. Ahmad Fakhrurazi bin Yahya Ahli Jawatankuasa 1. En. Abdul Aziz bin Abdul Ghani 2. En. Mohamad Hisham bin Mohd Yacob 3. En. Muhamad Ridhuan bin Wan Othman 4. En. Mohamad Rahim bin Hussin 5. Pn. Suriawati bin Amiruddin 6. Pn. Nur Zairani bt. Mahmod 7. Pn. Nor Azita bt. Abdul Hadi Agenda 8 : Hal-hal lain Tiada. Agenda 9 : Ucapan Penangguhan 9.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang telah dipilih. 9.2 Beliau berharap ibu bapa dapat memberi sumbangan yang terbaik dan tenaga demi kecemerlangan sekolah ini. 9.3 Akhir sekali mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Disediakan oleh, (WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS) Setiausaha PIBG SK Othman Talib 2
9 PENYATA KEWANGAN PIBG SK OTHMAN TALIB (2) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 (AKAUN 1- BANK ISLAM) PENDAPATAN PENGELUARAN BULAN AKTIVITI RM BULAN AKTIVITI RM Jan -22 Baki sehingga 31.12.2021 4 606.31 Jan -22 TIADA Yuran PIBG 540.00 Feb - 22 Yuran PIBG 770.00 Feb-22 Sumbangan kepada En. Nik 50.00 Nik Jailani ( Kematian bapa ) Mac-22 Yuran PIBG 20.00 Mac- 22 Bayaran Diari JPN 18.00 Bayaran Badan Ihsan 337.00 Apr - 22 TIADA Apr -22 Pemasangan papan putih 2 000.00 ( White board ) di kelas Caj Bank .50 Mei-22 TIADA Mei-22 TIADA Jun-22 TIADA Jun-22 TIADA Julai-22 TIADA Julai-22 TIADA Ogos-22 TIADA Ogos-22 TIADA Sept-22 TIADA Sept-22 TIADA Okt-22 TIADA Okt-22 TIADA Yuran PIBG 2 035.00 Sumbangan kepada Pn. Siti Mariam 100.00 Caj pengaktifan akaun 10.00 ( Bekas AJK PIBG ) Nov-22 Nov-22 Sumbangan kepada Pn. Noraini 50.00 ( PPM PPKI ) Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 300.00 Caj Buku Cek baharu 7.50 Dis-22 Yuran PIBG 715.00 Dis-22 TIADA JUMLAH KECIL 2 526.00 DI BANK SEHINGGA 31.12.2022 4 189.81 DI TANGAN 2 317.50 JUMLAH BESAR 9 033.31 JUMLAH BESAR 9 033.31 Disediakan oleh Disemak oleh Disemak oleh ( SANUSI BIN ISA ) (AFFNIZA BINTI ZAKARIA ) ( RAJA MASMIRAWATI BT RAJA HASAN) Bendahari PIBG, Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 SK Othman Talib ( 2 )
10 PENYATA KEWANGAN PIBG SK OTHMAN TALIB (2) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 (AKAUN 2- BANK RAKYAT) PENDAPATAN PENGELUARAN BULAN AKTIVITI RM BULAN AKTIVITI RM Baki sehingga 31.12.2021 9 965.35 Jan-22 Sumbangan PIBG 2 160.00 Jan-22 TIADA PENGELUARAN Hibah bulan Jan 2022 5.33 Sumbangan PIBG 3 080.00 Pinjaman BAP kepada sekolah 1 650.00 Feb-22 Sumbangan YB Ustaz Ahmad 22 000.00 Feb-22 Sumbangan Taman Cameron 2 000.00 Fadhli Bin Shaari SKOT ( 2 ) Hibah bulan Feb 2022 19.66 Pembelian peralatan Robotik 2 000.00 Pembelian peralatan TV SKOT 2 1 000.00 Pembelian lampu jalan,lampu kelas dan lampu koridor 500.00 Sumbangan Jamuan Pengawas 500.00 Mac-22 Sumbangan PIBG 80.00 Mac-22 Keceriaan dan penyelenggaraan 1 000.00 Hibah bulan Mac 2022 24.92 sekolah Hibah bulan April 2022 24.15 Sumbangan Hari Guru 200.00 April-22 April-22 Sumbangan Majlis Sambutan 250.00 Hari Raya peringkat Sekolah Mei-22 Bayaran balik pinjaman BAP 1 650.00 Mei-22 Keceriaan/Penyelenggaraan 1 000.00 Hibah bulan Mei 2022 24.98 Pembelian Peralatan Siaraya 2 000.00 Derma Mesyuarat Agung PIBG 580.00 Sumbangan Taman Cameron 1 000.00 Hibah bulan Jun 2022 24.21 SKOT ( 2 ) Jun-22 Jun-22 Yuran MSSK Zon Tendong 300.00 Pembelian peralatan Inovasi 1 000.00 Perbelanjaan Mesyuarat Agung 1 431.40 PIBG kali ke 30 Sumbangan Hari Sukan Sekolah 1 500.00 Julai-22 Hibah bulan Julai 2022 25.04 Julai-22 Sumbangan kepada Unit 1 000.00 Ko-Kurikulum Sumbangan YB Rozi Muhamad 2 000.00 Sumbangan kepada pasukan 400.00 Ogos-22 Hibah bulan Ogos 2022 27.46 Ogos-22 Bola tampar sekolah Sumbangan – Kematian bapa 150.00 Kepada 3 keluarga murid Hibah bulan September 2022 26.15 Khemah murid untuk PESKO 4 000.00 Sept-22 Sept-22 Keceriaan- Taman Cameron 1 000.00 Sumbangan kepada Pn. Zarina - 50.00 Kematian ibu Hibah bulan Oktober 2022 21.18 Pembelian 2 unit TV 2 800.00 Okt-22 Okt-22 Pembelian pembesar suara/audio 300.00 Panitia Muzik Penyelenggaraan sekolah 400.00
11 PENDAPATAN PENGELUARAN BULAN AKTIVITI RM BULAN AKTIVITI RM Hibah bulan November 2022 16.44 Kem Kepimpinan Pengawas 300.00 Nov-22 Sumbangan/Yuran PIBG 8 140.00 Nov-22 Lawatan sambil Belajar Krew TV 500.00 Sumbangan Zakat Bank Rakyat 10 000.00 SKOT 2 ke Terengganu Baner Mesyuarat Agung PIBG 80.00 Sumbangan kepada Panitia Bahasa Inggeris 300.00 Dis-22 Sumbangan/Yuran PIBG 2 860.00 Dis-22 Hibah bulan Disember 2022 36.77 TIADA PENGELUARAN JUMLAH KECIL 28 061.40 DI BANK SEHINGGA 31.12.2022 33 511.64 DI TANGAN 668.60 JUMLAH BESAR 62 791.64 JUMLAH BESAR 62 791.64 Disediakan oleh; Disemak oleh: Disemak oleh: (SANUSI BIN ISA ) Bendahari PIBG (AFFNIZA BT ZAKARIA ) Pemeriksa Kira-kira 1 (RAJA MASMIRAWATI BT RAJA HASAN) Pemeriksa Kira-kira 2
12 LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (2) 17030 PASIR MAS KELANTAN. 1.0 : AHLI JAWATANKUASA 1. En. Zukri Suzita bin Yaso’ - Penasihat 2. YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari - Yang Dipertua 3. En Amran bin Yusuf - Timbalan 1 YDP 4. En Syahrul Amir bin Ahmad - Timbalan 2 YDP 5. En Mohd Khairul Hafiz bin Mohd Anuar - Naib YDP 1 6. En Ahmad Fakhrurazi bin Yahaya - Naib YDP 2 7. En.Wan Ab Aziz bin Wan Abas - Setiausaha 8. En. Mohd Bazli bin Mohd Taib - Penolong Setiausaha 9. En. Sanusi bin Isa - Bendahari 10. Pn. Hjh. Noor Ainu bt Awang - PK Pentadbiran 11. En. Zainal Abidin bin Hasan - PK HEM 12. Tn. Hj. Othman bin Mat Zin - PK Kokurikulum 13. En. Mohd Fakhrulhisyam bin Mohd Nor@Fakru - PK Pendidikan Khas 14. Pn Nik Rasimah bt. Ibrahim - wakil guru 15. Pn. Azrah bt. Arifin - wakil guru 16. Pn. Nor Akema bt. Halim - wakil guru 17. Pn. Siti Norafizah bt. Shafie - wakil guru 18. Tn. Hj. Gahzali bin Ismail - wakil ibu bapa 19. Tn. Hj. Wan Rosdi bin Wan Hamat - wakil ibu bapa 20. En. Abdul Aziz bin Abd. Ghani - wakil ibu bapa 21. En Muhd Hisham bin M. Yacob - wakil ibu bapa 22. En. Mohd Rahim bin Hussin - wakil ibu bapa 23. En. Wan Muhd Ridhuan bin Wan Othman - wakil ibu bapa 24. Pn Suriawati bt. Amirruddin - wakil ibu bapa 25. Pn. Nur Zairani bt. Mahmod - wakil ibu bapa 26. Pn. Nor Aziqa bt. Abdul Hadi - wakil ibu bapa PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Pn. Affniza bt. Zakaria - Pemeriksa Kira- kira 1 2. YM Pn. Raja Masmirawati bt. Raja Hassan - Pemeriksa Kira-kira 2 2.0 : AKTIVITI SESI 2022 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2) sesi 2022 telah berusaha dan berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah untuk memastikan program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Perancangan dan matlamat PIBG adalah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta memantapkan
13 kecemerlangan rohani, jasmani dan sahsiah murid. Sehubungan dengan itu pihak AJK PIBG dengan kerjasama dan sokongan padu pihak pengurusan sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat di atas. Antaranya: 1. Membina pondok bacaan dan pondok rehat untuk murid. 2. Dengan kerjasama pihak sekolah mengadakan Kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Sukan dan Pesta Kokurikulum (PESKO). 3. Wang zakat dan bantuan keperluan sekolah kepada murid miskin. 4. Mengadakan Hari Guru dan Sambutan Hari Kemerdekaan. 5. Menaik taraf pusat sumber sekolah. 6. Menjayakan program 5R. 7. Membantu membiayai hadiah untuk hari sukan, hari merentas desa, perkhemahan, dan pembelian buku kerja murid. 8. Memberi insentif kepada murid yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. 9. Meraikan majlis persaraan guru dan kakitangan sekolah. 10. Pembelian peralatan robotik dan inovasi. 11. Membina Taman Cameron dan menambah tempat letak kenderaan. 12. Menyediakan lampu jalan/lampu susur/lampu koridor. 13. Membeli peralatan TV SKOT 2. 14. Membeli peralatan siaraya. 15. Keceriaan sekolah 16. Membeli khemah untuk aktiviti sekolah 3.0 : MESYUARAT AJK PIBG 2022/2023 PIBG pada sesi ini telah mengadakan 2 kali mesyuarat ahli jawatankuasa untuk membincangkan dan menjelaskan program PIBG 2021. Tarikh-tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa ialah pada 19 Februari 2023 dan 17 Jun 2023. 4.0 : Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan telah berjaya meningkatkan lagi pencapaian akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dan pembangunan fizikal sekolah ini. Sumbangan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Disediakan oleh, (WAN AB AZIZ BIN WAN ABAS) Setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2)
14 Usul-usul yang diterima dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31/2023 1. Mempertimbangkan bilik darjah Tahun 1 diletakkan di aras tingkat bawah untuk menjaga keselamatan murid-murid Tahun 1. Usul oleh : Pn. Shakila bt. Arifin. 2. Memohon pihak sekolah menganjurkan aktiviti kerohanian seperti kuliah agama dan kursus motivasi dan pengurusan kendiri. Usul oleh : En. Mohd Fairuz bin Mohamrd Nor. 3. Untuk menampung kewangan PIBG, dicadangkan agar sumbangan PIBG bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM5.00 dan untuk program kecemerlangan pula sebanyak RM20.00 bagi setiap orang murid. Jumlahnya RM25.00 setiap orang murid. Usul oleh : En. Sanusi bin Isa (Bendahari). 4. Mencadangkan pintu pagar belakang sekolah dibuka untuk memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak. Usul oleh : En. Zulkefly bin Ismail. 6. Memohon pihak sekolah meletakkan papan tanda larangan meletakkan kenderaan berat di sepanjang pagar sekolah yang boleh menyebabkan berlaku kesesakkan lalu lintas pada waktu pagi. Usul oleh : En. Syardi bin Che Omar.
Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2) Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada YANG BERUSAHA EN. MOHD ZAMAKHSYARI BIN MOHD NAWAWI TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN PPD PASIR MAS YANG BERHORMAT USTAZ AHMAD FADHLI BIN SHAARI YDP PIBG & AHLI PARLIMEN PASIR MAS Ibu bapa/penjaga Guru-Guru Serta Kakitangan Sokongan dan Swasta Semua yang terlibat Secara Langsung dan tidak Langsung Bagi Menjayakan Majlis ini.