PEMBANGUNAN
TANAMAN
BUAH TIN
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Nama saintifik : Ficus carica L.
Nama biasa : Buah Tin, buah Fig
Berasal dari Asia Barat, popular di Tanah Arab, kawasan Mediterranean
Lebih daripada 800 spesies buah Tin di dunia
Terkenal dengan nama pohon Syurga. Tanaman Tin juga dikategorikan sebagai
“Superfruit” yang mempunyai pelbagai khasiat pemakanan.
Pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae
Hasil kajian mendapati antara varieti tin yang sesuai diusahakan secara
komersil ialah Black Jack, Brunswick dan Texas Everbearing kerana
memenuhi kriteria penanaman secara terbuka dan di bawah struktur pelindung
serta hasil yang tinggi.(MARDI 2018)
CIRI-CIRI VARIETI BUAH TIN YANG SESUAI DIKOMERSILKAN
a. Black Jack
Varieti ini dikategorikan dalam kumpulan buah tin berwarna gelap kerana berwarna
ungu kehitaman apabila masak. Isinya berwarna coklat dan sangat manis apabila
masak. Nilai kemanisan boleh mencapai 18 °Brix dan berat 65 – 80 g/biji. Varieti ini
bersifat renek serta produktif mengeluarkan hasil dan sesuai ditanam di dalam pasu
atau di bawah rumah lindungan hujan, tahan cuaca panas dan mudah diselenggara.
b. Brunswick
Varieti ini berwarna hijau kekuningan apabila masak dengan rasa lemak manis dan
berbentuk seperti buah pear serta mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi berkurangan
semasa musim hujan. Daunnya pula berbentuk seperti jari tangan. Varieti ini juga tahan
lasak dan sesuai dengan cuaca panas dan lembap Malaysia. Selain itu, varieti ini juga
sesuai ditanam di bawah struktur lindungan hujan berbanding dengan sistem tanaman
terbuka kerana sensitif terhadap kelembapan yang berlebihan. Kemanisan buah adalah
sekitar 20 °Brix dan berat buah ialah 75 – 80 g/biji.
c. Texas Everbearing
Varieti ini sangat sesuai ditanam tanpa lindungan hujan kerana tahan cuaca panas dan lembap.
Warna buahnya seakan merah keunguan dengan rasa manis yang sederhana iaitu 15 – 18
°Brix. Pertumbuhannya cepat dan mudah diselenggara. Berat buah ialah 70 – 85 g/biji.
*Sumber: MARDI 2018
• Buah Tin sebenarnya bukanlah
buah, ianya adalah
pengubahsuaian bunga kepada
buah.
• Buahnya berbentuk bebawang
dengan satu pembukaan kecil
(ostiol) pada hujungnya.
• Di dalam buah Tin ini terdapat
rongga berbunga yang digunakan
oleh penyengat atau tebuan kecil
(tiny wasps) yang akan hinggap
pada bunga Tin untuk tujuan
pendebungaan.
A dozen female Blastophaga psenes crammed into the ostiole of receptive profichi syconium of a caprifig.
Photographed 25 March 2009. These winged female wasps came from the overwintering mamme crop on the
caprifig tree.
BUAH
Buah Tin berukuran sekitar 3 – 10 cm dengan warna hijau
ketika muda dan akan bertukar kepada warna hijau
kekuningan, warna perak, ungu gelap atau warna tembaga
mengikut varieti. Buahnya agak melekit dan bergetah
semasa buah muda dan menjadi berair (juicy) dan manis
apabila cukup matang.
Kulit buah Tin adalah lembut dan nipis manakala isinya
sama ada berwarna putih, kuning pucat, pink, warna ros,
merah atau ungu berbentuk berjerami yang melekat pada
kulit sebelah dalam.
Buah Tin mengandungi biji yang pelbagai saiz iaitu
samada bersaiz besar, sederhana, kecil atau halus
(minute), enak dan berkhasiat dimakan segar atau setelah
dikeringkan.
Negara Pengeluar Utama Buah Tin/Fig
Tahun 2019
Rank Negara Kuantiti (Tan) Luas (Ha) Produktiviti
(kg/ha)
1 Turkey 305,450.00 49,987.00 3,000.00
2 Mesir 176,105.00 27,918.00 3,000.00
3 Algeria 131,798.00 42,248.00 3,120.00
4 Iran 70,178.00 53,101.00 1,322.00
5 Morocco 59,881.00 58,306.00 1,027.00
6 Syria 43,098.00 9,365.00 4,602.00
7 USA 31,600.00 2,469.00 12,799.00
8 Brazil 26,910.00 2,804.00 9,597.00
9 Spanyol 25,224.00 12,267.00 2,056.00
10 Tunisia 22,500.00 15,627.00 1,440.00 9
*Sumber: Food And Agriculture Organisation (FAO)
Peta Negara Pengeluar Buah Tin/ Fig Dunia
Negara Pengeluar Buah Tin/Fig
Jumlah Pengeluaran Buah Tin/Fig Dunia Tahun 2019
1,051,795 tan
Sumber: FAOSTAT
Senarai Syarikat Penanam Buah Tin yang Menyertai Pensijilan myGAP
(sehingga Tahun 2019)
JUMLAH TEMPOH
PERLANJUTAN SIJIL
BIL NAMA ALAMAT LADANG DAERAH NEGERI JENIS TANAMAN LUAS STATUS SIJIL TARIKH PENSIJILAN
LADANG (HA)
1 AMAN AGROBASE LOT 1613 SG. RAMAL DALAM, KAJANG, HULU LANGAT SELANGOR BUAH TIN 1.20 TAMAT 15 NOVEMBER 2017 31 DISEMBER 2019
SELANGOR TEMPOH
2 ZKBS AGRICULTURE LOT 45407 BUKIT CHANGGANG, MUKIM KUALA LANGAT SELANGOR BUAH TIN 0.70 SAH LAKU 4 OKTOBER 2019 31 DISEMBER 2021
SDN. BHD. TANJONG 12 KUALA LANGAT
3 TAN CHEE SENG LOT 20592, KAMPUNG CHUAH, MUKIM PORT DICKSON NEGERI BUAH TIN 0.7 SAH LAKU 04 OKTOBER 2019 31 DISEMBER 2021
JIMAH, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN SEMBILAN SAH LAKU 23 NOVEMBER 2018 31 DISEMBER 2020
SMK BANDAR
PENAWAR KOTA LADANG FERTIGASI, PETAK 1, KAMPUNG CILI, BUAH TIN,
4 TINGGI BANDAR PENAWAR, MUKIM TANJONG KOTA TINGGI JOHOR KUCAI, PUCUK 0.1
(MOHD HAFIZZ BIN SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR MANIS, PEGAGA
AMAN)
5 SYMATE HOLDING (M) LOT 3287, KAMPUNG PETANI, MUKIM BATU PAHAT JOHOR CILI, BUAH 0.4 SAH LAKU 18 NOVEMBER 2019 31 DISEMBER 2021
TIN/ARA,
SDN. BHD SIMPANG KANAN, BATU PAHAT, JOHOR TOMATO,
TEMPURANG
(GAC FRUIT)
6 AL SAKINAH LOT 27948, KAMPUNG JANDA BAIK, BENTONG PAHANG BUAH TIN, 0.7 SAH LAKU 24 MEI 2019 31 MEI 2021
PLANTATIONS MUKIM BENTONG, BENTONG PAHANG NANAS, DURIAN
7 FIG MALAYSIA LOT 158,BLOK10,KPG ULU SG.IPOH MERADONG SARAWAK BUAH TIN 6 SAH LAKU 04 OKTOBER 2019 31 DISEMBER 2021
SARAWAK ,MERADONG
8 BSA FIGH GARDEN LOT 7639, KG PARIT LAPIS SEMARANG, BATU PAHAT JOHOR BUAH TIN 0.09 SAH LAKU 23 NOVEMBER 2018 31 DISEMBER 2020
MUKIM SRI GADING, BATU PAHAT, JOHOR 9.89 Sumber: Jabatan Pertanian
Syarikat dan Nursery yang terlibat di dalam aktiviti menanam
dan menjual pokok Tin/Fig di Malaysia
Usahawan dan Nursery pokok Tin
1. Amanda Putri’s Fig Garden, Kajang, Selangor
2. Syarikat Figs Direct Sdn. Bhd., Chuping, Perlis (10 Hektar)
3. Syarikat Afta Benefigs, Janda Baik, Pahang
4. Pulai Nursery Pokok Tin, Kg Serkam, Merlimau, Melaka
5. Rossya Figs Garden, Kampung Gemereh, Johor,
6. D’syera Fig Garden, Padang Sera, Kodiang, Kedah
7. Island Fig Garden, Relau, Pulau Pinang
8. Al-Ridzuan Fig Fiesta, Sungai Buluh, Selangor (1,000 pokok Tin dengan 110 spesis)
9. Syarikat Formeniaga, Sungai Ramal, Kajang
10.Mutiara Figs Sdn Bhd, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor (3,000 pokok Tin)
11.BSA Figs Garden, Parit Lapis Semarang, Pontian, Johor
12.Marzuki Safiee, Taman Agro Fertigasi (TAF), Sungai Ramal, Kajang
Kesesuaian Tanah Dan Iklim
Tanaman tin sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah mineral yang mempunyai saliran
yang baik
Tanaman tin sesuai ditanam di kawasan bersuhu 24 – 37 °C
Tekstur tanah yang mempunyai kandungan pasir, liat dan lodak yang hampir sekata 30 – 40%
pembajaan yang boleh digunakan ialah baja hijau NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2 +
MgO sepanjang tempoh penanaman pada kadar 20 – 100 g bagi setiap minggu mengikut
peringkat pertumbuhan tanaman
kadar keperluan air ialah 3 – 8 L /pokok sebanyak dua kali sehari
Kelembapan tanah yang sesuai harus berada pada tahap 18 – 20%.
Kandungan kelembapan yang tinggi atau keadaan air bertakung boleh menyebabkan pokok
mati disebabkan akar terendam dan reput.
Penanaman
Boleh ditanam di kawasan terbuka dan dibawah Rumah Pelindung Hujan (RPH).
Sebuah RPH berukuran 12,000 kaki persegi boleh memuatkan sebanyak 420
pokok Tin (AFTA Benefigs Sdn. Bhd.)
Bagi pokok tin di dalam RPH jarak bergantung kepada:
1. Tujuan penanaman - untuk anak benih, untuk buah atau anak benih & buah.
2. Varieti yang ingin ditanam - pertumbuhan setengah varieti sangat agresif & sentiasa padat dengan
daun / ranting baru
3. Sistem untuk pengendalian tanaman.
Jarak yang digunakan ialah 4.5' x 4.5’
Sistem tanaman ialah dua baris & ruang berjalan untuk pengendalian pokok (bagi setiap 2
baris)
Ruang untuk berjalan ialah 5' - ruang ini diperlukan untuk memudahkan pengendalian
tanaman.
Jarakkan lebih kurang 2.5 kaki dari tepi dinding RPH supaya tidak terkena tempias hujan &
cukup ruang untuk berjalan
Pokok dilatih untuk tumbuh besar dalam baris. Kalau perlu, lentur ke dalam barisan.
18
Perbandingan Sistem Tanaman Secara Terbuka
Dan Di Bawah Struktur Lindungan Hujan
Sistem tanaman terbuka Sistem struktur lindungan hujan
Kelebihan
1 Modal permulaan yang rendah Kurang serangan perosak dan penyakit
2 Bilangan pokok tidak terhad Hasil pengeluaran buah dan daun sepanjang tahun
3 Pokok boleh dibentuk menjadi tanaman kekal di Pertumbuhan tanaman cepat membesar
ladang
4 Penggunaan jentera dalam penyelenggaraan
ladang
Kelemahan
1 Hasil berperingkat, tidak sepanjang tahun Modal permulaan tinggi
2 Prestasi pokok dipengaruhi faktor cuaca Bilangan pokok yang boleh ditanam terhad
3 Serangan penyakit dan kerosakan hasil tinggi Tanaman sementara di dalam pasu, tong atau binaan
konkrit
Cabaran
1. Serangan serangga perosak (burung, tupai, kumbang)
2. Penyakit karat- masalah karat ini disebabkan permukaan
daun tin yang mempunyai bulu halus akan memerangkap air
secara tidak langsung semasa hujan atau proses respirasi
(Kawalan racun kulat berasaskan kuprum atau organik
merupakan penyelesaian utama.)
The emerging female fig wasp faces many dangers after she leaves the
safety of her protective syconium. One of these dangers during wasp
exodus from summer profichi and fall mammoni crops of syconia
on Ficus carica are predators, including opportunistic spiders. The
following image shows a minute orb weaver called the trashline spider
(Cyclosa turbinata) that has built its web near a mammoni syconium
of Ficus pseudocarica = F. carica. On September 14, many wasps
leaving the syconium fluttered into the web and were quicky caught by the
tiny spider. This minute orb weaver spider (family Araneidae) is only about
5 mm long. It is called the trashline spider because it stores it victims,
each rolled in cases of silk, in a vertical row in the center of the web.
Pengeluaran hasil
Boleh mengeluarkan hasil kurang setahun selepas
penanaman. Ada di antara nya boleh
mengeluarkan hasil 3-9 bulan selepas ditanam
Tempoh masa penuaian buah tin berbeza-beza
mengikut varieti iaitu 80 – 85 hari selepas
pembentukan putik buah
Potensi Hasil
1 kg/pokok/bulan @
12 kg/pokok/tahun
(MARDI 2018)
Pasaran
Buah tin segar dijual pada
harga runcit sekitar RM80
sekilogram.
Produk Hiliran Tanaman Pokok Tin / Fig
Sumber rujukan;
1. Potensi Penanaman Tin Berskala Komersil Di Malaysia,
Buletin Teknologi MARDI, Bil. 14(2018): 57 – 68
2. Pollen Transfer And Pollination In The Common Fig
{Ficus Carica L.) By J. GALIL and G. NEEMAN,
Department of Botany, Tel Aviv University, The Dr.
George Wise Center for Life Sciences Tel A viv, Israel
(Received 14 November 1976)
3. Sex Life Of Figs: Coevolution Of A Tree & Minute
Wasp (Part 1)© W.P. Armstrong January 2012 (updated
June 2020)
http://www.figweb.org/Figs_and_fig_wasps/index.htm