The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SET 1 MODUL ANTOLOGI SMKBKNO. 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insor73, 2020-12-08 03:50:04

MODUL ANTOLOGI SPM

SET 1 MODUL ANTOLOGI SMKBKNO. 1

1

SMK BANDAR KUCHING NO. 1
MODUL LATIHAN ANTOLOGI

TINGKATAN 5

2

Latihan 1

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu
agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan
segala adat resam dan nilai budaya warisan turun - temurun. Bahasa yang diwarisi nenek
moyang sejak zaman - berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak - anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan
harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan dua alasan bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah terpengaruh

dengan gejala yang tidak sihat? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu lagi nilai lain dalam

keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

3

Latihan 2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”

Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.

Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.

Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan
berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.
Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan
kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham.
Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing
yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak
muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’, oleh Husna Nazri
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk
membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

4

Latihan 3

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu yang
mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga kota besar
yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang
lebih sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa
depan saya lebih terurus.

Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.

Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini.
“Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda
supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu
baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon
kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah
sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan
membuang bahasanya atau apa-apa alasan sekalipun.”

Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah tujuan Mel meminta izin bondanya untuk pergi ke ibu kota? [2 markah]

(ii) Kebanyakan golongan remaja dan belia akan berhijrah ke bandar untuk mendapatkan

peluang pekerjaan.

Pada pendapat anda, apakah bidang yang boleh dibangunkan di kawasan kampung untuk

mewujudkan pekerjaan kepada masyarakatnya? [3 markah]

(iii)Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan

Mel yang lain yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

5

Latihan 4

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhidayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala
negeri Siam itu, Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di wah angin ini
semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua
Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya
pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada
mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh
berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawarakyat terlalu
banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan
Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya,
membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu
Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak
membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang
berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya
menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”,
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata tiada terpermanai? [2 markah]

(ii) Nyatakan tindak balas rakyat Melaka setelah dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah?
[ 3 markah]

(iii) Rakyat Melaka akur dengan arahan Sultan Muzaffar Syah.
Pada pendapat anda, mengapakah rakyat begitu patuh terhadap arahan sultan?
[ 3 markah]

6

Latihan 5
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri
Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan
hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”

Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”

Maka Seri nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan

Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka

Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri
Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali

lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampong Seri Nara Diraja. Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat

kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda,
“Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang
besar.”

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah.

Dipetik daripadaProsa “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
dalam antologi Sejadah Rindu,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, apakah tindakan-tindakan Seri Nara Diraja apabila Tun Nina Madi
lalu? [2 markah]

(ii) Nyatakan perkara yang berlaku setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dilantik

menjadi orang besar. [3 markah]

(iii)Pertelingkahan antara pembesar boleh menyebabkan negara kacau-bilau.
Seandainya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah cara-cara yang anda lakukan untuk
menyelesaikan pertelingkahan tersebut?
[3 markah]

7

Latihan 6
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati;
maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya
patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”

Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika
lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh
dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing
tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan MelaluTeladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penjurit yang terlalubuasseperti yang terdapat

dalam petikan? [2 markah]

(ii) Apakah pandangan Bendahara setelah Laksamana masuk mengadap Raja Melaka?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap

orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh

Kertala Sari? [3 markah]

8

Latihan 7
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin

Terkedu aku
di sejadah rindu
menguncup kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

9

Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Kalam Pertama, 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, nyatakan bukti – bukti yang menunjukkan penyajak

benar-benar insaf? [2 markah

(ii) Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu

kembali semula melakukan kesilapan tersebut.

Pada pendapat anda,mengapakah keadaan sedemikian berlaku? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

10

Latihan 8
Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk Kem
Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya. Dapat juga
SUNDARANI saya tengok kawasan lain.
AH TIAU
SUNDARANI : Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.
AH TIAU : Awak pula Aiman, kem mana?
AIMAN : Dia dapat masuk Kem Majidi.
: Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?
SYUHADA : Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan cerita
SUNDARANI
SYUHADA PLKN. Baik kau bagi tahu aku keputusan perlawanan bola sepak malam
tadi. Aku terlepas, terlelap sampai pagi.
SUNDARANI : Aiman… kita dapat kem yang sama.
SYUHADA : Kem mana?
: Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak bagi tahu
AIMAN kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?
SYUHADA : Kem Majidi kata dia.
: Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman
tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing.
: Mersing? Hmmm.
: Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai menghadap
Laut China Selatan lagi.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai

oleh Aiman dan rakan-rakannya. [2 markah]

(ii) PLKN merupakan program yang memberi impak positif kepada remaja namun terdapat
segelintir remaja yang tidak berminat untuk menyertainya.
Pada pandangan anda, apakah sebab remaja kurang berminat untuk menyertai PLKN?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu

perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama? [4 markah]

11

Latihan 9

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama- sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun
Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya
menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak
dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu
pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah
disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan
hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi
berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana
tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan
perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami
sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal
negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini
hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh
bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih
ia berlawankan anak isterinyabersungguh-sungguh.”

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah
Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata
Tun Perak itu.”

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak.
Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang
lagi; baiklah Tun Perak diam dinegeri.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang DipipiskanLada’
dalam antologi SejadahRindu,
Dewan Bahasa danPustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [2 markah]

(ii) Apakah reaksi Duli Yang Dipertuan setelah Seri Amerta mengadukan perbuatan

Tun Perak? [3 markah]

(iii) Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada sesebuah

negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan peperangan antara dua

buah negara? [3 markah]

12

Latihan 10

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas
(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi,1996
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan gurindam di atas berikan maksud rangkap pertama? [2 markah]

(ii) Seseorang yang mempunyai sikap baik akan mempunyai ramai kawan.
Pada pendapat anda, apakah sikap yang perlu ada pada seseorang supaya orang suka
berkawan dengan kita.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam ini.

[4 markah]


Click to View FlipBook Version