The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insor73, 2021-03-03 23:51:17

BUJANGGA EDISI 49 2020

BUJANGGA EDISI 49 2020

Keywords: SMK BANDAR KUCHING NO. 1

Bujangga 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Daripada
Pengetua

Guru-Guru, Kakitangan, PIBG
Dan pelajar-pelajar

SMK Bandar Kuching No1
Istimewa untuk

1

Isi Kandungan

Lagu Sekolah 2

Slogan, Visi, Misi dan Objektif Sekolah 2

Perutusan 2

Jawatankuasa Penerbitan Redaksi Bujangga Edisi 49/2020 3

Pengurusan Sekolah Tahun 2020 4

Staf Akademik Tahun 2020 5

Staf Sokongan 2020 6

Biodata Guru Bersara, Berpindah dan Baharu

Foto Kelas

Profile Tingkatan 3 dan 5

Wawancara Khas

Peristiwa Penting

Surat daripada Ex-Townian

Laporan Pencapaian Akademik dan Kokurikulum

Laporan Kokurikulum

Laporan Lembaga Pengawas, Koperasi dan Jawatankuasa Pusat Sumber

Laporan Kelab dan Kokurikulum

Karya Pelajar

Iklan

Autograf

2

Lagu Sekolah

3

Falsafah Visi
Pendidikan
Pendidikan Berkualiti Insan
“Together We Strive For Excellence” Terdidik Negara Sejahtera
(Bersama ke Arah Kecemerlangan)

“Proud To Be A Townian”

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

Objektif

Setiap pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti berlandaskan:
➢ Kepimpinan dan pengurusan sekolah yang berwibawa;
➢ Profesionalisme guru dan staf yang berketerampilan;
➢ Prasarana sekolah yang lengkap berserta persekitaran yang

kondusif;
➢ Program kurikulum dan kokurikulum sekolah yang mantap;
➢ Kerjasama yang padu dengan komuniti luar.

4

Perutusan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-
aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya
sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga
majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta
meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 -2025 akan sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM
untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin
sekolah. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang
berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada
pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat
yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus bersama-sama menjayakan
agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

Dr. Habibah Binti Abdul Rahim
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

5

Perutusan

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Sayangi Malaysiaku dan Salam Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah, khususnya sidang redaksi majalah sekolah
yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah tahun 2020 yang sangat bermakna. Segala usaha dan
sumbangan coretan karya warga sekolah dalam penerbitan majalah ini akan menjadi sumber inspirasi
dalam meningkatkan semangat perpaduan, inovatif serta jati diri kita semua dalam menjulang pendidikan
negeri Sarawak yang kita sayangi.
Saya yakin dan percaya aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025) menjadi fokus utama pendidikan negara ke arah sekolah berkualiti. Dua matlamat
utama gerak kerja warga pendidikan Sarawak ke arah kemenjadian murid secara holistik berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam menghadapi krisis tempoh pembendungan wabak COVID-19 ini, pendekatan norma baharu adalah
dituntut bagi menangani situasi ketidaktentuan ini. Justeru, pengukuhan elemen 3C ( Communication,
Collaborative and Creativity) iaitu komunikasi, kolaboratif dan kreativiti dalam kalangan pemimpin setiap
peringkat diperlukan sebagai pengukuhan aspek pengurusan dan kepimpinan sebuah organisasi. Untuk
mencapai misi ini, warga pendidik bumi kenyalang perlu bersedia untuk mengupayakan diri dengan
perubahan dan perkembangan semasa. Jika selalunya, majalah sekolah dihasilkan dalam bentuk cetekan,
kini dengan ledakan teknologi maklumat dan komuniksai (ICT), majalah sekolah boleh dizahirkan dalam
b entuk digital.
Saya yakin penerbitan majalah ini mampu membuka peluang kepada warga sekolah untuk mempraktikan
elemen 3C dengan menonjolkan kreativiti karya masing-masing yang merakamkan aktiviti-aktiviti yang
berlangsung di sekolah sepanjang tahun. Dengan wujudnya majalah digital nanti, ianya boleh dilayari
melalui internet menggunakan pelbagai peranti mudah alih dan komputer di mana jua dan pada bila-bila
masa lebih cepat, jimat dan mudah diakses oleh semua warga sekolah dan para ibu bapa secara maya.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga sekolah supaya bersama-sama berganding bahu ke arah
penguasaan ilmu serta peningkatan sahsiah diri demi agama, bangsa dan negara. Kerjasama dan keyakinan
semua pihak sudah semestinya akan melahirkan bangsa Malaysia yang disengani, berkualiti, cemerlang dan
gemilang di masa hadapan

Sekian, terima kasih “FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”

Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus
Pengarah Pendidikan Sarawak

6

Perutusan

Pegawai Pendidikan
Daerah Kuching

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Menjulang Pendidik Sarawak.


Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersua sekali lagi
dalam dokumentasi sekolah yang penting dan bersejarah ini. Tahniah dan syabas kepada sidang redaksi majalah
yang telah berusaha dengan gigih untuk merealisasaikan penerbitan majalah sekolah Jilid ke-49 tahun 2020.
Bidang pendidikan negara akan terus mengalami perubahan secara dinamik dalam abad ke-21 ini apatah lagi
dalam masa penularan pandemic COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada masa kini. Walau
bagaimanapun, semua warga pendidikan perlu terus berganding bahu untuk mengangkat sistem pendidikan
negara ke tahap yang lebih tinggi walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran yang tercetus ekoran pandemik
tersebut. Oleh itu, saya berharap setiap warga pendidik di daerah Kuching telah bersiap siaga untuk melakukan
anjakan minda dan perubahan budaya kerja dengan meneroka amalan norma baharu agar pengajaran dan
pembelajaran terus relevan dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua warga pendidikan di daerah Kuching agar sentiasa komited dan
berdaya maju serta mengamalkan tema kerja “Sederap Memacu Kecemerlangan, Kuching Pasti Gemilang” di
mana kecemerlangan ditakrifkan sebagai satu proses penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement)
dengan memanfaatkan segala platform digital dan teknologi bagi memacu kecemerlangan pendidikan di dearah
Kuching dan di negeri Sarawak amnya.

Setiap warga pendidik hendaklah yakin bahawa semua murid mempunyai potensi untuk dikembangkan dan
semua murid boleh dididik. Oleh itu, kita perlu berusaha mempersiapkan setiap individu murid agar mampu
menangani cabaran masa hadapan, boleh menyelesaikan masalah, boleh membuat keputusan yang wajar,
menguasai dwibahasa, bersemangat patriotik serta mengamalkan nilai-nilai murni sebagaimana yang digariskan
dalam 6 aspirasi murid PPPM 2013-2025.

Akhir kalam, saya mendooakan agar semua warga pendidikan di daerah Kuching berada di dalam keadaan sihat
dan selamat dengan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya menguatkan azam
untuk bersama-sama menjulang pendidikan Sarawak bagi memastikan Kenyalang terus terbang tinggi. Fly
Kenyalang Fly, Fly High.
Sekian. Terima Kasih
Sederap Memacu Kecemerlangan
Kuching Pasti Gemilang

Kamariah Binti Said
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

7

Perutusan

Yang Dipertua PIBG
Sesi 2019 - 2020

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga sekolah. Saya berasa amat berbesar hati kerana sekali
lagi saya diberi peluang untuk mencoret sepatah dua kata dalam Majalah Bujangga Edisi ke-49. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah atas penerbitan sebuah lagi majalah sekolah.
Kita sedia maklum, kini kita telah menjejaki era yang mencabar, iaitu era informasi. Pengetahuan dan
maklumat menjadi begitu penting untuk dikuasai oleh setiap orang. Pelajar perlu mempunyai kelayakan
yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Lebih-lebih lagi kebanyakan negara di dunia ini kini
menuju ke era globalisasi di mana teknologi maklumat menjadi fokus utama. Maklumat dapat disalurkan
ke merata-rata tempat tanpa sempadan. Pada masa yang akan datang, hanya golongan yang celik informasi
akan terus bersaing dalam dunia ini.
Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk melengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Pelajar perlu sentiasa peka terhadap isu semasa dan mempunyai
insiatif yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, konsep pembelajaran
seumur hidup harus diamalkan oleh semua supaya tidak ketinggalan zaman.
Untuk melahirkan generasi yang berdaya saing tinggi, sekolah memainkan peranan yang penting. Sekolah
telah menjadi satu salur penghantaran maklumat yang utama bagi pelajar-pelajar. Demi mencapai matlamat
di atas, pihak sekolah sentiasa giat meningkatkan mutu prasarana sekolah. Pelbagai usaha dilakukan untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar. Sistem disiplin telah diketatkan demi
melahirkan golongan yang berakhlak mulia di samping mempunyai pencapaian akademik yang baik.
Dalam usaha ini, saya mewakili pihak sekolah ingin menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
bekerjasama dan memberi sokongan yang padu kepada segala aktiviti yang dianjurkan, sama ada oleh pihak
sekolah mahupun pihak PIBG. Sokongan anda semua penting untuk memastikan kejayaan aktiviti ini.
Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, saya yakin sekolah kita dapat melahirkan golongan
p elajar yang lebih cemerlang dalam pelbagai aspek pada masa akan datang.
Sebelum mengundur diri, izinkan saya mewakili para ibu bapa untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua, Puan Wong Lai Kee dan juga para guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.

Puan Stephanie Hon Bee Fung
YDP PIBG
SMK Bandar Kuching No.1

8

Seindah Wadah Semanis Bicara

Pengetua
Sesi 2019 - 2020

S alam Sejahtera Pembuka Bicara.

Setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa terima kasih kepada Jawatankuasa Redaksi Bujangga Edisi ke-49 atas komitmen
dan kesungguhan dalam menerbitkan Majalah Bujangga edisi ke-49 tahun ini, biarpun berdepan dengan dengan
kemelut covid-19. Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Bujangga Edisi ke-49 atas usaha yang ditunjukkan.
Sekolah memainkan peranan yang amat signifikan bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa
hadapan. Setiap ibu bapa dan penjaga mahukan sistem pendidikan terbaik dalam menzahirkan modal insan yang
mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global yang berpegang kepada lima aspirasi pendidikan
Malaysia. Kita harus sedar bahawa cabaran pendidikan masa kini memerlukan kemenjadian murid secara holistik
berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, usaha ke arah pembangunan dan pemantapan sistem pendidikan
di sekolah ini menjadi agenda utama pihak sekolah dengan di dukung penuh oleh pihak PIBG SMK Bandar
Kuching No. 1.
Selain ibu bapa, guru di anggap individu penting yang banyak membantu murid sehingga berjaya ke peringkat
tertinggi, malah guru telah memberi sumbangan besar atas kemenjadian murid. Selari dengan aspirasi dan harapan
ibu bapa, pelajar dan masyarakat, maka pihak sekolah bertekad untuk terus mendepani segala permasalahan
berdepan dengan covid-19 untuk terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan serta memberi fokus kepada
keberhasilan murid sejagat. Pengajaran dan pembelajaran berteraskan digital diperkukuhkan selari dengan
pendekatan norma baharu dalam mendepani cabaran dalam sesi pembelajaran dan ketidaktentuan ibu bapa yang
menyebabkan kerisauan melampau jika tidak ditangani.
Di samping itu, tugas dan tanggungjawab guru untuk sesi persekolahan baharu ini tidak hanya tertumpu
kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdPc), tetapi juga persediaan fizikal di sekolah. Konsep
pembestarian pendidikan dengan menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
serta mengayakan hasil pembelajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) memerlukan kerjasama ibu bapa, penjaga dan pelajar. Apa yang lebih penting usaha dan inisiatif untuk
memastikan kelangsungan PdPc ini membantu membestarikan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah selaras
dengana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menjadi fokus utama pendidikan negara
ke arah sekolah berkualiti.
Akhir kata, saya berharap semua murid mampu untuk mencapai kejayaan dalam usaha melonjakkan pencapaian
akademik pada landasan terbaik. Kejayaan untuk memperolehi keputusan cemerlang ini bukanlah suatu perkara
mudah kerana kejayaan memerlukan usaha tanpa putus asa disertakan dengan doa oleh ibu bapa dan guru-guru.
Lantaran itu, aspek pendidikan dan pembangunan modal insan sememangnya menjadi antara agenda utama yang
sering saya tekankan dalam memacu kejayaan. Akhir kata saya juga berdoa agar semua calon yang bakal menduduki
peperiksaan SPM pada Februari 2021 kelak terus memacu SMK Bandar Kuching No.1 ke mercu kegemilangan.
Sekian, terima kasih.

“TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE”

Wong Lai Kee
Pengetua,
SMK Bandar Kuching No.1

9

Sekapur Sirih Sekacip Pinang

Ketua Pengawas
Sesi 2120/2021

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah yang telah
berusaha menjayakan penerbitan Bujangga Edisi ke-49. Majalah ini yang dipenuhi pelbagai kenangan
manis mahupun pahit adalah hasil daripada dedikasi dan kesungguhan ahli sidang redaksi. Saya ingin
mengucapkan sekalung penghargaan kepada sidang redaksi majalah sekolah kerana membenarkan saya
mencoretkan pengalaman dan harapan saya sebagai Ketua Pengawas pada ruangan ini.
Peluang ini, merupakan satu penghormatan besar dan penghargaan kepada saya selaku Ketua Pengawas
bagi sesi 2019/2020. Sudah tentu saya berasa bangga dilantik sebagai Ketua Pengawas dan menghargai
kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada saya. Walau bagaimanapun, peranan
ini tidak mudah untuk saya galas sendiri kerana saya dan semua ahli lembaga pengawas memainkan
peranan penting untuk membantu sekolah mengekalkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan lancar. Namun begitu, memikul tanggungjawab ini merupakan pengalaman
yang manis dan telah mengubah persepsi kami sebagai seorang remaja. Tugas yang digalas mendidik kami
untuk berpandangan lebih jauh dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.
Hakikatnya, tidak pernah terlintas untuk saya menggalas tugas sebagai ketua pengawas dan memimpin
semua rakan pengawas dalam membantu pihak sekolah dalam segala aspek yang diperlukan. Namun semua
tugas yang diberikan digalas dengan baik, walaupun sekolah berdepan dengan Covid-19 yang menuntut
pematuhan terhadap SOP yang lebih ketat. Sebagai pengawas kami bertanggungjawab untuk menjaga
disiplin pelajar dan membantu guru dalam hal ehwal sekolah serta memastikan pencapaian akademik
peribadi tidak terjejas. Seorang pengawas bukanlah polis sekolah, sebaliknya, kami merupakan suri teladan
atau role model yang menjadi cerminan kepada pelajar lain.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Cemerlang, Puan Wong Lai Kee,
Guru penolong Kanan dan guru-guru disiplin atas sokongan dan bimbingan mereka kepada Lembaga
Pengawas. Secara peribadi, saya ingin berterima kasih kepada seluruh Lembaga Pengawas yang telah
menunjukkan komitmen dan tahap profesionalisme yang tinggi ketika bertugas untuk sekolah. Saya juga
hendak menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada guru-guru dan para pelajar jikalau saya telah
melakukan apa-apa kesilapan sepanjang saya berada di sekolah ini. Pengalaman ini akan tersemat di jiwa
kami buat selama-lamanya.
Kita harus sedar bahawa tidak ada sesiapa yang dilahirkan berdisiplin. Oleh itu, kita harus sedar bahawa
kita belajar berdisiplin daripada seseorang dan pengalaman kita.

‘TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’

Chee Kang Horng
Ketua Pengawas
Sesi 2019/2020

10

Serumpun Cinta Untaian Pena

Ketua Editor
Majalah Bujangga sesi 2020

Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi kita saksikan
sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga Smk Bandar Kuching No. 1, iaitu
Majalah Bujangga edisi ke-49. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi pada awal tahun
ini, kami sidang Redaksi Majalah Bujangga 2020 berasa bangga kerana sekali lagi dapat merealisasikan
penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK Bandar Kuching No. 1, iaitu Majalah
Bujangga Edisi ke-49.

Sekalung penghargaan dan penghormatan diberikan kepada Puan Stephanie Hoon, YDP PIBG dan
Puan Wong Lai Kee, Pengetua Cemerlang kerana sudi meluangkan masa daripada kesibukan mereka
untuk menulis sepatah dua kata dalam perutusan Majalah Bujangga tahun ini.

Penerbitan Majalah Bujangga 2020 tidak mungkin dapat direalisasikan dan siap tepat pada waktunya
tanpa usaha dan bimbingan daripada Puan Rosni Man, Guru Penasihat kami yang telah membimbing
dan membantu dalam penerbitan majalah Bujangga. Penghasilan Majalah Bujangga 2020 ini bukan
sahaja merakam kenangan indah di SMK Bandar Kuching No. 1, bahkan merakamkan kecemerlangan
sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi
kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK Bandar Kuching No. 1 turut dimuatkan untuk
tatapan semua.

Selaku Ketua Editor, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua guru, warga
sekolah dan pasukan editor Sidang Redaksi 2020 kerana telah memberi kerjasama dan sokongan
dalam penerbitan Majalah Bujangga. Kami juga berasa amat bangga kerana dapat melibatkan diri
dalam usaha untuk menghasilkan majalah Bujangga.

Akhir kata, kami ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan
majalah ini. Pihak Sidang Redaksi 2020 mengharapkan agar para pembaca berpuas hati dengan apa
yang kami cuba tampilkan dalam Majalah Tahunan Bujangga 2020.

“TEAM WORK MAKES THE DREAM WORK”

Matthew Ting Yih How
Ketua Editor
Sidang Redaksi Majalah Bujangga 2020
SMK Bandar Kuching No.1

11

Jawatankuasa Penerbitan Majalah Bujangga Edisi 49/2020

12

Penasihat: Puan Wong Lai Kee Pengerusi: Puan Rosni binti Man

Encik Yap Sie Seng Cik Jee Siew Yian Puan Teoh Phaik Jan Puan Jumiyati Parijan
Unit Fotografi Unit Bahasa Cina Unit Bahasa Inggeris Unit Bahasa Melayu
Puan Ho Min Sia
Puan Kong Ngiik Hua Unit Buletin Puan Maria Saoh
Unit Iklan Unit Buletin

13 Sidang Redaksi Bujangga Edisi 49/2020

Dari kiri ke kanan: Sanson Chong (Unit Profile Tingkatan 3 & 5), Rafiq Rahimi (Unit Profile Tingkatan 1, 2 & 4), Bong Lee Tong (Unit Analisis PT3 & SPM),
Vanessa Voon (Unit BM, BI dan BC), Amanda Lee (Penolong Ketua Editor), Puan Rosni Man (Ketua Guru Penasihat),
Matthew Ting (Ketua Editor), Jap Yan Hong (Unit Laporan Pengawas dan PSS), Ainul Azirah Abdul Rahman (Unit Panorama & Ragam),
Balqis Syahmina Adam (Unit Laporan Kelab & Persatuan), Nur I’zzah Ismail (Unit Laporan Lembaga & Jawatankuasa)

Pengurusan Sekolah Tahun 2020

14

Dari kiri ke kanan:

Baris Depan Duduk : Puan Yip Siew Lang (PK Kokurikulum), Encik Tan Chew Yong (PK Pentadbiran & Akademik),Puan Wong Lai Kee (Pengetua),
Puan Lim Mui Choo (PK HEM)

Baris Tengah : Puan Kartini Obeng (Pembantu Tadbir), Encik Mohd. Taufik Arshad (Ketua Bidang Teknik & Vokasional), Encik Ahmad
Ahad (ketua Bidang Bahasa), Encik Tan Hun Seang (Ketua Bidang Kemanusiaan), Puan Sim Chen Chen (Ketua Bidang Sains),
Puan Silvia Ting Yuen Yee (Ketua Guru Kaunseling)

Baris Belakang : Encik Felzer Luck Bujong (Ketua Guru Disiplin),Encik Yap Sie Seng (Guru Data), Cik Kho Ling Ling (Setiausaha Kurikulum)

Staf Sokongan Tahun 2020

15

Dari kiri ke kanan:

Baris depan : Puan Katherine Anak Nata (Pembantu Makmal), Encik Terrence Wilson Jebly (Pembantu Makmal), Encik Tan Chew Yong
(PK Pentadbiran & Akademik), Puan Wong Lai Kee (Pengetua), Puan Lim Mui Choo (PK HEM), Puan Yip Siew Lang
(PK Kokurikulum), Puan Kartini Obeng (Pembantu Tadbir PT/PO)

Baris Belakang : Puan Magdeline Anak Julin (Pembantu Makmal), Puan Junainah Bujang (Pembantu Tadbir), Encik Napri bin Hamlin (Pembantu
Operasi), Encik Wan Ahmad bin Wan Sapuan (Pembantu Operasi), Encik Test Kana (Pembantu Awam), Cik Stefani Anak Noem
(Pembantu Makmal), Puan Aurelia (Pembantu Tadbir), Cik Norzana bt Kameri (Pembantu Tadbir)

Staf Akademik 2020

En Tan Hun Seang En. Mohd Taufik Arshad En Ahmad bin Ahad Pn Sim Chen Chen En Yap Sie Seng
KB Kemanusiaan KB Vokasional & Teknik KB Bahasa KB Sains & Matematik Guru Data

16

Cik Sim Ping Ping En Wee Yin San Pn. Norazah Haji Khalid Cik Jee Siew Yian Pn. Chung Fang Ming
Guru Media Guru Bestari Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Bahasa Cina Opsyen Bahasa Cina

Pn Jennifer David Libau Pn. Julie Kueh May Ling Pn. Alecia binti Taisin Pn. Christina Sim Pn. Chai Say Sien
Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Sains Opsyen Perniagaan/ Opsyen Matematik

Perdagangan

Staf Akademik 2020

Pn Caroline William Pn. Lee Yew Leng Pn. Khuzaimah Hassan Pn. Sh. Nor Hazimah Pn. Masitah Saupi
Opsyen Ekonomi Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Pendidikan Islam Opsyen Kaunseling Opsyen Sains
Rumahtangga

17

En Mohamad Fezul Tendek Pn Goh Fang Fang En Balan Muling Pn Evelyn Edmund Kelly Pn Ling Sing Moi
Opsyen Pendidikan Sains Opsyen Matematik Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Matematik

Sukan

En Pui Chang Sing Pn Roslina Dahari Pn Kong Ngiik Hua Pn Rodziah Hussien Cik Nur Farini Abdullah
Opsyen Keusahwanan & Opsyen Matematik Opsyen Teknologi Opsyen ERT Opsyen Pendidikan Islam
Maklumat
Perdagangan

Staf Akademik 2020

Pn Noor Asiah Muhamad En Tan Jek Siew En Ajis Sebehi Cik Syarifah Fairuz Cik Alice Beredai Ngelai
Opsyen ERT Opsyen Geografi Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Sejarah

18

En Felzer Luck Bujong Pn Sherlyn Soh Yien Lim Pn Jumiyati Parijan Sharifah Norayain Cik Chung Siew Ling
Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Matematik Opsyen Sains

Pn Chai Nyuk Jean Pn Hii Lee Ching En Kamarudin Kardjo En Ramon @ Raymond Pn Maria Saoh
Opsyen Geografi Opsyen Ekonomi Opsyen Geografi Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Muzik

Staf Akademik 2020

En Donald Quarrie Pn Liaw Bee Lan Pn Lindon Jambu Pn Munes Munirah Pn Ho Min Sia
Opsyen Kaunseling Opsyen Sejarah Opsyen Sains Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Kimia/Matematik

19

Pn Sapiah Abg Abd Pn Chai Chai Sia En Khairul Azmir Cik Liew Tze Lian Pn Jacqueline David Digun
Raub Opsyen Matematik Annuar Opsyen Biology Opsyen Bahasa Melayu

Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Biologi

Pn Johari Polan Pn Doritha Tani En Hendrew Lee Pn Chan Chew Sze Cik Nurizan Suhai
Opsyen Pendidikan Opsyen Perniagaan/ Parnell Opsyen Bahasa Cina Opsyen PSK

Seni Visual Perdagangan Opsyen Sejarah

Staf Akademik 2020

Cik Kho Ling Ling Pn Rosni Man Pn Teoh Phaik Jan Pn Tan Hui Chee Pn Silvia Ting Yuen Yee
Opsyen Bahasa Opsyen Bahasa Melayu Opsyen Bahasa Opsyen Matematik Opsyen Kaunseling
Inggeris Inggeris

20

En Ahmad Faisal bin En Gerald Uyu Sagat Pn Goh Ai Lee Pn Legelane Nyunggek Pn Hazel Jenniffer
Ismail Opsyen Bahasa Inggeris Opsyen Biologi Opsyen Bahasa Then
Inggeris
Opsyen Fizik Opsyen Matematik

Guru Ganti 2020

Elton Anak Elijah Jackquline Ali Muhd Syafie bin Isa
Ijazah Sarjana Muda STPM Ijazah Sarjana Muda dengan

21 Pengurusan Seni Kepujian Kimia Sumber

Christopher Jimba Cecelia Anak Nyalau Muhammad Akmal Afifi bin
Anak Bennet STPM Majelan

Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Sains
Ekonomi dengan Kepujian Kepujian Resource Chemistry

Joeremy Agung Singa
Ijazah Sarjana Muda Resource

Chemistry

Staf Akademik Bersara 2020

Cik Teng Mui Kui En Gallon Gorino Pn Christina Sim Pn Missey Munji

22 Beliau memulakan perkhidmatan Beliau memulakan perkhidmatan Beliau memulakan perkhidmatan Beliau telah berkhidmat
sebagai seorang guru pada tahun pada tahun 1986 sehingga pada 1 Jan 1985 sehingga sehingga 30 Mei 2020.
1981 sehingga 26 Julai 2020. 15 Jun 2020. 29 September 2020. Pengalaman terindah apabila
pertama kali bergelar seorang
Pengalaman terindah sebagai Pengalaman terindah sebagai Pengalaman terindah sebagai guru dan mendidik murid
seorang guru apabila mendapat seorang guru apabila berjaya seorang guru apabila mendapat dengan penuh dedikasi.
mengatasi cabaran sebagai Tip untuk bergelar seorang
gaji pertama dan pergi gaji pertama. guru harus sentiasa menyayangi
membeli belah di Labuan. seorang pendidik. Tip untuk bergelar seorang dan ikhlas menabur jasa dan
Tip untuk bergelar seorang Tip untuk bergelar seorang guru guru, kita haruslah bersabar,
guru menurut beliau haruslah haruslah bersabar dan tidak takut berjenaka dan ceria selalu. bakti.
bersabar, ceria dan gembira Amanat kepada warga sekolah, Amanat kepada warga
untuk menempuh cabaran. sekolah, sentiasa memajukan
selalu. Amanat untuk warga sekolah dan belajar untuk mencapai diri demi kecemerlangan
Amanat buat warga sekolah pelajar agar dapat belajar dengan kejayaan. Semoga
belajar untuk mencapai visi ceria selalu. masa depan.
bersungguh-sungguh dan
dan misi sendiri. menjaga disiplin diri

Staf Akademik Berpindah 2020

En Hamdan bin Mohammad Pn Nurul Nabilah Husna Ghazali
Guru Pendidikan Sains Sukan Guru Sains
Berpindah ke
Berpindah ke
SMK Sungai Retang, Pahang. SMK Padang Piol, Pahang
Harapan beliau ialah mata pelajaran Harapan beliau ialah semoga
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan pencapaian sekolah bertambah baik
menjadi salah satu subjek yang
dari semasa ke semasa.
diminati oleh pelajar.
23

Staf Akademik Baharu 2020

Nama penuh : Caroline Anak William
Tarik mula berkhidmat : 2 Januari 2020
Pengalaman mengajar : 5 tahun
Sekolah Terdahulu : SMK Meradong, Bintangor
Pendapat tentang sekolah : Para pelajar dan guru sangat peramah dan membantu

Staf AKP Bersara 2020 Staf AKP Berpindah 2020

Pn Goh Jun Lee Pn Lidya binti Busri
Pembantu Tadbir PT/Po Pembantu Tadbir PT/Po
Berpindah ke SMK Tung Hwa, Sibu
Bersara
Pn Marty Luhat
24 Pembantu Tadbir PT/Po
Berpindah ke PPD, Bau.

Staf AKP Baharu 2020

Pn Aurelia Pn Junainah binti Bujang
Pembantu Tadbir PT/Po Pembantu Tadbir PT/Po
Berpindah dari SK St Joseph, Kuching.
Berpindah dari
SMK Tungku Abdul Rahman, Kuching

Wawancara

Istimewa Bersama Bekas Pesakit Covid-19
Encik Mohamad Fezul bin Tendek

Bukti yang kami tetap berada di belakang setiap rakan sejawat sama ada kala suka mahupun duka.
Warga guru SMK Bandar Kuching No. 1 tidak pernah membiarkan virus itu meruntuhkan semangat
dan emosi rakan guru kami yang dijangkiti oleh virus tersebut. Malah kata-kata semangat dari semua
warga guru SMK Bandar Kuching No. 1 menjadi tonggak kekuatan untuk Cikgu Fezul terus utuh
melawan virus Covid 19. 16 Mei 2020 tarikh keramat untuk Guru SeMalaysia dan pada tarikh ini
jugalah Cikgu Fezul dihadiahkan dengan berita beliau sembuh sepenuhnya. Amin.

25

Editor : Assalamuallaikum. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian En Fezul untuk diwawancara dan secara langsung
sudi berkongsi pengalaman apabila menjadi salah seorang pesakit Covid-19 untuk tatapan dan renungan
bersama.

En. Fezul : Waallaikummussalam. Sama-sama.

Editor : Apakah perasaan anda apabila disahkan sebagai pesakit Covid-19?

En Fezul : Rasa terkejut dan hairan macam mana boleh terkena virus tersebut. Saya disahkan positif pada 14 Mac 2020
sempena hari lahir saya dan disahkan sembuh sepenuhnya pada 16 Mei 2020. Saya anggap sebagai hadiah
istimewa hari guru, buat diri saya apabila disahkan sembuh.

Editor : Bagaimana anda boleh dijangkiti Covid 19 dan adakah ahli keluarga lain yang turut dijangkiti?

En Fezul : Sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana dan dari kluster mana saya dijangkiti. Malah anak dan isteri saya
turut dijangkiti serta anak saudara saya di kampung.

Editor : Bolehkah anda berkongsi tentang simptom yang anda alami semasa terkena virus tersebut?

En Fezul : Antara simptom yang saya alami adalah sakit tekak, batuk kering, demam, sakit sendi, sakit kepala melampau
dan hilang deria rasa dan bau.

Editor : Bagaimanakah situasi anda semasa berada di hospital. Kongsikan pengalaman anda ketika itu.

En Fezul : Sepanjang berada di hospital, penggunaan telefon bimbit dibenarkan. Saya bebas berhubung dengan dunia luar
menggunakan telefon bimbit.

Editor : Dari aspek layanan jururawat dan doktor di hospital. Apa komen anda tentang frontliner ini.

En Fezul : Layanan frontliner sangat memuaskan. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka.

Editor : Sebagai bekas pesakit Covid 19, apakah pesan anda kepada mereka yang turut dijangkiti atau disyaki sebagai
PUI.

En Fezul : Nasihat saya kepada mereka yang turut dijangkiti agar memberi kerjasama dan tunjukkan kepercayaan anda
kepada jururawat atau doktor dalam proses pemulihan sepenuhnya. Kuatkan semangat, yakin pada diri, sentiasa
berfikiran positif dan berdoa selalu.

Editor : Setelah bebas dari Covid-19, bagaimanakah pergaulan anda dengan orang di sekeliling anda dan apakah
penerimaan mereka terhadap diri anda?

En Fezul : Bagi saya, sama sahaja. Cuma ada segelintir masyarakat merasakan tidak selamat untuk bergaul dengan saya.
Walau bagaimanapun, majoriti kawan-kawan memberi sokongan dan bergaul seperti biasa.

Editor : Nasihat anda kepada warga sekolah ini terutamanya rakan guru dan murid-murid.

En Fezul : Sentiasa mengamalkan kebersihan diri, guna pelitup muka di tempat awam yang sesak. Sentiasa cuci tangan,
dan jaga penjarakkan fizikal anda.

Editor : Pendapat anda tentang SOP yang diambil oleh pihak sekolah.

En Fezul : SOP yang diambil oleh pihak sekolah selaras dengan apa yang telah pihak kerajaan tetapkan. Saya yakin pihak
sekolah telah mengambil dan mengikuti SOP selaras dengan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia.

Editor : Akhir kata apakah amanat anda yang boleh diadikan panduan semua pihak.

En. Fezul : Akhir kata, walau apa juga ujian yang melanda kehidupan sepanjang tempoh ini atau mungkin pada masa depan,
ingatlah bahawa Allah SWT ingin mengajar kita tentang sesuatu apabila kita ditimpa sesuatu musibah. Oleh itu,
kita haruslah bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Sebagai manusia yang bergelar hamba, pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan atau dosa.
Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya sentiasa bersabar, berusaha mengubati penyakit dan
bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.

Dalam situasi sekarang, kita tidak boleh bersikap mementingkan diri dengan mempamerkan sikap buruk
yang lebih terarah kepada gaya penentangan terhadap apa jua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan. Kita seharusnya sama-sama seia sekata dalam usaha mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak
Kementerian Kesihatan.

Sikap segelintir pihak yang memandang ringan setiap peraturan yang diwujudkan amat menjengkelkan. Malah
SOP yang dikuatkuasakan adalah bermatlamat untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Sikap sambil
lewa dan enggan mematuhi peraturan amatlah menjengkelkan. Justeru, saya berharap, kita sebagai warga SMK
Bandar Kuching No. 1 akan sentiasa berdisiplin dan patuh pada SOP yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE

26

Peristiwa Penting
Bujangga Edisi ke-49

27

Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2020
Perhimpunan Pertama Tahun 2020

28

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-34
Orientasi Kokurikulum

29

Sambutan Tahun Baharu Cina

30

Majlis Mengenang Jasa Guru Bersara

Jasa dan budi tuan jadi kenangan kami warga guru SMK Bandar Kuching No.1. Warga sekolah
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang diraikan mahupun yang tidak sempat diraikan atas
kekangan Covid-19 dengan iringan doa semoga segala jasa akan mendapat balasan Allah swt dan
diperkayakan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezeki, kasih sayang dan kebahagiann di
dunia dan di akhirat. Amin,

31

Swinburne International English Language Parliamentary
Debate Competition 2020
17th-20th February 2020

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah yang telah diberikan atas kecemerlangan guru yang bertungkus lumus
menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Tahniah dan syabas kami warga
SMK Bandar Kuching No. 1 ucapkan.

En. Khairul Azmir Pn. Sapiah AAR Cik Jee Siew Yan Cik Liew Tze Lian

Anugerah Honor Star

Tahniah

Encik Wee Yii San telah terpilih mewakili Honor (Huawei)
Malaysia Fans Club untuk menghadiri Honor Global Fan Fest
yang berlangsung di Shen Zhen, China pada 21 November
2019. Bersama saya adalah wakil-wakil dari Egypt, Italy dan
Netherland.

32

Norma Baharu Mesyuarat Guru dalam Google Meet

33

Program Sanitasi Awam Bahagian Kuching

Kerja-kerja sanitasi melibatkan blok akademik dan pejabat.
Agensi terlibat iaitu bomba seramai 14 orang yang diketuai oleh

TPgB Abdul Mutalif bin Ja’afar

Kerja-kerja Pembersihan dan sanitasi oleh pekerja sekolah
Program Penjarakkan Kerusi dan Meja Murid

34

Norma Baharu di Kantin Sekolah
Norma Baharu Murid Datang ke Sekolah

Norma Baharu PDPC

35

Norma BaharuSMK Bandar Kuching No. 1

36

Surat - Surat Daripada
Ex-Townian

Bujangga 2020

37

Hi there!

I
hope all of you are staying healthy during these difficult times. I’m Horatio and I
was an ex-Townian, currently studying Physics at Durham University in the UK. I
started my third year of my Master’s Degree last October. Today, I’m writing to give
you all an insight into what it’s like to be a Physics student in one of the top universities
in the UK.

Durham is a small town with an
incredibly rich history and is home to one of the oldest cathedrals in
the world (there is a scene in the Harry Potter movies that was shot in
the cathedral)! Durham is mostly a university town with scenic views
almost everywhere albeit rather quaint. The bridge connecting the
university to the cathedral offers one of the most breathtaking views
in Durham.

My day usually starts early as I have to prepare breakfast
before walking to my lectures (walking is the most common mode
of transport in Durham for students, other than buses). I have 27
contact hours every week and most of those hours are spent attending
lectures and workshops. Most science students have lectures early
in the morning at 9 am. Other than lectures, I have labs as well as
programming classes to attend. My day usually ends in the evening
after workshops and tutorials. Walking back home is usually a chore
as I would feel incredibly fatigued after hours of studying and working
on assignments, but one would perhaps say it is a day well spent. On
weekends, my time is usually spent playing badminton and reviewing
my lecture contents for the following week.

My second year at Durham was particularly eventful as I had the
opportunity to use one of the telescopes in the university to capture
and write a paper about two incredibly beautiful galaxies.

Durham University offers a plethora of extra-curricular bodies,
ranging from language societies to a wide variety of niche clubs.
Furthermore, the town organises a variety of events every month and
I have never run out of events to attend every month. Studying in
the UK is truly a humbling experience; not only am I able to interact
with people from all walks of life but also create memories that I’ll
cherish for the rest of my life. Although, it would have helped if I
had read up about their culture as I had a significant culture-shock
during my first year. I spent most of that year acclimatising to the hectic and stressful university life. That being
said,the university or more specifically the college that one is assigned to, provides every student with a mentor
to provide of support in any form.

If you’re aspiring to study in the UK, I would be glad to give you some advice and some nifty tips and tricks
while you’re here. Just follow me on Instagram under the handle horatiomaxx. If you’re feeling fancy, you could
contact me on LinkedIn where I frequently update on my activities. Don’t hesitate to get in touch with me!
Yours sincerely,
Horatio Wong

38

Salam sejahtera dan salam perpaduan,
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi
Bujangga Edisi ke-49 kerana memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk
mencoret sepatah dua kata dalam majalah ini. Kini saya telah melangkah ke alam
universiti sejak tahun 2019 dan bergelar pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam jurusan Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering).
Masa berlalu dengan begitu cepat, saya
telah menamatkan zaman persekolahan
di SMK Bandar Kuching No.1 tiga tahun yang lalu. Mengimbas
kembali pengalaman saya di sekolah menengah, saya pasti
tersenyum lebar.Terdapat banyak pengalaman manis saya di sekolah
ini, misalnya mendeklamasi sajak pada bulan bahasa, menganjur
aktiviti sukaneka serta mewakili sekolah dalam pertandingan seperti
pertandingan pidato. Masih segar diingatan saya segala kenangan
indah bersama-sama pelajar yang lain. Saya telah berusaha gigih
dalam masa lima tahun sepanjang sesi persekolahan tersebut. Banyak tekanan
saya lalui semasa berada di Tingkatan 5. Walau bagaimanapan, saya berusaha
mengubah cara pemikiran saya dengan bertenang dan bersabar demi mengejar
impian untuk berjaya.
Setelah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, saya
melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Labuan. Detik pertama saya
meninggalkan keluarga saya untuk menimba ilmu di Wilayah Persekutuan
Labuan. Cuaca di Labuan amat panas berbanding dengan cuaca di Kuching
dan kami mempunyai masa yang amat terhad untuk mempelajari ilmu yang
disampaikan. Untuk makluman anda, kami perlu menghadiri kelas dari pagi sampai
petang dan pada waktu malam kami mempunyai program ‘chembuddies’ yang memberi
peluang kepada pelajar terpilih untuk mengajar pelajar lain bagi mengukuhkan
kefahaman. Namun, kehidupan saya di Kolej Matrikulasi Labuan penuh dengan
warna-warni kerana saya juga berpeluang untuk berkawan dengan rakan yang berbilang
bangsa.
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan universiti yang unggul dan
berkedudukan 141 di ‘QS Global World Ranking’. Kehidupan di UKM boleh dikatakan
amat mencabar, selain menumpukan perhatian dalam bidang akademik saya juga perlu
melibatkan diri secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum. Oleh hal yang demikian,
saya pernah dilantik menjadi Pengacara Majlis bagi jamuan makan malam yang melibatkan seribu orang yang
turut dihadiri oleh dif-dif kehormat. Pengajian dalam aliran Kejuruteraan Kimia memerlukan daya saingan
yang tinggi kerana semua pelajar berusaha sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Ketekunan dan kegigihan pelajar lain mendorong saya untuk lebih berusaha untuk belajar. Walau
bagaimanapun, kehidupan universiti juga menyeronokkan kerana kami mencabar diri untuk membuat sesuatu
yang baharu.
Akhir kata, saya amat berharap semua pelajar di SMK Bandar Kuching No.1 dapat berusaha sedaya upaya
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Dalam perjalanan ke arah mengapai kecemerlangan pasti ada cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi. Jadi
jangan sesekali kita mengundur diri kerana kegigihan, ketabahan dan kesabaran merupakan faktor dominan
untuk memperoleh kejayaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru SMK Bandar Kuching No.1 yang telah mendidik saya dengan bersungguh-sungguh. Mereka
bukan sahaja memberi didikan ilmu dari segi akademik, malah mengajar saya agar berpegang teguh dengan
prinsip dan ajaran agama. Saya berdoa agar sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Secebis perkongsian pengalaman,
Tan Yuan Jie

39

Dari Lensa Townian

40

Dari Lensa Townian

41

Ragam Townian

42

Ragam Townian

43

Penghargaan buat insan berjasa…
selamanya dalam kenangan

30.05.1960 – 08.02.2021

MISSEY AK MUNJI

Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya
pada 8 Februari 2021.

Impian dan hasrat terakhir beliau adalah untuk melihat semua
warga TOWNIAN sentiasa sihat dan baik-baik sahaja.

Seorang yang komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sesibuk manapun beliau dengan tugas harian, beliau tetap memotivasikan

semua pelajar untuk menimba ilmu.
Enggan mengalah dengan ledakan teknologi, beliau tetap berdiri sebaris

dengan guru muda dalam menguasai ICT.
Perkara yang membanggakan ialah beliau tidak pernah kedekut berkongsi ilmu,

malah turut mendalami segala perkara baharu melalui bengkel dan ceramah.
Namun pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat warga
SMK Bandar Kuching No. 1.
Mewakili warga Guru SMK Bandar Kuching No. 1
Kami Jawatankusasa Bujangga 2020
Merakamkan takziah kepada keluarga
mendiang Cikgu Missey.

44

Laporan Pencapaian
Akademik dan
Kokurikulum
Bujangga 2020

45

46

47

48

49

50


Click to View FlipBook Version