The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serikandi3772, 2021-03-09 16:50:33

panduan-penjaminan-kualiti-pbs-2014

panduan-penjaminan-kualiti-pbs-2014

PKK 2

LAPORAN PENJAMINAN KUALITI
PENGESANAN

(Diisi oleh guru yang menjalankan pengesanan)

Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama guru : ……………………………………………………………………..
Bilangan instrumen : ……………………………………………………………………..

ARAHAN
Sila tuliskan peratus (%) bagi Ya atau Tidak berdasarkan dapatan dari borang PKK 1.

Bil Pernyataan Peratus
Ya Tidak
1. Menepati dokumen kurikulum
2. Sesuai dengan konstruk yang diukur
3. Menepati prinsip pembinaan item
4. Sesuai dengan tahap penguasaan murid
5. Menggunakan laras bahasa yang sesuai
6. Memperuntukkan masa yang mencukupi
7. Boleh ditadbir urus

Tandatangan : Tarikh:
51

AKRONIM

DSP Dokumen Standard Prestasi
GKMP Guru Kanan Mata Pelajaran
JK PBS Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KPK Ketua Pentaksir Kebangsaan
KPN Ketua Pentaksir Negeri
KPKw Ketua Pentaksir Kawasan
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
LP Lembaga Peperiksaan
PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PKK Penjaminan Kualiti – Pengesanan
PKM Penjaminan Kualiti – Pementoran
PKP Penjaminan Kualiti – Pemantauan
PKS Penjaminan Kualiti – Penyelarasan
PKw Pentaksir Kawasan
PS Pentaksiran Sekolah
PPSi Pentaksiran Psikometrik
PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
PP Pentaksiran Pusat
PPD Pejabat Pendidikan Daerah
SMART Specific, Measureable, Attainable, Realistic, Time Bound
(Jelas, Boleh diukur, Boleh dicapai, Realistik, Jangkamasa)
SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SWOT Strenght, Weakness, Opportunity, Threat
(Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

52

GLOSARI

1. Instrumen Pentaksiran
Instrumen yang dibina bertepatan / akur dengan konstruk yang hendak ditaksir
berdasarkan disiplin sesuatu mata pelajaran. Antara instrumen pentaksiran yang
digunakan ialah pemerhatian, soal-jawab, pensil-kertas (ujian bertulis), persembahan,
projek, amali, lembaran kerja, kuiz, senarai semak atau tugasan rumah.

2. Evidens Terkini
Bahan atau apa-apa bentuk bukti terkini, sama ada dalam bentuk proses atau produk,
yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan berdasarkan
deskriptor yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Prestasi.

3. Evidens Terbaik
Bahan atau apa-apa bentuk bukti terbaik, sama ada dalam bentuk proses atau produk,
yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan berdasarkan
deskriptor yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Prestasi.

4. Dokumen berkaitan PBS
Dokumen yang dikeluarkan / diterbitkan / diedarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS seperti surat pekeliling, surat siaran,
Dokumen Standard Prestasi, Soalan-soalan Lazim, Panduan Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dan yang seumpamanya yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

5. Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
Dokumen pengajaran-pembelajaran yang mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang perlu dikuasai atau dicapai oleh murid.

6. Dokumen Standard Prestasi (DSP)
Panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan
Pentaksiran Rujukan Standard. DSP mengandungi panduan untuk mentaksir dan
melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan
dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataan standard,
pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens.

7. Peraturan Penskoran
Kriteria penskoran atau rubrik pemarkahan sebagai rujukan guru dalam pemberian skor
kepada evidens yang dihasilkan oleh murid berdasarkan tugasan.

8. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Aplikasi sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam pentaksiran sekolah.
Laporan prestasi murid boleh dijana dari aplikasi SPPBS.

9. Fail Perkembangan Murid (FPM)
Fail yang menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dalam DSP bertujuan untuk
melihat perkembangan murid.

10. Fail Showcase (FS)
Fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk semua mata pelajaran. Berguna untuk menjadi rujukan piawai
kepada pemegang taruh dan guru.

53


Click to View FlipBook Version