BUKU SKRAP SEJARAH TOKOH KEMERDEKAAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA : ADRIANA BATRISYIA BINTI ROSMUNAWAR
KELAS : 5 MARGENTA
SEKOLAH : SK CBN 1, BUKIT NANAS
GURU/MATA PELAJARAN : MISS USHA / SEJARAH
KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 MUKA DEPAN 0
2 TAJUK 1
3 ISI KANDUNGAN 2
4 PENGHARGAAN 3
5 PENDAHULUAN 4
6 HASIL KAJIAN 5 - 11
7 KESIMPULAN 12
8 RUJUKAN 13
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
kajian terhadap tokoh kemerdekaan. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru Cik Usha di atas tunjukan ajar yang
diberikan. Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibu
bapa saya serta adik beradik saya kerana sentiasa menyokong
dan memberi kata kata semangat kepada saya di dalam
menyiapkan tugasan ini.
PENDAHULUAN
Kajian ini bertajuk Perjuangan Tokoh Kemerdekaan yang
dihuraikan secara ringkas di dalam buku skrap ini. Semoga
jasa dan perjuangan tokoh ini akan dapat diketahui dan
disanjung oleh generasi akan datang.
HASIL KAJIAN
31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat dimana negara kita
diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan
bebas daripada cengkaman penjajah. Selepas bertahun-
tahun bumi bertuah ini dijajah, kemerdekaan yang
diperolehi adalah sangat manis. Tidak sesekali kita akan
lupa sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berusaha
keras untuk mendapatkan kemerdekaan yang dirasai pada
hari ini.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin yang
digeruni oleh rakyat Malaysia ketika zaman pemerintahannya dahulu,
kini dan selamanya. Beliau telah meninggalkan satu nostalgia buat
rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang
yang memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai
keamanan yang tidak berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang
tokoh yang sangat berjasa bukan sahaja kepada rakyatnya malah juga
buat bangsa dan negara. Pengorbanan beliau kepada negara telah
menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan ” dan
“BapaMalaysia”.
n selamanya. Beliau telah meninggalkan satu nostalgia buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang yang memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
KEJAYAAN MALAYSIA
Kecerdikan beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara telah
menyebabkan akhirnya Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa kuasa asing
bermula tahun 1511 sehingga 1957 iaitu selama 446 tahun yang merupakan suatu
tempoh yang agak lama negara kita dijajah. Dalam tempoh ini rakyat Tanah Melayu
dikatakan hidup dalam suasana yang “Terkongkong‟ oleh kuasa asing yang sentiasa
mengawal segala gerak–geri rakyanyat serta mengaut kekayaan Tanah Melayu dan
dihantar ke negara asal mereka untuk dibangunkan sedangkan, orang-orang di Tanah
Melayu sendiri yang berusaha mencari kekayaan tersebut. Walaubagaimanapun,
akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan tanpa sebarang
pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau untuk mencapai
kermerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan tetapi cukup dengan
perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya Tunku berjaya
memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan semua kaum di Malaysia yang
terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India serta lain-lain.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
LATAR PERIBADI
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai
Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh serta anak yang
kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Sultan Kedah yang
ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang
pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja
kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah,
Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika
itu.Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak
sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan
pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap
burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit
puru di kakinya.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di
Jalan Baharu, Alor Setar.
Pada tahun 1913 belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School).
Pada tahun 1915, meneruskan pendidikannya di Penang Free School.
Pada tahun 1919, melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di
Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima
pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.
Pada tahun 1925, memperolehi ijazah Ijazah Sarjana Muda Sastera
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-
undang di Universiti Cambridge.
Pada tahun 1930, lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di
Inner Temple pada tahun 1930.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PERJALANAN KE ARAH KEMERDEKAAN
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.
Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua
Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai
Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957
diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala
Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak
"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan
perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai
sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PERPADUAN
Selain memerdekakan Malaysia, beliau juga bertanggung jawab
dalam membawa kesepaduan bagi penduduk Malaysia yang
berbilang kaum. Pada masa tersebut, kaum Melayu, Cina & India
tidak bersatu-padu dan saling membenci di antara satu sama lain.
Terima kasih kepada usaha Tunku Abdul Rahman, pada hari ini kita
semua hidup aman dan makmur.
KESIMPULAN
Tunku telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya kepada
negara sejak dari beliau berkhidmat dengan kerajaan selepas
mula-mula beliau tamat pengajiannya tahun 1931 sehinggalah
ke akhir hayat beliau tahun 1990. Walaupun beliau menamatkan
tempoh pemerintahannya pada tahun 1970, namun beliau masih
lagi memperjuangkan bangsa negaranya melalui hasil karyanya
sehingga kini hasil karya beliau masih digunakan dan dijadikan
rujukan oleh sejarawan dan pengkaji-pengkaji negara. Kejayaan
Tunku dalam ‘menebus’ kemerdekaan dari jajahan Inggeris
memang boleh dibanggakan kerana Tanah Melayu merupakan
satu-satunya negara yang dapat mencapai kemerdekaan tanpa
sebarang pertumpahan darah.
RUJUKAN
Buku rujukan Pengajian Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
https://www.scribd.com/doc/13416649/Sejarah-Hidup-Tunku-Abdul-Rahman