Jejak
Sejarah
Tok Janggut
Nurqistina irsya 2aa
01
Kehidupan
Tok Janggut
Latar belakang
- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga
Pada tahun 1914, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff,
menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri
Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara
turun-temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British
yang berasal dari luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal
pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai
tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya
mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak
menyenangkan Sultan .
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan
Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan
pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini
membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis
yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu
dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok
Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik
Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu
Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei
1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya
mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram
sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan
menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa
abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah
kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung
Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang
Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris
mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan yang membantu
pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima
Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun).
Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan
melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
02
Perang Tok
Janggut
Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di
Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut
dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada
kematian Sarjan Che Wan Sulaiman . Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak
jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-
01 Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
02 Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan
British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda. Pihak perisikan Inggeris mendapati
bahawa terdapat kerabat diraja Kelantan yang membantu didalam perang ini iaitu Tengku
Panglima Raja Tengku Chik Penambang dan Tengku Temenggong Abdul Ja'far Ibni Sultan
Muhammad II |Sultan Muhammad II. Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far mendakwa beliau ialah
keturunan yang berhak menduduki takhta Kelantan kerana abang iparnya Tengku Ahmad Tengah
bin Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Syah Terengganu (Sultan Ahmad,
Kelantan|Sultan Ahmad ) yang ditabal oleh Siam sebagai Sultan Kelantan untuk menggantikan
ayahandanya (Sultan Muhammad II) tidak berhak terhadap takhta Kelantan kerana merupakan
anak raja Terengganu. Sampai sekarang keturunan Tengku Long Abdul Ja'far masih menuntut
takhta Kelantan di mahkamah seperti yang dilakukan oleh ahli Majlis Perajaan Kelantan,
Sekian Terima
Kasih