The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Normah Sulaiman, 2019-12-21 02:14:04

Buku Pengurusan 2020 SK ST ANDREW

SK St Andrew.

Nama Pegawai :

No. FP/JPNJ :

No. Kad Pengenalan :

Jantina :

Agama : Keturunan :

No. Cukai Pendapatan : No. Gaji :

Tarikh Lantikan Pertama : Tarikh Sah Jawatan :

Tarikh Lantikan Sekarang : Gred Jawatan :

Jawatan Sekarang :

Tarikh Berkhidmat Di Sekolah Semasa :

Alamat eMail :

No. Handphone :

Alamat Kediaman :



KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan “Selamat Tahun Baru
2020” dan setinggi-tinggi tahniah serta terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menyediakan Buku Pengurusan
Sekolah ini dengan begitu baik dan teratur.

Buku Pengurusan ini adalah satu dokumentasi yang sangat
penting kepada sebuah sekolah sebagai rujukan untuk
melaksanakan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah. Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua
program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Perancangan yang teliti dan releven akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan
teratur. Kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat
merealisasikan impian menjadi kenyataan.

Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang
cukup berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi
pemangkin bagi menjana ibu bapa prihatin, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah
terbilang selaras dengan Visi, Misi, Moto, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah ini.

Sekian. Terima Kasih dan Salam Hormat.

Saya yang menjalankan amanah,

NORMAH BINTI SULAIMAN

GURU BESAR
SK. ST. ANDREW (M)
MUAR, JOHOR D. T.

PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)













LENCANA SEKOLAH

 Lencana ini digunakan semenjak Jun 1955.

Bintang : Melambangkan simbol La Salle Christian Brothers‟
Mission di seluruh dunia yang membawa maksud
kepercayaan kepada Tuhan

Tanda X: Melambangkan simbol yang membawa maksud
persimpangan jalan dalam kehidupan seseorang.
Orang muda atau pelajar perlu memilih jalan yang betul dalam kehidupan mereka.

Hijau & Putih : Kedua-dua warna ini ialah warna sekolah kelolaan La Salle Christian Brothers di
Timur Jauh semenjak pembukaan St. Joseph‟s Institution di Singapura dan St.
Xavier‟s Institution di Pulau Pinang pada tahun 1852M

MOTO SEKOLAH

TEGAS DALAM TINDAKAN

Cogankata ini membawa maksud sesuatu tindakan yang hendak dibuat
mestilah sentiasa tegas supaya tindakan tersebut dapat dipatuhi apatah lagi
semua pelajar di sekolah ini lelaki belaka.

S SEJARAH EKOLAH …...

Sekolah St. Andrew(M) ditubuhkan pada tahun 1930 yang diasaskan oleh Encik Kathiravelu. Ketika itu sekolah ini
dikenali sebagai “Bandar Central School” yang terletak di Jalan Ali, Muar.

Dalam tahun 1933, sekolah ini telah dibeli oleh Rev. Fr. J.B. Francios yang mewakili “The Roman Catholic Mission” dari Melaka
dan diberi nama baru “St. Andrew School”.

Pada masa pemerintahan Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup. Pada tahun 1946, Rev. Fr. Corderio telah membukanya semula di
tapak sebelum perang dahulu. Bilik darjah tambahan terus dibuka di No.18, Jalan Lama, Muar kerana pertambahan bilangan
pelajar sehingga 750 orang.

Sekolah St. Andrew yang ada sekarang ini telah mula dibina pada tahun 1948 oleh Rev. Fr. Corderio dan terletak di tapak yang
sedia ada sekarang iaitu di Jalan Hashim. Bangunan sepenuhnya siap dibina dan dirasmikan oleh salah seorang keluarga Diraja
Johor dalam tahun 1949. Pendidikan Menengah dan Rendah dikelolakan oleh satu pentadbiran. Mulai tahun 1954, Rev. Brother
Robert ditugaskan sebagai Pengetua. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang
akademik dan sukan.

Pada tahun 1964 bermula era baru yang mana sekolah Menengah dan Rendah dipisahkan bagi kemudahan pentadbiran. Encik
Benedict Tan menjadi Guru Besar pertama. Pada masa itu sekolah mempunyai 7 bilik darjah, sebuah tandas dan stor. Oleh
sebab bilangan murid yang bertambah dan kekurangan bilik, diwujudkan sesi pagi dan sesi petang. Semua urusan pejabat sekolah
ini masih lagi menumpang di bangunan Sekolah Menengah. Encik Benedict Tan bersara pada 20 Mac 1982.

Encik Chua Kang Meng yang dikenali juga sebagai Encik Charlie Chua mengambil alih tugas Guru Besar mulai 15 Mei 1982.
Beliau sedar bahawa dalam melaksanakan KBSR, sekolah ini didapati serba kekurangan dalam banyak hal selain bilik-bilik darjah
yang amat terhad. Beliau telah menyusun semula kedudukan bilik-bilik darjah dan menjadikan bilik darjah sebagai Bilik Pejabat
dan sebuah Bilik Guru.

Pada tahun 1983 sebuah bangunan 2 tingkat didirikan hasil sumbangan ibu bapa dengan kerjasama PIBG yang dipengerusikan
oleh Encik R.A.Rozario. Bangunan baru ini mengandungi 2 bilik darjah, bilik Pusat Sumber dan kantin. Encik Charlie Chua
memohon bersara secara pilihan dan diluluskan mulai 31 Mei 1984.

Encik Wan Nyin Sen dilantik menjadi Guru Besar mulai 1 Jun 1984. Beliau dan Pengerusi PIBG Encik E. Ramasamy dapat
melengkapkan kemudahan dan projek kecil bagi keselesaan murid dan guru.

Sekolah ini dinaikkan taraf ke Gred “A” mulai 1 Mei 1994 dan mendapat khidmat seorang Guru Besar yang baru iaitu Encik A.
Rahman bin Atan @ Bahari. Setelah bersara, tempat beliau digantikan oleh seorang Guru Besar perempuan yang pertama
iaitu Pn. Safiah bt Fadhil yang kembali dari SK Johor Jaya 2, Johor Bahru. Dalam rombakan pentadbiran pelajaran daerah,
tempat beliau digantikan pula oleh En. Mustapa bin Mokhtar dari SK Parit Jawa, Muar. Setelah bersara, tempat beliau diambil
alih oleh Encik Mohd Johan bin Ali dari SK Bekoh, Ledang. Dukacitanya setelah lebih kurang 2 bulan sahaja mengambil alih
jawatan tersebut beliau telah meninggal dunia. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Tn. Hj. Johari bin Rahmat yang
kembali ke Muar dari SK Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor sehinggalah beliau bersara pilihan pada usia 58 tahun. Pada 01
Jun 2014, tempat beliau telah digantikan oleh En. Ghazali bin Hussin iaitu Guru Besar dari SK. Lengga, Muar. Beliau telah
menjalankan tugas sehingga 07 Mac 2018 atas persaraan wajib 60 tahun. Kekosongan tersebut telah diisi oleh Guru Besar yang
baru dari SK. Simpang 4, Parit Jawa, Muar iaitu Pn. Normah bt. Sulaiman pada 08 Mac 2018 sehingga sekarang. Beliau
merupakan wanita ke-2 yang mentadbir di SK. St. Andrew (M) ini. Semoga sekolah ini akan terus maju dan menghasilkan murid-
murid yang dikehendaki sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

maskot SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

SONS OF ST. ANDREW A VOICE IS RESOUNDING
PROMPTLY RESPOND TO YOUR DUTY’S SWEET

CALL
HEARKEN EACH ONE FOR THE TRUMPET IS

SOUNDING
YOUR RALLY’S PROCLAIMING HER WATCH WORDS

TO ALL
FORWARD HER CHILDREN DEAR EVER WITH

HEARTS SINCERE
RENDER WITH JOY TO YOUR MATER HER DUE

ALL THAT IS VILE REJECT
HEAVEN WILL EVER PROTECT
SONS OF ST. ANDREW VALIANT TRUE

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS
DI SEKOLAH INI :

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERTUGAS

1 REV. FATHER J.P. FRANCOIS (Pengasas) 1930 - 1933

2 REV. FR. CORDERIO (Pengasas) 1948
3 REV. BROTHER ROBERT O’SULLIVAN (Pengasas) 1954

1964 Sekolah Menengah dan Rendah St. Andrew (M) dipisahkan

1 EN. BENEDICT TAN (GURU BESAR YANG PERTAMA) 01.01.1964 – 14.03.1982

2 EN. CHUA KANG MENG @ CHARLIE CHUA 15.05.1982 – 31.05.1984

3 EN. WAN NYIN SEN 01.06.1984 – 15.05.1994

4 EN. A RAHMAN BIN ATAN @ BAHARI 16.05.1994 – 31.03.2004

5 PN. HJH. SAFIAH BINTI HJ. FADZIL 01.04.2004 – 30.10.2006

6 EN. MUSTAPA BIN MOKHTAR 01.11.2006 – 14.03.2009

7 EN. MD JOHAN BIN ALI 14.03.2009 – 07.05.2009

8 TN. HJ. JOHARI BIN RAHMAT 01.06.2009 – 01.06.2014

9 EN. GHAZALI BIN HUSSIN 01.06.2014 – 07.03.2018

10 PN. NORMAH BINTI SULAIMAN 08.03.2018 hingga SEKARANG

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Kami percaya bahawa:

* Tiap-tiap orang murid dan kakitangan mempunyai keistimewaan, kelebihan dan
kekuatan diri sendiri di samping kelemahan dan kekurangan masing-masing. Yang lebih
penting ialah setiap murid dan kakitangan itu boleh dibimbing memperbaiki kecemerlangan
dalam semua bidang terutamanya jasmani, emosi, rohani dan intelek.

* Tiap-tiap individu di sekolah dirangsang untuk berkhidmat dan belajar dengan
ikhlas, jujur dan tekun. Yang lebih penting ialah suasana dan kepuasan bekerja dan
belajar yang boleh mengekalkan minat dan sikap seseorang terhadap tugasnya.

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

VISI KHAS SK ST. ANDREW(M)

MENJADIKAN SK ST. ANDREW(M), MUAR
MENGUASAI 100% DALAM UPSR DAN MELEPASI KPI

DAERAH MUAR

MISI KHAS SK ST. ANDREW(M)

MEMBERI PENDIDIKAN SECARA MENYELURUH DENGAN
PEMANTAPAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN MELALUI

PENGGEMBLENGAN TENAGA YANG MAKSIMUM

P PIAGAM ELANGGAN

Kami, warga SKSA dengan penuh komited berjanji untuk memberikan perkhidmatan dan
layanan terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :

1. Memastikan semua murid dapat belajar dengan sempurna.
2. Membimbing dan mendidik murid-murid supaya menjadi individu yang berilmu,

berketerampilan, berakhlak mulia dan mempunyai rasa tanggungjawab.
3. Memastikan murid-murid berpeluang menyertai kegiatan kokurikulum dan boleh mencapai

kejayaan yang maksima.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan

sepanjang masa.
5. Sentiasa memberikan layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera

kepada pelanggan yang berurusan dengan sekolah.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang

membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Sekiranya anda kurang puas hati, sila hubungi Pegawai Pelajaran Daerah Muar di
alamat yang berikut:

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MUAR,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR,
JKR 242, JALAN ARAB,
84000 MUAR.

MATLAMAT SK ST. ANDREW(M)

 Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan, berilmu, berdisiplin dan dapat

berdikari, bersikap jujur, bertanggungjawab, bersopan santun, taat setia dan mempunyai
kepercayaan yang amat tinggi kepada Tuhan dan nilai-nilai keagamaan.

OBJEKTIF SK ST. ANDREW(M)

 Memupuk dan menambah minat belajar yang tinggi dan berkekalan dalam kalangan murid.
 Memperkembangkan lagi potensi murid terhadap pencapaian yang cemerlang dan juga

pelajaran.

 Mewujudkan sikap murid agar lengkap dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan

emoasi berpandukan ilmu pelajaran dan pengetahuan.

 Mewujudkan dan menyediakan sistem pembelajaran untuk murid yang lengkap dan

bersistematik.

 Menambah bilangan murid yang berjaya menguasai dalam peperiksaan UPSR serta

mempertingkatkan lagi kualiti dan kuantitinya.

 Melahirkan pelajar yang sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
 Menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara kepada pelajar.

FOKUS 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT ANDREW(M) MUAR

* PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
* PENINGKATAN DISIPLIN SEKOLAH
* PENINGKATAN KUALITI 3M
* MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
* MENGGEMILANGKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
* PENINGKATAN PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH
* MENGERATKAN SILATURAHIM DENGAN KOMUNITI

FOKUS UTAMA PENGURUSAN PENDIDIKAN

1. Guru besar yang berkesan.
2. Sekolah yang berkesan.
3. Guru yang profesional.
4. Kurikulum yang relevan.
5. Sistem penilaian dan peperiksaan.
6. Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran.
7. Pembinaan sistem institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan.
8. Pembangunan staf yang komprehensif.
9. Pembinaan hubungan luar dan masyarakat.

7 PRINSIP KERJA

1. Patuhi sasaran kerja tahunan.
2. Pelaksanaan kerja berfokus.
3. Menjalankan tugas dengan teliti.
4. Berilmu dan bermaklumat.
5. Mengamalkan etika kerja yang baik.
6. Menjalankan tugas dengan penuh integriti.
7. Mewujudkan “net working”.

11 FAKTOR KE ARAH SEKOLAH BERKESAN / CEMERLANG

1. Kepimpinan profesional.
2. Wawasan dan matlamat yang dipersetujui.
3. Persekitaran pembelajaran yang menggalakkan.
4. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
5. Pengajaran yang bermakna.
6. Ekspektasi yang tinggi.
7. Pengukuhan positif.
8. Pemantauan kemajuan sekolah.
9. Pemantapan kemajuan murid.
10. Permuafakatan sekolah – rumah.
11. Organisasi yang membentuk budaya ilmu.

Six NKRAs were selected linked to 1 Malaysia,
People First, Performance Now

National Key Result Areas ( NKRA )
Bidang Keberhasilan Utama Negara

1. Reducing Crime
( Mengurangkan Kadar Jenayah )

2. Fighting Corruption
( Menghapuskan Rasuah )

3. Widening Access To Quality And Affordable Education
( Meluaskan Hak Penyediaan Pendidikan yang Berkualiti )

4. Raising Living Standards Of Low Income Households
( Meningkatkan Taraf Hidup Pendapatan Isi Rumah yang Rendah )

5. Improving Infrastructure In Rural Areas
( Meningkatkan Infrastruktur Di luar Bandar )

6. Improving Urban Public Transport ( Medium-term )
( Memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam Di bandar )

Focus of Education NKRA Lab

1. High Performing Schools
Create at least 100 high performing schools (HPS) by 2012 with ethos, character and a unique
identity who continually pushes the boundaries of student excellence and share their expertise
to lift the performance of other schools in the system.

2. New Deal for Principals
Develop a new performance based assessment ( i.e. on student outcomes ) to evaluate school
leaders ( principals and head teachers ) with meaningful rewards and consequences for both top
and bottom performers respectively.

3. Literacy and Numeracy ( LINUS )
Every child will be able to acquire basic literacy and numeracy after 3 years of primary education
by the Year 2018.

4. Preschools
Increase participation rate of 5 year old children by 20% by 2018 and improve the quality of the
system by making all government and private pre-schools part of the national education system.

KRA & KPI

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANDREW(M)
(2017 –2021)

VISI

SK St. Andrew(M)
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

SK St. Andrew(M)
Melastarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

(MATLAMAT STRATEGIK)

KRA 1 : Mempunyai Barisan GPK dan Ketua Panitia Yang Berkualiti
dan Berintegriti.

KRA 2 : Mempunyai Guru dan Staf Yang Berkualiti dari segi
keilmuan, kemahiran dan sahsiah.

KRA 3 : Melahirkan Insan Berkualiti Yang Dapat Memenuhi
Keperluan Global.

KRA 4 : Mencapai Prestasi Cemerlang Dalam Pentaksiran dan
Penilaian.

KRA 5 : Mempunyai Kemudahan Pendidikan Yang Berkualiti.
KRA 6 : Mempunyai Sistem Pengurusan Yang Cekap dan Berkesan.

KRA & KPI SK ST ANDREW(M)

KRA 1 : Mempunyai GPK dan Ketua Panitia Yang Berkualiti dan Berintegriti.

KPI 1 Semua GPK dan Ketua Panitia melaksanakan amalan Kepimpinan Transformasional
di sekolah sebelum akhir tahun 2020.

KRA 2 : Mempunyai Guru dan Staf Yang Berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah.

KPI 2 Semua guru dipantau dan memperoleh skor Pemastian Standard SKPMg2 melebihi
90% sebelum akhir tahun 2020. Semua staf yang lain dapat mencapai prestasi
melebihi 90%. SKPM.xls

.

KPI 3: Menyediakan kemudahan guru dalam PdP yang mencukupi sebelum akhir tahun 2020.

KRA 3 Melahirkan Insan Berkualiti Yang Dapat Memenuhi Keperluan Global.

KPI 4 : Semua murid SAS menguasai 4M sebelum memasuki tahun 4 pada tahun 2020.
Pemulihan , PINCH , Intervensi 4M , Motivasi , Anugerah Cemerlang

KPI 5 : Kes disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras 05 % sebelum akhir tahun 2020.
Disiplin, Headcount Kehadiran dan Sahsiah Unggul

KPI 6 : SAS mencapai kedudukan SEPULUH TERBAIK dalam Kejohanan Sukan & Olahraga MSSD
pada tahun 2020.
Program Pembangunan Sukan, Mengenal pasti bakat, Kem bakat, Perhubungan Komuniti

KRA 4 Mencapai Prestasi Cemerlang Dalam Pentaksiran dan Penilaian.

KPI 7 : SAS mencapai kedudukan ’Top 05’ daerah Muar dalam UPSR pada tahun 2020.
Perancangan Strategik, Headcount, Bank Soalan, Motivasi, Perjumpaan Ibu Bapa,
Anugerah Kecmerlangan

KRA 5 Mempunyai Kemudahan Pendidikan Yang Berkualiti.

KPI 8 : Semua bilik darjah mencukupi dan lengkap dengan kemudahan asas (kerusi, meja,
tingkap cermin, papan kenyataan, perabot, lampu dan kipas) pada setiap tahun.
Perancangan Pembangunan, Program Baik Pulih, Inventori, Bilik Khas

KPI 9 : Perpustakaan SAS mempunyai nisbah 1 murid : 30 buku sebelum akhir tahun 2020.
Program Nilam, Pembangunan Pusat Sumber, Hubungan Komuniti

KRA 6 Mempunyai Sistem Pengurusan Yang Cekap dan Berkesan.

KPI 10 : SAS memperoleh sijil Audit Tanpa Berteguran dalam Pengurusan Kewangan pada setiap
tahun.
Kursus Kewangan Ketua Panitia, JK Kewangan Sekolah, JK Audit Dalam, Perancangan Stok
dan Inventori Aset

KPI YANG DITETAPKAN
BAGI JAWATAN SEORANG GURU

1. Perancangan dan Penyediaan Rancangan Pelajaran

 Rancangan pelajaran perlu disiapkan dalam masa 5 hari bekerja sebelum permulaan sesi
persekolahan bagi setiap sesi.

 Sukatan pelajaran perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

 Anggota perlu mengambil bahagian dalam semua mesyuarat, perancangan dan penilaian.
 Sukatan pelajaran serta kaedah pengajaran perlu disemak dan dikemaskinikan dalam masa 7

hari dari tarikh sebarang pembaharuan diperkenalkan.

2 . Pengajaran (Kurikulum)

 Anggota perlu berada dalam kelas tidak lewat dari 5 minit masa pengajaran.
 Kehadiran murid perlu disemak setiap kali anggota masuk kelas.
 Anggota perlu memastikan kelas berjalan tanpa gangguan dan perlu melaporkan sebarang

tingkah laku buruk di kalangan murid secepat mungkin tetapi tidak lewat dari sehari
 Anggota perlu bersedia untuk menanggung kerja guru lain jika diarah.
 Kelas ulangkaji perlu dimulakan 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan.

3. Pengajaran (Ko- Kurikulum)

 Senarai murid mengikut sukan atau aktiviti perlu disediakan dalam masa 7 hari dari tarikh
arahan sewajarnya dikeluarkan.

 Segala peralatan yang diperlukan hendaklah dipesan melalui Borang Nota Minta sekurang-
kurangnya seminggu sebelum sukan atau aktiviti diadakan.

 Laporan bulanan sukan atau aktiviti perlu disediakan tidak lewat 5hb, bulan berikutnya.

4. Bimbingan Murid

 Bilangan murid yang dianggap lemah hendaklah dikurangkan kepada 10% jumlah murid
menjelang bulan Julai setiap tahun.

 Sesi bimbingan bagi murid-murid lemah perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setiap
minggu.

 Bimbingan dalam pelajaran, sosial dan kerjaya perlu diadakan sekali setiap semester.

5. Pentadbiran

 Rancangan-rancangan pelajaran perlu dihantar kepada guru besar pada masa yang ditetapkan.
 Laporan kehadiran murid secara “Online” hendaklah dikemaskini setiap hari oleh Guru Kelas.
 Pakaian harian hendaklah sentiasa mengikut garis panduan sekolah yang ditetapkan.
 Cuti Rehat Khas yang diambil hendaklah benar-benar mengikut pekeliling yang ditetapkan.

STATISTIK STAF

GURU LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BUKAN GURU 5 13 18
JUMLAH 0 01 01
5 14 19

BILANGAN GURU DAN STAF SOKONGAN

JAWATAN GRED BILANGAN
DG 34 01
GURU BESAR
DG38 01
PEMBANTU GURU BESAR DG44 01
 PGB 1 DG42 01
 PGB HEM DG 44 05
 PGB KO-KU DG 42 03
DG 41 05
GURU PENOLONG DG29 01
18
JUMLAH GURU 1
STAF SOKONGAN 2
PEKERJA SWASTA 4
PENGAWAL KESELAMATAN 25
JUMLAH KESELURUHAN

*Pada Disember 2020

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN

TARIKH OPSYEN
BIL NAMA BERKHIDMAT GRED JAWATAN*
MZ
DI SRSA PAI
BI
1 NORMAH BINTI SULAIMAN 08 MAC 2018 DG34 GB BM/MATE
BM
2 ROHIDAH BINTI HAMZAH 16 JAN. 2016 DG38 PGB 1 MATE
BC
3 HASHIM BIN ABD. RAHMAN 19 DIS. 2018 DG44 PGB HEM PSV
B. ARAB
4 MOHD. RADZI BIN RAMLI 23 OGOS 2018 DG42 PGB KO-KU B. ARAB
BM
5 NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP 11 DIS. 1995 DG42 GAB MATE
BI
6 SABRINA BINTI SUHAIMI 01 MAC 1998 DG44 GAB PSV
SC
7 SOH GEOK LING 01 JAN 2009 DG44 GAB BM
PAI
8 NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH 04 JAN. 2010 DG44 GAB PAI

9 FAZURA BINTI HASAN 01 OGOS 2008 DG41 GAB

10 ZAKIYAH BT. M.KHAIRAL MARZUKE 01 JAN 2016 DG41 GAB

11 NOORAZIMAH BINTI HJ. ACHIN 01 MAC 2016 DG42 GAB

12 HASLENA BINTI TAIB 16 NOV. 2017 DG42 GAB

13 MOHD. DZULKARNAIN BIN SAIM 01 OGOS 2017 DG29 GAB

14 RUSTAM AFANDI BIN ABD. RAHMAN 16 NOV. 2017 DG41 GAB

15 FARAHIDA BINTI IBRAHIM 17 NOV. 2017 DG41 GAB

16 KHALIDAN BIN KHALID 01 OKT. 2018 DG44 GAB
17 SA‟ADAH BINTI MAZELAN 01 DIS. 2018 DG44 GAB

18 AHMAD ZAKI BIN ISHAK 01 MEI 2019 DG41 GAB

BIL NAMA TARIKH GRED JAWATAN*
BERKHIDMAT
1 NORYATI BINTI ALWI N19 PEMBANTU TADBIR
DI SRSA

16 OGOS 2009

CARTA ALIRAN PENTADBIRAN DAN
PENGURUSAN SEKOLAH 2020







SENARAI CUTI UMUM NEGERI JOHOR 2020

TARIKH HARI CUTI UMUM

25 Jan Sabtu Tahun Baru Cina

26 Jan Ahad Tahun Baru Cina Hari Kedua

8 Feb Sabtu Hari Thaipusam

23 Mac Isnin Hari Keputeraan Sultan Johor

24 Apr Jumaat Awal Ramadan

26 Apr Ahad Cuti Awal Ramadan

1 Mei Jumaat Hari Pekerja

3 Mei Ahad Cuti Hari Pekerja

7 Mei Khamis Hari Wesak

24 Mei Ahad Hari Raya Aidilfitri

25 Mei Isnin Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua

6 Jun Sabtu Hari Keputeraan YDP Agong

31 Jul Jumaat Hari Raya Haji

2 Ogos Ahad Cuti Hari Raya Haji

20 Ogos Khamis Awal Muharram

31 Ogos Isnin Hari Kebangsaan

16 Sep Rabu Hari Malaysia

24 Sep Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

29 Okt Khamis Maulidur Rasul

14 Nov Sabtu Hari Deepavali

25 Dis Jumaat Hari Krismas

27 Dis Ahad Cuti Hari Krismas

GURU KELAS TAHUN 2020

KELAS NAMA GURU

1 Naptune Pn. Noorazimah Binti Hj Achin
2 Utarid Pn. Haslena Binti Taib
3 Zuhal
Pn. Sa’adah Binti Mazelan
4 Musytari Pn. Soh Geok Ling
5 Marikh
6 Bumi Cik Farahida Binti Ibrahim
Pn. Sabrina Binti Suhaimi

JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN DAN
UCAPTAMA TAHUN 2020

MINGGU TARIKH NAMA GURU UCAPTAMA CATATAN

1 01.01.2020 – EN. RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN AZAM TAHUN BARU
02.01.2120 PN. HASLENA BINTI TAIB

2 05.01.2020 – CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM HONESTY/
09.01.2020 TN. HJ. KHALIDAN BIN KHALID PERATURAN SEKOLAH

3 12.01.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN TANGGUNGJAWAB
16.01.202 PN. NORFAZIDAH BINTI ABU TALIP MURID

4 19.01.2020 – PN. NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH KASIH SAYANG
23.01.2020 PN. SABRINA BINTI SUHAIMI

5 26.01.2020 – PN SOH GEOK LING PENGURUSAN MASA
30.01.2020 PN. SA‟ADAH BINTI MAZELAN

6 02.02.2020 – EN MOHD. DZULKARNAIN BIN SAIM MENEPATI MASA
06.02.2020 EN. AHMAD ZAKI BIN ISHAK

7 09.02.2020 – PN. ZAKIYAH BINTI MARZUKE WORK HARD /
13.02.2020 PN. FAZURA BINTI HASAN BERUSAHA UNTUK

KEJAYAAN

8 16.02.2020 – TN. HJ. KHALIDAN BIN KHALID MENGHORMATI GURU
20.02.2020 EN. RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN

9 23.02.2020 – PN. HASLENA BINTI TAIB HORMAT
27.02.2020 CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM MENGHORMATI

10 01.03.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN PERKARA YANG
05.03.2020 PN. NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH BERFAEDAH

11 08.03.2020 – PN. NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP OBEDIENT /
12.03.2020 PN. SABRINA BINTI SUHAIMI KEPENTINGAN

MEMBACA

13.03.2020 – 21.03.2020 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

12 22.03.2020 – PN. SOH GEOK LING MENGHORMATI GURU
26.03.2020 PN. ZAKIYAH BINTI MARZUKE

13 29.03.2020 – PN SABRINA BINTI SUHAIMI BERTANGGUNG-
02.04.2020 EN AHMAD ZAKI BIN ISHAK JAWAB

14 05.04.2020 – PN. SAADAH BINTI MAZELAN YAKIN PADA DIRI
09.04.2020 PN. FAZURA BINTI HASAN SENDIRI

15 12.04.2020 – EN. RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN BRAVELY / ADAB
16.04.2020 PN HASLENA BINTI TAIB DENGAN PEMIMPIN

16 19.04.2020 – CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM KEGEMBIRAAN
23.04.2020 TN. HJ. KHALIDAN BIN KHALID

17 26.04.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN MENGHORMATI RAKAN
30.04.2020 PN. NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP SEBAYA

18 03.05.2020 – PN. NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH SAYANGI IBU
07.05.2020 PN. SABRINA BINTI SUHAIMI

19 10.05.2020 – PN SOH GEOK LING POLITELY /
14.05.2020 PN. SA‟ADAH BINTI MAZELAN KEJUJURAN

20 17.05.2020 – EN. MOHD. DZULKARNAIN BIN SAIM KASIH SAYANG
21.05.2020 EN. AHMAD ZAKI BIN ISHAK

22.05.2020 – 06.06.2020 CUTI PENGGAL PERTAMA

21 07.06.2020 – PN .ZAKIYAH BINTI MARZUKE RESPONSIBILITY
11.06.2020 PN. FAZURA BINTI HASAN /SAYANGI IBUBAPA

22 14.06.2020 – TN. HJ..KHALIDAN BIN KHALID KEBAIKAN MENABUNG
18.06.2020 EN RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN

23 21.06.2020 – PN HASLENA BINTI TAIB HORMAT
25.06.2020 CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM MENGHORMATI

24 28.06.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN KEPENTINGAN
02.07.2020 PN NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH BERIADAH

25 05.07.2020 – PN NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP KESELAMATAN DIRI
09.07.2020 PN SABRINA BINTI SUHAIMI

26 12.07.2020 – PN. SOH GEOK LING RESPECT / SIKAP
16.07.2020 PN. ZAKIYAH BINTI MARZUKE BANTU MEMBANTU

27 19.07.2020 – PN SABRINA BINTI SUHAIMI BERTANGGUNG-
23.07.2020 EN AHMAD ZAKI BIN ISHAK JAWAB

24.07.2020 – 01.08.2020 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA

28 02.08.2020 – PN. SA‟ADAH BINTI MAZELAN KEPENTINGAN
06.08.2020 PN. FAZURA BINTI HASAN BELAJAR

29 09.08.2020 – EN. RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN KEMERDEKAAN
13.08.2020 PN. HASLENA BINTI TAIB

30 16.08.2020 – CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM GOOD VALALUES /
20.08.2020 TN. HJ. KHALIDAN BIN KHALID BERUSAHA UNTUK

KEJAYAAN

31 23.08.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN ADAB DALAM MAJLIS
27.08.2020 PN. NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP

32 30.08.2020 – PN. NURUL AFIDA BINTI KHASBULLAH KEGEMBIRAAN
03.09.2020 PN. SABRINA BINTI SUHAIMI

33 06.09.2020 – PN SOH GEOK LING HARI MALAYSIA
11.09.2020 PN. SA‟ADAH BINTI MAZELAN

34 13.09.2020 – EN, MOHD. DZULKARNAIN BIN SAIM I LOVE MY NATION /
17.09.2020 EN. AHMAD ZAKI BIN ISHAK HOBI

35 20.09.2020 – PN. ZAKIYAH BINTI MARZUKE MENEPATI MASA
24.09.2020 PN. FAZURA BINTI HASAN

36 27.09.2020 – TN. HJ. KHALIDAN BIN KHALID KASIH SAYANG
01.10.2020 EN RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN
SEMANGAT
37 04.10.2020 – PN HASLENA BINTI TAIB KERJASAMA
08.10.2020 CIK FARAHIDA BINTI IBRAHIM TOLERANCE /
BERUBAH ATAU
38 11.10.2020 – PN. NOORAZIMAH BINTI HJ ACHIN
15.10.2020 PN NURUL AFIDA BINTI KASBULLAH GAGAL
HORMAT
39 18.10.2020 – PN NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP MENGHORMATI
22.10.2020 PN SABRINA BINTI SUHAIMI
PN. SOH GEOK LING PENJAGAAN BUKU
40 25.10.2020 – PN. ZAKIYAH BINTI MARZUKE TEKS
29.10.2020
PN SABRINA BINTI SUHAIMI KEBERANIAN
41 01.11.2020 – EN AHMAD ZAKI BIN ISHAK
05.11.2020 BAIK HATI
PN. SAADAH BINTI MAZELAN
42 08.11.2020 - PN. FAZURA BINTI HASAN BERTANGGUNG-
12.11.2020 JAWAB
EN. RUSTAM AFANDI BIN ABD RAHMAN
43 15.11.2020 - PN HASLENA BINTI TAIB
19.11.2020

20.11.2020 – 31.12.2020 CUTI AKHIR TAHUN

SENARAI GURU & KAKITANGAN NO. TELEFON

Bil Nama Guru Jawatan Opsyen No. Telefon

1 Pn. Normah bt Sulaiman GB Muzik 019 - 622 6222

2 Pn. Rohidah bt Hamzah GPK 1 Pengajian Islam 012 - 726 0994

3 Tn. Hj. Hashim b. Abd. Rahman GPK HEM Bahasa Inggeris 013 - 706 5939

4 En. Mohd. Radzi b. Ramli GPK Koku Pengajian Melayu 017 - 319 8720

5 En. Rustam Afandi bin Abdul Rahman Guru DATA Pendidikan Jasmani 010 - 381 8845

6 Pn. Nurul Afida bt Khasbullah Guru MEDIA Pendidikan Seni 012 - 777 0192

7 Pn. Nor Fazidah bt Abu Talip Guru Pemulihan Pengajian Melayu 012 - 673 8946

8 Cik Farahida bt Ibrahim S/U Peperiksaan Sains 013 - 6222945

9 Tn. Hj. Khalidan b. Khalid Guru Disiplin Bahasa Melayu 012 - 765 6327

10 Pn. Noorazimah bt Hj Achin Penyelaras Pengajian Melayu 016 - 6560161
SPKLM

11 Pn. Sabrina bt Suhaimi DG44 Matematik 012 - 749 0129

12 Pn. Soh Geok Ling DG44 Bahasa Cina 012 - 295 2320

13 Pn. Zakiyah bte M.K.Marzuke DG41 Bahasa Arab 019 - 787 1847

14 Pn. Haslena bt Taib DG34 Matematik 018 - 290 0295

15 Pn. Sa‟adah bt. Mazelan DG44 Pendidikan Islam 012 - 2750067

16 En. Mohd.Dzulkarnain bin Saim DG29 Bahasa Inggeris 019 - 753 7644

17 Pn. Fazura bt Hasan DG41 Bahasa Arab 017 - 7415152

18 En. Ahmad Zaki bin Ishak DG41 Pend. Agama Islam 019 - 9068168

19 Pn. Noryati bt Alwi PT N19 Pembantu Tadbir 018 - 9534855





Surat Pekeliling

RINGKASAN PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS BIL 2/81, 3/81, 4/81 YANG
MESTI DIPATUHI SEMUA GURU.

1. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH ( Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1981 )

1.1 Semua pengawai perkhidmatan pendidikan dan kakitangan sekolah serta murid-murid diwajibkan
memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir di sekolah.

1.2 Ketepan masa juga termasuk kegiatan luar bilik darjah semasa waktu pengajaran. Guru-guru tidak boleh
meninggalkan kelas atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa berbuat demikian.

1.3 Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi contoh tauladan yang baik. Bagi
menggalakkan tabiat ketatapan masa di kalangan murid-murid.

2. KEBERSIHAN DI SEKOLAH ( Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1981 )

2.1 Kebersihan di sekolah adalah tanggungjawab setiap guru dan perkara ini perlu dititikberatkan.
2.2 Kebersihan sekolah juga termasuk semua bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik stor, tandas dan kantin.
2.3 Kawasan sekolah juga hendaklah bersih daripada longgokan-longgokansampah, rumput yang tidak

berbela, lopak-lopak air dan himpinan-himpuan perabot-perabot yang tidak boleh digunakan lagi.

3. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUAR ( FREE PERIOD ) OLEH
GURU-GURU ( Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 )

3.1 Guru-guru diingatkan bahawa waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
3.2 Oleh yang demikian, masa lapang ini hendaklah digunakan untuk membuat kerja-kerja yang memberi

faedah kepada murid-murid khasnya dan sekolah amnya seperti berikut:-
3.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir di sesebuah kelas
3.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti menyediakan alatan-alatan mengajar
3.2.3 Memeriksa buku latihan murid
3.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
3.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
3.2.6 Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu yang diarahkan oleh Guru Besar

Tatacara Tugasan Guru

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Waktu P & P Waktu KO-KURIKULUM

Ahad 7.20am – 1.30pm

Isnin 7.20am – 1.30pm

Selasa 7.20am – 1.30pm

Rabu 7.20am – 1.30pm 7.20am – 8.30am

Khamis 7.20am –1.30pm

1.1 Guru-guru hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum LOCENG berbunyi.
1.1 Guru hendaklah menepati masa dari segi kedatangan dan juga waktu mengajar.
1.2 Pada waktu persekolahan, guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa

kebenaran Guru Besar.

2. KEUZURAN
Jika sekiranya uzur, guru berkenaan hendaklah memberitahu pihak sekolah ini dengan secepat mungkin dan
menyatakan tempoh/jumlah hari akan diambil untuk bercuti. Guru-guru diminta mengambil perhatian tentang
surat akuan doktor sama ada dari hospital atau klinik swasta. Guru-guru juga perlu prihatin kepada Peraturan-
peraturan Am mengenai etika berehat di rumah atau di hospital serta akibat-akibat jika mereka melanggar
peraturan yang tersebut.

3. JADUAL WAKTU
Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan atau meminda butir-butir dalam Jadual Waktu

Persendirian/Darjah kecuali dengan kebenaran.

4. PAKAIAN
Guru-guru lelaki (kecuali mengajar pendidikan Jasmani) hendaklah memakai tali leher. Guru-guru diwajibkan
menggunakan tanda nama dan memakai pakaian yang kemas dan bersih. Guru-guru diingatkan tentang
syarat-syarat bagi pakaian dalam PEKELILING JPNJ/am/0740(20) bertarikh 28 September 1992 (khusus
mengenai pemakaian Tag Nama dan Pakaian Seragam bagi yang berkenaan) pekeliling kementerian juga
turut dirujuk.

5. MENGAJAR MURID
Kecuali pada masa kecemasan, guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan murid-murid ketika waktu
mengajar di dalam kelas. Tidak dibenarkan mengarah murid belajar secara sendirian, semua kerja, nota dan
rampaian hendaklah disemak, ditandatangani serta disahkan tarikhnya.

6. LARANGAN MEROKOK
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam mana-mana bahagian dan kawasan sekolah.

7. PONTENG SEKOLAH
Guru-guru dikehendaki menentukan bahawa murid-murid tidak ponteng pelajaran sama ada waktu belajar
atau sepanjang berada di sekolah. Murid yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran tidak dibenarkan
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru.

8. PERATURAN MASUK DARJAH
Waktu pertama, keempat dan kelima, murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah sehingga guru
datang. Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah pada waktu pertama, keempat dan kelima
sebelum guru masuk.

9. BISING
Guru-guru diminta mengawasi murid-murid dengan rapi supaya tidak bising di dalam mahupun di luar bilik
darjah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang mengajar pada masa yang keempat hendaklah
memastikan murid-murid keluar dari bilik darjah pada masa rehat.

10. KEBERSIHAN
Guru-guru hendaklah menentukan bahawa murid-murid sentiasa menjaga kebersihan bilik-bilik darjah dan
kawasan sekeliling. Mereka hendaklah meminta murid-murid memungut kertas, kapur atau sebagainya yang
didapati bertaburan.

11. REKOD PENGAJARAN GURU
Rekod pengajaran guru hendaklah menurut surat pekeliling Kementerian Pendidikan 236. Perkara-perkara
yang berikut hendaklah dititikberatkan :

a. Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran, Jadual Waktu Darjah, Jadual Waktu Persendirian, Rekod
Markah ujian mestilah dicatat/disimpan dalam rekod pengajaran guru.

b. Semua soalan ujian dan apa-apa rujukan mestilah dicatat dan ditanda oleh Guru.
c. Butir-butir mengenai rekod pengajaran hendaklah diisi sehari lebih awal, pengisian eRPH, manakala

semua rekod rumusan guru hendaklah dihantar kepada GB/GPK 1/pejabat pada setiap hari Khamis.

12. SURAT MENYURAT RASMI
Semua surat-menyurat rasmi mestilah ditandatangani oleh Guru Besar. Kepala Surat sekolah (school letter
head) tidak boleh digunakan untuk urusan tidak rasmi.

13. HUKUMAN BADAN
Guru hendaklah mengelakkan daripada menjatuhkan hukuman badan ke atas murid-murid. Mereka boleh
melaporkan kepada Guru Besar/ GPK sekiranya terdapat murid yang patut diberi hukuman.

14. REKOD KEDATANGAN MURID
Jadual kedatangan murid hendaklah dilengkapkan dengan butir-butir yang telah ditetapkan. Hantar ke pejabat
sekolah setelah ditandakan kehadiran murid sebelum jam 9.30 pagi.

15. KECEMASAN
Guru-guru mestilah segera memberitahu Guru Besar / wakilnya sekiranya berlaku perkara kecemasan seperti
kebakaran di kawasan sekolah atau kawasan berhampiran sekolah.

16. ELEKTRIK DAN AIR
Guru-guru hendaklah memastikan tidak ada pembaziran bagi penggunaan elektrik dan air.

17. MEREKOD PEKELILING
Guru-guru hendaklah menyimpan dan merekodkan setiap pekeliling yang telah diperoleh dari pihak sekolah.

18. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL( MMI )

Guru-guru hendaklah sentiasa menjaga masa PdP murid mengikut jadual waktu. Jika ada tugas luar/ terpaksa
keluar sila buat rundingan pertukaran jadual dengan rakan ataupun menyediakan bahan untuk murid yang
tinggal supaya boleh digunakan oleh guru ganti. Guru ganti perlu laksanakan PdP. Sila patuhi jadual waktu
yang diberi. Elakkan murid berkeliaran/ melaksanakan tugas lain di luar bilik darjah sewaktu PdP.

19. Bidang Tugas Guru Kelas:

- Pengurusan semua jenis bayaran
- Pengurusan buku tulis
- Pengurusan buku kerja
- Penugrusan kedatangan murid
- Pengurusan kelas
- Pengurusan fail peribadi murid
- Pengurusan kecerian kelas
- Pengurusan buku teks
- Pengurusan pemarkahan ( Ujian / peperiksaan )
- Pengurusan kebajikan murid

GURU BERTUGAS

1. MASA

Datang awal dan pulang lewat pada minggu bertugas.

Sepanjang waktu sekolah dibuka, guru yang bertugas hendaklah bertugas dari 7.10 pagi sehingga kegiatan-
kegiatan waktu darjah tamat.

Guru bertugas hendaklah sampai di sekolah pada 7.10 pagi dan menunggu sekurang-kurangnya 15 minit
selepas loceng dibunyikan sebelum balik.

2. DISIPLIN
Guru bertugas bertanggungjawab untuk menjaga disiplin dalam kawasan sekolah. Dia dikehendaki meronda
sekitar kawasan sekolah sebelum kelas bermula, waktu rehat dan selepas waktu balik untuk memastikan :

a. Murid-murid tidak berkelakuan buruk dan bising
b. Murid-murid meningglkan sekolah dengan tidak membuat kotor.
c. Murid-murid yang hendak balik mestilah meminta izin dan menyertakan sebab-sebab yang

munasabah.
d. Jika ada sesuatu peperiksaan dijalankan di dewan, bilik darjah atau di makmal, guru-guru yang

bertugas bertanggungjawab memastikan tiada gangguan yang berlaku.
e. Lampu dan kipas hendaklah dimatikan sekiranya murid hendak meninggalkan bilik darjah.
f. Sebarang kerosakan dan kebakaran hendaklah disiasat dan direkodkan dalam buku laporan.
g. Mengatur murid-murid dan mengawasi disiplin dalam perhimpunan harian atau mingguan.
h. Mengawasi murid-murid ketika waktu balik.
i. Menghantar murid-murid yang sakit ke klinik atau hospital atau pulang ke rumah mengikut keadaan

murid yang sakit itu.

3. KEBERSIHAN
Guru bertugas bertanggungjawab memastikan kebersihan kawasan sekolah dan membuat pemeriksaan
setiap hari pada tempat-tempat yang berikut :

a. Bilik darjah
Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas masig-masing (bahagian di dalam kelas
dan kaki lima di luar kelas). Sekiranya terdapat yang kotor, guru bertugas hendaklah memberitahu
guru kelas tersebut bagi mengarahkan murid-murid membersihkan kelas secepat mungkin.

b. Bahagian-bahagian lain di dalam kawasan sekolah
Dewan, perpustakaan, kaki lima dan bahagian-bahagian lain sekolah adalah bawah jagaan pekerja-
pekerja sekolah. Guru bertugas boleh mengadukan kepada ketua pekerja sekolah jika didapati
keadaan tidak memuaskan.

c. Bilik air dan longkang
Guru bertugas hendaklah memastikan bilik air dan longkang di sekitar bangunan sekolah dibersihkan
setiap hari.

Guru bertugas hendaklah mengadukan kepada pekerja sekolah sekiranya terdapat kebocoran dan
kerosakan pada paip atau sistem pam di mana-mana bahagian tandas yang ada di sekolah.

d. Kantin sekolah
Kantin sekolah mesti diperiksa setiap hari untuk menjaga kebersihan makanan yang dijual. Makanan
yang dijual mestilah sederhana saiz, banyak, baik kualiti dan rendah harganya. Guru bertugas mesti
memastikan murid beratur ketika hendak membeli makanan dan minuman.

4. SUKAN DAN KEGIATAN LUAR
Guru bertugas hendaklah melaporkan :

a. Semua latihan dan permainan untuk rumah dan sekolah.
b. Kuiz, bahas dan mesyuarat-mesyuarat persatuan
c. Aktiviti-aktiviti lain sekolah
Semua keputusan permainan hendaklah dicatat di dalam buku rekod bertugas.

5. BUKU REKOD
Buku rekod guru bertugas hendaklah diisi dan dihantar pada setiap pagi/tgh hari Isnin untuk disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar/ Wakil.

6. KEMALANGAN
Jika berlaku sebarang kemalangan yang memerlukan rawatan perubatan, guru bertugas hendaklah
menghantar murid yang tercedera itu ke hospital dan memberitahu kepada pihak ibu/bapa. Perlu juga
dimaklumkan kepada Guru Besar/Wakil.

7. PERHIMPUNAN
Guru bertugas hendaklah mengawasi murid-murid sewaktu perhimpunan berlangsung.

Pengumuman dalam waktu perhimpunan melibatkan :

a. Guru bertugas minggu lalu memberi ulasan berkenaan bilik darjah dan keadaan sekitar kawasan sekolah
secara keseluruhan. Mengumumkan kelas yang bersih dan kelas yang kotor serta perkara-perkara yang
berkaitan disiplin.

b. Guru bertugas pada minggu berkenaan akan mengumumkan keputusan-keputusan permainan atau
pertandingan minggu lepas dan memberitahu juga permainan atau pertandingan yang akan berlangsung
pada minggu tersebut.

c. Guru-guru penasihat persatuan / Guru Sukan / Guru Rumah / Guru Kaunseling / Setiausaha PIBG dan

lain-lain hendaklah memberitahu laporan yang hendak diumumkan lebih awal kepada guru yang bertugas
pada minggu tersebut.

PANDUAN PERATURAN AM SEKOLAH

1. MASA

 Semua guru dan kakitangan sekolah mestilah berada di sekolah semasa bertugas mengikut jadual
waktu kerja yang tetapkan dengan merekod kehadiran.

 Semua guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan
bermula.

 Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi
 Guru-guru akan balik mengikut ketetapan sekolah.

2. PAKAIAN
 Pakaian waktu persekolahan hendaklah kemas dan mengikut pekeliling Ikhtisas Bil 6/1985.
 Guru-guru dan kakitangan hendaklah memakai tanda nama.
 Pakaian waktu Pendidikan Jasmani hendaklah mengikut surat daripada Pejabat KPPM bertarikh 26
Julai 2010 bertajuk „ Kebenaran Khas Kepada Guru-guru dan Murid-murid Yang Melaksanakan
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari
Berkenaan.
 Guru-guru dikehendaki memakai pakaian beruniform setiap hari Rabu.

3. KELUAR MASUK
 Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah berada di kawasan sekolah semasa bertugas.
 Sekiranya ada hal atau kecemasan yang memaksa seseorang itu keluar maka perlu mendapatkan
kebenaran Guru Besar atau Pembantu Guru Besar serta mencatatkan nama ke dalam buku keluar
masuk.
 Murid-murid juga tidak dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran Guru Besar atau Pembantu
Guru Besar.

4. PERHIMPUNAN SEKOLAH
 Perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Ahad dan bermula pada jam 7.20 pagi yang dikelolakan
guru betugas.
 Guru bertugas hendaklah berucap dengan ringkas dan padat mengandungi unsur-unsur nasihat,
pendidikan, kebersihan, agama, disiplin dan pengumuman sekolah.
 Semua guru hendaklah berpakaian batik Malaysia.
 Setiap hari Ahad minggu ke 3 perhimpunan kokurikulum dikendalikan oleh murid .
 Semua guru dan murid diwajibkan memakai pakaian unit beruniform.

5. KEGIATAN KOKURIKULUM
 Pada setiap hari Rabu diadakan perjumpaan kokurikulum bermula jam 12.30pm. Semua murid
tahun 3 hingga 6 dan guru-guru wajib turut serta.
 Aktiviti yang dijalankan adalah perjumpaan kelab/persatuan/unit beruniform.

6. REKOD-REKOD RASMI:
6.1 FAIL E-RPH
 Fail ini hendaklah diserahkan kepada guru besar untuk ditandatangan pada setiap hari Khamis
selepas waktu PdPc.
 Semua guru hendaklah menandatangani buku rekod penghantaran fail e-rph.
 Fail ini hendaklah sentiasa dikemaskini.
 Guru mestilah menulis RPH secara online seperti biasa walaupun ada aktiviti di sekolah kecuali
telah maklum ada program khas.
 Guru yang telah maklum tidak hadir atau berkursus hendaklah mencetak RPH dan
menyerahkan kepejabat supaya rancangan pnp dapat dijalankan oleh guru ganti.

6.2 BUKU JADUAL KEDATANGAN
 Mematuhi perturan yang tertera pada buku tersebut.
 Kedatangan murid hendaklah ditanda setiap hari persekolahan oleh guru kelas pada waktu

pertama pdp.
 Semua butiran hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas.
 Guru bertugas hendaklah mengisi kehadiran murid sekiranya guru kelas tidak hadir.
 Bahagian pembayaran yuran hendaklah diisi dengan teliti, nombor resit yuran ditulis dan

dijumlahkan.
 Buku kedatangan hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah sebelum atau pukul 8.30 pagi.
 Buku kedatangan hendaklah sentiasa berada di sekolah.
 Analisa hendaklah dibuat setiap akhir bulan.

6.3 JADUAL WAKTU
 Jadual waktu perseorangan dan jadual waktu kelas hendaklah disahkan oleh guru besar.
 Jadual waktu induk hendaklah dipamerkan di pejabat sekolah dan jadual kelas hendaklah

dipamerkan di dalam kelas.
 Jadual persendirian hendaklah disimpan di dalam fail rekod mengajar dan dicatat tarikh

penggunaannya.

 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu tanpa kebenaran.

6.4 BUKU RESIT PIBG
 Semua rekod bayaran murid hendaklah dibuat dan resit penerimaan wang hendaklah

dikeluarkan serta diserahkan kepada murid.
 Wang kutipan PIBG hendaklah diserahkan kepada bendahari PIBG pada hari yang ditetapkan.
 Buku resit yang telah digunakan diserahkan kepada bendahari PIBG.

6.5 REKOD PENILAIAN MURID
 Rekod Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah murid hendaklah dilengkapkan dan disimpan

oleh guru kelas.
 Rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) hendaklah dikemaskini oleh guru mata pelajaran dan

disimpan oleh guru kelas.
 Keputusan saringan LINUS hendaklah diserahkan kepada penyelaras LINUS.

6.6 LAPORAN GURU BERTUGAS
 Guru bertugas hendaklah merekodkan semua acara perhimpunan secara online dalam portal

PPD dan mencetaknya serta disimpan di dalam fail.
 Fail laporan bertugas hendaklah diserahkan kepada PGB HEM.

6.7 BUKU RAMPAIAN MURID/LEMBARAN KERJA
 Hendaklah memastikan buku rampaian murid bersih dan kemas.
 Memastikan setiap buku latihan mempunyai tarikh , hari dan tajuk.
 Latihan yang diberi mestilah mencukupi dan sesuai dengan aras pencapaian murid.
 Setiap latihan murid hendaklah disemak dengan teliti.
 Guru besar akan menyemak latihan murid mengikut jadual yang ditetapkan.

6.8 BUKU-BUKU STOK SEKOLAH
 Buku-buku ini diselenggarakan oleh guru-guru dan kakitangan yang dilantik dalam JK Inventori

6.9 SUMBER PENDIDIKAN/RADIO/TV
 Semua peralatan yang dipinjam atau digunakan hendaklah dicatat dalam buku rekod pinjaman.
 JK Pusat Sumber hendaklah berusaha menambah dan membaiki peralatan yang ada disamping

menjaganya.

7 BILIK GURU/BENGKEL
 Kebersihan dan keselamatan bilik guru/bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru/bengkel.
 Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/bengkel perlulah mematikan suis lampu, kipas dan alat
penghawa dingin.
 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
digunakan untuk perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

7.1 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta

benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
 Ketua panitia dan guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas seperti makmal,
bengkel, pusat sumber dan lain-lain bilik hendaklah memastikan peraturan mengenai
penggunaan alat-alat di bilik berkenaan.

7.2 KEBERSIHAN
 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid

hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
 Guru bilik-bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik-bilik tersebut.

7.3 SURAT MENYURAT
 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh guru besar.
 Surat-surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru-guru berkenaan

untuk diambil tindakan seterusnya.

7.4 PEMBELIAN BARANG
 Guru –guru yang hendak membeli barang/bahan /peralatan sekolah perlu mengisi boring nota

minta.
 Ianya perlu mendapat kelulusan guru besar.
 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok

dengan kemas.

7.5 KUNCI
 Semua kunci terutama bilik-bilik khas hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari

terakhir sebelum cuti bermula.
 Guru dan kakitangan yang hendak memegang kunci mesti mendapat kebenaran guru besar.

7.6 ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis/acara rasmi sekolah.
 Ketidakhadiran guru hendaklah diberitahu dan mendapat kebenaran guru besar.

7.7 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Diharapkan guru-guru mengajar mengikut konsep KSSR dan PAK 21
 PdPc mestilah berpusatkan murid, kreativiti dan inovasi.
 Semua unsur-unsur penggabung jalinan kemahiran, nilai murni, pemulihan, pengayaan, nilai

patriotik dan alam sekitar perlu ada dalam PdPc.
 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan semasa PdPc.

7.8 SIKAP GURU DAN KAKITANGAN
7.8.1 Menepati masa
 Menghadirkan diri 10 minit sebelum masa waktu bertugas.
 Menyiapkan kerja yang diberi mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
 Memberitahu guru besar dan PGB Pentadbiran sekiranya tidak dapat hadir bertugas.

7.8.2 Budi Bahasa
 Menghormat guru besar dan rakan sejawat.
 Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan baik diantara warga sekolah,
NGO dan masyarakat.
 Sentiasa memberi layanan yang baik kepada semua pelanggan sekolah.

7.8.3 Sifat Profesionalisme
 Memahami tugas dan melaksanakannya dengan komitmen yang tinggi.
 Memahami dan menghayati Prinsip Etika Kerja, Visi dan Misi KPM, Teras
Perkhidmatan,Matlamat Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kualiti , Matlamat dan Objektif Sekolah.
 Sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan.
 Sanggup berkorban masa untuk kebajikan murid.

 Menjalankan tugas penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab.
 Memberi kerjasama kepada guru besar, pembantu –pembantu guru besar, ketua-ketua

panitia , pengerusi kelab, rakan sejawat dan kakitangan

8. CUTI

8.1 Cuti Sakit

8.1.1 Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila
disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga
Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan
tugas jawatannya

8.1.2 Disokong dengan Sijil Sakit
8.1.3 Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau

perkhidmatan.
8.1.4 Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-

 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dan kerajaan dengan
kelulusan Ketua Jabatan;

 Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh
Ketua Jabatan tertentu;

 Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
 Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti

Sakit Lanjutan;
 Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji

sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji
jika tidak kemukakan Sijil Sakit;
 Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh
diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari;
 Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa
berehat atau perakuan pegawai disarakan.

8.1.5 Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun
berturut - turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.

8.1.6 Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Rehat:-
 Dalam negara – akan ditolak tempoh Cuti Rehat untuk diganti selepas ia sihat
atau dikembalikan sebagai baki Cuti Rehat.
 Luar negara – tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali bagi tempoh sakit
berlanjutan hingga ia patut balik ke Malaysia.

Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji
(CTG):–
*Dalam negara – tidak layak Cuti Sakit.
*Luar negara – layak Cuti Sakit selepas tamat tempoh CSG atau CTG jika berlanjutan
hingga ia patut balik.

8.2 SIJIL SAKIT SWASTA
8.2.1 Kerajaan telah meminda peraturan penerimaan Sijil Cuti Sakit
hospital kerajaan/klinik swasta iaitu :-
 Pesakit luar tidak lebih 15 hari.
 Pesakit dalam tidak melebihi 180 hari.
 Walaubagaimana pun cuti sakit swasta + kerajaan tidak lebih 180 hari (90 hari
pertama ketua jabatan & 90 hari berikutnya kuasa tertentu)
8.2.2 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan 2/2006 – Pindaan Peraturan
Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit.

8.3 CUTI SAKIT LANJUTAN

 Lembaga perubatan boleh mencadangkan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai yang telah

menghabis Cuti Sakit bergaji penuh 180 hari.
 Tidak lebih 180 hari.
 Terlebih dahulu menggunakan baki Cuti Rehat yang ada.
 Dibayar separuh gaji bagi tempoh 90 hari dengan kelulusan Kuasa Tertentu atau Elaun

Bantuan bersamaan separuh gaji jika tiada Sijil Sakit
 Pegawai dirujuk sekali lagi diakhir tempoh Cuti Sakit Lanjutan untuk syor dibersarakan atau

sambungan masa berehat.
 Boleh diulangi tahun berikutnya dan dibersarakan jika masih tidak sihat.

8.4 JENIS-JENIS CUTI TANPA REKOD Persatuan
 Cuti Gantian
 Cuti Latihan Pasukan Sukarela
 Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan /
 Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
 Cuti Memasuki Peperiksaan
 Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
 Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
 Cuti Tugas Khas Perubatan
 Cuti Isteri Bersalin
 Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
 Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan
 Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN

8.5 MEMASUKI PEPERIKSAAN
 Boleh diberi kepada staf yang memasuki peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan

sebagai boleh membaiki peluang hidup atau peningkatan kerjaya.(PA 44 BAB C)
 Tempoh : Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

8.6 CUTI ISTERI BERSALIN
 Diberi kepada pegawai lelaki kerana isteri bersalin.
 Kemudahan ini dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja dalam tempoh perkhidmatan (Perenggan

58.2 PP 9/1991)
 TEMPOH : 7 Hari sahaja (PP 9/2002)
 Salinan perakuan bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

8.7 CRK
8.7.1 Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar diperuntukan di

bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan berkuatkuasa pada 1

Mac 2004 bagi menggantikan Cuti Sambilan di bawah Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 4 Tahun 1977

8.7.2 Mereka yang layak Cuti Rehat Khas
 Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti

semester di sekolah atau Institusi Pelajaran dan pengajian tinggi;
 Guru sandaran terlatih; dan
 Guru kontrak

8.7.3 Peraturan dan syarat
 Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran tidak terjejas.

8.7.4 Permohonan CRK yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan
sekolah antaranya:
 Menziarahi ahli keluarga terdekat (suami /isteri yang sah,anak-anak dan ibubapa
kandung pegawai - Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2002) yang sedang
sakit @ meninggal dunia
 Menziarahi sanak saudara (adik-beradik, ibubapa mertua, datuk-nenek pegawai
dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai - Perintah Am Bab C 1
(x) yang sakit atau meninggal dunia
 Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh
kerajaan
 Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran, banjir
 Menghadiri majlis konvo (diri sendiri/anak/suami/isteri)
 Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya sahaja)
 Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak saudara rapat menunaikan fardu
haji
 Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
 Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
 Walau bagaimanapun Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain
alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak
menjejaskan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.

8.8 CUTI REHAT/CUTI PENGGAL

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.

8.9 CUTI KELUAR NEGARA

Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan
yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

8.0 CUTI TANPA GAJI

 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak

 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
cuti rehatnya.

 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 180 hari.

 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh

Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Borang permohonan handaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri
10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

TAMBAHAN TUGASAN GURU DAN KAKITANGAN

1. TUGAS GURU.
 Menyediakan rancangan pelajaran (e-rph).
 Memeriksa buku-buku rampaian murid.
 Merancang kerja rumah murid.
 Menyediakan soalan peperiksaan dan menanda kertas peperiksaan mengikut skema.
 Mengambil berat kemajuan murid-murid.

2. TUGAS KETUA DAN AHLI PANITIA.
 Memahami peranan dan tugas masing-masing seperti pada Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986.
 Membaiki dan meningkatkan keberkesanan mutu PdPc.
 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap pembelajaran.
 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam).
 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia dengan persatuan dan kelab.
 Memperolehi sukatan pelajaran yang terkini.
 Menyediakan rancangan mengajar tahunan.
 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan, bahan baca yang sesuai untuk kegunaan
murid.
 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan penggal dan awam.
 Mengadakan mesyuarat panitia seperti yang ditetapkan.
 Mengemaskini fail-fail panitia.
 Merancang dan melaksanakan in-house training.
 Membantu proses pencerapan guru.

3. TUGAS GURU GANTI.
 Tugas guru ganti adalah rasmi dan wajib dijalankan.
 PdPc yang perlu dijalankan oleh guru ganti hendaklah bersesuaian dengan mata pelajaran yang
diganti.
 Slip ganti hendaklah di sertakan dalam fail rekod mengajar.

4. TUGAS GURU DARJAH
 Bertanggungjawab terhadap kelasnya dari segi:
o disiplin murid
o kebersihan dan keceriaan
o susunan kerusi meja dan perabut
o pelantikan AJK dan perjalanan kelas.
 Merekod kehadiran murid dalam buku kedatangan murid.
 Menutup buku kedatangan murid setiap akhir bulan.
 Mengambil,menyalin,menyemak dan menampal jadual kelas.
 Merekod markah peperiksaan di dalam buku rekod.
 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. GURU MATA PELAJARAN
 Menyediakan rancangan pelajaran dan merekodkan pengajaran dalam buku rekod
 mengajar.
 Merancang kerja rumah untuk murid-murid.
 Memeriksa buku-buku latihan murid.
 Menyediakan soalan-soalan peperiksaan.

 Memberi markah kepada guru kelas.
 Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran yang diajar.
 Mengambil berat akan kemajuan akademik murid.
 Menanamkan sifat kepimpinan dan akhlak yang baik.
 Mengambil tahu perubahan dalam sukatan pelajaran.
 Menghadiri kursus yang dikelolakan oleh sekolah, zon,daerah, PPD, JPN dan KPM.

6. GURU PERPUSTAKAAN
 Menyediakan penggunaan perpustakaan untuk pinjaman buku.
 Menyediakan undang-undang dan peraturan perpustakaan.
 Mewujudkan jawatan kuasa perpustakaan di kalangan guru dan murid.
 Mengadakan aktiviti yang berhubung dengan perpustakaan
 Mengawal dan mengemaskini stok perpustakaan.
 Bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan perpustakaan.

7. GURU SPBT
 Memahami dan meneliti semua arahan yang berkaitan dengan SPBT dari JPNJ dan KPM.
 Menerima dan menentukan bilangan buku yang diterima dari pembekal.
 Mengecop semua buku yang diterima.
 Memasukkan jumlah buku-buku yang diterima dan keluar ke dalam stok.
 Menyimpan semua keterangan yang berkaitan dengan SPBT.
 Memungut buku-buku yang dipinjamkan kepada murid-murid pada akhir tahun.
 Menyenaraikan buku-buku yang rosak dan lama untuk tindakan hapus kira.
 Mendapatkan gantian buku yang hilang.


8. GURU DISIPLIN
 Mengadakan mesyuarat Lembaga Disipilin untuk memilih pengawas.
 Membentuk Lembaga Pengawas dan menyusun tugas-tugas pengawas.
 Mengawal disiplin Ketua Pengawas dan Pengawas.
 Mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin apabila terdapat sesuatu masaalah dan melaporkan

kepada guru besar.

9. GURU BERTUGAS MINGGUAN
 Datang awal dan pulang lewat pada minggu bertugas.
 Membuat pengawasan terhadap murid di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan

yang munasabah.
 Mengawasi kebersihan kelas,kantin dan kawasan sekolah.
 Mengawasi kebersihan makanan di kantin.
 Mengurus murid sakit.
 Mengurus hal yang bersabit dengan kehilangan barang murid dan guru di sekolah.
 Memastikan keselamatan murid di sekolah semasa minggu bertugas.
 Mengelola perhimpunan sekolah
 Mencatat perjalanan perhimpunan dan melapor atas talian dan mencetak laporan.

10. PEMBANTU TADBIR
 Urusan gaji termasuk GSTT, guru kontrak dan guru ganti.
 Mengendali wang kerajaan dan wang suwa.
 Mengurus pembayaran dan penyediaan baucer.
 Mengurus penyediaan pesanan tempatan kerajaan dan pembelian.
 Mengurus pungutan yuran dan hasil.
 Mengurus penyediaan penyata akaun.
 Patskom
 Menyediakan kew 8
 Menguruskan pelantikan dan pengesahan jawatan dan taraf berpencen.
 Mengurus kenaikan pangkat.
 Pendaftaran murid tahun 1.
 Memasukkan data guru dan AKP dalam sisitem HRMIS.
 Mendaftar kehadiran guru atas talian.
 Mengurus aset alih kerajaan dan pelupusan.
 Merekod dalam lejer stok.
 Mengemaskini kenyataan cuti guru.
 Urusan surat menyurat.
 Menjadi JK kewangan dan aset.

11. PEMBANTU PENGURUSAN MURID
 Urusan pentadbiran prasekolah
 Membantu urusan PdPc murid prasekolah.
 Urusan penyediaan makanan, mengemas dan membersih.
 Merekod dalam lejer stok prasekolah
 Membantu mengurus hal ehwal murid.

12. PEMBANTU OPERASI
 Menghantar slip guru ganti.
 Merekod dan mengedarkan surat.
 Mengurus fail-fail.
 Memfotostat dokumen.
 Membantu pengurusan aset dan stor.
 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh guru besar.

” Orang yang hebat,
tidak akan melenting apabila dicaci...

bahkan ia akan terus tersenyum,
bersabar dan mendoakan yang baik-baik saja....”


Click to View FlipBook Version