The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Patriotisme merujuk kepada rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air atau negara seseorang. Konsep ini melibatkan penghargaan terhadap nilai-nilai, sejarah, budaya, dan institusi negara serta kesediaan untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan negara tersebut

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezraduncan001, 2024-05-04 09:51:12

Konsep Patriotisme dan Rukun Negara

Patriotisme merujuk kepada rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air atau negara seseorang. Konsep ini melibatkan penghargaan terhadap nilai-nilai, sejarah, budaya, dan institusi negara serta kesediaan untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan negara tersebut

MPU2304 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA K O N S E P P A T R I O T I S M E D A N R U K U N N E G A R A


KARTIKA PURI ANAK BENEDICT 05DGU23F1004 CHRISTIE BUNGAN LAH 05DGU23F1032 JOANNA NAWI ANAK LAI 05DGU23F1033 EZRA ANAK DUNCAN 05DGU23F1040 ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB Selamat sejahtera, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan restunya kami sekumplan dapat menyiapkan tugasan E-MAJALAH JENDELA INFO ini dengan sempurna dan jayanya.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami dapat memperoleh sebanyak maklumat mengenai patriotisme dan rukun negara di Malaysia dan juga dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai tajuk ini . Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kash kepada Encik Noor Fhakurulzee . Beliau telah memberi tunjuk ajar dan menunjukkan bimbingan kepada kami untuk bagi menyelesaikan tugasan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang telah bekerjasama dan memberi dorongan dan sokongan serta mencarikan bahan bagi menyiapkan tugasan EMAJALAH ini dengan sempurna, terima kasi diucapkan.Semoga E-MAJALAH ini memberi faedah dan ilmu yang berluas kepada semua orang sekalian.Terima kasih PENGHARGAAN


APA ITU KONSEP PATRIOTISME ? Patriotisme merujuk kepada rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air atau negara seseorang. Konsep ini melibatkan penghargaan terhadap nilai-nilai, sejarah, budaya, dan institusi negara serta kesediaan untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan negara tersebut. Orang yang memiliki patriotisme yang tinggi biasanya bersedia untuk berkorban demi kebaikan negara, serta turut aktif dalam pembangunan dan perlindungan negara. Seseorang yang mempunyai patriotisme yang tinggi akan sanggup berkorban, bekerja keras, dan membela negara mereka dalam pelbagai cara, termasuk melalui penglibatan dalam aktiviti negara, kecemerlangan dalam bidang-bidang penting, dan menyumbang kepada pembangunan dan keamanan negara. Patriotisme juga memainkan peranan penting dalam menjaga perpaduan dan kesatuan dalam masyarakat, serta membina identiti kebangsaan yang kuat di kalangan rakyat.


RUKUN NEGARA Keluhuran Perlembagaan: Menekankan pentingnya menjunjung tinggi perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi yang mengatur sistem pemerintahan dan hak asasi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang: Menggariskan prinsip kedaulatan undang-undang, yang menegaskan pentingnya penghormatan terhadap undang-undang dan keadilan dalam sistem perundangan negara Kesopanan dan Kesusilaan: Menekankan pentingnya kesopanan, kesusilaan, dan etika dalam pergaulan seharian sebagai asas untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan beradab. Rukun Negara adalah satu set prinsip lima yang bertindak sebagai falsafah panduan bagi rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip ini secara rasmi diumumkan pada 31 Ogos 1970 dengan tujuan untuk memupuk perpaduan, harmoni, dan kemajuan nasional dalam masyarakat berbilang etnik Kesetiaan kepada Raja dan Negara : Menunjukkan kesetiaan dan kesetiaan kepada Raja dan negara adalah penting untuk memupuk patriotisme dan perpaduan di kalangan semua rakyat Malaysia. Kepercayaan kepada Tuhan: Mengakui keagungan Tuhan adalah prinsip pertama Rukun Negara, menekankan pentingnya kepercayaan spiritual dan nilai moral dalam membentuk masyarakat.


9 KESAN MENYEMAI SIFAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan daripada penjajahan asing,pelbagai kemajuan yang telah dikecapi. Siapa sangka, negara yang terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk mencapai kemerdekaan dan seterusnya melangkah maju ke hadapan bersaing dengan negara membangun yang lain. Namun begitu, kita acap kali tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan oleh masyarakat kita sendiri yang mampu menggangu gugat kemakmuran negara kita. oleh itu, sebagai warganegara yang cinta akan tanah air,kita seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam setiap peringkat umur masyarakat agar kemerdekaan yang dicapai tidak sia-siakan. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa rambut sama hati masing-masing lain. Walaupun kita berbeza dari pelbagai sudut,dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita mampu menjadi negara yang bersatu padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Umum mengetahui, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu,Cina,India,Orang Asli dan pelbagai lagi golongan bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak . Pada Tanggal 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah isytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi bukti penyatuan rakyat yang berbilang bangsa,kaum dan agama ini. Justeru itu, dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara,semangat cinta akan negara mampu menjadi penyumbang perpaduan antara masyarakat tempatan . Dengan iltizam dan semangat yang dikongsikan bersama iaitu memajukan negara dan memartabatkan masyarakat di persada anatarabangsa,ia dapat melahirkan sebuah negara yang berwibawa.Persis kata mutiara, bersatu teguh,bercerai roboh.Anggota masyarakat pada harini seharusnya bersikap inteligensia dan terbuka dalam meraikan perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang dihadapi oleh kita. Janganlah kita bersikap seperti gajah,pelanduk mati di tengah-tengah. Nescaya perjuangan yang memecahbelahkan perpaduan akan merugikan kita. Di samping itu,semangat cinta akan negara juga membentuk masyarakat yang berdaya saing. Konsep ini kita dapat lihat di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan . Kita dapat lihat bahawa masyarakat di negara tersebut memartabatkan negara mereka dengan mengetengahkan elemen lokal atau tempatan dengan jayanya, sebagai contoh penggunaan bahasa tempatan mereka dan memperkasakan teknologi tempatan diberikan tumpuan yang lebih berbanding elemen asing.Misalnya, jenama automotif negara jepun Honda yang terkenal di seantero dunia dengan produk dan kemampuan mereka.Kita sebenarnya sudahpun mempunyai jenama yang berjaya diperingkat antarabangsa seperti Petronas tetapi kita perlu lebih banyak lagi jenama atau industri tempatan yang bersaing di peringkat antarabangsa. Berbekalkan semangat cinta akan negara, mungkin pada satu hari nanti .


KESAN MENYEMAI SIFAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT Pada sudut pandang yang lain, semangat cinta akan negara adalah penting bagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat tanah air kita. Dewasa ini, generasi muda kita lebih terdedah dan terpengaruh dengan anasir dari negara luar sehingga melupakan tradisi dan budaya yang kita miliki. Keunikan seni budaya tempatan semakin dilupakan dan pengamalnya mencari-cari pengganti yang akan mewarisi budaya atau tradisi tempatan ini. Jika tidak dijumpai maka, ia akan pupus dan hilang dek ditelan kealpaan masyarakat kita menghargai dan memelihara keunikan nenek dan moyang kita yang terdahulu. Kemodenan hari ini merupakan cabaran yang perlu kita tempuh tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita melupakan tradisi dan budaya kita. Bak kata pepatah Melayu, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Mungkin generasi hari ini perlu menyelami budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu supaya muncul kembali perasaan atau semangat cinta akan negara. Semangat cinta akan negara juga penting supaya menjadi teladan kepada generasi akan datang dalam mengekalkan kemakmuran dan keamanan negara. Terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang intelek dan menyambung pelajaran ke luar negara. Seterusnya mereka menetap di sana dan menjadi tenaga kerja professional di sana. Hal ini tidak menjadi isu yang besar tetapi alangkah baiknya jika kemampuan mereka dugunakan untuk manfaat masyarakat tempatan. Situasi ini perlu diberi perhatian oleh golongan pemimpin negara dan pembuat polisi dalam memastikan setiap ahli masyarakat kita mempunyai peluang dalam kerjaya serta pendidikan. Dengan mengutamakan dua agenda ini, negara kita pasti dapat menghasilkan tenaga kerja professional tempatan yang akan melonjakkan ekonomi dan status negara kita. Namun disebabkan kurangnya peluang dan lebih banyak manfaat yang ditawarkan di negara luar, maka ramai ahli masyarakat yang berkhidmat di negara asing. Sebagai pengajaran kepada generasi muda, pihak berwajib harus mencari solusi terbaik dalam menerapkan semangat cinta akan negara kepada semua rakyat di negara ini dan tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit. Konklusinya, pelbagai kepentingan yang dapat kita bincangkan terhadap topik semangat cinta akan negara. Perkara ini adalah mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Janganlah kita bersikap terlalu meraikan kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa memastikan masyarakat di negara kita mendapat manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh negara kita sendiri. Persis kata peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Oleh yang demikian, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam mencari mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping mengangkat elemen-elemen tempatan yang dimiliki oleh kita. Kekitaan yang kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia yang kerap kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana pengakhirannya hanyalah merugikan tamadun manusia.


U S A H A D A L A M M E M U P U K S E M A N G A T P A T R I O T I S M E D A L A M K A L A N G A N M A S Y A R A K A T Salah satu cara yang paling asas untuk memupuk semangat patriotisme adalah melalui pendidikan sejarah dan kesedaran kebangsaan. Pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai sejarah negara, perjuangan tokoh-tokoh negara, dan nilai-nilai murni yang dipegang teguh oleh wira-wira kemerdekaan. Dengan memahami perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pendahulu kita, generasi muda akan lebih menghargai kemerdekaan dan bangga menjadi warga negara Malaysia. Semangat patriotisme merupakan aspek penting dalam membina dan memperkukuh identiti kebangsaan sebuah negara. Dalam konteks Malaysia, semangat patriotisme berfungsi untuk menyatukan masyarakat pelbagai etnik dan budaya, serta membawa keharmonian dan kestabilan. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Dalam karangan ini, akan dibincangkan beberapa cara efektif untuk mencapai matlamat ini.


Usaha yang kedua ialah partisipasi dalam aktiviti kebangsaan iaitu Masyarakat perlu digalakkan untuk aktif dalam menyertai aktiviti kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan sambutansambutan budaya tempatan. Melalui penyertaan aktif dalam acara-acara ini, rasa kebersamaan dan cinta terhadap negara akan terus berkobar di hati setiap individu. Contohnya, setiap tahun, ramai masyarakat turut serta dalam perarakan bendera sempena Hari Kebangsaan, menunjukkan semangat kesetiaan mereka terhadap tanahair. PARTISIPASI DALAM AKTIVITI KEBANGSAAN USAHA YANG KEDUA Melalui penyertaan dalam aktiviti kebangsaan, warga negara dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya dapat bersatu padu dalam semangat kebangsaan, memperkukuhkan perpaduan, dan menghargai kepelbagaian sebagai kekuatan negara dapat memperkuat perpaduan dan integrasi. Selain itu , Sambutan Hari Kebangsaan dan aktiviti kebangsaan lainnya dapat membantu dalam memupuk patriotisme, cinta tanah air, dan tanggungjawab terhadap negara, serta merangsang kesedaran akan peranan setiap individu dalam memastikan kelestarian dan kemakmuran negara. Dengan menyertai aktiviti kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan, individu dapat berkontribusi dalam memperkasakan ikatan kebangsaan, memperkukuhkan perpaduan, serta melahirkan generasi warga negara yang cintakan negara dan siap berjuang untuk kemajuan bersama. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG


M E N J A L I N P E R P A D U A N D A N T O L E R A N S I A N T A R A B A N G S A Seterusnya , Komuniti Rantau: Menjalin hubungan dengan komuniti rantau seperti diaspora atau pelajar antarabangsa yang tinggal dalam satu komuniti boleh membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya, adat, dan tradisi masing-masing. Melalui interaksi harian, individu dapat memupuk toleransi, saling hormat-menghormati, serta memperkayakan pengalaman antarabangsa. Semangat patriotisme tidak harus terbatas hanya pada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga harus meliputi toleransi dan perpaduan dengan masyarakat dari negara-negara lain. Melalui kerjasama dan hubungan baik dengan negara jiran dan antarabangsa, kita dapat memupuk semangat cinta akan perdamaian dan harmoni di seluruh dunia. Contohnya, menjalankan program pertukaran pelajar dengan negara luar dapat memperkuatkan hubungan diplomatik serta memperkenalkan Malaysia kepada dunia. Selain itu , Forum Antarabangsa iaitu Menyertai forum atau persidangan antarabangsa seperti Persidangan Perubahan Iklim atau Pertemuan Kepimpinan Negaranegara ASEAN adalah platform penting untuk berbincang dan berunding mengenai isu global. Melalui dialog dan kerjasama dalam forum ini, negara boleh bekerjasama menangani cabaran bersama dan memupuk toleransi serta pengertian antara pemimpin dan rakyat. Yang terakhir , sukan antarabangsa Sukan antarabangsa sering menjadi platform yang membawa bersama individu dari pelbagai negara dalam semangat persaingan yang sihat. Melalui sukan, individu boleh memupuk perpaduan, toleransi, dan saling menghormati antara atlet dan peminat sukan dari berbagai latar belakang. Dengan melibatkan diri dalam inisiatif-inisiatif yang mempromosikan perpaduan dan toleransi antarabangsa, kita dapat memperkukuhkan hubungan antarabangsa yang harmoni, memupuk keterbukaan terhadap perbezaan, dan membina jaringan kerjasama yang kukuh di peringkat global.


L AMA - L AMA MENJ ADI B U K I T SEDI K I T DEMI SEDI K I T , Usaha dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Antaranya , pihak media terutamanya media elektronik seharusnya menyiarkan program yang mempunyai unsur patriotisme. Dalam hal ini, pihak media massa hendaklah memainkan peranan yang agresif untuk membentuk sahsiah sertaperilaku remaja bagi menyemaikan semangat patriotik dalam diri mereka. Melaluicara ini, remaja akan memperoleh pengetahuan tentang sejarah negara dan secaratidak langsung semangat patriotik akan tersemai ke dalam jiwa mereka. Oleh itu,pihak stesen televisyen perlulah bersikap inovatif dan berdaya saing bagi menyiarkan program yang berunsurkan patriotisme.Sebagai contohnya, stesen televisyen hendaklah menayangkan filem seperti filem Sarjan Hasan, Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Paloh, dan sebagainya untuk tatapan generasi muda. Usaha ini bukan sahajakan dapat memupuk semangat patriotik dalam diri remaja, malah mereka juga dapat mengetahui perjuangan tokoh yang terdahulu dan sejarah tanah air yangtercinta.


Selain itu, untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan remaja,usaha pihak kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti disokong oleh semua pihak, terutamanya ibu bapa. Dalam program ini, terdapat beberapa modul yang disediakan untuk membentuk remaja supaya mempunyai jati diri dan memupuk semangat patriotik. Sebagai contohnya, modulmodul yang disediakan dalam program ini terdiri daripada Modul Kenegaraan, Modul PembinaanKarekter, Modul Khidmat Komuniti, dan Modul Fizikal. Fikiran dan andaian yangburuk daripada orang ramai terhadap program ini sepatutnya dihapuskan. Hal ini disebabkan program ini bukan bertujuan melatih remaja dalam tentera seperti yang dilakukan di kebanyakan negara, tetapi objektifnya ialah ingin melahirkan remaja yang berketerampilan, serba boleh, berdisiplin, dan mempunyai semangat patriotik semangat cinta akan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah menyokong usaha murni kerajaan ini yang ingin melahirkan remaja yang berjiwa kental dan mempunyai jati diri MEMBANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTIK


USAHA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.


HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda pada hari ini adalah kurangnya kesedaran mengenai cabarancabaran yang perlu dihadapi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Mereka tidak lagi tahu tentang pahit jerih yang diharungi oleh generasi terdahulu dalam memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Perkara ini telah menimbulkan ‘budaya selesa’ (complacent culture) dalam kalangan remaja terutamanya mereka yang lahir selepas kemerdekaan. Hal ini juga disebabkan oleh perubahan tingkah laku pelajar yang terdedah kepada pelbagai maklumat di internet yang mengalih tumpuan dan minat mereka terhadap pembelajaran dan penghayatan nilai-nilai patriotisme ini. Justeru itu, perkara ini mesti dikawal dan dicegah sebelum berlaku dengan lebih parah lagi dan institusi sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyemai kembali perasaan cintakan negara ini.


KESIMPULANPatriotisme dan Rukun Negara adalah dua konsep yang penting dalam membentuk identiti dan kestabilan negara. Patriotisme merujuk kepada rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air, sementara Rukun Negara merangkumi prinsip-prinsip asas yang menggariskan nilai-nilai perpaduan dan kesepaduan di kalangan rakyat Malaysia. Kesimpulannya, kedua-dua konsep ini memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan kestabilan negara, serta memperkukuhkan identiti dan kebanggaan kebangsaan. Dengan memahami dan mengamalkan nilai-nilai patriotisme dan prinsip-prinsip Rukun Negara, masyarakat dapat bekerjasama untuk membina sebuah negara yang bersatu padu, berdaya maju, dan berpendirian teguh.


RUJUKAN https://tuhaulomiding.blogspot.com/2014/04/caraguru-memupuk-semangat-patriotisme.html?m=1 https://www.scribd.com/document/673029690/Punca-GenerasiMuda-Kurang-Penghayatan-Semangat-Patriotisme-112219 https://www.studocu.com/my/document/lincolnuniversity-college-malaysia/operationsmanagement/punca-semangat-patriotismesemakin-luntur/5940399 https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuksemangat-patriotik.html https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2021/08/23/1511/#:~:tex t=Terdapat%20lima%20konsep%20patriotisme%20yang,sentiasa %20berusaha%20mempertahankan%20maruah%20negara


Click to View FlipBook Version