JOM KENALI
YAB PERDANA MENTERI
MALAYSIA
KE-8
BIODATA YAB PERDANA MENTERI KE-8
Tarikh lahir : 15 Mei 1947
Tempat lahir : Muar, Johor Darul Takzim
Pendidikan :
▪ Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar
▪ Sekolah Kebangsaan Ismail, Muar
▪ Sekolah Tinggi Muar
▪ B.A. (Hons) (Economics & Malay Study), Universiti Malaya
Sumber : Pejabat Perdana Menteri
KELUARGA Sumber : BH Online
Anak kepada seorang ulama yang amat
dikenali di Bandar Maharani
Isteri : Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak : 2 lelaki dan dua perempuan
Sumber: OhMymedia
KEPERIBADIAN Sumber : Pejabat Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin memiliki kelayakan
dan pengalaman yang luas dalam
bidang politik. Beliau seorang
pemimpin yang berintegriti yang tidak
tamak pada jawatan.
Semasa pentadbirab BN, beliau telah
dipecat dari jawatan Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan
Presiden UMNO berikutan pendirian
tegas dan berani menentang arus
demi kepentingan parti.
Beliau seorang yang tegas, berani
dan jujur dalam menyelesaikan
masalah dan mencungkil rahsia tanpa
memikirkan akibatnya terhadap diri
sendiri dan jawatan yang dipegangnya
ketika itu. Berkat didikan agama yang
baik, beliau tidak pernah terlibat
dengan skandal wanita.
KERJAYA POLITIK
▪ Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
Johor pada 1970-an.
▪ Ahli Parlimen Pagoh (1978-1986)
▪ ADUN Bukit Serampang (1986-1995)
▪ Ahli Parlimen Pagoh (1995-2018)
▪ Ahli Parlimen Pagoh atas tiket Bersatu (2018-kini)
JAWATAN DALAM KERAJAAN Sumber : Berita Harian
▪ 1986-1995 : Menteri Besar Johor
▪ 1995-1999 : Menteri Belia dan Sukan
▪ 1999-2004 : Menteri Perdagangan Dalam
Negeri & Hal Ehwal Pengguna
▪ 2004-2008 : Menteri Pertanian & Industri Asas
Tani
▪ 2008-2009 : Menteri Perdagangan Antarabangsa &
Industri
▪ 2009-2015 : Timbalan Perdana Menteri &
Menteri Pendidikan
▪ 23.7.2015 : Digugurkan dari Barisan Kabinet
▪ 12.5.2018 – 24.2.2020 : Menteri Dalam Negeri
(di bawah kerajaan Pakatan Harapan)
▪ 29.2.2020 : Perdana Menteri ke-8.
SUMBANGAN “Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem
pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.
▪ Pelan Pembangunan Pendidikan Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan
Malaysia (2013-2025) - Pendidikan Pra setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran
Sekolah hingga lepasan Menengah baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di
dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir
secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang
pentingnya, setiap murid di negara kita perlu diterapkan
dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang
tepat untuk diri mereka, keluarga, dan negara, serta
berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa
depan”.
▪ Lawatan Kerja Rasmi ke Ohio 2013 Sumber: Bernama
“Kita tidak boleh berterusan begini. Sebab
itu kenapa kementerian saya, kami kini
memberi penekanan kepada pendidikan
vokasional dan teknikal di samping
mengharapkan orang seperti anda pergi
ke universiti dan kembali dengan ijazah
seperti jurutera, peguam, akauntan dan
profesion lain.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti
bukan sahaja menerima tetapi juga
mendukung perpaduan nasional sebagai
agenda negara yang penting untuk
memastikan survival negara dan
progresif.”
▪ Salur bantuan ke Palestine Sumber : Sinar Harian
"Melalui Akaun Amanah Kemanusiaan
Rakyat Palestin (AAKRP) seliaan
Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah
menyumbang sebanyak AS$10,000
kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun 2020.
Sumbangan tersebut telah disalurkan
kepada Kementerian Awqaf, Jordan. Selain
itu, bagi membantu kerajaan Palestin
membendung wabak pandemik Covid-19,
kerajaan Malaysia turut menghulurkan
bantuan kepada Palestin membabitkan
barangan perubatan, iaitu satu juta pelitup
muka, 500,000 pelindung muka dan
500,000 sarung tangan getah”.
DASAR-DASAR SEWAKTU PANDEMIK COVID-19
PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
▪ Merupakan pelan halatuju untuk mengawal
pandemik covid-19 dan boleh membolehkan
pembukaan semula negara secara progresif.
▪ 4 fasa bagi pelonggaran sekatan
KEJAYAAN PROGRAM VAKSINASI Sumber: Astro Awani
Malaysia mempunyai kadar
vaksinasi yang kedua tertinggi di
Asia Tenggara hanya di belakang
Singapura dan lebih daripada dua
kali kadar vaksinasi berbanding
Thailand dan Indonesia. Menjelang
akhir Ogos 2021, dijangkakan lebih
daripada separuh rakyat Malaysia
yang layak menerima vaksin telah
divaksin sepenuhnya.
Sumber : Bernama Sumber : Berita Harian
PM HADAPI CABARAN COVID-19
BERSAMA-SAMA RAKYAT
“Kita ibarat sebuah keluarga besar.
Kita saling bantu membantu ketika
zaman susah. Kita jaga keluarga
kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga
masyarakat kita. Baik kita di
kampung, di Kawasan perumahan,
di kondominium, di rumah flat. Kita
jaga kita. Inilah nilai sebenar
persaudaraan rakyat. Malaysia
tanpa mengira bangsa”.
Sumber : Pejabat Perdana Menteri
PM MENGAMBIL BERAT TENTANG RAKYAT
“Adalah menjadi tanggungjawab
saya untuk mengambil berat tentang
rakyat tanpa mengira kaum, agama
dan warna kulit. Ini keutamaan saya
yang paling penting.
Apa yang telah saya lakukan dalam
tempoh enam bulan lepas adalah
berdasarkan prinsip ini. Saya bukan
sahaja perlu menjaga kesejahteraan
rakyat tetapi juga mata pencarian
mereka”.
- Malis penutupan Konvensyen
Setengah Tahun Pentadbiran PN.
Sumber : Pejabat Perdana Menteri
PM TEGAS, AMANAH & BERPRINSIP
“Dari mula saya menjawat jawatan
Perdana Mentei, saya bertawakkal
kepada Allah. Bagi saya, kedudukan
saya tidaklah penting, tetapi bagaimana
saya menjalankan amanah kepimpinan
itulah yang paling utama.
Amanah kepimpinan ini adalah satu ujian
buat saya dan saya mesti melakukan
perkara yang betul. Saya tidak boleh
sekali-kali berkompromi tentang hal
prinsip”.
Sumber : Bernama
PM UMUM PAKEJ KITA PRIHATIN
“Saya merayu saudara dan saudari Sumber : Pejabat Perdana Menteri
sekalian supaya menolak tindakan
membuta tuli segelintir ahli politik yang
sengaja mahu menjejaskan kestabilan
politik dan pelan pemulihan ekonomi
negara yang sedang dilaksanakan
dengan baik pada masa ini.
InsyaAllah, kita boleh melakar masa
depan yang lebih baik dari semalam.
Saya yakin dan percaya kepada
kekuatan semangat kita sebagai rakyat
Malaysia.
Marilah kita bersama-sama mendoakan
kemakmuran negara kita dan
kesejahteraan seluruh rakyat. Mudah-
mudahan pakej Kita Prihatin ini akan
dapat memberikan manfaat yang besar
kepada saudara dan saudari sekalian”.
PAKEJ PRIHATIN TAMBAHAN BAGI PKS
“Geran Khas Prihatin sebanyak RM
3000 yang diberikan kerajaan
kepada pengusaha PKS mikro dilihat
mampu membantu ahli kami yang
terbabit dengan perusahaan
kraftangan dan cenderamata”-Datuk
Mohd Khalid Harun
Presiden Persatuan Agensi
Pelancongan Malaysia (MATA)
Sumber : Bernama
Sumber : Kosmo
PM UMUM PENJANA
Tarikh : 5 Jun 2020
40 inisiatif bernilai RM 35 billion.
Tema “ Bersama menjana ekonomi”
“Saya tahu ramai dalam kalangan saudara saudari yang bimbang akan risiko
kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak sektor dan aktiviti
ekonomi terjejas dalam tempoh PKP. Saya faham ekonomi akan mengambil masa
untuk pulih dan terdapat golongan masyarakat yang masih memerlukan bantuan
sepanjang tempoh pemulihan ekonomi”
PM UMUM PEMERKASA
Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi bernilai RM20 billion
KOMITMEN KERAJAAN
▪ Program Imunisasi Covid19 selesai lebih awal 2021
▪ PKPD secara lebih bersasar
▪ Melonjak pertumbuhan ekonomi – sektor ekonomi bergerak semula
▪ Penguatkuasaan pematuhan SOP dipertingkatkan
PM UMUM PEMULIH
Tarikh : 28 Jun 2021
Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM 150 billion
“Kerajaan tetap terus bergerak, berjuang dan berusaha keras setiap masa, sekalipun dalam
keterbatasan, untuk memastikan negara kekal berada pada landasan pemulihan yang tepat dan
nasib anda semua terus terbela. Biarpun diuji setiap segi, Kerajaan berikrar akan terus cekal
memberikan khidmat terbaik buat anda semua”.
▪ FOKUS PERTAMA : MENERUSKAN AGENDA PRIHATIN RAKYAT
▪ FOKUS KEDUA : MENYOKONG PERNIAGAAN
▪ FOKUS KETIGA : MENINGKATKAN VAKSINASI
Ehsan: Gombak kita setia
GALERI GAMBAR
Lawatan PM ke Sumber : Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hospital Tengku “Saya mendoakan semua petugas barisan
hadapan diberikan kesihatan dan kekuatan dalam
Ampuan Rahimah meneruskan amanah ini”.
“Saya turut berkongsi keyakinan bahawa
usaha Kerajaan mencapai tahap imuniti
kelompok sebelum akhir tahun ini berada
pada landasan tepat apabila kadar vaksinasi
negara terus mencatatkan peningkatan di
mana semalam lebih 420,000 dos sehari
berjaya diberikan.
Kadar vaksinasi harian ini adalah antara
yang tertinggi di dunia dan ini merupakan
satu 'milestone' yang sangat baik buat
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
dan usaha Kerajaan mencapai imuniti
kelompok. Pencapaian ini adalah atas kerja
keras semua pihak termasuk rakyat secara
keseluruhan yang semakin cakna dengan
kepentingan mengambil suntikan vaksin
COVID-19”.
Lawatan YAB Perdana
Menteri ke Negeri
Sabah
“Saya sempat bertanya khabar dan
mendengar sendiri permasalahan mereka.
Alhamdulillah, saya dimaklumkan yang
mereka mendapat beberapa insentif bantuan
daripada kerajaan.
Terdahulu, saya berpeluang melawat Pusat
Pemberian Vaksin di Dewan Serbaguna
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Sabah, bagi meninjau proses pemberian
vaksin kepada petugas barisan hadapan.
Saya berpuas hati dengan proses
pelaksanaan pemberian vaksin di Sabah
yang mana sebanyak 96.8 peratus daripada
42,117 penerima dalam fasa pertama telah
menjalani vaksinasi”
Sumber : Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lawatan kerja YAB
Perdana Menteri ke
Sarawak
“Lawatan kerja dua hari saya ke
Sarawak berakhir dengan
menghadiri program bersama
kerajaan negeri, penjawat awam,
beramah mesra dengan masyarakat
setempat, lawatan ke medan niaga
serta program Ziarah Prihatin.
Saya yakin di bawah kepemimpinan
YAB Ketua Menteri dan kerjasama
Kerajaan Pusat, Sarawak akan
mencapai kemajuan dan
pembangunan pesat untuk muncul
antara negeri paling maju di
Malaysia”.
Sumber : Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin
YAB Perdana Menteri menunaikan solat
sunat tarawih berjemaah bersama para
menteri, timbalan menteri dan
pengurusan tertinggi perkhidmatan
awam pada malam Nuzul Al-Quran
“Alhamdulillah, pada malam Nuzul Quran ini
saya dan isteri berpeluang menunaikan solat
sunat tarawih berjemaah bersama para
menteri, timbalan menteri dan pengurusan
tertinggi perkhidmatan awam.
Terdahulu, kami berbuka puasa bersama-
sama sebelum mendirikan solat maghrib dan
Isyak berjemaah, dengan diimamkan oleh
Ustaz Izmal Zaidi, Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya.
Saya bersyukur kerana turut berkesempatan
mengikuti tazkirah oleh Ustaz Badli Shah
Alauddin tentang mukjizat al-Quran, sesuai
dengan sejarah malam turunnya kitab suci
umat Islam”.
Sumber : Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin
TERIMA KASIH
TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MD. YASIN