The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghasilan buku ini merupakan Pentaksiran Alternatif Diploma Pascasiswazah Pendidikan (e-portfolio bagi subjek PQI6001 Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najibahnasa, 2022-02-10 21:20:16

Sejarah Perkembangan Pendidikan Malaysia

Penghasilan buku ini merupakan Pentaksiran Alternatif Diploma Pascasiswazah Pendidikan (e-portfolio bagi subjek PQI6001 Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan.

Phot by Christoph Obeschneider

NOR AINA NAJIBAH BINTI NASARUDIN
17147408

Zaman Pra merdeka Zaman Dasar Ekonomi
(sebelum 1957) Baru

(1971-1990)

Zaman Pasca Merdeka
(1957 – 1970)

Zaman Dasar
Wawasan Negara

(2001 – kini)

Zaman Dasar
Pembangunan Negara

(1991-2000)

Zaman Pramerdeka
(sebelum 1957)

Tempoh pertama (1786-1941)

Sebelum kedatangan British ke
Tanah Melayu, pendidikan
awal adalah berbentuk tidak
formal. Pembelajaran tidak
formal ini dilaksanakan di
sekolah-sekolah pondok dan
institusi madrasah yang
banyak memberi penekanan
kepada mata pelajaran Tauhid,
Feqah dan Al-Quran.

Selepas kedatangan

British ke Tanah Melayu,

maka wujud dasar sistem

persekolahan berbentuk

vernakular. Terdapat empat

aliran persekolahan iaitu

sekolah vernakular Melayu,

Sekolah Vernakular Cina,

Sekolah Vernakular Tamil dan

Sekolah Inggeris. Sekolah Rendah Cina Yuk Choy ditubuhkan di
Ipoh pada tahun 1907

Tempoh Kedua (1946-1957)

Pada tahun 1950, sebuah Laporan
jawatankuasa yang dipengerusikan Barnes
oleh L.J. Barnes telah ditugaskan
untuk menyemak dan memperbaiki
keadaan pendidikan untuk kaum
Melayu. Hal ini kerana kaum Melayu
mula sedar bahawa untuk terus
menjadi golongan dominan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial,
maka kuncinya ialah maju dalam
bidang pendidikan.

Laporan Jawatankuasa Mengenai
Pendidikan Melayu atau Laporan
Barnes (1951) menyatakan bahawa
untuk memajukan pendidikan Melayu,
seluruh sistem pendidikan perlu
dirombak semula.

Antara perkara yang disyorkan oleh Laporan Barnes:

i. Matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa
bangsa yang berasaskan pelbagai kaum

ii. Sekolah-sekolah vernacular Melayu, Cina dan Tamil hendaklah
dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis saja iaitu
sekolah kebangsaan

iii. Sekolah kebangsaan hanya menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

iv. Sekolah kebangsaan menyediakan pendidikan dasar percuma
kepada kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas
selama enam tahun

Laporan Fenn-Wu

Laporan Barnes telah mendapat tentangan hebat daripada
beberapa golongan masyarakat khususnya kaum Cina yang
berpendapat bahawa laporan itu merupakan usaha untuk
membekukan dan menghapuskan bahasa dan kebudayaan
mereka. Untuk mengkaji masalah pendidikan Cina, Henry
Gurney telah melantik sebuah jawatankuasa jemputan pada
tahun1951.

Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu
yang berpendapat :

i. Walaupun bahasa Melayu hendak dijadikan bahasa rasmi
dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun
orang Cina perlu diberi peluang untuk membentuk
kebudayaan negara.

ii. Galakan hendaklah diberi kepada orang Cina untuk
menguasai bahasa Melayu dan Inggeris

iii. Dasar Pendidikan Tanah Melayu hendaklah disalurkan
kepada matlamat untuk membentuk kewarganegaraan
Tanah Melayu

Ordinan pelajaran 1952

Memandangkan pandangan-pandangan yang berlainan yang
dikemukakan dalam Laporan Barnes dan Laporan fenn-Wu,
kerajaan British kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa
Khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Sebagai
hasilnya, Jawatankuasa Khas telah mencadangkan :

i. Matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan
sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan

ii. Fungsi sekolah kebangsaan ini ialah menyediakan kursus
pendidikan dasar percuma selama enam tahun berorientasikan
kehidupan di Tanah Melayu untuk kanak-kanak semua kaum

iii. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan hendaklah
bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu ( bahasa Ingeris dan
Melayu) dan segala kemudahan hendaklah disediakan untuk
mengajar bahasa Cina dan Tamil jika diperlukan oleh ibu bapa
murid -murid daripada kedua-dua kaum tersebut.

Laporan Jawatankuasa

Khas itu telah

dibentangkan di Majlis

Perundangan Persekutuan

dan diluluskan pada

September 1951,

kemudian dikuatkuasakan

sebagai Ordinan Pelajaran

1952.

Laporan Razak Antara cadangan-cadangannya ialah:
1. Keempat -empat sistem

persekolahan dalam peringkat

sekolah rendah akan terus

diadakan; kurikulumnya akan

dipinda dan disesuaikan dengan

menerapkan unsur-unsur

kebangsaan ke dalamnya.

2. Sistem persekolahan ini akan

dipinda kepada dua kategori

sahaja iaitu Sekolah Umum dan

Sekolah Jenis Umum

3. Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris akan menjadi mata

Apabila parti perikatan pelajaran wajib bagi semua

memenangi pilihan raya pada sekolah

1955, sebuah jawatankuasa 4. Untuk membentuk satu identiti

telah ditubuhkan untuk yang samma bagi generasi

mengkaji dan menggubal dasar berbilang kaum yag akan datang,

pendidikan. Jawatankuasa ini satu sukatan pelajaran yang

mengemukakan laporannya sama harus digubal bagi semua

yang dikenali sebagai Laporan sekolah rendah. Isi kandungan

Razak, pada bulan April buku-buku teks haruslah

1956.Laporan Razak mengandungi unsur-unsur

dibentangkan dan seterusnya kehidupan di Persekutuan Tanah

diluluskan dalam Majlis Melayu.

Perundangan Persekutuan 5. Untuk menjamin kelicinan

pada April 1957, kemudian perkhidmatan guru, adalah

dikuatkuasakan sebagai Ordinan dicadangkan bahawa semua guru

Pelajaran 1957. diletakkan di bawah satu

perkhidmatan professional

Zaman Pasca Merdeka
(1957 – 1970)

Laporan Rahman Talib

Pada tahun 1959, sebuah

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

telah dibentuk dengan melantik

Y.B. Encik Abdul Rahman Talib

yang ketika itu menjadi Menteri

Pelajaran Malaya, sebagai

pengerusinya. Tujuan perlantikan

jawatankuasa tersebut ialah

mengkaji semula polisi pendidikan

kebangsaan sebagaimana yang Y.B.Dato’ Abdul Rahman Talib
dilantik sebagai Menteri
telah dicadangkan dalam Laporan
Pelajaran sebanyak 2 kali iaitu
Razak. pada 1960 – 1962 dan 1964 –

1965

Laporan Rahman Talib

dibentangkan di Parlimen dan

diluluskan, kemudian dikuatkuasan

dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak

itu, perkembangan pendidikan

kebangsaan selanjutnya adalah

berdasarkan kepada polisi

pendidikan kebangsaan yang

tercatat dalam Akta Pelajaran

1961.

Antara cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib :

1. Untuk memberi kedudukan yang wajar kepada Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, semua Sekolah Rendah Umum dan
Sekolah Rendah Jenis Umum dicadangkan menukar Namanya
menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan

2. Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah
dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau
Bahasa Kebangsaan. Tujuannya ialah untuk memupuk semangat
perpaduan di antara rakyat berbilang kaum.

3. Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting untuk
perkembangan ekonomi dan pendidikan negara. Oleh itu
Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di
Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Pantai Timur atau negeri
Johor.

4. Untuk menjamin semua murid dapat bersekolah sekurang-
kurangnya sehingga menengah rendah, Jawatankuasa ini
mencadangkan bahawa yuran di semua sekolah rendah
dimansuhkan.

5. Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama Islam di
sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid yang
beragama Islam. Pebiayaan dalam pengurusan kelas agama
sekolah rendah akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan.

Perubahan Sistem Pendidikan Berdasarkan
Perlaksanaan Rancangan- Rancangan Lima tahun

Malaysia

Perkembangan pendidikan di
antara tahun 1963 hingga 1975
boleh dibahagi kepada tiga tahap:

Tahap pertama (1963-1965)
merupakan tahap pelaksanaan
rancangan sistem pendidikan yang
telah dikuatkuasakan dalam Akta
Pelajaran 1961.

Tahap kedua (1966- 1970)

merupakan tahap pelaksanaan

rancangan pendidikan di bawah

Rancangan Malaysia Pertama,

yang digubal dengan tujuan

menyelesaikan masalah-masalah

ekonomi dan sosial yang timbul Perkembangan sistem pendidikan

dalam tempoh itu. Dalam tahap dalam tahap ketiga (1971-1975)

ini beberapa buah Sekolah untuk memenuhi keperluan-

Menengah Teknik dan Sekolah keperluan perkembangan ekonomi

Menengah Vokasional dalam serta mengeluarkn dengan ramai

peringkat menengah atas pekerja mahir bagi pelaksanaan

ditubuhkan. Dasar Ekonomi Baru. Sistem

pendidikan juga dirancang supaya

memberi sumbangan penting bagi

menggalakkan perpaduan di

kalangan rakyat berbilang bangsa.

Zaman Dasar Ekonomi

Baru (1971-1990)

Konflik antara kaum atau lebih Dengan membawa semangat

dikenali sebagai Tragedi 13 Mei Dasar Ekonomi Baru dan Rukun

1969 telah menyedarkan semua Negara, maka objektif

golongan masyarakat bahawa Rancangan Malaysia Kedua

usaha pembangunan sosial dan (1971-1975) dalam pendidikan

ekonomi oleh pihak kerajaan telah difokuskan kepada :

harus sering menegaskan prinsip 1. Memperkukuh sistem
keadilan , keistimewaan pendidikan bagi menggalakkan
kedudukan kaum bumiputera
integrasi nasional
dan perluasan peluang mobiliti
ekonomi dan sosial khususnya di 2. Mengubahsuai dan

Kawasan luar bandar. Peristiwa memajukan program

13 Mei 1969 telah mendorong pendidikan dan latihan bagi
kepada penggubalan Dasar memenuhi permintaan

Ekonomi Baru dan Pancasila pengeluaran tenaga kerja
kebangsaan yang dikenali sebagai terlatih dalam berbagai-bagai
bidang
rukun negara.

3. Mempertingkat mutu

pendidikan bagi membina

masyarakat yang progresif

berasaskan sains dan

teknologi

4. Memperbaik organisasi

pendidikan iaitu jentera

pelaksanaan perancangan dan

penyelidikan bagi mencapai

objektif di atas.

Laporan
Jawatankuasa

Kabinet
1979

Pada 1974 kerajaan telah Jawatankuasa Kabinet

menubuhkan satu jawatankuasa ditugaskan untuk :

Kabinet yang mengandungi 8 1. Mengkaji sejauh mana

anggota Menteri daripada pelbagai pelaksanaan dasar pelajaran

kaum dengan Timbalan Perdana kebangsaan menerusi

Menteri Y.A.B Dato’ Seri Dr. sistem pelajaran yang ada

Mahathir Mohamed sebagai pada tahun 1979 :

pengerusi. Jawatankuasa kabinet - Boleh melahirkan tenaga
rakyat jangka panjang dan
ini ditugaskan untuk mengkaji jangka pendek yang diperlukan
negara
pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan, matlamat dan kesan

sistem pelajaran, termasuk

kurikulumnya untuk memastikan - Berjaya menghasilkan satu
masyarakat yang bersatupadu,
bahawa keperluan tenaga rakyat berdisiplin dan terlatih

negara dapat dipenuhi. Hasil

kajian dan syor-syor mengenai

sistem pendidikan telah 2. Hasil daripada kajian ini,
membuat syor-syor yang
diumumkan melalui Laporan sewajarnya

Jawatankuasa Kabinet pada tahun

1979.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN
SELEPAS 1979

PENDIDIKAN PRASEKOLAH PEMBENTUKAN KURIKULUM
BARU SEKOLAH RENDAH
Kementerian Pendidikan (KBSR)

Malaysia telah merangka Hasil kajian dan syor-syor oleh
Jawatankuasa Kabinet 1979,
kurikulum prasekolah yang maka Kurikulum Baru Sekolah
Rendah telah dibentuk dengan
dicadangkan untuk dilaksanakan memberi penegasan kepada
pendidikan dalam bidang 3M.
pada tahun 1990-an.

Pengelolaan prasekolah di

negara Malaysia adalah di

bawah anjuran agensi-agensi

kerajaan dan separa kerajaan

seperti KEMAS, Felda,

Jabatan Perpaduan Negara, PEMBENTUKAN KURIKULUM

Badan-badan agama dan pihak BERSEPADU SEKOLAH

swasta. MENENGAH (KBSM)

RANG UNDANG-UNDANG KBSM mula dilaksanakan dalam

PENDIDIKAN 1995 peringkat percubaan pada

Rang Undang-undang tahun 1988 kemudian

Pendidikan 1995 merupakan dilaksanakan secara

Akta Pendidikan yang baru. Ia berperingkat sehingga tahun

digubal berdasarkan daripada 1993.

prinsip dan ideologi Penyata

Razak 1956 dan Laporan

Rahman Talib 1960 serta

Falsafah dan Matlamat

pendidikan selaras dengan

Wawasan negara.

Zaman Dasar Pembangunan Negara
(1991-2000)

Penggubalan semula kurikulum sekolah rendah adalah sesuai dan
kena pada masanya. Sehubungan ini, Malaysia mengambil langkah
untuk mengemaskini sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan beberapa perubahan pendidikan seperti berikut :
1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah diserap dalam sistem

sekolah rendah mulai tahun 1992.

2. Mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah
dari 6 tahun ke 5 tahun bagi murid-murid cerdas, mulai
tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS dalam darjah
3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk
murid-murid yang terkandas.

3. Memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan
melanjutkan tempoh pelajaran mereka dari 9 tahun hingga 11
tahun iaitu sehingga tingkatan 5 di peringkat sekolah
menengah

4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan
pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan
dan ekonomi rumah tangga

5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah
Rendah mulai tahun 1993

6. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan
mengubahsuai KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran
wawasan 2020. Menubuhkan Sekolah Wawasan dengan
menggabungkan SK, SJK (C) dan SJK (T) di bawah satu
kawasasn yang sama dengan tujuan mewujudkan perpaduan
kaum

7. Mewujudkan Jabatan Pendidikan Khas untuk merancang
dan memberikan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak
cacat agar menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah
dan menengah.

8. Memperkenalkan komputer sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran

9. Memperkenalkan konsep Sekolah Bestari menjelang tahun
2020

10.Mengutamakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan
Kertas Ujiannya (MUET) dalam peperiksaan STPM

11. Menaiktaraf kelayakan guru-guru daripada sijil kepada
diploma

Zaman Dasar Wawasan Negara
(2001 – kini)

Antara dasar dan perancangan pendidikan yang diperkenalkan
oleh kerajaan pada era ini adalah :

1. Melaksanakan pendidikan wajib

pendidikan rendah yang

dilaksanakan secara

berperingkat mulai Tahun 1

pada 2003.

2. Melaksanakan pengajaran-

pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa

Inggeris mulai tahun 2003.

3. Program J-QAF diperkenalkan
mulai 2005

4. Sekolah Agama Rakyat dan
Sekolah Agama Negeri didaftar
sebagai sekolah Agama bantuan
kerajaan mulai 2005

5. Penubuhan Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia

(KPTM) pada 2004

6. Pelaksanaan KSSR bermula
pada tahun 2011 dan KSSR
(semakan 2017) pada 2017
dan pelaksanaan KSSM secara
berperingkat pada 2017

7. Menaiktaraf sekolah

Vokasional menjadi kolej pada

2013

8. Penilaian Menengah Rendah
(PMR) diganti dengan PT3
pada 2014

9. Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah
(PdPR) akibat Pandemik
Covid-19

10.Pemansuhan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) pada
2021

Rujukan :

Ahmad, Anuar & Atiqah, Nur. (2010). Sejarah Dan Asas
Pendidikan Di Malaysia:Perlaksanaan 3r. Educational
Intercultural Understanding, 56-76.

Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, sistem dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sang, M. S. (1988). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version