The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JULIEANA BINTI ISMAIL Moe, 2021-09-13 01:16:40

Taklimat MSSWPKL 2021_Teknikal

Taklimat MSSWPKL 2021_Teknikal

PERTANDINGAN SUKAN CATUR DALAM TALIAN

MSSWPKL 2021 NA Masha Naizli Menhat

PERATURAN AM
PERTANDINGAN

PENGENDALIAN TORNELO DAN ZOOM

Agenda 01 Garis Masa Pertandingan
02 Format Pertandingan
03 Peralatan Pertandingan
04 Peraturan Am
05 Tornelo
06 Zoom
07 Fair Play
08 Peraturan Tambahan

Pertandingan Sukan Catur Dalam Talian
MSSWPKL 2021
• Pertandingan kategori individu
• menggunakan Undang-undang Persekutuan

Catur Antarabangsa (Federation Internationale
Des Echecs – FIDE)
• Pertandingan Kategori Individu dijalankan
mengikut Sistem Swiss dan menggunakan
Aplikasi TORNELO



Format Pertandingan

• Susunan Pemain (Ranking) berdasarkan rating Fide dan Tornelo terkini
• Kedudukan teratas dalam susunan senarai pemain akan bermain putih
• Pairing dibuat menggunakan sistem Tornelo
• Default Time – 2 minit diberikan sebelum Arbiter memulakan jam sekiranya

pemain tidak memulakan permainan pada waktu yang sepatutnya
• 15 minit no show time – kemenangan diberikan kepada pihak lawan

sekiranya pemain gagal memulakan perlawanan.

Format Pertandingan

• 8 pusingan – pemain WAJIB bermain kesemua 8 pusingan, hanya pemain
yang bermain kesemua pusingan akan diberikan sijil penyertaan

• Tempoh permainan bagi setiap pemain ialah 25minit + 5 saat
• Pungutan mata:

• menang= 1 mata
• seri= ½ mata
• kalah= 0 mata
• bye= 1 mata

Format Pertandingan

• Sistem pemecah-seri (tie-break) yang digunakan:
I. Mata Solkoff / Buchholz
II. Mata Sonneborn-Berger
III. Mata progresif / kumulatif

• Kedudukan AKHIR di Tornelo bukan kedudukan rasmi, kedudukan AKHIR
yang rasmi adalah keputusan yang dijana menggunakan swiss manager.

• Keputusan akhir Tornelo tidak diguna pakai sebagai keputusan rasmi

HURAIAN
PERTANDINGAN

• ONLINE/DALAM TALIAN: di rumah pemain
(tidak dibenarkan bermain disekolah)

• PAKAIAN: t-shirt sukan sekolah/kelab catur/unit beruniform
(tidak dibenarkan memakai jaket)

• KATEGORI: Menengah – B18L, B18P, B15L, B15P
Rendah – B12L, B12P, B10L, B10P

Peralatan Pertandingan

• Sebuah komputer / laptop
• Webcam – built-in atau mudah alih. (Pengunaan telefon bimbit sebagai

kamera hadapan adalah tidak dibenarkan)
• Kamera dari sisi kanan/kiri belakang pemain. (boleh menggunakan telefon

bimbit, tablet, atau ipad)
• Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh

mengganggu ketelusan permainan seperti buku catur dan sebagainya
• Setiap pemain hendaklah bermain menggunakan komputer sistem operasi

Windows / Linux dan MacOS sahaja. Sistem lain tidak dibenarkan.

Peralatan Pertandingan

• Komputer mudah alih skrin sekurang – kurangnya 14-inci atau lebih untuk
bermain

• Telefon pintar, tablet mudah-alih, PDA dan saiz skrin monitor komputer
kurang dari 14 -inci tidak dibenarkan

• Komputer yang menggunakan perisian android, chromebook atau perisian
emulator untuk bermain tidak dibenarkan

• Sambungan kepada dua (2) skrin (monitor) atau lebih tidak dibenarkan.

PERATURAN AM
PERTANDINGAN

Peraturan Am Pertandingan

• Sepanjang permainan tidak boleh memasang headphone /earphone atau yang
seumpamanya

• Tidak dibenarkan menggunakan sebarang virtual background atau sebarang filter
• Dalam situasi di mana anda terputus hubungan internet, anda boleh masuk kembali dan

menyambung permainan selagi masa permainan masih ada. Masa tidak akan dihentikan.
• Anda wajib memastikan pemantauan Zoom telah ON dahulu sebelum menyambung

permainan anda.
• Tempat bermain haruslah sesuai dan mempunyai pencahayaan yang cukup. Tidak boleh

bermain di tempat yang gelap dan mempunyai bunyi luaran.

Peraturan Am Pertandingan

• Tidak dibenarkan membuka sebarang peranti lain ketika permainan
• Tidak dibenarkan membuka sebarang tab ke sebarang website yang lain
• Dalam situasi normal, pemain diminta mute Zoom semasa permainan, namun jika ada

keperluan arbiter boleh meminta pemain untuk unmute ketika permainan
• Tidak dibenarkan memanggil arbiter ketika permainan dan meminta arbiter memeriksa

permainan untuk engine accuracy kerana ini adalah satu bentuk tuduhan (accusation) dan jika
ia adalah tuduhan tidak berasas ia akan mengganggu konsentrasi lawan.
• Pemain tidak perlu risau kerana tornelo mempunyai sistem yang boleh memeriksa engine
usage di dalam permainan.

Peraturan Am Pertandingan

• Pemain tidak dibenarkan mempunyai second monitor bersambung dengan komputer yang
digunakan untuk bermain.

• Sebarang peranti mudah alih, tab atau apa saja peranti selain dari peranti yang digunakan
untuk permainan tornelo hendaklah tiada dalam pandangan pemantauan dan di luar dari
jangkauan pemain (out of sight and out of reach)

• Pemain hendaklah bersendirian di tempat anda bermain.
• Penjaga untuk pemain bawah 10 boleh membantu ketika peringkat awal penyediaan namun

apabila permainan telah bermula penjaga hendaklah meninggalkan ruang permainan.

Peraturan Am Pertandingan

• Kawasan permainan hendaklah bebas dari nota-nota atau bahan bacaan berkaitan catur.
• Pemain TIDAK DIBENARKAN untuk menulis notation
• Sebarang peraturan biasa dalam permainan catur secara on the board adalah terpakai

misalnya tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain semasa permainan
• Pelanggaran peraturan kali pertama akan dikenakan amaran. Pelanggaran kali kedua,

permainan akan DITAMATKAN DAN KEMENANGAN diberi kepada pihak lawan.

Peraturan Am Pertandingan

• Semua pemain WAJIB untuk menyertai Pertandingan Percubaan seperti yang dijadualkan
dalam garis masa Pertandingan ini

• Tujuannya adalah untuk membiasakan suasana pertandingan dan konfigurasi platform zoom
yang betul.

• Kegagalan menyertai Pertandingan percubaan akan menyebabkan penyertaan pemain itu
DIBATALKAN.

• Nama pemain akan dikeluarkan dari senarai pairing Pertandingan sebenar.
• Semasa Pertandingan sebenar sekiranya pemain gagal untuk bermain sebanyak 2 kali berturut-

turut, nama pemain akan dikeluarkan dari pairing. Penyertaan akan pemain dibatalkan.

PLATFORM
PERTANDINGAN

Pendaftaran Akaun

• Membuka akaun tornelo dengan menggunakan emel MOE pemain.
• Pastikan pemain sendiri yang membuka akaunnya supaya tiada masalah akses.
• Pihak pengurus/ sekolah tidak digalakkan untuk membuka bagi pihak pemain kerana

dikhuatiri pemain tidak boleh mengakses akaunnya nanti.
• Emel yang digunakan untuk membuka akaun tornelo wajib sama dengan emel yang

dihantar dalam borang pendaftaran pemain.

Pendaftaran Akaun

1. Dengan menggunakan web browser, layari link https://home.tornelo.com/start-here/
2. Klik SIGN IN

Pendaftaran Akaun

3. Klik Create new account

Pendaftaran Akaun

4. Isi alamat emel, Nama Penuh dan password klik Create account setelah selesai.

Pendaftaran Akaun

5. Setelah berjaya create account, sila periksa emel yang digunakan untuk pendaftaran
akaun Tornelo. Klik confirm email address

Pendaftaran Akaun

5. Sila tetapkan privacy setting akaun pemain dengan mode Public, Kilk Profile nama pemain
kemudian klik Edit

Langkah 1 Langkah 2

Pendaftaran Akaun

6. Privacy tetapkan kepada mode Public

Langkah 3

Check-In

1. Pemain bertanggungjawab untuk Check-in ke dalam link pertandingan sebelum tarikh yang
ditetapkan untuk memastikan akaun boleh digunakan sebelum hari pertandingan.

2. Link Pertandingan akan diberikan kemudian melalui Pengurus pasukan masing-masing.

Cara check-In

1. Check-in di Tornelo selepas nama dimuatnaik ke sistem Tornelo mengikut garis masa yang
telah ditetapkan.

2. Login ke akaun tornelo anda dengan akaun yang dihantar semasa pendaftaran
3. Pergi ke link Pertandingan
4. Periksa nama anda berada di dalam kategori permainan yang betul. Jika ada kesilapan

mohon maklumkan kepada pengurus pasukan sekolah dengan segera supaya pengurus
pasukan boleh berhubung dengan pihak urusetia pertandingan untuk pembetulan.
5. Bahagian atas anda boleh melihat statusnya adalah You are a player dan ada butang
check-in di sebelah kanan

Cara check-In

6. Klik checkbox check-in supaya simbol tick dimasukkan dan butang bertukar hijau

7. Proses ini adalah wajibkan (rujuk garis masa) untuk memastikan semua akaun pemain
boleh diakses tanpa masalah

8. Mohon maklumkan dengan segera jika ada isu hendak check-in dengan menghubungi
urusetia pertandingan melalui pengurus pasukan sekolah

9. Kegagalan untuk check-in sebelum masa ditetapkan akan menyebabkan penyertaan
pemain DIBATALKAN

Check-In

7. Pemain dan Pengurus pasukan perlu memastikan pemain untuk Check-in SEBELUM:
• Pertandingan percubaan (Rendah dan Menengah) : 8.00 malam 15 September 2021
• Pertandingan sebenar (Rendah dan Menengah) : 8.00 malam 20 September 2021

8. Pengurus pasukan sekolah wajib memastikan semua pemain yang berdaftar untuk
melaksanakan proses check-in dan jika ada masalah perlu berhubung dengan pihak
Arbiter secepat mungkin sebelum hari percubaan / pertandingan.

Arbiter call

1. Pemain dibenarkan memanggil arbiter bertugas semasa permainan berlangsung jika
terdapat sebarang masalah teknikal berkaitan Tornelo.

2. Pemain perlu menggunakan fungsi call arbiter di platform Tornelo
3. Arbiter akan memberhentikan jam.
4. Arbiter akan membuat keputusan berdasarkan peraturan kejohanan dan keputusan arbiter

adalah muktamad.
5. Tindakan penalti akan dikenakan kepada pemain yang membuat (Call Arbiter) tanpa

alasan yang munasabah. Pemain tidak perlu membuat arbiter call untuk memberitahu
permainan telah tamat, memberitahu keputusan permainan.
• Kali Pertama (1) – Amaran ,
• Kali Kedua (2) – pemain tersebut ditamatkan permainan dan diistiharkan
• kalah dalam perlawanan tersebut.

Device Connection

1. Pemain tidak dibenarkan menggunakan lebih dari satu device atau connection ketika
bermain.

2. Tindakan yang akan dikenakan kepada pemain yang menggunakan lebih dari satu device
dianggap telah melakukan cheating dan peraturan cheating boleh diguna pakai.

PEMANTAUAN
PERTANDINGAN

Platform Pemantauan

1. Platform zoom akan digunakan
2. Link Zoom mengikut kategori, link akan dikongsikan dari Tornelo
3. Pemain perlu memasuki link aplikasi zoom mengikut kategori yang betul
4. Format nama skrin di dalam platform Zoom adalah mengikut format ini:

• Kategori_Shortform Daerah (B / P / K / S)_Nama Pemain
• Contoh:

• L12_B_Zafeer Erfan
• L15_P_Edsa Alif Hamzah
• L12_B_Lukman Al-hakim

Platform Pemantauan

4. Pemain perlu masuk ke aplikasi zoom dari komputer yang anda gunakan untuk bermain
dan peranti yang digunakan untuk kamera sisi (link zoom yang sama).

5. Untuk tujuan memelihara kuota aplikasi zoom dan juga untuk tidak mengelirukan arbiter
yang bertugas, sesiapa selain daripada pemain (termasuk ibu bapa, jurulatih) tidak
dibenarkan memasuki link zoom.

6. Akaun yang tidak dikenali akan dikeluarkan dari Zoom
7. Pemain tidak boleh menutup aplikasi Zoom sepanjang tempoh permainan walau

permainan pemain telah tamat
8. Pemain yang gagal masuk pemantaun di platform Zoom akan DIBATALKAN

kemenangan.

Platform Pemantauan

10. Pemain yang gagal masuk pemantau zoom sebanyak dua kali berturut-turut akan
dikeluarkan dari Pertandingan.

11. Kamera mesti sentiasa di dalam keadaan ON, jika diminta arbiter untuk unmute microfon
pemain perlu mematuhi arahan tersebut

12. Pemain wajib membuat perkongsian paparan di dalam zoom (share screen sepanjang
permainan berlangsung)

13. Pemain tidak dibenarkan menggunakan Virtual Background dan video filter semasa
permainan berlangsung. Setiap pemain mesti menggunakan background sebenar.

14. Tidak dibenarkan membuka sebarang tab ke sebarang website yang lain

Platform Pemantauan

Peraturan Tambahan

Peraturan Tambahan

Tandas
Pemain dibenarkan pergi ketandas dengan kebenaran arbiter bertugas. Pemain yang ingin ke
tandas mestilah melakukan pergerakan buah terlebih dahulu. Pemain menggunakan masa
sendiri untuk ke tandas. Pemain hanya dibenarkan ke tandas sebanyak 2 kali sahaja dalam
satu- satu pusingan kecuali mempunyai alasan yang munasabah dengan kebenaran arbiter
bagi mengelak berlakunya penipuan.

Perubahan dan Pindaan Peraturan
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, sebarang perubahan dan pindaan melibatkan
peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dari semasa ke semasa
dan akan dimaklumkan sebelum kejohanan berlangsung.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version