PAMERAN
BERTEMA
EDISI MAC 2022
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah SMKFSS
BILA BERLAKUNYA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari
masa kenabian Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan peristiwa penting
yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi Muhammad SAW berumur 52 tahun iaitu
setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun
Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid
meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh
penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’
ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan
hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)
Perjalanan ini mengambil masa selama 3/4 malam sahaja. Iaitu dari jam
6 malam hingga 6 pagi Nabi Muhammad SAW kembali semula ke
Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril
dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini.
Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa
ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah.
Seterusnya diangkat secara fizikal
melalui mikraj (tangga emas dan
perak) dari bumi ke langit ke-7
hingga ke Sidratul Muntaha dan
bertemu dengan Allah di Arasy. Di
Baitul Makmur, Nabi melihat
malaikat bertawaf dan
moyangnya Nabi Ibrahim
bersandar di situ .Wajah Nabi
Ibrahim persis wajahnya . Nabi
juga ‘dibedah’ untuk kali kedua.
Sebelum ini, semasa kanak-kanak ,
baginda pernah dibedah oleh
dua malaikat semasa di
perkampungan ibu susunya
Halimahtus Sa’adiah.
Di Tembok Barat masjid, buraq telah
ditambat di suatu tempat. Nabi
mengerjakan solat dua rokaat di
beberapa tempat persinggahan
seperti di Madinah, Madyan dan
Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi
sembahyang berjemaah dengan
makmumnya ialah Nabi Adam,
Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda
ditawarkan minuman susu atau
arak. Tetapi Nabi Muhamad
memilih susu sebagai minumannya.
Nabi Muhammad SAW telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan
Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang
itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang
tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w.
sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya
sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
s.a.w.
Keistimewaan Hari Israk dan Mikraj
Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai
satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.
Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.
• Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di
Palestine.
Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah
• Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga
ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.
Kronologi Peristiwa
Dipetik dari Bahagian Dakwah, JAKIM berikut adalah ringkasan peristiwa Israk dan
Mikraj.
1. Israk
Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil
Aqsa dengan menunggang Buraq..
Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril
a.s. dengan air suci Zam Zam.
Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang
mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
• Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
• Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
• Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah
baginda melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Diringkaskan kisah ini, setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan
segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
Mikraj
Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat
ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.
Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit
baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya
Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang
masuk syurga tanpa hisab.
Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat
menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.
Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu
penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak
50 waktu.)
Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari
iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Selepas Mikraj
Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu
kepada umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad
dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan
kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan
malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Israk dan
Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’
Demikian perkongsian tentang Israk dan Mikraj…. sebagai seorang umat Islam apakah
yang dapat kita rumuskan daripada kisah perjalanan baginda Rasulullah SAW??
Rasulullah telah menerima wahyu dari Allah dan perintah solat sebanyak 50 waktu,
namun baginda mohon untuk dikurangkan sehingga tinggal 5 waktu sahaja…
Apakah kita sudah menyempurnakan solat kita??? Renung-renungkan…..
Terima Kasih