The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

draf buku program mesyuarat agung PIBG 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yundadakhairil, 2021-10-13 04:18:10

draf buku program mesyuarat agung PIBG 2021

draf buku program mesyuarat agung PIBG 2021

Dirasmikan oleh :
YB KHAIRUL SHAHRIL BIN MOHAMED
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) BOTA

MERANGKAP
PENGERUSI JAWATANKUASA
BELIA, SUKAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

16 OKTOBER 2021 (SABTU) 9:30 pagi Aplikasi Google Meet

https://meet.google.com/vjw-qmif-yje

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Kata-kata aluan Guru Besar SK Pasir 3
Kubu 4
5
2. Kata-kata aluan YDP PIBG SK Pasir
Kubu

3. Notis Panggilan Mesyuarat

4. Pendahuluan 6

5. Senarai AJK PIBG 2020/2021 7
8
6. AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 9
kali ke-45 12

7. Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG
2020/2021

8. Agenda Mesyuarat

9. Minit Mesyuarat PIBG ke-44 14 - 20

10. Laporan Tahunan 22

11. Penyata Kewangan 24

12. Sekalung Penghargaan 26

1

ATURCARA MAJLIS

9.30 pagi : Pendaftaran dan Ketibaan Ibu Bapa / Penjaga
10.00 pagi secara Google Meet
:
: Ucapan Pengerusi Majlis

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 dimulakan:
1) Ucapan alu-aluan Pengerusi YDP PIBG
2) Membentang dan mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung ke – 44
3) Membentang laporan aktiviti tahunan
PIBG 2020
4) Membentang dan mengesahkan penyata
kewangan PIBG 2020
5) Perkara-perkara berbangkit
6) Pembubaran AJK PIBG 2020/2021
7) Pelantikan AJK PIBG 2021/2022
8) Membahaskan usul-usul
9) Hal-hal lain
10) Ucapan Penangguhan

11.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
:
: Nyanyian Lagu Negaraku
:
: Bacaan Doa
:
Ucapan Yang DiPertua PIBG
12.00 tengahari : 2
Ucapan Penasihat PIBG

Ucapan Perasmian oleh
YB Khairul Shahril Bin Mohamed
(Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia,
Sukan, Komunikasi dan Multimedia)

Mesyuarat dijangka tamat

Saya merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya kita dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SK
Pasir Kubu kali ke-45 tahun 2021 ini. Sesungguhnya jauh disudut hati, saya
mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi
SK Pasir Kubu ini, saya belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan
para waris di sekolah ini. Namun apakan daya, pendemik Covid-19 menjadi kekangan
bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia. Harapan saya
semoga pertemuan kali ini menjadi amat bermakna kepada kita semua.

Setiap tahun PIBG akan mengadakan mesyuarat agung tahunan sebagai salah
satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Pada hari inilah, para waris dan guru
berpeluang melontarkan idea mencari satu kesepakatan, berbincang serta membuat
keputusan. Bagi saya walau apapun bentuk pertemuan dan komunikasi yang berlaku,
namun yang paling penting adalah agenda perdana untuk pendidikan tidak akan
dilupakan.

Dalam situasi ini, saya ingin melahirkan rasa syukur kerana rata-rata para waris
sekolah ini begitu prihatin terhadap pendidikan terutama dalam suasana PdPR yang
sangat mencabar ini. Walaupun dalam suasana pandemik Covid-19, pematuhan SOP,
serta kekangan pelaksanaan PdP secara bersemuka, semua ini berjaya di atasi dengan
kesungguhan para guru serta kerjasama yang jitu daripada pihak PIBG. Sesungguhnya
PIBG memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga pihak sekolah dalam
membantu kecemerlangan serta kemenjadian murid-murid SKPK. Kesedaran ini secara
tidak langsung menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk memartabatkan
pendidikan bertaraf dunia dan seimbang seperti yang diimpikan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para waris,
Jawatankuasa PIBG dan warga Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu kerana telah
bertungkus lumus menjayakan mesyuarat pada hari ini.

3

Assalamualaikum w.b.t kepada Allah swt kerana dgn izin dan rahmatnya pada pagi ini

Bersyukur kita

dapat kita menunaikan tanggung jawab iaitu mengadakan mesyuarat agung PIBG sk Pasir
kubu bagi tahun 2021.Namun mersyuat kita pada kali ini berbeza dgn sebelumnya. Kali ini
kita tidak di benarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk mengadakan mesyurat
secara bersemuka. Atas faktor untuk kita terus memutuskan rangkaian covid 19 yg masih
lg menggugat kesihatan dan keselamatan

Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan atas kehadiranmu tuan/puan selalu
jawatankuasa pibg dan semua ibu bapa/ penjaga murid ke mesyuarat kali ini. Walaupun
kali ini kita laksanakan secara maya namun kita tetap terus memberi komitmen demi
pembangunan sekolah dan pencapaian murid murid. PIBG..guru dan ibu bapa sentiasa
bergerak dalam satu pasukan demi merialisasikan matlamat sekolah.

Tahniah jg buat murid dan guru dalam menghadapi pembelajaran dan pengajaran
melalui pdpr sejak kebelakangan ini. Sejak negara kita menghadapi pandemik covid
19.Terima kasih dan tahniah jg buat ibu bapa yg memberi perhatian semasa anak2 belajar
melalui pdpr ini.

Walaupun dua tahun kita mengharungi kehidupan yg menyukarkan. Anak2 tidak
dapat hadir ke sekolah seperti biasa. Guru2 tidak dapat mengajar dgn ada murid di
hadapan mereka. Namun pembelajaran melalui maya tetap diteruskan seperti mana di
arahkan oleh Kementerian Pelajaran. Segala masalah dan pencapaian murid tetap di
kongsikan oleh guru dan PIBG.
Begitu juga dgn pembangunan prasarana sekolah. Pibg.. Guru dan ibu bapa terus
berganding bahu melaksanakannya.

Pada hati ini insyaallah kita akan terus bermesyuarat. Akan terus berbincang
untuk kemajuan sekolah dan kecemerlangan anak murid sk Pasir kubu. Moga mesyurat kita
pada hari ini dapat membuahkan pendapat yg baik dan bernas. Moga Allah swt
permudahkan segala perancangan kita.

Terima kasih yg tidak terhingga jg kepada perasmi mesyuarat kita kerana dapat
hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ni.

Sekian, terima kasih.

4

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU,
36800 KAMPONG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah : AB8239

No. Tel / Fax : 05-6312540

Ruj. Kami:Bil ( ) dlm.PIBGSKPK-100-6-2021
Tarikh:29 September 2021

Kepada;

SEMUA AHLI
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu
36800 Kg. Gajah, Perak

Tuan / Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 45

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Pasir Kubu akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-45 pada:

Tarikh : 16 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 pagi

Tempat : DiKediaman Masing-Masing Secara Google Meet

Pautan : https://meet.google.com/vjw-qmif-yje

3. Tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut secara dalam talian.
Diharap tuan/puan dapat memberi keutamaan untuk hadir ke mesyuarat ini.

4. Segala kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan kami dahului dengan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

s.k Fail PIBG 5

PENDAHULUAN

RASIONAL PENUBUHAN PIBG
“ Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks
masa kini, penglibatan langsung dari ibu bapa dan guru dalam program
pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang. Oleh itu, peranan
PIBG amat penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan dalam
pendidikan seperti yang dihasratkan tercapai melalui Falsafah Pendidikan
Negara”

MATLAMAT PIBG

“ PIBG dapat meningkatkan peranan yang berkesan, dengan rasa penuh
tanggungjawab dan secara sedar, terhadap medan dokong pelaksanaan
dan kejayaan Blueprint sekolah”

OBJEKTIF PIBG

“ Membantu pihak sekolah kearah pencapaian matlamat dan objektif
blueprint sekolah khususnya dalam bidang :

 Kurikulum 6
 Kokurikulum
 Bina Insan / Moral

 Disiplin
 Keceriaan Sekola



SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PIBG SK PASIR KUBU
SESI 2020/2021

PENASIHAT : PN. NOR’AINI BINTI KASSIM ***
TN. HJ. OSMAN BIN HJ.MOHAMED

YDP PIBG : EN. AZMIR BIN AHMAD

NYDP PIBG : EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN JAAFAR

SETIAUSAHA : TN. HJ MUHAMMAD RIZAL BIN HJ.
MOHAMAD AUN

BENDAHARI : EN. SHAHRUL RADZI BIN AZIZAN

AJK GURU : PN. JAMNA BINTI MEGAT NGHA

: PN. NORKALBI BINTI ABDUL GHANI

: PN. LISA BINTI ZUELKAPLI

: PN. SITI ZUBAIDAH BINTI SONGIT

: PN. ADAWIAH KHAIRI BINTI OTHMAN

AJK IBUBAPA : EN. FAIZ AZFAR BIN MOHAMAD HANES

: EN. MD ROSWAD BIN ZAINAL ABIDIN

: PN. NORHAFIZAH BINTI IDRIS

: PN. MAZNAH BINTI HARUN

: PN. NOR HASHIMAH BINTI LI

: PN. NORSHAHIDA BINTI NOORDIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : PN. MASLINA BINTI ABDUL RAHIM

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 : EN. MOHD TARMIZI BIN MUSTAFFA

*** BERTUKAR SEKOLAH 7

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-45

PENGERUSI
TN. HJ. OSMAN BIN HJ. MOHAMED (GURU BESAR SKPK)

NAIB PENGERUSI
EN. SHAHRUL RADZI BIN AZIZAN

SETIAUSAHA
TN. HJ. MUHAMMAD RIZAL BIN HJ. MOHAMAD AUN

BENDAHARI
EN. SHAHRUL RADZI BIN AZIZAN

JAWATANKUASA KERJA

PENYAMBUT TETAMU PENGACARA
TN.HJ. OSMAN BIN HJ.MOHAMED EN. MOHD TARMIZI BIN MUSTAFFA
EN. AZMIR BIN AHMAD
EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN JAAFAR KLIP BUKU &PAMPLETS
EN. SHAHRUL RADZI BIN AZIZAN PN.LISA BINTI ZUELKAPLI
EN.FAIZ AZFAR BIN MOHAMAD HANES
BACAAN DOA
PERSIAPAN & HIASAN TN.HJ.MUHAMMAD RIZAL B.MOHD AUN
PN ADAWIAH KHAIRI BINTI OTHMAN
PN NOORSHAHIDA BINTI NORDIN JURUGAMBAR
PN MASLINA BINTI ABDUL RAHIM PN. SITI ZUBAIDAH BINTI SONGIT
EN MOHD TARMIZI BIN MUSTAFFA PN. NORHAFIZAH BINTI IDRIS
PN.LISA BINTI ZUELKAPLI
CENDERAHATI DAN HADIAH
JAMUAN PN. NORKALBI BT ABD GHANI
EN. MD ROSWAD BIN ZAINAL ABIDIN CIK SITI AIYSHAH BINTI ABDULLAH
PN. SHARMILA BINTI DERANI
PN. SITI ZUBAIDAH BINTI SONGIT PENCATAT MINIT
PN. NOR HASHIMAH BINTI LI PN. SHARMILA BINTI DERANI
PN. NORHAFIZAH BINTI IDRIS PN. NOR HASHIMAH BINTI LI
PN. MAZNAH BINTI HARUN
BANNER/SIARAYA/PERALATAN TEKNIKAL
PENDAFTARAN (GOOGLE FORM)
CIK SITI AIYSHAH BINTI ABDULLAH EN. SHAHRUL RADZI BIN AZIZAN
PN ADAWIAH KHAIRI BINTI OTHMAN TN.HJ.MUHAMMAD RIZAL B MOHD AUN
EN. MOHD TARMIZI BIN MUSTAFFA 8

KEHADIRAN MESYUARAT
BAGI JAWATANKUASA PIBG
SEPANJANG TAHUN 2021/2021

BIL NAMA PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT KELIMA

4/3/2020 26/6/2020 15/12/2020 25/3/2021 23/9/2021

1 En. Azmir Bin Ahmad // / / /

2 Pn. Hjh. Nor’aini Binti Kassim / / / / /
Tn. Hj.Osman Bin Hj. Mohamed

3 En. Muhammad Hafiz Bin / / / 0 0
Jaafar

4 Tn. Hj. Muhammad Rizal Bin / / / / /
Hj. Mohamad Aun

5 En. Shahrul Radzi Bin Azizan / / / 0 /

6 Pn. Jamna Bt. Mgt Ngha // / / 0

7 Pn. Norkalbi Binti Abdul Ghani / / / / 0

8 Pn. Lisa Binti Zuelkapli // / / /

9 Pn. Siti Zubaidah Binti Songit / / / / 0

10 Pn. Adawiah Khairi Binti 0 / 0 / 0
Othman

11 En. Faiz Azfar Bin Mohamad / / / / 0
Hanes

12 En. Md Roswad Bin Zainal / / / / /
Abidin

13 Pn. Norhafizah Binti Idris / / / / /

14 Pn. Maznah Binti Harun // / / /

15 Pn. Norshahida Binti Noordin / / 0 / /

16 Pn. Nor Hashimah Binti Li / / / / /

17 Pn. Maslina Binti Abdul Rahim / / / / /

18 En. Mohd Tarmizi Bin Mustaffa / / / / /

9

10

11

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi YDP PIBG
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agung ke – 44
3. Membentang laporan aktiviti tahunan PIBG 2020
4. Membentang dan mengesahkan penyata

kewangan PIBG 2020
5. Perkara-perkara berbangkit
6. Pebubaran AJK PIBG 2020/2021
7. Pelantikan AJK PIBG 2021/2022
8. Membahaskan usul-usul
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan

12

13

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU
36800 KAMPUNG GAJAH, PERAK.

MINIT MESYUARAT AGUNG KE-44
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )

SESI 2020/ 2021

Hari / Masa : Isnin / 2.30 Ptg
Tarikh : 17 Februari 2020
Tempat : Dewan SK Pasir Kubu
Perasmi : Encik Ayub Zamri Bin Halimi

Kehadiran Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pengerusi Mesyuarat (Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Perak
Pencatat Tengah
: 40 orang
: En Azmir Bin Ahmad
: Pn Lisa Binti Zuelkapli
Pn Sharmila Binti Derani

1. UCAPAN ALU –ALUAN PENGERUSI MAJLIS.

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi
hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SK Pasir Kubu 2020 Kali yang ke 44 ini.

1.2. Ucapan terima kasih kepada Encik Ayub Zamri Bin Halimi iaitu Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah (Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang
sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

1.3. Ucapan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat
Agung PIBG pada kali ini.

1.4. Bacaan doa telah dipimpin oleh Tn. Hj. Muhammad Rizal Bin Hj. Mohamad Aun.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN ALU –ALUAN PUAN GURU BESAR.

2.1. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kahadiran ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG SK Pasir Kubu kali ke-44.

2.2. Ucapan terima kasih kepada perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini iaitu
Encik Ayub Zamri Bin Halimi diatas kesudian untuk hadir pada kali ini walaupun
sibuk dengan tugas-tugas harian sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Perak Tengah.

2.3. Beliau berasa seronok dan mesra dengan semua AJK pibg,guru-guru dan para ibu
bapa semua. Sehubungan dengan itu, perasaan bangga dengan anak-anak sekolah
ini kerana berjaya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum

14

2.4. Pada tahun 2020, pihak sekolah telah mengatur banyak program-program
kecemerlangan untuk murid-murid di sekolah ini khususnya untuk murid-murid
Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau kini
dinama dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Antara Program-
program kecemerlangan tersebut ialah program gerak gempur, solat hajat, solat
dhuha, bacaan yaasin setiap hari Jumaat, teknik menjawab kertas-kertas soalan,
pemberian kismis dan lain-lain lagi. Murid-murid Tahun 6 pada tahun ini seramai
12orang iaitu 7 lelaki dan 3 perempuan.

2.5. Makluman kepada semua bahawa sekolah kita telah menyertai beberapa program
diperingkat Zon PKG dan daerah yang telah dianjur oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Perak Tengah.

2.6. Antaranya ialah merentas desa, olahraga, bola jaring bola baling dan lain-lain
pertandingan di peringkat daerah.

2.7. Untuk makluman ibu bapa, sekolah kita akan menyertai saringan Majlis Tadarus
Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon PKG Seberang Perak.Seramai 6 orang peserta iaitu
3 lelaki dan 3 perempuan. Antara pertandingan yang akan disertai ialah Tilawah
Al-Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P) dan Da’ie Cilik(P).

2.8. Harapan Puan Guru Besar iaitu mengharapkan ibu bapa membantu para guru bagi
meningkatkan lagi prestasi sekolah ini dengan memberi motivasi kepada anak-
anak dirumah.

2.9. Beliau mengharapkan supaya kerjasama daripada para ibu bapa berterusan
seperti Mesyuarat Agung PIBG sekolah pada hari ini.

2.10. Ucapan jutaan terima kasih kepada perasmi kepada Mesyuarat Agung PIBG pada
tahun ini iaitu Encik Ayub Zamri Bin Halimi kerana sudi hadir untuk merasmi
Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Tindakan : Makluman

3. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DI-PERTUA PIBG

3.1 Encik Azmir bin Ahmad merangkap Yang Di-Pertua PIBG mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada Encik Ayub Zamri Bin Halimi iaitu Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan) di atas kesudian hadir untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.

3.2 Ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG di atas kerja sama untuk
hadir pada kali ini. Namun begitu ada juga Ahli Jawatankuasa PIBG yang tidak
dapat lagi berkhidmat disebabkan sudah tidak ada ank yang bersekolah di
sekolah ini.

3.3 Yang Di-Pertua mengucapkan terima kasih dan melahirkan rasa kesyukuran
kerana kehadiran ibu bapa yang begitu menggalakkan .

3.4 Yang Di-Pertua menyatakan bahawa banyak kerja sama yang diberikan antara

ibu bapa dan guru-guru dalam menjayakan pelabagai program yang telah

dianjurkan oleh pihak sekolah. 15

3.5 Yang Di-Pertua menyatakan PIBG merupakan persatuan yang diiktiraf di seluruh
negara. Oleh itu, PIBG memainkan peranan yang penting dalam usaha
membantu pihak sekolah.

3.6 Beliau memaklumkan pencapaian SKPK amat membanggakan dari aspek
kurikulum dan kokurikulum walaupun hanya sebuah sekolah yang kecil. SKPK
banyak melahirkan murid-murid yang berjaya.

Tindakan : Makluman

4. UCAPAN DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK PASIR KUBU 2020

4.1 Encik Ayub Zamri Bin Halimi telah mengucapakan berbanyak terima kasih di atas
kesudian pihak sekolah untuk menjemputnya dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

4.2 Beliau menyatakan bahawa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh PIBG bukannya mudah kerana kekangannya adalah kewangan.

4.3 Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan-kejayaan yang telah diraih
oleh murid-murid di sekolah selama ini samada dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

4.4 Beliau juga mengharapkan kerjasama yang baik antara para ibu bapa dan pihak
sekolah dalam menjayakan program-program sekolah yang akan dirancang.

Tindakan: Makluman

5. MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN .

5.1 Yang Di-Pertua mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa, AJK dan guru –guru kerana berjaya mengadakan
mesyuarat ini dengan baik.

5.2 Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasama dan
kepercayaan yang diberikan oleh para ibu bapa sepanjang beliau berkhidmat
sebagai YDP dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sessi yang lepas.

5.3 Beliau memaklumkan pada Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini tidak ada
pemilihan Yang Di-Pertua, naib yang Di-Pertua dan AJK PIBG yang baharu.

5.4 Harapan Yang Di-Pertua supaya ibu bapa dapat memberi idea untuk kebaikan
sekolah.

6. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43.

6.1 Tn Hj. Muhammad Rizal Bin Hj. Mohamad Aun selaku Setiausaha PIBG16
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43.

6.2 Sebelum itu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibu bapa
yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

6.3 Beliau telah memaklumkan tentang kehadiran mesyuarat bagi Jawatankuasa
PIBG sepanjang tahun 2019/2020 (rujuk muka surat 9 buku Mesyuarat Agung
PIBG 2020).

6.4 Cadangan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43

Dicadang oleh : Puan Rokiah Binti Yassin
Disokong oleh : Puan Haslinda BintI Ismail

Tindakan : Setiausaha PIBG

7. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH BERSAMA PIBG
TAHUN 2019

7.1 Tn. Hj. Muhammad Rizal Bin Hj. Mohamad Aun selaku Setiausaha PIBG
membentangkan laporan aktiviti sekolah bersama PIBG tahun 2019. ( Rujuk
mukasurat 10 buku Mesyuarat Agung PIBG 2020)
Tindakan : Setiausaha PIBG

8. LAPORAN KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019

8.1 En. Shahrul Radzi Bin Azizan selaku bendahari PIBG telah membentangkan
laporan kewangan tahunan yang telah disahkan oleh kedua-dua juruaudit.
Jumlah baki yang dibawa kehadapan adalah sebanyak RM 3,996.63 (Rujuk buku
Mesyuarat Agung PIBG 2020)

8.2 Beliau telah menetapkan bagi bayaran tambahan sebanyak RM30.00 sekeluarga
oleh PIBG pada tahun 2020. Cadangan bayaran tambahan sebanyak RM30.00
sekeluarga:

Dicadang oleh : Puan Siti Anisah Binti Abdullah
Disokong oleh : Puan Norhafizah Binti Idris

8.3 Hasil cadangan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli
mesyuarat. Cadangan pengesahan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2019:

Dicadang oleh : Encik Tajuddin Bin Ahmad
Disokong oleh : Encik Md Roswad Bin Zainal Abidin

Tindakan : Bendahari PIBG

9. MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT.

- Tiada perkara berbangkit. Tindakan : Makluman17

10. PELANTIKAN AJK PIBG 2020/2021

10.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 pada kali ini ada pemilihan.

10.2 Untuk Jawatan Yang Di Pertua PIBG:

Dicadang oleh : En. Muhammad hafiz Bin Jaafar
Disokong oleh : Pn. Norshahida

Cadangan untuk Jawatan Yang Di Pertua PIBG ditutup

Dicadang oleh : En. Tajuddin Bin Ahmad
Disokong oleh : En Faiz Azfar Bin Mohamad Hanes

Maka ahli-ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih En Azmir Bin Ahmad
sebagai Yang Di Pertua PIBG.

10.3 Untuk Jawatan Naib Yang Di Pertua PIBG:

Dicadang oleh : Pn. Norhafizah Binti Idris

Disokong oleh : Pn. Maslina Binti Abd Rahim

Cadangan untuk Jawatan Naib Yang Di Pertua PIBG ditutup

Dicadang oleh : Pn. Hasmahlaila Binti Zailon
Disokong oleh : Pn. Haslinda Binti Ismail

Maka seterusnya ahli mesyuarat telah sebulat suara telah memilih En.
Muhammad Hafiz Bin Jaafar sebagai Naib Yang Di Pertua

10.4 Encik Azmir Bin Ahmad telah mencadangkan AJK-AJK PIBG yang akan dilantik
mengikut kampung-kampung iaitu Kampung Pasir Kubu, Kampung Pasir
Garam,dan Kampung Teluk Sena.Setiap kampung diwakili oleh dua orang wakil.

Cadangan untuk Jawatan AJK PIBG untuk Kampung pasir Garam:

Calonnya En Md Roswad Bin Zainal Abidin dan Pn. Maznah Binti Harun

Dicadang oleh : En Tajudin Bin Ahmad
Disokong oleh : Pn. Haslinda Binti Ismail

Akhirnya kedua-dua calon daripada Kampung Pasir Garam iaitu En. Md Roswad
dan Pn Maznah Binti Harun telah dipilih oleh ahli mesyuarat sebagai AJK PIBG

10.5 Cadangan untuk jawatan AJK PIBG untuk Kampung Pasir Kubu

Calonnya Pn Norhafizah Binti Idris dan Puan Norshahida Binti Nordin

Dicadang oleh : En. Md Roswad Bin Zainal Abidin
Disokong oleh : Pn. Haslinda Binti Ismail
Akhirnya kedua-dua calon daripada Kampung Pasir Kubu iaitu Pn. Norhafizah
dan Pn. Norshahida telah dipilih oleh ahli mesyuarat sebagai AJK PIBG.

10.6 Cadangan Untuk jawatan AJK PIBG untuk Kampung Teluk Sena 18
Calonnya En Faiz Azfar dan Pn. Norhashimah Binti Li

Dicadang oleh : Pn Siti Anisah Binti Abdullah
Disokong oleh : Pn. Rokiah Binti Yasin

Akhirnya kedua-dua calon daripada Kampung Teluk Sena iaitu En Faiz Azfar dan
Pn. Norhashimah telah dipilih oleh ahli Mesyuarat sebagai AJK PIBG.

10.7 Cadangan untuk jawatan Pemeriksa Kira-Kira 1: Pn.Maslina Binti Abd Rahim

Dicadang oleh : Pn Haslinda Binti Ismail
Disokong oleh : Pn. Norhafizah Binti Idris

Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021.

Penasihat : Puan Nor’aini Binti Kassim

Guru Besar Sk. Pasir Kubu

Yang Di-Pertua : Encik Azmir Bin Ahmad

Naib Yang Di-Pertua : Encik Muhammad Hafiz bin Jaafar

Setiausaha : Tuan Haji Muhammad Rizal Bin Haji Mohamad Aun

Bendahari : Encik Shahrul Radzi bin. Azizan

AJK Guru : Puan Jamna bt. Megat Ngha

: Puan Norkalbi bt. Abdul Ghani

: Puan Siti Zubaidah Binti Songit

: Puan Lisa Binti Zuelkapli

: Puan Adawiah Khairi Binti Othman

AJK Ibubapa : Encik Faiz Azfar Bin Mohamed Hanes

: Encik Md Roswad Bin Zainal Abidin

: Puan Norhafizah Binti Idris

: Puan Maznah Binti Harun

: Puan Nor Hashimah Binti Li

: Puan Norshahida Binti Noordin

Pemeriksa kira-kira 1 : Puan. Maslina Binti Abd Rahim

Pemeriksa kira-kira 2 : Encik Mohd Tarmizi Bin Mustaffa

11. MEMBINCANGKAN USUL-USUL.

11.1 Ada satu usul yang telah diterima oleh pihak Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah .

11.2 Usul-usul tersebut telah dijawab ol Yang Di-Pertua PIBG dan semua hadirin
berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

11.3 Usul : Encik Zulnohisham telah mencadangkan tempat khas para ibu bapa

menunggu anak 19

11.4 Usul kedua : Encik Zulnohisham telah mencadangkan tempat penapis air untuk
anak murid.Usul beliau telah dijawab oleh Yang Di-Pertua PIBG boleh
dimasukkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah nanti.
Tindakan : Makluman

12. HAL-HAL LAIN
12.1 En Shahrul Radzi – merakamkan jutaan terimakasih kepada penderma terutama

kepada penderma peribadi
12.2 Guru Besar – mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang memberi

sumbangan secara langsung dan tidak langsung. Beliau juga mengharapkan
kerjasama daripada ibu bapa dan sekiranya terdapat permasalahan boleh
dikemukakan terus kepada pihak sekolah. Beliau juga meminta semua AJK PIBG
akan hadir di dalam Mesyuarat AJK PIBG di sepanjang sessi ini termasuklah
Pemeriksa Kira-Kira.

Tindakan : Makluman
13. UCAPAN PENANGGUHAN.
13.1 En Azmir bin Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas

pelantikan semula sebagai Yang Di-Pertua PIBG
13.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.27 petang.

Disediakan oleh :

20

21

LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2020/ 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU

BIL AKTIVITI TARIKH
17 Februari 2020
1 Mesyuarat Agung PIBG Ke-44 SK Pasir
Kubu 1 Julai 2020
30 Oktober 2020
2 Pembukaan Sekolah Selepas Covid19 3 November 2020
(PKPP) 16 Disember 2020
16 Januari 2021
3 Sambutan Maulid Nabi Peringkat Sekolah 18 Januari 2021

4 Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah 10 Februari 2021

5 Majlis Graduasi Pra Sekolah dan 23 Februari 2021
Penyampaian Sijil-Sijil Tahun 6
19 Mac 2021
6 Gotong Royong Persediaan Untuk 12 April 2021
Pembelajaran Murid-murid Tahun ini. 30 April 2021

7 Penjualan buku-buku tulis, Pendaftaran 7 Mei 2021
dan taklimat Ringkas Sekolah. 3 September 2021

Kunjung Hormat ke Pejabat Daerah Kg.
8 Gajah Bersama Tn. Norhisham Bin Karno

(Pen. Peg. Daerah)

Lawatan kerja daripada Penghulu Mukim
9 dan jurutera PLB ke tapak pembinaan

surau.

10 Sambutan Hari Lahir dan Israk dan Mikraj
Peringkat Sekolah

11 Majlis Pelancaran ihya’ Ramadan 2021
Peringkat Sekolah

12 Ceramah dan Kuiz Nuzul Al-Quran
Peringkat Daerah

13 Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

Lawatan Pegawai PLB dan Penghulu
14 Mukim bersama kontraktor untuk

menurap jalan masuk utama Ke Sekolah.

Disediakan oleh :

22

23

24

25

Sekalung Penghargaan

Yang dipertua PIBG dan ahli jawatankuasa PIBG SK
PAsir Kubu sesi 2020/2021 merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
seluruh warga SKPK, khasnya kepada

 Guru Besar
 Barisan Pentadbir

 Guru-Guru
 Ahli Kumpulan Sokongandan Para
Waris Yang Terlibat Secara Langsung
Atau Tidak Langsung Dalam Menjayakan

Mesyuarat Ini.
 Terima Kasih

26


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SKPMg2 SMKDIY Standard 1-3 2021
Next Book
Corporate Discount Booklet - October