The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakirahmaddin123, 2022-06-15 01:26:32

Iblis yang jahat!

Iblis yang jahat!

QSI 20302 AL-TAFSIR
ISM PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN B)
Sem. 2 Sesi 2021/2022

KISAH
NABI
ADAM AS

“IBLIS& IBLIS
YANG

JAHAT”!

AHLI KUMPULAN :
ZAKIRAH BINTI MAT DIN ( 067756 )
SITI HAJAR BINTI MOHD ASRI ( 068178 )
TUAN SARAH BAHIJAH BINTI TUAH SOH ( 068194 )
CUT SURYANI BINTI TENGKU SYARBINI ( 068460 )
ZULITA AISHAH BINTI NASARUDDIN ( 068354 )

TEMA : 1. AKIDAH
2. TAAT PERINTAH ALLAH

PENGHARGAAN

01 PENGARANG 1

CUT SURYANI BINTI TENGKU SYARBINI

( 068460 )

02 PENGARANG 2

SITI HAJAR BINTI MOHD ASRI
( 068178 )

03 PENGARANG 3

TUAN SARAH BAHIJAH BINTI TUAH SOH
( 068194 )

04 EDITOR & ILUSTRATOR
ZAKIRAH BINTI MAT DIN ( 067756 )

05 REKA BENTUK KULIT

ZULITA AISHAH BINTI NASARUDDIN ( 068354 )

KANDUNGAN

01 Manusia pertama diciptakan
oleh Allah

02 Tinggal di syurga
yang sangat indah

03 Hasutan iblis yang
Jahat

04 Termakan buah khuldi

05 Meminta keampunan

KANDUNGAN

06 Dilemparkan ke bumi

07 Lahirnya Habil & Qabil

08 Pengajaran

04

05

01

“ Manusia pertama
diciptakan oleh Allah ”

You can enter a subtitle here if you need it

Nabi Adam AS adalah manusia pertama
yang diciptakan oleh Allah dari tanah.
Setelah itu, Allah menciptakan Hawa dari
tulang rusuk Nabi Adam untuk menjadi

isteri Nabi Adam AS.
Allah memerintahkan malaikat dan

iblis untuk tunduk kepada
Nabi Adam AS.

Malaikat mengikut perintah Allah akan
tetapi iblis tidak mengikutinya.

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman
kepada para malaikat,

” Sujudlah kamu kepada Adam! ”
Maka mereka pun sujud kecuali iblis.
Ia menolak dan menyombongkan diri,
dan ia termasuk golongan yang kafir.

(Al-Baqarah ayat 34).

02

“ Tinggal di syurga yang
sangat indah ”

You can enter a subtitle here if you need it

Nabi Adam AS dan Hawa tinggal di taman
syurga yang sangat indah. Firman Allah,

“Hai Adam, tinggallah kalian di dalam
syurga ini.Dan makanlah apa saja yang

kalian sukai.Tetapi janganlah kalian
memakan buah khuldi.”
(Thaha ayat 120-127).

Apabila iblis mengetahui Allah melarang
Nabi Adam memakan buah khuldi.

Iblis menyusun perancangan yang jahat
untuk menyesatkan Nabi Adam.

Iblis ingin membuat Nabi Adam dan Hawa
memakan buah khuldi itu agar Allah
murka kepada mereka.

03

“ Hasutan Iblis yang jahat”

You can enter a subtitle here if you need it

“Aku akan tunjukkan kepada kalian buah
yang akan membuatkan kalian kekal di
dalam syurga” kata iblis merayu. Nabi

Adam tidak mempercayainya.
Ia menolak dan mengusir Iblis.
Namun iblis tetap tidak berputus asa. “
sungguh pohon ini akan membuat kalian
kekal di dalam syurga. Kalian akan seperti
malaikat.” Nabi Adam tetap tidak
percaya. Lalu ia berkata “ Janganlah
engkau memujuk aku. Aku tidak akan

mempercayaimu.”

Pendirian Nabi Adam dan Hawa
sangatlah kuat. Iblis kehabisan akal untuk
menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Lalu

iblis mendekatkan dirinya kepada Nabi
Adam sambil berkata “ Aku memang

ingkar kepada Allah. Tapi perkataanku ini
benar. Buah khuldi akan membuatkan
kalian kekal di dalam syurga.”

04

“ Termakan buah khuldi ’’

You can enter a subtitle here if you need it

Melihat iblis yang tidak pantang
menyerah. Nabi Adam menjadi bimbang.

Berkali –kali ia mempertimbangkan
ucapan terakhir iblis. Lalu Hawa pun
berkata “Mungkin perkataan iblis ada
benarnya.”Iblis sangat senang hati
kerana ia berhasil menggoyahkan iman

Nabi Adam AS dan Hawa.
Akhirnya Nabi Adam dan Hawa memetik
buah khuldi dan memakannya. Lalu aurat
mereka terbuka saat itu juga. Nabi Adam
dan Hawa terkejut. Mereka mengambil

dedaun syurga untuk menutupi aurat
mereka. Iblis akhirnya sangat gembira
kerana rancangannya telah berjaya.

05

“ Meminta keampunan ’’

You can enter a subtitle here if you need it

Allah pun murka kerana Nabi Adam tidak
menghiraukan laranganNya. Nabi Adam
dan Hawa sangat menyesali perbuatan
mereka dan memohon keampunan kepada
Allah. “Ya Allah, maafkanlah kekhilafan

kami. Ampunilah kami agar kami tidak
termasuk dalam golongan orang-orang

yang rugi.”

06

“ Dilemparkan ke bumi ’’

You can enter a subtitle here if you need it

Setelah turun dari syurga, Nabi Adam
mengetahui kehidupan di bumi akan

menjadi sukar. Oleh itu, baginda
mengumpulkan pakaian dan senjata

untuk melindungi keluarganya.
Pertemuan semula antara Nabi Adam dan

isteri baginda, Hawa mengambil masa
yang lama dan akhirnya mereka

dipertemukan kembali di Jabal Rahmah
dengan izin Allah.

07

Lahirnya ..
“ Habil & Qabil ’’

You can enter a subtitle here if you need it

Setelah itu Nabi Adam dan Hawa
dikurniakan oleh Allah SWT dua
pasang anak kembar dan mereka
bahagia menyaksikan anak-anak
mereka membesar. Sepasang anak
kembar pertama Nabi Adam dan Hawa
terdiri daripada anak lelaki bernama
Qabil dan saudara perempuannya dan
pasangan kembar kedua terdiri daripada
Habil dan saudara perempuannya.

08

Pengajaran

You can enter a subtitle here if you need it

1) Iktibar yang dapat kita ambil
daripada kisah ini ialah jangan kita
mudah terpedaya dengan hasutan dan
tipu daya Iblis kerana perkara tersebut
akan membawa kepada kebinasaan.
2) Kita hendaklah taat pada perintah
Allah dan menjauhi laranganNya. Jadi,
kita mestilah menjauhi daripada sifat-
sifat keji kerana ia akan mengundang
kemurkaan Allah.
3) Janganlah kita bersikap angkuh dan
sombong diri.

Rujukan

https://news.detik.com/berita/d-5122619/kisah-nabi-adam-
lengkap-manusia-pertama-yang-diciptakan-allah-swt/2

https://www.researchgate.net/publication/342687519_Kronologis
_Kisah_Nabi_Adam_As_dalam_Tafsir_Ibn_Katsir

https://www.academia.edu/42040877/Sejarah_Kisah_Nabi_Adam

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and
includes icons by Flaticon and infographics & images by Freepik

Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version