The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN FTGK3013 NOOR FARHANI BINTI MOHAMAD FAIZAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0620 Noor Farhani Binti Mohamad Faizal, 2023-07-16 20:40:09

TUGASAN FTGK3013 NOOR FARHANI BINTI MOHAMAD FAIZAL

TUGASAN FTGK3013 NOOR FARHANI BINTI MOHAMAD FAIZAL

PORTFOLIO DIGITAL FTGK3013 NOOR FARHANI BINTI MOHAMAD FAIZAL


TUGASAN 1 Penghasilan Karya


Gambar 1 : Leading Line


Gambar 2 : Medium Shot


Hasil bahan publisiti:


Penerangan hasil bahan publisiti Poster yang dihasilkan adalah berbentuk poster filem. Tajuk bagi poster ini ialah "Usaha Tangga Kejayaan" dan merupakan hasil gabungan dua reka corak grafik yang berlainan. Gambar 1 adalah gambar tangga manakala gambar 2 adalah gambar seorang wanita yang sedang membaca di perpustakaan. Poster ini melambang tema "Kehidupan Sejahtera" kerana amalan membaca merupakan satu amalan yang akan membawa individu ke arah kejayaan dengan memperolehi ilmu sama ada ilmu utama atau ilmu sampingan. Budaya membaca juga akan melahirkan lebih ramai generasi yang bijaksana dan mengamalkan akhlak yang baik serta positif dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan kelompok masyarakat yang berkemampuan untuk memahami antara satu sama lain dan mengamalkan kehidupan secara bermasyarakat dengan aman dan harmoni. Poster ini dihasilkan dengan menggunakan gambar 1 sebagai latar belakang dan gambar 2 sebagai subjek utama dalam poster. Namun begitu, perkataan yang ditambah telah menutupi wajah individu tersebut. Hal ini tidak menjadi masalah kerana teknik yang digunakan untuk mengambil gambar wanita tersebut ialah teknik medium shot. Teknik ini memerlukan hanya separuh badan sahaja dalam gambar dan telah menjadikan hasil gambar lebih dekat. Gaya pembacaannya juga masih boleh dilihat dengan jelas kerana perkataan tidak menutupi buku yang dipegang dan hanya imej manusia sahaja yang disertakan dalam poster tanpa rak buku di sekelilingnya seperti gambar asal. Latar belakang pula menggunakan gambar 2 yang diubah Transperancy kepada lebih kabur supaya mata kita lebih tertumpu kepada subjek utama. Penggunaan teknik Leading Line juga telah menghasilkan garisgaris yang seakan-akan menghala ke subjek utama. Gambar tangga yang digunakan adalah simbolik kepada usaha seseorang untuk berjaya dengan amalan rajin membaca dan menambah ilmu. Di bahagian bawah poster juga terdapat ayat-ayat yang boleh menambah kefahaman penonton tentang maksud yang tersirat di sebalik poster ini.


TUGASAN 2 Teknik Fotografi


HARGAI ALAM Teknik : Silluette Kamera : Nikon D3500 Exposure Mode : Manual ISO : 200 Shutter : 1/1600 Aperture : f/14 Exposure value : 0 step Lokasi : Bangunan Teknologi Pendidikan IPGKTB Huraian : Silluette dihasilkan dengan kedudukan subjek berada di antara cahaya terang dan kamera. Satu imej hitam pekat akan terbentuk yang berlatarbelakangkan imej cerah. Imej pekat terebut dibentuk mengikut bentuk asal subjek dengan jelas. Gambar ini bertemakan 'Hargai Alam' oleh kerana perlakuan seorang wanita yang sedang mengamati keindahan alam dengan menggunakan kameranya. Suasana langit yang cerah dengan awan yang bertaburan telah menjadikan pemandangan pada ketika itu sangat cantik. Kawasan itu turut dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau sekaligus menjadikan pemandangan tersebut sebagai alam yang patut dihargai oleh kita.


KESEDIHAN Teknik : Silluette Kamera : Nikon D3500 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter : 1/13 Aperture : f/22 Exposure value : 0 step Lokasi : Perpustakaan IPGKTB Huraian : Teknik gambar sillutte ialah satu variasi dalam fotografi yang memaparkan hasil unik kerana kesan gambarnya yang samarsamar. Subjek akan membentuk kesan seakan bayang-bayang gelap yang latar belakangnya cahaya terang. 'Kesedihan' dapat dilihat melalui gambar ini dengan imej hitam seorang wanita yang merenung kosong atau membuang pandangannya ke luar jendela. Kebiasaannya, perbuatan 'termenung' dilakukan apabila seseorang itu tidak mempunyai sebarang perkara untuk difikirkan atau terlampau banyak masalah yang membelenggu dirinya.


SEMEKAR Teknik : Rule Of Third Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 400 Shutter : 1/400 Aperture : f4.5 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Botani Pulau Pinang Huraian : Menurut prinsip asas Rule Of Third, sesuatu imej atau gambar mestilah dibahagikan kepada tiga menegak dan menurun. Oleh itu, garis-garis imaginasi perlulah ada di fikiran jurugambar ketika mengambil gambar tersebut. 'Semekar' merupakan tema gambar ini kerana kedudukan hanya sekuntum bunga yang tumbuh mekar di sebalik dahan-dahan kecil yang menglilinginya. Kedudukan subjek Rule Of Third pula diidentifikasi apabila bunga dan batang pokok berfungsi sebagai subjek yang ditumpu pada bahagian kanan atas gambar.


SURVIVAL Teknik : Rule Of Third Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 400 Shutter : 1/320 Aperture : f11 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Botani Pulau Pinang Huraian : Apabila mengaplikasikan Rule Of Third, subjek hendaklah diletakkan pada titik pertemuan di atas. Jurugambar perlulah elakkan dari meletakkan subjek di tengah frame atau jauh daripada titik pertemuan garisan imaginasi. 'Survival' dalam bahasa Melayu bermaksud kelangsungan hidup. Itu merupakan tema bagi gambar ini yang memperlihat seekor monyet dewasa bersama anaknya sedang mencari sumber makanan di dalam tong sampah. Walaupun sumber makanan mereka diperoleh dari tong sampah, perkara itu perlu tetap perlu dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.


SKYSCRAPER Teknik : Low Angle Kamera : Nikon D3500 Exposure Mode : Manual ISO : 200 Shutter : 1/800 Aperture : f6.3 Exposure value : 0 step Lokasi : Bangunan Teknologi Pendidikan IPGKTB Huraian : Low angle adalah sudut pengambilan gambar dengan posisi kamera lebih rendah daripada objek yang diambil gambarnya. Low angle juga akan menghasilkan objek foto yang terlihat kuat, elegan, mewah, atau kesan dominan. Gambar ini bertemakan 'Skycraper' oleh kerana imej pokok yang terhasil menampakkan seperti ketinggian pokok ini mencecah langit. Sebaliknya, ketinggian sebenar pokok ini adalah lebih kurang 3 meter sahaja. Teknik low angle bagi pokok ini telah memberi kesan yang gah dengan imej jelas memaparkan saiz batang pokok yang besar, pelepah daun yang melebar dan sekaligus memberikan kesan dominan.


TEDUHAN ILUSI Teknik : Low Angle Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 320 Shutter : 1/25 Aperture : f22 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Belia Pulau Pinang Huraian : Bagi teknik low angle , kamera boleh juga ditempatkan tepat di bawah objek. Pengambilan angle seperti ini akan menjadikan gambar lebih menarik. 'Teduhan' ialah istilah bagi tempat yang berbumbung. Namun sebaliknya bagi 'Teduhan Ilusi' kerana bumbung yang dihasilkan adalah tidak ditutup dengan sempurna. Foto low angle ini juga terlihat menarik kerana bentuk bumbung yang amat unik dari sudut pandangan bawah. Ia membentuk segi empat dan juga segi tiga.


JERNIH T e k nik : Slo w S h u t t e r K a m e r a : S o n y A 6 4 0 0 E x p o s u r e M o d e : M a n u al ISO : 100 Shutter : 1/4 Aperture : f25 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Belia Pula u Pin a n g H u r aia n : Slow shu t t e r t e r j a di a p a bila nilai s h u t t e r s p e e d y a n g r e n d a h dig u n a k a n. S h u t t e r s p e e d b e r m a k s u d s e b e r a p a la m a k a m e r a m e m b u k a tir ain y a u n t u k k e m a s u k k a n c a h a y a. Slo w s h u t t e r j u g a a k a n m e n a m p a k k a n p e r g e r a k a n d ala m g a m b a r. 'Jernih' merupa k a n sif a t air y a n g j ela s d a n n y a t a s e p e r ti y a n g dilih a t d ala m g a m b a r di atas. Kita dapat melihat kejernihan air tersebut serta kesan kabus yang merupakan percikan air yang sedang terjun dengan derasnya.


DINGIN T e k nik : Slo w S h u t t e r K a m e r a : S o n y A 6 4 0 0 E x p o s u r e M o d e : M a n u al ISO : 100 Shutter : 0.6 Aperture : f25 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Botani Pula u Pin a n g H u r aia n : Dengan k ela j u a n s h u t t e r y a n g le bih la m b a t , p e r g e r a k a n o b j e k d a p a t dit a n g k a p d e n g a n lebih teliti serta akan membuatkan gambar anda lebih dinamik dan menarik. Gambar air sungai yang mengalir itu memberikan suasana yang 'dingin' dan imaginasi manusia akan menggambarkan suhu air sungai yang sangat sejuk. Pergerakan air yang mengalir dengan tenang dapat ditangkap dengan slow shutter sekaligus kelihatan sangat menarik.


Teknik : Fast Shutter Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter : 1/320 Aperture : f6.3 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Botani Pulau Pinang Huraian : Berbeza dengan slow shutter, fast shutter menggunakan kelajuan shutter yang lebih laju kerana tingkap shutter bergerak pantas untuk memerangkap cahaya yang lebih sedikir. Oleh itu, gambar akan dilihat seperti objek pegun. Gambar ini menunjukkan seorang wanita yang sedang melompat dengan gembiranya. Dengan menggunakan fast shutter, kamera dapat menangkap lompatan wanita ini ketika dia masih berada di ruang udara. Foto fast shutter tidak akan kelihatan menarik jika subjek tidak terlihat seperti melakukan sesuatu ataupun bergerak. TONS OF HAPPINESS


Teknik : Fast Shutter Kamera : Nikon D3100 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter : 1/800 Aperture : f5.3 Exposure value : 0 step Lokasi : Hadapan perpustakaan IPGKTB Huraian : Teknik ini biasanya digunakan untuk pemotretan sukan atau objek yang memiliki gerakan yang cepat. Dengan nilai shutter speed yang tinggi biasanya fotografer berusaha untuk tidak ketinggalan saat-saat yang menarik. Seperti gambar di atas, dapat dilihat bahawa lelaki tersebut sedang mengangkat kakinya di udara dengan penuh semangat dan kamera dapat menangkap saat di mana kedua-dua belah kakinya tidak mencecah tanah. Kesan rambutnya yang masih mencanak juga jelas menunjukkan dia sdalam proses untuk mendarat dari ruang udara. ENERGETIC


Teknik : Normal Angle Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 400 Shutter : 1/500 Aperture : f6.3 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Botani Pulau Pinang Huraian : Normal angle tidak memerlukan sebarang kedudukan kamera yang khusus untuk menghasilkan efek tertentu pada gambar. Teknik ini hanya memerlukan jurugambar untuk meletakkan kamera pada sudut pandang aslinya. Dalam gambar di atas, seekor monyet dewasa sedang melindungi anaknya yang masih kecil. Demi memberikan perlindungan yang maksima, monyet dewasa itu memastikan anaknya berada dalam dakapannya yang erat. Inilah yang dinamakan sebagai 'Protective' iaitu sifat melindungi. PROTECTIVE


Teknik : Normal Angle Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter: 1/250 Aperture : f8 Exposure value : 0 step Lokasi : Tadika Huraian : Bagi normal angle, kedudukan kamera pada angle ini akan sejajar dengan tinggi subjek. Gambar yang dihasilkan dari eye angle ini memiliki hasil yang kurang lebih sama dengan apa yang kita lihat seharihari. Jurugambar akan menggunakan teknik ini untuk dokumentasi atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang. Gambar ini bertemakan 'Kebersihan' sejajar dengan perbuatan mengutip sampah yang bertaburan di sekitar tadika. Dalam hal ini, individu tersebut sangat mementingkan kebersihan alam sekitar. Plastik yang dibuang oleh manusia lain tidak dibiarkan begitu sahaja demi mengutamakan kelestarian alam. KEBERSIHAN


POWER OF LIGHT Teknik : Light Painting Kamera : Nikon D7000 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter : Bulb Aperture : f/20 Exposure value : 0 step Lokasi : Blok Akademik IPGKTB Huraian : Teknik light painting adalah salah satu teknik dalam fotografi yang merakam jejak cahaya. Teknik foto ini sangat berkait rapat dengan nilai exposure dan turut meliputi shutter speed, iso dan aperture. Kesemua unsur tersebut perlu ditetapkan pada angka paling rendah untuk mendapatkan hasil foto light painting yang baik. Gambar yang dihasilkan ini memberi kesan yang unik kerana jejak cahaya itu dijadikan seakan-akan kuasa yang dikeluarkan oleh wanita tersebut. 'Power Of Light' dimaksudkan dengan kelakuan individu itu menghasilkan cahaya yang kuat sebagai kuasa dengan percikan api yang menambah kesan dinamiknya.


GLOW IN DARK Teknik : Light Painting Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 100 Shutter : Bulb Aperture : f/25 Exposure value : 0 step Lokasi : Makmal Makro IPGKTB Huraian : Light painting boleh dihasilkan dengan pelbagai rupa dan bentuk mengikut kreativii masing-masing. Sama ada berbentuk huruf, angka, tanda tangan, tulisan latin ataupun bentuk lainnya, jurugambar bebas berkarya menggunakan teknik ini. Bagi gambar di atas, kelajuan shutter yang digunakan adalah 'Bulb' yang boleh merakam jejak cahaya selama proses penghasilan bentuk tersebut. Bayang manusia yang dihasilkan itu seperti bersinar di antara ruang yang sangat gelap dan menjadi point of interest bagi foto ini.


TITISAN Teknik : Limited Depth Of Field Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 250 Shutter : 1/400 Aperture : f5.6 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Belia Pulau Pinang Huraian : LImited Depth Of Field merupakan antara teknik yang mudah dan sering digunakan oleh jurugambar. Tiga faktor yang memainkan peranan dalam teknik ini ialah bukaan apecture, focal length dan jarak dengan subjek. Bukaan apecture mestilah besar untuk menghasilkan gambar yang latar belakangnya kabur. Seperti gambar di bawah, kamera berjaya memfokuskan sepenuhnya kepada sekumpulan daun ini dan dapat dilihat dengan jelas juga titisantitisan air selepas hujan yang berada di atas dedaun. Namun begitu, kumpulan daun yang lain masih kabur kerana bukaan apecture yang besar.


VIOLETTE Teknik : Limited Depth Of Field Kamera : Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 200 Shutter : 1/200 Aperture : f6.3 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Belia Pulau Pinang Huraian : Selain bukaan apecture yang besar, kedudukan kamera dengan subjek juga mestilah dalam jarak yang dekat. Hal ini untuk memudahkan lensa kamera memberi fokus kepada subjek yang tertentu sahaja. Contohnya seperti gambar di bawah, jika kamera diletakkan pada jarak yang lebih jauh, berkemungkinan besar kamera sukar untuk memberi fokus pada daun ungu sahaja malah menjadikan keseluruhan dedaun sangat tajam hasilnya. Namun begitu, teknik ini diaplikasikan pada satu dahan yang memegang beberapa helai daun 'violette' yang bermaksud ungu dalam bahasa Perancis.


KASAR T e k nik : L e a din g Lin e K a m e r a : Nik o n D 3 5 0 0 E x p o s u r e M o d e : M a n u al ISO : 400 Shutter : 1/2500 Aperture : f4.8 Exposure value : 0 step Lokasi : Kantin IPGKTB Huraian : Secara umumnya, le a d i n g l i n e iala h g a ris a n m e mim pin a t a u g a ris a n m e m b a w a. D ala m f o t o g r a fi, ini b e r m a k s u d g a ris a n it u a k a n m e m b a w a kit a k e a r a h s e s u a t u y a n g in gin dic e rit a k a n a t a u o b j e k m e n a rik d ala m k o m p o sisi g a m b a r it u. Seperti yang dilihat dalam gambar di a t a s , l e a d i n g l i n e y a n g t e r h a sil in gin m e n y a m p aik a n t e n t a n g t e k s t u r t a n g g a t e r s e b u t y a n g k a s a r. G a ris a n y a n g dib e n t u k a d ala h tid a k r a t a n a m u n m e m b a w a k e p a d a sif a t t a n g g a y a n g in gin dit o n j olk a n.


REPETITION T e k nik : L e a din g Lin e K a m e r a : S o n y A 6 4 0 0 E x p o s u r e M o d e : M a n u al ISO : 160 Shutter : 1/250 Aperture : f5 Exposure value : 0 step Lokasi : Taman Belia Pula u Pin a n g H u r aia n : Garisan d ala m l e a d i n g l i n e b ole h dib e n t u k d e n g a n a p a - a p a s a h a j a y a n g lu r u s t e r m a s u kla h s t r u k t u r b a n g u n a n , j ala n , c o r a k d a n s e b a g ain y a. Bagi gambar ini pula , tia n g y a n g lu r u s dij a dik a n s e b a g ai l e a d i n g l i n e y a n g m e n u j u k e a r a h a k hir tia n g. R e p e t i t i o n p ula b e rla k u u n t u k b e si y a n g b e r a d a di t e n g a h - t e n g a h. H a sil g a m b a r ini t ela h m e n cip t a s a t u p e r a s a n k e p a d a s e sia p a y a n g m elih a t s e p e r ti m e r e k a s e d a n g b e r a d a di kawasan dalam gambar itu.


Teknik : Point Of Interest Kamera Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 800 Shutter : 1/25 Aperture : f5.6 Exposure value : 0 step Lokasi : Perpustakaan Za'ba IPGKTB Huraian : Point of Interest (POI) adalah sebuah titik fokus yang paling menarik dalam sebuah foto atau gambar. Hal ini bertujuan supaya mesej daripada gambar berjaya disampaikan. Oleh itu, penetapan POI mestilah benar dan jelas supaya tidak disalahtafsir. Seperti gambar yang di atas, kita dapat melihat bahawa semua papan tanda adalah bersifat seragam kerana ia merupakan satu syarat untuk rak di perpustakaan ini kelihatan 'sistematik'. Terdapat beberapa beberapa papan tanda yang sama bentuknya di dalam gambar yang sama. Namun begitu,hanya papan tanda yang paling hadapan sahaja yang dijadikan sebagai POI ker SISTEMATIK


Teknik : Point Of Interest Kamera Sony A6400 Exposure Mode : Manual ISO : 800 Shutter : 1/8 Aperture : f5.6 Exposure value : 0 step Lokasi : Perpustakaan Za'ba IPGKTB Huraian : Menurut fotografer, POI akan menghasilkan gambar yang baik jika titik fokus dletakkan di sepertiga bahagian gambar atau dikenali sebagai teknik Rule Of Third. Dapat dilihat dalam gambar kumpulan buku 'Hikayat Pahlawan', kamera hanya memberi fokus kepada buku di sebelah kanan gambar. Titik fokus yang bermula dari kanan atas merupakan syarat bagi Rule Of Third. Gabungan dua teknik ini dikatakan dapat menghasilkan gambar yang memberi kesan dan kelihatan menarik. HIKAYAT PAHLAWAN


TUGASAN 3 Laporan Kerja Kursus


LOW ANGLE


Gambar ini telah menunjukkan sebuah pondok dari sudut pandangan bawah yang menampakkan hanya bahagian bumbung sahaja. Namun begitu, bumbung yang dibina kelihatan sangat unik dan mampu menarik perhatian saya untuk mengambil foto bumbung tersebut menggunakan teknik low angle. Pondok ini terletak di dalam kawasan TamanBelia,PulauPinang. Saya telah memilih untuk menyunting gambar ini kerana gambar aslinya kelihatan agak terang di beberapa kawasan atau dipanggil sebagai 'overexposed'. Contohnya di kawasan yang menampakkan langit pada bahagian bawah kanan gambar. Saya ingin menghasilkan suntingan yang memberi efek gelap seakan-akan gambar ini diambil pada waktu senja. Oleh itu, saya menggunakan aplikasi Lightroom untuk membuat suntingan. Langkah pertama, saya telah merendahkan nilai Exposure sebanyak -3.30, nilai White sebanyak -64 dan meningkatkan nilai Black sebanyak +40. Ini telah menghasilkan kesan gambar yang lebih malap. Selain itu, saya turut mengurangkan Temperature kepada nilai yang lebih dingin sebanyak -15 untuk warna kebiruan. Seterusnya, untuk menaikkan warna hijau pokok, nilai Tint dilaraskan kepada -27. Bagi meningkatkan kejelasan gambar, saya juga melaraskan nilai Dehaze kepada +47. Akhir sekali, saya menggunakan aplikasi Canva untuk menambah perkataan "She could have scream and cried but nobody would have noticed her pain -Liucija Gud-" dengan jenis perkataanAlegreya. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan suntingan ini kerana mood gambar yang dihasilkan amat sesuai dengan perkataan yang diletakkan di tengah-tengah gambar tersebut. Ia secara tidak langsungseperti inginmenyampaikansisigelaphidupseseorang.


THIRD OF RULE


Keunikan bentuk bunga ini telah menarik perhatian saya untuk menangkap gambarnya kerana ia merupakan pokok bunga yang menjalar pada batang pokok lain. Gambar ini diambil di kawasan hadapan pagar Taman Botani, Pulau Pinang. Seperti yang dapat dilihat, bunga ini seakan-akan dikelilingi oleh duri-duri yang amat berbahaya. Akan tetapi, "duri" yang dilihat itu hanyalah dahandahanpokokyangbersaizkecil. Oleh itu, saya telah menyunting gambar ini menjadi warna yang lebih pekat dan gelap kerana gambar asalnya kelihatan sangat pucatdankurangmenarik.Sayamenggunakanaplikasi Lightroom untuk menyunting gambar tersebut. Pertama sekali, saya melaraskan nilai Sharpening kepada 67 untuk menambah kejelasan gambar. Kemudian, nilai Exposure dikurangkan menjadi -1.30 supaya gambar kelihatan lebih gelap. Untuk menjadikan warna gambar lebih pekat, saya mengubah nilai Contrast kepada +26, nilai shadow kepada -46, nilai Tint kepada -2, nilai Vibrance kepada +3 dan nilai Saturation kepada +6. Kesemua suntingan ini berjaya membuatkan gambar tersebut mempunyai warna yang lebihgelapdanmemberikanmoodseram. Akhir sekali, saya menggunakan aplikasi Canva untuk memuatkan perkataan "Kecantikan mendapat perhatian , tetapi kepribadian mendapatkan hati" menggunakan jenis perkataan Anahaw. Kata-kata ini sesuai dengan gambar tersebut sebagai latar belakang kerana bunga itu simbolik kepada perempuan dan kecantikannya menarik perhatian orang ramai tetapi tidak semua orang berani untuk mendekatinya. Oleh itu, saya berpuas hati denganhasil suntingangambar ini,


POINT OF INTEREST


Gambar tersebut menunjukkan susunan buku-buku sejarah di rak perpustakaan. Saya memilih untuk mengambil gambar buku-buku tersebut kerana warna kulitbuku yangamatmenyerlahiaitumerah hati dan dihiasi dengan tulisan berwarna emas. Ia telah mewujudkan unsur mewah dan bersejarah. Disebabkan tema gambar ini ialah sejarah, saya telah menyunting gambar asal menjadi seakan-akangambar 'lama'. Oleh itu, saya menggunakan aplikasi Lightroom untuk menyunting. Yang pertama, nilai Exposure telah diingkatkan sebanyak +0.20 kerana gambar asal kelihatan sedikit kurang cahaya. Kemudian, saya juga melaraskan nilai Shadow kepada -30 dan nilai Blacks kepada -15 untuk menambah kepekatan warna hitam dalam gambar. Untuk menjadikan gambar kelihatan 'lama', saya meningkatkan nilai Temperature kepada +42 supaya gambar kelihatanlebihkekuningan. NilaiVibrancejuga ditingkatkan kepada +28 dan nilai Saturation dikurangkan menjadi -21 supaya warna subjek tidak terlalu menonjol. Saya turut melaraskan nilai Vignette kepada +18 untuk memberi kesan gambar lama yang memudar dikelilingnyadankesan GraindanRoughness sebanyak100. Akhir sekali, saya menambah perkataan menggunakan aplikasi Canva dengan jenis perkataan Bright Retro dan Lustria. Perkataan yang dimuatkan ialah 'Sejarah' dan maksud kepada sejarah. Perkataan-perkatan itu kemudiannya ditambah latar belakang hitam yang sedikit pudar tetapi tidak menutupi keseluruhan gambar asal. Akan tetapi saya yakin bahawa gambar ini boleh disunting dengan lebih baik kerana hasil terkini kelihatan agak 'kosong'.


SILLUETTE


Gambar ini menunjukkan seorang perempuan yang sedang berdiri sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Saya tertarik untuk mengambil gambar ini kerana imej silluette yang terbentuk adalah sangat cantik dengan kepulan awan di langit. Namun begitu, bahagian lkeseluruhan gambar kelihatan agak malap seperti Underexposed. Oleh itu, saya telah menyunting gambar inidiaplikasiLightroom. Pertama sekali, saya meningkatkan nilai Exposure kepada +0.58 untuk menambah kecerahan pada gambar. Seterusnya, nilai Contrast dikurangkan menjadi -100 dan nilai Blacks dilaraskan kepada -100 kerana saya ingin menjadikan imej silluette lebih gelap. Pada pendapat saya, gambar ini tidak memerlukan banyak suntingan kerana sifat gambar yang gelap jadi saya membuat suntingan terakhir dengan melaraskan nilai Temperature sebanyak +12. Untuk menyampaikan maksud gambar kepada sesiap yang melihat, saya menambah perkataan menggunakan aplikasi Canva. Saya memilih jenis perkataan Glacial Indifferent untuk menambah perkataan 'Bayang' kerana imej silluette yang dihasilkan adalah seperti bayang-bayang.Kata-kata semangat jugadimasukkandibawah perkataan 'Bayang' iaitu 'Ketakutan adalah bayangan ketidaktahuanyangpanjang'. Kesimpulannya, saya gembira dengan hasil suntingan ini kerana pemilihan kata-kata semangat yang sesuai dengan latar belakang dan pemilihan warna putih untuk perkataan telah membuatkantulisantersebutamatmenonjol.


LEADING LINE


Karya yang terakhir ini ialah gambar tangga yang diambil di hadapan kantin IPGKTB. Saya mengambil keputusan untuk memilih tangga ini sebagai subjek kerana saya ingin menghasilkan sebuah gambar yang berkaitan dengan pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan'. Keadaan tangga yang tidak sempurna itu juga secara tidak langsung akan menambahkan lagi kedalamanmaksudyanginginsayasampaikan. Gambar ini turut disunting menggunakan aplikasi Lightroom. Olehkeranagambarasal tersebut telahstabilpengcahayaannya, saya tidak melaraskan nilai Exposure. Sebaliknya, saya menambah nilai Contrast kepada +46 untuk menjadikan warna lumut di tangga lebih pekat. Selepas itu, nilai Shadow turut dikurangkan kepada -79 untuk menambah bayang di dalam gambar. Nilai Temperature pula dilaraskan kepada yang lebih dingin untuk kesan kebiruan dalam gambar iaitu sebanyak -11 dan nilai Vibrance menjadi +36 supaya warna lebih menonjol. Nilai Dehaze pula dilaraskan untuk menambah kejelasan setiap subjek yang terdapat dalam gambar. Akhir sekali, saya menggunakanaplikasi CanvauntukmengurangkanTranparency supaya gambar lebih pudar dan perkataan lebih menonjol. Saya amat gembira dengan ayat yang dipilih kerana mengandungi unsur sarkastik.Perkataanditambahdenganmenggunakanjenis perkataan Signika. Ayat tersebut bertujuan memberi motivasi kepada individu untuk terus berusaha walaupun proses untuk berjaya itu perit dan tidak indah. Sama seperti tangga itu, walaupun tidak kelihatan cantik, ia pasti akan membawa kita hinggakepuncak.


TUGASAN 4 Penulisan Apresiasi


Gambar asal karya 1 : Gambar edit karya 1 :


Karya yang bertajuk "Usaha Tangga Kejayaan" telah dihasilkan dengan gabungan dua karya. Salah satu karya yang digunakan telah diambil gambarnya menggunakan teknik Leading Line. Karya ini diambil di hadapan kawasan kantin IPGKTB yang mempunyai sebuah tangga untuk menuju ke gelanggang tenis. Semasa saya mengambil karya ini, cuaca boleh dikatakan agak panas kerana ketika itu masih pagi yang sedang menuju ke tengahari. Dengan berbekalkan kamera Nikon D3500, saya mengubah tetapan ISO setinggi 400 manakala bukaan aperture pula ialah 4.5 dengan shutter speed 1/2500 saat. Jika dilihat dari aspek komposisi,karya ini menggunakan Rule Of Thirds yang merupakan teknik menyusun komposisi imej atau elemen visual . Ia menyatakan bahawa satu-satu imej itu perlu dibahagikan kepada sembilan bahagian yang sama besar dengan dua garisan melintang dan dua garisan menegak. Objek yang penting dan ingin ditonjolkan perlu berada di atas garisan atau titik pertemuan garisan tersebut. Contoh objek yang berada di atas titik pertemuan ialah tangga. Teknik leading line pula terhasil kerana garisan-garisan di tangga tersebut membawa kepada objek yang hendak difokuskan. Jika dilihat kepada hasil poster, garisan tersebut akan menuju kepada seorang wanita yang sedang membaca buku. Keseimbangan yang terdapat dalam karya ini juga telah membuatkan ia tidak terlalu padat dengan objek yang hendak difokuskan. Hanya terdapat tangga, langit dan pokok sebagai objek sampingan. Pengcahayaan bagi karya ini boleh dikatakan agak baik dengan bukaan ISO 400 dan aperture yang nilainya 4.5 kerana ingin membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam lensa kamera. Saya juga tidak ingin mewujudkan kesan-kesan khas bagi pengcahayaan kerana lebih menggemari cahaya yang stabil. Oleh itu, aperture ditetapkan dengan nilai kecil supaya tiada kesan bokeh yang terhasil dalam gambar. Namun begitu, saya melakukan beberapa suntingan bagi meningkatkan lagi tahap pengcahayaan gambar dengan melaraskan nilai Exposure dan Shadow sahaja. Karya ini amat saya gemari kerana keadaan tangga sesuai dengan mesej yang ingin saya sampaikan melalui poster. Meskipun rupa tangga tersebut tidak indah, namun kita perlu tetap meneruskan pendakian hingga ke puncak untuk berjaya. Begitu juga dengan realiti kehidupan yang penuh dengan halangan serta cabaran dalam menuju kejayaan.


Gambar asal karya 2 : Gambar edit karya 2 :


Karya ini merupakan gambar kedua yang saya gunakan untuk menghasilkan poster "UsahaTangga Kejayaan". Gambar ini diambil di satu sudut antara rak-rak buku yang terletak dalam Perpustaan Za'ba IPGKTB. Pada permulaannya, saya ingin memasukkan keseluruhan gambar dalam poster yang ingin dihasilkan. Namun apabila melihat kepada kesesuaian gabungan karya, saya telah memilih untuk hanya mengambil subjek manusia kerana ingin mengelakkan terlalu banyak objek dalam satu poster yang sama. Teknik yang digunakan untuk mengambil gambar ini ialah Medium Shot kerana ia menampilkan hanya separuh bahagian badan sahaja dalam satu gambar penuh. Posisi duduk dilakukan dalam gambar untuk melambangkan adab dan tatatertib dalam menimba ilmu iaitu membaca sambil duduk di suatu tempat. Tidak salah jika kita ingin membaca sambil berjalan, tetapi dalam hal ini kita mestilah mempamerkan adab yang positif untuk bahan publisiti. ISO yang ditetapkan adalah setinggi 800 kerana pengcahayaan yang kurang di tempat tertutup. Komposisi yang dapat dilihat dalam gambar ini pula ialah perspektif kerana kedudukan rak buku di kiri dan kanan yang memberi fokus kepada subjek utama di tengahnya. Subjek utama juga kelihatan lebih kecil dan dilihat seperti kedukannya jauh dari kamera. Bukaan aperture pula adalah sebanyak 5.6 untuk memberi fokus yang maksima kepada subjek manakala nilai shutter speed pula adalah 1/10 saat. Ini telah membolehkan gambar diambil dengan pengcahayaan yang cukup. Hasilnya agak memuaskan kerana kamera dapat memberi fokus yang baik terhadap subjek namunmasih kelihatan sedikit malap. Oleh itu, saya menyunting lagi gambar ini dengan melaraskan nilai Exposure, Contrast dan Temperature untuk kesan gambar yang lebih kekuningan. Karya ini amat bermakna bagi saya kerana keseimbangan gambar yang sangat memuaskan dan perbuatan subjek telah menonjolkan mesej utama yang hendak disampaikan. Apabila telah digabungkan dengan gambar 1, hasilnya agak sepadan dan boleh disesuaikan dengan tema tugasan.


Diari Perantau (2011). Teknik Asas Fotografi - Rule Of Third. Dicapai pada 9 Julai 2023, daripada http://lensafotomalaysia.blogspot.com/2011/04/teknik-asas-fotografi-ruleofthird.html#:~:text=Rule%20of%20third%20adalah%20salah,melintang%20 dan%20dua%20garisan%20menegak. Jo Plumridge (2023). Cara Menggunakan Perspektif Dalam Fotografi. Dicapai pada 9 Julai 2023, daripada https://ms.eyewated.com/apakah-perspektif-dalam-fotografi/ Jurugambar (2023). Teknik Leading Line. Dicapai pada 9 Julai 2023, daripada https://jurugambar.com/teknik-leading-line-hasil-jurufotojurufoto-ini-pasti-membuatkan-andateruja/#:~:text=Apa%20itu%20leading%20line%3F,menarik%20dalam%20k omposisi%20gambar%20tu. Shootnesia (2023). Pengertian dan Cara Menentukan Point Of Interest Dalam Fotografi. Dicapai pada 7 Julai 2023, daripada https://shootnesia.foresteract.com/cara-menentukan-point-of-interestdalamfotografi/#:~:text=Bagi%20Anda%20yang%20belum%20mengetahuinya,d an%20harus%20ada%20pada%20foto. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version