The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by crsingle2218, 2019-09-26 13:58:52

KONSEP KEJIRANAN cm

KONSEP KEJIRANAN cm

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KEJURUTERAAN MEKATRONIK

PENYIARAN DAN KOMUNIKASI DALAM ISLAM
DUA 6022

NAMA PENSYARAH: USTAZAH MUSLEHA BINTI MOKTER

TEMA :
“ KONSEP KEJIRANAN ”

( E-MAJALAH )

NAMA NOMBOR MATRIK

MICHELLE DIVIYA A/P RAMAN 01DEM17F1116

CHARAVANAN RAO A/L KALIDAS 01DEM17F1114

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA : MICHELLE DIVIYA A/P RAMAN
TARIKH LAHIR : 21 / 01/ 1999
TEMPAT TINGGAL : TAMAN PINJI
MEWAH , IPOH.
AGAMA : KRISTIAN
BANGSA : HINDU
UMUR : 20
JANTINA : PEREMPUAN
KELAS : DEM5C

NAMA : CHARAVANAN RAO A/L KALIDAS
TARIKH LAHIR : 18/3/1999
TEMPAT TINGGAL : BERCHAM
AGAMA : INDIA
BANGSA : HINDU
UMUR : 20
JANTINA : LELAKI
KELAS : DEM5C

SIDANG RIDAKSI MAJALAH

Penerbit : Politeknik Ungku Omar
Penasihat : Ustazah Musleha Binti Mokter
Ketue Editor : Michelle Diviya a/p Raman
Editor : Charavanan Rao a/l Kalidas
Pencetak : Michelle Diviya a/p Raman

Seindah Bicara ,

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam ,tuhan
yang maha pemurah,lagi maha pengasih,Tuhan yang menguasai hari pembalasan
KepadaMulah kami memohon pertolongan .Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,
iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat kepada mereka,bukan jalan
orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugas
berkumpulan yang diamanahkan kepada kami.Tugasan yang diberikan oleh Ustaz
Hadi Bin Abu Bakar & Ustaz AB Rahman Bin Mamat.

Ada banyak tuntutan yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim
dalam kehidupan di dunia ini, salah satunya adalah keharusan menjalin habulum
minallah (hubungan yang baik kepada Allah) dan hablum minannas (hubungan yang
baik dengan manusia). Hal ini ditekankan karena manusia sangat membutuhkan
Tuhan dan Tuhan yang sesungguhnya adalah Allah Swt, disamping itu manusia juga
tidak bisa hidup sendirian, karenanya ia membutuhkan manusia lain yang dapat
berinteraksi secara baik untuk bisa mewujudkan kehidupan yang baik. Di dalam
Al-Qur’an, Allah Swt berfirman: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mensekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu
bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat
dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang yang dalam perjalanan dan hamba
sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri (QS 4:36).

OLEH : MICHELLE DIVIYA A/P RAMAN

Dari segi bahasa
- Jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang

tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah

- Jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran
yang bersebelahan dengan negara.

KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM

Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini
sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang
diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.

Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal
berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian
darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain
jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.

Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak
menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda
Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti
jirannya.”

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut
bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka
misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan
meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan
mudharat.

Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan
manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala
bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru
umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya
kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta
akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik
kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada
riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu

Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup)
maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali
menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan
memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah
dan akhlak.

ADAB BERJIRAN

Terdapat banyak adab berjiran yang perlu kita menitikberatkan agar hidup kita dalam berjiran sentiasa
bahagia dan harmoni. Antara adab berjiran yang dapat kami kongsikan disini adalah seperti sentiasa
mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu
sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan
penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang
melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.Selain itu, tidak
menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat
dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak
melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan
lain.

Seterusnya, sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap
takbur. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

Justeru itu, menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita
hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak
bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang
mereka tidak sukai.

Di samping itu, sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang
mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga,
kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan
akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra
dan lebih akrab.

Seterusnya ialah tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah
sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih
terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan. Mengutamakan jiran yang
terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di
sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :

 Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai
jiran, keluarga dan seorang Muslim.

 Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
 Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

Adab lain ialah sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria
dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa
antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan
sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap
isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu
hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan
bantuan kita untuk menyelesaikannya.

Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang
dan tenteram. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan
kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru,perabut baru, kelahiran
anak baru, mendapat menantu dan sebagainya. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja
yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang
paling berhikmah. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran,
sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan
tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.

Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal
dunia. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya
jiran. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di
rumah. Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama ketika mereka memperolehi
kebaikan dan kurniaan dari Allah.

Akhir sekali, mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan bencana. Tidak membina
bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat
restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh
menghalang laluan ke rumah mereka. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang
kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut
untuk mereka nikmati. Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli. Sentiasa
mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran.

PUNCA-PUNCA SEMANGAT

KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR

OLEH : CHARAVANAN RAO

Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur,
antaranya perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari
rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta
tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari.
Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa
sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan
sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan
pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata
pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang
bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan
hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat
kejiranan masa kini.

Selain itu , kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah
satu punca yang mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi
merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Pada zaman sekarang.,
bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media
elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang
menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu
asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak
memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.
Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka
yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan.
Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin
berkurangan. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk
berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah di dalam pergaulan., sebaliknya kita
hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan
orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa
sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan..

Di samping itu, arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita
juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini,
pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat
kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang
mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman
permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu
ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat
wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam
masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan
berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir
luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi
punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari
ini.

LANGKAH - LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan
sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat
kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang
bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa.
Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun
begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.
Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat
dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan
menjejaskan keharmonian negara.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat
kejiranan , antaranya menghidupkan kembali amalan bergotong-royong .Hal ini
membolehkan masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti
membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman
perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian
para penjenayah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
keturunan dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama
sesama jiran , bak kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah”.Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong
kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan
salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui
amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat
terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini
memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka
menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India
menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban
yang berjiran dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari
Natal, sekali gus dapat mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu,
kempen amalan rumah terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan
pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami di
bumi bertuah ini.

Setersunya, langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan
termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah, amalan ziarah-menziarahi
ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke
rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan
melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa
hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar
dibudayakan dalam masyarakat.

Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng.
Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam
masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh
mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah
bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat
kejiranan yang utuh.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan
tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan
semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan.

Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara
satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan
budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka
agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat
kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Seterusnya , semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali
Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan
berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan
selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini
boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya
memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah
kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana
memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan
membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan
apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan
pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa
sebarang kekangan.

Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni
maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air
akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya,
kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan
taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan
perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan
tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota
masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam
yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan
gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang
membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti
berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai
contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun
kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk
Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat
Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa.

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat
Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup
secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat
banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim
perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis
Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program
Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat
hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa
pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan
jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran,
kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya
jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit,
jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi
mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat
tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan
tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang
atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan
menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk
menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu
menjaga rumah kita. Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat
membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita
adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya
bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.

Kebaikan semangat kejiranan yang seterusnya ialah jiran akan dapat membantu kita
dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala
memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis
tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan. Semangat kejiranan yang terjalin
juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik,
pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak melakukan
perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara
berbahaya di kawasan kejiranan

Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan
dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan
rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

1) Kehidupan tidak tenang.
2) Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3) Terpinggir daripada masyarakat.
4) Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
5) Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.

KESIMPULAN

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara
jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu ,
perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan
masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat
kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam
kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan
datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Akhir Kata.....

Dengan adanya E-majalah Konsep Kejiranan, ia merupakan satu platform untuk
berkongsi maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan seorang pelajar
bersama para pembaca yang dikasihi sekalian. Konsep Kejiranan ! merupakan
sebuah e-majalah yang direka oleh pelajar semester akhir Politeknik Ungku Omar
. Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus DUA6022 Komunikasi &
Penyiaran Islam. Konsep Kejiranan ! dipilih sebagai nama e-majalah kerana ia
bersesuaian untuk memumpuk semangat kejiranan di kalangan masyarakat.

Faktor-faktor topik ini dipilih kerana ia merupakan perkara yang merisaukan
masyarakat pada masa kini. Oleh itu, kami terdetik untuk mengupas topik-topik
tersebut dengan ringkas dan padat. Ia juga dapat menceritakan dan memberi info
kepada para pembaca. Para pembaca juga dapat menambahkan ilmu yang
dikongsikan oleh kami.

Sebagai penyelaras Konsep Kejiranan !, saya berharap agar semua pembaca dapat
menerima dan mengambil inisiatif berkaitan topik yang dibincangkan. Berharap
juga e-majalah ini dapat memberikan kesan positif kepada semua warga pembaca.
Sekian, Terima kasih.

"Kejujuran itu bermula dari HATI "

Yang Ikhlas, Michelle Diviya dan Charavanan ...


Click to View FlipBook Version