The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KURSUS KESANTUNAN BERBAHASA
BMMB1144

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayinnabila03, 2022-04-01 04:10:15

CERPEN "PERJALANAN HIDUP SEORANG GRADUAN"

KURSUS KESANTUNAN BERBAHASA
BMMB1144

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

KKEESSAANNTTUUNNAANN
BBEERRBBAAHHAASSAA

BBMMMMBB11114444



PPEENNGGHHAARRGGAAAANN

Bimillahirahmanirahim , Alhamdulillah segala kesyukuran
dipanjatkan ke atas Allah S.W.T diatas segala nikmat yang
dikurniakan kepada diri yang kerdil ini terutamanya nikmat
tenaga , masa dan ilmu yang melimpah ruah sehingga mampu
menyelesaikan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

Pertama sekali ingin saya mendedikasikan sekalung
penghargaan kepada pensyarah KursusKesantunan Berbahasa
saya, Dr Zanariah binti Hamid di atas tunjuk ajar dan bimbingan
yang diberikan untuk membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini

Di samping itu, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi
nasihat dan dorongan kepada saya untuk terus berjuang di
dalam bidang perguruan ini bagi mancapai impian menjadi
seorang warga pendidik yang berdedikasi tinggi . Mereka juga
banyak membantu saya dalam menyediakan kemudahan untuk
saya sehingga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan buat rakan-rakan
seperjuangan yang turut banyak membantu saya dalam
memahami kursus ini. Mereka merupakan keluarga kedua saya
di institut ini yang banyak memberi pertolongan dan menjawab
semua persoalan yang kurang saya fahami.

Akhir madah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam proses menyempurnakan kerja
kursus ini . Sekian terima kasih .

IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN

1.0 SINOPSIS 3

2.0 KISAH PENUH PERJALANAN HIDUP SEORANG

GRADUAN 4-8

3.0 KESIMPULAN 9

CCEERRPPEENN ::

""PPEERRJJAALLAANNAANNHHIIDDUUPP
SSEEOORRAANNGGGGRRAADDUUAANN""

11..00SSIINNOOPPSSIISS

Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak
perempuan yang bijak dan berjiwa besar bernama Alia. Alia
merupakan anak bongsu dalam empat adik-beradiknya yang
terdiri daripada abang sulungnya serta dua orang kakak. Alia
mempunyai angan-angan dan cita-cita yang tinggi. Kini, Alia
berumur 11 tahun yang bersekolah pada peringkat sekolah
rendah dalam darjah 5. Dia juga kanak-kanak yang tabah
dalam menghadapi segala cabaran serta rintangan
kehidupan yang penuh ranjau berduri walaupun dalam usia
yang masih muda serta tidak matang. Maka, disinilah
terukirnya Kisah Perjalanan Hidup Seorang Graduan
bernama Alia.

2.20.0KKISISAAHHPPEENNUUHH
PEPREJRAJLAALNANAANNHHIDIDUUPPSSEEOORRAANNGG

GGRRAADDUUAANN

Hidup dengan penuh dugaan,
Segalanya dengan kehendak Allah,
Dapat ditempuh dengan berkesan,
Itulah insan bernama Nurul Alia.

Pada suatu pagi, kedengaran suara kanak-kanak
perempuan berumur 11 tahun menjerit “Abah Ibu!” dengan ceria.
Kemudian, dia berlari menuju ke dapur lalu memeluk erat ibu
dan ayahnya yang dipanggil Abah. Terukir senyuman kedua-dua
orang tua akan anak bongsu mereka yang bernama Alia itu.
Manis wajah si cilik itu dianggap cantik bak bidadari oleh Ibu
bapa Alia. Terlihat juga abang sulung dan dua orang kakak Alia
turut ke dapur untuk bersarapan pagi. Alia dan dua orang
kakaknya sibuk membantu ibu mereka bagi menyiapkan
hidangan sarapan pagi. Keluarga Alia tinggal di sebuah kampung.
Kehidupan mereka sempurna walaupun tidak semewah orang
lain. Alia merupakan seorang kana-kanak yang ceria dan petah
berkata-kata. Dia juga amat disenangi oleh rakan-rakan, guru-
guru dan penduduk di kampung kediamannya. Hal ini kerana
Alia mempunyai sifat yang baik dari pelbagai segi samaada tutur
katanya, tingkah lakunya dan sifat sopan santunnya terhadap
orang yang lebih tua.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak kecil ini juga menanam cita-
cita yang amat besar apabila menjejak usia dewasa kelak. Akan
tetapi, bagi Alia yang paling menjadi keutamaan dalam hidupnya
adalah keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain
bagai aur dengan tebing. Memandangkan Alia merupakan anak
yang bongsu, maka Alia lebih rapat dengan ayahnya yang
dipanggil Abah sehingga menyebabkan diri Alia digelar anak
bapa oleh rakan-rakan sebayanya. Alia amat sayang akan
keluarganya. Pada setiap hujung minggu, pasti Alia bersama
keluarganya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik
seperti memancing, berkhemah dan bermain badminton.

Di dapur pagi itu, sebaik sahaja hidangan siap. Mereka
sekeluarga menikmati hidangan sarapan pagi yang terdiri
daripada nasi lemak dan kopi-o dengan seleranya. Amalan
makan bersama-sama ini sudah menjadi amalan bagi keluarga
Alia. Hal ini demikian Abah Alia akan memastikan bahawa isteri
dan anak-anaknya akan makan bersama-sama terutamanya
pada setiap hari Ahad bagi menambahkan ukhuwah antara
mereka lagi. Hal ini kerana Abah Alia hanya mempunyai waktu
cuti hujung minggu iaitu pada hari Ahad sahaja. Tetapi, ia tidak
menjadi kepastian, kadang-kadang keluarga mereka terpaksa
makan malam tanpa kelibat Abah mereka yang sibuk bekerja.

Selepas selesai menjamu selera, Alia bersama abang dan
dua orang kakaknya mencuci pinggan mangkuk dan mengemas
meja. Adik-beradik Alia memang terkenal dengan sikap rajin
macam semut. Kemudian, mereka meminta diri untuk
berangkat ke sekolah bersama-sama. Sebelum mereka ke
sekolah, mereka akan menghulurkan kedua tangan serta
memeluk erat ibu dan abah kesayangan mereka serta
mengucapkan “Selamat tinggal, kami pergi dulu” jerit keempat-
empat adik beradik itu kepada ibu ayah mereka sambal keluar
daripada kawasan rumah menuju ke sekolah.

Tepat jam 9 pagi, ketua keluarga itu iaitu Abah turut meminta
diri untuk pergi bekerja. Ibu menghulurkan tangannya kepada
suaminya itu. “Hati-hati memandu” kata si Ibu. Ibu berkata
demikian kerana suaminya yang berusaha bekerja siang dan
malam mencari rezeki bagi menyara keluarga mereka itu lebih-
lebih lagi Ibu amat memahami akan penat lelah yang perlu
ditanggung suami kepada anak-anaknya itu sepanjang diri
suaminya berada di atas jalan raya sebagai pemandu lori yang
perlu ke sana ke sini menghantar barangan berat. Ya, betul.
Abah Alia merupakan seorang pemandu lori yang begitu
penyayang, bertanggungjawab dan penyabar. Beliau sentiasa
bekerja keras demi mencapai kesempurnaan hidup keluarga
dan mengalas pangkat sebagai ketua keluarga dengan sebaik-
baiknya tanpa menghiraukan kesihatan diri sendiri sehinggalah
tahap kesihatan ayah Alia semakin dikatakan berisiko oleh
Doktor.

Pada suatu ketika, keluarga ini perlu menghadapi cabaran
yang besar apabila Abah Alia asyik berulang-alik ke hospital hampir
3 kali seminggu kerana risiko penyakitnya semakin hari semakin
menunjukkan kesan yang negatif. Alia dan ahli keluarga yang lain
selalu risau akan penyakit yang dihadapi oleh Abah kesayangan
mereka itu. Namun, kudrat seorang ayah kepada empat orang
anaknya ternyata amat gagah sekali kerana dia tidak
menghiraukan sama sekali penyakit yang dihadapinya itu. Hal ini
kerana bagi Abah “Selagi aku hidup di dunia, aku akan pastikan
isteri dan anak-anak aku cukup makan dan pakainya”. Namun,
apakan daya kehidupan keluarga bahagia ini semakin pudar
apabila suatu berita yang tidak diingini terjadi.

Pada suatu petang yang mendung, ibu Alia sedang sibuk
menyapu halaman rumah mereka. Tiba-tiba kelihatan anak sulung
keluarga itu muncul dan pulang daripada hospital menghantar
abahnya yang sakit. Ibu melihat tepat ke wajah anak lelakinya itu,
tetapi terlihat riak muka yang sedih menyelumbungi anaknya itu.
“Mana Abah kamu Along?” tanya Ibu. “Maaf ibu, Abah sudah tiada”
kata anak sulungnya itu dengan suara yang sayu. “Denyutan
jantung Abah telah terhenti kira-kira jam empat petang sebentar
tadi Ibu”. Setiap kali ayahnya berulang-alik ke hospital, pasti abang
Alia akan menghantar dan membawanya pulang ke rumah tetapi
buat kali terakhir anak sulung itu menghantar Abah mereka ke
hospital berita kematian Abahnya sahaja yang dibawa pulang.
Berita itu juga turut sampai ke pengetahuan adik-adik
perempuannya termasuk Alia. Meruntun jiwa seorang kanak-kanak
cilik itu apabila mendengar berita tersebut. Berjurai air mata jatuh
ke bumi keluarga ini berserta perasaan sedih yang terlihat.

Sejak peristiwa yang menyedihkan itu, kepayahan serta kesusahan
kehidupan keluarga Alia pun bermula. Selepas tamat pengambilan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) abang Alia tidak menyambung pelajaran ke
peringkat Institut Pendidikan Tinggi (IPT) walaupun keputusan
peperiksaannya dikira cemerlang kerana abangnya membuat keputusan
untuk mengalas tanggungjawab Abah mereka dengan bekerja sebagai
pembantu di kedai runcit. Ibu Alia telah menyuruh Abang Alia untuk terus
menyambung pelajaran tetapi anak sulungnya itu berpendapat bahawa
wang ringgit yang dibelanjakan keatasnya itu lebih baik dibelanjakan
kepada keluarga mereka sekarang ini. Hal ini kerana gerangan sebagai
seorang anak lelaki yang digelar ketua keluarga sejak kematian bapa
adalah lebih utama baginya. Dengan tiga orang adik perempuan yang perlu
ditanggung.

Pada suatu pagi yang hening, Alia turun ke halaman rumah untuk
menghirup udara segar. Tampak Ibunya sedang menyiram tumbuh-
tumbuhan yang ditanamnya. Alia pun merenung Ibunya sambil memikirkan
“Tinggal ibu seorang sahaja orang tua yang aku ada di dunia ini” bisik hati
Alia. Apabila tubuh Alia mahu bergerak masuk ke rumah. Tanpa diduga,
kedengaran suatu benda yang terjatuh dengan kuat. Terus Alia berpaling
kearah bunyi tersebut dan terlihatnya susuk badan ibunya di lantai
halaman rumah dalam keadaan terbaring. Alia terus menjerit “Ibu!” dan
meminta tolong daripada abang serta kakak-kakaknya “Abang, kakak Ibu
pengsan, cepat tolong!” dan terus Abangnya membawa Ibu mereka ke
hospital.

Sebaik sahaja mereka pulang daripada hospital, keluarga ini diuji
lagi sekali apabila Ibu mereka pula disahkan menghidap penyakit kronik.
Cabaran serta dugaan datang tanpa ada nokhtah dalam hidup mereka
sekeluarga bagai jatuh ditimpa tangga. Semenjak daripada hari itu, segenap
segi rumah mereka sentiasa dikelilingi dengan bau daun pandan yang enak
kerana ibunya membuat keputusan untuk berniaga walaupun sakit. Nasi
lemak yang dahulunya menjadi santapan keluarga ini apabila sarapan pagi
telah menjadi punca rezeki keluarga yang kedua selain daripada pekerjaan
anak sulungnya itu. Alia seorang anak yang tabah menempuh segala onak
dan duri ini kerana dia dan dua orang kakaknya akan sentiasa mengelilingi
kampung pada hujung minggu untuk menjual nasi lemak buatan ibunya.

Bukan itu sahaja, Alia juga mengambil inisiatif berjual nasi
lemak dan kuih-muih secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak
sekolah semata-mata mahu membantu keluarganya. Alia tahu
perbuatan yang dilakukannya itu salah sama sekali, tapi itu sahaja
caranya dia dapat membantu meringankan beban keluarganya.
Namun begitu, pelajarannya tetap diutamakan. Hal ini kerana Alia
merupakan seorang anak yang amat pandai, pintar dan bijak seperti
pendeta. Walaupun kehidupannya ditempuhi segala rintangan tetapi
kehebatannya dalam pelajaran tidak dapat dipertikaikan. Sebaik
sahaja habis waktu sekolah, Alia tidak terus pulang ke rumah seperti
dahulu kerana dia mencari pekerjaan lain dengan mengutip tin-tin di
tepi jalan untuk mendapat sedikit wang belanja bagi dirinya.
Perbuatan dan jalan cerita Alia berterusan sehingga jejak umurnya 15
tahun iaitu tingkatan 3 di sekolah menengah. Perkara tersebut
disedari oleh semua barisan guru dan pihak sekolah, tetapi mereka
tidak menghiraukannya kerana tahu latar belakang kehidupan anak
murid mereka itu

Pada Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Alia mendapat
keputusan yang rendah dalam subjek Sains sedangkan itu adalah
subjek kesukaan dan kepakaran bagi dirinya. Namun, Alia ditemukan
dengan seorang guru yang amat baik. Di mana, guru tersebut
memanggil Alia ketika di dalam kelas “Nur Alia sila ke hadapan
sebentar” panggil cikgu tersebut. “Ya, saya cikgu ada apa cikgu panggil
saya” tanya Alia. Rupa-rupanya guru tersebut meminta Alia bertemu
dirinya selepas tamat waktu sekolah bagi memberikan Alia buku-buku
rujukan dan buku latihan kerana dia tahu bahawa anak muridnya itu
kurang berkemampuan untuk membeli bahan-bahan rujukan.

Alia amat bersyukur terhadap pemberian yang telah diberikan
oleh gurunya itu. Setiap hari Alia akan menyiapkan lebih kurang 10
soalan Sains dan dihantar ke Cikgu tersebut untuk diperiksa. Dengan
sebab itu, menjadikan keputusan Alia cemerlang dengan memperolehi
semua A dalam setiap subjek sehingga ke peperiksaan PT3 sebenar.
Berdasarkan keputusan itu, Alia layak untuk mengikuti aliran Sains
Tulen seperti yang diidamkan. Hal ini kerana aliran tersebut berkaitan
rapat dengan cita-citanya sebagai seorang Doktor.

Setelah dua tahun belajar dengan gigih dan bersungguh-sungguh,
dia memperolehi keputusan yang cemerlang dan diberi tawaran
untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara dalam bidang
kedoktoran di dengan tanggungan biasiswa kerajaan sepenuhnya.
Namun begitu, Alia tidak terus menerima tawaran tersebut kerana
memikirkan kesulitan serta ketidaksediaan dirinya berjauhan dengan
keluarga tersayang. Banyak persoalan yang bermain di mindanya.
“Perlukah aku sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
untuk mencapai angan-angan dan cita-cita ku itu?” atau “Adakah aku
perlu pergi bekerja sahaja bagi menambahkan pendapatan keluarga
mengikut jejak abangku?”. Akan tetapi, apabila difikirkan semula Alia
mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut demi masa
depan yang lebih cerah.

Tanpa Alia sedari, lima tahun sudah pun berlalu serta tamatlah
pembelajarannya dalam bidang kedoktoran dan Alhamdullilah Alia
berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran pada
kelas pertama dan berjaya memegang gelaran sebagai Doktor Alia.
Walaupun banyak dugaan yang perlu dihadapi, Alia tetap tabah
mengharunginya dan inilah yang dikatakan berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Maka ini berakhirlah kisah perjalanan hidup seorang
graduan bernama Alia.

Susah senang rencah kehidupan,
Satu saat pastikan hilang,
Berakhir sudah kisah graduan,
Akhirnya hidup dengan cemerlang.

33..00 KKEESSIIMMPPUULLAANN

Kesimpulan yang diperoleh daripada cerita pendek bertajuk
Kehidupan Seorang Graduan ini, kita sebagai manusia perlulah
sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi kehidupan
walaupun perlu menempuh pelbagai cabaran serta dugaan yang
penuh dengan ranjau berduri ini. Kita juga mestilah percaya
bahawa setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya dan ia
hanya diberi kepada individu yang mampu menempuhinya dengan
penuh kekuatan. Sikap tidak pernah berputus asa dan selalu
berusaha keras tanpa mengenal erti penat lelah perlu diterapkan
dalam diri setiap insan di dunia. Hal ini kerana tanpa kudrat yang
lahir daripada diri seseorang itu, mustahil bagi dirinya untuk
mencapai perkara yang diimpikan. Hal ini kerana yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Peribahasa ini
jelas menyatakan bahawa rezeki dan angan-angan perlu
diusahakan kerana ia tidak datang dengan sendiri.

sseekkiiaann,,
tteerriimmaa kkaassiihh


Click to View FlipBook Version