The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eizafeb92, 2023-09-27 13:30:44

BM

BM

Keywords: BM

(Potong perkataan yang harus digugurkan) Kata Klasik Partikel ‘maka’ ,‘lah’ dan ‘pun’ Frasa Tidak Gramatis Kata pangkal ayat (gugur/tukar) KEKAL Susunan ayat/jenis ayat (cakap ajuk-kekal) Perenggan Bilangan ayat K.Nama Khas (Watak, Tempat, Peralatan) Bahasa Istana KGN –beta, baginda, patik, hamba Tanda Baca, tanda soal, tanda koma , bentuk dialog TUKAR (Bulatkan perkataan2 bahasa klasik yang dapat ditukarkan) Tukar Frasa tidak gramatis Tukar kosa kata klasik Maka – lalu/ kemudian Tatkala – semasa/apabila Seraya -sambil Adapun Alkisah – kisahnya/ceritanya Arakian Hatta -Hingga Maka-Lalu Sebermula Syahadan –Lalu/selanjutnya Kalakian Sekalian peristiwa ‘lah’ dan ‘pun’ B.Istana Maksud B.Istana Maksud Beradu Berangkat Anugerah Ampun kurnia Gering Bertitah Berkenan Berputera Bersiram Kurnia Mangkat Menghadap Murka Santap Semayam Tabal Mencemar duli Makam Peraduan Iram-iram Mahkota Kaus Singgahsana Hulu B.Klasik Maksud B.Klasik Maksud B.Klasik Maksud Adika Jago Rabung Afwah Juak-juak Radakmeradak Algojo Kadli Sahaya Abadiah Kamar Sakar Badik Karar Sang nata Bahana Kemakanan senteri Bajana Kelasa Teririk Balian Kepetangan terjegil Bafta Kula Taj Bandu Lasykar Terpermai Bidar Liwa Turus negeri Cangkir Manira Upas Citra Melampar Wadah Domah Mongmongan Wisma Duta Moyot Wizurai Engku Nadim Yakut Ferogan Pacal Zawiat Firasat Pakanira Gemertap Pualam Geruh Penjurit Guri Perlente Hukama Poci Ikhwan


Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Tun Nina Madi diberi gelaran oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi pembesar, anak Melayu telah berpecah iaitu sebahagian berpihak kepada Paduka Raja dan sebahagian lagi berpihak kepada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya keturunan yang baik-baik. Maka oleh Kerala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Lalu Kertala Sari melihat semua hulubalang yang menghadap sultan seorang demi seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia fikir dalam hatinya, "Dialah gerangan hulubalang Melaka yang bernama Laksamana itu. Lalu Kertala Sari memandang Laksamana; lalu dia berfikir dalam hatinya, "Dialah rupanya hulubalang Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan. Jika begini perbuatannya, benarlah dia, dapat membunuh bapa saya, kerana dia " pahlawan hebat dan bijak Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?" Kemudian titah baginda,"Bagaimanakah muslihat/ tipu/ helah Laksamana lalu/ sehingga dapat membunuh askar upahan itu?" Penjurit - askar upahan Maka diceritakan segala hal-ehwalnya. Lalu/ kemudian diceritakan segala peristiwa yang berlaku. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Baginda pun berasa hairan dan terlalu sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Lalu/ Kemudian baginda pun memberikan anugerah kepada Laksamana. Maka sembah Laksamana, " Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.” Lalu/ kemudian sembah Laksamana, " Ya tuanku, baiklah titahkan rakyat/ penduduk untuk mengangkut/ mengambil semua harta itu."


Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Kemudian berita / kejadian / peristiwa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana telah diketahui oleh Patih Gajah Mada di Majapahit. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, Patih Gajah Mada berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan negeri Melaka dan membunuh Laksamana, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Gajah Mada mengarahkan seseorang ke gunung dan setiap bukit untuk mencari seseorang yang boleh membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, "Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka." Setelah mendengar kata-kata anaknya, ibunya menangis sambil berkata, "Hai anakku, bapamu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka." Seraya - sambil Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, "Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?" Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya, Kertala Sari terlalu marah, lalu berkata, "Siapakah yang menyuruh membunuh bapaku supaya negeri Majapahit habis aku binasakan."


Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka oleh Kerala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia fikir dalam hatinya, "Dialah gerangan hulubalang Melaka yangbernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan. Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?" Maka diceritakan segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, " Ya tuanku,baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.”


Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, "Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka." Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, "Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?"


Click to View FlipBook Version