The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mithiran Varmma, 2024-05-15 09:09:09

NILAI MASYARAKAT MPU 23042 2 (1) (3)

NILAI MASYARAKAT MPU 23042 2 (1) (3)

NILAI MASYARAKAT MPU 23042 TUGASAN BERDASARKAN MASALAH Tajuk : Konsep Patriotisme Nama Pelajar dan No Pendaftaran 1) THEVENTARAN A/L SARAVANAN (03DEM23F1004) 2) MITHIRAN VARMMA A/L VISUA BARATHY (03DEMF1020) Nama Pensyarah Encik Pikri Bin Hj. Mohamad Sesi 2 : 2023/2024


ISI KANDUNGAN BIL Perkara Muka Surat 1. Pendahuluan 3 2. Pengenalan 4 3. Objektif 5 4. Isi konsep patriotisme 6 - 14 5. Kesimpulan 15 6. Rujukan 16 7. Lampiran 17


PENDAHULUAN Kami bersyukur kepada Tuhan dengan rahmatnya yang melimpahnya Dalam setiap detik,kami bersyukurlah pada Tuhan atas segala kurnia-Nya dalam semangat kepada kami untuk menjayakan Tugasan Berasaskan Masalah ini. Dengan limpahan-Nya, kami dapat melengkapkan kerja yang diberikan dengan kemas,padat dan tetap pada waktu. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pendidik kami iaitu Encik Pikri Bin Hj. Mohamad. Beliau telah mendidik kami untuk membuat Tugasan Berasaskan Masalah ini . Setiap langkah yang diambil oleh kami telah dibimbing oleh Encik Pikri Bin Hj Mohamad. Beliau telah menolong kami dengan sebaik mungkin untuk menjayakan TBM INI. Selain itu, kami berdoa agar segala supaya Encik Pikri Bin Hj. Mohamad iaitu pensyarah kami dan ahli kumpulan kami untuk sihat dan sejahtera. Kami juga berdoa supaya kerja yang diberikan iaitu Tugasan Berasaskan Masalah dapat markah yang cemerlang. Kami juga berharap tugasan yang kami telah membuat akan memuaskan hati pensyarah. Kami juga mengharapkan agar pensyarah kami akan memaafkan semua kesalahan kami dalam menyiapkan Tugasan Berasaskan Masalah. Kami juga sangat berharap beliau dalam keadaan yang baik.


PENGENALAN Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara. Kata patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua kata tersebut digabungkan, maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendiri adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan daripada pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang sangat baik bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh biasa bagi patriotisme melampau Konsep patriotisme adalah konsep yang penting dalam membangun identitas kebangsaan, memelihara perpaduan, dan mempromosikan keamanan serta kesejahteraan bersama dalam suatu negara. Hal ini


memainkan peran krusial dalam memotivasi individu dan masyarakat untuk berkontribusi secara positif dalam pembangunan dan kemajuan negara mereka.


OBJEKTIF 1. dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya. 2. dapat mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya. 3. dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya. 4. dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang capai kini.


Patriotisme berasal daripada bahasa Greek,iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen,iaitu rakan senegara dan Patrice yang bermakna fatherland atau country,iaitu tanah air atau negara. Patriot juga dikenali sebagai seorang yang cintakan negaranya dan seorang yang memperjuangkan kebebasan dan hak negaranya. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Konsep patriotisme ini wujud di setiap negara dan setiap individu negara –negara tersebut . Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotism penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Hal ini kerana,kita perlu menyayangi dan menjaga tanah air kita yang bermutu dan permata yang istimewa ini . Ia bukan hanya untuk kita ,namun ia untuk generasi yang akan datang juga . Kemungkinan , pada waktu tersebut negara kita akan jadi negara yang sangat gemilang dalam semua aspek kerana kita telah menjaganya dengan baik dan memberikan kepada masa depan iaitu generai seterusnya. Kerajaan juga menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotism adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah tinggi. Kegiatan Belia seperti Program Rakan Muda,Seminar atau kursus patriotic bella.Media massa pula mengeluarkan komik,cerpen,dan filem berkonsep patiotisme.Media elektronik juga tidak dipikirkan ,dengan menwujudkan lagu –lagu patriotic dan dokumentari tokoh –tokoh perjuangan negara. Kegiatan sukan,seni


dau budaya juga diadakan oleh kerajaan untuk menyemai semangat patriotik di kalangan masyarakat. Rasa ketaatan dan kesetiaan serta bangga dengan tanah air Malaysia bukan suatu yang mudah diukur secara lahiriah. Kayu ukur patriostisme melalui dokongan kecintaan kepada keluhuran perlembagaan juga seringkali mengundang debat. Rasa tidak puas hati golongan kumpulan etnik tertentu yang merasakan beberapa Artikel yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bersifat tidak adil dan mendiskriminasi kaum minoriti. Masalah buta undang-undang ini sentiasa digunakan oleh pihak tertentu sebagai senjata untuk menggugat keamanan sedia ada. Usaha intervensi perlu dilakukan untuk memastikan suatu keadaan celik undangundang boleh diwujudkan menerusi pendidikan secara berterusan kepada masyarakat majmuk di seluruh negara. Shamsul (2013) menjelaskan secara kritis bahawa keamanan yang dialami oleh Malaysia selama lebih 58 tahun belum lagi berjaya membentuk bangsa idaman Malaysia. Keamanan yang dirasai adalah suatu bentuk kesepaduan sosial atau social cohesion yang mengikat hubungan antara kaum dalam dua bentuk keadaan iaitu “moment of unity” atau “moment of disunity.” Shamsul (2009) dan Shamsul & Anis (2011) menjelaskan maksud kesepaduan sosial sebagai suatu keadaan aman, stabil dan makmur yang terjadi dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum kerana social bonding yang kuat setidak-tidaknya berasaskan lima prasyarat sekali gus seperti berikut iaitu taraf kebendaan yang berkualiti iaitu indeks kualiti


hidup yang sederhana ke tinggi,aturan sosial yang stabil, aman dan selamat, interaktif aktif dan pertukaran hubungan yang positif antara etnik samada secara individu atau kolektif,wujud usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam kegiatan arus perdana dan wacana serta konsultansi silang budaya, akses kepada kemudahan di semua peringkat yang boleh menjamin dan mempertahankan kualiti hidup dan mobiliti sosial. Wujudnya kesepaduan sosial tidak bermakna masyarakat itu bebas daripada konflik, sebaliknya konflik masih wujud dalam bentuk stable tension yang bergetar. Masih wujud rasa idak puas hati dalam hubungan inter dan intra etnik, tetapi rasa tidak puas hati ini tidak berhimpun menjadi suatu perasaan benci yang memungkinkan berlakunya pergaduhan antara kaum. Taraf kehidupan sosial dan ekonomi yang membolehkan peluang mobiliti social berlaku adalah amat menggalakkan di Malaysia, dan keadaan ini menyebabkan rakyat secara keseluruhan tidak mahu mengambil risiko mencipta konflik ganas antara kaum. Rasa tidak puas hati terhadap isu sosial, kepercayaan, governans misalnya hanya setakat cemuhan dan kutukan mulut menerusi laman sosial yang tidak membahang kepada rusuhan kaum.Bertikam lidah hanya sekadar omongan yang akhirnya sepi bilamana esok rakyat memikirkan untuk kembali bekerja semula seperti biasa, mencari rezeki dan memikirkan masa depan pendidikan anak-anak mereka untuk merebut peluang menyambung pelajaran ke menara gading.


Lebih menarik lagi ialah pemerhatian kepada generasi muda di zaman millennia yang kurang peka kepada persoalan patriotisme dan negara. Kemajuan teknologi yang menerobos dunia luar secara maya menyebabkan pemikiran generasi muda sentiasa melihat suatu fenomena dalam konteks perbandingan yang melepasi sempadan kedaulatan negara. Patriostisme menjadi sepi apabila budaya konsumerisme dan rasional pasaran mengatasi perasaan setia kepada Proton atau Perodua dan memilih Toyota, Honda atau Mercedes mengikut kemampuan kuasa beli pengguna. Lanjutan daripada perubahan struktur sosial dan globalisasi, rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara kerana faktor ekonomi juga tidak bermakna tahap patriostisme mereka telah luntur atau hilang. Rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atau yang menyimpan dual citizenships atau dua kerakyatan secara rahsia pasti mempunyai sebab musabab yang tersendiri untuk berhijrah atau bekerja diluar negara, tetapi rata-rata mereka masih tetap kembali ke Malaysia bila teringatkan keluarga, nasi lemak,lontong kuah lodeh, rendang tok, roti canai, roti jala, nasi ulam, nasi dagang, dan char kuey teow. Walaubagaimanapun,Malaysia tetap menjadi negara yang aman dan damai sehingga kini. Malaysia juga mempunyai rakyat yang bersopan santun setanding negara Jepun. Generasi muda khususnya yang lahir selepas kemerdekaan kurang memahami kepentingan bersopan santun dan patiotisme.Namun ,ia tidak jadi halangan untuk kerajaan dan rakyat Malaysia ,mereka telah melakukan pelbahai aktiviti semasa bulan kemerdekaan dan membuat sambutan Hari kemerdekaan bagi generasi muda dapat menjiwai dan mengetahui kepentingan semangat cinta tanah air iaitu patiotisme.


Selain itu, generasi muda juga diajar mata pelajaran sejarah sewaktu di bangku sekolah bagi memantapkan kefahaman mereka terhadap kemerdekaan .Ia juga menjadi landasan untuk mereka menjiwai kemerdekaan yang kita ada pada hari ini . Ia memupuk semangat patiotisme yang cukup banyak. Ia juga mampu menwujudkan kecintaan yang mendalam terhadap tanah air mereka. Mereka bangga dengan warisan budaya, sejarah, dan kepelbagaian etnik, agama, dan budaya yang menjadi identiti negara. Apabila generasi muda memupuk semangat patiotisme maka banyak perubahan akan berlaku kepada negara kita .Ia disebabkan idea yang inovatif mereka yang berkemungkinan tinggi untuk memecutkan kemajuan negara dan bangsa . Hal ini juga dapat memupuk semangat perpaduan negara dan meningkatkan keharmonian negara. Generasi muda juga dapat meningkatkan ekonomi negara yang dengan cukup baik.Ia akan berlaku jika kita dapat memupuk semangat patiotisme kepada setiap individu di negara kita. Hal ini akan membuatkan rakyat berasa memajukan negara dan tidak meninggalkan negara kita semata – mata imej . Rakyat juga dapat mempertahan diri mereka antara satu sama lain . Sehubungan dengan itu, nilai patriotism perlu ada dalam diri setiap masyararakat Malaysia. Hal ini kerana, kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tidak diperoleh dalam masa yang singkat. Tetapi bermula dari


suasana dan keadaan yang sangat realitik serta banyak melibatkan pertumpahan darah. Oleh hal yang demikian, kita sebagai warganegara Malaysia yang akan menyambung legasi pada masa kini tidak seharusnya melupakan sejarah-sejarah serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan-pahlawan terdahulu bagi mengekalkan kesinambungan kemerdekaan yang telah dicapai. Dengan ini, semangat patriotisme terhadap negara kita tidak sewajarnya hanya timbul dalam perjuangan menuntut kemerdekaan atau apabila negara berada dalam ancaman musuh semata-mata. Dalam keadaan aman umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong kepada setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan dan memajukan negaranya. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia berbilang kaum maka penjawat awam terdiri daripada pelbagai etnik. Pembinaan negara bangsa dan kedinamikan tamadun sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya tanpa mengira warna kulit dan agama. Oleh hal yang demikian, kekuatan negara perlu dipertingkatkan dengan memantapkan hubungan antara etnik agar penjawat awam yang dilantik mempunyai jati diri dan hala tuju yang sama dan serupa demi negara. Di samping itu, hubungan yang kukuh antara etnik dapat menjamin perpaduan dan rasa sayang kepada negara dan sentiasa memelihara kesejahteraan dan keamanan negara dari menjadi punca kepada anasir


luar. Dengan itu, negara kita perlu ada masyarakat berbilang kaum kerana ia dapat memberikan impak yang positif kepada imej negara kita seperti memberikan kepercayaan kepada pendatang asing yang melawat negara kita atau berniat untuk melabur di negara untuk membangunkan prestasi ekonomi di negara kita. Tambahan pula, kerajaan perlu meningkatkan dan menambahbaik sistem pendidikan negara dengan menyemai semangat patriotisme melalui nilai-nilai, penyerapan dan sejarah negara. Selain daripada itu, penerapan nilai-nilai patriotik dapat diselaraskan melalui komunikasi antara kaum supaya mereka sentiasa ada semangat kekitaan. Hal ini demikian kerana,kita dapat mempunyai sikap bertolak ansur antara satu sama lain dengan etnik yang berbilang kaum dengan pengetahuan etnik yang unik masing-masing dalam setiap diri rakyat Malaysia terutamanya kepada penjawat awam. Sebagai contoh yang saya berikan adalah setiap orang perlu menghormati agama orang lain. Merujuk konteks yang atas, senjata utama kepada kedaulatan negara adalah semangat perpaduan antara kaum yang kuat kerana sekiranya rakyat tidak bersatu padu maka negara kita akan terdedah kepada ancaman luar yang sentiasa ingin memporak perandakan dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan negara. Kaum minoriti dan majoriti perlu berganding bahu dan tidak boleh mempersoalkan keistimewaan masingmasing agar perkara ini tidak membawa kemudaratan kepada negara. Dalam erti kata lain, sikap bertolak ansur, tolong menolong, hormatmenghormati dan kasih sayang perlu ada dalam diri dan jiwa masingmasing.


Justeru itu, perkara ini adalah penting untuk menjaga kedaulatan negara dengan sentiasa memelihara perpaduan antara kaum kerana melalui perpaduan ini maka wujud patriotisme dikalangan rakyat Malaysia.Hal ini diperkatakan demikan kerana, kita dapat memperoleh sikap cinta dan sayang kepada Raja dan negara khususnya kepada golongan muda kerana mereka merupakan pelapis kepada negara.Ini dapat memberikan semangat kepada negara untuk lebih penting demi keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara. Seterusnya, kepercayaan penjawat awam terhadap pemimpin adalah sangat penting untuk pembangunan dan keselamatan negara. Sekiranya penjawat awam tidak percaya kepada pemerintah atau kerajaan dikhuatiri mereka akan menjual negara dengan memberi maklumat- maklumat sulit tentang negara kepada musuh-musuh negara samada di luar atau dalam. Oleh sebab demikian, semua pemimpin perlu memainkan peranan dan menjadi teladan yang baik agar penjawat awam dan rakyat percaya dan setia kepada kerajaan memerintah. Selain daripada itu, sistem pentadbiran seseorang pemimpin perlu lebih cekap, teratur dan sistematik agar memudahkan penjawat awam menjalankan tugas mereka. Pemimpin perlu peka kepada masalah negara dan tegas dalam membuat keputusan agar pelaksanaannya dapat dijalankan oleh penjawat awam dengan mudah dan tepat. Perkara ini juga akan memudahkan kerajaan untuk mengawal semua penjawat awam dan rakyat kerana mereka akan sentiasa mematuhi peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan.


KESIMPULAN Konsep patriotisme merujuk kepada cinta dan loyalitas yang mendalam terhadap tanah air atau negara seseorang. Secara umum, patriotisme melibatkan rasa bangga terhadap negara, keinginan untuk memajukan dan melindungi kepentingannya, serta bersedia untuk berkorban demi kepentingan kolektif. Ia juga menjadi Identitas Nasional iaitu patriotisme memperkuat identitas nasional seseorang dengan memberikan rasa kepemilikan terhadap nilai-nilai, budaya, dan sejarah yang berkaitan dengan negara tersebut. Selain itu, solidaritas dan persatuan patriotisme juga mendorong solidaritas dan persatuan di antara warga negara. Ini mempromosikan kerjasama dalam mencapai tujuan bersama dan bertindak balas bersama, tanpa memandang perbezaan individu.Patriotisme menekankan kewajipan dan tanggungjawab warga negara negara mereka. Ini termasuk penyertaan aktif dalam proses demokratis, kepatuhan terhadap hukum, dan sumbangan positif terhadap masyarakat. Patriotisme juga merangkumi bersedia untuk melindungi negara daripada ancaman dalaman dan luaran. Ini boleh merangkumi pelayanan tentera , sokongan terhadap kebijakan keamanan nasional, dan persiapan untuk menghadapi krisis atau konflik. Seterusnya patriotisme juga mengwujudkan sifat penghargaan terhadap warisan iaitu penghargaan terhadap warisan sejarah, budaya, dan prestasi negara. Ini mengandungi penghormatan terhadap pahlawan nasional, peringatan peristiwa penting dalam sejarah, dan pelestarian nilai-nilai tradisional.


Konklusinya, patriotisme tidak bermakna buta terhadap kekurangan atau kelemahan negara. Sebaliknya, ia boleh menunjukkan sikap kritis yang konstruktif, yang bertujuan untuk memperbaiki negara dan memenuhi potensi yang lebih besar. Patriotisme juga melibatkan kecerdasan emosional untuk memahami dan menghormati perasaan patriotisme orang lain, bahkan mereka berasal dari negara yang berbeza. Patriotisme adalah konsep yang kompleks dan penting dalam membentuk masyarakat yang kuat dan berterusan. Hal itu mendorong pengakuan terhadap nilai-nilai kolektif, kebersamaan, dan tanggungjawab bersama untuk kemajuan dan perlindungan negara.


Rujukan 1. Erramayah.Konsep Patriotisme diambil pada 21 April 2024 daripada https://www.anyflip.com/wmdbo/tnzb 2. KU HASNAN KU HALIM Patriotisme diambil pada 21 April 2024 daripada https://www.sinarharian.com.my 3. Nazri Muslim Patriotisme diambil pada 21 April 2024 daripada https://www.academia.edu.my 4. Musleha Patriotisme diambil pada 21 April 2024 daripada https://anyflip.com/nqyhr/vqzi/ 5. Warti Patriotisme diambil pada 21 April 2024 daripada https://www.scribd.com 6. Pensyarah Encik Pikri bin Hj. Mohamad 7. Rakan- rakan 8. Buku Teks Sejarah https://anyflip.com/gweyf/echz/


Lampiran Askar Malaysia Tugu Negara Semangat patriotik dalam Masyarakat warga Malaysia dalam berbilang kaum


Click to View FlipBook Version