The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR
Dihasilkan oleh Aiman Arif Bin Khairulfaizi
SK TAMAN BUKIT INDAH,JB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanarifkhairulfaizi, 2021-04-20 02:01:04

JENERAL TUN IBRAHIM ISMAIL

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR
Dihasilkan oleh Aiman Arif Bin Khairulfaizi
SK TAMAN BUKIT INDAH,JB

BIODATA PESERTA Nama : Aiman Arif Bin Khairulfaizi
Kelas : 6 FLC
Email : [email protected]
[email protected]
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan
Taman Bukit Indah,
alamat sekolah : Jalan Indah 19/5,
Taman Bukit Indah
79100 Iskandar Puteri
Jawatan : presiden slb sk taman bukit
indah

i

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN- Siapakah Jeneral Tun Ibrahim Ismail 1
2. BIODATA TOKOH 2
3. PENDIDIKAN JENERAL TUN IBRAHIM ISMAIL 3
4. KERJAYA JENERAL TUN IBRAHIM ISMAIL 4-5
5. SUMBANGAN JENERAL TUN IBRAHIM ISMAIL 6
6. NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI 7
7. KEISTIMEWAAN TOKOH 8
8. PENCAPAIAN TOKOH 9
9. HASIL KARYA TOKOH 10
10. HIDUPMU DISEGANI, PERGIMU DITANGISI 11
11. PENUTUP
12. RUJUKAN 12-13
14

ii

SIAPAKAH JENERAL TUN
IBRAHIM ISMAIL?

• Jeneral Tun Ibrahim bin Ismail adalah Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) atau Panglima
Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga (1971-1977). Perlantikan beliau unik kerana beliau
asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor (JMF).
Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya bekas Panglima Angkatan Tentera yang menerima
gelaran 'Tun'.

• Allahyarham merupakan anak jati Johor yang dilahirkan pada 19 Oktober 1922 dan
dibesarkan di Johor Bahru.

• Ayahnya Dato Ismail bin Abu Bakar merupakan seorang Pegawai Kanan Kerajaan Johor yang
bersara sebagai Bendahari Negeri dan juga pegawai dalam Johore Volunteer Force (JVF).

1

• Nama : Ibrahim Ismail
• Tarikh Lahir : 19 Oktober 1922
• Tarikh Kematian : 23 Disember 2010
• Tempat Lahir : Johor Bahru
• Perkhidmatan : Tentera Darat Malaysia
• Jumlah tahun berkhidmat : 1941 – 1977
• Pangkat: Panglima
• Anugerah Tertinggi : S.S.M.

2

• Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Ayer Molek
• Sek Inggeris Ngee Heng serta Sek Inggeris Bukit Zaharah
• Kemudian ke English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar).
• Menamatkan pengajian sehingga Senior Cambridge Examination
• Menerima latihan kadet di Indian Military Academy, IMA, Dehra Dun, India
• Mengambil kursus di Staff College, Camberly dan Imperial Defence College, UK.

3

• 1941 – Kadet Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
• Februari 1942 –menerima tauliah sebagai Lt Muda dalam Rejimen Hyderabad dari King George VI.
• Diserap ke dalam 136 Force
• Menyambung perkidmatan di JMF setelah Jepun menyerah kalah.
• 1951 – menyertai rejimen askar melayu (RAMD)
• 1958 – Orang Melayu terawal memegang jawatan Pegawai Memerintah Batalion Ke-6 RAMD.
• 1962 – Dinaikkan pangkat ke Brigedier dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbir Tentera Darat.
• Dilantik semula ke Pegawai Memerintah Bridget Kelima Infantri di Sabah semasa konfrontasi di antara

Malaysia dan Indonesia.

4

• 1964 – Mengetuai Briget Pertama sebelum mengambil alih Briged Kelima.
• 1966 – Dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Pertama dan dinaikkan pangkat Mejar Jeneral.
• 1968 – Dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral semasa dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Kedua
• Ahli kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
• Ketua Eksekutif MAHENRA
• 1 Julai 1977 – dilantik sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera dengan pangkat Jeneral

5

• Bersama Kapten Abdul Razak Hussein (Tun Abdul Razak Hussein), Kapten Hussein Onn (Tun Hussein Onn), Kapten Ghazali Shafie dan Mejar Yeop
Mahidin Mohamen Shariff untuk menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam pasukan 136 Force.

• Bersama-sama (Tun) Hussein Onn, beliau melatih unit-unit polis di Johor bagi menghadapi ancaman komunis ketika Darurat.
• Membantu Malaysia ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Sabah sebagai Pegawai Memerintah Briget Kelima Infantri.
• Semasa Tragedi 13 Mei 1969, Tun Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengerusi MAGERAN iaitu Tun Abdul Razak
• Menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke tiga.

6

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang tidak berbelah bagi sebagai seorang pejuang perlu diterapkan dalam kalangan generasi hari ini agar
remaja tahu dan menghormati Sistem Beraja dan cintakan negara.

• Mempunyai kebijakan dalam mentadbir urus pasukan tentera di bawah kendalian beliau sangat sinonim kepada generasi yang bekerjaya dalam
apa jua bidang dan tidak semestinya melalui ketenteraan sahaja.

• Bijak dalam mengatur strategi-strategi peperangan ketika memerangi musuh menjadi iktibar kepada generasi hari ini perlu merancang dalam
melakukan sesuatu perkara.

• Berdisplin dalam semua perkara menjadi satu contoh kepada remaja hari ini untuk menjadi pemimpin yang hebat.
• Bertanggungjawab dalam memimpin anggota-anggota bawahan.
• Semangat nasionalisma yang tinggi serta sayang dan cintakan kepada negara perlu menjadi contoh kepada remaja hari ini agar dapat

mengekalkan kemakmuran dalam negara.
• Berani dalam menghadapi musuh.

7

Jeneral Tun Ibrahim Ismail ialah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
yang ketiga. Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet
dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor (Johore Military Force, JMF).
Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya Panglima Angkatan Tentera
yang dianugerahi gelaran "Tun“ oleh Yang Di-Pertuan Agong setakat ini.

8

Semasa perkhidmatan beliau di Tanah Melayu dalam
menentang Jepun, beliau telah dianugerahi pingat
“Member Of The Order Of The British Empire ( M.

B. E. ) yang dikurniakan oleh Raja George V1.

9

Ibrahim Pahlawan Melayu merupakan karya beliau yang terakhir Tajuk Buku: Ibrahim: Pahlawan Melayu
mengisahkan perkhidmatannya dalam negara, juga dipaparkan dengan jelasnya. Tun Ibrahim Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008/477 ms
Imbasan kepada kejadian dan peristiwa pada masa lampau yang sentiasa
menyala dan menjadi igauan dalam ingatan beliau telah menyemarakkan lagi
catatan ini sebagai peringatan kepada yang masih hidup, tentang kapasiti
manusia sama ada untuk memusnah atau membina. Tun Ibrahim juga membuka
sudut kepada pembaca mengimbasi detik-detik istimewa beliau bersama-sama
keluarga yang semuanya diadun dan dikarang dengan penuh kebijaksanaan
dalam rangka menzahirkan riwayat seorang pahlawan Melayu.

10

• Beliau menjadi Panglima Angkatan Tentera bagi tempoh yang paling lama di pegang oleh mana-mana pegawai
tinggi ATM iaitu 7 tahun.

• Beliau ada menghasilkan 2 buah buku yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau iaitu Sudahkah
Kamu Bertemu Mariam diterbitkan pada tahun 1984 menceritakan pengalaman beliau ketika Perang Dunia
Kedua. Buku kedua beliau, Ibrahim, Pahlawan Melayu pula mengandungi seluruh kisah kerjaya beliau ketika era
menjelang Kemerdekaan hinggalah beliau bersara.

• Tun Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada 23 Disember 2010.
• Beliau dimakamkan di Makam Pahlawan berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beliau adalah kakitangan

tentera pertama dimakamkan di sana.
• Beliau seorang pejuang negara dan anak jati Johor yang di segani dan di sayangi.

11

“Orang-orang muda seharusnya menghormati orang-orang yang lebih dahulu mengalami pahit maung sebelum
Angkatan Tentera berada dalam keadaan seperti sekarang. Kalau tidak ada orang-orang tua, tentu tidak ada
orang-orang yang muda,” kata Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dalam buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun
terbitan Pustaka Budiman Sdn. Bhd.

Daripada petikan ini jelas memberi makna yang sangat mendalam buat diri saya kerana sebagai
bakal remaja seharusnya menjadikan orang-orang yang lebih tua sebagai rujukan dan panduan dalam melakukan
sesuatu perkara. Saya sangat mengagumi sifat ketokohan yang ada pada Tun Ibrahim Ismail dan saya
percaya suatu hari nanti saya akan menjadi hebat seperti beliau.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang hebat kerana memerlukan
kesungguhan dalam membentuk keperibadian yang hebat seimbang dalam pelbagai aspek. Akhir kata,
hargailah tokoh-tokoh kepimpinan dan jadikanlah mereka sebagai suri teladan dalam hidup kita demi
negara tercinta.

12

13

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Ismail
• Tun Ibrahim Ismail:The last of the Malay Force 136 https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/23/tun-ibrahim-ismailthe-last-of-the-force-136/
• Malaysia's former military chief and WWII spy dies https://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20101223-254449.html

14


Click to View FlipBook Version