The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qudrat Layla, 2019-09-16 22:33:46

MINIT MESYUARAT UBK BIL2/19

MINIT DAN MAKLUM BALAS

SPSK 07-03

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK JINJANG BIL 2/2019

Tarikh : 14 Mei 2019

Masa : 12.00 tengah hari hingga 1. 15 petang

Tempat : Bilik Anjung Gemilang, SMK Jinjang

Pengerusi : Tn Hj Sauki @ Saufi Bin Yusoff

Kehadiran : 22 Orang

1. Tn. Hj Sauki @ Saufi Bin Yusoff Pengetua

2. Pn. Pauline Koh Choi Lan PK Pentadbiran

3. En. Teon Hock Bin PK Hal Ehwal Murid

4. Pn. Yusmah Bt Hj Yusoff PK Kokurikulum

5. Pn. Hjh Noor Hashimah Bt Salleh PK Petang

6. Pn. Ang Yoke Yan Ketua Guru Kaunseling

7. Pn. Qudralailah Safahasmi Bt Hj Mohd Salleh Guru Kaunseling

8. En. Wan Mohd Amin Bin Wan Hassan Guru Kaunseling

9. Pn Repiah Tonadawias bt Ibrahim Guru Kaunseling

10. Pn. Liew Ngan Ping Guru Kaunseling

11. Pn. Noor Azmiza Bt. A. Aziz GK Bidang Teknik & Vokasional
12. Pn. C. Usha Devi a/p Chinnappan GK Bidang Bahasa

13. Pn. Mastura Bt. Mohd Noor GK Kemanusiaan

14. Pn. Norlaila Bt Yusof Guru Biasiswa/ Kebajikan (Petang)

15. Pn. Ng Hoi Koon Ketua Guru Disiplin Pagi

16. Cik Yap Yoke Yoong Ketua Guru Disiplin Petang

17. Pn. Siti Zuriaty bt Zulkifli Guru Data Sesi Petang

18. Pn. Syahida Bt Ahmad PenyelarasTingkatan Peralihan

19. Cik Sofiah Zarith Bt Idris Penyelaras Tingkatan 1

20. Cik Assunta Christina Penyelaras Tingkatan 2

21. Pn. Sri Gauri a/p Morin Marimuthu Penyelaras Tingkatan 3

22. Pn. Wan Zarina Bt Wan Sulaiman Penyelaras Tingkatan 5

23. Cik Wong Yoke Ping Guru Kaunseling

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn. Lau Fung Chao GK Bidang Sains Mesyuarat di Luar
sekolah
2. Pn. Noorhasila Bt Ismail Guru Biasiswa/kebajikan (Pagi) Kelas PdPC
3. Pn. Wan Roslina Bt Wan Ali Guru Pendidikan Moral Kelas PdPC
4. Pn. Nururain Bt Shobainin Guru Pendidikan Sivik
Kelas PdPC

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 1
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

SPSK 07-03

5. Pn. Norhayati Bt Yassin Guru Pendidikan Islam Kelas PdPC
Bengkel PT3
6. Cik Nurul Suraya Bt Baadin Guru Media Kelas PdPC

7. YM Tengku Noorsiah bt Tuan Guru Data Sesi Pagi Kelas PdPC
Kelas PdPC
Alang

8. Pn. Nurul Farehan Bt Ismail Guru PPDa

9. Pn. Vikneswari a/p Subramaniam Penyelaras Tingkatan 4

\

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Tn Hj Sauki mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2. Beliau juga mengucapkan selamat berpuasa kepada guru-guru Islam yang sedang menjalani
ibadah puasa yang besar nikmat ganjarannya

1.3. Beliau turut memaklumkan guru yang terlibat dalam mesyuarat Unit Bimbingan dan
Kaunseling ialah Guru Kanan, guru Biasiswa, Ketua Guru Disiplin, Guru Pendidikan Moral,
Guru Pendidikan Sivik, Guru Pendidikan Islam, Guru Media, Guru Data, Guru PPDa dan
Penyelaras Tingkatan

1.4. Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerana
telah melaksanakan banyak program yang melibatkan sahsiah murid

1.5. Keperluan Guru Kaunseling adalah berdasarkan erolmen murid
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1. Pn. Ang Yoke Yan mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Unit Bimbingan Dan
Kaunseling Bil 1/ Tahun 2019 dan disahkan oleh En Wan Mohd Amin Bin Wan Hassan
Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit. Makluman
4. POST MORTEM PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

4.1. Pn. Ang melaporkan semua program yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari
sehingga 14 Mei 2019

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 2
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

SPSK 07-03

4.2. Semua program telah dijalankan dengan lancar dan Pn Ang Yoke Yan mengucapkan
terima kasih atas kerjasama para guru dalam melaksanakan program sepanjang tempoh
tersebut.
Makluman

4.3. Amalan Guru Penyayang

4.3.1. Pelancaran Amalan Guru Penyayang telah dijalankan pada 28 Januari 2019
4.3.2. Sambutan Hari Kelahiran telah dijalankan setiap bulan pada hari Isnin semasa
perhimpunan
4.3.3. Program Mentor Mentee telah dijalankan sebanyak 4 kali mengikut
perancangan dalam takwim
4.3.4. Program Mentor Mentee sekarang telah dijalankan dari jam 7.20 pagi hingga
7.50 pagi
4.3.5. Masih terdapat cikgu yang melengah-lengahkan masa masuk ke kelas semasa
Program Mentor Mentee

Makluman

4.3.6. En Wan Mohd Amin turut memaklumkan supaya tidak ada pengumuman yang
akan dibuat sebelum Program Mentor Mentee dijalankan
Tindakan : Ketua Guru Disiplin

4.4. Ceramah Motivasi Kecemerlangan PT3 dan SPM

4.4.1. Ceramah Motivasi Kecemerlangan PT3 telah dijalankan pada 19 April 2019
semasa Hari Penetapan Target

4.4.2. Semasa ceramah ini dijalankan keadaaan murid kurang terkawal, iaitu murid
bising dan tidak memberikan tumpuan

4.4.3. Untuk mengatasinya , dicadangkan selepas ini, ceramah tingkatan 3 dan 5 perlu
dijalankan secara berasingan bagi memudahkan kawalan disiplin terkawal
Makluman

4.5. Pn Ang Yoke Yan turut menjelaskan tentang keberadaan kami semasa Karnival
Pendidikan Kaunseling Kerjaya Wilayah Sentul adalah perlu kerana tahun ini sekolah
SMK Jinjang adalah di bawah Biro Kerjaya dan guru kaunseling terlibat secara
langsung sepanjang karnival terbuat
Makluman

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 3
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

SPSK 07-03

4.6. Ceramah Pencegahan Dadah dan Pameran PPDa
4.6.1. Pn Qudra memaklumkan tentang pameran dan ceramah PPDa telah dijalankan
pada 24 April 2019
4.6.2. Ceramah PPDa selepas ini perlu dijalankan secara berfokus sahaja kerana
murid kurang memberi perhatian semasa ceramah dijalankan
4.6.3. Pn Noor Azmiza turut menyatakan supaya pada masa akan datang tidak lagi
berlakunya pertembungan dengan program STEM
Makluman

4.7. Perkhidmatan sesi kaunseling
4.7.1. Pn Ang Yoke Yan memaklumkan guru-guru kaunseling juga menjalankan sesi
kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok mengikut surat perkeliling
pemerkasaan Bimbingan Dan Kaunseling
4.7.2. Pn Qudra telah menjalankan sebanyak 73 sesi kaunseling individu dan 20 sesi
kaunseling kelompok, En Wan Mohd Amin sebanyak 72 sesi kaunseling
individu dan 19 sebanyak sesi kaunseling kelompok, Pn Liew Ngan Ping
sebanyak 43 sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok sebanayk 23
sesi, Pn Repiah sebanyak 65 sesi kaunseling individu dan 18 sesi kaunseling
kelompok dan Pn Ang telah menjalankan sebanyak 93 sesi kaunseling individu
dan 36 sesi kaunseling kelompok sepanjang bulan Januari hingga Mei 2019
4.7.3. Sesi konsultasi keibubapaan juga turut dijalankan mengikut keperluan
Makluman

4.8. Program Ziarah Cakna
4.8.1. En Wan Mohd Amin ingin mendapatkan penjelasan mengenai SOP
Perlaksanaan Ziarah Cakna daripada pengetua
4.8.2. Tn. Hj Sauki menyatakan Program Ziarah Cakna ini adalah inisiatif KPMl
untuk mengetahui permasalahan murid dengan menziarah murid di
kediamannya
4.8.3. Semua guru boleh menjalankan Program Ziarah Cakna ke rumah murid,
dengan syarat tidak pergi melawat secara berseorangan. Perlu pergi bersama
dengan guru lain
4.8.4. Masa untuk menjalankan Ziarah Cakna ini adalah mengikut keperluaan, iaitu
boleh pergi semasa waktu pagi dan elakkanlah pergi melawat pada waktu
malam
4.8.5. Pn Ang Yoke Yan telah memaklumkan pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling
telah menjalankan sebanyak 3 kali Ziarah Cakna
4.8.6. Turut dibincangkan tentang isu murid Khor Li Quan
Makluman

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 4
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

SPSK 07-03

4.8.7. En Wan Mohd Amin mencadangkan adakan Buku Rekod Data Lawatan
Cakna untuk pihak sekolah

Tindakan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5. PERBINCANGAN PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN
5.1. Pentaksiran Psikometrik IMK Tingkatan 3
5.1.1. Akan dijalankan pada 12 Jun 2019 dan 17 Jun 2019
Tindakan : Semua guru
5.2. Program Sahsiah Unggul Insan Terbilang ( SUIT)
5.2.1. En Wan Mohd Amin menyatakan pemilihan calon murid SUIT perlu memilih
murid yang layak untuk menerima penghargaan
5.2.2. En Wan Mohd Amin telah menyebarkan Borang Pencalonan menggunakan
sistem google form dalam aplikasi whatapps rasmi
5.2.3. Majlis Penghargaan akan dijalankan pada 17 Jun 2019
5.2.4. Guru-guru perlu mengisi borang tersebut sebelum atau pada 24 Mei 2019

Tindakan : En Wan Mohd Amin, Pn Repiah Adawias, Penyelaras Tingkatan, Guru
Disiplin

5.3. Ceramah Kerjaya dan Pameran Kerjaya
5.3.1. Program ini akan dijalankan pada bulan Jun mengikut perancangan dalam
takwim
5.3.2. Pn Ang Yoke Yan ceramah kerjaya Bidang Kejuruteraan boleh dimasukkan
dalam program Minggu STEM pada masa akan datang
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

5.4. Program Minda Sihat
5.4.1. Sasaran 59 orang murid
5.4.2. Program Minda Sihat akan dijalankan pada 27 Jun 2019 pada hari Khamis di
Taman Botani Taman Ehsan
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

5.5. Kursus Peningkatan PRS
5.5.1. Akan dijalankan pada 6 Julai 2019 di Melaka
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

5.6. Program Cakna Diri
5.6.1. Akan dijalankan pada 19 Julai 2019 semasa Hari Terbuka
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

5.7. Bengkel Kemahiran Menghadiri Temuduga dan Penulisan Resume
5.7.1. Akan dijalankan pada 30 Julai 2019

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 5
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

SPSK 07-03

Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling
5.8. Taklimat Program Matrikulasi KPM

5.8.1. Akan dialankan pada 8 Ogos 2019
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Pn Pauline mencadangkan supaya membuat soal selidik murid tidur bagi yang
tidur dalam kelas semasa PdPC
Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

7. PENUTUP
7.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang
7.2. Tn. Hj Sauki mengucapkan terima kasih kepaa semua guru

Disediakan oleh,

………………………
( QUDRALAILAH SAFAHASMI BT HJ MOHD SALLEH)
Guru Kaunseling,
SMK Jinjang, Kuala Lumpur

Disemak oleh,

………………………….
(HJ SAUKI@SAUFI BIN YUSOFF)
Pengetua ,
SMK Jinjang, Kuala Lumpur

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Page 6
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan






Click to View FlipBook Version