The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yabyahya, 2020-05-14 00:39:07

Khutbah AIDIL FITRI 2018.pdf 2nd edited

Khutbah AIDIL FITRI 2018.pdf 2nd edited

‫ َواْل َح ْم ُد للهِ َكثِي ًرا وَ ُس ْب َحانَ اللِه ُبك َرةً َوأَصِ ْيلًا‬،‫َاللُه َأ ْكَبرُ ِكِبيرًا‬

                         

‫ َل ُه الْمُْل ُك َولَ ُه اْل َحمْ ُد ُي ْحِي ْي َويُمِْي ُت َوهُ َو عَلَى‬،‫أَ ْش َهدُ َأ ْن لاَ ِإَلهَ ِإلَا اللُه وَ ْح َدهُ لَا شَ ِر ْي َك َل ُه‬
‫ُك ّلِ شَ ْي ٍء قَدِيْ ٌر‬

،‫َوأَ ْشهَ ُد َأ َن ُم َح َم ًدا َعبْدُهُ وَرَ ُسوُْل ُه‬
ِ‫ َو َعلَى آِله‬،‫ وَ َش ِف ْيعِ ْالأُمَ ِة‬،‫َاللَهُّمَ صَ ِّل وَسَلِّّمْ وََبا ِركْ َعَلى َسِّي ِدَنا مُ َح َمدٍ َنبِيِّ الرَحْمَ ِة‬

.‫وَ َصحِْبهِ وَ َم ْن َتِب َع ُه َوَن َصرَ ُه وَ َوالَا ُه‬
‫ َولاَ َتمُ ْوُتنَ ِإلَا َوَأ ْنُتّمْ مُسِْلمُ ْو ُن‬،ِ‫ اَتقُوا اللَه حَّقَ ُت َقاِته‬،‫َأ َما َبعْد َفَيا ِعبَادَ اللِه‬

                            

              

HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah kita bersama-sama merafakkan segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, pada pagi hari yang
mulia dan barakah ini kerana dengan rahmat serta izin-Nya, kita berkesempatan sekali lagi menghirup udara
1 Syawal, yang dengannya membolehkan kita merayakan Hari Raya Aidilfitri. Dengan nikmat 1 Syawal ini,
kita hadir dan berhimpun di sini untuk bertakbir, mendirikan solat Aidilfitri dan menghayati khutbah yang
mengiringinya sebagai menzahirkan perasaan syukur dan gembira kita atas kejayaan melawan segala bentuk
godaan hawa nafsu sepanjang tempoh mengerjakan ibadah puasa selama sebulan Ramadan tahun ini.

Dengan perasaan kehambaan dan pengharapan, kita mengidamkan agar ibadah puasa beserta pelbagai
amal kebajikan yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu pergi itu diterima Allah SWT
serta diampunkan dosa-dosa kita, seterusnya berhasil mengubah cara dan gaya hidup kita ke arah hidup
yang lebih baik dan diredai-Nya.

1

Ini adalah antara hikmah serta matlamat pensyariatan ibadah puasa, iaitu membina insan beriman yang
bertaqwa. Bertaqwa dalam erti kata mengamal cara hidup islami dengan mematuhi serta melaksanakan
segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya bagi meraih kebahagiaan hidup yang kekal
abadi di akhirat sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah SWT:

                                  

          

Yang bermaksud: “Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa masuk ke syurga dengan
berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan
penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata: “Salam sejahtera kepada kamu berbahagialah
kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya”. (S. Az-Zumar:
73).

‫َاللهُ َا ْكَب ُر َاللهُ َا ْكَبرُ َاللهُ َا ْكَبرُ وللهِ اْل َح ْم ُد‬

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI ALLAH,
Pada hari ini, umat Islam yang berbagai bangsa dan suku keturunan, sama ada lelaki atau wanita, tua atau
muda, kaya atau miskin, yang tinggal di desa mahupun di kota bersama-sama menyambut dan merayakan
Aidilfitri mulia. Jelas kegembiraan dan keceriaan di wajah Muslimin dan Muslimat yang merayakan hari yang
penuh makna ini dengan berpakaian serba cantik di samping berbagai macam persiapan meraikannya. Ini
kerana, hari raya Aidilfitri ini adalah perayaan yang kita sambut dan raikan bersempena dengan kembalinya
kita kepada jati diri insani yang fitrah berkat tarbiah puasa Ramadan.

Sambutan hari raya ini melambangkan kesatuan ummah dalam mensyukuri dan menghargai penganugerahan
Aidilfitri sebagai hadiah kemenangan bagi orang Islam dalam perjuangan mengekang hawa nafsu di bulan
Ramadan. Ini bermakna, detik ini ibarat satu permulaan baru bagi umat Islam kembali bersih suci zahir dan
batin, laksana sehelai kain putih yang bersih dan suci, yang bakal dicorakkan semula menurut aturan syariat
Islam. Dan sudah tentunya pada kain putih ini ingin kita corakkan sebaik-baiknya, agar jalinan corak yang
terhasil itu tampak cantik, harmoni dan berseni.

Demikianlah citra kehidupan kita di dunia ini yang tinggal sisa-sisa, perlu kita isi dengan amal-amal yang
disuruh dan diredhai Allah SWT agar mencapai tingkat taqwa dalam membina jati diri Muslim yang sejati.
Segala kurikulum madrasah Ramadan yang telah dijalani selama satu bulan itu diharap menjadi dorongan
untuk terus istiqamah mengisi dan menghargai hidup dengan amal-amal soleh yang mengukuhkan hubungan
dengan Allah SWT dan mengukuhkan hubungan sesama manusia sebagai upaya memelihara jati diri yang
fitrah.

ُ‫َاللهُ َا ْكَب ُر َاللهُ َا ْكَبرُ َاللهُ َا ْكَبرُ وللِه اْل َح ْمد‬

2

SAUDARA JEMAAH YANG MULIA,
Sejajar dengan falsafah Aidilfitri sebagai mensyukuri kejayaan diri kembali kepada keadaan fitrah hasil puasa
Ramadan, maka hari raya ini bukanlah suatu budaya atau adat, tetapi merupakan suatu ibadat. Dan sebagai
satu perayaan yang bernilai ibadah, hari raya Aidilfitri hendaklah dirai serta diimarahkan dengan memuji dan
mengagungkan kebesaran serta kekuasaan Allah SWT dengan disertai perasaan syukur terhadap segala
nikmat kurniaan-Nya.

Firman Allah SWT:

                               …

Maksudnya: “…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (S. Al-Baqarah: 185).

Bersandarkan kepada mafhum firman Allah SWT tersebut, takbir, tahmid, tahlil dan taqdis yang kita lafazkan
di malam dan pagi hari raya Aidilfitri ini bukan semata-mata untuk memeriahkan suasana hari raya. Ia lebih
merupakan satu bentuk penzahiran rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT yang dengannya kita
akan sentiasa mengingati-Nya serta mengakui akan kebesaran dan kekuasaan-Nya.

Jelas di sini, setiap suruhan dan larangan Allah SWT tersirat pelbagai hikmah serta kebaikan bagi hamba-
hamba-Nya. Begitulah halnya dengan suruhan membesarkan Allah SWT bertujuan menginsafkan manusia
tentang kekerdilan diri sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan dan mendambakan rahmat, hidayah,
petunjuk serta keampunan daripada-Nya.

Apabila timbul kesedaran serta keinsafan yang sedemikian, akan lahir keikhlasan serta kesungguhan untuk
mengabdi diri kepada Allah SWT dengan mematuhi dan mentaati segala suruhan juga larangan-Nya sebagai
upaya mentarbiah diri menjadi insan yang bertaqwa sekali gus memperkukuhkan hubungan dengan Yang
Maha Esa selaku Pencipta sekalian alam ini.

Dan demikianlah seharusnya kita rencanakan perjalanan hidup yang sementara di dunia ini dengan sentiasa
tunduk mengabdi diri kepada Allah SWT dengan berpegang teguh kepada tali-Nya, yakni agama Islam. Ini
adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

                                     

                                         

    

3

Yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa
jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah
berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari
neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah.” (S. Ali-Imraan: 103).

Melalui firman-Nya ini, Allah SWT menjelaskan bahawa agama Islam adalah rahmat serta nikmat kepada
seluruh manusia. Ini kerana, ajaran Islam menganjurkan kesatuan dan perpaduan ummah selain dapat
menyelamatkan manusia daripada dicampakkan ke dalam neraka.

Maknanya, Islam adalah agama yang menitikberatkan soal persaudaraan, jemaah, perpaduan dan
keharmonian hidup bermasyarakat berteraskan keesaan dan ketauhidan Allah SWT. Hakikat ini telah kita
terjemahkan bersama sepanjang bulan Ramadan melalui amalan berpuasa, berzakat, mendirikan Solat Sunat
Tarawih, bertadarus membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain lagi. Umat Islam dari segenap lapisan
hidup tanpa mengira kaum, pangkat dan status sosial mengerjakan ibadah yang sama dengan berkongsi
matlamat yang sama, iaitu mencapai darjat taqwa di sisi Allah SWT dan memperolehi keredaan-Nya.

‫اَللهُ اَكَْبرُ اَللهُ َاكَْبرُ اَللُه اَكَْبرُ وللِه الْ َحمْ ُد‬

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,
Ramadan yang pergi dan Syawal yang hadir mengimbau kita semua hidup berjemaah, berkasih sayang,
bantu membantu, bertolak ansur, perihatin dan sebagainya. Ia menjurus ke arah memelihara keamanan dan
keharmonian hidup bagi melestari kesatuan dan perpaduan ummah. Unsur kesatuan adalah asas kekuatan
kepada sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk.

Sebab itu, kita diingatkan dan disarankan oleh Allah SWT supaya memelihara perpaduan dan kesatuan
ummah dengan menjauhkan sama sekali sebarang perbalahan dan permusuhan yang boleh mengakibatkan
perpecahan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan Negara. Firman Allah SWT:

                                       

Maksudnya: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan kamu berbantah-bantahan; jika tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran
dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar." (S. Al-Anfal: 46).

Sehubungan itu, umat Islam yang berbilang kaum dan etnik hendaknya tidak membesar-besarkan perbezaan
antara satu sama lain. Sebaliknya, mencari titik persamaan yang ada sambil merai kepelbagaian yang wujud
sebagai elemen penting menjayakan dan merealisasikan konsep satu ummah.

4

Ia adalah isyarat jelas betapa umat Islam perlu melakukan perubahan dalam diri masing-masing dan
berusaha menghakis segala sifat atau tabiat buruk yang boleh menggugat kesatuan dan perpaduan ummah
sesuai dengan keadaan diri yang kembali fitrah hasil tarbiah puasa Ramadan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berwaspadalah kalian
daripada berprasangka buruk (zhan) kerana zhan itu adalah ungkapan yang paling dusta. Jangan kalian
mendengar ungkapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cacat-cela
orang lain. Jangan kalian berlumba-lumba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling berhasad-
dengki, saling benci-membenci, dan saling belakang-membelakangi.

Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang Allah SWT perintahkan. Seorang
Muslim adalah saudara bagi saudara muslim yang lain. Justeru, janganlah dia menzalimi saudaranya, jangan
pula tidak memberikan bantuan kepada saudaranya dan jangan merendah-rendahkannya. Taqwa itu di sini,
taqwa itu di sini." Baginda melakukan isyarat dengan menunjukkan ke arah dadanya. "Cukuplah seseorang
dari keburukan apabila dia merendahkan saudaranya sesama Muslim.

Setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram darahnya, kehormatan dan hartanya. Sesungguhnya Allah
tidak melihat kepada tubuh-badan kalian, tidak pula kepada rupa-paras kalian akan tetapi ia melihat kepada
hati dan amalan kalian.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

ُ‫اَللهُ اَكَْبرُ اَللهُ اَكَْبرُ اَللهُ اَكَْبرُ وللِه الْحَمْد‬

SIDANG JEMAAH AIDILFITRI YANG DIKASIHI ALLAH,
Aidilfitri dengan segala kesuciannya datang membawa isyarat dan petunjuk untuk kita mengeratkan kembali
hubungan yang longgar dan mengikis segala prasangka, kebencian, dendam kesumat dan sifat mazmumah
lainnya. Jadi, inilah hari dan ketikanya kesempatan yang terbaik untuk menjernihkan hubungan serta
persefahaman untuk memulihkan hubungan sesama manusia yang merupakan tuntutan syariat Islam,
berlapang dada, murah hati, ukhuwah, belas kasihan dan kasih sayang.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan
fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam." (HR Muslim).

Sehubungan dengan sabda Rasulullah SAW tersebut, maka marilah kita hiasi dan imarahkan hari raya
Aidilfitri ini dengan amalan ziarah menziarahi rumah saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai sambil
mengucapkan tahniah serta bermaaf-maafan antara satu sama lain. Amalan yang menjadi tradisi dalam
masyarakat kita ini adalah satu cara memupuk semangat mahabbah dan mengukuh ukhuwah Islamiah.

Selain itu, diharapkan juga agar hari yang mulia ini tidak melalaikan umat Islam daripada melaksanakan
kewajipan menyantuni serta membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita.
Pada hari raya inilah masa dan kesempatan yang terbaik bagi golongan yang berada dan berkemampuan
untuk berbakti kepada mereka dengan menghulurkan bantuan atau derma mengikut kemampuan masing-
masing.

5

Demikian juga dengan golongan fakir, miskin, anak-anak yatim dan lain-lain juga perlu terus dibantu.
Keprihatinan serta bantuan yang diberikan bukan semata-mata bertujuan menggembirakan mereka di hari
lebaran ini, tetapi apa yang lebih penting dan utama adalah untuk meringankan sedikit beban hidup yang
mereka deritai.

‫اَللهُ اَكَْبرُ اَللهُ َاكَْبرُ اَللهُ اَكَْبرُ وللِه الْحَمْ ُد‬

MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH,
Sesungguhnya meraikan dan menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kegembiraan adalah sunnah
Rasulullah SAW. Namun dalam kegairahan bergembira dan bersuka ria di hari raya ini diharap tidak
melalaikan kita daripada memelihara syariat agama terutama sekali solat lima waktu, batas pergaulan lelaki
dan wanita selain mengelakkan amalan membazir dan berlebih-lebihan dalam mengadakan majlis rumah
terbuka.

Sewaktu berziarah, adab dan tertib yang ditetapkan oleh Islam hendaklah dijaga dan dipatuhi. Ini termasuklah
memberi salam atau meminta izin sebelum masuk ke rumah yang ingin diziarahi, memelihara adab sopan
ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan
sebagainya. Pendek kata, umat Islam dituntut supaya melayan tetamu dengan baik, berkasih sayang sesama
saudara seIslam, bermaaf-maafan dan mempamerkan akhlak terpuji.

Sebaiknya kita sambut dan rayakan Aidilfitri ini secara sederhana dengan didasari sifat syukur dan qanaah.
Bersyukur terhadap rezeki dan keamanan kurniaan Allah SWT yang kita kecapi hingga ke hari ini. Ini kerana
berkat keamanan negara jugalah kita dapat menyempurnakan puasa Ramadan dan menyambut Aidilfitri.

Maka sebagai menzahirkan kesyukuran kita terhadap nikmat berkenaan, bersama-samalah kita semai dan
suburkan semangat berkerjasama antara yang kuat dan yang lemah, orang kaya dengan orang miskin,
berkongsi kegembiraan dan kesusahan, bertukar-tukar ucapan tahniah serta menyebarkan salam. Apabila hal
ini dapat dipraktikkan, pasti kesatuan ummah akan bertambah kukuh sekali gus menjamin keamanan dan
keharmonian hidup terus berkekalan yang natijahnya akan memudahkan lagi usaha membangun masyarakat
dan Negara mencapai kemajuan.

‫اَللهُ اَكَْبرُ اَللهُ َاكَْبرُ اَللهُ اَكَْبرُ وللِه الْحَمْ ُد‬

HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Ibarat bayi yang baru lahir, suci bersih daripada dosa dan cengkaman nafsu, itulah yang kita harapkan untuk
kita capai melalui latihan mendidik nafsu melalui madrasah Ramadan yang lalu. Namun persoalannya,
apakah kita masih berpeluang lagi bersua dengan bulan Ramadan seterusnya untuk sekali lagi membina sifat
taqwa dan mencapai fitrah insan?

Hanyasanya ke hadrat Allah SWT sahaja kita panjatkan doa memohon dipanjangkan usia semoga
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadan al-mubarak akan datang.

6

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih
dekatlah kepada kebaikan dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke
dalam syurga.
Para sahabat bertanya: "Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah"?
Jawab Rasulullah SAW: "Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah,
sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan
walaupun sedikit". (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, dalam hal keadaan tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dan
keampunan serta dipanjangkan usia bertemu dengan Ramadan akan datang, kita juga seharusnya
menelusuri Syawal yang mulia ini dan bulan-bulan berikutnya dengan melanjutkan amal-amal soleh
sepanjang Ramadan seperti tradisi tadarus, tahajud, qiyam, sedekah, infaq, zikir, doa dan sebagainya.
Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip
istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan
amalan itu berkualiti atau sebaliknya. Semoga dengan amal yang kita kerjakan secara berterusan dan
istiqamah berhasil menjadikan kita mukmin muttaqin yang lebih baik dari sehari ke sehari agar meraih
kemenangan yang hakiki di hari kemudian.

                         

Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta
menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan.” (S.
An-Nuur: 52).

7

KHUTBAH KEDUA HARI RAYA AIDIL FITRI
TAHUN 1439H/2018H

ُ‫ اللُه َأ ْكبَر‬،‫اللهُ َأ ْكَب ُراللهُ َأ ْكَب ُر‬
‫ اللهُ َأ ْكبَ ُر‬،‫ اللُه َأ ْكَب ُر‬،‫اللُه َأ ْكَب ُر‬

‫ َِوللهِ اْل َح ْم ُد‬،‫اللهُ َأ ْكَب ُر‬

َ‫اَْل َح ْم ُدِللِه اَلذِى َأرْ َس َل رَ ُسوَل ُه ِباْل ُه َدى َو ِدي ِن اْل َحِّّق ِلُي ْظ ِه َرهُ َعلَى ال ِدّينِ كُلِّهِ َولَ ْو َك ِره‬
‫اْلمُ ْش ِر ُك ْو َن‬

ُ‫ َوأَ ْش َهدُ َأنَ ُم َح َم ًدا َع ْب ُدهُ َورَ ُسوُله‬.ُ‫أَ ْش َه ُد َأ ْن لَا ِإَل َه ِإلَا اللُه َو ْحدَهُ لاَ َشرِي َك َله‬

‫َالَل ُهَّم َصلِ وَسَّلِّمْ َوَبا ِر ْك َعلَى َحبِيِبَنا وَ َش ِفي ِعنَا َو ُز ْخ ِرنَا َوُق ْد َوِتَنا َوأُ ْس َوِتَنا مُ َحمَدٍ ِإ َما ِم‬
َ‫اْل ُمَت ِق ْينَ َو َقاِئ ِد ال ُد َعاةِ اْل ُم َجاهِ ِد ْي َن َو َعلَى آِل ِه َوأَ ْص َحاِب ِه َو َمنْ َسارَ َعلَى َن ْه ِج ِه َو َجا َهد‬

ِ‫ِب ِج َها ِد ِه ِإلَى َي ْومِ ال ِّد ْين‬

‫ َوَت َز َو ُد ْوا‬.َ‫ ُأوْ ِصي ُكّمْ وَِإيَايَ بَِت ْق َوى اللهِ َو َطا َعِت ِه َف َق ْد َفا َز اْل ُمتَقُون‬،‫ َفَيا ِعَبادَ اللِه‬.ُ‫َأ َما َب ْعد‬
‫فَِإنَ َخ ْي َر الزَادِ الَت ْق َوى‬

‫ اللهُ َأكْبَرُ ِوَللهِالْ َح ْم ُد‬،ُ‫ اللهُ َأكَْبر‬،‫اللهُ أَكَْب ُر‬

MUSLIMIN MUSLIMAT JEMAAH AIDILFITRI YANG DIHORMATI,
Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan
segala yang dilarang-Nya.

Hari raya Aidilfitri adalah hari menguji ketaqwaan umat Islam, setelah bermujahadah menahan hawa
nafsu sepanjang berpuasa sebulan Ramadan, hari ini umat Islam menyambut dan merayakan
Aidilfitri hari kemenangan.

Sempena hari mulia ini, umat Islam dianjurkan supaya merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan
mendaulat dan melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana yang menjadi
Syariat Islam yang mesti diikuti dan diamalkan oleh umat Islam dari awal kelahiran hinggalah hari
kematian. Inilah keindahan ajaran dan Syariat Islam.

8

Oleh itu, demi menjamin kemuliaan Aidilfitri ini, mempastikan kebaikan, pahala serta berkat kurniaan
Allah SWT sentiasa kita perolehi disepanjang hayat ini. Antara amal-amal yang sangat dianjurkan
dalam Islam semasa merayakan Aidilfitri, ialah:

1. Mengagung dan membesarkan Allah SWT, Sunnah Rasulullah SAW dan Syariat Islam.
2. Menjaga perkara-perkara fardu seperti solat fardu.
3. Mengeratkan ukhuwah dan tali silaturrahmi sesama umat Islam.
4. Bermaaf-maafan sesama umat Islam.
5. Memakai pakaian bersih dan baru.
6. Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa perayaan.
7. Mengelak pergaulan bebas di antara bukan mahram.
8. Tidak membazir dalam menyediakan juadah raya.

Akhirnya, marilah bersama-sama kita ambil kesempatan di bulan Syawal yang mulia ini untuk
menambah amal kebajikan bagi meraih ganjaran dari Allah SWT. Maka umat Islam dianjurkan
melaksanakan puasa enam yang ganjarannya pahala puasa setahun penuh, sebagaimana
dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang berpuasa
Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun
penuh.” (HR Muslim).

،‫ َك َما َصَل ْيتَ َعلَى ِإ ْبرَا ِه ْيَّم َو َعلَى َآ ِل ِإ ْب َرا ِه ْيَّم‬،‫َالَل ُهَّم َص ِّل َعلَى ُم َح َمدٍ َوعَلَى َآلِ مُ َح َم ٍد‬
‫ ِفى‬،‫ َكمَا َبا َر ْكتَ عَلَى ِإ ْب َرا ِه ْيّمَ َو َعلَى َآلِ ِإ ْب َرا ِه ْيَّم‬،ٍ‫َوَبا ِر ْك عَلَى ُم َح َمدٍ َو َعلَى َآ ِل ُم َح َمد‬

ٌ‫اْل َعاَل ِم ْي َن ِإَن َك َحمِ ْيدٌ َم ِج ْيد‬

.ِ‫ َواْلمُ ْسِل ِم ْينَ َواْلمُ ْسِل َماتِ ْالَأ ْحيَآءِ ِم ْن ُهّمْ َوالأَ ْم َوات‬،ِ‫َالَل ُهَّم ا ْغفِرْ لِْل ُمؤْ ِمِن ْينَ َواْل ُمؤْ ِمَنات‬
‫َالَل ُهّمَ ِإنَكَ َع ُفوٌ َك ِريّْمٌ ُت ِحّ ُب اْل َع ْف َو َفاعْفُ َعنَا َو َعنْ َواِل ِد ْينَا َو َع ْن َج ِميْعِ اْلمُ ْسِل ِم ْي َن‬

،‫ َوَي ِق ْيًنا َصادِقًا‬،‫ َالَلهُّمَ ِإنَا نَسَْأُلكَ ِإ ْي َماًنا َكا ِملًا‬.‫َواْلمُسِْل َما ِت ِبرَ ْحمَِت َك َيا أَ ْر َحَّم الرَا ِحمِ ْي َن‬
،‫ َالَل ُهَّم ِإَنا نَسَْأُلكَ اْلعَا ِفَيةَ مِنْ ُك ِلّ َبلَِي ٍة‬.‫ َو َعمَلًا َصاِل ًحا ُمَتقََبلًا‬،‫ وَ َقْلًبا خَا ِش ًعا‬،‫وَلِ َساًنا َذا ِك ًرا‬

‫ َوكَ ِّر ْه إَِل ْينَا‬،‫ َالَل ُهَّم َحّبِّبْ ِإَل ْينَا ْالِإ ْي َمانَ َو َزِّي ْن ُه فِى قُُل ْوِبنَا‬.‫َونَسْأَُل َك َت َما َم اْل ِغَنى َع ِن الَنا ِس‬
َ‫ َوا ْج َعْلنَا ِم َن الرَا ِش ِديْن‬،‫اْل ُك ْف َر َواْلفُ ُس ْوقَ َواْلعِ ْصَيا َن‬

‫ َوالظُْلَّم‬،‫ َوالّنِ َفا َق َواْل ُمنَا ِف ِق ْي َن‬،‫ َوَأ ِذلَ ال ّشِ ْركَ َواْلمُ ْش ِر ِك ْي َن‬.‫َالَل ُهّمَ َأعِ َز ْالإِ ْسلَامَ َواْلمُ ْسِل ِم ْي َن‬
‫ َالَل ُهَّم انْ ُص ِر اْل ُم َجا ِه ِد ْي َن فِى ُك ِّل َمكَا ٍن‬.ِ‫ َو َد ِّم ِر اْل َك َف َرةَ َأ ْعدَآ َءكَ َأ ْعدَآ َء ال ّدِيْن‬،‫وَال َظاِل ِم ْي َن‬

‫َالَل ُهّمَ أَ ْصِل ْح صاحّب المعالى توان يغ تراوتام يغ دفرتوا نكري سابه َغ َفرَ اللهُ َل ُه ِب َما‬
ْ‫ وَا ْج َع ْل ِولَاَيَتَنا ِف ْي َمن‬،‫ َكمَا نَسَْأُلكَ الَل ُهّمَ أَ ْن تُ ْصِلحَ َأِئ َمَتنَا َو ُولَاتَ أُ ُم ْو ِرَنا‬،‫ُت ِحّ ُب َوَترْ َضا ُه‬

9

‫خَا َف َك َواَتقَا َك َيا رَّبَ اْل َعاَل ِم ْي َن‬
‫َرَبنَا هَّبْ َلنَا ِمنْ َأ ْزوَا ِجَنا َو ُذ ِّرَياتَِنا ُق َرةَ َأ ْعُي ٍن وَا ْج َعْلَنا ِلْل ُمَت ِق ْينَ ِإ َما ًما‪َ .‬رَبنَا َظَل ْمَنا َأ ْنفُ َسَنا‬
‫َوِإ ْن َلّمْ َت ْغ ِف ْر َلنَا َوَت ْر َح ْمنَا لََن ُك ْوَننَ ِم َن اْلخَا ِس ِر ْي َن‪ .‬رََبَنا َآِتَنا فِى ال ُد ْنيَا حَ َسَنةً وَ ِفى الَآ ِخ َرةِ‬

‫حَ َسَن ًة َو ِقَنا َعذَاّ َب الَنا ِر‬
‫ِعَبا َد اللِه! إِ َن اللهَ َيْأ ُم ُر ِباْل َعدْ ِل َوالِإحْسَا ِن‪َ ،‬وِإيَْتآ ِء ذِ ْى اْل ُق ْربَى‪َ ،‬وَي ْنهَى َعنِ اْلفَحْ َشآ ِء‬

‫َواْل ُم ْن َكرِ َواْلَبغْ ِى‪ .‬يَ ِع ُظ ُكّمْ َلعََل ُكّمْ َت َذ َك ُر ْونَ‪َ .‬وا ْذ ُك ُروا اللَه َي ْذ ُك ْر ُكّمْ وَا ْش ُك ُر ْوا عَلَى نِ َع ِمهِ‬
‫َي ِز ْد ُكّْم‪ ،‬وَاسْأَُل ْوهُ مِ ْن فَ ْضِل ِه ُي ْع ِط ُكّمْ‪َ .‬وَلذِ ْك ُر اللِه َأ ْكَب ُر‪َ .‬واللهَ َيعَْلّمُ مَا تَ ْصَن ُعوْ َن‬

‫‪Disediakan oleh :‬‬
‫‪BAHAGIAN PENYELIDIKAN & INFORMASI‬‬
‫‪JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH‬‬

‫”‪“TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM‬‬
‫‪SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 2018,‬‬
‫‪MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SELURUH KAKITANGAN JHEAINS SELURUH SABAH‬‬

‫‪10‬‬


Click to View FlipBook Version